
2015 part 11
"Baguslah kalau Haji Syaaban dengan Encik Rahman berdamai macam ni. Walaupun kita berlainan parti, tapi yang paling penting, saya nak perpaduan sesama umat kita jadi kuat," kata Azlan sambil melihat Rahman dan Haji Syaaban bersalaman.
Azlan sudah memansuhkan dasar sekularisme laicite dalam Perlembagaan Republik, dengan menggantikan dasar yang lebih terbuka dengan agama.
Mulai tahun hadapan, matapelajaran Agama Islam akan kembali diajar ke sekolah-sekolah, disamping mengembalikan institusi syariah yang pernah wujud masa sebelum republik dahulu. Guru-guru agama yang dibuang kerja oleh kerajaan dahulu diambil semula bekerja sebagai guru, bahkan ditambah lagi peruntukan untuk sekolah-sekolah agama.
Ustaz Abu Bakar kini dilantik Mufti Gelanggayu merangkap Penasihat Agama Pengerusi MKKP, merangkap penasihat kepada pengerusi Majlis Ulama Gelanggayu.
Kroni rapat Haji Syaaban, Haji Mutalib pula jadi Ketua Pengarah JAKIG, yang banyak menguruskan isu-isu persijilan halal, yang menjana pendapatan negara berbillion ringgit.
Dengan melantik Haji Syaaban sebagai Duta Arab Saudi bertaraf menteri tugas-tugas haji, Haji Syaaban tidak lagi akan melawan Azlan, sebaliknya menyokong faction Azlan.
Banyak betul projek Tabung Haji kat Arab Saudi tu. Memang kenyang dibuatnya orang tua tu. Tak cukup bagi projek, orang tua tu dapat apartment dekat depan Masjidil Haram.
Rahman pula tidak akan diancam oleh kumpulan Haji Syaaban yang mahu berpecah dengan Parti Demokrat.
Dengan cara ini, penguasaan puak-puak Pak Wan Radzi dalam Parti Demokrat berjaya dicantas oleh Azlan. Satu demi satu keyman Pak Wan Radzi disauk oleh Azlan.
Azlan sedar, dalam Parti Nasionalis pun ada puak Pak Wan Radzi dan Adilah, tetapi dia settlekan yang paling senang dulu.
Dalam masa sama, Azlan sedang memperkukuhkan kedudukannya supaya tidak berlaku gerakan undi tidak percaya dari puak Adilah.
Azlan tahu, sasaran Adilah seterusnya adalah Natasha. Dia tahu ramai ahli-ahli parti Republikan yang setia dengan Pak Wan Radzi, malah ada yang jadi darah daging keluarga macam Saiful.
Selepas ini dia akan menarik Saiful pula, dengan tawaran kontrak pembangunan infrastruktur prasarana internet 5G di sekolah-sekolah untuk sistem reformasi sekolah.
Ada beberapa informasi yang bocor dalam geng Sayap Kuning, dan informer-informer ni merahsiakan diri demi keselamatan nyawa mereka dan keluarga.
Referendum Perkara 5 dijangkakan akan berlaku pada tahun 2017, jadi adalah penting untuk pembangunan internet di kawasan-kawasan ini dinaikkan, kerana Azlan mahu menjadikan media sosial sebagai senjata untuk menamatkan kejahatan kumpulan Pak Wan Radzi ini.
--
"Haji Syaaban, duduk kejap," kata Azlan selepas habis meeting dengan Rahman.
Azlan merenung mata Haji Syaaban, dan Haji Syaaban rasa seperti gerun.
Kemudian mata Azlan memandang kepada buku ceknya, kemudian dia hulurkan kepada Haji Syaaban.
"Bagi cek ni pada Tan Sri Jabbar. Cakap dengan dia, ini adalah salam perkenalan dari saya," kata Azlan, kemudian menghulurkan cek bernilai RG5 juta.
Terkebil-kebil Haji Syaaban. Dia tak pernah terima wang sebanyak ini dari Adilah atau Wan Radzi.
"Yang ni pula, untuk Haji Syaaban. Okay kan tu?" tanya Azlan sambil hulurkan sekeping lagi cek. Juga RG5 juta.
"Ish, ni banyak sangat ni..."
"Ambil je lah. Malu-malu pulak Tuan Haji ni. Cakap dengan dia, Pengerusi Azlan nak berkenalan."
"Ya, baik Tuan Pengerusi."
Selepas sahaja Haji Syaaban keluar dari pagar, Azlan keluarkan telefonnya dan hantar teks kepada Fazrul.
"Umpan dah pasang, kau tinggal tarik joran je."
"Steaddyyyyy bro Alan! 😘"
"Geli la emoji gitu"
"😂"
--
Azlan
RG 5 juta seorang, untuk beli orang-orang Wan Radzi ni. Sejak Kencana Consortium dah kerugian dan menjual aset, dan Apex Corporation Group kini dimiliki 51% sahamnya oleh Merlina, orang-orang bawah Wan Radzi dah tak ada pulus. Kalau ada pun dapat sikit.
Apa je yang Adilah sebagai CEO cadang, kalau tak kena gaya, Merlina akan veto. Marina pulak main ugut saman Suara Gelanggayu RG200 juta tu.
Lagi pulak Merlina nak tarik MerVin Group dari Dai Viet dengan Pharmer Suvarnabhumi pun nak masuk dalam Apex Corporation Group, makin kecil suara Adilah dalam syarikat. Syer Kencana Consortium semakin mengecil dalam Apex.
Dengan membayar kepada dua orang kuat Wan Radzi ni, mereka akan jadi semakin terpencil, dan aku akan bagi mereka slow dying death. Sebab kalau laju sangat macam Machiavelli cakap tu, tak syok sangat.
Aku suka macam aku seksa tikus yang termasuk perangkap masa aku kecil dulu. Aku letak racun sikit demi sikit pada tikus yang terperangkap tu, sampai dia mati dalam keadaan yang menyeksakan.
Adakah aku sadistik? Memang betul pun. Tapi orang macam Wan Radzi dan Adilah ni perlu diajar. Dah lama mereka ni menyusahkan aku.
--
Tan Sri Jabbar rasa terkejut bila terima cek dari Azlan dengan wang sebanyak tu. Sepanjang dia bekerja dengan Wan Radzi, dia tak pernah bermimpi untuk dapat duit sebanyak tu sekali dapat.
Dia tahu ramai dari kalangan ahli-ahli Sayap Kuning juga sudah mula masuk Ayam Hitam menyokong Azlan. Ini kerana Ali memang jaga orang bawahnya.
Dalam masa sama, dia bimbang kalau Wan Radzi dapat tahu dia cuba untuk berpaling arah, sebab dah ikut lama dengannya.
Jadi, dia tanya beberapa orang ahli Sayap Kuning yang kini sudah membelot Wan Radzi, bagaimana untuk menghubungi Azlan.
"Contact Murad," kata salah seorang rakannya itu.
--
"Tuan Pengerusi, hari ni orang yang nak bertemu dengan tuan ialah Ketua Pengarah Jabatan Perancang Ekonomi, Setiausaha Provinsi Ketil, Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Tan Sri Jabbar."
Empat orang sahaja. Jadi aku ada banyak masa terluang.
"Set masa dengan Ketua Pengarah JPE tu pukul 9 pagi, Setiausaha Provinsi Ketil tu pukul 9:20 pagi dan Ketua Jabatan Perancang Bandar tu 9:40 pagi."
"Tan Sri Jabbar?"
"Saya nak jumpa dia malam."
Dari pukul 10 pagi sampai petang aku tak ada buat apa, jadi aku nak ke sekolah aku untuk tengok Rachel berlatih gimnastik. Dan nak tengok kalau Jugra nakal kat sekolah atau tak.
--
Antara yang nak dibincangkan dengan ketua pengarah Jabatan Perancang Ekonomi, Encik Fuad ialah aku nak tau macam mana impak GST terhadap golongan peniaga kecil dan sederhana.
Ada yang merungut sebab kos semakin meningkat, terutamanya kos pengangkutan. Jadi aku rasa patut turunkan cukai jalan untuk lori dan kenderaan berat untuk perniagaan.
Selain tu aku cadang supaya pengurusan GST ni diuruskan dengan telus, di samping dana yang kerajaan dapat dari GST tu boleh disalurkan kepada subsidi elektrik.
Satu lagi caranya untuk galakkan orang naik pengangkutan awam ialah pengecualian GST terhadap tambang bas, transit aliran massa dan transit aliran ringan, serta perkhidmatan kereta api antara bandar.
Baru-baru ini pun Merlina dah beli 3 syarikat IPP yang menjanakan tenaga daripada petroleum dan gas asli, antaranya Tanjong Energy yang berpengkalan di Sri Tanjung, di Melaut, Powertech Energy yang berhampiran dengan Teknojaya, dan Judong Energy di Bukit Judong. Ketiga-tiga IPP jenis combined cycle gas turbine (CCGT) ni janakan kuasa sebanyak 720 megawatt, 1,660 megawatt dan 1,074 megawatt setiap satunya.
Supaya rakyat dapat menikmati harga elektrik yang berpatutan, dan Merlina selaku pemegang kontrak IPP, dapat la duit subsidi daripada GST tu untuk dimasukkan ke tabung wang tu dan dilaburkan lagi.
Memandangkan loji reaktor tenaga nuklear yang dibina di Bandar Tun Zairi Abu Bakar tu masih dalam pembinaan (sebab nak bina loji nuklear memakan masa 10 tahun, dah hari tu tertangguh akibat perang, dijangka siap 2020), kita masih lagi gunakan tenaga dari sumber petroleum ini.
Merlina bercadang nak beli lagi 10 IPP di Gelanggayu ni, serta beberapa IPP di seluruh rantau Pentas Sunda ni.
Pertemuan seterusnya ialah dengan Setiausaha Provinsi Ketil, Encik Mustafa, yang membawa pesanan dari Persatuan Pengeluar Beras Provinsi Ketil, mereka kata disebabkan GST, maka kos pengeluaran mereka pun meningkat.
Walaupun beras dikecualikan GST, tapi kos-kos yang lain tetap naik juga.
Perkara ni biasa, mana-mana yang first time laksanakan GST akan merasa perkara ni. Jadi untuk itu, kerajaan bercadang untuk tambah lagi peruntukan subsidi baja untuk padi sebanyak RG200 juta.
Selain tu, aku sempat telefon Aziz dan tanya apa cerita penyelidikan GARDI dalam menyediakan baka baru padi yang lebih cepat dituai berbanding baka sekarang.
Menurut data yang ada pada aku, padi jenis sekarang mampu dihasilkan dalam 4.8 tan sehektar, tapi menurut GARDI, baka yang bakal keluar pada tahun depan ni mampu menghasilkan 5.6 tan sehektar.
Untuk perbandingan, padi di Suvarnabhumi cuma dalam purata 2-3 tan sehektar.
Aziz ada cadangkan kat aku supaya gunakan System of Rice Intensification (SRI) yang digunakan di Bharat, yang dikatakan boleh capai 8 tan sehektar, cuma masalahnya sekarang jenis yang macam tu memerlukan buruh yang ramai.
Anak muda dah la zaman sekarang tak minat nak bertani. Orang kat Bharat boleh la, rakyat dia ada 1.2 billion. Kecuali la bila Fazrul dah jadi ketua pegawai imigresen untuk import orang Pakistan tanam padi kat sini.
Pertemuan ketiga aku ialah dengan Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar. Ini tentang masalah sampah yang aku dah suarakan hari tu.
Menurut Encik Fauzi, dia cakap kapasiti tapak pelupusan sampah tu akan jadi maksimum menjelang 2018.
Jadi aku tanya Din Tapa selaku Gabenor, progres kajian tu berapa lama nak siap. Jika semuanya takde aral, aku akan arahkan Natasha untuk luluskan projek waste to energy incinerator tu, yang dijangka siap tahun 2020.
Jadi 2 tahun ni, dari 2018 sampai 2020, aku kena fikirkan alternatif yang lain dan kalau nak buka tapak pelupusan sampah baru, dah tak ada ruang lain lagi dah kecuali keluar dari zon Wijayapura.
Ada space satu kosong di Bukit Irong, tapi aku tak nak kotorkan kawasan tu. Kawasan tu cantik. Masa aku remaja dulu aku selalu camping kat situ dengan bapak Natasha dan bapak Luqman dulu.
Alternatif yang paling terbaik tapi celaka dan bakal mencetuskan ketegangan diplomatik tapi perlu ialah rasuah pegawai-pegawai untuk 'mengeksport' sampah ke negara mereka. Negara yang aku paling nampak ialah Arroyo lah. Mereka ada banyak pulau.
Maka dengan bayaran $750 juta setahun di samping bayar 'under table' kepada duta Arroyo, gabenor dan pegawai-pegawai, maka masalah sampah di Wijayapura selama dua tahun ini akan ditanggung oleh negara lain.
Bunyi memang macam celaka, tapi kau sumbat mulut orang dengan duit, maka senyaplah mereka. Lagipun satu ringgit sama dengan 13.8 peso Arroyo. Okay lah tu.
Maka selesailah hari yang paling aku tak busy sepanjang aku jadi Pengerusi MKKP ni. Kalau tak ni, berderet lagi aku nak kena jumpa orang ni.
Aku sengaja kosongkan jadual hari ni sebab aku dah janji dengan Rachel aku nak tengok dia berlatih di GATE Centre di Kolej Melayu Wijayapura. Aku bawa sekali Merlina, yang dia cakap 'dia dah lama teringin nak tengok sekolah aku'.
--
"Fuh, sekolah kau macam sekolah omputeh! Siap ada padang kriket, padang ragbi, padang besar gila!" kata Merlina.
Menara jam depan pejabat tu masih lagi ada. Dah banyak berubah sejak aku tinggalkan sekolah tahun 1986, tapi ada masih yang dalam keadaan yang sama.
"Kau nampak tangki air tu tak?" aku tunjuk Merlina ke arah tangki air tu.
"Hah? Ada apa dengan tangki air tu?"
"Dulu, masa Queen Elizabeth datang sini, aku, Ali dengan Aziz conteng lirik lagu Sex Pistols besar-besar kat tangki ni."
"Kau dengan Jugra ni sama je lah!"
"Sebab tu aku tak marah dia masa dia buat hal dengan Obama tu. Aku ada cerita jugak benda ni masa aku jumpa David Cameron dulu...dia gelak je. Zaman remaja memang la sengal."
"Tinggi betul tangki tu, kau tak gayat ke?"
"Cerita tak habis lagi. Masa nak conteng habis tu, aku jatuh ke bawah. Dan aku tak boleh nak bangun. Sampai besok pagi Pengetua bawak aku pergi hospital sambil maki aku."
"Haha bodoh gila kau ni. Tapi apasal kau selalu ponteng sekolah?"
"Boring la sekolah."
"Mak ai, sekolah macam ni pun kau rasa boring jugak?"
"Sebab balik dari sekolah, aku tak macam korang. Boleh rilek tengok TV. Aku ada Pengetua ajar aku pasal politik, falsafah, ekonomi. Kau nak naik tangki air tu?"
"Tak nak la! Aku gayat la, bodoh! Kau ni suka betul la panjat-panjat, tak kuasalah aku!"
Aku bawa Merlina pergi ke bilik pengetua yang dulunya jadi port aku main chess dengan Pengetua. Sekarang dah jadi bilik Mrs Adeline, cikgu kelas lama aku.
Aku ketuk pintu, dan Mrs Adeline sedang ada kerja sikit. Dia buka pintu dan terkejut aku ada di depan matanya.
"Chairman Azlan!"
"Don't have to chairman lah, Mrs Adeline. Mrs Adeline sihat?"
"Good, good. How are you Mrs Merlina?" Mrs Adeline hulur tangan dan salam Merlina.
"Fine. Alan, boleh tak nanti kau bergambar dengan cikgu sekolah kau? Aku nak upload kat Twitter, FB dengan IG?"
"Sure."
--
Selepas 20 minit berbual dengan Mrs Adeline, kami bertiga dijemput ke kafetaria. Disebabkan lawatan aku ni mengejut, maka tak ada lah jamuan ke apa, aku tak expect tu semua pun.
"How's Jugra?"
"Lebih kurang you juga. Very brilliant, but very nakal. Tapi Jugra tak seteruk you la," kata Mrs Adeline. Merlina dah ketawa terkekek-kekek.
Aku tak nak kecoh-kecoh sangat sebab tak nak perhatian ramai. Antara sebab aku datang waktu pukul 11 macam ni sebab masa ni lah sekolah tak ramai orang luar datang.
Aku malas nak orang ramai serbu aku. Aku cuma nak melawat Rachel sahaja.
Tapi aku silap.
--
Jugra keluar dari kelas, dan nampak ada kereta ayahnya depan sekolah.
"Alamak, apa daddy buat kat sini!" kata Jugra.
Jugra nampak ada ramai orang mengerumuni GATE Centre, iaitu tempat latihan gimnas negara.
"Daddy tengok Rachel ke?"
--
Azlan
"Yang kau pergi update gambar aku kat sekolah ni terus apahal, setan?" kata aku yang dah start serabut orang ramai mula mengerumuni aku.
Aku cuma nak tengok Rachel berlatih je. Dah datang siap dengan media semua.
Merlina dah tersipu-sipu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tweet tak sempat delete, ha gini la jadinya.
Tapi tak apalah. Lagipun aku datang ke sini atas kapasiti aku ni alumni sekolah.
Aku nampak Rachel agak bersemangat bila nampak aku dari jauh. Dia macam seronok bila aku datang.
"Daddy dengan Mama Mer buat apa kat sini?" tanya Jugra, terus duduk sebelah aku.
"Aik, apahal kau tanya aku camtu?" tanya aku.
"Takde la, ingatkan daddy nak spotcheck Jugra gi sekolah ke tak."
"Tak payah la nak spotcheck, by the time kau ponteng tu je, encik Murad dah report kat aku. Aku ada GPS boleh kesan kau kat mana-mana."
Merlina dah ketawa terkekek-kekek kat tepi.
"Bangunan baru ni. Dulu takde bangunan ni. Aircond pun rasa sejuk lagi ni," aku excited pulak tengok Gifted And Talented Education (GATE) Centre ni. Sekolah ni dapat peruntukan dari kerajaan RG25 juta setahun untuk maintenance je sebab yang ni fokus untuk sukan.
Lagipun ni projek Natasha. GATE ni pet-project dia. Dia jaga la projek ni elok-elok.
--
Mrs Adeline selaku pengetua Kolej Melayu Wijayapura melantik aku sebagai Pengerusi Alumni Kolej Melayu Wijayapura, menggantikan Natasha yang sukarela melepaskan jawatan.
Dia kata aku lagi layak jadi pengerusi, dan aku terima jawatan tu dengan berbesar hati.
Sebagai Pengerusi Alumni KMW, benda pertama yang aku buat ialah membuat Tabung Yayasan Alumni Kolej Melayu, di mana aku meletakkan RG100 juta untuk dijadikan tabung sekolah.
Aku juga menderma sebanyak RG50 juta untuk membina Pusat Islam Kolej Melayu, di mana pelajar sekolah dan para guru tak payah lagi dah nak bersesak tengah jem untuk pergi solat Jumaat. Solat kat sekolah pun boleh.
Ada sebuah masjid, sebuah bangunan pentadbiran, satu bangunan kelas berserta dewan yang boleh melakukan pelbagai acara, dari peperiksaan sampailah majlis rasmi sekolah. Perhimpunan pun dah tak payah kat padang lagi dah, kat dewan siap aircond. Takde dah berpeluh ketiak masuk kelas.
Lepas tu aku beritahu je lah Mrs Adeline, jadikan Kolej Melayu ni private entity. Maknanya akan ada research and development, dah ada technology department, dan sekolah ni adalah sekolah pertama yang akan dapat perkhidmatan internet pantas 5G, sebab nak gunakan untuk pembelajaran menggunakan teknologi terbaru yang dicadangkan Jugra.
Yuran nak masuk sekolah ni memang la mahal, tapi kalau kau miskin dan tak ada duit, itulah gunanya tabung RG100 juta tu. Untuk biasiswa serta hal-hal kebajikan sekolah.
--
"Senang hati nampak, Jabbar?" tegur Pak Wan Radzi bila pandang kawannya tersenyum-senyum.
"Takde apa, kena nombor ekor je."
"Kau ni kalau nak membohong pun, buat la research dulu, Jabbar. Zaman Azlan ni mana ada kedai judi lagi. Semua dah bungkus, pergi Temasik," kata Pak Wan Radzi.
Tan Sri Jabbar cuak kalau-kalau Pak Wan Radzi dah tau yang Azlan bayar dia RG5 juta untuk swing sides.
"Mana main kat kedai lagi dah zaman ni, Pak Wan. Zaman sekarang ni online je. Ni, HiBet888 ni, app main judi..."
"Macam mana main dia?" tanya Pak Wan Radzi.
"Ala, Pak Wan download la. Lepas tu, letak nombor account. Lepas tu beli la berapa jumlah duit dalam game ni."
"Nak claim balik, macam mana?"
"Nanti dia bayar kat akaun tu la."
"Macam senang kena tipu je judi online ni. Macam ni je orang zaman sekarang kena scam? Entah-entah ni kerja Azlan. Dia ban kedai judi seluruh negara, dia buat buat app judi yang base kat Temasik. Orang taik judi macam kau, pergi la main judi online. Scam duit semua orang, tau-tau berlambak betul duit dia. Depan orang Melayu, kita orang Islam, kita mansuhkan lesen judi, mansuhkan lesen jual arak di kawasan orang Islam. Belakang orang ramai, dia pakai proksi non Muslim dia, pastu pegang ekonomi Temasik pakai Apex Group. Kena ingat, bini dia Merlina selamba je scam Jacob Chong, separuh duit Temasik pun duit dia sekarang," kata Pak Wan Radzi sambil tepuk bahu dia.
Tan Sri Jabbar jadi seram. Ni macam Pak Wan Radzi dah tahu je deal dia nak main kolam.
Tapi RG5 juta tu duit paling banyak yang dia pernah dapat one shot. Tan Sri Jabbar tetap nak swing side ke Azlan, sebab sampai mati pun Wan Radzi atau Adilah akan bagi duit sebanyak tu pada dia.
--
"Lagi dua tiga langkah, Pak Wan Radzi, Tan Sri Jabbar dengan Adilah akan checkmate. Kau rasa?" tanya Fazrul kepada Brigedier Jeneral Firdaus.
"Aku jangka lagi dua tiga tahun lagi, bro Alan pancung semua. Tapi dia cakap, specific, dia tak kisah yang lain, kecuali Adilah," kata Brigedier Jeneral Firdaus.
"Kenapa dengan dia?" tanya Fazrul.
"Ye lah, kau takkan tak nampak game bini kau, Marina sekarang? Dia tengah grooming anak dia dua orang tu la."
"Alif dengan Mili? Yang tu aku tau. Cuma, kenapa Azlan nak simpan Adilah lagi?"
"Dia keturunan Wan Demang."
"So?"
"Banyak ilmu perisikan dan dark political arts yang dorang pegang. Sayang kalau ilmu perisikan selama 600 tahun gone macam tu je, Fazrul," kata Brigedier Jeneral Firdaus.
"Lepas tu, bro Alan nak gabungkan Sayap Kuning dengan Ayam Hitam?"
"Ya, jadi Sayap Hitam. Lagipun bro Ali pun dah kira pegang Sayap Kuning. Kira pancung Wan Radzi, tinggal Adilah je. Alif dan Mili tu biar Merlina yang pegang. So, Adilah akan ikut cakap bro Alan."
"Adilah ikut cakap bro Alan? Hahaha!" Fazrul tepuk meja ketawa.
"Apa kau tak yakin dengan Pengerusi Azlan ke?" tanya Brigedier Jeneral Firdaus.
"Bukanlah macam tu, Fidot. Tapi Adilah tu psychopath. Dia punya belit akal tu dahsyat."
"Sebab tu kita pegang anak dia."
"Kau rasa dia peduli ke dengan anak dia? Anak dia pun masa pagi raya terbiar kat tepi masjid?"
"Dia akan pedulikan keturunan Wan Demang, Fazrul. Rileks, kau ni berdendam dengan Adilah teruk sangat ni," kata Brigedier Jeneral Firdaus.
"Memang la. Ini soal maruah jantan aku, Fidot."
"Bukan kau sorang je yang pernah kena trap macam tu, Fazrul. Bro Alan tu pun pernah kena."
"Kita ikut je lah dorang ni. Kita dah lafaz ba'iah. Aku harap bro Alan boleh handle la betina tu," kata Fazrul.
Fazrul tau, Tan Sri Jabbar dah terliur dengan trap umpan yang dihulurkan oleh Azlan. Tapi dalam masa yang sama, dia leak rahsia Tan Sri Jabbar ini kepada Pak Wan Radzi.
Fazrul sedar ini akan membuatkan rancangan Azlan jadi exposed, tapi dalam masa sama, inilah cara untuk Azlan nampak siapa Tan Sri Jabbar kepada Pak Wan Radzi.
Kalau Pak Wan Radzi atau Adilah tak bertindak apa-apa, maknanya Tan Sri Jabbar orang penting. Maka pelaburannya tak sia-sia.
Selain itu, ini juga untuk memastikan antara mereka akan rosak kepercayaan sesama mereka terutamanya antara Pak Wan Radzi dan Tan Sri Jabbar.
Classic divide and rule.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro