Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2015 part 2

Di pekan Sompoton ni, ada satu pasar malam hari Sabtu. Maka George bawakan Azlan sekeluarga bertemu dengan masyarakat kaum Lamas yang membeli belah di situ.

Rata-rata semua terkejut, tapi rasa gembira, sebab inilah kali pertama dalam sejarah, ada pemimpin Melayu yang melawat wilayah terperuk ini. Dah tu, datang pulak pasar malam di pekan kecil macam Sompoton ni.

Julia bukan main seronok lagi bila nampak mainan tradisional orang Lamas, dan minta Merlina belikan.

"Haaa, kau nak lastik apa? Lastik Mony? Kucing tu lagi tua daripada kau, kau tau tak? Hormat sikit kucing tua," kata Merlina, bila Julia tunjuk nak beli lastik.

"Yang ni sesuai untuk perempuan," kata pakcik jual pasar malam tu bagi batu seremban dengan corak tradisional masyarakat Lamas.

"Haaa, yang macam ni, bantal kecik, kan?" tanya Merlina.
"Ya, Puan Besar."
"Haaa, macam ni, takpe. Kau beli lastik karang entah apa-apa yang kau lastik kat rumah tu," kata Merlina kepada Julia.
"Mommy, nak bola-bola tu?"
"Bola-bola?"
"Oohh, yang ni apa namanya, encik?" tanya Merlina.

"Lato-lato, Puan Besar," kata pakcik jual mainan tu sambil pusing-pusingkan bebola tu sampai berbunyi.

"Kau nak beli, boleh. Tapi jangan main dalam rumah. Bising, nanti daddy tak boleh nak kerja nanti," kata Merlina.

Melompat-lompat seronok Julia bila ibunya benarkan dia beli lato-lato.

Azlan pula tekun mendengar keluhan penduduk tempatan, antaranya cerita yang kampung terputus bekalan air sejak tiga hari lepas, kerana tali air di bahagian hulu gunung yang rosak.

"Baik, kita boleh siapkan besok, George?"
"Kosnya mahal sikit, Tuan Azlan?"
"Berapa?"
"RG10 juta, sebab kawasan tu di celah gunung. Kenderaan susah nak masuk situ. Kena pakai helikopter."
"Okay, proceed. Buat sekali paip untuk penduduk kampung dapat bekalan air dengan mudah."
"Baik, Tuan Azlan."

Azlan dengar alasan yang munasabah, dia terus luluskan. Kemudian dia lantik kontraktor George untuk buat projek tu, dan syarikat Kecik bagi bantuan dari segi teknologi.

On the spot, projek baiki tali air dapat. Kalau pemimpin lain, bertahun baru boleh dapat. Dapat survive pun sebab tadah air hujan.

Bersorak gembira petani-petani kampung menjual keladi dan ubi kayu, yang memakai baju compang-camping mendengar persetujuan Azlan membaiki tali air.

Ada petani yang memeluk Azlan dan menangis kerana akhirnya mereka bakal ada bekalan air bersih yang tetap.

Ada paderi dari sebuah kampung, yang meminta bantuan dari Azlan untuk membina semula gereja yang telah rosak. Gereja kampung tu dibina tahun 1940an oleh mubaligh Kristian yang lari dari Dai Viet akibat serangan tentera Ryukyu.

"George, berapa kos nak bina gereja batu?"
"RG200,000."
"Baik, gunakan bajet yang ada tu."
"Tapi Tuan Azlan, takpe ke tuan sebagai orang Islam tolong kami bina gereja?" tanya George.

"Kerajaan ini adalah kerajaan Islam. Dan Islam merayakan kepelbagaian dan menghormati perbezaan agama. Dalam Piagam Madinah, pemimpin Islam wajib melindungi semua warganegaranya, termasuk yang bukan Muslimin. Segala kebajikan mereka haruslah dijaga demi keamanan semua pihak. Cuma, kami juga harus menjaga kesucian agama kami, semuanya ada batas."

"Terima kasih, Tuan Azlan," kata paderi itu.
"Sama-sama. Lagipun dalam Islam, yang Islam bayar zakat, yang bukan Islam bayar jizyah. Jizyah tu bolehlah digunakan untuk hal-hal kebajikan mereka, termasuklah bina gereja, tokong atau rumah keagamaan lain."

--

Mereka bertiga menginap di sebuah banglo milik George, dengan dikawal oleh pihak tentera dan polis.

Julia dah terbongkang tidur, sebelum Azlan luruskan kaki anaknya, dan selimutkan anaknya. Azlan kemudiannya membuat secawan kopi daerah Libawan, iaitu daerah yang bersempadan dengan Dai Viet.

"Peh, padu ni. Boleh lawan Kopi Cap Burung Melaut ni," kata Azlan sambil memandang ke arah bias cahaya bulan di sebuah tasik menghadap banglo itu.

"Tak sangka orang Lamas layan kita baik, ya? Dulu aku dengar cerita, orang Lamas pancung orang la, hantar sihir ada anu atas dahi la," tanya Merlina.
"Tu kalau kau buat jahat. Kita datang cara baik, dorang layan kita dengan baik la."
"Aku betul-betul tak sangka kau adalah pemimpin Melayu pertama yang melawat Lamas dalam masa 400 tahun. Lepas tu masa aku ambik gambar masa petani tu menangis peluk kau, aku rasa macam dorang betul-betul terharu dengan kau."
"Mana taknya, tali air tu rosak, dorang menderita tak ada bekalan bersih. Kau tau, wilayah ni kali terakhir bebas polio tahun 1996. Bahagian lain tahun 80an dah tak ada dah. Petani kat sini betul-betul daif. Lepas tu orang yang pandai ada peluang sikit je. Kita kena ubah persepsi mereka bahawa kita orang Melayu Islam ni, adalah pemimpin yang adil dan baik."

Azlan dan Merlina pandang ke arah tasik.

"Kau kalau dengan Mina, selalu date kat mana?"
"Dia suka Gaucho's, atau kedai makanan Austria yang ada schnitzel tu."
"Kalau Nat aku tau, St. Pierre."
"Mana kau tau?"
"Hari tu yang bayar bil korang bertiga tu aku la."

Azlan pandang Merlina dengan pelik.

"Asal kau pandang aku camtu?"
"Asal kau belanja kitorang?"
"Ye la, aku faham. Kau dengan Nat tu ex, dan Rachel tu anak kau. Aku tak nak la pisahkan korang."

Azlan mengangguk.

"Terima kasih," kata Azlan.
"Kau tak nak kahwin dengan dia?" tanya Merlina.
"Ish, kau ni. Merepek la. Aku Pengerusi MKKP, dia Perdana Menteri. Karang orang cakap komplot pulak."
"Ye tak ye jugak. Alang aku yang buat business pun orang cakap aku dengan kau kroni. Tapi aku buat kerja tip-top. Aku quote barang supply pun berkualiti. Aku tak ngelat tang kerja, Lan."
"Sebab tu kronisme ni orang salah faham sebenarnya. Pada aku, asal perform, dah. Ni kalau aku lantik orang luar yang aku tak kenal, tapi buat kerja entah apa-apa, buat apa? Contohnya tu, projek terowong Pulau Lingga tu. Rancang buat terowong, 2009. Bagi si Lim Guang Heng projek, buat kajian sampai tahun ni, tak siap-siap. Kaji mende tak siap tu, kaji kat bawah laut tu ada rumah Spongebob ke apa?" kata Azlan.

Merlina ketawa.

"Kalau tahun depan pun si Guang Heng tu kaji jugak, kau bagi company aku je lah tender tu. Aku deal JV dengan syarikat Goryeo Selatan dengan Ryukyu buat terowong tu. Sebelum 2020, siap," kata Merlina.
"Serius?"
"Pernah ke projek aku overdue? Semua ahead of schedule. Kroni kroni pun kalau buat kerja power, apa ada hal?" kata Merlina.
"7.2 kilometer tu?"
"Lan, Seikan Tunnel kat Ryukyu tu 23 kilometer. Mula korek lubang 1983, siap 1988. Terowong kat English Channel dari Dover ke Calais tu, 50 kilometer. Start 1988, siap 1994. Senang cerita kau kena cari orang yang boleh buat job je. Nak kisahkan tender terbuka sangat ni, yang bising-bising tu kadang-kadang bukannya reti buat kerja pun."
"Banyak bidang jugak business kau ni, Mer."
"Aku ni suka style business Goryeo. Sistem chaebol. Park Chung-hee perintah Goryeo Selatan secara diktator pun, infrastruktur power. And then of course la ada demonstrasi pelajar lepas tu kena tembak. Tapi untuk Asia ni, memang kena style macam ni. Ikut Barat nanti, tak siap-siap. California tu nak siapkan high speed rail, sejak Obama menang, sampai dia nak ke hujung dah ni, tak siap-siap. Kwantong, dah berpuluh ribu kilometer dah HSR dia."
"Aku tak nak la buat macam Kwantong, bina high speed rail ke Tibet kos tinggi tapi tak balik modal. Okay la, ikut Goryeo ke Taipei-Formosa ke, aku okay la," kata Azlan.
"Pasal construction firm ni aku banyak investment la. Tu kat Doha, aku dapat contract pasang bumbung Education City Stadium dengan Lusail tu. Dekat Dubai, aku dapat buat projek bina bangunan kat Dubai Marina. Kat Temasik toksah cakap laaa...Amanila, Betawi, Ho Chi Minh, Krung Thep, eh semua la ada..."
"Wijayapura?"
"Mestilah ada, ngok!"
"Teknojaya?"
"Ada la! Ni nanti jumpa Jokowi pun, dia ajak kita JV tolong dia bina ibu negara baru nanti."
"Okay, nanti aku nak tanya Ken untuk idea HSR dari Temasik ke Wijayapura, dia on tak on."
"Aku cadangkan kau bina kereta api dari Kuala Melaut sampai Teknojaya dulu, Lan. Kapal dari Lautan Hindi, nak ke sebelah Wijayapura, kena pusing jauh ke Betawi. Kalau bina kereta api, kapal berhenti kat Kuala Melaut, angkut barang lepas tu terus sampai Wijayapura, sampai Teknojaya."
"Tapi Betawi mati la nanti..."
"Takdenya. Dari Australia pun lalu Betawi. Ala benda ni kau tanya la kawan baik kau Peter Zeihan tu," kata Merlina.

--

Adilah, Hafiz, dan Jimmy bertemu di rumah mereka di Barbados. Adilah mula merasakan cengkaman Azlan dalam kerajaan kini semakin kuat.

Hafiz dan Jimmy yang satu ketika bertumbuk dulu, terpaksa berdamai demi kepentingan politik.

Antara akta yang diperkenalkan Azlan ialah Akta Penyebaran Maklumat 2014, yang menghalang Suara Gelanggayu daripada melaporkan fitnah ke atas Azlan. Akta Berita Palsu 2015 juga diluluskan.

Suara Gelanggayu kini telah mendapat surat perintah hadirkan diri ke mahkamah selepas satu artikel yang menuduh Azlan terlibat dalam kematian perempuan Bosnia, Mia Masilajovic pada tahun 2006.

Sekiranya Suara Gelanggayu gagal menghadirkan diri ke mahkamah, permit tersebut akan ditarik.

"You takkan tak kenal Azlan? Dia tu kan, Mat Akta?" kata Hafiz sambil minum teh.
"Tapi akta dia kali ni memang attack terus pada kita, awak faham tak? Yang awak pergi sign, kenapa? Awak tu Presiden. Kenapa nak dengar cakap dia?" kata Adilah.
"Sebab kalau saya tak sign, rakyat akan marah."
"Awak ni lemah, awak tau tak? Sikit-sikit takut rakyat marah? Tengok Azlan tu, dalam Parlimen ada 66 kerusi je, tapi mampu kawal semua cabang kerajaan. Awak dah dapat yang paling atas pun awak tak dapat buat apa-apa."
"Senang je, Dila. Kita beli la ahli parlimen bebas yang berlambak tu. Offer dorang RG20 juta sorang, lompat la dorang," kata Jimmy.
"Ada 54 ahli parlimen bebas, tau tak? Bukannya tak pernah pun terfikir pasal tu, kalau sorang dua, boleh la!" Adilah menengking Jimmy.
"54 kali 20 juta, gila nak dekat RG1 billion ni," kata Jimmy.
"Sejak si sial tu update Akta Perdagangan Antarabangsa tu, kita punya duit dah merudum. Awak la, koibito! Pergi luluskan akta tu, siapa suruh?"
"Kalau saya tak luluskan nanti rakyat marah."
"Balik-balik alasan awak ni, rakyat! Hey, rakyat ni bodoh, awak tau tak? Campak je la sikit duit, campak la sikit subsidi, senyap la dia. Cuba tengok cara Natasha tangani kemarahan rakyat bila dia laksanakan GST? Dia buat BR1G. Cuba la awak ni bijak sikit. Musuh-musuh awak ni jauh ke depan daripada awak. Awak ni dah jadi Presiden Republik pun awak tak mampu buat apa-apa. Saya marah betul la dengan awak ni!"

Adilah terus bangun dari kerusi dan keluar dari rumah.

Hafiz diam saja dan biarkan Adilah pergi.

Jimmy nampak muka Hafiz seperti kemerahan.

"Kau okay ke tak ni, Fiz?"

Hafiz terus rebah dan jatuh ke lantai. Pegawai keselamatan Presiden terus mengangkatnya dan memapahnya ke bilik tidur.

"Call doktor," kata Jimmy.
"Baik, tuan."

--

Beberapa orang anggota berpakaian polis datang ke pejabat TV Angkasa Awana untuk menahan ketua editor serta ketua pegawai operasi yang dikatakan orang Adilah. Beberapa buah portal berita yang berkaitan dengan Adilah turut disita di seluruh Gelanggayu.

Dengan menggunakan Akta Penyebaran Maklumat 2014 dan Akta Berita Palsu 2015 yang diluluskan parlimen, 2 Jalan Cendana tanpa ragu-ragu terus mengeluarkan saman dan Pendakwaraya Negara dan Peguam Negara tak teragak-agak mendakwa pihak media ini.

Mereka yang lantang bersuara akan 'disenyapkan' suaranya. Mereka yang mencari pasal dengan Azlan akan diugut macam-macam.

Ini kerana taktik ini adalah taktik Sayap Kuning, yang sudah mula beralih arah mengikut bos besar mereka yang mula mencium batu cincin zamrud Azlan.

--

Azlan

Aku ada dengar percubaan Adilah untuk beli ahli parlimen bebas dan beberapa ahli parti-parti provinsi. Tujuannya ialah nak memastikan Parti Republikan berdiri sendiri tanpa Parti Nasionalis.

Jadi, aku ada dua lagi langkah. Yang pertama, ialah semua ahli parlimen bebas tu membuat kenyataan terbuka, yang mereka ni dari Parti Pertiwi.

Yang kedua, kan dah ada Akta Anti Lompat Parti, percubaan-percubaan gampang Adilah ni akan digagalkan.

Kalau nak lompat parti, kena letak jawatan ahli parlimen, dan bertanding semula.

Tapi, aku ada satu lagi langkah yang perlu aku lakukan untuk melemahkan lagi kedudukan Adilah dan konco-konconya.

Always three steps (or more) ahead from your enemy.

"Pengerusi?"
"Ya, Murad."
"Haji Syaaban dah tiba."
"Jemput dia masuk."

Haji Syaaban merayu agar Parti Gagasan Ummah dibatalkan pengharamannya, supaya dia dimasukkan di dalam MKKP. Tapi aku tak boleh nak masukkan dia, sebab ia akan menyinggung Rahman selaku Presiden Parti Demokrat.

Dan aku cakap dengan Rahman, aku rekod perbualan aku supaya dia dengar sendiri yang aku tak belot dengan perikatan ni.

"Saya tak boleh nak menyibuk dalam isu dalaman Parti Demokrat ni, tuan haji. Masa Tuan Haji masuk Parti Demokrat dulu, tuan haji fikirkan apa? Nak singkirkan orang-orang Tun Azmi ke?"
"Bukan macam tu, Azlan..."
"Pengerusi..."
"Baik, Pengerusi. Bukan macam tu, Tuan Pengerusi. Tapi, masa tu kami dah tak ada tempat untuk bertanding. Sebab itu kami gunakan logo Demokrat untuk kami masuk semula ke dalam pilihanraya."
"Apasal Parti Pertiwi yang diharamkan tu pakai lambang bebas je pun boleh buat macam tu? Apasal Gagasan Ummah tak boleh? Macam ni lah, tuan haji kalau nak tubuhkan parti Gagasan Ummah, itu terserah. Saya tak boleh nak campurtangan urusan dalaman Parti Demokrat. Tapi untuk masuk ke dalam MKKP, kena ada wakil dalam Parlimen. Kalau kesemua 44 ahli parlimen Demokrat tu bukan pro tuan haji, tak bolehlah. Dan lagi satu, kan dah ada Akta Anti Lompat Parti. So, kalau ada la ahli parlimen tu nak keluar parti, kalau ikutkan sidang akan datang, dia kena lepaskan jawatan dan bertanding semula."

Wajah Haji Syaaban dah merah padam, seperti nak menangis.

"Macam ni lah, tuan haji. Kalau saya bagi cadangan, boleh?"
"Cadangan apa tu, tuan pengerusi?"
"Saya nak awak berdamai dengan Rahman, dan terima Rahman sebagai Presiden parti. Takde lagi dah nak tubuh parti baru semata-mata nak ada suara dalam MKKP. In return, saya akan lantik tuan haji sebagai mufti besar Gelanggayu. Atau pengerusi Tabung Haji? Tengoklah mana yang sesuai. Tapi kalau tuan haji berdamai dengan Rahman, faham? Kita orang Melayu, orang Islam ni, jangan berpecah."
"Faham, tuan pengerusi."
"Baiklah, tu saja yang saya boleh tolong. Nak campur tangan pun saya tak boleh. Tapi at least tuan haji get something kan daripada nothing?"

Aku terus menghulurkan tangan dan bersalam dengan Haji Syaaban, dan Haji Syaaban yang tua baya ibu tu, cium tangan aku.

Dengan mempunyai kuasa membayar gaji Haji Syaaban, dia akan blah daripada Adilah. Cuma, a snake is a snake. Dia pakai serban ke, dia tok imam ke, kita tak boleh nak percaya sangat. Kita kalau nak bela ular, pastikan dia tak patuk tangan kita, tapi dia patuk musuh kita.

Selepas dia blah dari pintu rumah aku, aku terus call Rahman.

"Dah dengar conversation tu?"
"Dah, Azlan. You're a fair man. Patutnya kau bertanding jadi Presiden hari tu."
"Tak nak la. Kalau aku bertanding hari tu, kau tak boleh cari makan."
"Hahaha! Azlan, nanti jemput kau dan Mer datang ke rumah. Orang rumah aku masak lebih hari ni."
"Ada makan-makan ke? Aku bawak Jugra dan Julia, boleh?"
"Eh, boleh je. Datang la. Azhari pun datang jugak tau."
"Azhari?"
"Azhari Mahmood? Dia cakap dia kawan kau kat universiti. Takkan kau tak ingat? Pemain bola tu!"
"Ooohh, okay! Ari! Lama betul aku tak jumpa dia. Last aku jumpa dia masa Gelanggayu jadi juara Piala Asia dulu. Baik, baik. Jumpa kat rumah kau."

--

Kalau dulu, nak gerak dari rumah ke tempat lain satu keluarga, pakai satu kereta, aku je drive pun boleh.

Sekarang kena at least ada empat buah kereta. Dua kereta Audi Q7 untuk pegawai keselamatan, kereta BMW X6 untuk assistant-assistant, Porche Cayenne untuk keluarga aku. Selain tu ada juga kereta Acura MDX dan tiga Mercedes M-Class untuk spare kalau melibatkan event besar.

Bukan nak show off, aku pun kadang-kadang menyampah jugak kalau nak keluar rumah bawak ramai-ramai ni. Dulu masa zaman Izham dulu, aku tak macam ni sebab aku rasa tak perlu.

Sekarang aku rasa perlu, terutamanya sejak aku kena tembak dulu. Aku tak nak Merlina, Jugra atau Julia jadi mangsa. Aku kena sedar yang aku ni ada ramai musuh.

Selain tu, ada empat polis pengiring motorsikal yang akan beri laluan kepada aku untuk aku elak jam. Ni kalau aku ada benda penting macam mesyuarat Parlimen atau nak berjumpa dengan ketua negara lain yang melawat negara ni.

Kalau personal meeting macam aku nak ke kenduri rumah Rahman ni, tak perlu. Nanti rakyat menyampah dengan aku.

"Kuat sikit lagu tu, daddy? Please?" kata Jugra.

Lagu Blank Space dari Taylor Swift berkumandang.

Aku pandang Jugra dengan pandangan aneh bila Jugra menghafal lirik lagu Taylor Swift tanpa gagal.

Screaming, crying, perfect storms
I can make all the tables turn
Rose garden filled with thorns
Keep you second guessing like
"Oh, my God, who is she?"
I get drunk on jealousy
But you'll come back each time you leave
'Cause, darling, I'm a nightmare dressed like a daydream

So it's gonna be forever
Or it's gonna go down in flames
You can tell me when it's over, mmh
If the high was worth the pain
Got a long list of ex-lovers
They'll tell you I'm insane
'Cause you know I love the players
And you love the game

"Nampaknya aku dah terlalu sibuk dengan kerja sampai aku tak pantau perkembangan kau ni, Jugra."
"Ni lagu terbaru Slipknot, kan Jugra?" kata Merlina.
"Slipknot? Hotak kau! Slipknot metal kot! Ni kalau abang knowledge ada lagi ni memang dah kena pow dah kau ni, Merlina!"
"Kau tak faham, Alan. Ni inner joke. Geng Kecik je faham joke ni, kau ni pun serius sangat."
"Ye la, aku mana tau joke korang ni. Cerita la, bagi aku faham."
"Hari tu kan..."
"Hah! Mama Mer, jangan cerita kat daddy! Jangan cerita!" jerit Jugra dalam kereta.
"Aku rasa aku dah pernah dengar joke ni dari Kecik. Yang Joni cakap Corey Taylor Swift tu, sebab mamat ni kantoi dengar lagu Taylor Swift kat dalam bilik ke?"
"Haaa, yang tu."
"Jugra, kau tak boleh sorok la dengan daddy. Gini, tak salah kau nak layan Taylor Swift. Kau tak payah segan dan malu. Kau dengar je apa yang kau nak dengar. Daddy ni dulu, dengar je lagu punk ke, metal, tapi bila daddy dengar lagu Britney Spears, daddy dengar all out."
"Serius la kau dengar Britney Spears? Jijik betul taste kau ni, Alan!"
"Apa pulak. Muzik ni untuk kita ekspreskan perasaan. Kalau aku rasa nak marah, aku dengar la Slipknot. Nak rasa politikal sikit, dengar la Dead Kennedys. Nak rasa jiwang-jiwang art, aku dengar Incubus. Nak jiwang tahap cringe, dengar Britney, Backstreet Boys. Nak pikat pengundi muda, aku post la kat Twitter lagu G-pop. Sekarang tengah famous ni, BTS. Every songs has its own soul. Tu prinsip aku."
"Okay, kau betul. Habis tu kalau kau nak ingat aku, kau dengar lagu apa?" tanya Merlina.
"Linkin Park. Sebab kau yang perkenalkan band tu kat aku."
"Eleeehhh!"
"Daddy tak judge Jugra ke kalau Jugra suka Taylor Swift?"
"Takdelah. Sedap apa Taylor Swift. Tak silap daddy, bulan 11 ni dia ada konsert album 1989 Tour kat Teknojaya."
"Mahal la tiket dia, daddy."
"Mer, tolong call TicketAccess. Cakap aku nak book satu box VVIP untuk konsert Taylor Swift tu. Siap backstage party punya package."
"Satu box tu untuk berapa orang?"
"Enam orang. Lagi empat tu bodyguard punya."
"Kau pun nak tengok Taylor Swift ke?"
"Bukan aku la."
"Habis tu?"
"Rachel. Nat tak tau nak order tiket."
"Okay, kejap. Aku suruh assistant aku roger bos TicketAccess ni."

Bersinar-sinar muka Jugra bila Azlan nak book tiket VVIP Taylor Swift untuk dia dan Rachel. Bukan Taylor Swift tu dia fikir sangat. Dia fikir Rachel je.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro