Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2015 part 1

Azlan

"Alliance exists out of needs, not affection." - George Friedman

Majlis Ketua Kerajaan Perpaduan (MKKP) adalah sebuah grand coalition dan sebagai pengerusi, aku kena dengar pandangan semua pihak, without any favours.

Idea ini aku nampak, dari Switzerland, kerana dalam politik Switzerland yang mempunyai pelbagai wilayah yang dipanggil canton, yang memiliki pelbagai budaya, bangsa dan bahasa, pada awalnya sering bertelagah dan saling berkelahi.

Perang Sonderbund merupakan perang saudara Switzerland antara canton-canton dalam Switzerland, sehinggalah penyelesaiannya ialah Perlembagaan Switzerland 1848 yang memberi keadilan kepada semua canton.

Mungkin agak kelakar kalau aku cuba nak samakan Switzerland dengan Gelanggayu, tapi aku cuma mendapat ilham daripadanya.

Daripada falsafah perlembagaan Switzerland ini, pada akhirnya mewujudkan idea League of Nations atau dalam bahasa Melayunya, Liga Bangsa selepas tamat Perang Dunia Pertama.

Malangnya Liga Bangsa ini gagal, kerana semua negara-negara yang menyertai, berlumba-lumba antara satu sama lain dan bersaing dan akhirnya tercetuslah Perang Dunia Kedua.

Jadi daripada Perang Dunia Kedua itu, Amerika Syarikat muncul sebagai kuasa terbesar. Tetapi dalam masa sama ia memberikan juga kuasa kepada alliancenya yang lain.

MKKP adalah berdasarkan model PBB, di mana semua parti-parti politik dibenarkan bersaing tetapi pada akhirnya, final bossnya ialah Parti Nasionalis, iaitu parti yang aku pimpin ini.

Untuk aku, aku tak perlu jawatan Presiden Republik atau Perdana Menteri untuk memainkan peranan role enforcer macam apa yang aku pegang sekarang.

Jawatan Pengerusi MKKP tu sebenarnya adalah jawatan yang memberi kata putus sebelum Presiden atau Perdana Menteri membuat dasar.

Sebab sebagai parti terbesar, aku dengar semua pandangan, termasuk parti kecil. Kalau ada bangkangan, mereka akan luahkan pada aku.

Ada 193 negara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan semua negara mempunyai agendanya sendiri, tapi Amerika selaku kuasa besar menjamin keselamatan semua negara dengan angkatan tenteranya.

Ada 15 parti dalam MKKP, semua parti politik ada agendanya, tapi Parti Nasionalis dan aku menjamin semua pandangan akan aku dengar dan aku buat keputusan seadilnya.

Ada orang akan tanya, jadi kalau dah aku jadi Pengerusi MKKP, kenapa perlu ada Presiden Republik dan Perdana Menteri?

Dalam Perlembagaan Republik Gelanggayu tahun 2009, antara yang ditegaskan ialah tugas seorang Presiden ialah untuk menjaga dasar luar, pertahanan dan menjadi ketua negara.

Tapi kalau seorang Presiden buat semberono je, parti-parti lain takkan berpuas hati.

Tugas Perdana Menteri pula ialah mengetuai pentadbiran, menguruskan ekonomi, menjaga hal keselamatan dalam negeri, pertanian, pendidikan tu semua, yang dibahagi tugas-tugas itu bersama Menteri Kabinet.

Tapi kalau Perdana Menteri buat suka hati dia je, tak jadi apa juga.

Jadi, perlu ada satu figurehead yang semua orang kena dengar cakap dia, dan itulah role selaku Pengerusi MKKP, yang aku pegang. Dan aku tak perlu jadi Presiden atau Perdana Menteri. Cukup dengan parti aku pegang kerusi terbesar dalam parlimen.

Hafiz kini jadi Presiden Republik Gelanggayu, selepas Rahman kalah kes penghakiman tu. Tapi Hafiz pun setakat ni dia tak melawan cakap aku. Dia sendiri pun ahli parti Republikan, parti Natasha.

Dan kalau dia banyak cekadak, MKKP boleh adakan sidang tergempar Parlimen untuk usulkan undi tak percaya atau impeachment terhadap Presiden. Takde masalah, dan Hafiz sedar pasal tu. Atau suruh je Brigedier Jeneral lancarkan kudeta. Atau aku boleh suruh ketua-ketua bahagian Republikan, suruh bungkus bahagian parti masing-masing.

Aku ada banyak pilihan kalau pihak Republikan nak melawan.

Sejak aku jadi Pengerusi MKKP ni, aku terpaksa besarkan sikit rumah aku serta menambah baik keselamatan.

Dan aku terpaksa beli tiga lot rumah dan tanah di keliling rumah aku, untuk aku jadikan kompleks pentadbiran MKKP. Rumah-rumah yang aku beli dari jiran-jiran aku tu, aku renovate dan buat pejabat dan kediaman pekerja-pekerja pejabat MKKP.

Aku ditawarkan untuk ada sebuah bangunan di Kota Warisan. Aku menolak, sebab aku tak selesa duduk situ.

Merlina, isteri aku, kini menjadi setpol aku. Siapa nak berurusan dengan aku, kena lalui dia dulu. Dia lepaskan jawatan selaku CEO Wijayakini, tapi kekalkan dari segi syer syarikat.

Dia juga kini melabur dalam app PergiMana, serta online shopping app yang bernama ExpressMart, dengan kerjasama Ali Nana dari Kwantung. Portfolio dia, $7.6 billion. Baru-baru ni dia ada JV dengan Jack Ma tentang nak buka hab perdagangan di Gelanggayu ni, di Air Putih yang bersebelahan dengan Temasik.

Jugra kini jadi Ketua Pelajar Kolej Melayu Wijayapura. Damn, I'm so proud with him. Dia juga kapten pasukan ragbi Kolej Melayu Wijayapura, yang menjadi juara sekolah-sekolah Gelanggayu dan mewakili Gelanggayu ke peringkat Asia Tenggara.

Rachel menang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow tahun lepas, dan tahun ini dia tak pergi Sukan Asia Tenggara di Temasik, sebaliknya memberi fokus kepada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Natasha masih lagi Perdana Menteri, dan walaupun dasar GST merupakan dasar yang tak popular dan mencacatkan sikit popularitinya, tapi untuk jangka masa panjang, dia akan dikenang sebagai the best prime minister.

Aku sedar kuasa yang aku ada ni sangat besar dalam politik Gelanggayu ni, tapi kuasa yang aku ada ni sebesar hama je jika nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah.

Aku sedar ini amanah yang telah diberikan kepada rakyat, dan oleh itu, sudah menjadi tugas aku dalam memastikan semuanya berjalan dengan elok.

Memandangkan Merlina sekarang sibuk gila, akhirnya aku ambil juga pekerja untuk urusan rumah, dan mereka ini bekerja secara kontrak dan ada syif.

Kat dapur aku ni ada chef yang khas, masakkan untuk keluarga aku. Dan chef ni kami vetted oleh pegawai perisikan Cawangan Khas yang Bunyamin Salleh, Ketua Polis Negara sendiri yang seliakan. Kau nak makan apa je, dia akan masakkan.

Ada pekerja yang tugasnya bersihkan ruang tamu, bilik Jugra, bilik aku, studio jamming, gym, you name it.

Dah macam MTV Cribs pulak aku ni.

Ciri keselamatan rumah aku ni, aku ambil berdasarkan ciri keselamatan di Number 10 Downing Street. Ya, sangat canggih.

Aku dapatkan kabel renovate rumah ni dari David Cameron sendiri, yang datang melawat rumah aku masa lawatan rasminya ke negara ni tahun lepas.

Untuk kompleks pentadbiran MKKP ni, aku belanjakan $50 juta (RG160 juta) dari segi infrastruktur, keselamatan dan teknologi. Best money I ever spent.

Berbanding istana Presiden (asalnya Istana al-Daulah) yang harganya RG1 billion, dan pejabat baru Seri Bendahara yang harganya RG750 juta, atau RG15 billion untuk projek Kota Warisan keseluruhannya.

Siapa la nak pergi tempat jin bertendang macam Kota Warisan tu? Cara aku selaku Pengerusi mentadbir adalah lebih efisien dan lebih jimat.

--

"Pengerusi, ini senarai nama tetamu yang akan datang ke rumah ini," kata ketua pengarah keselamatan Kompleks MKKP, Encik Murad.

"Duta Suvarnabhumi, Menteri Pertahanan, Ketua Jabatan Perangkaan Negara, Ketua Pengarah Cawangan Khas..., ok, baik."
"Pukul 11 pagi, ada panggilan videocall dari Presiden Argentina, Mauricio Macri, dari Buenos Aires, nak bincangkan perdagangan dua hala."
"Tolong sambungkan pada Merlina dan PM Natasha sekali, ya? They need the details."
"Baik, Pengerusi."
"Jugra, nak pergi mana tu?"
"Fendy dengan Haris kat depan security guard tu."
"Dorang dah lepas checkpoint kat simpang tu ke belum?"
"Dorang tunggu situ. Dorang kata polis tak bagi masuk."
"Cakap dengan dia, lain kali kalau nak masuk, bawak pas keselamatan. Kan daddy dah cakap dengan semua kawan-kawan kau, nak datang buat pas tu."
"Baik, daddy."
"Pengawal, kasi budak-budak tu masuk. Tu kawan Jugra."

--

"Susah gila nak masuk rumah kau sekarang ni, Jugra. Siap ada checkpoint polis apa semua," kata Haris Hearst Hemsley sambil letak basikal kat tepi tiang.
"Ye doh. Satu kawasan ni ke kawasan rumah bapak kau sekarang?" tanya Fendy Orton pula.
"Rumah depan tu, rumah tepi tu, dengan rumah yang kat simpang depan tu. Tu yang ada pagar letrik keliling tu."
"Gila gempak doh bapak kau," Haris Hearst Hemsley tepuk bahu.
"Bosan doh. Aku dah tak boleh macam dulu. Nak main basikal pun dah tak boleh. Nak lepak dengan korang pun susah."
"Ala, takpe la. Bapak kau orang penting dalam negara ni. Sebab tu keselamatan kena tip-top. Buatnya kalau ada terrorist nak culik kau, kan payah. Kau jangan risau la, kitorang still kawan kau, Jugra."
"Wei, jom main wrestling."
"Mana gelanggang wrestling kau?" tanya Fendy Orton.
"Jom, masuk. Ada kat dalam gym."

--

"Wei, gym kau ni, siap ada jacuzzi, sauna..."
"Kalau kau nak tukang urut, call je. Nanti dia datang."
"Serius la? Peh, ni dah macam rumah Triple H yang betul ni," Haris Hearst Hemsley kagum melihat prasarana gym di rumah Jugra.

Tetapi Jugra mengeluh.

"Bosan la, tak sama macam dulu. Dulu, korang datang je rumah aku, park basikal je, terus boleh lawan wrestling. Tapi sekarang, kau nak masuk rumah ni je, ada tiga security post. Kat depan simpang tu, depan rumah, depan pintu."
"Ala, Jugra. Orang lain, nak hidup macam kau ni, tau?"
"Ye doh, best gila wei! Serius, aku rasa Triple H dengan Stephanie McMahon macam ni la security rumah dia," kata Haris Hearst Hemsley.
"Tak wei, ni lagi canggih. Ni level-level White House ni. Kau tengok la, security guard rumah dia pun pakai suit. Dah sama level macam Obama datang Gelanggayu dulu ni. Jugra, kau boleh keluar tak? Jom lepak McD?" tanya Fendy Orton.
"McD? Kejap," kata Jugra. Dia kemudian tekan app pada phonenya, dan pesan kepada chef di dapur.
"Kau nak makan apa?" tanya Jugra.
"Big Mac, satu set. Kau order McDelivery ke?" tanya Haris Hearst Hemsley.
"Tak, aku order dengan chef kat dapur rumah aku ni ha."
"Mak datuk!"

Tergolek Fendy Orton dan Haris Hearst Hemsley dengar Jugra cakap macam tu.

"Kau ada chef dalam rumah kau sendiri?" tanya Fendy Orton.
"Haah. Kau nak makan apa?"
"Aku boleh order apa-apa je?"
"Kalau kau order benda complicated, lambat la kau makan. Takat ayam goreng ke french fries tu 10 minit la lebih kurang. Tapi aku kena warning dengan dietitian nanti. Bapak aku lantik pakar diet untuk pantau permakanan aku."
"Wei, gila laaaa!"

--

Lagu Primadunia dari kumpulan Classmates berkumandang dalam Spotify yang didengari oleh Jugra.

Andai kau masih di sini
Terus berlari mencari erti
Semakin laju dunia
Pastikan ada sesuatu yang kau cipta

Primadunia
Kau idola
Walaupun kau telah pergi selamanya
Oh primadunia
Telah ku cuba segala
Tidak berdaya mencari cita
Semakin laju dunia
Pastikan ada sesuatu yang kau cipta

Ada panggilan video WhatsApp dari Mili, memutuskan lagu.

"Oh, Mili. Hai?"
"Haiii!!! Jugra buat apa tu? Rindu kitorang tak?"
"Hah? Boleh la. Amacam, duduk Istana Presiden?"
"Boring laaaa, awak. Pergi sana sini asyik nak ada orang nak berkawal je."
"Faham, faham. Alif mana?"
"Dalam bilik dia. Awak sihat?"
"Bolehlah. Best tak sekolah kat sana?"
"Boring! Sekolah kat Kota Warisan ni bosan, lepas tu kan, tempat lepak pun takde."
"Bapak awak kan Presiden. Suruh la dia buat pembangunan sikit."
"Entahlah dia. Awak nak tengok tak, foto rasmi keluarga Presiden?"
"Haa, tunjuk la."

Mili bawa gambar yang diframekan, dan tunjukkan pada Jugra.
"Kenapa bertiga je? Ayah awak, mak awak dengan awak je? Alif mana?"
"Mama tak kasi Alif masuk kat dalam foto rasmi. Kalau foto biasa untuk kitorang tengok je, boleh la. Tapi tu pun Alif dah kecik hati dengan mama."
"Kenapa mama awak buat camtu? Sebab muka dia cacat sebelah?"
"Haah. Dia tak nak la nanti ada diplomat ke, presiden ke, raja ke datang, tengok muka Alif macam tu. Dia yang cakap bukan saya."
"Teruknya mama awak tu."
"Jugra, rindu la awak."
"Haha!"
"Eh saya letak dulu, nanti saya call balik. Byeeee!"

Dilemma anak-anak VVIP negara.

--

Azlan

Aku dapat panggilan telefon dari Duta Besar Gelanggayu ke PBB, Zahrin Musa dalam pukul 5 pagi.

"Pengerusi Azlan, dukacita saya nak laporkan...."
"Yang Rusia veto resolusi untuk tubuhkan tribunal antarabangsa untuk siasat GH17 macam saya cadangkan tu?"
"Ya, Pengerusi. 11 negara termasuk 3 anggota tetap iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis menyokong, 3 negara bertindak tidak mengundi. Yang peliknya Israel bertindak sokong kita, Pengerusi."

Aku ketawa kecil. Biasa la tu dalam geopolitik antarabangsa memang macam tu.

"Dah agak dah pun. Tak apa lah, terima kasih sebab melaporkan."
"Maaf ya panggil waktu pagi macam ni, Pengerusi."
"Tak apa, dah subuh dah pun. Terima kasih, Encik Zahrin."

Azan Subuh berkumandang, dan aku lekas mengambil wuduk untuk solat.

--

"Bagi pihak kerajaan, saya meluahkan rasa dukacita di atas kegagalan kuasa besar dunia dalam membela negara kecil dan syarikat penerbangannya yang tersepit dalam sebuah peperangan geopolitik kuasa besar. Kita sebagai kerajaan sudah lakukan apa yang patut kita buat, tetapi malangnya, cadangan kita itu telah diveto oleh Rusia."

"Pengerusi Azlan, apakah hubungan antara Kota Warisan dan Moscow akan terjejas akibat insiden ini?"

"Pagi ini, saya telah menelefon Duta Besar Rusia untuk memberi penerangan atas apa yang membuatkan Moscow veto resolusi itu. Antara jawapan yang diberikan oleh pihak kedutaan adalah mereka tidak mahu kuasa Barat seperti Amerika Syarikat atau United Kingdom untuk campurtangan siasatan, sebaliknya biar pihak Rusia sendiri yang akan menyiasat kejadian tersebut."

--

Aku dah boleh agak reaksi Rusia macam tu. Tapi untuk bermain dengan geopolitik dengan Rusia ni, kau tak boleh sebarangan. Kau kena ingat, negara ini melahirkan ramai pemain catur hebat dunia yang arwah ayah aku pun belum mampu boleh lawan.

Tapi bukan bermakna aku tak boleh melawan. Bukan aku tak tahu titik kelemahan Putin tu sendiri.

Cuma aku main long game. Satu hari nanti aku akan ada peluang untuk ranapkan Rusia ni, tapi aku akan gunakan taktik yang paling halus.

Aku dah dapat agak yang sejak shale technology iaitu teknologi menggali minyak menggunakan tekanan air di Amerika Syarikat, negara tu tidak perlu lagi bergantung kepada negara Teluk macam Arab Saudi lagi.

Dalam masa sama, permintaan di Kwantong merosot kerana krisis yuan yang melanda negara tu, kerana negara tu devalue nilai matawangnya untuk terus mengeksport.

Arab Saudi pula terus hasilkan minyak dengan lebih banyak. Dengan berderet sekatan ekonomi diletakkan ke Rusia, dan harga minyak merudum, maka ekonomi Rusia menerima padahnya.

Tak perlu negara kecil macam Gelanggayu yang pergi 'belasah' Rusia, kita biarkan sahaja negara-negara utama ni yang jadi tukang pukul. Kita perhati tepi.

Dalam masa sama, nilai ruble Rusia jatuh mendadak akibat sekatan ekonomi. Dan aku tahu Merlina sedang beli dengan nilai ruble dengan murah ni, sebab dia cakap pada aku, akan datang, dia jangka negara Barat akan letak sekatan ekonomi lebih teruk lagi kepada Rusia.

Dan Rusia akan teruskan perang Ukraine sebab apa yang Peter Zeihan kata - untuk polisi keselamatannya. Barat akan bagi sekatan ekonomi termasuklah menghalang bank-bank Rusia daripada menggunakan SWIFT.

Tapi negara-negara Eropah ini memerlukan petrol dan gas dari Rusia, sebab benua mereka tak ada petrol dan gas yang cukup. Dah kalau bank Rusia tak boleh nak guna SWIFT, macam mana nak adakan perdagangan untuk jual beli petroleum?

Rusia nanti akan letakkan syarat, kalau nak petrol dan gas mereka, pakai ruble. Dan masa tu ruble ni akan naik nilainya dan berlambak negara-negara Eropah terutamanya bekas jajahan Soviet yang akan memerlukan ruble nanti.

Cuma buat masa sekarang ni, Merlina cuma beli kertas yang nilainya makin jatuhlah. Tapi aku faham, semua tengah main long game.

--

Adilah berjumpa dengan Azizan dan Cindy di sebuah kafe di Wijayapura. Mereka merancang untuk jatuhkan Azlan yang dikatakan kini terlalu dominan dalam politik Gelanggayu.

"Macam mana we all nak lawan, Dila. Dalam parti we all pun ada orang dia. I thought masa dia bertanding 80 kerusi tu, he's too small for us to fight. Sekali dia buat macam ni pulak," kata Cindy.
"I cuba nak bongkarkan skandal dia kat Puncak Jaya tu, takde sorang pun percaya cakap I..." kata Azizan pula.
"Lebih dari sorang percaya. Ada la dalam dua belas orang," kata Adilah dalam nada sarkastik.

Azizan rasa malu bila Adilah sebut dua belas tu.

"Korang nak melawan Azlan, tapi tak panggil aku. Memang la korang kalah teruk dikenakan dia," kata Adilah sambil light rokok.
"You tau ke macam mana nak kalahkan dia?"

Adilah hembuskan rokok sambil tersenyum.

"Of course I know how to bring him down. I pernah buat kan, dulu?" Adilah jeling ke arah Cindy, merujuk kepada rancangan mereka masa muda.

"We have to stop him now, Dila. Kalau tak, dia akan start jadi dictator and he will crush all the resistance," kata Azizan.

"Alright, I get it, Mr-Twelve-Votes. Aku tau la macam mana nak stopkan dia. Aku boleh buatkan kau menang di Puncak Jaya lawan dia next time. Bagi tempoh masa lima tahun untuk aku jadikan kau PM," kata Adilah kepada Azizan.

Azizan tersenyum, sambil pandang Cindy.

"Tapi sekarang ni, abang I yang control Parti Demokrat..."
"Kau kena la jatuhkan abang kau dulu. Next pemilihan, bila?"
"Next year," kata Azizan.
"Cindy kena control Republikan, kau kena control Demokrat. Baru boleh create strong alliance. Lepas tu aku akan cari seorang yang boleh khianat Ali dalam Parti Pertiwi. Parti-parti negeri tu bila takde Azlan nanti, melingkup la mereka," kata Adilah.
"Okay, faham!"
"Kau dengar je cakap aku, and everything going to be on your side, Zizan."

--

Azlan hari ini bertemu dengan pemimpin orang Lamas di Sompoton, dan disambut meriah oleh masyarakat di sana.

Azlan dan Merlina disambut dengan tarian tradisional orang Lamas, dan bersalaman dengan pemimpin United Lamas Association Party, George Lasigun.

"Selamat datang ke negeri kami, negeri orang Lamas, Tuan Azlan. Anda adalah pemimpin Melayu Gelanggayu pertama yang menjejaki bumi Lamas dalam masa 400 tahun."
"Serius lah?" Merlina terkejut dan pandang Azlan.

Belum apa-apa, yang paling seronok ialah Julia. Dia pergi join menari sekali dengan penari-penari tradisional Lamas tu menari.

Merlina rakam video Julia menari dan bermesra dengan penari-penari tersebut.

"Mommy, tengok ni, Julia menawi! Tewe* (terer) tak?"
"Macam-macam la kau ni, Julia!" kata Merlina sambil senyum kepada penari tersebut.

--

George Lasigun kemudian membawa Azlan, Merlina dan Julia ke sebuah restoran makanan orang Lamas.

"Jangan risau, kami sediakan makanan yang halal untuk semua. Yang ini kepayas, iaitu bunga pokok buah betik, dicampur bawang, gula, garam, dengan isi ikan..."
"Oohh, ini macam kerabu kalau kat tempat kami..."
"Yang ini pinasakan, iaitu ikan air tawar, dikukus dengan halia, kunyit, garam dan asam jawa."
"Isteri saya tak makan ikan air tawar, ada tak pilihan lain?" tanya Azlan.
"Ada, ada...jangan risau."

George kemudian bercakap dengan pelayan untuk masak pinasakan menggunakan ikan basong, iaitu sejenis ikan yang rupanya lebih kurang ikan selayang.

"Budaya kita sebenarnya lebih kurang je," kata Azlan kepada George.
"Cuma kami minum tuak, awak tak. Awak Islam tak boleh mabuk."

Azlan mengangguk setuju.

"Kami sebenarnya bimbang pada awalnya, kalau kamu jadi kerajaan, kami tak boleh minum tuak lagi."
"Nak minum, minumlah. Tapi di rumah. Kalau di luar rumah nanti kan bahaya? Nak memandu pun bahaya. Lagipun kawasan di sini majoritinya non-Muslim. Jadi larangan itu tak ada di kawasan ini. Cuma, kita minta kerjasamalah, kalau ada Muslim yang datang ke sini mahu mabuk, jangan benarkan."

"Boleh saya mencelah?" tanya Merlina.
"Silakan, Puan Merlina," kata George.
"Kat sini, apa pekerjaan utama masyarakat kat sini? I mean, kegiatan ekonomi?"
"Hampir 90% petani sara diri. Yang lagi 5% tu berniaga kecil-kecilan, dan selebihnya tu jadi pegawai kerajaan di kerajaan Wilayah Utara."
"Sebab kalau kitorang tengok KDNK Wilayah Utara dan Melaut pada tahun 1985, lebih kurang je. Tapi 30 tahun kemudian, Melaut dah naik lima kali ganda dari Wilayah Utara. Jadi, Azlan pun tak nak masyarakat Lamas tersisih, jadi saya cadangkan kita buat JV, untuk buat eco-tourism."
"Eco-tourism? Maksudnya bagaimana tu, Puan Merlina?" tanya George.
"Kita akan deal dengan Kementerian Pelancongan, untuk ketengahkan keistimewaan Wilayah Utara. Dan kita akan buat resort bentuk macam rumah tradisional orang Lamas, untuk para pelancong luar mengalami budaya orang Lamas. Dan yang non-Muslim tu boleh la nak mabuk ke apa," kata Merlina.
"Tapi yang penting, George, Melayu dan Lamas perlu didamaikan. Kita ni beratus-ratus tahun bergaduh, berperang sebab sultan zaman dulu bunuh gajah warlord orang Lamas," kata Azlan.
"Gajah bergading perak tu suci dalam masyarakat kami."
"Oleh itu selaku pemimpin orang Melayu, saya datang ke sini untuk berdamai. Perkara yang lepas, kita lupakanlah. Kita minta maaflah sekiranya berlakunya penindasan sampai beratus tahun macam ni. Yang penting sekarang, masyarakat Lamas dapat pembangunan seiring dengan masyarakat lain di Gelanggayu," kata Azlan.

Selepas makan tengah hari, Azlan dan George menandatangani perjanjian damai antara orang Melayu dan orang Lamas yang sudah berkonflik selama 400 tahun.

"Akhirnya benarlah kata bobohizan kami yang berkata, satu hari nanti akan datang pemimpin Gelanggayu yang akan berlaku adil kepada kami, maka kami jangan perangi pemimpin itu."

"Nanti kita akan wujudkan Majlis Kesepakatan Melayu-Lamas untuk kita bincangkan soal penduduk setempat di sini. Perkara infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan raya, telekomunikasi termasuk telefon dan internet, kemudiannya infrastruktur seperti sekolah, balai polis, balai bomba, hospital, klinik desa, hinggalah ke balai raya dan gelanggang futsal, semua dah diluluskan dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Dalilah tahun lepas. Saya dah luluskan dan kita akan tambah peruntukan sekiranya perlu. Dalam masa lima tahun ni, tumpuan utama kita ialah pembangunan infrastruktur."

George bersalam dengan Azlan, kemudian Azlan memeluk pemimpin Lamas itu.

"Semoga perdamaian ini kekal antara dua kaum ini," kata George.
"Lepas ni kena panggil semua suku-suku asli dalam Gelanggayu ni, untuk kita uruskan kebajikan mereka. Hak peribumi mereka, budaya dan adat resam mereka perlu dipertahankan seiring dengan pembangunan ekonomi."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro