
2015 part 12
Ketika di dalam tandas, Jugra terdengar perbualan antara dua orang lelaki. Berdasarkan accent, seorang Kwantong, seorang Melayu Bukit Henderson.
"Did you noticed or not?"
"What?"
"Our chairman lah!"
"What chairman? Persatuan apa?"
"No la, The Chairman!"
"Oh, what ah?"
"My father despises him. Collab with fascists!"
"Your dad despises him pun bila jumpa pun cium tangan jugak."
"Our democracy is dead, man."
"Did you know that Natasha and Azlan was couple back then?"
"What? Really ahhh!"
"Haiya you macam mana boleh masuk Kolej Melayu la. You're not even Malay!"
"My dad bayar lah! Melayu ni, you kalau jolok sikit, nig** pun boleh claim Melayu ma! Eh sambung la gosip!"
"I heard Azlan and Nat got video blue. Triple x somemore! Live in Mauritius. But nowadays cannot tengok la. You kantoi video tu, you dengan satu keturunan campur nenek moyang you semua kena masuk ISA."
"I heard dia ada video threesome dengan Russian pornstar, and also with Mia the Serbian woman kena bomb C4 dulu?"
"I think Sultan's Sayap Kuning la buat. Tapi takutlah nak cakap. Sultan might be gone, but Sayap Kuning still there."
"You rasa, Rachel tu anak dorang ke?"
"I think so. Pasal tu both of them rapat."
"Aunty I kan, kerja dengan Cindy Wong. She told my aunty that dulu Azlan pernah suruh dia bj dia."
"Mentang-mentang handsome. Sexual harrass orang punya lah!"
Hati Jugra rasa nak marah. Dia terus berlari ke tempat duduk ayahnya, kemudian menjerit kuat-kuat dalam dewan tu.
"Jugra benci daddyyyy!"
Semua orang terdiam, dan terkedu. Tiba-tiba Jugra mengamuk.
--
"Apahal pulak si Jugra ni..." Merlina mencari mana perginya Jugra.
"Aunty Mer! Aunty Mer!" jerit Mili.
"Oh, korang."
"Rachel on the way ke sini. Tunggu jap."
Dalam dua minit kemudian, Rachel berjalan menuju ke arah Alif dan Mili.
"What happened, guys? I terus tak boleh focus," kata Rachel yang memakai jaket sweater rasmi skuad gimnastik Olimpik Gelanggayu.
"Jugra maki hamun Uncle Azlan."
"What? What is wrong with him!"
--
"Kau kat situ rupanya! Woi, kau apahal!" jerit Alif.
Merlina usik bahu Alif.
"Kau rilek, Lep."
"Jugraaaaa! Mili kat sini! Turun la dari tangki air tu!"
Rachel tiba di bawah tangki air.
"What's wrong with you, you fucking moron!" jerit Rachel.
Merlina jeling ke arah Rachel. Dia rasa dia tahu kenapa Jugra marah. Sebab dia kaji hal-hal negatif Azlan juga.
Merlina bisik kepada ketua pegawai keselamatan, Encik Murad.
"Murad, kau cari budak-budak yang pergi toilet tingkat dua tu, jam 2:27 sampai 2:34 pm. Kau tahan dua budak tu. Mak bapak dia pun kau tahan."
"Baik, Puan Merlina."
Azlan nampak Jugra di atas tangki air, kemudian terus naik tangga.
"Jangan dekat, jangan dekaaaattt! Kalau tak, Jugra terjunnnn!"
Azlan langsung tak memperlahankan kakinya.
"Go ahead, made my day," kata Azlan.
"Daddy jangan dekat!"
Sampai atas, Azlan berhenti. Kemudian dia seluk poketnya, dan hisap vape.
"Peh, ni dulu port hisap rokok aku ni," kata Azlan. Kemudian dia duduk di atas tangga.
Jugra nampak pelik, Azlan seperti langsung tak termakan dengan ugutan dia nak terjun dari tangki air tu.
"Kata nak terjun?" tanya Azlan.
Jugra kemudian jadi seperti goyang dengan ayahnya. Dia tiba-tiba rasa seperti gerun.
"Daddy pernah jatuh kat situ. Takdelah mati. Tapi patah kaki. Dia kalau nak terjun, biar mati terus. At least the pain is gone. Terjun patah kaki ni buat sakit je, menderita je."
Jugra dekatkan dirinya kepada ayahnya, kemudian dia duduk sebelah.
"Daddy pernah jatuh ke kat bawah ni?"
"Pernah la, ni kaki aku patah dulu. Kesan jahit ada lagi. Tulang aku terkeluar dulu. Lebih kurang macam Rachel kena dulu," kata Azlan yang selak kaki seluarnya.
Jugra rasa ngilu. Dia rapat dengan Azlan, dan Azlan memeluk bahu anaknya.
"Dulu ni tempat aku dengan mak si Rachel ni, dating. Selain McD depan Paragon Mall."
"Daddy dulu couple dengan aunty Nat ek?"
"Ya, my first love. Or second. Entah yang first tu macam kecik sangat kot."
"Daddy first ada makwe umur berapa?"
"I don't know, 9, 10? Orang England. Bapak dia duta. Tapi tu cinta monyet. Aunty Nat ni first true love."
"Berapa lama couple dengan dia?"
"1986 umur berapa ek? 17. Yes, 17 sampai 1992. 6 years."
"Then kenapa kahwin dengan mommy? Tak kahwin dengan Aunty Nat?"
"Sebab kena paksa. Kan daddy pernah beritahu, orang tua yang aturkan? Lupa ke?"
Azlan pandang Jugra tegak.
"Patutlah daddy macam terpaksa je dengan mommy."
"Tapi hujung-hujung tu sayang jugak sebenarnya."
"Sebab tu daddy dulu curang dengan mommy?"
"I'm sorry, I'm not a perfect father figure for you. I tried."
"Semua orang nak daddy jadi ayah dorang. Especially Alif."
"Tapi Jugra benci daddy kan? Tadi Jugra sendiri yang cakap?"
Jugra tunduk, kemudian air mata dia menitis.
"Jugra minta maaf kat daddy."
"Kenapa?"
"Jugra bukan ada niat nak marah daddy depan orang ramai, tapi Jugra dengar orang cakap buruk pasal daddy, pasal Rachel, pasal mommy, pasal family kita."
"Kalau kita ada haters, ada dua sebab je. Sama ada dia tak kenal kita, atau dia rasa terancam dengan kita."
"Jugra minta maaf sekali lagi."
"Patutnya daddy yang minta maaf kat Jugra, sebab Jugra tak cerita banyak perkara."
Azlan kemudiannya berdiri dan memandang ke arah pusat bandaraya Wijayapura.
"Dah lain dah Wijayapura."
"Jom daddy, Jugra takut la duduk sini. Dengar daddy patah kaki jatuh kat sini."
--
Sebuah van berwarna hitam berhenti di depan rumah seorang lelaki Kwantong. Ada tiga orang lelaki memakai topeng balaclava dengan bersenjatakan kayu besbal dan pistol terus memanjat rumah lelaki itu dan terus pecahkan gate.
"What the hell? Help! Robbery! Tolong!"
"Diam la sial!" kata lelaki memakai topeng itu, mengetuk belakang tengkuk lelaki Kwantong itu, dan mengheret lelaki itu ke dalam van.
Dua budak yang mengumpat Pengerusi Azlan tadi dipanggil oleh polis dan diminta untuk ke balai polis.
"I told you, David. Do not talk shit about Chairman Azlan."
"You started first, Reza!"
"Kita nak ke mana ni abang polis? Ayah saya lawyer. Mana boleh tangkap saya tanpa waran!"
"Kau dengan bapak kau, dengan bapak kawan kau, dengan kawan kau, semua masuk Kamunting. Ni ISA."
"ISA? Kami mana ada ancam sesiapa?"
"Kau diam. Sebelum aku ketuk kepala korang dengan kayu besbal ni sampai hilang ingatan, baru kau sedar apa salah kau."
Dua pelajar yang mengumpat Azlan tadi dibawa terus ke dalam van hitam, dan sejak itu, dua pelajar itu bersama keluarganya tidak kelihatan di mana-mana lagi.
Dengan menggabungkan dua gabungan, iaitu Sayap Kuning dan Ayam Hitam, dua elemen yang ganas dari dua puak ini telah disatukan.
Dan ini merupakan amaran awal kepada sesiapa yang cuba berani menghina Pengerusi Azlan.
--
"Tuan Yang Dipertua, saya ingin mempertikai mengapa baru-baru ini, Pengerusi MKKP, iaitu Puncak Jaya, menjadi wakil negara dalam sidang kemuncak APEC. Puncak Jaya bukan Presiden Republik, dan bukan Perdana Menteri. Puncak Jaya hanyalah menjawat jawatan Pengerusi MKKP yang tidak wujud dalam Perlembagaan Republik, tetapi sebaliknya ia adalah jawatan yang direkakan untuk beliau berkuasa tanpa dipertanggungjawabkan berdasarkan Perlembagaan Republik!"
"Bukit Henderson jangan biadab!" celah seorang Ahli Parlimen.
"Tuan Yang Dipertua, tindakan Puncak Jaya ini adalah tindakan unilateral yang secara jelas melanggar Perlembagaan Republik. Harus diingat bahawa Presiden Republik adalah Ketua Negara, dan Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan. Mana ada jawatan Pengerusi MKKP dalam Perlembagaan!"
"Teknojaya Timur..."
"Tuan Yang Dipertua, bagi pihak Puncak Jaya, biar saya menjawab. Presiden Hafiz kini dalam keadaan sakit, dan tidak mampu bergerak, sementara itu saya mempunyai urusan yang lain. Oleh itu saya menghantar Puncak Jaya selaku wakil kerajaan. Tak ada peraturan dalam APEC mengatakan seseorang yang menghadiri persidangan itu haruslah ketua negara atau ketua kerajaan. Jadi, Puncak Jaya tak melanggar apa-apa undang-undang dalam Perlembagaan pun."
"Haaa, Bukit Henderson dah puas hati dengan jawapan Teknojaya Timur?" tanya Fazrul sebagai Speaker Dewan.
--
"Menyampah betul! Asyik nak backup je ex boyfriend dia!" kata Cindy sambil hempas pintu pejabatnya. Dia menjadi semakin tertekan.
Satu demi satu undang-undang dalam Perlembagaan diubah sesuka hati oleh golongan pro-Azlan yang menguasai Parlimen.
"Zizan, you ada dapat contact Dila tak?" tanya Cindy dalam telefon.
"Tak ada. Dia tengah off radar sebab Suara Gelanggayu kena saman RG200 juta."
"Shit! Tak boleh ke somebody stop this egomaniac to control everything?"
"Nampaknya Adilah je yang boleh halang dia. Susah, sebab almost all of government agents are on his side."
"Tak boleh ke suruh abang you tarik diri dari MKKP?"
"Tak ada gunanya. He is still control the Parliament by 2/3 majority. Kena ingat, Pertiwi, and those parti negeri tu are his goons!"
"How can he outsmart us? Kita nak buat move dalam Parlimen pun tak cukup orang. Dalam Republikan pun, ramai orang dia. Hish, can we buat report polis and SPRG yang dia main rasuah?"
"SPRG pun orang dia. Nak tak nak kita kena harapkan Dila juga, Cindy. Dila je yang ada strength yang boleh lawan Azlan ni."
Tanpa disedari, perbualan Cindy dan Azizan telah dirakam oleh orang-orang Azlan dalam SKMG. Cindy dan Azizan kini sudah dimasukkan dalam orang yang dipantau oleh kerajaan MKKP.
--
Rachel dan Mili tiba di pejabat Oh Purnama selepas balik dari sekolah, dengan uniform sekolah.
"Hai, Aunty Jessie!"
"Rachel! Mili! Come, come. Kejap lagi aunty nak shoot video, nak interview korang pasal video Shampoo tu."
"Mili tak nak, boleh tak? Takut mama marah."
"Okay, kita interview Rachel je. Tapi Mili nanti Aunty Jessie nak berborak kejap, lepas hantar Rachel ke pusat latihan."
"Takpe ke interview pakai baju sekolah ni?" tanya Rachel yang pakai baju sekolah siap dengan coat yang ada lencana sekolah Kolej Melayu Wijayapura.
"Lagi afdal. Kolej Melayu kot."
"Aunty dulu sekolah kat KMW jugak ke?"
"KMW kejap je, Form 5 dengan Form 6. Lama kat RPM," kata Jessica.
"Mama dulu RPM jugak. Dulu mama nak masukkan Mili kat RPM, tapi sebab nak kena tengok-tengokkan Alif, kena la masuk sini."
"Okay, make upkan Rachel ni, lepas ni kita shoot video!" Jessica beri arahan kepada pekerjanya.
Mili duduk tepi sambil melihat Rachel duduk di tepi green screen sambil disolek oleh make up artist Oh Purnama.
--
Jessica: Hai, bertemu kembali dalam segmen 'Eksklusif Panas!' Oh Purnama bersama saya, Jessica Daniel. Minggu ini kita ada tetamu istimewa, iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik London, Nurul Hilda Cleo Rachel.
Rachel: Hello! (lambai tangan)
Jessica: Rachel apa khabar?
Rachel: Sihat je.
Jessica: Baiklah, baru-baru ni, video Instagram dan Snapchat serta di Twitter Cleo Rachel viral ya, dengan lagu Trouble dari Shampoo. Setakat ni video ni dah retweet 15k ya di Twitter, juga ada 10k likes di Instagram. Rachel tau tak lagu ni tahun bila?
Rachel: Mama Merlina cakap lagu tu zaman remaja dia. Jadi rasanya 90an lah kot?
Jessica: Betul, lebih tepat lagi, tahun 1994. Boleh tak Rachel cerita macam mana Rachel terfikir nak buat video ni?
Rachel: Hari tu saya ada ke Paragon Mall...
Jessica: Rachel pergi Paragon Mall? Bukan ke ada banyak lagi shopping mall yang lagi trendy dan popular?
Rachel: Saya ke situ sebab saya curious. Saya dilahirkan pada tahun 2000, jadi saya macam nak tahu macam mana kehidupan sebelum saya lahir. Lagipun mommy cakap dia selalu dating dengan daddy masa tu di Paragon Mall. Jadi saya curiouslah nak tahu.
Jessica: Zaman Jessie pun, orang dah tak pergi lagi dah Paragon Mall. Orang pergi River Valley, Commonwealth Mall masa mall tu wujud dulu, selain tu ada Satu Utama, Matahari Petrogayu. Orang dah tak pergi lagi dah Paragon Mall ni zaman Jessie. Old school sangat.
Rachel: I know, right! Tapi sebab mommy asyik sebut Paragon Mall je, jadi saya pun pergi lah kat situ.
Jessica: Mommy you tu rindu kat daddy you tu, agaknya. Anyway, sampai kat Paragon Mall tu, Rachel buat apa?
Rachel: Saya pergi kedai kaset. Orang panggil kedai kaset tu, Kedai Aunty. Lepas tu jumpalah banyak kaset. Seringgit satu, jadi Rachel borong lah.
Jessie: Kaset seringgit satu? Rachel beli kaset apa je?
Rachel: Kejap, Rachel cuba ingat. Aaaa, selain Shampoo tu, ada kaset Spice Girls, Backstreet Boys, KRU, No Doubt, Green Day...
Jessica: Waahh! Taste orang-orang lama, gittew! Siapa artis yang Rachel paling minat? Tempatan dan antarabangsa.
Rachel: Kalau antarabangsa, Rachel suka Taylor Swift, lepas tu Florence and the Machine, St Vincent, Kimbra, Lorde...
Jessica: Kalau tempatan?
Rachel: Aunty Jessie la!
Jessica: Amboi dia ni. Baiklah, Jessie difahamkan, Rachel sekarang sedang sibuk dengan latihan gimnastik sempena Sukan Olimpik Rio yang akan berlangsung tahun hadapan.
Rachel: Betul tu. Sebab awal tahun depan ada dua kelayakan Olimpik, satu di Temasik, lagi satu di Osaka. Lepas tu kalau layak, barulah ke Rio. Jadi kena persiapkan diri untuk pusingan kelayakan tu.
Jessica: Rachel dah pernah berdiri di podium Olimpik. Apa perasaan Rachel masa tu?
Rachel: Bangga, tapi dalam masa sama sedih sebab masa tu Gelanggayu baru je pulih dari perang saudara. Jadi perasaan tu lainlah sikit. Macam nak menangis bila berdiri sambil tengok bendera Gelanggayu berkibar.
Jessica: Apa sasaran Rachel untuk Olimpik Rio?
Rachel: Saya cuba yang terbaik untuk dapatkan emas pertama untuk Gelanggayu. Tapi kalau ada rezeki lah.
Jessica: Baiklah, ni dengan pakai baju sekolah ni, baru balik dari sekolah ke?
Rachel: Haah. Lepas habis sekolah terus datang ke sini.
Jessica: Baiklah, sebelum berpisah, Jessie nak buat video dengan Rachel, nyanyi lagu Trouble dari kumpulan Shampoo sekali lagi! Boleh tak?
Rachel: Boleh je aunty Jessie!
Jessica: Music please!
Oo oh! We're in trouble! Something's coming on and burst our bubbles!
--
Jessica menghantar Rachel ke pusat latihan gimnastik negara, ditemani oleh Mili.
"Lepas ni, aunty Jessie nak discuss dengan Mili."
"Pasal apa, aunty?"
"A lot of things. Mili nak makan kat mana?"
"Tak kisah."
"Mamak ok tak? Aunty nak makan nasi kandar Pulau Kelapa la. Teringin."
"Okay je."
Mereka berdua duduk berdepan sambil order makanan.
"Mili nak makan apa-apa tak?"
"Teringin nak makan roti tisu. Tinggi macam tu. Macam piramid!"
"Roti tisu satu, saya nak pergi tengok lauk kejap."
--
"Aunty nak cakap apa?" tanya Mili.
"Aunty dapat tau yang Mili dengan Alif lari dari sekolah, lepas tu dengar cerita, mama dengan papa bergaduh ya?"
"Haah. Hari-hari dorang tu gaduh."
"Dah tu, Mili duduk dengan siapa sekarang?"
"Kat rumah lama. Bu Sudarti yang jaga."
"Kesiannya. Habis tu, makan minum, belanja semua, siapa yang bagi?"
"Papa. Cuma tu lah, papa sekarang macam asyik sakit je sekarang."
"Mama macam mana?"
"Mama asyik marah-marah kitorang je. Dia cakap dia benci semua orang. Hari tu, dia tampar Alif. Sebab Alif tu pun satu, kurang ajar, melawan cakap mama."
"Aunty sebenarnya sedih tengok nasib korang berdua ni. Macam takde siapa pun yang peduli. Macam-macam aunty dengar. Aunty bukan nak menyibuk, tapi aunty kesian dengan korang. Papa sakit apa?"
"Macam batuk kering, lepas tu muka dia pun makin pucat. Masa mama gaduh dengan papa, mama cakap papa ada hubungan luar tabii."
"Hah? Serius lah?"
"Tak tau la, tu mama yang cakap."
"Tapi macam mana papa jadi Presiden tu? Nak jadi Presiden ni kena ke sana sini, banyak nak tengok tempat, jumpa orang."
"Mungkin sebab tu kot Uncle Alan macam ambil alih tugas papa," kata Mili.
"Ye lah. Dia pun makin sibuk nampak gayanya."
"Aunty Jessie, sebenarnya, lepas ni, Mili pun kena balik rumah. Nak kena study. SMR dah nak dekat."
Jessica mengangguk tanda faham.
"Bukan apa, kitorang kesian tengok korang berdua ni. Haih, bapak sakit, mak pulak buat perangai dia."
"Aunty Jessie kenal mama ke?"
"Dulu, mama Mili tu idola aunty. Dia dulu pengacara rancangan Jalan Bijan, rancangan kanak-kanak masa aunty kecik dulu. Tapi bila dia dah kaya, dah banyak harta, dah berkuasa, aunty kena buli kat sekolah pun dia buat tak tau je."
"Dulu kat sekolah rendah pun Mili dengan Alif kena buli, tapi bila Mili cakap kat mama, mama buat tak peduli je."
"Macam tu pulak ya? Kalau macam tu, aunty jaga Mili ya?"
"Kenapa, aunty?"
"Ye lah, papa Mili sakit, mama Mili pulak buat perangai macam tu. Lekas sikit makan, kejap lagi aunty hantar Mili balik rumah ya?"
--
"Kau ada rasa macam nak melawat Hafiz, Ali?" tanya Azlan sambil minum teh Ryukyu dengan Ali, sambil menikmati udara malam di depan padang rumah Azlan.
"Bila aku dapat tahu dia sakit, aku sebenarnya rasa bersalah dengan dia. Aku tau apa yang Donita buat tu melampau, tapi dia tu perlu diajar," kata Ali.
"Aku dah mintak tolong Jessica untuk jaga Mili kalau apa-apa jadi pada Adilah," kata Azlan.
"Kau nak buat apa dengan Adilah?"
Azlan bangun dari kerusi, kemudian dia mengambil sekeping envelope dalam lacinya. Dalam envelope itu ada pendrive.
"Pendrive? Ada apa dalam ni?"
"Rancangan untuk naikkan Jimmy sebagai Sultan. Dan perkara lain yang kalau kau jadi Hafiz, kau tak nak tahu."
"Mana kau dapat semua ni? Orang-orang aku pun tak tau ni."
"Ada orang dalam geng Pak Wan Radzi yang bocorkan semua ni."
"Siapa?"
"Dia cuma gelarkan diri dia, Big Boss Man."
"Polis?"
Azlan mengangguk.
"Aku rasa aku dah tau siapa."
"Aku bagi peluang kepada semua orang-orang Adilah dan Pak Wan Radzi untuk menyerah. Macam Haji Syaaban, dia menyerah, aku bagi dia jawatan Mufti. Kau baik dengan aku, kau dapat lobak merah. Kau buat hal dengan aku, memang aku sesah kau dengan kayu. Carrot and stick policy."
"Kenapa dia nak naikkan Jimmy?"
"By right, sepatutnya yang akan jadi Sultan Gelanggayu, Tengku Danish. Tapi sebab negara ni dah jadi republik, dan Tengku Danish pun tak nak pegang takhta, Tengku Ahmad nak rampas kuasa. Adilah yang nak tolong."
"Hafiz tau ke pasal ni?"
"Kan aku cakap, banyak lagi benda yang Hafiz tak tau apa yang isteri dia buat belakang dia. Yang aku tau, Hafiz tengah sakit."
"Hmmm, Azlan. Dia dah buat macam-macam dengan kau pun, kau masih nak fikirkan pasal dia. Dia asyik ikut cakap perempuan je. Tak bini, skandal."
"Hafiz tu hopeless romantic. Bukan aku tak cuba tolong dia dapatkan makwe, tapi dah kalau makwe yang dia kejar tu Adilah, susahlah dia nak kejar. Kau pun faham kan, Adilah ni suka main taktik p*pek?"
Ali tergelak bila Azlan kata begitu.
"Habis tu, kau menang besar undi perempuan 21-30 tu taktik apa, Lan? Taktik punai?"
"Hahaha!"
--
Sejak mendapat berita yang dia kena HIV, Hafiz bersikap menjauhkan diri daripada semua orang.
Dalam Istana Mustika, yang dibina oleh Sultan Norman ketika mendirikan Kota Warisan, dia dikelilingi oleh orang asing yang dia tidak kenali. Tiada ahli keluarga, tiada kenalan rapat yang datang menyinggah.
Sesekali bila Natasha datang, itu pun sebab nak minta sign untuk sahkan Akta yang dibentang di Parlimen.
Dalam Perlembagaan, dia adalah orang yang paling berkuasa dalam negara. Hakikatnya jawatan Presiden ini tak ubah seperti tukang cop dan sign sahaja.
Di tepi tingkap, Hafiz duduk di kerusi roda, merenung jendela. Tanpa dia sedar, air matanya menitis.
Fikirannya terus terarah dan teringat kepada bekas roommatenya yang kemudiannya menjadi musuh abadinya, Azlan.
Dalam hatinya, dia mahu untuk berbual dengan Azlan. Tapi dalam masa sama, dia rasa Azlan semakin berkuasa, dan sudah tentulah Azlan semakin sibuk dan tak dapat luangkan masa.
Dia segan dengan Azlan.
--
Azlan
Seri Kenidiri adalah projek "Teknojaya kecil" aku yang pertama. Konsep "Teknojaya kecil" ini ialah aku bina Silicon Valley peringkat provinsi.
Macam di Provinsi Kenidiri ni, ini adalah bandaraya pintar untuk kawasan ni. Next kita akan bina di provinsi lain, macam di Air Putih, aku dah plan, nama bandar tu Bandar Hafiz Samsudin, sempena Presiden Gelanggayu dan pengasas internet di negara ini.
Bandar tu dibina di sebelah stesen kereta api laju yang aku rancang, dari Wijayapura ke Temasik, menerusi perbincangan aku dengan Shinzo Abe tahun ini.
Dalam ucapan majlis pecah tanah tersebut, aku mengatakan Seri Kenidiri ini bukanlah untuk bersaing dengan Teknojaya, tetapi mahu melengkapkan Teknojaya sebagai hab teknologi negara.
Yang paling penting, semua Silicon Valley peringkat negeri ni akan interconnected dengan infrastruktur yang baik.
Dengan adanya Seri Kenidiri, orang Kenidiri yang ada modal kecil, tak perlu ke Teknojaya untuk bersaing dengan pemodal antarabangsa.
Teknojaya sebenarnya adalah rancangan dari zaman Datuk Abdullah, dan seawal aku berusia 16 tahun aku dah tahu projek tu.
Bahkan masa tahun 1986, masa dia beli tanah tu pun, dia banyak tanya pendapat aku. Sebab tu Natasha sayang sangat projek ni.
Datuk Abdullah adalah seorang yang visionary. Vision dia nak memastikan Gelanggayu ada tech hub macam Silicon Valley. Seawal 80an lagi dia dah fikir macam tu.
Yahya selalu bawa dia bertemu dengan Presiden Reagan di California, sampailah dia meninggal tahun 1989.
Sampai ke tangan Datuk Mohd Nor, dia tak tau nak buat apa dengan Teknojaya ni. Bagi kat Damian, entah apa yang dia buat pada kawasan ni.
Lepas kalah dengan Kota Warisan untuk bidding projek ibu negara baru, kawasan ni tak jadi apa-apa sampailah Hafiz mengasaskan internet dalam negara ini.
Masa itu kegilaan dot com menyebabkan orang berlumba-lumba nak invest dalam bidang IT, sebelum bubble tu bust pada tahun 2000.
Tapi masa 90s tu, Hafiz memang buat duit.
Hari ni, tanah-tanah Hafiz tu pun semua dah dijual dan sayang sekali, hartanya lesap macam tu je sebab mismanagement.
Kalaulah tak berlaku peristiwa aku dengan Adilah dulu, Hafiz ni aku dah lantik dia sebagai orang kanan aku dah.
Tapi benda dah jadi.
Ya Allah, setiap hari aku berdoa agar kau ampunkan dosa aku yang itu. Aku memang betul-betul menyesal buat macam tu pada Hafiz.
Aku harap satu hari nanti aku akan ada peluang jumpa dengan dia. Aku harap aku sempat jenguk dia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro