
2015 part 3
"Pengerusi, ada information dari American embassy, yang Obama akan datang lagi ke Wijayapura," kata Sharifah Fadzillah, menteri luar kepada Azlan.
"For what? Tak pernah presiden dorang ni datang negara ni sejak 1966, tiba-tiba dua kali nak datang. Nat, can you explain to me?"
"Obama wants us to push the TPPA agreement to be sign before November."
"How about no?"
"Alan, tak boleh lah. The last time dah discuss dah pasal ni. And government sebelum ni dah kata okay pada dia."
"So what? Tu government zaman sebelum PRU. Ni dah government baru."
"Alan, we are talking about Barack Obama..."
"Apa specialnya dia? Because he is the President of the United States?"
"Well Alan, yes!"
"Gelanggayu adalah sebuah negara yang berdaulat, bukan tanah jajahan US. Kita tak boleh bersetuju hanya sebab dia Amerika. Jangan bagi muka dengan penjajah imperialis ni."
"Alan...we loan a lot of money from them. We can't do anything about it."
"I say no, Natasha. Kalau you nak sign juga, sila berdepan dengan vote of no confidence from my party. Bincang dulu detail dia, dan pastikan kepentingan rakyat terbanyak dibela. Kalau tak, I veto," Azlan terus bangun dari kerusi dan meninggalkan bilik mesyuarat.
Azlan terus berjalan kaki menuju ke rumahnya dari bilik mesyuarat MKKP di rumah sebelah yang dah ditukarkan jadi pejabat dan bilik mesyuarat.
Dari belakang Natasha terus mengejar Azlan.
"Alan, Alan, Alan! Listen here. You tak boleh rosakkan hubungan diplomatik macam ni. You need to understand, it's hard to bring a US president to this country. Lagipun, we have a lot of debt masa civil war dulu. Please don't veto this."
"Next year is his last term, Nat. Nak takut dengan Obama buat apa."
"No, no, no. Next year, Hillary will win the US presidential election. So she will continuing what Obama had done. This is to ensure Belt and Road Initiative will fail."
"I tak peduli apa game geopolitik antara US and Kwantong. I tak peduli Hillary akan jadi Presiden tahun depan. Yang I peduli, Gelanggayu, this is my only country that I stay loyal to. Bila I berkempen tahun lepas, I pastikan golongan working class and middle class dalam negara ni takkan kena pijak. Bila kita sign TPPA ni, American companies akan masuk tanpa sempadan. What would happened to small businesses kat negara ni? You fikir billion-billion duit masuk, tapi duit tu ke mana? TPPA will be fail, mark my word."
"Alan, jangan macam ni. We need this to be work out. I'll let you lead the discussion with him. Okay?"
Azlan terus meninggalkan Natasha tanpa memberi sebarang reaksi.
"You nak pergi mana?"
"I have something to discuss with Mer. Got to go."
Azlan terus duduk di kerusi, dan buka kasutnya.
"Lan, kau lupa ke hari ni hari apa?"
"Haah. Baru kau ingatkan aku. Hari ni birthday Julia. Dah lima tahun dah dia. Kau dah cakap dengan chef suruh buat kek untuk dia ke belum?"
"Julia nak kek Angry Birds. Dia cakap dengan aku tadi."
"Chef boleh buat tak?"
"Lambat. Nak buat icing tu semua."
"Hmm, kau ni, hari ni birthday dia, hari ni jugak kau nak cakap. Murad..."
"Ya, Pengerusi?"
"Boleh tak tempahkan kek Angry Bird untuk Julia? Lagi satu, tolong jangan ada kacang. Staff kita ada sorang yang peanut allergy. Hari ni ada birthday party Julia untuk staff. Make sure chef order barang untuk BBQ kat padang belakang rumah ni, okay?"
"Baik, Pengerusi."
"Nat, nak pergi mana tu?"
Natasha berjalan menuju ke kereta.
"Kota Warisan. My office."
"Sempat tak datang sini malam ni? Today is Julia's birthday. Party start at 8."
"Can I bring Rachel?"
"Of course. She's always welcome in this house."
Merlina pandang Azlan dengan muncung muka.
"Asal?"
"Tak nak la ramai-ramai. Aku nak kita sambut sekeluarga je. Sejak kau jadi Pengerusi ni, life semua orang dalam rumah ni dah takde privacy."
"Nanti ada la private. Okay? Lagipun dah lama aku tak belanja staff aku ni."
"Lan, kenapa kau tak jadi Presiden je terus? Kau tau tak, kau punya penting ni, macam mengalahkan Hafiz or Nat je. Semua benda kena deal dengan kau."
"Sebab semua orang kena dengar cakap aku."
"By defacto, macam kau pulak ketua negara yang sebenar."
"Sebab memang hakikatnya memang aku pun ketua negara ni. Tapi aku bagi je lah glamour tu kat Hafiz. Aku dengar Hafiz tu sakit. Apa cerita dia sekarang?"
"Tadi aku dapat news yang dia kat hospital kat Barbados. Itu je info yang aku dapat tau."
"Nanti kau follow up pasal dia ya, Mer?"
--
Presiden Hafiz dikejarkan ke hospital di Barbados
Presiden Republik, Hafiz Samsudin dikejarkan ke Queen Elizabeth Hospital untuk menerima rawatan berikutan beliau mengalami radang paru-paru.
Beliau dikejarkan ke hospital selepas didapati pitam dan jatuh di rumah percutiannya di sini.
Turut mengiringi Presiden, Wanita Pertama, Wan Adilah Radzi ke hospital.
Pihak hospital masih belum mengumumkan perkembangan terkini.
--
"We are treating you with Zidovudine, lamivudine and abacavir. You will be stable but you need to continue to take your medication."
"I'm sorry, doctor. I don't understand, is there any problem?"
"I'm afraid to tell you this, or your wife, or those journalists that waiting for the news. We are a tiny nation. We can't afford to get this much of publicity."
"I don't understand."
"Mr Hafiz, you're contracted with HIV. And now, the virus has taken your white blood cells. You have AIDS. I wish I have guts to tell this to your wife, but I can't."
Hafiz tergamam. Dia tak tahu apa nak kata lagi.
"How long do I really have, doctor?"
"Keep your medication, probably around 5 years. That's the longest you have."
"Can you keep this as a secret?"
"Sure, we told your wife and media that you have lung infection."
"Are you sure that I have HIV? This is not a mistake, right?"
"I'm afraid not, sir. Have you engaged with any unprotected sex before this, sir?"
Fikiran Hafiz terus menuju ke peristiwa dia terkantoi dengan Ali di Santorini masa Donita game dia. Dan kemudian di Mallorca ketika dia rasa lubang duburnya seperti terkoyak dulu.
"Oh no..."
"This is antiviral medicine that help to control the virus from spreading. If you stop taking these pills, you may die within 2-3 years. 5 if you really take care of yourself. That's the maximum that you have."
--
"Koibito, doktor cakap apa? Koibito? Jawablah. Koibito, kenapa diam je ni? Something wrong? Koibito, I'm your wife, tell me what happened."
Doktor yang merawat Hafiz tadi keluar dari wad.
"Doctor, doctor!"
"Yes?"
"What happened to my husband?"
Doktor tu memandang ke arah Hafiz, kemudian ke Adilah. Hafiz mengangguk sebagai tanda untuk doktor itu berlaku jujur.
"Mam, if any media or journalists in front of the hospital asking, you told them it's pneumonia. But to tell the truth, your husband has contracted with HIV. He has AIDS."
"Ya Allah ya Tuhanku, Hafiz! What have you done? Hah? Hafiz, look what have you done! Kau ni memang bodoh la, Hafiz! Kau memang jantan tak guna! Ceraikan aku sekarang! Ceraikan aku!"
Hafiz dah tak tahu apa yang dia nak kata lagi.
Adilah terus duduk bersila di lantai dan menangis.
"Bila awak buat perkara sumbang ni? Hafiz, awak kongsi jarum suntikan ke, awak ada hubungan dengan pelacur ke? Awak berjangkit dengan betina tu ke?"
Hafiz geleng kepala.
"Habis tu?"
"Seks luar tabii."
"What? Ceraikan saya, atau saya tuntut fasakh! Sejak bila ni, Hafiz?"
"2012."
"Ya Allah ya Tuhanku. Nasib baiklah kita dah tak berjimak sejak awak dah ada skandal dengan betina tu. Dan sekarang awak ada HIV pulak? Awak tu ada hati nak keji saya apa yang berlaku pada saya dulu. Awak sedar tak, Nabi tak mengaku umat, awak sedar tak, Hafiz!"
Hafiz terus menangis.
"Awak ceraikan saya. Ceraikan saya talak tiga! Saya dah tak nak lagi dengan awak. Awak ni jijik. You're disgusting, Hafiz!"
Adilah terus meninggalkan Hafiz yang kini dalam realiti baru, untuk menghadam hakikat yang dirinya dijangkiti HIV.
--
"Mommy, you have function today?" tanya Rachel bila nampak Natasha sedang bersiap-siap.
"Eh, tak siap lagi ke Rach? Cepatlah siap. Hari ni birthday Julia."
"We're going to Mr Azlan's house today?"
"Yes, cepat sikit siap."
Rachel kembali ke biliknya, kemudian dia keluar dan ke bilik Azlan, dan dia masukkan buku teks sekolah Azlan ke dalam begnya.
"I need his explanation."
--
I was on a heavy tip
Try'na cross a canyon with a broken limb
You were on the other side, like always
Wondering what to do with life
I'd already had a sip
So I'd reasoned I was drunk enough to deal with it
You were on the other side, like always
You could never make you mine
And with one kiss
You inspired a fire of devotion that lasts for twenty years
What kind of man loves like this?
To let me dangle at a cruel angle
Oh, my feet don't touch the floor
Sometimes you're half in and then you're half out
But you never close the door
What kind of man loves like this?
What kind of man?
What kind of man loves like this?
What kind of man?
Sambil memakai gincu, dan memakai maskara, Rachel buka lagu Florence and the Machine sekuatnya melalui telefon bimbitnya. Dia perlu bertanya soalan yang selama 15 tahun usianya tidak mendapat jawapannya.
Dia keliru, adakah dia patut marah dengan Azlan yang selama ni membiarkan ibunya menderita, atau menyayanginya sebagai seorang ayah.
"Rach, let's go."
Dalam kereta, Rachel hanya diam sahaja sambil Natasha sedang meneliti dokumen-dokumen dalam begnya.
"Rach, why are you so frowning?"
"There's a lot of questions in my head right now, but I don't think you're willingly to answer."
"You know kan I always have an open and honest policy when I'm with you?"
"Yeah right."
"Rachel, tell me, what bothers you?"
Rachel keluar buku teks Azlan dari begnya. Muka Natasha berubah.
"I found this and so many more inside that cupboard. So much more! I knew it!"
Natasha tergamam sampai menutup mulutnya.
"Why he left you? What kind of man, why he is so irresponsible? Tinggalkan you and me alone je macam tu? Lepas tu ada dengan perempuan lain?"
"Rachel, it was me who left him. He was looking for us, but I ran away."
"Why?"
Air mata Natasha mula mengalir.
"Because I want to save grandpa's company from bankruptcy. But to do that, I must marry another man. You don't know what I feel, Rach. Every single day, when I see him, I knew the fact we are not together even though we're loving each other. You don't know how much he loves you, Rach. Tak baik cakap macam tu kat Mr Azlan."
"You guys are in love, but couldn't be together because you want to save grandpa's company?"
"It's a long damn ass story, Rach."
--
Rozana dan Nilam sampai di 2 Jalan Cendana dengan lebih awal sebab nak siapkan makanan. Kak Dayah dengan Ali sampai kemudian.
"Sep sep sep! Tom tom tom! Air pasang pagi surut pukul lima! Nyonya bangun pagi siram pokok bunga..."
Nilam mengajar Julia main sep sep tom tom di depan taman.
Rozana tersenyum memandang anaknya yang dah masuk darjah dua bermain dengan Julia.
"Kak Zana!" Merlina cucuk pinggang Rozana.
"Opocot kau! Eh, Mer."
"Kemain lagi Nilam ajar Julia."
"Pokok bunga melur tanam tepi sawah, itik bertelur ayam menetas! Encik Baba jatuh dalam parit, Cik Aminah ketawa jerit-jerit, naik kereta api sampai Wijayapura, ada bini comel bela kura-kura!"
"Zana, Mer tanya sikit, boleh tak?"
"Apa dia?"
"Zana dengan Kak Dayah okay ke bermadu, dengan Ali asyik kat London je?"
"Hmmm, dah biasa dah, Mer. Tapi Ali tu, sibuk orangnya. Kalau dia tak buat semua ni, Azlan juga yang susah."
"Apa sebenarnya kerja Ali ni?"
"Naikkan populist uprising seluruh dunia. Dekat Hong Kong hari tu protest, dia yang buat tu. Yang kat Scotland tu walaupun gagal, tapi jadi punca juga kenapa parti negeri tu menang besar."
"Kenapa dia nak buat macam tu?"
"Dia pernah kata kat Zana, Gelanggayu ni pokoknya renek sebab ada banyak pokok lain yang himpit. Tak ada cahaya matahari, berebut sumber air. Jadi kalau tebang pokok besar, pokok kecil boleh naik, anai-anai boleh ada rumah, tapi antara semua pokok, Gelanggayu yang paling tinggi antara semua."
"Maksudnya, dia nak buat Gelanggayu ni kuasa dunia? Mustahil lah."
"Bukan kuasa dunia, tapi dunia takkan boleh membuli Gelanggayu lagi. Takkan boleh menjajah Gelanggayu lagi. Gelanggayu naik atau jatuh bukan sebab orang luar, tapi sebab pemimpinnya sendiri. Gelanggayu berdiri sendiri, merdeka dengan sebenar-benar erti. Supaya generasi macam Nilam, Abel atau Julia merasa bangga dengan negaranya. Mereka tak pernah lalui zaman keluarga al-Daulah macam kita semua. Mungkin kalau Jugra tu dia masih kecil, tapi merasa juga zaman tu walaupun sekejap. Mereka inilah nanti yang akan warisi Gelanggayu. Ali dan Alan membinanya semula, sejajar dengan apa yang Sayyid Muluk cakap dulu."
--
Faridah ke Beijing untuk bertemu dengan rakan sejawatnya dari People's Bank of Kwantong, Zhou Xiaochuan.
Faridah pergi ke situ untuk racun Setiausaha Agung Parti Komunis Kwantong, Xi Jinping untuk menerima cadangannya.
Baru-baru ini Vladimir Putin dan Xi Jinping ada bertemu dalam Shanghai Corporation Organization (SCO), untuk membentuk 'paksi baru' menentang Barat yang diketuai Amerika Syarikat.
Dalam ucaptamanya dalam bahasa Mandarin, Faridah yang memang belajar bahasa Mandarin sejak usia yang kecil, mengagumkan ramai ahli-ahli tertinggi Parti Komunis Kwantong.
Faridah menerangkan tentang kelemahan dolar Amerika Syarikat: ia adalah wang fiat dan tidak bersandarkan apa-apa.
Kemudian Faridah menerangkan teknologi blockchain dalam sektor kewangan, yang boleh membuat matawang digital yang bersandarkan sesuatu yang bernilai, seperti emas atau sumber asli lain.
Faridah juga mencadangkan agar Kwantong menggunakan sistem barter untuk beberapa barang tertentu sekiranya Asia mahu melawan hegemoni dolar Amerika.
Kejatuhan bursa saham Shanghai yang teruk telah memberi peluang kepada Faridah untuk batu api antara Barat dan Rusia, Amerika dan Kwantong, Kwantong dan India.
Dengan Amerika, dia kenal orang dalam Federal Reserve. Dengan Kwantong dia cakap Mandarin. Dengan Rusia, Menteri Kewangan dia pun intern dengan Faridah.
Faridah tahu, golongan tua Freemason, Illuminati, Skulls and Bones, Bohemian Grove ini semua walaupun kaya dan berkuasa, tapi mereka semakin tua. Dorang ni old money. Old money is old.
Semua baya-baya Yahya generasi old money ni. Dapat kat pewaris harta, semua lemah sebab jati diri dah hilang. Sejak zaman imperialisme berakhir, mereka ni sebenarnya makin hilang pengaruh walaupun masih kuat.
New money macam Al-Thani, Al-Nahyan, Al-Saud, Al-Sabah, Al-Maktoum, dan dulunya Al-Daulah, sekarang Cendana.
Dan polisi keluarga Cendana ni guna sistem chaebol Goryeo Selatan - keluarga menguasai konglomerat syarikat-syarikat penting kerajaan.
Bayangkan, Goryeo Selatan negara yang lebih kurang satu per lapan saiz Gelanggayu, dan Gelanggayu sekarang guna sistem chaebol seperti Goryeo Selatan.
Bayangkan Goryeo Selatan yang tak ada sumber alam guna sistem chaebol boleh maju macam tu, kalau Gelanggayu yang kaya dengan sumber alam ni macam mana gayanya.
Faridah tahu, Azlan tak suka KCP, terutamanya perangai mereka yang suka kacau kawasan EEZ Gelanggayu terutamanya golongan nelayan.
Tapi sekurang-kurangnya Faridah masuk ke dalam dulu, untuk dapatkan maklumat tentang sistem kewangan Kwantong ini.
--
"Astaghfirullah al azim kau ni, Fazrul!" kata Marina, ketawa terbahak-bahak.
"Kenapa? Okay tak baju ni?" kata Fazrul.
"Mana kau dapat baju ni doh?" tanya Marina.
"Bundle. Smart tak?"
"Asal baju kau lambang Illuminati doh! Kau ni mengundang Ustaz Aumi la!" Marina ketawa lagi.
"Aumi Youtube? Lagi satu, kau layan tak Mosus Flatearther..."
"Hahaha tu lawak gila, Fazrul! Tapi aku rasa wife dia cam tabah je. Kalau aku dapat laki macam Mosus tu, memang aku dah bagi makan kaki aku dah. PrinceMadd?"
"PrinceMadd aku punya all time favorite! Terbaik, mantap!"
Hobi Fazrul dan Marina ni ialah mereka berdua menonton video teori konspirasi, tapi bukannya nak percaya, tapi nak bahan ketawa.
Mesti ada yang tanya, kalau Marina ni isteri kedua, siapa isteri pertama Fazrul?
Isteri pertama Fazrul bernama Raden Sofea, seorang bekas kerabat keraton sebuah kesultanan di Majapahit. Fazrul kahwin dengan dia sebab ayahnya encik Khamis ada banyak business underground yang dibuat Faridah semasa rejim Sudarto.
Selepas kesultanan mereka jatuh, mereka tak jatuh sepenuhnya, sebaliknya diberi habuan seperti perusahaan dan mengawal pelabuhan.
Jadi perkahwinan Fazrul dengan Raden Sofea ni dapat dua orang anak, iaitu Radhi dan Radiana. Orang panggil Diana je.
Sekarang ni Fazrul sedang menikmati pelbagai projek dari Jokowi, sebab masa Pemilu tahun lepas, dia banyak tabur duit dekat PDM-P, parti Jokowi.
Sebab kabel isteri pertama lah. Isteri kedua pulak, Peguam Negara. Dia pulak seorang Speaker Dewan. Adik ipar pulak isteri kepada Pengerusi Azlan.
"Kenyang!" Fazrul tepuk perutnya.
"Sedap tak aku masak?" tanya Marina.
"Tangan kau ni bila masak, tangan orang Minang. Otak kau bila nak membelit orang dalam court, otak orang Yahudi!"
"Kau tau kan yang atok belah mak aku darah Yahudi?"
"Tau. Sebab tu la Merlina boleh jadi billionaire."
"Aku rasa kan, kadang-kadang la, aku rasa yang buat teori konspirasi ni, jenis buat parodi je. Buat lawak, tapi last-last, orang ambik serius," kata Marina.
"Kau percaya teori konspirasi?" tanya Fazrul.
"Yang aku tau, aku pernah dengar yang Sayap Kuning terlibat dalam pembunuhan JFK."
"Aunty cerita kat kau kan?"
"Ye lah. Dia cakap suami dia, bapak Azlan, ada nampak kepala JFK kat kereta tu."
"Power ek, Sayap Kuning?" tanya Fazrul.
"The oldest and the best intelligence agency in the world and no one really knows. Gelanggayu ni, kalau kau search kat Wikipedia, dia beritahu yang Special Branch adalah intel Gelanggayu. Sebenarnya Sayap Kuning..."
"Yang sekarang ni dikuasai Ayam Hitam."
Dua-dua termenung panjang.
"Wei, smart wei Aunty..." kata Fazrul.
"Ye la doh. Maknanya dari Azlan kecik dia dah plan nak main game lawan Yahya."
"Lepas tu sekarang ni satu dunia Aunty kasi batu api."
"Lepas tu Merlina kerja beli saham Raytheon, Lockheed Martin, Boeing."
"Semua tempat akan bergolak kecuali Asia Tenggara."
"Smart Aunty Idah, smart gila."
Ada ketukan pintu di depan rumah.
"Tuan Fazrul," kata seorang lelaki berbaju kot hitam di hadapan rumahnya, menghulurkan envelope.
"Baik, terima kasih."
Marina pandang Fazrul memegang envelope.
"Apa tu?"
"Senior RPM kau la, apa rancangan dia nak dajalkan Azlan tu."
"Eleh, kau punya kakak angkat jugak tu Fazrul."
Ya, Adilah adalah kakak angkat Fazrul zaman sekolah dulu.
Mereka berdua menonton video rakaman perbualan Adilah, Cindy dan Azizan.
"Somebody wants SPRG..." kata Marina.
"Kau nak buat apa, Marina?"
"Banyak fail kakak angkat kau ni, Fazrul. Ni kalau sempat plan Azlan ni, memang kena hukum hudud ni."
"Bro Alan nak buat hukum hudud?" tanya Fazrul.
"Ye lah. Potong tangan siapa kaki main rasuah ni. Sebab tu la dia nak sangat buat Perkara 5 punya referendum tu. Bila Gelanggayu dah jadi negara persekutuan, undang-undang negeri bukan kawalan Persekutuan. So, let's say kes Adilah ni, ada isu pembalakan haram yang buatkan rakyat menderita; banjir, hakisan tanah, tanah runtuh, nanti negeri yang ada legislation sendiri boleh je buat hukum hudud kat negeri tu."
"Tapi hukum hudud tu kan bercanggah dengan Perlembagaan?" tanya Fazrul.
"Kau ingat bro Alan nak ikut ke Perlembagaan yang si tua Yahya tu tulis? Ikut Al-Quran dan Sunnah la, barulah negara Islam. Masa tu barulah Gelanggayu ni datang balik keberkatan dan kemakmurannya."
"Wow, sebab tu la bro Ali pergi kacau Amerika sekarang, sebab dah tak nak bergantung pada sistem liberal demokrasi ni."
"Mastermind pun Aunty Idah dengan bro Alan, memang power la perginya!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro