
2014 part 3
Demonstrasi Parti Pertiwi memprotes lawatan Obama
Kira-kira 10,000 orang ahli Parti Pertiwi berdemonstrasi membantah kehadiran Presiden Barack Obama ke Wijayapura hari ini.
Bantahan itu diketuai oleh Ketua Pemudanya, Sulaiman dengan membawa sepanduk anti-Amerika dan anti-Israel.
Parti Pertiwi adalah parti sayap kanan yang dilabelkan ekstremis oleh kerajaan republik Gelanggayu, diharamkan pada tahun 2009 kerana membawa ajaran radikal Islam.
--
Azlan
Balik dari hospital melawat orang tua tu, Merlina call aku.
"Apa dia Mer?"
"Rating poll kau naik sebab Jugra doh. Kat negara-negara Islam lain pun mula ramai follow kau. Orang Mesir, orang Algeria, orang Bangladesh. Kau ni dah dilihat pemimpin Islam antarabangsa. Aku ingat lepas ni kau kena tweet dalam English."
"Jugra mana?"
"Kat rumah."
"Nanti aku balik, aku nak slow talk dengan dia."
"Lan, kau balik nanti, belikan aku roti canai?"
"Okay."
Sejak Obama datang ni, sana sini ada roadblock, sana sini jalan tutup, sana sini ada checkpoint. Ni Wijayapura ke Fallujah?
Selama ni ada je presiden, raja atau perdana menteri yang datang ke negara ni. Tapi takdelah semak macam ni.
Sebab Amerika Syarikat sedang paranoid. Kwantong mula tunjuk taring dengan Belt and Road Initiativenya. Rusia mula menyerang Ukraine. Hegemoni unipolarnya dah pecah.
Benda yang Yahya tak nampak. Dia ingat Barat ni selamanya akan kekal berkuasa. Dia tak tau sekarang Ali sedang menyemai kebencian orang Scotland kepada orang England untuk referendum kemerdekaan dorang nanti, dan menyemai kebencian orang England kepada imigran menerusi jaringan sayap kanan.
Dia tak tahu melalui Kolonel Mahadi, Ali fund geng Triple K dan geng sayap kanan Amerika untuk naikkan Donald Trump. Dia tak tahu yang Merlina sedang beli media-media utama AS macam Disney dan Columbia Pictures dan lain-lain untuk sebarkan fahaman sayap kiri untuk mempengaruhi golongan urban.
Di Britain, rakyat mereka dipecah-pecahkan. Scotland ada yang pro-merdeka dan pro-Britain, dan tempat lain ada yang pro-EU dan anti-EU.
Barat sedang dipecahbelahkan oleh kami, di mana ibu yang ada hubungan rapat dengan penasihat kewangan Vladimir Putin.
Dah nak sampai hujung nyawa pun nak menyombong lagi.
--
Aku datang ke kedai Pak Ridhwan untuk beli roti canai Melayu. Aku bukannya apa, tapi sejak restoran mamak jadi francais dan banyak cawangan, roti canai dorang lebih kenyal dari selipar getah.
Kedai kopi Pak Ridhwan ni yang perkenalkan aku pun, Din Tapa. Dia selalu bawa pekerja parti makan sini.
"Assalamualaikum Tuan Azlan..."
"Waalaikumsalam, Pak Ridhwan."
"Hari ini nak makan apa?"
"Saya nak minum je lah. Tapi saya nak bungkus roti canai untuk orang rumah dengan anak saya."
"Tuan Azlan makan apa sahaja, saya nak belanja Tuan."
"Eh, janganlah macam tu, Pak Ridhwan."
"Bila saya nampak anak tuan, Jugra bawa bendera Palestin depan Obama, depan TV, satu dunia tengok. Fuh, saya bangga dengan anak tuan. Ini baru namanya anak Melayu! Berani melawan imperialis Amerika!"
"Baiklah, kalau Pak Ridhwan nak belanja saya, saya makanlah. Roti bawang, satu. Bawang tu kasi garing ya?"
"Terbaik, tuan Azlan! Minum?"
Aku nampak ada honey lemon. Lagipun tekak aku pun kering ni. Aku pernah terbaca yang madu ni ada banyak khasiat.
"Honey lemon suam, satu."
Bila orang ramai nampak aku, ada beberapa orang mula datang ke arah aku. Ada yang nak autograf, bergambar. Tapi yang nak tanya aku pasal longkang tersumbat pun ada.
Dia ingat aku ni masih ahli parlimen Puncak Jaya ke? Sekarang aku MP Kuala Melaut Selatan. Tapi aku layankan sahaja tanpa cakap banyak.
Aku ketuk jugak kepala Din Tapa ni. Tapi mungkinlah Din Tapa pun sibuk, orang bawah dia tak cakna. Aku beritahu jugalah Din. Kalau aku dah cakap tu dia mesti bertindak pantas tu.
Lagipun tahun ni bakal berlangsung pilihanraya. Kena bekerja keras untuk memastikan kemenangan.
Ketika aku sedang nak makan tu, aku nampak Azam tengah bawak bakul, jual nasi lemak.
Aku bangun dari kerusi, kemudian berjalan ke arah Azam.
"Azam, mari sini?"
"Encik Azlan?"
"Marilah sekali. Dah makan?"
"Belum. Lepas habis jual ni, saya makan lah."
"Ada berapa nasi lemak dalam bakul tu?"
"Tadi saya bawa 30. Sekarang tinggal 25."
"Berapa satu tu?"
"Seringgit."
Aku rasa sayu. Struggle betul keluarga budak ni.
"Aku beli semua nasi lemak kau, kau temankan aku makan? Pak Ridhwan, belanja sekali budak ni, boleh?"
"Ooohh, Azam. Anak arwah Mail. Baik budak ni. Boleh, Tuan Azlan. Nak makan apa?"
Azam pandang menu, kemudian dia kira-kira.
"Tak payahlah kira-kira, Azam. Pak Ridhwan belanja. Tuan Azlan ni pun Pak Ridhwan belanja."
"Seganlah, sebab Tuan Azlan pun makan roti bawang."
"Kenapa?" tanya aku.
"Jujurnya, saya ni jenis lapar nasi. Kalau nasi lauk telur, berapa?" tanya Azam.
"Astaghfirullah al azim, Azam. Makanlah apa-apa pun. Rezeki ni Allah punya. Hari ni, Pak Ridhwan belanja Azam. Besok, Azam dah senang, Pak Ridhwan susah, Azam pulak tolong Pak Ridhwan."
Barulah muka Azam senyum. Penyegan betul budak ni.
"Kalau nak makan ayam, boleh tak?" Azam pandang Pak Ridhwan, kemudian pandang aku.
"Kau nak makan burung unta pun, kalau ada situ, makan la."
"Terima kasih Pak Ridhwan, terima kasih encik Azlan!"
Pak Ridhwan pandang aku, kemudian mulutnya keluar perkataan 'kesian'.
"Satu hari, jual nasi lemak, berapa dapat jual?" tanya aku kepada Azam.
"Kalau hari baik, dapat jual semua, dapatlah 30 ringgit. Kalau hari biasa selalu dapat jual sepuluh. Kalau hujan, takde lah."
"Isteri aku ada buat charity untuk golongan gelandangan, untuk miskin bandar. Sehari ada dalam beratus orang juga makan kat situ. Kalau sehari seratus bungkus nasi lemak, boleh habis tu. Nanti aku suruh Joni hantar nasi lemak mak kau ke situ. Tiap bulan, isteri aku bayar tiga ribu sebulan. Sebungkus seringgit, jadi lima puluh darab tujuh hari seminggu, RG350. RG350 kali empat minggu sebulan, dapat RG2,800. Lagi dua ratus tu sedekahlah. Okay?"
"Nanti Azam beritahu mak. Tuan Azlan?"
"Ya?"
"Jugra Azlan tu, anak tuan ke?"
"Ya, anak aku."
"Dia berani la, kibar bendera Palestin depan Obama."
"Kau pun berani juga, bakar bendera Amerika."
"Tapi sebab saya kena tangkap tu, basikal saya kena curi. Kalau dulu nak hantar nasi lemak, senang sikit sebab ada basikal. Sekarang kena jalan kaki..."
"Kau nak basikal?"
Azam angguk kepala. Tapi kemudian dia tunduk.
"Tapi mak cakap mak takde duit nak belikan basikal..."
"Kau nak basikal macam mana?"
"Kalau boleh yang ada raga la, senang nak bawak nasi lemak."
"Aku ingatkan nak basikal BMX ke, basikal lajak ke, basikal lumba ke."
Aku telefon Lias.
"Lias, besok kau boleh tolong budak Azam ni tak? Belikan budak ni basikal baru. Basikal dia hilang masa kena tangkap hari tu. Ha, nanti bil tu, kau bagi aku. Aku bayar balik kat kau. Orait."
"Ayahanda Lias nak bawak saya beli basikal ke?" tanya Azam.
"Ye, kau ikut dia besok."
"Terima kasih, Tuan Azlan!"
Kalau aku tak dapat ringankan beban budak ni, aku dapat bantu sikit pun, jadilah.
Nasi lemak yang aku beli dari Azam tadi, aku berikan kepada gelandangan yang tak berumah di sekitar Wijayapura. Alhamdulillah, ada juga makanan untuk mereka, dan ada punca rezeki untuk Azam.
--
Pada mulanya, Jugra dihukum buang sekolah oleh pengetuanya, tapi lepas Natasha selaku Menteri Pendidikan dan Hafiz selaku Menteri Dalam Negeri campur tangan, hukuman itu hanya dikenakan gantung sekolah selama sebulan.
Selepas Azlan slow talk dengan Menteri Dalam Negeri, Hafiz Samsudin, dan memandangkan Jugra masih di bawah umur, Jugra dikenakan tahanan rumah selama sebulan, dalam tempoh dia digantung sekolah.
Hafiz, memikirkan yang Azlan pernah selamatkan Alif dan Mili pada hari raya tiga tahun lepas, meringankan hukuman Jugra. Lagipun kalau nak hukum lebih-lebih, peluang dia nak jadi Presiden Republik tercalar nanti.
Ye lah, isu Palestin. Panas berdesing telinga orang Melayu kalau kau tak pro-Palestin.
Telefon bimbit Jugra juga dirampas untuk siasatan.
Walaupun tindakan Jugra itu mengundang kecaman daripada beberapa media asing, termasuk nama ayahnya terpalit dengan dituduh sebagai anti-semitik, tetapi ada juga media asing seperti dari Turki, Kuwait, Pakistan, Majapahit, Mesir juga mahu menemuramah Jugra.
Akan tetapi, Jugra dilarang daripada menemui sesiapa sahaja kecuali yang dibenarkan oleh pihak berkuasa sahaja.
Ni pun makcik tirinya, Marina selaku Peguam Negara dah kawtim habis dah ni. Kalau tak ni, memang pergi Henry Gurney budak ni.
Di biliknya, komputernya juga tidak disambungkan wayar internet supaya Jugra tidak mempunyai hubungan luar.
Disebabkan itu, depan rumah Azlan ada satu khemah polis untuk memastikan Jugra tidak dibawa keluar oleh Azlan, dan menjalani hukuman.
Sebagai penghuni rumah, Azlan dan Merlina boleh keluar masuk rumah tanpa perlu mengisi borang, tetapi sekiranya ada tetamu luar untuk datang melawat mereka, tetamu itu perlu berdepan dengan prosedur seperti menyerahkan kad pengenalan dan mengisi borang polis sebelum masuk ke rumah Azlan.
Hukuman ini untuk memastikan hubungan Gelanggayu dengan Washington kekal baik selepas insiden tersebut.
Sebagai ayah kepada Jugra, di dalam mahkamah semasa mendakwa Jugra, Azlan dan peguamnya mewakili Jugra dalam kes ini, berdepan dengan Kerajaan Republik dan Kedutaan Amerika Syarikat, mengatakan bahawa Jugra telah menggunakan hak bersuaranya sejajar dengan Perkara 10 Perlembagaan 2009 Republik Gelanggayu, iaitu kebebasan bersuara kepada semua rakyat.
Bagaimanapun pihak hakim membuat ruling bahawa sementara Jugra tidak bersalah menyatakan pendapatnya, tetapi perbuatan menerjah seorang Ketua Negara adalah satu kesalahan dalam Kanun Keseksaan.
Dan untuk pesalah juvana seperti Jugra, ia boleh dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Henry Gurney. Bagaimanapun pihak peguam Azlan merayu agar hukuman Jugra diringankan berdasarkan rekod akademik Jugra yang cemerlang, pencapaian ko-kurikulum selaku kapten ragbi sekolah serta melakukan kesalahan peringkat kebangsaan kali pertama.
Di depan mahkamah, penyokong-penyokong Azlan membuat tunjuk perasaan dengan mengibarkan bendera Palestin dan sepanduk #FreeJugra sebagai solidariti.
Nasib Ziela atau dikenali sebagai Ziel-O juga, dihukum sama seperti Jugra.
Selepas Hafiz selaku Menteri Dalam Negeri masuk campur dan berbincang dengan Peguam Negara, Marina Hashim yang merupakan makcik tiri Jugra, maka hukuman tahanan rumah selama sebulan ke atas Jugra adalah hukuman yang paling adil untuk diterimanya.
Ada yang kata ini nepotisme, tapi biasalah tu.
Jugra juga perlu melaporkan kepada polis yang bertugas tentang apa yang dilakukan olehnya di rumah setiap hari dalam masa sebulan, dan Azlan kena pastikan Jugra tidak mempunyai komunikasi dengan orang luar, kecuali dengan kebenaran polis.
Pintu bilik Jugra diketuk.
"Daddy ni," kata Azlan, sambil membawa roti canai bungkus dan kuah dal dari kedai Pak Ridhwan.
"Oooh."
Azlan menghidangkan roti canai, dan letak di atas meja belajar Jugra.
"Boleh daddy duduk?"
"Duduklah. Kerusi tu kan, daddy yang beli?"
Azlan duduk, memerhatikan Jugra yang sedang merenung tingkap.
"Daddy tak marah Jugra. Jangan rasa bersalah atas apa yang Jugra buat."
Jugra hanya diam sahaja, tidak memberi respon apa-apa.
"Daddy faham. Masa muda ni, rasa nak memberontak, nak melawan, fvck the system. Daddy pernah muda, daddy tau la. Umur Jugra sekarang, 14 tahun. Daddy pun pernah umur 14 tahun jugak. Tahun 1983. Aunty Jessie kau pun belum lahir lagi. Macam ni la jugak daddy. Cuma takdelah kibar bendera Palestin kat Ronald Reagan."
"Sebab Ronald Reagan tak datang Gelanggayu."
"Kalau Ronald Reagan datang Gelanggayu pun, daddy tak ada keberanian macam Jugra buat."
"Tapi daddy conteng tangki air masa Queen Elizabeth datang."
"Ooo, kau dengar cerita tu sekerat je. Kau tak dengar cerita lepas tu."
Jugra duduk di sebelah Azlan, sebelum Azlan memeluk bahu anaknya.
"Daddy faham. Masa daddy baya-baya Jugra ni, daddy pun memberontak juga. Benci dengan ahli politik sebab suka menipu rakyat."
"Tapi kenapa daddy nak jadi ahli politik?"
"Dah ditakdirkan, daddy terima je ini sebagai tanggungjawab."
"Jugra tak nak pergi sekolah lagi. Jugra rasa semua orang benci Jugra."
"Jugra, ada dua sebab kenapa orang membenci. Satu, sebab dia tak kenal pun siapa Jugra. Kedua, sebab dia takut dengan Jugra."
"Daddy benci Jugra?"
"Sekelumit dalam hati daddy pun tak. Mama Mer pun tak benci Jugra. Dia marah lah sikit, sebab projek app perlancongan dia tak berjaya. Alah, nanti ada la rezeki dia tu."
Merlina ketuk pintu.
"Apa dia?" tanya Azlan.
"Jugra dah makan roti canai tu ke belum?"
"Dia tengah nak makan."
"Ada orang nak jumpa Jugra."
"Siapa?"
Mili datang membawa buku Harry Potter.
"Jugra...Mili datang, bawa buku kegemaran Mili. Mili tak tau Jugra suka buku cerita apa, tapi Harry Potter ni adalah lelaki paling berani sebab dia melawan Voldermort, ketua jahat dalam alam sihir. Mili harap Jugra suka."
"Mili, cakap terima kasih kat papa tau, sebab longgarkan hukuman Jugra," kata Azlan.
Tetapi Jugra terus mendiamkan diri.
"Jugra, Jugra tak suka ke Mili datang?"
"Kau benci aku tak?"
"Mana ada. Semua orang cakap Jugra berani. Cikgu pun cakap Jugra berani. Lagipun, betul la, suara rakyat Palestin tertindas, dan Amerika selalu bela Israel. Cuma, Rachel kecil hati pada awak."
"Dia cakap apa?"
"Dia cakap awak hina mommy dia, sebab awak cakap mommy dia tak berani nak cakap dengan Obama isu Palestin. Sebenarnya memang mommy dia ada cakap, tapi dalam perbincangan kat office dia lah. Mommy dia kan Perdana Menteri, mestilah ada saluran diplomatik."
"Cakap dengan Rachel, I'm sorry."
Azlan melepaskan nafas yang berat.
"Nantilah, daddy jumpa mommy Rachel. Dah, makan roti canai tu, karang sejuk, tak sedap pulak."
"Baik, daddy."
Azlan peluk Jugra, dan menggosokkan kepalanya.
"Tak sangka, baby yang daddy baca azan kat telinga dia, sekarang dah besar dan berani. Syabas, Jugra."
"Uncle Alan, Aunty Mer, Mili balik dulu ya? Mili tak boleh lama. Alif tak boleh keluar malam, mata dia rabun. Alif kirim salam kat Jugra."
"Waalaikumsalam, kirim salam kat Alif."
"See you, Jugra."
--
Azlan terus sandarkan kepalanya ke sofa, dan menonton berita tentang lawatan rasmi Barack Obama ke Teknojaya. Beberapa CEO-CEO tech companies juga berkumpul di situ.
Merlina duduk di sebelahnya, kemudian sandar ke bahu suaminya.
"Sekolah kau best gila, wei. Sampai Presiden Amerika pun datang."
"Sekolah tetap sekolah. Bosan la."
"Kau sekolah situ dari tahun berapa sampai berapa?"
"Form One tahun 1981. Sampai Form Five, 1986."
"Kau dulu macam Jugra jugak ke? Nakal, bad boy, suka cari pasal kat sekolah?"
"Orang yang cari pasal dengan aku."
"Ni aku dengar cerita la, kau kat sekolah dulu hot stuff. Sampai makwe berebut."
"Mana ada lah. Wei, Jugra ingat kau marah dia."
"Takdelah, aku marah dia kejap je. Alah, tak payah Obama pun kalau Allah nak aku berjaya, berjayalah juga. Rezeki datang dari Allah, bukan dari Obama."
"Aku doakan TPPA ni tak berjaya."
"Ish, kau ni. Kalau TPPA ni berjaya, Gelanggayu juga ekonomi makmur."
"Tak. Yang akan kaya pedagang Amerika datang ke sini. Muka macam Tim Cook, Jeff Bezos, Mark Zuckerberg. Rakyat kita tak dapat apa pun."
"Kau dengan Natasha memang jauh gila pandangan politik korang ya? Macam mana korang boleh couple dulu?"
"Dalam relationship aku dengan dia, berapa kali aku berdebat dengan dia. Tak kisahlah apa topik pun."
"Dua-dua jenis kepala angin."
"Kau pernah tak, ada benda kau tak bersetuju dengan aku?"
"Heh, berlambak! Tapi aku ni pemalas nak berdebat. Kau pun tau la aku ni jenis tak berapa nak kisah sangat isu-isu berat ni."
"Tapi kau pernah cakap kau ni nasionalis?"
"Bila ek?"
"Kat taman, masa kau dengan aku stoned lepas baru balik Projet tu."
"Takdelah, I'm just goofing you around. Kan kau masa tu Ketua Pemuda Parti Nasionalis, tapi kau tak minat band tempatan. Tu je. I don't have strong opinion. Aku cuma sokong kau, dan sebagai setiausaha media kau, aku cuma nak tonjolkan the best side of you. Aku tau kau ada buat kerja jahat politik tu semua, yang tu sebagai setiausaha media, aku cuba tepis, kambus semua. Dan sebagai isteri kau, aku sokong je kau."
Azlan peluk Merlina, kemudian pegang tangannya. Tiba-tiba Merlina tepuk dahi.
"Alamak, hari ni aku miss Chinna Pappa Periya Pappa!"
--
"Azlan, ada PosPantas untuk kau!" kata Merlina.
"Aku tak ingat aku ada order apa-apa kat online?"
"Cepat je la sign. Entah dokumen ke apa?"
Azlan terus ke depan rumah untuk tandatangan sebagai penerima pos.
"Apa benda ni?" tanya Azlan.
"Kau ingat aku ada mata scanner ke? Bukak la sendiri."
Ada sebuah novel dari Amin Kob Noblurs berjudul Awek Jack Purcell, sehelai baju Awek Jack Purcell, dan sekeping tiket persembahan teater Awek Jack Purcell, serta sekeping nota.
"Sebagai penghargaan kami dari Lagenda Press, kami secara hormatnya menjemput saudara Azlan Muhammad Niat ke persembahan teater Awek Jack Purcell."
"Bagi tiket pun satu. Kalau bagi dua, boleh aku bawak kau," kata Azlan.
"Ala, inilah masanya untuk kau layan teater sorang-sorang. Tak payah bawak aku la. Aku nak jaga Julia kat rumah lagi," kata Merlina.
"Siapa ni Amin Kob Noblurs?"
"Ala, budak generasi muda punya penulis novel la. Pergi je lah, mana tau boleh beramah mesra dengan followers kau."
Azlan terus naik tangga. Jugra yang masih dalam tahanan rumah, sedang membaca buku Sheikh Azhar Al-Tantawi tentang Jihad dan Politik Islam, buku rare yang kini diharamkan kerajaan Republik Gelanggayu yang sekular.
"Jugra, kau tau tak, siapa Amin Kob Noblurs ni?"
"Entah. Nama pun entah apa-apa."
"Ni, dia kirim daddy buku novel."
"Novel cinta ke?"
"Agaknyalah. Awek Jack Purcell."
"Yuck! Bosan betul cerita cinta ni. Mili suka la benda macam ni."
"Nanti kalau kau dah jumpa makwe besok, baru kau tau rasanya panahan cinta tu macam mana. Daddy letak buku ni kat sini."
"Ye lah."
--
Azlan ke Wijaya Life Art Centre, dan terkejut melihat orang ramai sedang beratur untuk menyaksikan teater ini. Dia kemudiannya bertemu dengan beberapa orang yang mengenalinya, serta bergambar dengan penulis Amin Kob Noblurs.
"Dah berapa lama menulis ni?" tanya Azlan.
"Sejak sekolah lagi. Tapi tulis blog sejak 2008."
"Apa nama blog tu?"
"Kopi Ais Gelas Besar."
"Macam pernah dengar. Rapat dengan Tukar Tayar?"
"Selalu la jugak jumpa dia kat Padang Bata, mengopi kat White Coffee tu."
Beberapa orang peminat Amin Kob Noblurs nak mengambil gambar bersama.
"Puan Natasha! Rachel!"
"Amin Kob Noblurs, apa khabar, lama tak jumpa. Last sekali jumpa you kat jamuan raya 2012 kat Seri Bendahara. Dah tak kerja The Gelanggayu Insider lagi ke?"
"Berhenti dah. Tulis novel je sekarang."
"Thank you sebab invite me and Rachel."
Rachel bersalaman dengan Azlan ketika Natasha yang dikerumuni media bersama dengan penulis novel tu.
"Hi, Mr Azlan."
"Hi, Rachel."
"Datang jugak teater ni?"
"He invited me, so I takde apa, I just datang je lah. So, how's your feeling lepas berjumpa Barack Obama."
"Happy, cuma lepas tu terkejut after what Jugra had done to that event."
"You mad at him?"
"I block dia dari Twitter not because I mad with him, but I tak nak media speculate macam-macam. How is he? He's doing fine?"
"Duduk rumah, baca buku, main keyboard, main piano, tidur."
"Can I visit him?"
"Boleh, tapi kena ada kebenaran bertulis."
"I can ask my mom for that. I kinda miss him. Kat sekolah, takde dia, macam hilang seri."
"Show dah nak start, jom la kita masuk."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro