Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2014 part 4

Selepas menonton teater Awek Jack Purcell, Azlan bangun dan tengok jam sudah jam 10 malam.

Dia baru nak tegur Natasha dan Rachel, keduanya dah keluar dari dewan.

Lagipun, bahaya kalau nampak mereka berdua ni bertegur sapa, lagi pulak dah nak dekat musim pilihanraya ni.

Tiba-tiba, Azlan mendapat DM dari Twitter.

@stpierrewijaya : Exclusive to loyal customers like you! Tonight dinner on us!

"Huh? Dah pukul 10 malam ni baru dia nak mesej aku? Jadahnya nak belanja dinner pukul macam ni?"

Azlan berfikir, dia nak balik atau tak.

Dia mesej Merlina.

"Weh, kau masak tak hari ni?"
"Aku order Domino's je. Dah habis dah pun. Aku ingat kau dah makan."

Azlan macam garu kepala. Takpelah, lagipun dia dah lama tak makan kat restoran kegemaran dia tu.

Dah sampai ke Paragon Mall, dia dapat lagi DM dari Twitter.

@stpierrewijaya : Kindly use back door. - Stephane

Stephane ni owner kepada restoran St. Pierre ni. Dah kenapa dia beriya nak suruh ikut pintu belakang, Azlan menggaru-garu kepala.

"Okay," Azlan jalan ikut jalan belakang.

Dia masuk melalui dapur, dan semua pekerja senyum padanya. Azlan terus menuju ke tempat makan, dan dia nampak Natasha dan Rachel sedang duduk kat meja kegemarannya.

"Eh?"
"You pun dapat DM jugak?" tanya Natasha.
"Haah. You pun dapat?"
"Yes."
"Takkan kita bertiga je?"
"I guess so?"
"Duduk la Mr Azlan!" kata Rachel.

Azlan jadi kekok, sebab takut ada mata memerhatikan.

"Don't worry, Mr Azlan and Mrs Natasha, we will ensure that nobody will know all of you are here."

Natasha nampak Rachel baru nak pegang phone dan nak tweet.

"Put the phone down. I think better we all keep it secret. Nanti kesian Monsieur Stephane kena belanja ramai orang lagi, kan Alan?"

Azlan hanya mengangguk tapi matanya masih memerhatikan keliling.

"For you, Mr Azlan, your favorite as always, Angus steak. For Mrs Natasha, and Miss Rachel, Wagyu steak. Would you want me to suggest a bottle of wine?"
"No, no. I don't drink alcohol. Warm water will be fine," kata Azlan.
"Ye ke? Ke you dah insaf?"
"I quit alcohol since Mina meninggal. Lagipun, itu kan haram dalam Islam. So, no."
"Next week, get ready. We will have the battle of our lives."
"You dah nak bubarkan Parlimen ke?"
"Yeah, lepas Obama ni dah lepas, bolehlah bubar Parlimen. By the way, how's Jugra?" tanya Natasha.
"Kat rumah, kena tahanan rumah, sebulan."
"I told Obama that Jugra tu kawan my daughter. Dia cakap, biasalah budak lelaki sekolah, memang nakal. Nakal macam daddy dia jugak. Mana taknya, dia conteng lirik lagu Sex Pistols dekat tangki air sekolah masa Queen Elizabeth datang sekolah dulu," kata Natasha.

Azlan senyum je bila Natasha cerita kisah nakal lamanya.

"Mujurlah Hafiz ada hati perut," kata Azlan.
"Hafiz sekarang pun ada problem dengan wife dia sekarang. Lagipun dendam dia pada you pasal kes dulu tu pun, sebab wife dia jugak."
"I think we better not discussing about this," kata Azlan sambil menjeling ke arah Rachel.
"Okay."

"Mommy, dulu masa mommy dating dengan daddy dulu, kat sini ya?" tanya Rachel.
"Ya. Ni tempat dating mommy dulu."
"Takkan Mr Azlan jadi third wheel?" kata Rachel.
"Tak la, I dengan girlfriend la, Rachel. Rachel dah ada boyfriend?"
"Too busy to get one. Kalau ada pun nanti tak terlayan. Lagipun, guys nowadays tak man enough. Baik single je," kata Rachel.

Azlan senyum melihat sekitar restoran St Pierre yang tak pernah berubah sejak pertama kali dia datang sini. Menu pun menu lama, cuma harga sahaja yang dah berubah.

"Why?" tanya Natasha.
"Setting kedai ni tak pernah berubah since first time makan sini."
"Yeah, masa tu, Paragon Mall je lah shopping mall paling gah kat Wijayapura ni. Sekarang, sendu je."

Lagu cinta Diana Ross, When You Tell Me That You Love Me dibuka perlahan oleh Stephane.

"Lagu ni?" tanya Natasha.
"Yes, I remember this song."

Lagu ni adalah lagu cinta yang popular pada zaman mereka bercinta, sebelum Natasha pergi ke UK untuk melanjutkan pelajaran.

I wanna call the stars, down from the sky
I wanna live a day, that never dies
I wanna change the world, only for you
All the impossible, I wanna do
I wanna hold you close, under the rain
I wanna kiss your smile, and feel the pain
I know what's beautiful, looking at you
In a world of lies, you are the truth

And baby, everytime you touch me
I become a hero
I'll make you safe, no matter where you are
And bring you, everything you ask for
Nothing is above me
I'm shining like a candle in the dark
When you tell me that you love me

"How time flies," kata Azlan.
"Yeah."

Natasha mula menggaru-garu matanya. Azlan rasa Natasha seperti mahu mengalirkan air matanya, tapi dia menahan. Jadi, sebelum Natasha tenggelam dalam emosi, Azlan cuba untuk mengalihkan topik.

"Let's make a promise?"
"Apa dia?"
"Whoever wins the election, yang kalah, kena gracefully accept defeat, and anything happens between us in politics, don't take it personal."
"Okay," kata Natasha.

Selepas makan, Azlan dan Natasha terkejut sebab Stephane kata dah ada orang bayarkan bilnya.

"Thank you, for spending the good time with us, tonight," kata Natasha.
"Well, thanks to you too. And Rachel. By the way, good luck for your Commonwealth Games at Glasgow."
"Will you be there, Mr Azlan?" tanya Rachel.
"Kalau dia menang jadi Perdana Menteri, dia busy."
"Therefore, I harap you kalah," kata Rachel, ketawa.
"Then your mommy pulak busy."
"Mommy dah busy since forever. Dah biasa dah pun. Okaylah Mr Azlan, good night!"
"Good night, Nat. Good night, Rachel."

Natasha menuju ke kereta, sebelum menoleh belakang, dan menggunakan bahasa isyarat, 'I love you', pada Azlan.

Azlan hanya mengangguk, dan masuk ke dalam kereta.

Dalam kereta, Azlan senyum, tapi dalam masa sama, dia merasakan tak mungkin dia akan berpaling dari Merlina.

Natasha ni dia ada pattern sikit. Setiap 6-7 tahun, mesti relationship dia ada masalah.

Mengambil contoh dengan Azlan, misalnya, yang kali pertama, 1986-1992. 6 tahun. Dan yang kedua, 1996-2002. Walaupun yang kedua tu hanya start masa konsert di Universiti Wijayapura tahun 1998, tapi dah timbul bibit-bibit masa dia selamatkan Natasha daripada letupan bom di Manchester.

Dengan Luq, 1992-1998 sebab masa tu lah Natasha dah mula asyik mencari Azlan je. Dan dengan Gunawan pulak, 2004-2010. Empat tahun ni hubungan dia dan Gunawan hanyalah bersifat rasmi sahaja. Masing-masing tidur rumah lain.

Bagi Azlan, cukuplah dua kali. Kalau dia jumpa Natasha pun, sebab urusan Rachel.

Lepas ni, bila Natasha dah bubar parlimen, bermulalah pertarungan antara mereka berdua. Nothing personal.

Walaupun masa mereka bercinta pun, mereka berdua sangat kompetitif. Dua-dua tak nak kalah antara satu sama lain. Tengok la bila dorang berdebat, atau lawan chess. Mesti salah seorang tak nak mengalah.

Tibanya di rumah, dia tengok Merlina dan Jugra sedang menonton DVD Park and Recreation, drama komedi yang popular pada ketika ini.

"Tak tidur lagi?"
"Kejap lagi lah."
"Jugra, dah beritahu pegawai depan tu, kau buat apa hari ni?"
"Dah, daddy."
"Rachel kirim salam," kata Azlan.
"What?" tanya Jugra.
"Jumpa Rachel tadi kat teater Awek Jack Purcell. Seems she's a big fan of Amin Kob Noblurs book."
"Ye ke?"

Perlahan-lahan Jugra bangun, kemudian naik ke biliknya.

"Nak pergi mana?"
"Tidur," kata Jugra.

Masuk bilik, Jugra tutup pintu, kemudian terus capai buku Awek Jack Purcell tu dan baca.

"Kau pun nak tidur dah ke?" Merlina tanya Azlan.
"Haah, letih."
"Jap lagi aku tidur la."

Dalam beberapa minit, telefon Merlina masuk teks.

Dari Natasha.

"Thank you Merlina, for your chance to let me and Rachel meet him tonight. And thanks for the ticket, and the dinner."
"Takde hal lah, takkan aku nak sekat dia jumpa anak dia sendiri. Enjoy!"

--

"Mommy! Ada owang datang!" Julia panggil Merlina kat dapur.

Julia dah umur 4 tahun. Dah pandai bercakap. Hobi dia ialah perhatikan abang polis depan khemah tu sambil naik basikal tayar tiga di depan rumah.

Merlina tengok pada tingkap.

"Ooh, Rachel."

Rachel sedang berurusan dengan beri kad pengenalan, serta tandatangan dan cop untuk bertemu Jugra, dan selepas polis di depan rumah membenarkan Rachel masuk, barulah Merlina buka pintu.

"Hi, Mrs Merlina. Saya nak jumpa Jugra."
"Tadi polis depan cakap apa?" tanya Merlina.
"Boleh, setengah jam je. Hi, you must be Julia! Comelnya!"
"Nama akak sape?"
"Rachel."
"Hello Kak Wachel!"

Merlina ketuk pintu bilik Jugra.

"Jugra, Rachel nak jumpa."

Mendengar nama Rachel je, terus Jugra kelam kabut capai bedak dan perfume serta segala deodorant berlapis-lapis, dan cari baju paling handsome.

Gaya seperti iklan bedak wangi tahun 80an dulu.

"Hai, Jugra."
"Oh, hai Rachel."

Rachel ingat rambut dengan riben pink hari ini. Dengan jaket cardigan, baju Taylor Swift Red serta seluar jeans.

"So, how's your life?"
"Macam ni je. Duduk, baring, baca buku."
"Tak boleh keluar langsung?"
"Kena tunggu sampai sebulan."
"Ooo."
"Sorang je ke? Mana yang lain?"
"I sorang je. Look, I didn't mean nak block you from social media, tapi asyik nama you je naik dalam Twitter, although ada yang positif, but mostly ramai yang I follow, kecam you, jadi I block you kejap. Kalau tak, I pun kena kecam."
"It's okay, I faham."
"My mom cakap you ni berani tak bertempat. Masa you kibarkan bendera Palestin depan Obama tu, you tak takut ke kena tangkap?"
"Sebab you cabar I untuk sound Obama pasal Palestin tu, I buat lah."
"I main-main lah. Yang you anggap I serius tu, kenapa? Silly!"

Jugra menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Everyone in school cakap you ni gila babi berani, Jugra. Even cikgu I pun cakap yang you ni berani."
"Prinsip hidup I, berani kerana benar."
"That's the noble thing. I rasa orang zaman sekarang dah takde dah prinsip tu. Orang sekarang semua takut untuk cakap tentang kebenaran, especially dalam zaman social media ni. Takut kena kecam kat Twitter. Takut viral."

Rachel nampak ada gitar di atas katil.

"You pandai main gitar?"
"Not really. Baru nak belajar dari daddy. Nampak, ada lukis-lukis chord jari kat buku ni."
"Let me teach you a song. Tapi lagu Taylor Swift lah."
"Okay."
"Lagu ni, tajuk dia, Never Grow Old. You suka tak Taylor Swift?"
"Suka," kata Jugra.
"Liar. Namakan satu lagu kat album Fearless?"

Jugra tergaru-garu kepala. Nak google pun handphone takde kat tangan.

"Never mind. It's okay to learn something new, kan?"

Jugra hangguk je kepala. Apa yang crush cakap kena setuju.

Your little hand's wrapped around my finger
And it's so quiet in the world tonight
Your little eyelids flutter 'cause you're dreamin'
So I tuck you in, turn on your favorite night light
To you, everything's funny
You got nothing to regret
I'd give all I have honey
If you could stay like that

Oh, darlin', don't you ever grow up
Don't you ever grow up
Just stay this little
Oh, darlin', don't you ever grow up
Don't you ever grow up
It could stay this simple
I won't let nobody hurt you
Won't let no one break your heart
And no one will desert you
Just try to never grow up
Never grow up

You're in the car on the way to the movies
And you're mortified your mom's droppin' you off
At fourteen, there's just so much you can't do
And you can't wait to move out someday and call your own shots
But don't make her drop you off around the block
Remember that she's gettin' older too
And don't lose the way that you dance
Around in your PJs getting ready for school

Oh, darlin', don't you ever grow up
Don't you ever grow up
Just stay this little
Oh, darlin', don't you ever grow up
Don't you ever grow up
It could stay this simple
And no one's ever burned you
Nothing's ever left you scarred
And even though you want to
Just try to never grow up

Jugra tak boleh fokus, sebab gadis pujaannya sedang duduk atas katilnya, dan bermain lagu gitar sambil menghadapnya.

"Jugraaa..."
"Yes?"
"Don't stare me like that."
"Sorry."

Rachel kemudian senyum, dan sambung main gitar. Jugra membayangkan, kalau bidadari turun ke bumi, wajahnya macam Nurul Cleo Rachel.

"Time's up!" kata Merlina, ketuk pintu.
"Okay, you know what, nanti I follow you balik kat Twitter. Lepas ni bila you dah dapat phone you balik, I buat satu video untuk you belajar lagu ni, okay?"
"Okay."
"See you later!"

--

Joni dan Lias bawa Azam ke kedai basikal, sebagai memenuhi arahan Azlan.

"Ha, pilih la basikal mana kau nak?" kata Lias.

Azam pilih basikal raga.

"Zam, umur kau dah berapa?" tanya Joni.
"14 tahun."
"Tak ranggi betul la kau ni. Aku umur kau ni, aku dah mintak bapak aku basikal BMX. Come on la," kata Joni.
"Tapi saya nak bawak nasi lemak nak jual..."
"Gini, Zam. Tang nasi lemak mak kau order ni, biar kitorang yang uruskan. Sebab kitorang jugak yang kena hantar makanan ni kat tempat Kak Mer tu nanti. Sekarang, tugas kau sebagai anak, ialah belajar bersungguh-sungguh. Bro Alan nak kau fokus pada pelajaran," kata Joni.

"Kitorang ni masa umur kau, kitorang ikut Abang Kecik je, kerja copet orang, jadi penyeluk saku. Sampailah Bro Ali datang, tolong kitorang semua. Abang Kecik dia hantar belajar kat universiti, kitorang dia hantar belajar kat Kolej Teknik, jadi kitorang pun pandai la repair kereta, kitorang bukak bengkel kereta," kata Lias pula.

"Kau fokus dengan pelajaran, nanti dah besar, kau tolonglah mak kau. Sekarang, biar kitorang tolong korang semua."

"Baik, ayahanda Joni, ayahanda Lias."

Akhirnya Azam pilih basikal mountain bike yang ada gear.

"Ingat tau, Azam. Bro Alan suruh kau belajar tinggi-tinggi. Nanti dah besar, jadi orang yang pandai."

--

Sampai di rumah, Azam tersenyum, sambil tolak basikal masuk ke dalam rumah.

"Eh, ehhh! Abang Azam dah ada basikal baru!" kata adiknya, Saleha.

Hayati senyum je bila tengok anaknya gembira bila Azlan belikan basikal baru untuknya.

Dia buka TV dan nampak iklan Parti Nasionalis dah mula tersiar. Video 45 saat dengan lagu latar Fikirkan Boleh, dengan video Azlan bersama-sama dengan rakyat ketika kejadian tsunami, ketika Azlan memberi ucapan di atas kereta dalam demonstrasi membantah harga minyak naik sebelum dia ditembak, dan video dia memakai baju Melayu teluk belanga di balkoni rumahnya ketika dia diugut untuk ditembak oleh skuad penembak tepat.

Iklan ini berakhir dengan tulisan, "Azlan - Bertindak Atas Kemampuan, Tidak Menjanjikan Bulan Dan Bintang. #Relaxlah", serta "Undilah Parti Nasionalis - Untuk Bangsa dan Agama".

"Mak ingat lagi lagu ni masa mak belum kahwin dengan ayah kau, kenangan betul. Pandailah Tuan Azlan ni buat iklan menambat pengundi baya mak ni," kata Hayati.

"Tahun ni ada mengundi ke, mak?" tanya Azam.
"Ye lah, dah cukup lima tahun. Kau bila dah boleh mengundi besok, kau jangan undi parti lain selain parti Tuan Azlan. Dia dah banyak bantu orang Melayu, orang Islam."
"Kalau Ali macam mana pulak?"
"Ali dengan Azlan tu sama la tu. Dorang tu baik, nak."

--

Rancangan Azlan dalam pilihanraya ini ialah untuk tak nampak sangat yang parti-parti negeri ini tidak ditaja olehnya, mereka bertanding di tempat orang-orang Rahizan bertanding.

Dan begitu juga dengan Parti Pertiwi, juga akan bertanding walaupun parti tersebut diharamkan.

Mereka semua akan bertanding sebagai calon bebas, tetapi semuanya akan menggunakan logo yang sama - logo ayam. Logo ayam ada untuk calon bebas dalam SPR.

Dan untuk membezakan calon Nasionalis yang pro-Azlan dengan pro-Rahizan, calon pro-Azlan tidak akan ditandingi oleh parti-parti negeri atau calon bebas berlambang ayam.

Calon Nasionalis pro-Azlan posternya semua pakai baju Melayu warna putih dan bersongkok, calon pro-Rahizan pakai baju kemeja atau baju Melayu warna selain putih.

Dan Azlan telah menjalankan jenteranya untuk memberitahu kepada semua pengundi, melalui group Whatsapp dan group Facebook.

Jentera Azlan juga telah menyenaraikan kawasan mana yang ditandingi orangnya, dan kawasan yang tidak ditandingi orang Azlan, mereka berkempen untuk parti negeri atau calon bebas berlambang ayam.

Dengan ini, walaupun Parti Nasionalis bertanding sikit kerusi, tapi orang-orang Azlan dan Ali akan menguasai parlimen dua per tiga majoriti.

Sebab itulah, pentingnya ada Rahizan dalam Parti Nasionalis ni. Ternyata taktik Azlan memujuk Rahizan menyertai Parti Republikan ketika insiden di Konsulat Turki dulu mencapai matlamatnya.

--

Faridah tiba di 2 Jalan Cendana, untuk melawat cucu. Ada pegawai polis di depan rumah, meminta kad pengenalannya.

"Eh apahal kau nak tengok IC aku? Ni rumah anak aku. Aku datang nak tengok cucu aku."
"Ini prosedur, puan."
"Banyak la kau punya prosedur. Gaji kau tu pun, kat kertas duit kau tu, sign aku. Kau jangan nak banyak songeh dengan aku. Sekali dengan bos-bos kau sekali tak dapat gaji, baru tau," kata Faridah.

Kawan sebelahnya tegur.

"Ni ibu Azlan la. Puan Faridah Ismail. Gabenor Bank Negara. Kau ni hormat la sikit."
"Maaf puan."
"Prosedur, prosedur. Prosedur takde otak buat apa aku nak ikut?"

Julia tengah kayuh basikal tayar tiga depan rumah terus berlari menuju ke neneknya.

"Nek Idah!" kata Julia sambil memeluk peha neneknya. Faridah membelai rambut cucunya.

"Aku report bos kau karang perangai kau ni. Very rude," kata Faridah sambil flip tudung.

"Ibu! Ibu bila sampai?" tegur Merlina, yang sedang pakai apron Baba's, baru habis masak.

"Baru ni je ha. Polis ni, aku sampai sini je, mintak IC. Dulu Azlan masa kecik baya Julia, duduk rumah ni tau. Tiba-tiba kena mintak IC, menyampah betul aku."
"Alah ibu ni, dia buat kerja je. Mana dia kenal ibu. Ibu baru first time datang sini lepas kes Jugra menerpa kat Obama tu."

Faridah tarik muka. Faridah tak ada di Gelanggayu masa Obama datang sini. Dia tahu kes tu, tapi dia tak tahu yang sebab kes ni, ada pegawai polis jaga rumah untuk elak Jugra lari dari tahanan rumah.

"Dia kira penghuni rumah ni juga," kata Merlina.
"Maafkan saya, Puan Merlina."
"Takpe, salah faham sikit je ni."

Faridah terus duduk di ruang tamu.

"Kau baru masak ke, Mer? Lain macam je bau kari kau ni? Kau ni kalau dah asyik tengok cerita Chinna Pappa Priya Pappa, masak pun asyik kari je."
"Alan nak makan lempeng cicah kari, ibu. Dia nak cut makan nasi."
"Mengada si Alan ni. Kalau menang pilihan raya ni, kau kena cari tukang masak jugak ni, Mer. Banyak kerja kau ni. Sekarang ni takpe la, aku boleh tolong."
"Ibu nak air apa?" tanya Merlina.
"Air apa-apa je lah. Ni aku nak beritahu kau ni. Tak lama lagi, Ali nak balik sini. Kerja-kerja kita kat sana tu dah 99% berjalan. Lepas ni kalau Scotland merdeka, berpecah belahlah Britain. Kalau tak jadi merdeka pun, berpecah belah juga sebab tengah hasut rakyat dia blah dari Kesatuan Eropah."
"Macam mana ibu deal?" tanya Merlina.
"Berapa ramai presiden dengan PM kat Europe tu aku panggil dorang 'hoi' je?"

Merlina tuang air teh dalam cawan Faridah.

"Lepas ni, Mer, Rusia akan terus gasak Ukraine. Laluan gas asli semua lalu situ kecuali satu, kat dalam Laut Baltik. Nordstream pipeline namanya. Tu direct terus dari Rusia ke Jerman. Dorang ni akan sampai ke konflik, Amerika bagi sanction kaw kaw kat Rusia. Then harga gas asli akan melambung. Kawan Qatar kau tu kaya, aku pun jadi kaya, sebab aku pegang banyak saham Gazprom. Tapi, aku nak kau pegangkan saham Gazprom aku ni untuk Azlan. Kau jangan risau, nanti aku akan perkenalkan kau dengan budak intern aku dulu, Elina, dia tu bakal jadi Gabenor Bank Rusia."

"Ibu nak buat apa?"

"Nak kembalikan gold reserve standard. Supaya duit ringgit Gelanggayu tidak lagi disandar ke US dollar, tapi emas. Rusia pun nak buat benda sama."

"Sebab tu, Ali kena balik sebab nak kena jaga gua simpanan emas Raja Gautama tu?"
"Bukan, nak kena tukar password. Password nak masuk situ pakai suara aku atau Ali. Nanti tukar ke suara kau dengan Azlan."
"Faham, ibu."
"Lepas ni, antara negara-negara Asia Tenggara dah tak payah dah pakai US dollar. Pakai duit sesama kita. Tu rancangan aku. Tapi benda ni kena runtuhkan institusi kewangan US dulu, baru kita Asia Tenggara boleh selamat."
"Bila tu, ibu?"
"Lambat lagi. Tunggu Rusia all out serang Ukraine nanti. Sekarang baru sikit-sikit je tu."

Faridah sekarang dalam fasa akhir rancangannya sebelum Azlan menang pilihanraya nanti. Lepas ini, dia nak lepas tangan, nak jaga cucu, nak baca buku agama dan pergi haji.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro