Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2015 part 10

"Rachel, apa pendapat awak pasal Jugra?" tanya Mili.
"Intelligent, but reckless. Smart, but can be an idiot at the same time."
"Kenapa awak cakap macam tu?"
"I mean, tengok la apa dia buat. Bila berdebat dengan mommy I pasal education, dia cakap pasal gamification la, sistem sekolah bosan la. Tapi, ada masanya datang bodoh dia. Masa Obama datang rumah dia, you tau apa dia nak buat? Dia nak bakar mercun bola. Nasib baik I rampas."
"Serius lah? Gilanya dia tu. Nanti Secret Service ingat ada bom."
"Tak memasal. Lepas tu dia pergi bukak lagu anti presiden kat tingkap rumah dia. I mean, daddy trying so hard nak jadi tuan rumah yang baik, dia nak buat macam tu pulak."
"Daddy?" Mili rasa pelik.
"I mean, his dad. I memang anggap Mr Azlan macam my own dad pun."

Rachel cuba cover kisah sebenar.

"Masa hari tu kan, masa saya merajuk, dia pickupline saya, awak tau tak?"
"Dia cakap apa?"
"Dia cakap nak bina jam untuk saya."
"Jam?" Rachel rasa pelik.
"Jambatan ke hati saya. Cia cia cia!"
"Euw, rempitnya Jugra ni. Dia tu pun suka sangat kawan dengan abang-abang bengkel kereta tu. Perangai pun ikutlah dorang."
"Dorang baiklah. Dorang selalu tolong Alif repairkan basikal dia."
"Kenapa you tak macam your mom?" tanya Rachel.
"Actually, saya tertekan dengan mama dan papa asyik bergaduh je."
"Tu your parents. Mine lagilah. Mommy duduk kat rumah lain, daddy duduk dengan perempuan lain."
"Dorang dah cerai ke?"
"Belum. Sebab business je. Sebab tu je mommy bertahan."
"Macam mana nak happy macam tu?"
"Mommy pun sebenarnya rindu kat ex boyfriend dia masa sekolah tu. Tapi ex boyfriend dia tu pun dah kahwin. Anak dua dah pun."
"Takut la bila jadi dewasa, jadi macam tu. Awak rasa kan, Jugra tu suka perempuan yang macam mana?" tanya Mili.
"I think Jugra suka perempuan yang karektor dia strong. Yang tak mudah menangis."
"Mana awak tau?"
"Dapat agaklah. Dia kan photostat daddy dia. Lepas tu awak tengok la Mama Mer macam mana? Cakap dengan Mr Azlan pun kau aku je."
"Kenapa dorang macam tu? Macam member je? Tak macam suami isteri pun."
"Tapi you setuju tak, yang antara parents kita semua, Mr Azlan dengan Mama Mer paling happy?"
"Memang la. Uncle Azlan layan Mama Mer dengan baik. Uncle Azlan sweet. Macam papa, dia sweet, baik, tapi selalu kena pijak dengan mama."
"Macam my mom pulak, selalu berpisah je."
"Awak takde boyfriend ke, Rachel?"
"Busy lah, takde masa nak ada boyfriend."
"Awak takde hati kat Jugra?"
"Hahah, nooo!"
"Alif suka awak tau?"
"I anggap dia kawan je. Sorrylah, I rasa love ni tak penting. Yang penting, tahun depan I dapat gold kat Olympic Rio. Tak puas hati dapat silver je masa kat London. Awak pulak, sampai bila nak berharap pada Jugra tu? Confess je lah."
"Susah la. Takut mama tau je. Hari tu kan, masa yang kita buat video Shampoo yang viral tu kan, mama call. Dia warning Mili, jangan kawan dengan Jugra atau Mama Mer lagi."
"Eh kenapa mak you ni kecoh sangat, Mili?"
"Sebab Uncle Azlan dengan mama bermusuh. Tapi pelik tau, mama ni, selalu kutuk Uncle Azlan. Cakap dia jahat la, suka buat kerja terkutuk la. Tapi kan, hari tu, Alif nampak mama mastur..."
"Hah? Your mom mastur..."
"Haah. Sebut nama Uncle Azlan."
"Your mom is a psychopath, sorry to say."
"I know. Tapi saya cintakan Jugra. Susahlah kalau dorang ni musuh politik."
"Ala, buat tak tau la. Macam ni, apa kata this weekend, I belanja you berdua makan kat St. Pierre?"
"Paragon Mall? Kenapa awak suka sangat pergi mall yang dah dimamah usia tu?"
"Sebab cool. And, Jugra suka benda-benda oldskool, 80's, 90's. Walaupun kita semua belum lahir lagi. Entah, sebab dia suka benda-benda antik macam tu. Dia suka muzik grunge, metal, rock, kan benda-benda tu semua 80s and 90s?"
"Kenapa dia punya taste macam orang tua?"
"Tengoklah kawan-kawan dia. Abang-abang bengkel tu. Cuba la pergi Paragon Mall."
"Awak teman la."
"Kalau I teman, dah tak romantik la. Apa la you ni. Jangan risau la, bodyguard dia ada kat tepi."
"Saya bukan apa, saya tak nak mama tau. Tu je."
"Ataupun, apa kata saya tanya Mama Mer, macam mana nak arrangekan awak berdua ni."

Mili baring ke riba Rachel, sambil mendengar lagu dari Mamamoo, Self Camera.

Sedang tengah melepak tu, tiba-tiba Rachel dapat panggilan telefon.

"Hello?"
"Hello, hai. It's me, Aunty Jessie!"
"Aunty Jessie! Ada apa ya?"
"Aunty nak tanya, hari Jumaat ni, Rachel dengan Mili free tak?"
"I think I free sampai pukul 4 petang kot Friday tu, ada practice gymnast. Ada apa ya?"
"Korang habis kelas Jumaat, awal kan? 12:30 right?"
"Yes, ada apa ni?"
"Macam ni. Tau kan, aunty kan editor Oh Purnama. So, aunty tengok video lagu Shampoo tu. Video tu viral tau!"
"Tau, last tengok 5k retweets."
"Sekarang dah 6k dah, Rachel. Sebab lagu tu sangat ikonik in the 90s. Lagu tu famous tau zaman aunty sekolah rendah dulu. So, aunty nak interview korang berdua. Lagi satu, boleh tak cakap dengan Mili yang aunty nak interview dia pasal video nyanyi dia tu?"
"Mili ada kat sini, nak cakap dengan dia?"

Mili terpinga-pinga melihat Rachel.

"Aunty Jessie nak cakap dengan saya?"
"Kejap ya, aunty Jessie, Rachel bagi phone kat Mili."

"Hello?"
"Mili, aunty Rachel ni. Aunty dah tengok video Mili menyanyi semua. Boleh tak aunty interview Mili?"
"Bukan apa, aunty Jessie. Mili takut la."
"Takut apa?"
"Mama marah."
"Okay takpe. Mili datang je. Nanti aunty perkenalkan Mili kat produser. Sebab suara Mili sedap."
"Ala, segan la, aunty Jessie puji Mili."
"Betul. Kita jumpa hari Jumaat ya?"
"Baik, aunty Jessie."

--

Jugra dan Alif sedang bersenam di gym rumah Jugra.

"Weh, Jugra. Aku nak tanya kau something, boleh?"
"Tanya la."
"Kau rasa, Rachel suka lelaki yang macam mana?"
"Aku rasa, Rachel tak suka lelaki. Dia lesbian."
"Weiii, janganlah macam tu."
"Ahah! Kantoi kau suka Rachel."
"Habis tu, kau pun suka Rachel jugak, kan?"
"Mula-mula tu ya la. Tapi aku rasa dia memang jenis tak minat bercinta. Jadi, buat apa aku nak kejar benda yang dia tak minat. Eyaarrggghh!" Jugra mengangkat besi.

"Kau ada makwe?"
"Makwe? Takde, apahal?"
"Kau tak minat kat Mili ke?"
"Entahlah, Lep. Ikutkan, aku sebenarnya takut nak kawan dengan korang ni. Tapi sebab kita dah kawan sejak sekolah rendah, aku kawan je lah."
"Apa pasal bro?"
"Mak kau la. Gaduh dengan bapak aku."
"Mak aku tu, aku rasa dia sakit mental. Kau tau, skizofrenia."
"Apa kejadahnya tu?"
"Dia macam ada dua perwatakan. Kejap dia macam benci gila dengan bapak kau, kejap dia macam suka gila dengan bapak kau, sampai capmelan sebut nama bapak kau."

"Woi, Jugra!"
"Uncle Ali!"

Ali masuk ke gym, dengan assistantnya, Kecik.

"Uncle Ali, perkenalkan, ni kawan Jugra, Alif."

Ali bersalaman dengan Alif, kemudian dia panjat ke gelanggang wrestling.

Alif berbisik dengan Jugra.

"Asal dress up dia macam Stone Cold?"
"Kau tengok kereta dia pun nombor plat WWE 316. Cuma tak minum beer je sebab Islam."

"Come on, Kecik! Give me a hell yeah!"
"Uncle Ali, jom tagteam nak? Stone Cold Uncle Ali dengan Bill Jugrolberg vs Alif Cyclops dengan Kecitaker!"
"Member kau ni kasi Kurt Angle la. Design muka dia pun lebih kurang macam Kurt Angle," kata Ali.

"Kurt Angle?" Alif terpinga-pinga.
"Okay la tu. Kurt Angle kan Olympic gold medalist. Kau kan syok dengan Rachel. Kira ok la tu," kata Jugra.
"Kurt Angle pun Kurt Angle la!"

--

Selepas habis bertarung wrestling, Ali, Kecik, Jugra dan Alif melepak di tepi gelanggang sambil minum air.

"Kau ni, anak Hafiz Samsudin kan?" tanya Ali.
"Uncle Ali kenal papa saya?"
"Kenal gila. Dulu la. Dulu dia kawan baik aku. Bini aku pun jiran dia."
"Hah, isteri Uncle Ali, Aunty Dayah? Apasal tak pernah pun jumpa Uncle Ali?"
"Aku pernah jumpa kau. Tapi kau baby lagi. Lepas tu ayah kau masuk penjara, kau pun ikut mama kau pergi Betawi, kan? Lepas tu bila papa kau dah keluar penjara, aku pulak pergi London."
"Uncle Ali rapat ke dengan papa?"
"Dulu la. Masa dia mula-mula jadi engineer computer dulu. Masa dia belum kahwin dengan mak kau. Dulu aku rapat dengan papa kau. Tapi sejak mama kau jadi makhluk yang gila kuasa, aku jadi malas nak lepak dengan dia."
"Mama tu, apa masalah dia sebenarnya?"

Ali pandang Jugra kemudian dia pandang Alif. Rasanya terlalu panjang untuk bercerita. Dan dia terasa lapar.

"Jom, Kecik! Perkena char kuey teow?"
"Kat mana? Margera?"
"Margera la, mana lagi!"

--

Lagu Uptown Funk berkumandang di Margera's CKT Pulau Kelapa dengan volume maximum. Kelihatan Adli Margera sedang menggoreng char kuey teow sambil berjoget.

"Abang Adli Margera!"
"Woi, Jugra! Ma man! Kau nak makan char kuey teow ke? Haaa, duduk sini. Duduk sini! Kau nak makan apa?"
"Char kuey teow lah. Abang Adli Margera?"
"Apa dia?"
"Ada tiga orang lagi. Kerusi tak cukup. Ada dua je kerusi ni," kata Jugra.
"Kau bawak member ke? Hakelaaahh, aku cakap aku belanja kau sorang je kan? Jangan la bawak member. Bankrap la aku. Dah la kerajaan sekarang buat GST."

Kejap lagi pickup truck gambar tengkorak Stone Cold berhenti depan gerai, mencari parking. Jugra cop meja. Maklumlah, orang ramai makan kat sini.

"Peh, nombor plate cantik gila. WWE 316! Stone Cold habis brader ni! Eh, member Kecik rupanya," Adli garu-garu kepala.

"Sedap ke kedai ni? Member kau punya gerai ke? Aku daripada dulu lagi dengar kau asyik lepak kat Margera ni."
"Ya, bro Ali. Perkenalkan, ni Adli Margera."
"Ali....Ali Ayam Hitam?" tanya Adli Margera.
"Peh, first time duduk sini terus ada orang kenal aku ni," kata Ali.
"Wei, bro Ali memang legend zaman sekolah saya dulu bro! Dulu kalau gangster je, mesti petik nama Ali. Ali Chaos."

Ali tergelak bila dengar nama lama dia dari kalangan budak punk.

"Bro Ali nak makan apa?"
"Char kuey teow lah. Tauge lebih," kata Ali.
"Bro Ali suka makan tauge ke? Kalau saya, saya ketepikan je tauge tu. Tak sedap," kata Kecik.
"Aku masa kecik dulu, aku miskin. Aku hanya mampu makan tauge dengan tauhu je. Jadi aku tak buang makanan. Lemah betul kau ni, tauge pun takut nak makan," kata Ali sambil hisap vape.

Ali start hisap vape sebab hari tu dia asyik terbatuk-batuk, menyebabkan dia berhenti hisap rokok dan hisap vape.

"Bro beli flavor vape kat mana?" tanya Kecik.
"Kat kedai Shahmi Zamrinor. Kat Sri Puncak. Alif, kau nak makan apa? Aku belanja," kata Ali.
"Nak kuey teow, tapi tak nak kerang. Allergik."
"Air?"
"Apa kata kau bawak satu teko air panas. Aku ada bawak teh Ryukyu ni. Kalau kau ada luka-luka dalam, kesan gaduh ke, otot kau sakit ke, minum teh ni," Ali keluarkan beberapa paket teh dalam tulisan Ryukyu.
"Ni teh yang samurai minum ke?"
"Ye lah. Lepas dah berperang, dorang minum nak kasi pulihkan dalaman la."
"Baik, bro Ali," Adli Margera terus kembali menggoreng char kuey teow.

"Bro Ali, cerita la pasal tadi?" tanya Alif.
"Pasal bapak kau dengan bapak Jugra? Dulu bapak kau dengan bapak Jugra, satu geng. Kawan satu asrama. Cuma bapak kau ni, bila dah jatuh cinta, mabuk macam orang hilang pedoman. Bapak kau ni jatuh cinta dengan mak kau, tapi mak kau nak bapak Jugra."
"Ye lah, papa tu memang lame as fck pun," kata Alif.

Jugra menyinggung Alif.

"Wei, stop kutuk bapak kau sendiri, boleh tak? Aku jadi segan dengan Uncle Ali nanti," kata Jugra.

Teko dengan air panas tiba. Ali pun letak uncang teh Ryukyu itu ke dalam teko.

"Bapak kau dulu cool gila sebenarnya, Alif. Bapak kau dulu rock kapak habis. Rambut panjang, pakai baju metal. Ni gambar bapak kau masa dia muda dulu," kata Ali, sambil keluarkan gambar Hafiz dengan baju Pantera dengan Ali dulu yang berada dalam walletnya.

"Ni papa? Gila ah, bapak rockers. Asal dia jadi skema?"
"Sebab dia nak sangat kejar mak kau, sampai dia korbankan prinsip rockers dia tu. Mak kau pulak, sibuk kejar si Azlan, sampai macam-macam komplot dia buat..."

"Kenapa mama gila-gilakan Uncle Alan?" tanya Alif.
"Cinta ni, Alif, boleh buat orang jadi gila. Sebab tu mama kau macam tu," kata Ali.

--

Perdana Menteri Ryukyu, Shinzo Abe bertemu dengan Pengerusi Azlan di 2 Jalan Cendana sempena lawatan rasminya ke negara-negara Asia Tenggara.

Pengerusi Azlan telah menyediakan teh hijau Ryukyu yang diberikan oleh Ali kepada Abe, dan melihat kepada kualiti teh yang mahal, Abe kagum dengan Pengerusi Azlan.

Abe memanggil Azlan sebagai 'the man of culture', sebab tak ramai yang kenal jenama teh yang Ali bagi ni.

Ryukyu dan Gelanggayu secara umumnya berbincang tentang hubungan dua hala, terutamanya tentang perdagangan, ekonomi, kewangan, pelancongan dan pendidikan, terutamanya dalam bidang teknologi.

Pengerusi Azlan bercadang mahu membina kereta api laju dari Temasik ke Wijayapura, dan menggunakan teknologi dari Ryukyu.

Selepas kecewa Majapahit memilih Kwantong untuk bina kereta api laju dari Betawi ke Bandung, Tokyo seperti rasa terubat dengan kenyataan Pengerusi Azlan.

Sementara itu, di sebuah izakaya Ryukyu di Wijayapura, Ali mewakili Ayam Hitam berbincang dengan Kenichi Shinoda, iaitu ketua yazuka Yamaguchi-gumi, dan berbincang untuk adakan hubungan dengan kabel-kabel kartel dadah di Latin Amerika, seperti Los Zetas di Mexico dan gangster di Brazil yang diketuai oleh seorang yang bernama Leonardo.

Sebelum ini pun Ali memang dah rapat sangat dengan kumpulan yakuza di Ryukyu. Sebab tu dia dah biasa sangat minum teh Ryukyu mahal ni.

Hubungan dengan beberapa rangkaian gangster ini untuk memastikan Ali dapat masuk dalam politik Amerika Syarikat, terutamanya dalam bahagian Latin, yang sangat rapat dengan yazuka Ryukyu.

Ali tahu, Amerika sekarang sedang mengalami krisis opioid yang serius. Permintaan untuk heroin dan fentanyl di sana amatlah tinggi.

Jadi, Ali dikenalkan oleh Kenichi kepada Leonardo, dan dengan cara ini, Ali dapat menjadi pembekal dadah untuk golongan orang tua terutamanya veteran Vietnam dan Iraq, yang kebanyakannya pro-Republikan dan bakal menjadi penyokong Donald Trump.

Sebagai balasan, Ali bagi business mengaturkan perlawanan EPL. Ali cadangkan kepada Leonardo dan Kenichi untuk bet Leicester City sebagai juara untuk keuntungan maksimum.

Ini kerana walaupun Ali ni penyokong Arsenal, tapi Leicester City ni ownernya orang Suvarnabhumi, dan ia memberi keuntungan lumayan untuk Ali.

Dengan menyusun bookie, Ali dah buatkan dua clientnya menjadi kaya-raya - semuanya demi dia dapat masuk pasaran dadah di Amerika Syarikat, untuk dia mengawal politik di sana pula.

--

Fazrul tiba di Melaut, bersama-sama dengan Brigedier Jeneral Firdaus, dan mereka berdua menunggu seorang pegawai perisik tentera di kedai ikan bakar Rozana.

"Sejak tahun lepas bro Alan promote kedai Rozana ni, kemain lagi penuh. Orang Temasik pun kemain ramai yang datang," kata Brigedier Jeneral Firdaus.
"Mestilah. Aku ada gak bagi cadangan kat Rozana suruh buat cawangan, dia kata tak nak. Cawangan ni bagi dia sentimental," kata Fazrul, sambil meratah sotong bakar kuah air asam.
"Haaa, tu dia Leftenan Khairul. Haaa, duduk," kata Brigedier Jeneral Firdaus.
"Tuan Jeneral, bro Fazrul..."
"Ada bahannya?" tanya Fazrul.
"Ada, bro Fazrul."
"Ada la kau ni, rilek laaa! Bagi la Khairul ni makan dulu. Kau nak makan apa, kau makan la. Fazrul belanja," kata Brigedier Jeneral Firdaus sambil ketawa.

Leftenan Khairul hulurkan envelope kepada Fazrul.

Dalam envelope tu ada gambar antara Amar Hamzah, bekas Gabenor Melaut dengan Tan Sri Jabbar dan Pak Wan Radzi.

"Pak Atan ada kucing, nama dia Bingo. B I N G O, nama dia Bingo, meow meow!" Fazrul menyanyi lagu Didi and Friends sambil tersenyum.

"Kau dah ada anak baru ke, Fazrul?" tanya Brigedier Jeneral Firdaus.

"Dah aku asyik kat rumah Aunty Idah, lepas tu Julia dengan Nilam asyik tengok Didi and Friends. Aku sampai boleh hafal," kata Fazrul.

"Sekarang kau happy ke?" tanya Brigedier Jeneral Firdaus.

"Kau cari mana si Jabba The Hut ni, lepas tu baru kita pasang trap," kata Fazrul, sambil masukkan envelope itu dalam briefcasenya.

"Celaka dua ekor adik beradik ni. Bro Ali punyalah percaya dengan dorang ni, sampai hati dorang nak game Bro Ali," kata Brigedier Jeneral Firdaus.

"Dorang ni naik, sebab Amir tu satu sel kat Sungai Banol je, Fidot. Bukannya macam korang yang bergerak dari jalanan. Aku, walaupun bapak aku kaya, tapi aku membesar satu band punk dengan Ali, band Punk Cock dia dulu," kata Fazrul.

--

Saham Nadi Citra melonjak paling tinggi sejak 1987

Nadi Citra, syarikat yang bergabung dari Citra Sari Plantations and Properties Sdn Bhd dengan Nadi Wijaya Corporation Sdn Bhd, buat pertama kalinya mencapai keuntungan melebihi RG 100 juta pada suku tahun ketiga 2015.

Keuntungan itu disebabkan pelaburan syarikat tersebut dalam penternakan ayam, daging lembu dan ikan-ikan segar, yang mendapat peningkatan pasaran di Timur Tengah.

Syarikat Citra Sari, yang diasaskan oleh Datuk Sazali, kemudian diserahkan kepada anaknya, Datuk Abdullah, sebelum meninggal dunia pada tahun 1989.

Citra Sari kemudiannya bergabung dengan Nadi Wijaya yang dimiliki oleh Datuk Mohd Nor.

--

Natasha menangis seorang diri, sambil menengok album gambar arwah ayahnya, Datuk Abdullah. Dia rasa bittersweet, gembira, kerana Nadi Citra diselamatkan oleh Merlina.

Sedih, sebab ayahnya tiada di sisi.

Rachel senyap-senyap masuk ke bilik tidur, dan nampak ibunya sedang tengok album gambar dulu-dulu.

"Mommy, tu gambar atok dengan mormor ke?" tanya Rachel.
"Ha, yeah. Gambar ni masa New Year's Day '86. Mormor masak sedap hari tu."
"Is that...daddy?" tanya Rachel, yang tunjuk ke arah gambar Azlan masa muda.
"Yeah, that's your daddy."
"Handsomenya! Berdarah hidung! Kalau ada time-travel machine macam Doraemon tu, memang I sanggup patah balik tahun 1986, lepas tu sailang daddy..."
"Merepeknya! He's your dad, damn it!"
"Mesti mommy menyesal kan, sebab dumped dia dulu?" tanya Rachel.
"Entahlah. Masa tu I dapat tahu dia curang dengan my cousin."
"You have cousin? I thought you anak tunggal?"
"Your grandpa, kahwin dua. Dengan grandma pun anak sorang, dengan bini kedua pun anak sorang. Memang baka keturunan kitorang lahir anak sorang."

Rachel macam tak boleh brain bila dia dapat tahu yang dia sepatutnya ada saudara lain.

"But who is she? Cantik sangat ke cousin you tu, mommy?"
"Google Mastura Rahim."

Tapi Google Search suggest 'mastura rahim mati runtuhan tower heights'.

"Hah? Dia dah mati ke?"
"Haah. Apartment tempat dia duduk tu kena tanah runtuh. Tower Heights, tahun 1993."
"Whaaat? Seksinya dia ni. Ni gambar majalah apa ni? Varia Hiburan?"

Gambar Mastura Rahim posing dengan gaya menggiurkan, dengan caption 'mencari lelaki yang dapat membimbingnya dalam agama'.

"Rasanya taste daddy bukan type macam ni?"

Natasha kemudiannya memandang gambar Azlan yang duduk di buaian depan rumahnya pada tahun 1986 itu. Natasha tidak mempedulikan lagi Rachel di sebelahnya. Fikirannya mengelamun nostalgia.

Dalam hatinya merasakan memang Azlan yang arahkan Merlina untuk selamatkan syarikat ayahnya. Dia tahu hanya Azlan sahaja yang mampu buat perkara yang sebegini.

"Thank you for saving my dad's company, and I will always love you, Alan."

Dalam fikirannya, dia teringat masa Azlan memeluknya di rumah lamanya, sambil mendengar lagu Baby Can I Hold You dari Tracy Chapman.

"Papa, Azlan saved our family's only heritage," sambil memandang gambar Azlan semasa muda dan ayahnya masih hidup sedang menayang ikan besar yang dipancing oleh mereka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro