Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2014 part 5

Mesyuarat tertutup antara Hafiz, Adilah, Natasha, Haji Syaaban dan Rahizan, diadakan di Cyberview Lodge, Teknojaya adalah untuk membincangkan strategi pilihanraya kali ini.

Rahizan, yang merasakan Azlan tidak akan menyokongnya dalam usahanya untuk menjadi Presiden, menukar kem ke sebelah sini untuk mencantas peluang Rahman untuk menjadi Presiden.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Adilah, yang mewakili geng kartel Pak Wan Radzi dalam Sayap Kuning.

Rancangan mereka dinamakan sebagai Kingmaker's Plan, iaitu menjadikan Parti Demokrat, dengan geng Haji Syaaban menjadi kingmaker dalam usaha menentukan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.

Menurut nombor-nombor yang ada, mereka menjangkakan parti-parti yang menyertai pilihanraya kali ini akan memenangi:

Parti Republikan: 88 kerusi
Parti Demokrat: 87 kerusi
Parti Nasionalis: 90 kerusi
Parti lain-lain: 5 kerusi.

Daripada 87 kerusi itu, pakatan Haji Syaaban mempunyai 30 kerusi, sementara 57 kerusi yang lain adalah kerusi pro-Rahman Azmi.

Daripada 90 kerusi yang dijangka menang oleh Parti Nasionalis, pro-Rahizan mempunyai 35 kerusi, sementara 55 kerusi adalah pro-Azlan.

Jika 88+35+30, maka pihak mereka akan mempunyai 153 buah kerusi, melebihi angka 136 untuk membentuk kerajaan.

Rahizan akan mencalonkan diri sebagai Presiden, dan begitu juga dengan Hafiz. Pengundi Parti Nasionalis sudah pasti akan mengundi Rahizan, sementara pengikut Haji Syaaban akan mengundi Hafiz, sekaligus menumpaskan Rahman, dengan pusingan kedua akan berlangsung antara Hafiz dan Rahizan.

Rancangan Hafiz ialah mahu menyingkirkan Sahari daripada jawatan Presiden.

Jika salah satu daripada mereka menang, pemenang akan melantik yang kalah untuk jawatan penting kerajaan atau penasihat syarikat GLC.

"Kalau kita semua ikut apa yang kita rancang, kita semua akan berada dalam situasi menang-menang," kata Adilah.

Tetapi Natasha ada fikiran lain, dan Hafiz pula sudah dipegang tengkuknya oleh Ali. Mampukah pakatan ini mendukung kehendak Adilah?

--

Sementara itu, mesyuarat Azlan dan Rahman berlangsung jauh di Teluk Tenang, Melaut.

Dalam mesyuarat, Azlan mengenalpasti ada golongan pro Rahizan yang dijangka mahu membelot ke arah sebelah sana, dan Rahman sudah pasti pro Haji Syaaban juga akan ikut sama.

Disebabkan Azlan dan Rahman adalah Presiden parti dan mempunyai kuasa menandatangani watikah, advantage di tangan mereka.

Mereka menyedari perkara ini, maka dengan itu Rahman cadang melakukan strategi meletakkan calon-calon pro Rahizan dalam Parti Nasionalis akan diletakkan menentang calon-calon pro Haji Syaaban dalam Demokrat, di kerusi-kerusi yang menjadi kubu kuat Parti Republikan, dan biarkan mereka bertempur sesama sendiri.

Pelan Rahman dinamakan sebagai "divide and rule plan", dan mereka berpakat akan hanya menandatangani watikah perlantikan pernamaan calon hanya pada malam sebelum hari pernamaan calon, supaya pihak di sebelah sana tidak dapat merancang pelan sepenuhnya.

Selepas tamat mesyuarat, Azlan mempunyai satu lagi mesyuarat rahsia dengan parti-parti kecil peringkat provinsi yang dibiayai Ali dan dia, dari bekas-bekas Ahli Dewan Negeri yang kehilangan punca pendapatan sejak Perkara 5 Perlembagaan Gelanggayu dimansuhkan.

Parti-parti ini ialah seperti Parti Melayu Melaut, Parti Rakyat Kenidiri, Parti Wijaya, Parti Bersatu Rakyat Geri, Parti Gerakan Air Putih Bersatu, Parti Bersekutu Wilayah Utara, Parti Anak Negeri Lingga, Parti Ketil Bersatu, Parti Semangat Sepetang dan Parti Negeri Seri Kencanapuri, serta ketua-ketua kongsi Ayam Hitam yang merupakan ketua-ketua bahagian Parti Pertiwi.

Sepuluh parti-parti ini akan bertanding dan memberi alternatif kepada penduduk luar bandar yang dikatakan kubu kuat Demokrat.

Azlan juga berkata sekiranya semua pihak tidak mempunyai angka yang cukup untuk membuat kerajaan, parti-parti kecil ini harus membuat satu desakan supaya membuat satu referendum, seperti referendum di Scotland, untuk mengembalikan Perkara 5 Perlembagaan Gelanggayu iaitu mengembalikan sistem persekutuan.

Sekiranya Parti Republikan terdesak, mereka akan bersetuju dengan desakan parti kecil ini, dan Azlan mahu parti-parti kecil ini menyertai kerajaan Republikan.

Dengan cara ini, tidak kira sama ada Parti Nasionalis menang atau kalah, orang-orangnya akan ada dalam kerajaan.

Taktik Azlan ini dinamakan sebagai "Phantom Plan".

Sama ada taktik "kingmaker" Adilah, taktik "divide and rule" Rahman dan Azlan, atau taktik rahsia Azlan "phantom", yang akan menentukan keputusan pilihan raya nanti.

--

Perdana Menteri, Natasha Abdullah ke Istana Presiden bagi bertemu dengan Presiden Republik, Sahari Ariffin untuk membubarkan Parlimen, sekaligus bermulalah pilihanraya tahun 2014. Begitu juga dengan kerusi-kerusi Gabenor.

Berikut adalah jumlah kerusi-kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan.

Berikut adalah jumlah kerusi mengikut provinsi-provinsi di Gelanggayu.

1. Wijayapura - 70 kerusi Parlimen
2. Geri - 30 kerusi Parlimen.
3. Air Putih - 22 kerusi Parlimen.
4. Sri Kencanapura - 10 kerusi Parlimen.
5. Wilayah Utara - 10 kerusi Parlimen.
6. Kenidiri - 36 kerusi Parlimen.
7. Sepetang - 33 kerusi Parlimen.
8. Melaut - 22 kerusi Parlimen.
9. Ketil - 10 kerusi Parlimen.
10. Lingga - 17 kerusi Parlimen.
11. Kota Warisan - 2 kerusi Parlimen.
12. Teknojaya - 8 kerusi Parlimen.

Memandangkan calon Presiden mempunyai lebih daripada dua calon, maka pilihanraya presiden akan diadakan secara dua pusingan, iaitu pusingan pertama bagi semua calon, dan dua calon yang mempunyai undi terbanyak akan bertemu dalam pusingan kedua.

--

"Mommy, ada owang datang. Wamai!" kata Julia.
"Kau ni, aku rasa memang elok jadi jaga pintu rumah je la, Julia."

Kelihatan geng bengkel tiba di rumah Azlan, sedang mengisi borang dan menyerahkan kad pengenalan.

"Oooh, Kecik dengan kawan-kawan dia."

"Assalamualaikum!"
"Waalaikumsalam, haaa, Kecik. Masuklah. Ni susah-susah je bawak rambutan ni," kata Merlina sambil bersalaman.
"Ya Allah Kak Mer tengah layan Chinna Pappa Periya Pappa ke? Ni cerita zaman bila pulak ni?"
"Weh, ni latest."
"Tak habis lagi? Seriuslah? Eh, Julia dah besar dah dia. Nak rambutan?"
"Buah apa tu?"
"Rambutan."
"Buah wambutan?"
"Rambutan."
"Mommy, buah wambutan."
"Rambutan. Rrrrr...rrrr...rambutan!"
"Wambutan!"

Kecik stress nak membetulkan huruf 'r' Julia.

"Budak ni pelat r," kata Merlina sambil mengangkat plastik buah rambutan.
"Ooo, ni dah besar ni jadi macam Lisa Surihani la ni."
"Abang Alan mana? Berkempen?"
"Berkempen la, apa lagi. Sibuk kan, dah nak pilihanraya ni."
"Ooo, kitorang naik atas nak jumpa Jugra dulu ya?"
"Okay, kejap, aku asingkan rambutan ni dulu, nak bagi kat Jugra."
"Dah macam pesakit kusta pulak kena asing-asing."
"Dia boleh je turun bawah ni, tapi dia lagi suka duduk dalam bilik dia. Kejap ya?"

Joni dan Lias sedang cuba nak berbual dengan Julia.

"Nama awak siapa?" tanya Joni.
"Nama saya Aidil Fityah Julia!"
"Fityah ke Fitrah?" tanya Lias.
"Fityah!"
"Fitrah la, Lias. Budak ni pelat r," kata Kecik.
"Ololo comelnya!"

Merlina bawa buah rambutan dan naik ke atas, Kecik dan kawan-kawannya semua mengikut dari belakang.

Merlina bukak pintu je, tengok si Jugra sedang menghafal lagu Taylor Swift, Shake It Off dan menari.

"Players gonna play play play play play, haters gonna hate hate hate hate, I'm gonna shake shake shake shake shake!"

Kecik, Lias dan Joni tercengang bila tengok Jugra dah mula terjebak dengar lagu Taylor Swift.

"Woi! Apa dah jadi dengan kau ni?" jerit Kecik.

Terus Jugra tutup radio.

"Korang nampak apa? Mama Mer tak nampak apa-apa kan?" Jugra terkejut macam disampuk hantu.

"Kau nyanyi lagu Taylor Swift," kata Merlina, sambil hulurkan rambutan.
"Hah? Mana ada. Mama Mer salah dengar tu. Tadi pasang lagu Slipknot kot. Come on la, muka Jugra nak layan Taylor Swift? Tak logik langsung."
"Aku belum bodoh lagi la tak pandai bezakan Taylor Swift dengan Slipknot! Aku dulu jadi DJ radio la! Eii, sekali aku smackdown kau karang. Nah, ambik rambutan ni. Kawan-kawan kau ada setengah jam je nak jumpa kau."

Merlina terus tutup pintu.

"Wei, kau apa cerita wei? Baru dua minggu kena tahanan rumah, dah koyak mental sampai dengar Taylor Swift," kata Kecik.
"Mana ada aku dengar Taylor Swift la. Korang salah dengar la."

Lias dan Joni tersengih je kat tepi.

"Kitorang tutup bengkel hari ni sebab nak jumpa kau la! Tau-tau kau dah jadi mental berjoget macam orang gila dengar lagu Taylor Swift."
"Ish, takde la abang Kecik. Saya dengar lagu Slipknot."
"Ye la ye la, kau dengar lagu Slipknot," Kecik dah malas nak layan.
"Comel betul suara Corey Taylor sekarang. Macam suara perempuan pulak," kata Joni.
"Ni mesti Cleo Rachel suka lagu Taylor Swift ni, tu yang kau terjebak tu! Wei, Joni, kau ingat tak, dulu, yang dia pancitkan tayar kereta mak dia semata-mata nak buktikan dia power tukar tayar?" kata Lias.
"Ingat la. Celaka betul, aku ingatkan betul la ada orang tayar pancit."
"Kitorang rindu kau doh. Nanti dah settle sebulan hukuman kau ni, datang la bengkel. Kitorang cuci otak kau dengan pasang lagu Sepultura, Mudvayne, Korn, Messuggah, Chulalongkorn..."
"Chulalongkorn tu nama raja Suvarnabhumi, bongok!" kata Kecik.
"Ada la band metal Wijayapura nama Chulalongkorn," kata Lias.
"Ada lagi berapa minggu lagi?" tanya Kecik.
"Dua minggu lagi."
"Tak lama dah tu. Kejap je, nanti kau dah boleh keluar la. Okay la, kitorang pun takleh jumpa kau lama ni. Setengah jam je. Dah bebas nanti, roger kitorang," kata Kecik, sambil gosok rambut Jugra.
"Kau dah ada rambut dah ke? Last sekali nampak kau botak wei!" kata Lias.
"Pasni potong undercut la. Buat fesyen macam hipster. Baru swag! Barulah Cleo Rachel suka!" kata Joni.
"Kitorang gerak dulu!"

--

Pukul 2 pagi, ketika Azlan baru nak tarik selimut untuk tidur di hotel, dia dapat teks dari nombor yang dia tak kenali.

"Flight GH370 has been disappeared from radar. This is an inside job. This is to ensure public support for current government is high, as tragedy like this will create 'rally around the flag' effect. This information is classified, and suggesting you to delete this text."

Azlan buka TV. Dia tonton berita CNN, melaporkan kapal terbang GH370 dikatakan hilang dari radar. Tertulis 'breaking news' bergaris merah pada ticker CNN.

Maknanya berita baru sahaja diterima.

Dia terus dial nombor yang mesej dia tadi, tapi berbunyi 'the number that you dialed, is not in service'.

Dia kemudian terus call Merlina.

"Woi, aku nak tido ni, setan. Ada apa call aku pepagi ni?"
"Mer, bukak TV sekarang. Kapal terbang Gelanggayu Airlines hilang."
"Hilang? Hilang pergi mana?"
"Bukak la TV. Ish kau ni."
"Berita ke?"
"Haah. Bukak cepat."
"Hah? Macam mana kapal terbang boleh hilang dari radar? Kena hijack ke?"
"Aku tak tau, sebab tu aku suruh kau tengok berita!"
"Weh, weh! Breaking news ni. Kejap, kejap, aku check. Semua news outlet belum laporkan lagi ni."
"Angkasa Awana?"
"Kat Twitter belum, FB...pun belum."
"Suara Gelanggayu?"
"Pun belum."
"Cepat update."
"Ok, aku cargas update."

Azlan letak telefon, kemudian terfikir, macam mana semua media tempatan belum laporkan lagi, tapi CNN dah laporkan? Siapa yang mesej dia tadi? Kalau inside job, kerja siapa?

"Takkan Nat sanggup buat kerja macam ni untuk rally around the flag? Or maybe..."

--

Pesawat GH370 hilang dari radar di perairan Dai Viet - Wijayakini

Pesawat Gelanggayu Airlines GH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Teknojaya ke Beijing, Kwantung, dilaporkan hilang pada jam 1:21 waktu tempatan sebentar tadi.

Menurut pengawal trafik udara Lapangan Terbang Antarabangsa Teknojaya ketika dihubungi berkata, pesawat itu berlepas dari Teknojaya pada jam 0035, dan dijangka tiba di Beijing pada jam 0630.

Pesawat tersebut dinaiki oleh 239 penumpang, termasuk 10 kru kabin dan dua juruterbang.

--

Apakah itu 'rally around the flag?'

Dalam sains politik dan perhubungan antarabangsa, setiap peristiwa yang berlaku akan memberi kesan kepada pemain politik. Peristiwa-peristiwa ini dikatakan bakal menentukan untung nasib seorang pemimpin.

Rally around the flag merupakan istilah yang dicipta oleh penganalisis politik, John Mueller pada tahun 1970. Mueller mengkaji hubungkait antara peristiwa yang berlaku di Amerika Syarikat dengan populariti Presiden.

Antara contohnya ialah peristiwa Cuban Missile Crisis yang berlaku pada tahun 1962, yang dikatakan meningkatkan populariti John F Kennedy yang pada ketika itu sedang dilanda pelbagai skandal politik, termasuk skandal seks.

Populariti Kennedy dikatakan dalam lingkungan 60% sahaja sebelum krisis itu berlaku, kemudian melonjak ke 76% semasa dan selepas Kennedy berjaya berdamai dengan pemimpin Soviet, Nikita Khrushchev.

Semasa peristiwa 11 September 2001, populariti George W Bush meningkat ke 90% daripada 51% semasa peristiwa itu berlaku, sementara pada tahun 2004 apabila George W Bush berjaya menang pilihanraya kerana menang perang di Iraq.

Rally around the flag juga pernah berlaku di Gelanggayu. Misalnya semasa krisis letupan di Menara Nadi Citra pada tahun 1996, populariti Tun Azmi Ibrahim meningkat kepada 63%, daripada 44%.

Peristiwa letupan bom di Commonwealth Mall pada tahun 2002 pula menyaksikan populariti Saiful Abdul Rahman meningkat kepada 65% daripada 51%.

Dan peristiwa pembunuhan Perdana Menteri, Shahrizal Hamdi pada pilihanraya 2004 menyaksikan populariti Parti Nasionalis meningkat sehingga 90%, yang sebelum tu dalam 58% sahaja.

Sesuatu krisis yang berlaku dalam negara akan menyebabkan rakyat melupakan perbezaan dan mengutamakan krisis tersebut diatasi dahulu.

Bagaimanapun, rally around the flag ini tidak boleh dilakukan secara berulang-ulang, menyebabkan rakyat merasakan bosan dan elemen untuk bersatu itu semakin longgar.

Rally around the flag juga akan gagal sekiranya krisis itu berlanjutan secara berpanjangan kerana ia dilihat sebagai tidak kompeten dan gagal menyelesaikan masalah.

Rally around the flag juga akan gagal sekiranya ada krisis yang lebih besar dan lagi dekat dengan hati rakyat berlaku serentak.

Kesimpulannya, rally around the flag adalah satu cara ahli politik menunggang peristiwa untuk mendapat populariti.

--

"Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya baru mendengar berita tentang kehilangan pesawat GH370 yang berlaku sebentar saja tadi. Pesawat itu terbang dari Teknojaya ke Beijing, tetapi dikatakan hilang dari radar dalam perjalanan di perairan Dai Viet.

Marilah kita berdoa agar mereka yang di dalam pesawat itu terselamat. Terima kasih."

Azlan mengepos rakaman video selama 40 saat itu di Twitter, Facebook dan di Instagramnya, pada jam 2.20 pagi.

Kehilangan kapal terbang GH370 adalah sebuah misteri yang tak dapat dirungkai.

Tetapi Azlan terus memikirkan tentang siapa yang membocorkan perkara ini ketika berita masih belum keluar lagi.

"Teknojaya...Beijing...hmmm..."

Azlan percaya yang peristiwa ini sudah pasti ada berkait dengan dokumen yang dia dedahkan kepada Pengarah CIA tentang rancangan Kwantung terhadap supervirus yang bakal dilancarkan lima tahun lagi.

"Kalau aku cakap perkara ni, aku akan dianggap mat teori konspirasi."

Teknojaya ialah tempat di mana ibu pejabat Apex Corporation Group, dan ia menghala ke Beijing.

Merlina telefon aku.

"Lan, kau balik cepat. Aku ada benda nak cakap dengan kau ni."
"Ada apa?"
"Aku dapat death threat. Kau pun kena petik sekali."

--

Natasha sedang sibuk mendapatkan maklumat dari beberapa pegawai pengawal udara di lapangan terbang Teknojaya melalui telefon pejabatnya di Seri Bendahara. Dia mengadakan mesyuarat kabinet pada jam 3:30 pagi, sebaik sahaja dia tiba di Kota Warisan.

"Nat, do press statement, now!" kata Adilah.
"No, I tak boleh buat benda tu sekarang. Sebab I takde apa-apa information."
"Nat, Azlan dah buat video an hour ago."
"What? How did he know first? Kitorang dalam kabinet ni pun baru dapat information just now?"
"Nat, we must do now!"
"You nak I merepek apa depan kamera, Dila? For once, please stop obsess about Azlan lah!"
"Nat, awak nak menang ke tak ni?"
"Diamlah, Dila! I banyak kerja ni!"

Natasha dah geram, tapi hatinya puas. Dia terus letak telefon dan teruskan mesyuarat tergempar itu.

Adilah sekali lagi menelefonnya.

"Dila, I tengah ada meeting dengan menteri kabinet ni. After this I akan buat press statement la."
"Okay, fine. Tapi cepat sikit. Orang lain dah lagi pantas dari awak."
"Dia bukan dalam kerajaan, dia tak payahlah pening. I ni PM. Dah la, later, bye."

Dahi Natasha berdenyut-denyut memikirkan apa yang dia perlu lakukan.

"Hafiz, you pergi cakap kat media. Cakap je yang kita belum dapat apa-apa maklumat. Dorang dah buat ramai kat situ," kata Natasha.

--

"Kita masih belum dapat jawapan penuh lagi. Siasatan sedang dilakukan. Kita telah meminta beberapa pakar mencari dan menyelamat untuk mencari kapal terbang tersebut di perairan Dai Viet. Pihak kerajaan juga telah menghubungi tentera laut Dai Viet untuk memohon kerjasama dalam usaha mencari kapal terbang yang hilang tu."

"Setakat ini kita tak boleh nak buat sebarang spekulasi tentang ada pengganas dalam kapal terbang itu. Kita sedang melihat kamera CCTV di lapangan terbang Teknojaya dan cuba mengenalpasti semua penumpang dan kru kabin."

"Kita telah mendapati bahawa kapal terbang itu mula hilang dari radar jam 1:21 pagi. Setakat ini kita sedang menyiasat. Okay itu sahaja setakat ini, terima kasih."

Hafiz melakukan tugas selaku jurucakap dengan baik. Sebagai calon Presiden, dia harus kerap keluar TV. Inilah masanya untuk dia menyinar.

--

Aku balik ke rumah, dan aku terus memeluk Merlina.

"Kau okay tak?" tanya aku.
"Menggeletar jugak aku first time aku dapat death threat ni," kata Merlina, kemudiannya menghulurkan surat ugutan bunuh kepada aku.

"Stay out from Wuhan lab business. GH370 is just a warning to both of you."

Aku pandang Mer.

"Kau rasa kau tahu siapa?" tanya aku.
"Kau fikir siapa yang aku fikir?" tanya Merlina.
"Kira sampai tiga, kita sebut nama dia..."
"Tiga...dua...satu! Adilah!" serentak aku dan Merlina sebut namanya.

Aku tunjuk mesej yang aku dapat tentang GH370 semalam, sebelum aku balik rumah.

"Ada orang beritahu kau dulu sebelum breaking news ke? Sebab agak awal jugak kau tau cerita ni," kata Merlina.

"Aku dapat mesej ni pukul 2 pagi. Kapal terbang tu hilang pukul 1:21 pagi. Maknanya ada dalam 40 minit selepas kapal terbang tu hilang."

"Kau rasa dia terhempas kat Dai Viet ke?" tanya Merlina.

"Mana la aku tau. Tapi aku rasa ada kaitan dengan saham kau beli pakai proksi kat Apex Corporation Group hari tu," kata aku.

"Kita jumpa ibu, tanya pendapat dia," kata Merlina.

--

"Bila kau dapat benda ni?" tanya ibu kepada Merlina.
"Pagi masa berita GH370 mula nak tersebar tu," kata Merlina.

Ibu pandang aku.

"Bila kau tau berita kapal terbang tu terhempas?" ibu tanya aku. Aku cuma tunjuk SMS yang aku terima iaitu 40 minit selepas kejadian tu berlaku.

"Hmmm, ikut apa dalam list penumpang yang ada dalam kapal terbang tu, ada sekumpulan saintis dari Beijing ke Teknojaya nak ke sana untuk conference bio-technology."

Ibu termenung lama, kemudian memandang kepada aku dan Merlina.

"Apa yang korang tahu pasal bio-technology sampai kau terima ugutan yang macam ni?"

Aku jeling ke Merlina.

"Enam tahun lepas, masa perang saudara, kitorang hack komputer Adilah. Lepas tu kitorang jumpa dokumen dari KCP dan Institute of Virology Wuhan."
"Parti Komunis Kwantong?" tanya Faridah.
"Ya, tapi masa tu kami tak tahu sangat, sampailah Azlan jumpa suami Claudia yang kerja dengan perisikan Taipei-Formosa."
"Jadi, dorang nak buat apa ni?" tanya ibu kepada aku.
"Adilah dengan Jacob ada deal dengan Kwantong untuk buat supervirus. Dan benda ni yang saya beritahu John Brennan masa dia datang rumah saya tu," kata aku.

Ibu menyandar, kemudian jarinya mengetuk meja.

"Aku tak faham dengan motif Adilah ni. Kalau dia ni seorang operator macam aku, dia ni operator yang gagal. Dia macam buat kerja yang dia rancangkan, tapi lepas tu, dia sendiri yang sabotajkan rancangan dia. Sekarang, saintis yang ada knowledge buat vaksin supervirus yang kau cakap tu dah kat entah mana. Mati agaknya. Nanti bila supervirus tu tersebar, kita tak tau nak buat apa," kata ibu.

"Sebenarnya resipi vaksin tu ada pada Alan, ibu. Dah serahkan pada CIA, sebagai dealnya, kilang untuk hasilkan vaksin tu buat kat Teknojaya. Lepas tu baju nyahkuman, sarung getah pun kitorang dapat kontrak."

"Jadi bila virus ni tersebar, korang berdua buat duit la?"

Aku dan Merlina angguk kepala.

"Memang otak Yahudi kau ni, Mer. Asal boleh buat duit, kau buat duit."

"Jadi, apa yang kami kena buat dengan death threat ni, ibu?" tanya Merlina.

"Sekarang ni kau pemegang syer terbesar Apex Corporation Group kan? Buat masa ni, jangan pecat Adilah dari CEO. Tapi aku ada different game. Tapi ia melibatkan Natasha. Benda surat ugutan bunuh ni, kau beritahu kat Zul. Lepas tu, arahkan Firdaus letak tentera kat sekitar rumah kau, dan iring kau masa kempen, Lan. Kau jugak, Mer."

"Baik, ibu!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro