
2015 part 13
"Biar betul daddy, daddy ada tiket Summerslam?" tanya Jugra yang terlompat-lompat bila Azlan ajak dia ke Amerika untuk menonton acara gusti WWE.
Azlan keluarkan tiket yang Ali bagi dari poket.
"Bila Summerslam tu?" tanya Jugra lagi.
"23rd August," kata Azlan.
"Alaaaa! Konsert Taylor Swift kat Teknojaya 22 hari bulan, mana sempat!"
Terbeliak mata Ali dan Kecik mendengar kata-kata Jugra.
"Apaaaaa? Kau layan Taylor Swift?Apa dah jadi dengan jiwa metal kau ni, Jugra? Mana Bill Jugrolberg yang ada dalam diri kau ni?" kata Ali.
Jugra garu-garu kepala depan Ali dan Kecik. Azlan dah ketawa terbahak-bahak.
"Taylor Swift yang nyanyi lagu Slipknot tu ke?" tanya Kecik, ketawa.
"Tu Corey Taylor lah!" kata Ali.
"Ali tak faham inner joke rumah ni. Selain dark satanic of infinite darkness, Taylor Swift Slipknot ni joke dalam rumah ni. Sebab dulu Jugra kantoi dengar lagu Taylor Swift masa dia kena tahanan rumah tahun lepas," kata Azlan.
"Kau koyak mental ke kena tahanan rumah sampai dengar lagu Taylor Swift ni, Jugra?"
"Pengaruh awek ni, bro Ali," kata Kecik, tersengih.
"Negara rosak sebab tiga perkara, Jugra. Pertama, rasuah. Kedua, tak tepati janji. Yang ketiga ni, Jugra. Chinggey! Aduh menyesal aku bagi semua CD band punk aku kat kau ni, Jugra," kata Ali.
"Aku rasa kau kena dengar lagu variety sikit la, Ali. Selain rock kapak, punk, metal, grunge ni, banyak je muzik yang best-best," kata Azlan.
"Kau boleh la, Lan. Aku jiwa tak boleh dengar lagu pop macam tu. Macam G-pop tu, meremang bulu roma aku bila kau buat mini love live kat TV tu," kata Ali.
Azlan ketawa je lah.
"Takpe, next time kalau ada Royal Rumble ke, Wrestlemania ke, Summerslam ke, daddy belikan tiket untuk Jugra dengan kawan. Okay? Temanlah Rachel, Mili, Alif pergi konsert Taylor Swift."
"Habis tu, tiket Summerslam tu bro Alan nak kasi siapa?" tanya Kecik.
"Kau nak?"
"Ye laaaa! Undertaker lawan Brock Lesnar kot main event."
Azlan beri dua tiket itu kepada Kecik.
"Lagi satu nak kasi siapa?" tanya Kecik.
"Kasi awek la, Kecik! Kau ni dari dulu aku kenal kau sampai sekarang, asyik menyingle je!"
"Alaaa tadi bro Ali jugak cakap, yang menjatuhkan negara ni, chinggey!"
"Alaaaa kau ni kenapa lurus sangat, Kecik!"
--
"Ah, takde takde! Antara aku dengan kau, rambut aku lagi panjang! Ini bermakna aku lagi Undertaker daripada kau!" kata Joni kepada Lias.
"Alaaa kau kenal wrestling takat Undertaker je. Lain mana kau kenal?"
"Woi, aku dah layan wrestling sejak zaman Hulk Hogan la!"
"Aku dah layan sejak zaman Jimmy Superfly Snuka! Zaman TV hitam putih!"
"Aaaahhh kau sembang!"
Kecik dah tergaru-garu kepala.
"Macam mana ni, bro Ali?" tanya Kecik.
"Senang je. Tonight, it will be the match between Joni vs Lias, with Stone Cold Ali as special guest referee! And that's the bottom line, cause Ali said so!"
Joni dan Lias berpandang mata sesama sendiri.
--
Di gelanggang wrestling 2 Jalan Cendana, pertarungan antara Joni dan Lias berlangsung.
"Aku nak lagu Kane, sebagai tanda api kemarahan aku kepada Joni!" kata Lias kepada Jugra selaku tukang mainkan lagu. Tak cukup dengan tu, dia pakai topeng gaya Kane yang dia buat masa muda dulu.
Lagu Kane dipasang dan Lias masuk ke gelanggang. Cuma takde api lah macam Kane masuk gelanggang.
"Aku nak lagu Shawn Michaels, because I'm the sexy boy!" kata Joni. Ali dengan Kecik pandang panas je bila Joni kata macam tu.
"Muka macam tapir laut, ada hati nak sexy boy," kata Ali.
"Lagu DX je lah, abang Joni," kata Joni.
"Lagu DX pun mantap gak!"
Joni masuk ke gelanggang dengan membuat gaya DX, iaitu mengkarate dua belah peha.
Kemudian lagu Stone Cold pula berkumandang, dengan Ali rembat jersi baju Juventus milik kawannya untuk jadi referee.
Jugra bunyikan loceng, dan perlawanan pun bermula. Joni melempar Lias ke arah tali, sekali Lias terus cekik Joni.
"Aduh, awal sangat nak main finishing move ni, Lias Kane!" kata Joni. Joni terus buat low blow iaitu menyepak bahagian kelengkang Lias yang sensitif itu.
Kemudian Lias rasa senak menahan kesakitan, Joni tarik rambut Lias dan hanggulkan kepala di bucu gelanggang. Joni kemudian melemparkan Lias ke penjuru yang hujung lagi satu, menyebabkan Lias terduduk di tepi gelanggang.
Joni pun membuat Bronco Buster tetapi Lias mengangkat Joni dan membuat powerbomb, iaitu mengangkat peha Joni dan melemparnya ke arah gelanggang.
"Kane Lias dah start tarik sarung tangan tu, memang kena chokeslam la ni," kata Ali.
Lias membuat chokeslam dengan mencekik Joni, sebelum menghempaskan ke gelanggang.
"One, two!"
"Bro Ali kira lambat la!"
"Kau jangan nak melawan dengan reff!"
Tiba-tiba dari belakang, Joni buat drop kick, dan Lias terkena pada Ali. Ali pun pengsan tepi gelanggang.
Joni capai kaki Lias, dan terus membuat sharpshooter, iaitu sejenis teknik mengikat kaki pihak lawan.
Lias dah kesakitan dan tap gelanggang, tapi Ali masih pengsan. Akhirnya, Lias berjaya capai tali, namun Joni masih tidak mahu melepaskannya.
Tiba-tiba Azlan masuk gelanggang dan pakai jersi Newcastle yang dia ambik dari almari Merlina, dan dia terus arahkan Joni untuk lepaskan.
"Aik, tadi referee jersi Juventus, ni referee jersi Newcastle pulak?" kata Joni.
Ali bangun dan capai kerusi lipat, dan pukul Joni, sebelum bagi stunner.
Lepas tu semua orang dah ketawa.
"Sakit laaaa bro Ali!"
"Yang kau drop kick Lias pastu kena aku, dah kenapa?" kata Ali.
Lias dah termengah-mengah kesakitan.
"Kau je la pergi Summerslam dengan abang Kecik, Joni! Sakit la kaki aku! Tapi next time turn aku pulak!"
Joni dan Lias berdamai, dan Azlan menjulang kedua-dua tangan.
Merlina datang ke gelanggang, cekak pinggang.
"Baju tu aku beli dengan collector la, setaaaannn! Baju rare zaman David Ginola tu! Bak balik baju aku!" kata Merlina.
Azlan tersipu-sipu bila kena marah dengan Merlina.
"Aik, kau takubin jugak ke, Lan? Come on la, Lan. Beras kita beli," kata Ali.
"Takde maknanya kau cakap macam tu kalau bini kau billionaire, Li!" kata Azlan, sambil menyerahkan jersi Newcastle kepada Merlina.
--
Alif, Mili, Jugra dan Rachel berempat ke konsert Taylor Swift yang dibeli tiketnya oleh Azlan. Yang true hardcore peminat Taylor Swift ni, Rachel sebab dia boleh nyanyi semua lirik lagu tanpa gagal.
Lagu opening konsert Taylor, Style dinyanyikan sekuat hati oleh Rachel dari mula sampai habis. Rachel rasa seronok sebab akhirnya dia bertemu dengan idolanya.
"Yeaaahh! Best day of my life! Semua CDs and posters dia dah sign! I nak tampal kat rumah! Jom pergi rumah I?" kata Rachel.
"You ada rumah kat Teknojaya?" tanya Jugra.
"Yeah! The whole Teknojaya ni projek mommy, mestilah ada rumah kat sini."
"Fuyoo, kayanya!" kata Alif.
"You tak payah nak fuyoo, okay? Your dad is much more richer than anyone here."
"Tapi your mom owns Teknojaya kot?"
"Yeah right. Your dad ada tanah kat downtown okay?" kata Rachel.
"Alright guys, tak payah gaduh-gaduh, okay. Siapa paling kaya, siapa paling banyak harta. It annoys me," kata Jugra.
"We all semua tahu yang your dad is the most powerful in Gelanggayu right now, Jugra," kata Rachel.
"Yeah, her mom is Prime Minister and my dad is the President, but not powerful than your dad, Jugra," kata Alif.
"Tiada kuasa yang lebih hebat daripada Allah. Ingat tu. Dah lah, aku nak cari masjid kat sini. Aku nak qada' maghrib aku tadi. Sekali dengan Isyak," kata Jugra.
"There are no mosque in Teknojaya, Jugra," kata Rachel.
"Serius la? Kat Paris tu pun ada masjid. I'm going to tell my dad about this."
"You can pray in my house."
"Rumah you kat mana?" tanya Jugra.
"Driver I akan hantar, you guys don't worry, okay?"
"Mili, kenapa dari tadi senyap je?" tanya Jugra.
"Oooohhh, somebody concerned about Mili!" kata Alif.
"Jugra loves Mili! Jugra loves Mili! Jugra loves Mili! Jugra loves Mili!"
"Diamlah korang! Aku tanya sebab aku concern la, salah ke aku concern?" kata Jugra.
"Elelelelehhh!" kata Rachel.
"Mili demam la, Jugra. Sebenarnya dari dalam kapal terbang tadi dah start demam dah. Cuaca sekarang semakin panas."
"Ye lah, global warming dah makin teruk dah sekarang. My mom kat Paris sekarang, represents Gelanggayu dalam Paris Agreement untuk cut carbon emissions," kata Rachel.
"I don't think it's possible, Rach," kata Jugra.
"Because kalau kita nak cut carbon emission, kita sebagai pengeluar minyak kena cut cost untuk ekonomi up to 20%, atau naikkan kos elektrik kita."
"But renewable energy is free, Jugra," kata Rachel.
"That's where your naiveté comes, Rachel."
"Why you kata nak selamatkan bumi ni sesuatu yang naif, Jugra?"
"Okay, tadi kita pergi konsert Taylor Swift, cuba tengok berapa banyak tenaga digunakan, dari lampu pentas, sound system, lepas tu kita dari Wijayapura nak ke Teknojaya ni naik apa? Kapal terbang. And also, you nak tweet, post gambar you dengan Taylor Swift kat Instagram, from the phone yang you pakai, nak kena bina semiconductor factories yang memang makan tenaga yang banyak, to internet servers, yang makan tenaga yang banyak. Are you ready to cut all of this?" kata Jugra.
"But kalau kita tak bertindak, lagi 10 ke 20 tahun, Gelanggayu ni akan tenggelam. You nak ke?"
"I tak cakap I nak atau tak untuk Gelanggayu tenggelam. I cakap, mampu kita kita hidup di luar modeniti kalau kita betul-betul komited nak selamatkan bumi daripada global warming?"
"Dah la tu, korang. Mili pening la tengok korang ni berdebat. Dah macam mak ayah korang pulak berdebat ni," Mili terus masuk dalam kereta.
--
Gelanggayu menyertai Perjanjian Paris untuk mengawal pemanasan global - Wijayakini
Perdana Menteri, Natasha Abdullah menandatangani Perjanjian Paris dalam usaha global menangani pemanasan global pada masa akan datang.
Menurut Natasha, Gelanggayu kini diancam oleh hakisan laut yang serius, dan jika tidak ditangani isu ini, beberapa bandar utama di Gelanggayu seperti Wijayapura, Teknojaya dan Sepetang diancam untuk tenggelam menjelang 2040.
--
"Thank you for approve this, Azlan," kata Natasha dalam kereta, menuju ke hotel, sambil bercakap di Skype.
"I sedar memang ada benda yang kita kena sacrifice demi keamanan sejagat. But at the same time, we must aware that we might have economic problems after this. We must diversify our economy. We are depending on hydrocarbon sector way too much."
"But how about kita naikkan renewable energy sector?"
"One of the problem, is renewable energy is actually not that environmental friendly sangat pun. Nak buat bateri untuk storage energy from solar pun, kena generate a lot of power, nak kena gali lithium kat Afrika. And we need to process rare earth yang kita import from Australia."
"So, apa cadangan you?"
"Nuclear."
"Azlan, you gila ke kita nak buat nuclear?"
"Masa I TPM dulu, I pernah oversee this project. Projek tu tergendala lepas perang saudara. If we continue the project, in a long run kita takde lagi dah masalah energy shortage."
"That's not a popular decision, Alan. Tak ingat ke apa yang berlaku kat Fukushima few years ago? Or Chernobyl masa zaman kita sekolah dulu?"
"Fukushima, sebab gempa bumi dan tsunami. Kita takde tectonic plate yang jadi ancaman kita. Chernobyl because of Soviet cover up and faulty design. I can say, kalau projek nuklear Izham masa tu takde gangguan perang saudara, by now kita dah tak pening dah pasal energy."
"Tapi radiation dia..."
"Look, Nat. Nuclear power is zero-emission clean energy source. Kita boleh ambil contoh Leibstadt Nuclear Power Plant kat Switzerland. It's nameplate capacity is 1,220 megawatts, and produces 8.5 terawatts per year. Kita compare dengan Gelanggayu, 30% of our energy came from coal, 25% from petrol and diesel, and our usage from non-renewable is more than half."
"But nuclear is also non-renewable, Azlan. And it's expensive."
"Yes, but cheaper in a longer run. You also saying that you want to emphasize science and data for your decision making. I dah bagi data, tapi you cakap macam ni. Tak ke pening kepala I nak fikir?"
"Azlan, projek nuclear plant ni dah lama ke berjalan?"
"Dah jalan since 2003, Nat. Cuma tangguh sebab perang saudara."
"Macam mana I boleh tak tau pasal ni?"
"I tak tau macam mana you boleh tak tau, tapi projek ni kalau dijalankan, kita boleh janakan elektrik, even when we cut our carbon emissions mengikut Paris Agreement."
"But does public needs to know about this?"
"Kita declare benda ni untuk eksperimen sains, and for R&D."
"Kat mana projek ni?"
"Bandar Tun Zairi Abu Bakar."
"That's military zone?"
"Yeah, I dengan Jeneral Abu Bakar yang tengok tapak projek ni. Dulu I skeptical macam you jugak, but now, I dah faham, and okay je. Kita kena ada our energy policy, otherwise kita sign je Paris Agreement, lepas tu kos nak janakan tenaga elektrik melambung, the burden will be on the consumer jugak. Sudahnya, government yang kena tuduh tak prihatin dengan rakyat."
"But kalau projek melibatkan military ni, I kena bawa Presiden Hafiz and Menteri Pertahanan, Amir Hamzah, which is Parti Pertiwi. I dah la tak berapa berkenan dengan parti ni. Right wing sangat."
"We can discuss about ideology later, but kita kena fikirkan macam mana nak cut carbon emissions ni for Paris Agreement yang kita dah sign ni."
"You cakap senang la. You tak berdepan dengan akar umbi party yang macam I ni. Dorang semua nak I untuk kick Parti Pertiwi from government."
"Beritahu akar umbi Parti Republikan, this is unity government. Takde siapa dominant dalam kerajaan ni. If Pertiwi gone, so does other parties, and you cannot form a government without us and them. Okay?"
"Next year Parti Republikan ada pemilihan parti. Based on this situation, I don't think I'm in a good position."
"We will discuss about this later. I ada dinner dengan duta Ryukyu after this. Nak discuss about investment ke Gelanggayu."
"Okay, Alan. See you later."
Panggilan Skype ditutup.
"Things will not going well...I don't know how he's going to handle this."
--
Hari hujan lebat di Teknojaya. Ketika Alif, Rachel dan Jugra sedang bergelak ketawa menonton drama komedi Park and Recreation, Mili duduk di balkoni seorang diri merenung hujan.
Jugra perasan bila nampak Mili duduk termenung tu. Jadi Jugra pun ke dapur dan buat dua gelas hot cocoa yang ada di dapur rumah Rachel.
Rachel nampak Jugra bawa dua mug besar dan berjalan ke balkoni.
"Jugra nak pergi mana..." tanya Alif.
"Shh!" Rachel tutup mulut Alif.
Jugra hulurkan cawan pada Mili.
"Awak okay ke tak ni?" tanya Jugra.
Mili diam je, tapi ambil cawan dari tangan Jugra.
"Saya memang suka tengok hujan. Masa hari-hari mommy meninggal dulu, tiap-tiap malam hujan. Masa tu, saya sentiasa berdoa mommy kat sana bahagia kat sana."
"Mommy awak, Tengku Aminah ya?"
"Ya, macam mana awak tau?"
"Pernah tengok gambar dia masa dia remaja dulu, dengan mama. Mama cakap, Tengku Mina dulu best friend dia, sampailah bila dia rampas crush dia."
"Daddy? Uncle Ali ada cerita pasal ni hari tu."
"Sebenarnya, masa kat airport tadi, saya nampak mama dengan lelaki lain. Berpeluk-peluk. Naik private jet. Sebab tu saya down. Sebab saya sayang mama dan papa. Ye lah, walaupun dorang macam tu, dorang tetap mama dan papa saya."
"Awak rasa mama awak curang dengan papa awak?"
"Sejak papa kena sakit teruk, mama pun macam dah tak peduli dengan papa."
"Papa awak sakit teruk?"
"Teruk sangat. Kadang-kadang saya call papa, papa okay ke tak? Nak saya balik tak jenguk dia. Papa cakap, takpelah, belajar elok-elok. Saya sedih bila papa cakap macam tu."
"Alif nampak ke?"
"Tak. Tapi kalau Alif nampak pun, Alif memang tak peduli pun. Alif memang benci dorang berdua. Saya takkanlah nak benci parents saya sendiri."
"Tu lah, kadang-kadang rasa tak selesa bila Alif kutuk papa awak kat khalayak ramai."
"Kalau papa mati, mama dengan lelaki lain..." Mili mula menangis.
"Biarkan dia mati. Padan muka dia, siapa suruh dia main dengan jantan?" kata Alif dari tepi pintu balkoni.
"Kau ni Alif, apasal kau ni kurang ajar dengan bapak kau sendiri?" kata Jugra.
"Kau pun kurang ajar dengan ayah kau hari tu. Aku benci mak aku, aku benci bapak aku! Sebab bapak aku la muka aku cacat macam ni. Sebab mak aku la, hidup aku menderita macam ni."
Rachel diam je memerhatikan mereka bertiga.
"Macam mana buruknya mak ayah kau, tu mak ayah kau, Alif."
"Papa aku tak cool macam ayah kau, Jugra."
"Kau ingat tak apa Uncle Ali cakap dulu? Aku bukan apa, aku jadi tak selesa bila kau asyik kutuk bapak kau depan orang ramai. Daddy aku pun ada kelemahan dan keburukan dia jugak, tapi aku tak nak canang kat orang ramai."
"I guess all of us ada problems dengan parents masing-masing. My stepdad and my mom sekarang splitting up, Jugra's mom is dead, but mujurlah Mama Mer ada, and now your parents pulak, Mili, Alif. The best thing for us, is to cherish them while they're still here."
"Aku bersyukur dengan hidup aku, sebab Mama Mer baik orangnya. Dan daddy aku pun dah berubah banyak dah sejak Mama Mer ada. Mommy dulu tak merasa cinta dari daddy macam Mama Mer. Daddy macam terpaksa je. Aku masih kecik lagi, tapi aku ingat muka mommy, dan aku simpan lagi gambar dia dalam wallet aku. Orang cakap benda buruk pasal mommy aku, aku tak peduli. Sebab bila dia dah takde, kau tau la apa rasanya nanti," kata Jugra.
"Dah lah, saya ni kacau je awak semua. Thanks Jugra, sebab buatkan air untuk saya," Mili terus senyum kembali.
"Jugra loves Mili! Jugra loves Mili! Jugra loves Mili!"
"Diamlah Alif!"
--
Perlahan-lahan, Merlina mula membeli saham-saham media Amerika Syarikat untuk melaksanakan pelan Ali dahulu. Kemudian, Merlina mula mencadangkan beberapa nama editor dan wartawan dari ideologi kiri untuk diletakkan di media-media seperti New York Times, Washington Post, Boston Globe, LA Times dan Chicago Tribune.
Selain itu, dengan bantuan dari CEO Apple, Tim Cook, yang memang dari dulu ada agenda untuk menyebarkan ideologi geng huruf-huruf, kakitangan di Google, Twitter dan Facebook mula dipasang dengan orang yang dengan identiti yang sebegini.
Begitu juga Marvel dan Disney, Sony Entertainment, dan syarikat perfileman yang lain.
Ali menarik satu golongan ke kanan dengan rangkaiannya, dan Merlina menarik satu lagi golongan ke kiri. Dan pilihanraya Presiden 2016 nanti bakal menguntungkan Merlina kerana peningkatan tontonan, dan menjayakan rancangan Ali untuk memecahbelahkan rakyat Amerika.
Pada Ali, move ini penting sebab dia mahu siapa sahaja selepas ini yang jadi Presiden Amerika Syarikat, wajib dengar kata Gelanggayu (walaupun bukan isu Israel-Palestin), tapi kalau isu geopolitik Gelanggayu, Amerika akan jadi pro kepada Gelanggayu, tidak kira dari parti mana yang menjadi Presiden.
Cuma yang bakal bertanding untuk Parti Demokrat nampak gayanya Hillary Clinton. Dia adalah orang lama, jadi mindsetnya lama, maka Ali memang akan backing Trump.
Selepas Trump, siapa sahaja yang menang akan ikut kata Gelanggayu.
Melalui kawan-kawan dan kabel dari Tengku Hisham, Ali melalui orang-orang Kolonel Mahadi mula mempengaruhi orang-orang dalam CIA dalam kalangan geng LGBT yang mengamalkan umum gender pronouns dan menyokong idea-idea woke.
Supaya CIA menjadi semakin lemah dan tidak efektif, yang boleh dikawal oleh geng Ayam Hitam dari dalam tanpa disedari oleh mereka sendiri.
Patutlah Ali yakin sangat apa yang dia nak buat depan Azlan hari tu. Bagi Ali, apa yang dirancangnya ini, jika berjaya, akan memecahbelahkan Amerika lagi 100 tahun lagi.
Cuma lepas settle di Amerika, dia perlu buat di Kwantong pula, tapi yang ini susah sikit, sebab kawalan mereka tersangatlah ketat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro