Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2014 part 14

Ali

Yang korang tahu, semua ni dirancang oleh Azlan. Yang korang tak tahu, segala perincian rancangan ini dirancang oleh Aunty Idah.

Termasuklah pelan untuk bunuh Pengetua. Dah lama dah Aunty rancang. Bukan sejak jatuhnya kerajaan republik, tapi masa tu kami muda lagi.

Seingat aku, masa tu Fazrul pun sekolah menengah lagi, Marina pun sekolah rendah lagi, Merlina lagi la budak kecik lagi.

Aunty dah lama berdendam dengan Pengetua, sebab dia rasa Pengetua rampas anak dia sendiri. Dia selalu cakap yang dia sedih sebab Azlan selalu letih lepas balik sekolah.

Sebab tu dia rancang untuk bunuh Yahya, tapi dia rancang untuk dapatkan kepercayaan Yahya dulu sampai jadi orang paling kanan. Lepas tu baru slow grip dia. Biar dia mati terseksa.

Jadi tak perlulah Azlan dengar lagi cakap orang tua tu. Azlan boleh memerintah negara ini dengan sebebas-bebasnya.

Aku pula akhirnya dapat tebus kembali segala kepedihan yang ibu telah lalui selama ini disebabkan orang tua sial ni.

Mungkin kalau orang yang dari awal baca cerita ni akan tanya, kenapa aku buat macam ni, dan adakah aku masih berdendam dengan orang tua tu, maka jawapan aku ialah ya.

Aku masih belum lupa yang dia halang ibu daripada letak nama bin ayah aku sebab tak nak malukan Aunty Idah.

Aku tak salahkan Aunty Idah, lagipun Aunty Idah berusaha untuk satukan kami dan ayah. Kematian orang tua tu bukan sahaja dendam aku terhadap apa yang dia buat pada aku, ibu dan ayah, tapi pada seluruh rakyat Gelanggayu yang menderita kerana perang bodoh yang dia lancarkan dulu, mengakibatkan berjuta orang telah mati.

Jadi, kau rasa aku jahat bunuh Pengetua? Orang tua sial ni lagi jahat lah.

Dan mulai hari ini, sistem republik yang cuba digunakan di Gelanggayu akan hilang secara perlahan-lahan. Dan kali ini pemerintah Gelanggayu bukan lagi Sultan di Bukit Istana, Presiden di Kota Warisan atau Perdana Menteri di Seri Bendahara.

Pemerintah Gelanggayu yang sebenar ialah Pengerusi di Jalan Cendana. Semoga dia tegakkan Islam di bumi Gelanggayu ini, dan menegakkan bangsa Melayu Gelanggayu di tanah air sendiri.

Dirgahayu Azlan!

--

Azlan

Amsterdam, Julai 2014

Sempena keputusan pilihanraya yang lepas, Putera Muhammad, kini dah jadi anak kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Salman, nak belanja aku dan keluarga.

Dia tanya mana lokasi aku nak teringin pergi. Pada mulanya aku nak cakap Amerika tapi kalau zaman 80an dulu bestlah, sekarang ni Amerika dah boleh dianggap meh.

Jadi disebabkan Aziz pun nak ikut, ibu pun nak ikut, jadi aku rasa Europelah pilihan yang terbaik. Aku pun boleh jumpa bekas ibu mertua aku, Suzaine yang entah dia ingat lagi aku ataupun tak. Kalau dia masa muda pun dia pelupa, dah tua ni dah takde Uncle Ipin dan Mina, mungkin dia dah lupa siapa aku agaknya.

Aku juga bawa Dayah dan Zana serta Nilam untuk bawa dia ke apartment mewah Ali di London. Ali sekarang berada di sana untuk menguruskan hartanah di sana. Dah kaya dah dia.

Aziz bawa anaknya, Abel yang aku rasa umur dia sama baya dengan Nilam, anak Ali.

Segan juga aku nak bawa ramai-ramai orang ni sebab yang nak belanja ni Putera Muhammad. Tapi memandangkan dia bakal jadi putera mahkota memandangkan Raja Abdullah sedang gering, dan ayahandanya Putera Salman kini putera mahkota, kira tak lama lagi dia semakin dekat ke puncak kuasa al-Saud.

Aset keluarga al-Saud ni dah capai $1.4 trillion, berbanding aset keluarga al-Daulah yang aku dan Merlina kini uruskan cuma $714 billion je. Dia dua kali ganda lagi kaya.

Tapi macam ni lah kawan-kawan sesama geopolitik, di mana Arab Saudi memang memerlukan negara Sunni macam Gelanggayu ni untuk mengekang kemaraan Iran.

Sebelum tu, eloklah aku bawa semua ni pergi menunaikan umrah di Makkah memandangkan yang sponsor ni pun putera Arab Saudi.

Aku malas nak buat tour ni macam rombongan Cik Kiah, jadi dari Jeddah ke London - masing-masing berpecah di London.

Di London, Ali akan pickup keluarganya di Heathrow, dan Aziz bersama bininya, Asmah dan anaknya Abel naik kereta api pergi ke Liverpool.

Aku, Merlina, Jugra dan Julia ke Amsterdam, sebab Merlina ni cakap dia perlukan dedaun hijau.

Aku on je, cuma aku cakap jangan hisap depan Jugra dengan Julia dah la. Jadi aku minta Jugra tolong jaga Julia kat hotel suite, sebab "daddy dan mommy nak jumpa dengan kawan bernama Bob".

Dan, disebabkan waktu di Amsterdam ni adalah bulan puasa, aku dan Merlina masih berpuasa, maka kami ke port hisap daun ni selepas berbuka puasa.

Pelbagai jenis daun dicuba oleh Merlina dan aku di bar ini. Macam-macam nama, Purple Haze, Silver Haze, Jedi's Death Star, Maui Wowie, Cowabunga, Acapulco Gold. Eh banyak la aku nak senaraikan kat sini.

Aku tahu benda ni Merlina suka sebab dari aku kenal dia sejak dia muda lagi dia memang kaki benda ni. Tu yang otak dia kreatif semacam tu.

"Lan..."
"Apa?"
"Kau sekarang dah jadi lelaki paling berkuasa di Gelanggayu, kau tak nak legalize ke benda ni?"
"Hah?"
"Ye la! Legalize la! Buat macam Colorado tu."

Merlina ni nak aku normalized culture ni, bukanlah aku tak suka. Cuma aku rasa masyarakat negara ni belum lagi bersedia untuk perkara yang macam ni.

Kalau untuk medical research, aku setuju. Tapi untuk recreational macam ni, aku takut daun ni jadi candu. Orang dok melepak je manjang.

Kena ingat culture Eropah dengan culture Asia ni lain.

Tapi aku selaku Menteri Dalam Negeri ada bincang dengan Pak Yamin pasal ni. The best thing aku boleh buat ialah decriminalization of cannabis.

Macam kau hisap rokok atau minum arak. Kau nak layan, boleh, asalkan bukan kat public macam Amsterdam ni. Layanlah kat rumah. Cuma nak jual terang-terangan tu belum boleh lagi.

Aku ada dengar manifesto calon PM Kanada, Justin Trudeau nak legalize seluruh Kanada, tapi aku percaya benda tu pun perlu banyak masa untuk mengkaji macam mana law dan kesan terhadap masyarakat.

Memang la aku manusia paling berkuasa di Gelanggayu, tapi dengan kuasa aku ada tanggungjawab juga terhadap masyarakat. Hanya sebab aku pengguna daun ni, aku tak boleh nak bagi sebarangan.

Aku kena juga rujuk Kementerian Kesihatan yang aku rasa ramai dipenuhi kaum boomers yang belum boleh terbuka dengan daun ni.

Sebab tu aku suka kaedah reform. Buat kerja perlahan-lahan, slow and steady. Aku rasa mulakan kajian dulu tentang daun ni untuk medical dulu, barulah boleh buat benda lain.

Selepas beberapa jenis daun yang aku layan, dan kepala aku dan Merlina mulai berat, aku ajak Merlina balik naik limosin hotel, kemudian berehat sahaja di hotel sebab esoknya kami perlu balik ke Wijayapura.

Bercakap pasal arak, satu undang-undang telah dibuat iaitu Akta Larangan Arak Untuk Orang Islam telah aku drafkan. Akta ini melarang keras mana-mana premis menjual arak di kawasan awam, dan hanya membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti bukan Islam sahaja.

Sekarang belum boleh buat lagi sebab belum pinda Perlembagaan tang sekular tu. Dalam masa dua bulan pertama pemerintahan aku ni, aku cuba ubah benda yang tak perlu pindaan Perlembagaan macam memantapkan Akta Pengangkutan Awam, kemudian memperkukuhkan Akta Perlindungan Pelajar 2000 yang aku buat dulu.

--

Aku sedar dari tidur je nampak Jugra sedang gigih kejutkan aku dan Merlina.

"Ayah dengan Mama Mer tido mati!"
"Ada apa ni, Jugra?" aku gosok mata.
"Kapal terbang Gelanggayu Airlines kena tembak dengan peluru berpandu!"
"What?"

Aku tengok misscall berlambak.

"Eh, what the hell?"

Merlina buka berita, ada cerita kapal terbang GH17 terhempas akibat ditembak di Ukraine.

"Astaghfirullah al azim, Lan! Kau tengok ni!"

Kapal terbang Gelanggayu Airlines kena tembak di Ukraine. Rusia punya kerja. Aku rasa aku dah tahu siapa punya kerja ni.

--

Adilah

Macam mana Azlan dengan bini dia boleh elak dari naik kapal terbang tu? Macam mana pulak tiba-tiba dia tak naik kapal terbang tu?

Macam ada orang yang tolong bocorkan maklumat tentang apa yang kita cuba buat!

Sejak Azlan berkuasa mutlak ni, aku tak boleh percaya lagi kat orang aku sendiri! Aku rasa ada pengkhianat dalam kumpulan ni!

--

Azlan

Adilah ni ingat aku naik kapal terbang tu agaknya. Aku datang sini naik private jet lah. Dia ingat aku ada dalam kapal terbang tu.

Agaknya ada orang bernama Azlan dalam board tu dan dia assume tu aku. Eh, dia ni bebal ke buat rancangan macam ni?

Tengah hari tu aku terus dijemput ke The Hague untuk bertemu dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte untuk membincangkan apa yang berlaku.

Sebagai Pengerusi MKKP, aku ada kuasa untuk overrule Natasha atau Hafiz, jadi pihak pejabat perdana menteri Belanda terus bawa aku berjumpa dengan pemimpinnya.

Menurut maklumat dari perisikan British MI6, yang membantu unit perisikan Belanda, AIVD, serta jabatan keselamatan Belanda, DSB, kapal terbang itu terhempas di Hrabove, di daerah Donbass, wilayah Donetsk, yang bersempadan dengan Rusia, yang ditembak menggunakan peluru berpandu jenis Buk 9M83 yang digunakan oleh tentera Rusia.

Selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Belanda selama 40 minit, aku dan Mark Rutte terus ke sidang media yang dihadiri oleh pelbagai media di seluruh dunia.

BBC, CNN, CNBC, Al Jazeera, ABC, Asahi Shimbun, kau namakan sahaja semua agensi berita - semuanya berpusu-pusu ke arah aku dan Mark Rutte.

"Alan, mata kau rabak lagi tu. Mata kau barai," kata Merlina.
"Habis tu nak buat macam mana?"

Merlina keluarkan Eye-Mo dalam begnya.

"Kau ni, orang hisap daun, kau pun nak hisap jugak. Tapi benda macam Eye-Mo ni tak nak sediakan. Benda ni penting kot nak cover mata," kata Merlina sambil hulurkan Eye-Mo kepada aku.

"Okay tak mata aku?"
"Okay, putih sikit. Dah tak nampak rabak sangat. Lebih kepada rabak kau letih kerja."

Sidang media rata-rata bertanya pada aku apa aku harus lakukan terhadap Moscow. Aku tahu dengan Rusia ni kita tak boleh nak ikut naratif Barat sangat macam Mark Rutte ni buat, jadi aku cuma cakap, 'sebagai ahli kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gelanggayu mencadangkan agar Majlis Keselamatan agar menubuhkan tribunal untuk menyiasat kejadian ini'.

Aku tahu, dalam Majlis Keselamatan UN ada Rusia yang ada kuasa veto. Gameplay aku simple je.

Aku sebenarnya dah boleh baca cara orang Rusia ni sebab aku sendiri pernah deal dengan Pengetua dan kawan baiknya Uncle Vyacheslav.

Sekarang ni Moscow melalui Presidennya, Vladimir Putin menafikan bahawa ini adalah kerja mereka. Tapi Gelanggayu ni negara yang kecil, dan senjatanya tak sehebat Rusia. In fact Gelanggayu pun beli Sukhoi dengan kereta kebal dari Rusia.

Tapi kalau nak tubuhkan tribunal antarabangsa, mesti dapat kelulusan daripada Majlis Keselamatan. Sekarang, kalau Rusia veto cadangan Gelanggayu ni, maka di masa hadapan nanti bila Rusia tersepit, aku boleh gunakan isu ni sebagai wildcard.

Perang ni akan berlangsung lama lagi. Lagipun ibu ada connection dengan Kementerian Kewangan Rusia. Banyak bank kat sana tu pun, ibu yang ajar dorang lepas jatuhnya Soviet Union dulu.

Besok-besok dia akan kena sekatan ekonomi dari Barat, duit oligarch Putin sangkut kat US, sana tu mesti dia nak minta tolong orang bailout bank-bank dia tu nanti.

Dalam international order sekarang, walaupun kau sebuah negara kecil, kau sebenarnya boleh gunakan banyak leverage untuk lawan dengan kuasa dunia macam Rusia ni. Kau cuma perlu pandai je.

Dari Amsterdam, aku sekeluarga berlepas ke London dengan private jet yang aku sewa.

Aku dijemput oleh MI6, dengan keluarga aku yang lain dihantar ke sebuah lokasi rahsia untuk keselamatan. Aku kemudian terus ke 10 Downing Street dan bertemu dengan Perdana Menteri Britain, David Cameron.

Pertemuan ini untuk membincangkan tentang apa bantuan perisikan yang boleh dibantu oleh London serta apa tindakan antarabangsa yang boleh dilakukan oleh Gelanggayu untuk kes yang macam ni.

Kalau politik Gelanggayu, yang mengawal politik tu sama ada Sultan di zaman al-Daulah dulu, atau kalau zaman sekarang ni, Pengerusi MKKP iaitu aku.

Dalam international relations ni, dunia dikuasai oleh lima buah negara yang menang Perang Dunia Kedua sejak 1945. Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis dan Kwantong.

Aku tak nak deal secara direct dengan Washington terutamanya di bawah Obama, sebab confirm dia akan paksa Gelanggayu untuk tandatangani TPPA. Dan dalam manifesto aku, aku memang tak nak sign TPPA sebab ia akan menyusahkan ramai rakyat jelata.

Jadi sebab tu aku deal dengan UK memandangkan Gelanggayu pun adalah negara Komanwel.

Tapi dalam masa sama, melalui Kedutaan Gelanggayu di UK, aku menghubungi Moscow dan mahu pihak Rusia membantu dalam siasatan kes ini.

Paling teruk terjejas ialah syarikat Gelanggayu Airlines, yang awal tahun ni baru sahaja hilang GH370. Apa aku cuba buat ialah bayar pampasan kepada keluarga mangsa dan cuba untuk selamatkan syarikat itu daripada gulung tikar, memandangkan kerajaan ada syer dalam syarikat itu.

Tapi bila saham Gelanggayu Airlines jatuh menjunam, Merlina terliur bila nampak saham ni terus jadi murah dan dia terus short-selling syarikat ni sampai value dia cukup rendah untuk dia beli.

Sebab dia nak develop app PergiMana dia tu dan jadikan Gelanggayu Airlines tu penerbangan yang menguntungkan. Dia nak susun semula airlines tu supaya support app yang dia develop tu.

Tapi apapun hari ini hari yang amat meletihkan. Aku baru nak letak kepala kat bantal, Natasha call aku untuk tanya pasal apa aku bincang dengan PM Belanda dan Britain.

Memandangkan dia Perdana Menteri, aku brief dia apa situasi sekarang. Perkara macam ni dah jadi isu diplomatik dan geopolitik, sebenarnya.

Dan aku faham apa yang Vladimir Putin cuba lakukan. Tujuh tahun lepas, ketika persidangan keselamatan di Munich, Putin dah cakap tentang apa yang dia nak buat.

Peter Zeihan ada cakap tentang Rusia ni dalam banyak conference dia. Di sebelah Eropah ni, ada empat 'gap' yang negara lain boleh serang Rusia, iaitu dari Poland, dari Bessarabian Gap, iaitu di pergunungan Carpathian di Romania, dari Crimea dan dari Baltik iaitu Lithuania, Latvia dan Estonia serta Finland.

Lima kalau nak kata Georgia di pergunungan Caucasia. Maknanya Turki, Jerman, Perancis, atau Sweden bahkan Poland juga pernah serang Rusia. Maka geopolitik Rusia ialah untuk memastikan semua gap ini dikawal oleh mereka yang mesra dengan pemerintah di Moscow.

Tapi dalam kes GH17 ni, aku berpendapat bahawa Putin yang rapat dengan Adilah menerusi pemilikan Beeline, syarikat telco Rusia tu, untuk tekan dan buat pentadbiran aku kucar-kacir.

Atau mungkin dia nak bunuh aku kalau aku naik flight tu. Masalahnya aku naik private flight. Takkan la Adilah tak tahu benda ni?

Selepas aku tengok jam pukul 2 pagi waktu London, aku baru sedar kat Wijayapura dah pukul 10 pagi. Nat baru masuk office lah tu.

"Hey, kau kenapa murung ni, Lan?" tegur Merlina kat sebelah katil.
"238 orang mati sebab pesawat kena tembak, mana aku tak murung?"
"Kau rasa ni plan siapa? Siapa yang rancang ni?"
"Adilah ada link dengan Rusia. Benda ni kena cakap dengan ibu, sebab ibu pun ada link dengan mereka juga."
"Kau nak cut relations dengan Rusia ke?"
"Jangan. Kita perlukan Rusia ni especially potassium. Takde benda ni, tak boleh buat baja. Takde baja, takde makanan."
"Habis tu, kau nak buat apa?"
"Bawa je usul ni ke Majlis Keselamatan PBB."
"Confirm tak lulus ni, Lan. Kau tau kan Rusia ada kuasa veto?"
"Aku tau. And that's the whole point."

Merlina pandang pelik pada aku.

"Apa kau nak buat?"
"Benda ni bukan sekarang, tapi untuk akan datang. Aku kena tanya ibu dulu. Dia kenal sangat politik Rusia ni macam mana. Lepas tu baru kita boleh plan. Aku tidur dulu," aku tarik selimut dan letak kepala aku di bantal. Otak dan badan aku terasa penat sangat.

--

Dari London, aku pulang ke Wijayapura bersama keluarga. Aku arahkan pilot untuk lalu kawasan Turki yang lebih selamat berbanding melalui Ukraine.

Yang aku pelik tu, kenapa kapal terbang GH17 tu nak lalu juga kawasan zon konflik macam tu?

Dua kali kapal terbang negara terhempas dalam masa setahun ni problem besar ni. Tapi untuk ahli politik macam aku, problem macam ni yang boleh melonjak nama aku.

Aku sampai di lapangan terbang, semua wartawan serbu aku dan bertanya aku tentang GH17.

"Kita akan mengikut lunas undang-undang antarabangsa, sejajar dengan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selain itu, kita akan berbincang dengan semua pihak, termasuk pihak Rusia dan Ukraine berkenaan isu ini, terima kasih."

Wartawan terus menyerbu aku dan keluarga aku.

"No further comment, please," kata Merlina sambil kami berempat naik kereta.

Mengikut lunas undang-undang antarabangsa? Mana ada lunas undang-undang antarabangsa. International relations pada hakikatnya ialah anarchistic.

Kita ada international order pada hari ini sebab Amerika yang buat struktur macam ni selepas tamat Perang Dunia Kedua. Dan sudah pastilah kalau aku cakap macam ni, Rusia akan veto sebab dia ada kuasa di Majlis Keselamatan.

Pada masa ini, sejak kejadian GH17, ada ramai pegawai dari Amerika, Britain, Jerman, Belanda, Perancis dan negara-negara NATO yang lain berhubung dengan aku.

Sepatutnya dorang berhubung dengan Natasha, tapi Natasha tak tahu apa dia kena buat untuk kes skala sebesar ni, jadi aku yang handle.

Masa GH370 pun dia kelam kabut, yang mengakibatkan hubungan antara Wijayapura dan Beijing jadi keruh.

--

Pada keesokan harinya, aku menghadiri majlis pengebumian mangsa-mangsa yang ditemui mati akibat terhempasnya kapal terbang itu.

Jenazah mereka tiba dari kapal terbang dari Kiev dengan menggunakan penerbangan khas. Bendera Gelanggayu dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung.

Selepas pengebumian itu, aku bertemu dengan semua ahli keluarga mangsa. Aku tak boleh nak janji yang aku boleh bawa keadilan ini ke atas, sebab 'negara yang terlibat pun ada kuasa veto' untuk batalkan resolusi tu.

Cuma aku cakap, bagi pihak kerajaan yang ada syer dalam Gelanggayu Airlines, akan bayar pampasan kepada semua waris yang terlibat.

--

Duta Besar Russia ke Gelanggayu, Oleg Malenkov tiba di 2 Jalan Cendana selepas aku panggil dia datang.

"Please, sit down," kata aku, menjemput dia untuk duduk di kerusi rotan tepi swimming pool rumah aku ni.

"Explain me what happened to the plane?" tanya aku sambil tuang teh.

"Your Excellency, The Ukrainians shot the plane, by using our missile to disguise as us shooting on your plane. You know Russia will not do this to a friend like Gelanggayu..."

Aku dah agak dah. Ini je lah jawapan standard yang akan dikeluarkan oleh mereka. Mereka akan cakap Ukraine yang tembak, padahal kawasan itu dikuasai separatist Donetsk yang ditaja Rusia.

Tapi kenapa dia nak tembak kapal terbang Gelanggayu. Aku dah tahu ini semua kabel Adilah, tapi aku tak nampak secara jelas jaringan Adilah dalam politik Rusia ni.

Daripada info yang aku dapat dari Fidot, cerita dia, pemberontak ni terima arahan dari orang dalam di Kremlin, untuk tembak kapal terbang yang dikatakan ada seorang VVIP pro-Ukraine dan pro-Barat.

Kemudian "Menteri Pertahanan" Republik Rakyat Donetsk yang bernama Igor Strelkov telah melepaskan tweet berkata 'kita berjaya tembak jatuh AN-26', rupanya itulah kapal terbang GH17.

Lepas tu dia delete tweet tu. Ingat aku tak tahu ke?

Ada teori konspirasi kata ini semua rancangan dari Washington. Aku tau CIA jahat, tapi FSB pun bukan baik sangat pun. Dalam FSB tu pun ada kabel Adilah yang cuba nak menghapuskan aku.

Tapi kenapa dia tembak kapal terbang yang aku tak naik?

Jadi, mengikut kefahaman aku, berdasarkan maklumat yang ada, askar yang lancarkan peluru berpandu ni, dapat arahan dari Kremlin untuk tembak kapal terbang yang dikatakan ada VVIP yang pro-Ukraine dan pro-Barat.

Sekali bila tembak, mereka tembak GH17 dan mereka tak sengaja untuk tembak jatuh kapal terbang yang mereka jangka ada VVIP tu.

Disebabkan ni kesilapan besar Rusia kepada Gelanggayu, maka mereka pun menafikan mereka terlibat dan menuduh Ukraine yang buat dengan menggunakan missile mereka untuk mengelirukan masyarakat antarabangsa, kononnyalah.

Ini perangai sudah terkentut lepas tu nak tuduh orang lain punya kentut. Tapi aku kenal sangat orang Rusia ni. Masa aku Form Two pada tahun 1983, aku pernah ke Jerman Timur. Aku hampir mati beku kat situ masa musim sejuk. Dan isteri pertama aku, Mina dulu pun dibunuh dengan racun dari Rusia oleh FSB. Belum cerita tentang hal trap aku dulu dengan Mia dan Alexandria dulu masa dorang kawtim dengan Izham.

Jadi, aku dah banyak kali encounter dengan orang Rusia ni. Aku kenal sangat perangai dorang ni.

Aku senyum sahaja, dan salam dengan Oleg, dan kata kita akan dengar penerangan semua pihak termasuk Rusia. Tapi aku perlukan ibu untuk gameplan ni.

Bila Barat lancarkan sekatan ekonomi bila mereka betul-betul serang Ukraine nanti, kita akan datang, dan akan takeover bank pusat Rusia. Segala sumber ekonomi kat situ, walaupun mereka punya, tapi kita yang kawal.

Takpe, hari ni hari kau, Putin. Besok hari aku pulak. Aku tak nak berperang dengan negara sekuat Rusia.

The supreme art of war is subdue the enemy without fighting. Itu kata Sun Tzu. Jadi, aku biarkan sahaja Majlis Keselamatan PBB yang tentukan resolusi untuk GH17 ni diluluskan atau tidak.

Nyehhh, tidak akan diluluskan sebab Rusia akan veto perkara ni. Aku dah ada plan lain pun.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro