Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2015 part 4

"Now, be nice to him, Rach," kata Natasha saat mereka turun di depan rumah Azlan.

Lagu Hotline Bling dari Drake berkumandang bila Rachel berjalan ke arah kerumunan orang ramai yang berada dalam majlis barbeku.

Jugra menoleh ke arah kirinya dan ternampak Rachel berjalan, terus jadi ralit ketika sedang menyalakan api.

"Woi, kau kalau nak ralit pandang awek, jangan buat kerja nyalakan api la, gila!" kata Kecik, mengambil kipas dari tangan Jugra.

"Hi, Jugra?"
"Err, hi Rachel?"
"Where's your dad?"
"Ada kat rumah tu. Tengah tolong chef. Ni we all baru nak bakar bara ni."

Azlan pula sedang sibuk membantu chefnya menyediakan lasagna untuk tetamu yang hadir.

Merlina ambil gambar Azlan dan update di Instagram dan Twitter.

Jessica pula sedang melayan Julia yang menyanyi lagu Let It Go di karaoke.

"Let it goooo...let it goooo!"
"Aik, tu je ke Julia? Nyanyi la lagi...Eh, Kak Nat dah sampai?"
"Hi Jessie! Julia, happy birthday! Ni aunty bring you present!"
"Cakap apa, Julia? Terima kasih..."
"Tewima kasih!"
"Awww! Comelnya! Alan mana?"
"Ada kat dapur, tengah tolong chef."

Natasha pandang dapur, dan rasa resah, sebab Rachel dah tahu kisah yang sebenar.

Keadaan sedang huru-hara tapi meriah di rumah Azlan. Melihat Azlan sedang sibuk, dia keluar dari rumah.

--

"Happy birthday to you, happy birthday to you! Happy birthday to Julia! Happy birthday to you!"

Julia meniup lima batang lilin di atas kek.

Telefon Azlan berbunyi.

"Hello? Wey, Ali! Kau dah sampai Wijayapura ke? Datang la cepat. Kau dengan Dayah? Ya, hari ni birthday anak aku! Dah kat depan security checkpoint tu ke? Kejap, kejap. Apa nombor plat kereta kau? Murad, pickup truck Chevrolet Silverado warna hitam lambang tengkorak kat pintu, plat number WWE 316 tu kereta kawan aku. Kasi dia lepas."
"Daddy, Uncle Ali nak datang ke?" tanya Jugra.
"Ye la tu, tengok nombor plat pun dah tau sape," kata Merlina.

Nampak pickup truck Ali je, Azlan terus angkat kedua belah tangannya.

"Oh hell yeah..."

Sebaik sahaja Ali keluar dari kereta, Azlan terus memeluknya.

Dia datang dengan baju warna hitam dengan tulisan 'What?' dan seluar jeans pendek, terus disambut oleh konco-konconya. Isterinya Dayah pakai abaya warna hitam dan tudung untuk matching dengan Ali. Zana keluar dari dapur dan bersalaman cium tangan dengan suaminya.

Dah macam Stone Cold kahwin dua bini Arab.

"Welcome, bro!" tanya Azlan.

"Haah, banyaklah welcome kau. Bapak susah betul nak masuk rumah kau ni, dah ada security checkpoint bagai. Fikir kau je. Kalau orang lain ni aku dah langgar dah. Kau beli tiga rumah keliling ni ke?" kata Ali.
"Haah, aku beli tiga rumah keliling rumah aku ni, aku convert jadikan office aku."

--

Ali, Kecik, Brigedier Jeneral Firdaus, Fazrul, Marina, 'pembesar' Ayam Hitam semua berkumpul.

"Amacam, geng? Korang okay ke selama aku takde ni?"
"Lama gila bro takde kat sini. Macam-macam dah berubah dah. Duduk, duduk, bro Ali. Joni, kau bawak tu, kambing bakar tu. Kasi kat bro Ali! Orang penting ni!"

"Boleh tahan rumah kau baru renovate ni. Macam MTV Cribs! Berapa juta ni?"
"Rumah ni saja atau keseluruhan kompleks ni?"
"Kompleks? Rumah kau ni dah jadi office ke?"
"Haah. Sebab aku malas nak keluar ke bandar. Sesak. Biar orang je datang jumpa aku. David Cameron pun hari tu datang rumah ni. Ada gambar dia kat ruang tamu ni."
"Dah macam White House dah rumah kau ni. Siap ada security pakai kot semua."

Merlina rancak berbual dengan Hidayah dan Rozana pasal hal-hal wanita.

"Alan..."

Azlan menoleh ke belakang. Dia nampak Natasha dan Rachel sedang berdiri di belakangnya.

Azlan nampak mata Natasha seperti serius. Jadi, dia rasa mesti 'sebab tu'.

--

Rachel keluarkan gambar Azlan dan Natasha di St Pierre yang ditemuinya di almari bilik lama Azlan tempoh hari.

"Wow, 1989. Lama dah gambar ni. Can't believe this picture is already 25 years."

Azlan tersenyum melihat gambarnya yang masih muda.

"Mr Azlan, are you my daddy?" tanya Rachel.

Azlan dah bersedia untuk menjawab soalan ini. Dia terus lapangkan dadanya dan bercakap perkara yang sebenar.

"Yes, Rachel. I am your father. But things are so complicated to explain. I don't know which part should I begin with."
"Why you leave me and my mom?"
"I never wanted to leave you, but your mom wants to save her dad's business, I have political career to save. It's complicated."
"It is true, yang I ni anak haram? Because masa tu my mom dengan Luqman?"

Azlan hanya tunduk dan tidak bercakap apa-apa.

"Jawablah, Mr Azlan?"
"I'm so sorry, Rachel."
"I want to know the truth."
"Can you handle the truth?"
"Yes."
"Okay. Me and your mom was a sweetheart couple back in our school days in 1986. Sometimes we fought, but most of the time, we were lovers."
"I can see that. Both of you masa kita dine kat St Pierre tu."
"Your mom went to UK in 1990, to further her studies. Well, Luqman was my classmate. Tapi dia pergi universiti yang sama dengan your mom. Then ada orang fitnah me, and your mom dumped me."
"My mom dumped you?"
"Yes, then dia in relationship dengan Luqman, anak taikun hartanah, and the future Prime Minister. Her dad, your grandpa, meninggal dunia and left her family with a lot of debts. So, your mom was marrying Luqman because of the family's debt."
"Macam mana I boleh ada?"
"Somewhere around 1998, your mom has issues with Luqman. And started to meet me behind him. Masa tu, Luqman jadi Gabenor Wijayapura. So, she started to dated with me, again. Until both of us went to Mauritius. We make love, and here you are."
"Tapi kenapa both of you are not getting married?"
"Because your mom with Luqman, and I'm with Jugra's mom, her name was Tengku Mina. She died in 2006, somebody poisoned her. She was my wife from 1998 until her death."
"So, when you're with Tengku Mina, you also dated my mom?"
"Yes. Luqman died on 2001. Suicide. At PM's office. Everybody said it was heart attack. It was suicide. Luq was a cocaine addict. I don't know where he picked up that habit."

Ali tiba-tiba panggil Azlan.

"Woi, sini la! Lekas! Orang nak bergambar ni!"
"Okay, okay! Nanti I sambung cerita tu lagi."
"Daddy?" kata Rachel.
"Yes?"

Rachel terus peluk Azlan.

"Daddy, cepat sikit. Orang nak ambik gambar. Eh?"

Jugra tergamam bila Rachel peluk Azlan.

--

"Dia kunci pintu. Dia tak nak cakap dengan sesiapa pun," kata Merlina sambil menghulurkan teh pada Azlan.
"Sebab ni la aku tak nak cerita kat orang pasal ni."
"Azlan, aku pernah dengar pepatah Buddha. Ada tiga benda dalam dunia ni yang tak boleh disorok. Matahari, bulan dan kebenaran. Macam mana kau dengan Nat cuba sorok, akhirnya cerita ni keluar punya."
"Aku tak tau pulak tiba-tiba Rachel jumpa gambar aku dengan Nat masa zaman muda dulu. Yang Jugra pulak, boleh pulak syok kat Rachel. Mana la aku boleh jangka semua benda ni nak jadi?"
"Aku cuba la pujuk dia, Alan. Kau rehatlah. Esok kau ada meeting. Kau nak serabut kepala pasal ni, urusan negara nanti, tergendala. Biar aku handle benda ni."
"Thanks, Mer. You're the best I ever had."
"Good night," Merlina cium pipi Azlan.

--

"Jugra...come here, breakfast," Azlan tegur Jugra sebaik sahaja dia turun dari tangga.
"Tak payahlah!"
"Jugra, apa cakap macam tu dengan daddy?" Merlina cekak pinggang.
"It's okay. Biarkan dia," kata Azlan.
"Cepat sikit, driver. Kalau tak, saya naik basikal je."
"Baik, tuan Jugra."

Jugra terus sumbat telinganya dengan earphone dan pasang lagu Sekumpulan Orang Gila semaksimum mungkin.

Dia tak nak bercakap dengan sesiapa pun hari ni.

Kalau ikutkan hati dia, nak je dia ponteng sekolah macam selalu dia buat dulu. Tapi keadaan dah berubah, bila ayah dia dah jadi Pengerusi MKKP, secara de facto, orang yang paling berkuasa di Gelanggayu.

Sedang dia duduk di kantin sambil makan karipap sardin, dia buat tak peduli Rachel berdiri di depan dia, sampai Rachel hantukkan kepala dia di atas meja macam gaya Batman hantukkan kepala Joker dalam filem The Dark Knight.

"Kepala otak! Kau dah kenapa hentakkan kepala aku kat meja ni?"
"If you want to know the truth, follow me to my house after school. Kalau you nak terus nak berkonfrantasi dengan your dad, dengan I pasal semalam, lantak!"
"Perlu ke kau hentak kepala aku macam tu?"
"Yes! Dari tadi I panggil you, you buat pekak badak!"

--

Tengah hari tu, dia teringat yang Rachel tunggunya di rumahnya. Dia rasa ego, tak nak pergi.

"Apa maksud dia, you want to know the truth? Memang dia ada skandal dengan bapak aku ke? Weh, bawah umur kot? Takkan daddy pedo?"

Dia naik kereta, dan terus pada driver yang dia mahu ke Seksyen 14, Puncak Jaya untuk berjumpa Rachel, face to face.

Kereta Jugra tiba di depan rumah Rachel, dan Rachel memeluk tubuh menunggu Jugra di depan rumahnya.

"Aku datang. So, what is the truth?"

Rachel buka pintu pagar rumahnya. Kemudian terus berjalan menuju ke dalam rumah.

"Ada apa ni?"
"You betul nak tau bilik siapa ni?"
"Kan you kata ni bilik your dad."
"But who is my dad?"
"Luqman Mohd Nor."
"Wrong! Let's see buku sekolah siapa dalam almari ni?"

Rachel terus campak buku teks Sejarah Tingkatan Empat ke muka Jugra.

Jugra buka buku tu, dan nampak nama ayahnya.

"Could be just one book."
"Oh yeah? Tengok ni, apa I jumpa. This is your dad's room, and this is your dad's house! And your dad and my mom were lovers! Ni gambar dorang masa dorang muda."
"Okay, and?"
"I'm your sister, okay?"
"What?"
"My mom and your dad ada skandal masa your dad kahwin dengan your mom, therefore I ni anak haram your dad. Now, are we clear here?"

Jugra tergamam.

"Kenapa? Tak percaya lagi ni bilik your dad? Ni, nampak helmet motor siapa ni? Cuba la tanya your dad, siapa Mat Danger? Ni, gambar dia dengan band dia. Ni, gambar dia kissing with my mom kat St Pierre. Ni, keyboard dia, ni vinyl player dia. Ni semua barang dia. Tak caya, you ambik satu vinyl ni and tanya dia, is this his property. I ni kakak you!"
"What the fuckery is this? I had crush with my own sister?"
"Yes. Semua ni memang confusing. I pun confused. You had crush on me?"
"Yeah."
"I thought so. I pun sebenarnya crush kat you, but I kena control my feelings sebab Mili syok kat you. But now, bila dah tau semua ni..."
"Damn...mindfvck gila!"
"If you think you're mad with your dad yesterday, I'm mad with your dad too because dah lama tak pernah nak tunjuk muka. Turns out, there's a long story that my mom never told me."
"Our dad."
"Yes. We are siblings. Are we cool now?"
"Macam mana nak rewire balik otak ni supaya terima yang you ni kakak I? I ada huge crush dengan you kot."
"Why not you couple je dengan Mili, and we forget about our feelings."
"Mili is not my type pun."
"You need to learn how to coexist. You fikir daddy dengan Aunty Mer tu sama type of people ke? Lagipun, kalau you boleh dengar Taylor Swift, takkan you tak boleh dengar muzik G-pop macam Mili? Most importantly, Mili is loyal to you. Janganlah biarkan perempuan macam tu pergi je."

"Are we still going to Taylor Swift concert? My dad told me dia dah belikan tiket?"
"Your dad? Jug, kita share bapak yang sama. We are siblings."
"Are we cool?"
"Cool, sis. Hey, helmet Mat Danger ni looks cool. Can I have it?"
"I'm sure daddy wants you to have it. Tapi, please don't tell anyone about this. Especially Mili and Alif. Bukan apa, her mom is dad's enemy. Bahaya."

--

Ali

Memandangkan Barack Obama nak datang ke Gelanggayu untuk push Azlan untuk sign TPPA, aku nampaknya kena mulakan langkah aku.

Melalui orang-orang Tengku Hisham yang kini dah kerja bawah aku, aku arahkan mereka mulakan gerakan untuk disinformation.

Dan kempen untuk menyokong Donald Trump. Masa ditanya oleh orang sana, 'how many rednecks you want me to find?', aku hanya menjawab 'yes'.

Jadi sebelah sayap kanan aku dah gerakkan. Cuma aku nak minta tolong Merlina untuk gerakkan sebelah sayap kiri pulak.

Slow-slow Merlina beli sikit-sikit share CNN, MSNBC dan ABC News, yang jatuh sebab demand yang jatuh sejak kantoi membohong kononnya Iraq ada weapon of mass destruction.

Jadi aku cadangkan dengan Merlina yang kita adu dombakan rakyat Amerika agar mereka berpecah belah, supaya mereka takkan boleh buli negara kecil macam Gelanggayu lagi.

"Kau handle belah redneck sana, aku handle belah geng aktivis woke ni," kata Merlina yang bersalaman dengan aku tanda setuju.

Kadang-kadang aku rasa lagi senang deal dengan Merlina ni berbanding Azlan. Azlan ni dia sembang macam ahli falsafah. Kena balut dulu lepas tu fikir panjang macam main chess.

Bini dia businesswoman. Jenis otak ligat dan cargas. Tahu je apa rancangan aku, terus dia setuju asalkan dia dapat untung.

Aku syak Merlina ni ada darah Yahudi.

Aku dapat tahu yang Merlina sendiri pun ada rancangan nak jahanamkan ekonomi Rusia. Cara dia ialah beli ruble Rusia banyak-banyak, kemudian nanti bila Rusia serang Ukraine, ekonomi mereka kena sekat.

Dia jual ruble di pasaran gelap dengan harga jauh lebih mahal untuk buat untung, lepas tu bila dah habis jual, dia akan spekulasi matawang tu sampai melingkup.

Siapa suruh tembak kapal terbang Gelanggayu lepas tu tak nak mengaku? Kerja si Adilah jugak kalau belah-belah Rusia ni.

Aunty tiba di airport dari Beijing.

"Aunty..."
"Kau pergi majlis birthday cucu aku tak?"
"Eh, mestilah pergi, Aunty."
"Bagus. Kalau tak, aku tak nak kasi job yang terbaru ni kat kau."
"Job apa tu?"
"Kita bincang dalam kereta."

Dalam kereta, aku dan Aunty duduk sebelah dan berbincang.

"Dekat sebelah Barat, kita ada Amerika dan Eropah. Dekat sebelah Timur, kita ada Rusia dan China. Dekat sebelah tengah ada Arab, India. Sekarang ni, semua kuasa ni berlumba-lumba mahukan kita, cuma sekarang ni kita ni negara kecil, mereka negara besar."
"Apa yang kita kena buat sekarang?"
"Kwantong dan Rusia akan lancarkan matawang baru digital yang bersandarkan emas. Aku yang bagi cadangan tu pada mereka. Kerja kau, pergi ke Rusia dan jumpa dengan wakil Putin, kau jumpa dengan Yevgeny Prigozhin. Dia founder company Wagner Group."
"Syarikat apa tu?"
"Tentera upahan. Putin baru asaskan benda ni untuk elakkan dari kena sanction. Kau tolong dia."
"Tapi bukan ke Rusia terlibat dengan GH17? Kenapa nak tolong dorang?"
"Kau kena faham politik Rusia ni, Ali. Yang buat tu, FSB. FSB memang ramai orang Dila. Aku dulu masukkan Mina dalam SVR. Yang kau ni, aku masukkan kau dalam Wagner."

Aku garu kepala. Apa menatang Aunty cakap ni.

"Kau tau KGB kan?"

Aku angguk kepala.

"Lepas Soviet Union jatuh, dorang pecah-pecahkan KGB, sebab KGB terlalu besar. FSB tu tugas dia jaga dalam negeri, SVR pulak jaga luar negeri."
"Tapi Mina kena racun kat sini."
"Sebab ni covert operation dari FSB nak sabotaj SVR."

Aik, sesama agensi pun nak sabotaj sesama sendiri ni dah kenapa?

"Kenapa dorang sabotaj sesama sendiri, Aunty?"

"Sebab Rusia ni, yang berkuasa sebenarnya agensi ni. Semua ni berebut kuasa juga. So, tahun lepas, Putin buat Wagner Group, sebuah pasukan paramiliter swasta."
"Private?"
"Kan aku cakap, company. Jadi aku jumpa wakil Putin, dan mereka minta Sayap Kuning tolong uruskan. Dorang tau Sayap Kuning memang expert benda ni, tapi dorang hanya kenal Wan Radzi je. Jadi, sebelum Wan Radzi dapat job ni, baik kau ambik dulu."
"Aunty dah kenalkan saya kat dorang ke?"
"Dah, tapi dorang tak tau kerja kau kat Kyrgyzstan tu tau. Kau jangan cakap yang tu. Mampos dorang tak nak kerjasama dengan kau nanti. Lagipun si Prigozhin ni kenal kawan kau yang Chechen tu."
"Kadyrov?"
"Yes. Lagipun dorang pun perlukan korang juga dalam bab nak campurtangan referendum Brexit dengan pilihanraya US tahun depan. Kerja kau jugak tu."
"Baik, Aunty."

--

Mesyuarat MKKP berlangsung di rumah Azlan, untuk meluluskan beberapa perkara.

Azlan duduk sebagai Pengerusi, mendengar semua pendapat dan permintaan setiap parti.

Parti Republikan ada masalah legitimasi. Sejak pilihanraya lepas, Republikan ini dianggap menentang Azlan, walaupun 174 MPnya pada penggal lepas nak melompat. Dari kalangan rakyat, parti ini dapat 60 kerusi pun sebab sempadan yang digariskan SPR.

Jadi, Natasha ni ada masalah dalaman parti. Base dia ramai yang woke, atau paling kurang pun, liberal. Jenis layan lawak Bill Maher atau Jon Stewart, yang dah digantikan dengan Trevor Noah.

Demokrat pula ada masalah kewangan sejak pilihanraya lepas, terutamanya clan Tun Azmi, selaku pengasas parti ini.

Demokrat ni diwujudkan oleh Tun Azmi, kerana nak merampas semula kerusi dari Luqman, sebab semua orang nampak yang Luqman ni lemah. Tapi lepas kenyataan Azlan pada masa tu bahawa 'zaman ini zaman pasca-Azmi', menyebabkan populariti parti ini merudum.

Kemudian pada tahun 2004, parti Gagasan Ummah yang dipimpin Haji Syaaban diharamkan Shahrizal Hamdi kerana dikaitkan dengan Tok Aki, yang terlibat dalam keganasan serta serangan di Commonwealth Mall.

Akibatnya berlaku persaingan antara Haji Syaaban dan Rahman, anak Azmi, yang meminta bantuan kepada Azlan dari Parti Nasionalis.

Tapi awal-awal lagi Azlan yang pasang Harun dalam Parti Demokrat, untuk menguasai parti itu sebagai boneka. Dan apabila Rahman memimpin Parti Demokrat pada pilihan raya lepas, Demokrat berbelanja besar tetapi cuma dapat 44 kerusi sahaja.

Kebanyakan kerusi yang Parti Demokrat kuat telah dirampas oleh Parti Pertiwi yang bertanding sebagai calon bebas dan parti-parti negeri yang dipasang Azlan.

Maka apabila Azlan memberi jawatan Menteri Kewangan kepada Parti Demokrat, Rahman dah gembira. Sekali, Azlan letak Dalilah Harun, anak Pak Harun. Pak Harun memang tak bertanding di Puncak Jaya, tapi anaknya bertanding di Pejaring Jaya Timur. Dan menang besar, majoriti 20,000 lebih undi.

Dalam 44 kerusi Parti Demokrat, 33 orang Pak Harun, 10 orang je orang Rahman. Satu orang Haji Syaaban.

Lagipun, Rahman tak bertanding kerusi Parlimen. Dia bertanding kerusi Presiden. Bertanding Presiden ni kos tinggi. Orang bertanding satu kerusi pun dah belanja RG50 juta, nak bertanding Presiden ni makan billion.

Maka Rahman pun berhutang dengan Azlan, sebab pesaing Rahman, iaitu Hafiz Samsudin, duitnya boleh tahan juga walaupun dah banyak kena rembat dengan Donita.

Dahlah kalah tipis, nak lawan kat mahkamah tu kena bayar peguam lagi. Maka Rahman ini dirantai tengkuknya oleh Azlan.

Pemilihan makin dekat, dan Rahman bimbang Harun akan memancungnya. Maka Rahman perlu 'menjilat' Azlan lebih daripada Harun demi mengekalkan kuasanya.

Adik Rahman, Azizan, dia tak boleh pakai. Lawan Azlan pun dapat 12 undi je. Memalukan. Calon bebas pun ramai boleh menang undi besar, dia dapat 12 undi je.

Natasha pula sedang mendapat tentangan dari kawan baiknya, Cindy Wong. Cindy ni mewakili golongan liberal, golongan activist Bukit Henderson yang merupakan base voters Republikan.

Tapi Republikan ada juga geng Gagak Merah yang merupakan geng Sahari. Sahari ni takut bini walaupun gangster, sebab bini dia dulu bertaraf Kak Yong juga dalam Gagak Merah ni.

Selepas kantoikan Sahari dengan video dia dan Donita yang Azlan pegang, Sahari terus tak jadi lawan Azlan, dan semua budak Gagak Merahnya join Ayam Hitam dan ba'iah dengan Ali.

Maka walaupun Cindy kuasai geng activist Henderson bubble, pengundi Republikan luar kawasan yang macam tu dikuasai oleh Azlan.

Maka apa yang Azlan nak, semuanya akan diluluskan tanpa banyak cakap. Kalau Natasha cuba nak melawan pun, macam isu TPPA tu, Azlan akan veto.

Kalau Cindy atau orang-orang dia nak tubuhkan parti baru, kena kosongkan kerusi dan bertanding balik. Ingat Azlan nak bagi senang-senang ke untuk dorang melawan. Akta Lompat Parti dah diluluskan.

Master of puppets.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro