
2014 part 9
"Teruk you lunyaikan I kat debate tadi, ya Alan?" kata Natasha di belakang pentas.
"I told you, dengan you, I takkan bagi chance."
"I think you will win this election. Congratulations in advance."
"Aik, takkan dah kibar bendera putih? For me, debat tak ubah apa-apa. People who wants to vote you will voting for you. I just cakap apa je point I."
"Serious la, you sampai prepare gambar tu semua?"
"Satu gambar mewakili seribu cerita, Nat. And as a politician, you must know how to control the narrative."
"Tapi I memang ada rasa terganggu sikit bila moderator tu suruh cakap semua dalam BM. I jadi stutter kat situ. And what the hell? Gunakan G-pop untuk tarik pengundi? Eii, tak boleh blah la you ni!"
Azlan ketawa, kemudian terus melambaikan tangannya pada Natasha, dan sambil mahu menjawab kepada para wartawan yang berpusu-pusu mengacukan mikrofon kepadanya.
Natasha pun turut diserbu oleh media, dan selepas beberapa minit, kedua-duanya bersurai dari dewan.
--
Azlan tiba di rumah dan disorak oleh Merlina dan Jugra.
"Peh, power gila daddy counter hujah mak Rachel. Serius, daddy!"
"Lunyai kau lanyak Nat, ya?"
"Aku dah cakap, sejak aku sekolah lagi aku dah berdebat dengan dia ni. Sengaja aku suruh Haji Shukri jadi moderator. Mesti dia nak terpetik bahasa Inggeris punya."
"Yang kau cakap pasal G-pop ni, kau tengok, stan-stan fan G-pop dah follow kau. Ni, EXO Gelanggayu Fan Club kat Twitter dah start buat meme kau dengan artis G-pop dah. Kau tengok ni. Follower kau banyak budak G-pop follow ni. Ni apa pulak ni, Taeyeon Fan Club. Ha, lagi ni, Ji-Hyo Running Man FC. Ni apa nama tulisan Goryeo ni. Haaa, ni, 4 Minute, apa lagi ni. Mamamoo Fan Club pun ada, mujur bukan Mamamer FC. Ramai weh fan G-pop ni follow kau. Ni apa pulak makwe mana cakap saranghae kat kau pulak ni."
"Aku tak sempat tengok Twitter. Letih sangat. Asal?"
"Kau punya followers sekarang dah cecah 1 juta followers. Kau ahli politik Gelanggayu pertama yang cecah nombor 1 juta followers. Instagram, 783k. Facebook, ada masuk followers baru."
"Strategi kau jugak aku gunapakai tu, Mer."
"Nat tu fakta dia, power. Tapi kau main sentuhan emosi. Ambik gambar makcik Esah kat rumah buruk tu, rakyat terasa la. Jahat sial taktik kau ni."
"Aku belajar dengan kau, Mer. Sekarang, aku lapar. Jom, kita semua ke rumah Kak Dayah. Kak Dayah, Kecik, Joni, Lias semua tunggu kita. Rozana nak payung ikan bakar. Tapi Jugra, sorry, kau masih kena hukuman lagi."
"Bungkus la, daddy!"
"Kau ingat aku boleh bungkus kat rumah orang ke? Camni lah, Mer, kau order McD untuk Jugra. Kau kan owner McD Gelanggayu."
"Bukan McD je, okay? Aku dah jadi pemilik francais Taco Bell dengan Texas Chicken jugak tau."
Kalau berlaku peningkatan obesiti kat Gelanggayu ni, boleh salahkan Merlina.
"Nak set Spicy McDeluxe."
"Kejap, aku order kat app dia."
"Steady la, daddy! Lepas ni mesti Rach terdiam bila Jugra debat dengan dia."
Azlan pegang bahu Jugra.
"Kalau kau nak berdebat dengan perempuan, kau harus tenang dan bersahaja. Biarkan dia je marah. Kita kena tenang. Kau marah-marah hari tu, tu yang kau kena block Twitter tu. Cuba relax."
"Jugra nak belajar berdebat la dengan daddy."
Jugra terus peluk Azlan.
"Tapi Jugra cakap Uncle Ali lagi cool dari daddy?"
"Uncle Ali cool dari segi gaduh. Macam Stone Cold. Daddy cool dari segi cakap, macam The Rock."
"Now you're know I'm the People's Champion, kan?"
"Yeah, daddy! If you smelllllll what daddy is cooking!"
--
"Jahatlah marketing strategi Bro Alan ni! Tengok, tak pasal-pasal restoran Zana kat Kuala Melaut tu, tak menang tangan dah. Memang ramai la nak makan kat situ," kata Rozana kepada Merlina.
"See the leg la, Zana. Tengok la dia belajar dengan siapa?" kata Merlina, ketawa.
Julia pula sedang menemani anak Rozana, Nilam menonton Running Man. Dua-dua crush dengan Kwang-soo, peserta yang tinggi-tinggi tapi berperangai kelakar.
Running Man telah menjadi rancangan nombor satu di merata tempat di seluruh dunia, termasuk Gelanggayu. Dekat sini siap ada fan club masing-masing. Ada fan club Jae-suk, ada fan club Jung-kook, Ji-hyo dan sebagainya.
"Ala sibuklah iklan daddy ni. Tak habis-habis iklan Fikikan Boleh ni. Owang tengah saspen nak tengok Kwang-soo lawan Jung-kook lawan kejar-kejar ni! Owang nak tengok Wunning Man pun tak senang!" kata Julia sambil disambut hilaian ketawa semua orang.
Telefon berbunyi.
"Hello, oh Firdaus. Apa? Ali dah nak sampai Gelanggayu? Kak Dayah, Ali dah sampai sini!" kata Rozana.
"Ya Allah, syukurlah!" Kak Dayah menadah tangan tanda kesyukuran.
--
Ali tiba di sempadan Suvarnabhumi-Gelanggayu dua hari selepas dia mendarat di Krung Thep, menggunakan jalan darat untuk masuk ke Gelanggayu.
Ali disambut oleh Brigedier Jeneral Firdaus, yang kini orang kedua paling penting dalam organisasi tentera Republik Gelanggayu.
Tapi selepas ini Jeneral Abu Bakar bakal bersara, maka Firdaus ini bolehlah dikatakan pemangku kepada komander seluruh tentera.
"Fidot!"
"Bro Ali!"
Mereka berdua berpelukan sebab dah lama Ali menghilangkan diri. Semua anggota tentera yang mengikut Firdaus juga memberi hormat kepada Ali.
Dengan Firdaus menjadi komander tentera, Ali jadi defacto ketua kepada semua anggota tentera yang setia kepada Firdaus.
"Lepas ni, satu demi satu orang-orang Wan Radzi kau kena singkirkan, Fidot. Jangan bagi muka, backing dari aku ada."
"Baik, bro Ali. Bro Ali, Tengku Sham, macam mana?"
"Kau hantar orang Sayap Biru je."
"Kasi settle?"
"Aku dah cukup gunakan dia dah. Tak guna orang tua tu, dia ingat dia gunakan aku untuk dapatkan harta keluarga al-Daulah tu. Dia tak tahu aku gunakan dia untuk dapatkan kabel-kabel dia yang international tu, untuk kegunaan kau nanti."
Brigedier Jeneral Firdaus senyum.
Ali menyandar di kerusi, dan tersenyum.
Brigedier Jeneral Firdaus pandang Ali.
"Kenapa bro Ali?"
"Kau tau tak, grand plan ni semua bermula dari tahun 2006 dekat musim banjir Air Putih?"
"Siapa yang fikirkan ni semua?"
"Adik aku la," kata Ali, tersenyum.
"Semua ni, bro Alan punya plan?"
"Grand master plan, Alan. Tapi the details, Aunty Idah punya plan. Bini dia pun dia letak posisi yang memang sedap buat duit. Abang dia si Aziz tu dia letak kat buat makanan, kau dia letak kat covert operation, Marina kat Peguam Negara, Fazrul dekat kakitangan awam. Kau tau, kalau Azlan ni manager bola, dah lama Gelanggayu ni menang World Cup, kau tau tak?"
"Betul tu, bang. Puncak Jaya dah tiga kali juara liga bolasepak bang. Dulu ayam-ayam je. Sekarang, memang kena libas. Mula-mula 6-0, 7-0. Tapi sekarang dah fight sikit la. Menang pun 1-0, 2-1."
"Gila babi genius kalau menjadi ni. Sebab kalau Pengetua dia tahu ni, memang sure ni tindakan lawan sifu," kata Ali.
"Dia memang pandai placing orang."
"Kena kredit benda tu kat Aunty Idah."
"Yes, yes. Ibu dia. Eh, dorang ni keturunan baka apa ek? Geliga dorang ni lain macam?"
"Kalau kau baca buku Sayyid Muluk, kau pernah dengar keturunan Tengku Ishak?"
"Yang ramalan tu cakap gulingkan keluarga al-Daulah tu? Tapi Jeneral Yahya yang gulingkan Sultan, bukan Azlan."
"Kau tak tau la ni, Jeneral Yahya tu sepupu dengan ayah aku?"
"Serius lah? Cerita bro Ali dengan bro Alan adik beradik pun saya susah nak hadam, cerita ayah bro sepupu dengan Jeneral Yahya lagi susah nak hadam."
"Ya, sepupu yang telah pisahkan bapak aku dengan anak bininya. Yang buat anak bininya hidup menderita dalam kemiskinan tanpa ketua keluarga demi nafsu serakah dia! Nanti kau bawa aku ke kubur ayah aku."
--
Natasha dalam kereta hanya diam sahaja. Melihat panggilan telefon dari Adilah bertalu-talu, tapi dia tak mahu jawab.
"Mommy, Aunty Dila call tu," kata Rachel.
"Malas nak jawab. Tambah stress je."
"Kenapa?"
"Jawab pun nanti marah-marah."
"Kenapa Aunty Dila benci sangat dengan Mr Azlan? Why she hates him so much?"
"The border line between hate and love is thinner than what you think, Rach. They have a complex relationship."
"What do you mean?"
"Aunty Dila used to had a crush on him. But he rejected her. That's why her hatred goes bigger. Kalau Rach perasan, mesti dia nak sebut pasal Mr Azlan. Macam obses sangat."
"Yes, yes. I can see that. But dia kan dah kahwin dengan Uncle Hafiz?"
"Kalau you jadi Aunty Dila, who's the guy that you prefer? Dulu Uncle Hafiz sampai beli gym equipment semata-mata nak impresskan Aunty Dila. Macam-macam Uncle Hafiz buat. Tapi Aunty Dila masih obses dengan Mr Azlan."
"You mean, Aunty Dila still loves Mr Azlan?"
"Of course she still madly in love with Mr Azlan."
"But why? Mr Azlan kan dah kahwin dengan Aunty Merlina?"
"Pernah ke Aunty Dila ni peduli perasaan orang lain?"
Rachel hanya diam dan baru nak faham apa puncanya konflik keluarga ni.
"Complicatednya! Dah la I kawan dengan anak dorang."
"Tak fikir apa mommy rasa. Dengan Azlan pun mommy rapat, dengan Uncle Hafiz pun mommy rapat, dengan dia pun dulu rapat."
"Mommy, your school jacket tactic tak berjaya lah. Nampak Mr Azlan macam well prepared je."
"I know. Dia boleh pulak pakai tie Kolej Melayu Wijayapura tu pulak. Mommy yang tak boleh control."
"It's obvious you also had crush on him."
"Ye ke? Mana ada la!"
"Yes you are!"
--
Adilah
Aku mula hilang sabar dengan perangai Natasha sekarang. Dia macam lupa daratan, siapa yang bawa dia ke atas sampai jadi Perdana Menteri.
Sejak suami dia jadi Gabenor Wijayapura dulu, syarikat Hafiz dan aku dah menaburkan jumlah wang yang cukup banyak kepadanya. Hafiz tolong bantu dari segi kiraan undi di komputer, bawakan banyak pelabur ke Teknojaya yang dibina arwah ayahnya, dan selamatkan perniagaan keluarga daripada melingkup.
Natasha ni sedar atau tidak dengan siapa dia nak kurang ajar ni? Memang dasar lupa daratan.
Dan melihat prestasi buruknya dalam debat malam tadi, buat aku rasa macam nak marah. Terlalu mudah si sial tu nak patahkan hujah dia.
Kalau begini prestasi dia, memang aku langsung tak percaya yang Kelab Debat Kolej Wijayapura ni sebuah kelab debat yang berwibawa.
Aku boleh cari sepuluh orang alumni RPM yang lebih mampu berhujah daripada Natasha kalau macam ni lah prestasinya.
Aku perlu jatuhkan Natasha, tapi aku perlukan penggantinya. Aku rasa Natasha terlalu banyak bernostalgia bercinta dengan si sial tu.
Benar-benar menghampakan!
Lagi dua hari, debat Presiden Republik pula. Aku perlu siapkan strategi debat untuk Hafiz. Aku masih marah dengan dia sebab dia jual stoknya tanpa kebenaran aku, dan wangnya hilang entah ke mana.
Sampai susah aku nak buat belanja. Jual stok tapi duitnya tak ada. Ke mana duit tu semua? Mesti joli katak dengan betina sundal tu.
Aku dah dapat kesan betina sundal tu di mana. Dengar cerita dia sekarang ni bekerja di Gelanggayu Airlines sebagai stewardess, tapi macam mana boleh ada rumah yang besar di Barcelona. Tu duit Hafiz lah tu!
Nampaknya aku kena tukar strategi aku. Azlan mesti ditundukkan, walau apa cara sekalipun. Si sial tu kena sedar yang dia takkan mampu lawan dengan PsychoDila. Kemaraannya harus disekat!
--
Haji Syaaban sudah semakin resah. Lagi berapa hari sebelum hari pernamaan calon, Rahman masih belum beritahu senarai calon. Dia tak boleh susun strategi kalau macam ni.
Sementara itu, Rahizan tidak berapa nak kisah sangat dengan strategi lambat Azlan meletakkan nama calon. Dia risau juga, cuma dia tak berapa kisah, asalkan dia dapat membentuk pakatan dengan Hafiz dalam menjatuhkan Rahman dan Sahari.
Strategi kingmaker takkan boleh dibuat selagi watikah pernamaan calon tidak ditandatangani oleh Presiden Parti.
Lagi satu, Haji Syaaban rasa pelik dari mana pulak datangnya parti-parti kecil ni dapat dana. Parti-parti peringkat provinsi ni hanya bertanding di provinsi masing-masing sahaja.
Contohnya Parti Wijaya hanya bertanding di Wijayapura sahaja. Parti Rakyat Kenidiri hanya bertanding di Kenidiri sahaja. Parti Semangat Sepetang juga bertanding di Sepetang sahaja.
Dan parti-parti ini seperti ada penaja yang besar, yang Parti Gagasan Ummah hanya mampu impikan selama ni.
Dia melihat bagaimana poster-poster parti kecil ni seperti didesign oleh mereka yang pakar dan bukan level cikai-cikai.
Dan lagi pelik, ada banyak calon-calon bebas yang dijangka mahu bertanding di kawasan yang kubu kuat kelompok pro pihaknya.
Haji Syaaban mula merasakan Rahman ada strategi untuk menghapuskan puaknya dalam Parti Demokrat, seolah-olah mahu memecah undi.
Dengan Rahman melengah-lengahkan tandatangan surat watikah pernamaan calon, Haji Syaaban mengesyaki ini semua taktik muslihat Rahman selaku presiden parti Demokrat.
Kelompok Haji Syaaban berdemo di depan bangunan Parti Demokrat membawa sepanduk "Kami Mahu Senarai Calon!" dan "Lembab La Kau Ni Man!" dibawa oleh pendemo yang diupah oleh Haji Syaaban.
--
Azlan
Aku tak fahamlah dengan Azizan ni. Dari dulu dia ni asyik nak cari pasal dengan aku je. Dah hari tu, aku kawtim dengan Pak Harun, Demokrat tak letak calon, apahal si Azizan nak bertanding pulak ni?
Rahman tengah pening ni. Sebab dia tak tahu apa dia kena buat sekarang. Adik dia cari pasal dengan aku, aku kacau parti dia balik.
Sekarang dalam Parti Demokrat pecah tiga; geng Rahman, geng Haji Syaaban dengan geng Pak Harun.
Aku dah tabur modal pada Pak Harun banyak juga ni. Banyak KB-KB Demokrat aku yang fund. Macam Republikan yang 174 orang nak lompat parti tu, semua aku fund.
Izzuddin gabenor Wijayapura pun aku fund.
First time aku jumpa Azizan ni, kat parti malam tahun baru '86. Masa tu malam aku dengan Natasha mula bercinta. Kalau budak zaman sekarang punya slang, declare.
Tapi Azizan ni dia bawak vibe yang aku menyampah. Datang-datang je, 'she's into you beb, she's into you beb!'
Aku dah la serabut dengan orang ramai terkinja-kinja menari mabuk lagu George Michael masa tu, si Zizan ni memekak pulak.
Tapi aku tahu, dia cemburu dengan aku sebab dia crush dengan Natasha.
Kalau Zizan serius dengan Nat, suruh je lah Gunawan tu cerai. Masuk line. Habis cerita. Aku dengan Nat punya hubungan ni, sebab Rachel je.
Sebab aku rasa bersalah lepas apa yang berlaku kat Mauritius. Dan aku nak tanggung kesalahan tu.
--
Rachel berjalan ke biliknya, kemudian nampak ibunya di meja make up, sedang meletakkan toner pada mukanya.
"Mommy ni tak payah pakai toner ke apa lah, mommy dah awet muda!" kata Rachel.
"Banyaklah awet muda. I think I nampak macam terlalu tua kat depan TV tu," kata Natasha.
"Because you're wearing my school uniform! Memanglah umur 45 years old, pakai uniform budak Form Two, nampaklah tua."
Natasha jeling ke Rachel, tapi Rachel tersengih manja.
"I do awfully kan?" tanya Natasha, merujuk kepada prestasi buruk debatnya.
"Yes, you must admit you tak boleh lawan debate dengan Mr Azlan. Mommy, mommy, masa kat sekolah dulu kan, can you please tell me perangai Mr Azlan masa dia muda dulu?"
"Huh! Kera sumbang! Lepas tu suka bagi soalan psiko kat cikgu sekolah. Suka merayau, tak nak masuk kelas."
"Dia macam rebellish lah?"
Natasha angguk.
"He was naturally born to be a leader. I, I takde kekuatan tu. I mean, dia boleh datang berlenggang kangkung, bawak gambar orang kampung kerja toreh getah, lepas tu main sentimen emosi macam tu. I dah baca macam-macam data and research for this debate, but dia gunakan G-pop je untuk tarik audience."
Rachel tepuk bahu.
"Kalau Rachel cakap ni, mommy jangan marah, ok?"
"Okay, cakaplah."
"Kalau mommy lawan Mr Azlan kat kawasan yang I kena mengundi when I grow up and can vote nanti, I akan undi Mr Azlan."
"Kenapa?" Natasha jadi hairan.
"Yes, mommy memang cakap pasal economic growth, KDNK, apa tu semua. Tapi Mr Azlan, he understands the people. Macam ingat tak masa I masuk wad because my fibula bone patah hari tu?" tanya Rachel.
"Ingat," kata Natasha.
"Mommy langsung tak nak dengar apa yang Rachel nak luahkan. Setiap kali I tanya pasal daddy, mommy nak mengelak. Tapi Mr Azlan willingly to listen. Dia cakap dia lari marathon tu sebab dia nak berniat untuk bagi I bermotivasi, after I patah kaki."
"Masa tu mommy in deep trouble, sayang. I'm so sorry," Natasha memeluk Rachel.
"Mommy, can I ask you a question?"
"Apa dia?"
"Actually, mommy crush dengan Mr Azlan ke?"
"Mana adaaaaa! Eiiii!" Natasha capai kusyen dan baling ke arah Rachel yang sedang tergelak-gelak.
"Kantoiiii! Mommy crush dengan Mr Azlan!" jerit Rachel sambil ketawa.
Dia tengok kembali video-video debatnya dalam telefon bimbitnya. Dia pandang Azlan, dan dia memang nampak betul-betul bersedia. Dia nampak gugup, dan asyik kena tegur sebab guna bahasa Inggeris tanpa izin moderator.
Kedudukan poll menunjukkan swing yang kuat ke arah Azlan. Tapi Azlan masih tak letakkan senarai calon.
Biasanya tak sebegini lewat. Lagi tinggal 4 hari sahaja lagi nak ke hari pernamaan calon. Parti Nasionalis ada masalah ke?
Natasha jadi risau. Walaupun Azlan tu parti lawan, tapi dia rasa pelik. Parti Demokrat pun tak umum lagi.
--
'Mini love' Azlan masa debat Perdana Menteri menjadi viral akibat disebarkan oleh peminat G-pop seluruh dunia. Sampai masuk berita televisyen Goryeo.
Disebabkan itu, Azlan mula menjadi popular di Goryeo Selatan, menyebabkan produser Running Man, SBS Entertainment telefon Merlina, sebab nak buat acara Running Man di Gelanggayu.
"Biar betul bapak kau ni, Jugra?" kata Merlina lepas letak telefon.
"Kenapa, Mama Mer?"
"Daddy kau popular gila kat Goryeo Selatan pasal mini love tu, lepas tu dorang nak buat rancangan Running Man kat Wijayapura," kata Merlina.
"Haaaa! Aduhhhhh semaknyaaaa!" Jugra dah menekup muka.
"Mommy, mommy! Kwang-soo ada tak! Julia nak jumpa diaaa!" Julia tarik tangan ibunya.
"Ada lah. Dia wajib kot," kata Merlina.
"Yaaayyyy Kwang-soo datangggg!" jerit Julia.
Jugra jadi stress sebab dia benci G-pop.
--
"Apa? Aunty Mer nak bawak Running Man kat Wijayapura? Oh my God! Bestnyaaaaa!" kata Mili kepada Jugra.
"Gila lah contact Aunty Mer! Dia boleh panggil Running Man macam tu je," kata Alif.
"Bukanlah. Apparently, Mr Azlan jadi viral kat Goryeo Selatan sebab dia buat mini love masa debate hari tu. So ramailah peminat G-pop suka pada Mr Azlan. Lagipun dia tu kan jenis baby face macam tu," kata Rachel.
"Bencilah aku! Entah apa-apa lah G-pop ni!" kata Jugra.
"Best apa," kata Mili.
"Kau ye la, best! Aku boring!"
"Kalau you boring, ingat you sorang je ke duduk dalam Gelanggayu ni? I minat Taylor Swift, takde pun I nak benci G-pop?" kata Rachel.
"Bencilah daddy ni! Sibuk pulak nak jadi orang Goryeo nak G-Pop pulaaakkk!" Jugra menekup mukanya.
"Daddy kau tu, Jugra, kitorang semua nak dia jadi daddy kitorang tau. Kau tanyalah Haris Hearst Hemsley, Fendi Orton, Bob Batista, kawan-kawan kita tu. Semua jealous dengan kau. Ayah mana zaman sekarang ni yang ajak anak dia dengan kawan-kawan dia bercamping?" kata Alif.
"Betul tu. Kalau daddy awak disukai orang Goryeo, biarlah. Nanti banyaklah syarikat Goryeo datang melabur kat Gelanggayu. Lagipun, zaman sekarang ni kan Asia yang tengah naik. Awak dengan metal awak tu, Western culture. Dah tak popular lagi dah," kata Mili.
Jugra muncung muka. Entah kenapa dia benci sangat dengan G-pop dan budaya Goryeo ni. Tiap kali kalau Mili bukak topik EXO atau Super Junior, dia memang betul menyampah.
Tapi sejak dia tahu lagu Taylor Swift ni, dia dah tak kisah sangat dengar lagu tu. Sebab Rachel yang suka dengar.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro