Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2014 part 7

"Hello?"
"Ali, aku ni, Fazrul. Aku dapat arahan dari Aunty untuk cakap dengan kau pasal ni."
"Hmm, adakah benda yang dia nak cakap ni adalah apa yang aku selama ni fikir?"
"Kalau kau dah tahu tu, kau tahu lah."
"Baiklah, nanti aku dah sampai, jemputlah aku."
"Okay, roger."

Ali duduk menyandar. Kemudian dia habiskan jus oren di sebelah mejanya, kemudian dia capai kunci kereta.

"Kau nak ke mana, Ali?" tanya Tengku Hisham.
"Balik ke Gelanggayu."
"Kau rasa kau selamat ke kat sana? Orang Wan Radzi masih ada lagi tu."
"Dah lama saya tak tengok anak saya sendiri, Bang Sham."
"Hati-hati, Ali. Aku masih perlukan kau lagi ni. Selagi tak jumpa ke mana pergi harta keturunan aku ni, aku kena cari mana dia menghilang."
"Saya pergi dulu, Bang Sham."

--

Debat antara Azlan dan Natasha mula mendapat perhatian orang ramai. Penyokong-penyokong parti masing-masing cuba mendapatkan tempat untuk kerusi bagi mendengar sendiri dua orang ini berhujah.

Poster gambar Azlan dan Natasha diletak di merata tempat di sekeliling bandaraya Wijayapura. Dah lama debat seperti ini tidak diadakan, kali terakhir ialah pada tahun 1995 semasa Perdana Menteri, Tun Azmi Ibrahim berdebat dengan Shahrizal Hamdi yang semasa itu memimpin Parti Jujur.

Tetapi di sebalik kemeriahan itu, ada hati yang terusik.

Azizan terus ke pejabat abangnya, Rahman.

"Bang Man, siapa calon kita di Puncak Jaya?"
"Eh, tu biarlah Pak Harun yang tentukan. Tu kawasan dia. Yang kau nak menyibuk, apasal?"

Azizan tergaru-garu kepala, mundar-mandir, dan otaknya serabut.

"Dah kenapa kau ni, Zizan?"
"Kalau takde calon, saya nak masuk situ, bertanding."
"Kau biar betul, Zan? Kau jadi ahli majlis pun tak pernah. Kau boleh handle kawasan ke? Lagi satu, Puncak Jaya ni kawasan Azlan. Kau nak bungkus hilang deposit ke?"
"Eh abang ingat Azlan tu power sangat ke? Saya boleh lawan dia lah! Abang jangan nak rendah-rendahkan saya!"
"Bukan, kalau serius kau nak bertanding, aku letakkan kau kat kawasan yang senang untuk menang. Takde la kau terbungkus kat situ. Kau pun bukannya ada kenal orang situ. Kau tu alamat rumah kau pun Bukit Henderson."
"Aaahhh saya tak peduli, bang! Saya nak masuk situ, saya nak lawan Azlan! Saya akan pastikan saya boleh tumbangkan dia!"
"Engkau ni apahal berfikir pakai kepala bana ni, Zizan. Baik kau dengar cakap aku. Aku presiden parti. Aku takkan benarkan kau buat move tanpa kebenaran aku."
"Kalau Bang Man tak kasi saya bertanding dalam Parti Demokrat, saya bertanding calon bebas! Saya boleh lawan Azlan, saya yakin! Apa kurangnya saya ni? Dari saya muda dulu, saya asyik dipandang rendah je dengan semua orang!"

Azizan keluar dari bilik pejabat abangnya dengan nafas berdengus.

--

"Selepas kita bermesyuarat, sebagai Ketua Bahagian Parti Demokrat Puncak Jaya, maka kita sebulat suara bersetuju, untuk tidak meletakkan calon dalam pilihanraya kali ini untuk kita beri laluan kepada saudara kita, Azlan Muhammad Niat dari Parti Nasionalis," kata Pak Harun dalam dewan sambil diberi tepukan gemuruh.

Azlan bersalam, kemudian berpeluk dengan Pak Harun.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mewakili Parti Nasionalis, selepas berbincang dengan presiden Parti Demokrat, Rahman Azmi, kami bercadang untuk mewujudkan satu kerjasama politik antara parti-parti Melayu-Islam, yang memperjuangkan akidah kita, serta budaya dan adat resam kita untuk kita pertahankan. Sekiranya kita berpecah, yang akan rugi adalah orang Melayu. Dan yang akan ditindas adalah umat Islam.

Dalam surah al-Hujurat, ayat 10, Allah swt telah berfirman;


﴿إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ١٠﴾

"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudara kalian itu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kalian mendapat rahmat."

Tuan-tuan dan puan-puan, saya hadir di sini, bukan datang sebagai wakil Parti Nasionalis. Kehadiran saya ke sini adalah sebagai orang Melayu, orang Islam. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sesungguhnya kita mahu melihat perpaduan Melayu dan Islam itu berlaku. Kita dahulunya pernah dalam satu parti yang sama, dalam Parti Persekutuan. Sebelum itu, kita dalam Parti Kongmegayu. Parti yang memperjuangkan hak orang Melayu ketika kita dijajah British, ditubuhkan pada tahun 1923.

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas jasa baik Encik Harun, atas jasa baik beliau selaku Ketua Bahagian Parti Demokrat di Puncak Jaya, kerana memberi laluan kepada saya untuk bertanding. Semoga Allah berkati usia Pak Harun, dan semoga Allah berkati perjuangan kita semua. Takbir!"

"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!"

Ahli-ahli parti Demokrat dan Nasionalis yang hadir di dewan itu berpelukan sambil berselawat ke atas Nabi, sebelum ke acara jamuan.

Mana taknya, sejak 2002 lagi, apabila Tun Azmi Ibrahim meninggal dunia, banyak bahagian Parti Demokrat yang tiada dana, ditaja oleh Azlan dan Ali.

Tahun 2004, Pak Harun dipilih sebagai calon Demokrat melawan Azlan, tapi Azlan menang besar. Pun begitu Azlan tidak mengabaikan Pak Harun.

Tahun 2009 pula, Puncak Jaya ditandingi oleh Nizaruddin Mustafa atau dikenali sebagai Din Tapa kerana Azlan bertanding sebagai Gabenor. Tahun ini, Din Tapa pula bertanding sebagai Gabenor melawan Izzuddin.

Kuala Melaut Selatan akan ditandingi oleh Aziz. Kalau Aziz menang, Aziz automatik akan jadi Menteri Pertanian dan Sekuriti Makanan seterusnya menjadi pengerusi GARDI.

--

Azizan tiba di pejabat Pak Harun keesokan harinya.

"Pak Harun, siapa calon yang akan bertanding untuk parti kat Puncak Jaya?"

Pak Harun pandang Azizan atas bawah.

"Waalaikumsalam," jawab Pak Harun. Terkedu sekejap Azizan bila reaksi orang lama parti pandang dia atas bawah tak puas hati sebab tak bagi salam.

"Errr, siapa yang bertanding? Ada kosong tak?"
"Eh, kan jawatankuasa dah putuskan Demokrat tak letak calon. Sebagai galang gantinya, Nasionalis tak letak calon kat tempat yang kita boleh menang."

Azizan jadi baran. Dia tak puas hati dengan kenyataan Pak Harun.

"Mana boleh macam tu, Pak Harun?"
"Kamu nak Republikan menang? Nak bagi negara ni jadi sekular kafir macam dulu lagi? Azan tak boleh, nak mengajar anak Quran tak boleh, macam tu?"
"Pak Harun, dengar sini. Negara ni negara demokrasi. Kita ni Parti Demokrat. Jadi kita kena bertanding!"
"Dan ini hak demokrasi kami sebagai Bahagian Demokrat Puncak Jaya. Apa hak kamu nak masuk campur? Kamu pun bukan orang sini. Tak pernah nampak pun mesyuarat bahagian."

Azizan jadi baran dan terus capai kolar baju Pak Harun.

"Dengar sini, ya! Aku ni Azizan Azmi! Anak Tun Azmi Ibrahim! Kau jangan main-main dengan aku. Aku nak bertanding kat sini, kau dengar tak!"

"Siapa nak sokong kamu?" tanya Pak Harun. Anak buah Pak Harun semua dah sinsing tangan nak lepuk Azizan kalau dia naik tangan.

Azizan lepaskan kolar baju.

"Aku tak peduli, aku akan lawan Azlan jugak! Kau semua kalau nak jadi macai Azlan, kau semua pergi masuk parti dia lah! Parti ni bapak aku yang tubuhkan!" kata Azizan, sambil berjalan menuju ke arah kereta dan menghempas pintu.

"Dia bertanding, kita boikot. Kita undi Azlan jugak," kata Pak Harun kepada anak-anak buahnya.

--

"Balik-balik dia je yang menang. Balik-balik dia je yang orang sayang! Entah pakai jampi apa dia tu! Aku kena fikir macam mana nak menang lawan dengan Azlan ni. Aku kena desak abang aku, kita kena letak semua calon. Kita jangan pastikan Nasionalis menang. Nasionalis ni pengkhianat ayah! Dia yang punca Parti Persekutuan berpecah!"

Dia datang ke pejabatnya, dan mendesak abangnya Rahman untuk memastikan Demokrat tikam balik Nasionalis dengan bertanding di semua kerusi.

"Tak boleh, Zizan. Kita dah janji, kita dah pakat. Kau janganlah kacau benda ni. Kita tak boleh menang sorang-sorang," kata Rahman.

Azizan jadi baran.

"Abang ni bacul! Sedar tak, Parti Nasionalis ni pengkhianat ayah! Mereka ni yang pecahkan Parti Persekutuan! Kita kena hancurkan pengkhianat tu!"
"Dah tu, Republikan tu asal dari Nasionalis. Asal kau tak nak hancurkan yang tu jugak? Sebab parti tu crush kau yang jadi leader dia? Azlan yang ex dia tu pun takde emosi meracau macam kau ni."

Azizan jadi baran dan terus tarik baju abangnya.

"Dengar sini, Bang Man. Saya ada rahsia yang abang nak hancurkan Haji Syaaban. Kalau sekali mereka boikot abang, mampos abang! Jangan sampai saya korek hal-hal abang rembat duit yayasan AIDS masa arwah abah hidup dulu! Memang tak jadi abang bertanding nanti! Faham tak!"

"Kita takde duit nak bertanding semua seat. Kalau kita bertanding semua seat dan kalah banyak, kita rugi nanti. Kita kena berhutang. Kalau kita berhutang, memang lagi lima ke sepuluh tahun, bungkus parti kita ni."

"Dengar sini, Bang Man. Kita kalau anak jantan, jangan jadi bacul! Kita kena pertahankan maruah abah!"

"Kalau kita kalah banyak kerusi, kau nak tanggung?" tanya Rahman.
"Belum lawan lagi abang dah kata kalah!"
"Kau baca ground ke tak ni, Zizan?"
"Kita kena lawan demi maruah ayah!" jerit Azizan.
"Fine. Kalau parti rugi, banyak hilang deposit, kau tanggung ya? Aku nak tengok macam mana semangat kau nak pertahankan maruah abah tu bila kalah nanti."
"Abang kalau bacul sangat, tak payah jadi presiden parti la. Saya yakin saya boleh kalahkan Azlan. Apa lebihnya dia tu. Biasa je. Banyak jugak skandal seks, main rasuah!" Azizan hempas pintu pejabat abangnya.

--

Natasha membelek-belek almari lamanya, dan jumpa jaket pengawas sekolah dengan lencana Kolej Melayu Wijayapura yang berwarna hijau tua.

Dia gembira sebab dia masih muat lagi dengan jaket pengawas sekolah tu.

"Mommy, you look great with that jacket," kata Rachel.
"Really? You think it is cool if I'm wearing this jacket at the debate?" tanya Natasha.
"Why not!"

Natasha kemudian melihat dirinya di cermin. Dia membayangkan dengan memakai jaket sekolah ni, akan memberi kesan psikologi kepada Azlan, yang akan mengimbau nostalgia silam.

"Mommy, can I request one thing?"
"Sure, honey. What is it?"
"Kalau boleh, janganlah mommy gaduh dengan Mr Azlan. I kinda like him and his family. His son, Jugra tu pun I rapat dengan dia kat sekolah."
"Tak gaduhlah. It's just politics. Politik memang macam ni. Kat depan media nampak je macam gaduh, belakang masih okay. It's like sports. Macam Rachel, who is that you consider your rivals in gymnastics?"
"Rivals? Takde la. Maybe a healthy competition. Dengan Farah lah. She's good and maybe we compete who's the best among us, tapi rivals tu takdelah."
"Samalah macam me and Mr Azlan. We are rivals, but also a close friend."
"I don't think you're close friend with him. Macam you ada crush je dengan Mr Azlan?"
"Hah? Nonsenselah you ni, Rach!"
"But you're blushing!"
"Takdelah, kelakar la you ni."
"The way you look at him masa kat St Pierre hari tu."
"What look?"

Rachel terus bangun dari kerusi, kemudian berjalan keluar dari bilik.

"Kenapa both of you tak dalam the same political party je?"
"Because both of us has different way of thinking. Different mind. Different ideology. I'm pro-globalization, pro-free trade, believing in liberal ideas. He's more toward conservative thinking. Preserving culture, religion."
"I know. But kenapa kalau kita nak fikir liberal je, kita kena reject conservative ideas, vice versa. Why can't you guys get along? Yin and yang. You focus on economy, he focus on culture and society."
"It's a wishful thinking, but in the end, somehow, the ideas will clash. And it is important to recognize that in democracy, ideas are always against each other. It is our duty as society to keep it civil. Therefore, debate is the best way to proof which idea is the best to the nation, and let people decide on election day, okay sayang?"

--

Rachel

I'm starting to think that mommy sebenarnya ada crush dengan Mr Azlan. I mean, look at her. Since the debate announcement tu, sampai hari ni, she's look like she's happy.

Lagipun masa dinner at St Pierre's tu, owner kedai tu Stephane memang sengaja pasang lagu-lagu romantik 80s macam Diana Ross tu.

And the way Mr Azlan pandang mommy pun, macam dorang ni ada sesuatu. But why mommy tak kahwin dengan Mr Azlan? And why Mr Azlan, despite macam tu punya baik pun mommy nak lepaskan?

I don't get it. I rasa macam ada sesuatu yang disorokkan about them ni.

First, I suspect Kak Jessie knew about the real story between them. Kak Jessie kata, nama I ada empat nama tu sebab dia, mommy, Mr Azlan and daddy yang bagi nama.

Mommy kata yang bagi nama Cleo, ialah daddy. Jessie kata yang bagi nama Cleo, ialah Mr Azlan.

Lepas tu, mommy ada cakap pasal how she met daddy - dekat tangki air. Tapi bila tanya Mrs Adeline, yang dah jadi cikgu kat situ since 1978, dia kata bukan daddy yang suka duduk dekat tangki air tu, but Mr Azlan.

Lepas tu mommy pernah kata daddy is a great musician, pandai main piano and guitar. Tapi lepas tu tengok Mr Azlan main gitar and keyboard, memang mesmerizing.

Dan paling kuat sekali, why Stephane owner St Pierre tu jemput mommy and Mr Azlan?

The only thing I knew, Mr Azlan ada beritahu one clue about my dad and his stagename dalam band Digital Tribe is Mat Danger.

I ada google and found old pictures of Digital Tribe, but weird thing is, he is keep wearing that blue helmet. I ada jumpa that helmet dalam bilik daddy. That's the only clue I have.

Why Mat Danger tu berahsia sangat about his identity ya?

--

"Jugra, daddy nak pinjam tie sekolah kau, boleh?"
"Kenapa daddy tak pakai tie daddy yang mahal tu? Kan banyak?"
"Daddy nak pakai tie Kolej Melayu Wijayapura, sebab daddy dulu kan sekolah situ."
"Mana tie lama daddy?"
"Ada kat rumah lama. Masa jual rumah kat owner baru tu tak terfikir nak ambik. Ada banyak gila vinyl, kaset semua kat dalam rumah tu. Rugi gila. Amacam, handsome tak?"

Azlan pakai tie Jugra depan cermin.

"Daddy pakai baju pagoda seluar pendek selipar Jepun pun awek kejar."
"Merepek la kau. Aku kalau pakai macam tu, Pengetua bagi aku pelempang sulung kalau aku pakai macam tu."
"Garangnya Pengetua tu."
"Dia tentera. Berperang dengan tentera Ryukyu masa Perang Dunia Kedua dulu."
"Hari tu, Jugra ada berborak dengan abang Firdaus pegawai tentera masa kat dalam balai tu. Dia kenal Uncle Ali ek?"
"Brigedier Jeneral Firdaus? Dia tu pengikut terawal Uncle Ali. Daddy first time jumpa dia masa dia umur 9 tahun. Tapi masa tu dia budak-budak lagi. Masa tu, dia ada cakap something yang teruk la kat girlfriend daddy. Uncle Ali lempang dia straight. Sekarang dia dah okay dah. Baguslah kena lempang tu, jadi orang sikit."
"Orang zaman dulu memang kena lempang je ke? Daddy tak pernah lempang Jugra pun?"
"Zaman sekarang tak payah bagi pelempang. Tutup wi-fi internet je pun budak-budak dah terseksa. Zaman kami membesar, lain."
"Jugra tak boleh bayangkan dunia tak ada internet. Macam mana orang nak baca buku tebal-tebal macam tu? Macam mana orang nak tau benda lain selain bidang dia sendiri?"

Azlan pegang bahu Jugra.

"Sebab tu la kau ni generasi yang paling bijak dalam sejarah manusia. Kau sebenarnya lagi bijak dari daddy. Rachel lagi bijak dari mommy dia. Alif dan Mili lagi bijak dari parents dia. Jadi, dengan teknologi yang ada ni lah, generasi kaulah yang akan mengubah dunia. Zaman daddy nak mengubah dunia dah tamat dah. Okay la, Jugra, daddy pinjam ya tie sekolah kau ni?"
"Okay daddy. Daddy?"
"Hah?"
"Good luck."

Azlan senyum pada Jugra, sebelum memeluk anak lelakinya.

--

Merlina berdiri di depan Azlan, dan pakaikan tie sekolah Jugra masa nak bersiap untuk ke Wijayapura Convention Centre di Menara Petrogayu untuk debat calon Perdana Menteri.

"Kau ni dah kenapa nak pakai tie sekolah Jugra? Tie kau yang berlambak tu tak nak pulak pakai?"
"Saja je. Masa sekolah dulu aku tak suka pakai tie, sampai kena paksa dengan Pengetua."
"Macam ni la baru handsome!" kata Merlina.

Azlan teringat pada Mina, setiap kali kalau dia pakaikan tali leher atau pakaikan butang baju Melayu, mesti dia cakap "handsome boy" padanya.

"Kau sure tak nak tengok aku kat dewan?"
"Aku kena jaga Jugra la, gila. Sebab budak ni buat pasal la, aku pun kena berkurung jugak walaupun aku boleh keluar pergi pasar ke apa."
"Alah, dia punya hukuman pun dah nak habis dah."
"Aku tengok kat TV je lah. Tengok macam mana kau nak battle dengan The Iron Lady of Gelanggayu ni."
"Mer, sama ada aku menang atau kalah dalam pilihanraya ni, aku nak beritahu kau, yang kau ni the best I ever had. Terima kasih sebab dari awal lagi kau sokong aku."

Merlina tersipu malu, pipinya mula kemerahan.

"Kau jangan ingat aku cair la dengan ayat jejaka romeo kau tu. Dah, pergi la kau berdebat sana!"

Dari rumahnya, Azlan memandu dan dia terdengar satu lagu yang dia dah lama tak dengar. Dia ingat lagu ni masa dia bawa Jessica dan bandnya, The Polka Dots ke festival muzik di Pulau Lingga.

Lagu Tubthumping dari Chumbawamba. Dia tergelak sebab masa ni Jessica crush teruk dengan Kimi yang masa tu boyfriend Merlina.

Sekarang segalanya dah berubah. Jessica sekarang dah kahwin dengan Art Ardan, Merlina sekarang dah kahwin dengan dia, dan Kimi sekarang tengah melingkup kena hukuman penjara seumur hidup kat dalam penjara.

How time flies. Masa lagu ni keluar tahun 1997, dia jadi cikgu muzik di sekolah antarabangsa, dan dah bertekad tak nak jadi ahli politik macam Pengetua bentuk dirinya selama ni.

Malam ni, dia akan berdepan dengan bekas Presiden Kelab Debat sekolahnya, yang jadi ex-girlfriendnya, live di kaca televisyen.

Azlan tiba di backstage, dan nampak Natasha dan Rachel sedang berada di bilik make up sambil beberapa assistantnya sedang menyusun point-point dengan kertas-kertasnya.

"Same old Nat," kata Azlan.

Din Tapa datang lambat.

"Sorry, bos. Lambat, traffic jam."

Azlan diam sahaja sambil jurusolek sedang make upkan dirinya kerana bakal berdepan dengan kamera yang panas yang membolehkan dia berpeluh.

Kelihatan berpeluh depan TV adalah punca kenapa Richard Nixon kalah dengan John F Kennedy dalam debat Presiden Amerika tahun 1960.

Sambil tu Din Tapa dan pasukannya sedang menyediakan point-point hujah yang bakal digunakan oleh Azlan untuk melawan Natasha.

Azlan tahu, Natasha ni jenis well prepared. Jenis organized. Dia masa kat sekolah dulu adalah sejenis pelajar yang mengikut skema pelajaran dengan baik.

Ramai orang ingat debat live kat TV ni, untuk menang, ialah mengemukakan fakta. Tapi bagi Azlan, yang mengajak debat ni, dia memahami psike pemikiran rakyat Gelanggayu sebab dia kerap berjalan dan berkempen.

Dia juga sedar dengan kedudukan ekonomi yang baik, unemployment yang rendah, pencapaian terbaik dan bangkit sejak perang saudara, serta effect rally around the flag sejak kejadian kehilangan pesawat GH370, Natasha dan Parti Republikan mempunyai advantage walaupun pada asalnya Republikan ni teruk kalau tanpa bantuannya.

Kedudukan poll terkini dari Merdeka View, GelanggayuVotes dan maklumat dalaman parti menunjukkan Republikan yang dipimpin Natasha boleh memenangi 94 kerusi Parlimen, dan partinya 91 kerusi Parlimen.

Tipis, tapi ada advantage. Tapi Azlan ada strateginya yang tersendiri.

"10 minutes!" jerit pengelola di belakang layar. Di convention centre, penyokong Parti Republikan dan Parti Nasionalis sudah mula memenuhi dewan.

"Dengar sini korang. Sebelum aku nak mulakan debat ni, aku nak ucapkan terima kasih pada semua sebab ada kat belakang aku, membantu aku cari info, interview orang, borak dengan orang kampung, buat survey, survey Facebook, Twitter semua. Kerja keras korang ni, aku tak akan sia-siakan. Terima kasih semua! Kak Mer kirim salam kat korang semua."
"Group hug!" jerit Din Tapa.
"Hoo, hoo, hurraaaaaahhh! Aaaaazlan! Aaaaazlan! Aaaaazlan!"

Beberapa saat lepas tu, dengar jeritan chanting dari group Natasha pula.

"Natasha is hot to go! H O T T O G O! Aummmmm! Hot to go! Aummmmm! Hot to go!"

"One minute! Get ready!"

Azlan dan Natasha keluar dari bilik masing-masing.

Kelihatan lampu 'live' sudah menyala, bermakna semua TV sudahpun menyiarkan siaran langsung.

Azlan dan Natasha berdiri di sebelah, sebelum Azlan akan menuju ke langsir sebelah kiri, Natasha akan keluar menuju ke langsir sebelah kanan.

"Good luck, Nat," Azlan menghulurkan tangan untuk bersalam.
"You too," Natasha menyambut salamnya.
"Pakai baju kot sekolah ya?" kata Azlan.
"Nice tie, Alan."

Di kaca televisyen, seluruh Gelanggayu sedang menantikan debat ini, yang dah diuar-uarkan oleh Dewan Bahasa Melayu Gelanggayu, dan disiarkan di Wijaya TV dan Angkasa Awana.

Merlina sedang mengunyah Pringle's Sour Cream and Onion, sambil Julia duduk di pehanya.

"Mengumumkan, Presiden Parti Nasionalis, Azlan Muhammad Niat, masuk ke dewan!"

"Mommy, daddy kat dalam TV la!" kata Julia.

Azlan melangkah ke dewan dan melambai ke arah penonton di dewan.

"Mengumumkan, Perdana Menteri, dan Timbalan Presiden Parti Republikan, Natasha Abdullah!"

Natasha pula melangkah masuk dan melambai ke arah penyokongnya di dewan.

Di katil wadnya, Pengetua menonton debat Perdana Menteri dengan perasaan bangga. Kedua-duanya adalah pelajarnya yang paling cemerlang. Tak sangka mereka berdua ini akan bertarung untuk karier politik masing-masing dalam debat yang penuh bersejarah ini.

It's showtime.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro