
2014 part 12
Azlan
D-day.
Hari ini, 17 Mei 2014. Hari pilihanraya.
Dua hari sebelum tu ialah hari lahir aku. Merlina belikan aku songket emas dari Haji Tarmimi, harga sekeping sampin ni berharga RG150,000.
Aku mengundi pakai baju Melayu dengan sampin yang Merlina belikan tu. Merlina pun dah kemain make up, warna sedondon dengan aku.
Satu keluarga pakai baju Melayu warna putih. Aku, Merlina, Jugra dan Julia - yang kali pertama menghadiri pilihan raya aku, dan mungkin kali terakhir.
Kenapa aku cakap kali terakhir tu, kena baca sampai habis dulu.
Aku rasa aku dah cukup lama jaga Puncak Jaya ni, dan aku rasa next time, bagi je Din Tapa handle terus. Sebab aku ada plan lain, lepas pilihanraya ni.
Aku beratur, dan bermesra dengan para pengundi yang nak berselfie, yang ambil gambar, dan yang nak berborak dengan aku dalam beratur tu.
Aku sampai ke bilik mengundi tu, dapat tiga kertas undi.
Untuk calon Presiden, aku undi Hafiz. For some reason, selain dia adalah seorang sahabat yang bersama dengan aku.
Untuk calon untuk Gabenor Wijayapura, aku undi Din Tapa sebagai pilihan aku.
Untuk calon ahli Parlimen ni, aku nampak nama aku, tapi aku rasa poyo kalau pangkah nama sendiri ni.
Jadi aku tulis quote Francis Underwood, House of Cards; 'democracy is overrated'.
Kira aku undi rosaklah. Aku tau aku akan menang anyway, buat apa nak undi diri sendiri.
Selepas membuang undi, kami sekeluarga bergambar di depan tempat letak kereta sambil diserbu para wartawan.
Disebabkan Jugra pun dah tamat hukuman kurungan rumah, maka Jugra pun dapat perhatian wartawan-wartawan, terutamanya dari Timur Tengah dan Pakistan.
"Daddy, nak cakap apa ni?" tanya Jugra, terpinga-pinga.
"Kalau tak boleh jawab, senyum dan lambai tangan. Jangan tergagap-gagap depan kamera. Jatuh macho kau nanti," kata aku.
Sekaligus aku mengajar sedikit ilmu politik kepada anak aku yang baru Form Two ni.
--
"Apasal calon Bebas boleh menang banyak undi ni? Dia ni siapa?" beberapa pegawai pemeriksa SPR mula tergaru-garu kepala.
"Ada kawasan yang calonnya ustaz kampung, duduk masjid, calon bebas pakai lambang ayam, majoriti 50,000 kalahkan seat menteri," kata seorang lagi pegawai. Kawasan yang dimaksudkan ialah kerusi Sungai Raya.
Kalau Hafiz bertanding kerusi MP, dia dah lama bungkus dengan ustaz ni.
Proses pengiraan undi sedang berlangsung. Penganalisis politik mula pening kepala untuk menganalisis signal dari keputusan setakat yang diterima.
Menteri Alam Sekitar Sandra Chen, tewas 20,000 undi dengan calon Parti Wijaya, dan itu membuatkan semua orang tergamam, bagaimana parti baru ditubuhkan ini boleh dapat undian yang sebegitu tinggi.
Lagi pelik bila tengok ada banyak calon bebas yang menang dengan majoriti besar.
Yang pastinya, tidak ada satu parti pun yang dapat menguasai Parlimen. Cuma Parti Nasionalis yang walaupun bertanding 80 kerusi, tapi partinya sedang mendahului di 70 tempat yang ditandinginya.
--
Azlan
"Aku rasa 99% orang Puncak Jaya undi kau, Lan," kata Merlina sambil tengok laptop.
"Berapa?" tanya aku.
"Kau leading 120k undi. Tapi banyak peti belum bukak."
"Azizan berapa?"
"Enam? Kepala bana dia enam orang!"
"Itulah, bodoh. Aku dah cakap, jangan langgar kawasan aku. Aku dah kawtim dengan Pak Harun, tapi last minute bila dengar je aku bertanding 80 seat tu, si Rahman terus bertanding semua kerusi. Dia ingat dia boleh makan kita la."
"Celaka betul Ali ni. Parti dia pakai lambang bebas pun boleh menang," kata Merlina.
"Siapa suruh ban Parti Pertiwi? Aku nampak loophole tu, aku suruh la dorang buat macam tu," kata aku.
"Maknanya kalau parti kau, campur bebas, campur parti negeri engkau ni, kau dah boleh tubuh kerajaan."
"Kan aku dah cakap hari tu, aku tak nak tubuhkan kerajaan," kata aku.
"Habis tu?"
"Total dominance. Dalam Republikan dan Demokrat tu pun ada orang aku jugak tu. Sebagai parti terbesar, aku nak tubuhkan kerajaan tanpa pembangkang. Walaupun pecah-pecah, semua orang aku. Ada la sikit sorang dua," kata aku.
"Macam mana tu, Lan?"
"Unity government. Kerajaan perpaduan. Tapi aku tak nak jadi PM. Aku nak pegang KDN je."
"Sebab ibu nak dia kekal untuk imej pemimpin mesra Barat?"
"Yes. Aku duduk tepi je. Kalau dia nak buat sesuatu, dia kena dapat approval aku."
"Maknanya kau buat Natasha macam puppet?"
"Dulu pun dia puppet Yahya."
--
P.143 PUNCAK JAYA (188,790)
James Wong Lau Chuan (Republikan)
2,253
Azizan Tun Azmi (Demokrat) 12
Azlan Muhammad Niat (Nasionalis) 182,511
Majoriti: 180,258
P.260 TEKNOJAYA TIMUR (91,559)
Natasha Abdullah (Republikan) 49,751
Azhar Naslan (Demokrat) 11,365
Bakri Abu Bakar (Nasionalis) 7,781
Majoriti: 38,386
P.006 KUALA MELAUT SELATAN (90,534)
Abdul Aziz Muhammad Niat (Nasionalis) 66,366
Haji Dahalan Mokhtar (Demokrat) 1,959
Arman Dolmat (Republikan) 661
Majoriti: 64,407
P.007 SUNGAI BANOL (77,216)
Jamil Karim (Demokrat) 25,711
Amir Hamzah (Bebas) 31,544
Haiza Asnidar Hilmi (Republikan) 2,253
Majoriti: 5,833
P.166 KOTA WARISAN PUSAT (62,556)
Fazrul Khamis (Nasionalis) 42,762
Maria Lim Abdullah (Republikan) 16,711
Azrul Hafifi (Demokrat) 8,722
Majoriti: 26,051
P.005 KUALA MELAUT UTARA (91,855)
Syed Sobri Syed Hassan (Demokrat) 12,656
Osman Kassim (Parti Melayu Melaut) 62,051
Hairi Merican (Republikan) 4,151
Majoriti: 49,365
P.078 SUNGAI RAYA 99,925
Hazwan Iskandar (Republikan) 12,273
Ustaz Iqram Abd Samad (Bebas) 61,019
Haji Syaaban bin Rejab (Demokrat)
14,556
Majoriti: 46,463
P.146 BUKIT HENDERSON 66,521
Cindy Wong (Republikan) 20,153
Patricia Cheah (Parti Wijaya) 19,725
Lau Teck Huah (Demokrat) 5,575
Majoriti: 428
GABENOR WIJAYAPURA (6,755,313)
Nizaruddin Mustafa (Nasionalis) 2,089,087
Izzuddin Yusof (Republikan) 1,022,219
Jamal Rosdee (Demokrat) 989,552
--
Malam keputusan pilihan raya umum Gelanggayu tahun 2014 adalah keputusan yang paling membingungkan semua orang.
Baik ahli politik, ahli akademik, pengkaji sains sosial, pengamal media, semua orang tergamam melihat apa yang telah berlaku.
Pilihan raya Presiden Republik menyaksikan Hafiz Samsudin dari Parti Republikan memperoleh 9,755,733 undi, sementara Rahman Azmi dari Parti Demokrat memperolehi 9,754,165 undi.
Daripada 19,509,898 undi, beza undi cuma 1,568 undi. Macam mana keputusan ini boleh berlaku, semua orang garu kepala.
Rahman Azmi mencabar keputusan pilihan raya umum Presiden Republik di mahkamah, kerana keputusan yang begini tipis memang boleh dibawa ke mahkamah untuk bantahan dan kiraan semula.
Keputusan pilihan raya untuk kerusi Gabenor pula menyaksikan Parti Nasionalis menang tiga daripada empat kerusi yang mereka bertanding.
Nizaruddin Mustapha menang kerusi Wijayapura menewaskan Izzuddin Yusof penyandang Gabenor, Azwan Tarmizi di Kenidiri dan Jamil Rais di Geri.
Republikan menang dua provinsi (Ayer Putih dan Sepetang), Demokrat menang dua provinsi di Sri Kencanapuri dan Lingga.
Lagi tiga provinsi dimenangi oleh parti-parti negeri, dengan Melaut dimenangi oleh Hassan Adli dari Parti Melayu Melaut, Ismail Abu Bakar dari Parti Ketil Bersatu dan Suhaila Alias dari Parti Anak Negeri Lingga.
Sementara itu kerusi Parlimen menyaksikan Parti Nasionalis menjadi parti terbesar dengan memenangi 66 daripada 80 kerusi yang mereka tandingi, termasuk Azlan Muhammad Niat yang bertanding di Puncak Jaya.
Republikan, yang diketuai oleh Perdana Menteri, Natasha Abdullah memenangi 60 buah kerusi.
Demokrat pula memenangi 44 buah kerusi Parlimen, sementara parti-parti provinsi memenangi 43 buah kerusi.
Parti Melayu Melaut - 4 kerusi
Parti Rakyat Kenidiri - 5 kerusi
Parti Wijaya - 7 kerusi
Parti Bersatu Rakyat Geri - 3 kerusi
Parti Bersekutu Wilayah Utara - 5 kerusi
Parti Ketil Bersatu - 2 kerusi
Parti Anak Negeri Lingga - 6 kerusi
Parti Semangat Sepetang - 6 kerusi
Parti Negeri Seri Kencanapuri - 5 kerusi
United Lamas Association Party, parti di Wilayah Utara, menang tiga buah kerusi, sementara calon Bebas telah menang sebanyak 54 buah kerusi.
Melihat kepada keputusan pilihan raya ini, menunjukkan dalam istilah politik, ialah 'hung government'.
Tidak ada satu parti pun yang mendominasi, tetapi setakat ini, Azlan mempunyai advantage selaku ketua kepada parti terbesar dalam Parlimen.
Di hotel, Merlina sedang menyiapkan laporan berita, sementara Azlan sedang bersiap-siap untuk ke lobi untuk sidang media.
Azlan tersenyum-senyum depan cermin sambil ikat tali leher. Apa yang dirancangnya akhirnya jadi kenyataan.
"Alan, Jugra cakap dia pakai duit kau nak beli McD, boleh?" kata Merlina sambil tengok telefon, kemudian menaip.
"Dia nak order zirafah panggang pun aku tak marah. Ambik la duit tu. Makan je pun, bukan buat berjudi."
Jugra duduk rumah sebab dia demam, sebab terkejut kena interview dengan wartawan Arab masa teman ayahnya mengundi tadi.
Azlan hanya senyum dan gunting kumisnya, sebelum dia turun ke lobi hotel untuk sidang media.
"Jom cepat, Merlina. Orang ramai dah tunggu ramai kat bawah tu."
"Daddy, dowang bawak kain gambar daddy!" kata Julia sambil tunjuk orang di bawah membawa sepanduk gambar Azlan dengan tertulis "Juara Rakyat" di luar hotel.
--
Keputusan pilihan raya umum Gelanggayu ni membuatkan Pengetua terus diserang serangan jantung. Terkejut beruk dia dapat tahu keputusan yang macam ni.
Paling mengejutkan, kenapa satu pun penganalisis politik tak perasan kewujudan parti-parti kecil dan macam mana calon bebas boleh menang sampai 54 buah kerusi.
Kena pulak calon bebas yang menang tu ramai yang lebai-lebai. Pakai serban, ada tanda hitam kat dahi.
Dari situ dia dapat tahu, calon Parti Pertiwi yang diharamkan pakai lambang ayam untuk jadi calon bebas.
Dia menggelupur capai pil di dalam laci, kemudiannya makin teruk serangan jantungnya.
Republik sekular yang dirancang dan dibinanya selama ini, kini dikuasai oleh Azlan dengan retorik agamanya, dan dipenuhi dengan lebai-lebai dan ustaz-ustaz. Calon wanita pakai tudung labuh, pakai purdah pun ramai yang menang.
Dia meninggal dunia malam keputusan pilihanraya itu juga.
--
Keputusan pilihan raya ini membuatkan Adilah dan Pak Wan Radzi garu kepala dan tak tahu apa nak dibuat.
"Call Nat," kata Adilah.
"Baik, puan."
Sementara tu, di pejabat parti, Natasha kunci pintu bilik, dan belek album gambar-gambar lamanya. Natasha pesan pada assistantnya, agar menghalau semua wartawan, dan dia akan membuat pengumuman pada hari esok yang dia mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri dan semua jawatan lain.
Dia off handphone dan cabut wayar telefon pejabat. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa.
"Alan, finally you win. You will be a great leader. I will step down in grace, as you wish. As both of us promised."
Tiba-tiba pekerja kempennya ketuk pintu.
"Mrs Nat, Mrs Nat! Mrs Adilah call!"
Natasha dari kaca cermin pejabatnya, hanya geleng kepala. Dia tidak mahu bercakap dengan Adilah. Dia cuma nak menenangkan fikiran.
Natasha tahu, Adilah sedang panik sekarang, kerana Azlan dan Parti Nasionalis memiliki kerusi terbanyak dalam parlimen.
Natasha ada terfikir, untuk nak buat coalition government dengan Azlan, dengan bergabung dengan Parti Demokrat. Tetapi sudah pasti Parti Republikan akan terikat dengan banyak syarat-syarat terutamanya dari Azlan.
--
Azlan tiba di dewan hotel tempat penyokong-penyokong Parti Nasionalis berhimpun. Selalunya mereka akan berhimpun di pejabat parti, tapi sebab dah terbakar, maka semua ke hotel berhampiran.
Lagu Bunkface 'Malam Ini Kita Punya' berkumandang dalam dewan, selepas berita mengumumkan Parti Nasionalis sebagai parti terbesar dalam Parlimen dengan 66 kerusi.
Beberapa ahli Pemuda Nasionalis menari-nari sambil mengibarkan bendera Parti Nasionalis dan poster muka Azlan mengikut rentak lagu.
Suasana gembira di Hotel Pan Pacific walaupun sehari sebelum hari pernamaan calon, berlaku kebakaran di bangunan parti.
Buang cerita lama
Ada hati ada kecewa
Lupakan semalam
Malam ini kita punya
Bintang bersama kita
Jangan gentar, jangan phobia
Era baru bermula
Mari goncang dunia
Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya
One, two, three, four!
Malam ini kita goyang
Dalam mimpi kita menang
Dari hati malam ini kita punya
"Mengumumkan ketibaan Presiden Parti Nasionalis, pemimpin yang kita sanjungi dan hormati, dipersilakan, Juara Rakyat, Azlan Muhammad Niat!"
"Azlan! Azlan! Azlan! Azlan! Azlan!"
Azlan berjalan menuju ke podium bersama Merlina dan Julia. Azlan capai mikrofon, sambil penyokong-penyokongnya melaungkan namanya.
"Hero saya lagi sorang, Jugra, ada kat rumah. Demam katanya, lepas kena interview dengan wartawan Al-Jazeera. Jadi hari ni saya bawak anak perempuan saya," kata Azlan. Azlan kemudian berikan mic kepada Julia.
"Cakap, Julia..."
"Hai semowangggg! Nama saya Aidil Fityah Julia! Daddy saya awesome kan? Kalau awesome katakan uyeeeee!" kata Julia sambil buat jari 'mini love'.
"Uyeeeeee!" kata hadirin yang memenuhi dewan sambil ketawa dengan telatah Julia.
Merlina jeling tengok perangai Julia bila dapat pegang mikrofon. Nasib baik dia tak nyanyi lagu Frozen ke Didi and Friends tadi.
"Bak sini mic tu, Julia," kata Azlan sambil membelai rambut anaknya.
"Yang ini, orang rumah saya, Merlina Hashim. Bagi kata dua sikit, Mer..."
Azlan hulurkan mikrofon kepada Merlina. Azlan memang sengaja guna istilah 'orang rumah', sebab nak menggunakan istilah yang lebih familiar dengan orang kampung.
"Assalamualaikum semua..."
"Waalaikumsalam..."
"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada jentera parti kerana sudi membantu suami saya sepanjang kempen pilihanraya kali ini. Kepada team media, terima kasih kerana coverage sepanjang kempen suami saya, dan terima kasih banyak kepada rakyat kerana memilih Parti Nasionalis, terima kasih!"
Mikrofon dikembalikan kepada Azlan. Penyokong-penyokong Azlan melaungkan takbir.
"Takbir! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!"
"Kita akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mahu menerima syarat kita. Esok, Insya-Allah kita akan sebuah kerajaan yang baru dengan Parti Nasionalis sebagai tunjangnya."
Penyokong-penyokong bersorak.
"Sebagai sebuah parti yang progresif, sejajar dengan peredaran zaman, azam saya ialah untuk memastikan ekonomi negara kita kekal mantap, tetapi mapan dari segi alam sekitar. Dan sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam, kita akan pastikan kedudukan orang Melayu dan agama Islam akan kembali di dalam Perlembagaan!"
"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!"
Azlan minta ramai-ramai penyokong Parti Nasionalis menyanyi lagu Bahtera Merdeka, untuk menaikkan semangat nasionalisme yang selaras dengan parti.
Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putera-puteri sayang
Putera-puteri sayang sedang berjuang
Fajar telah tiba
Nan menyingsing membawa harapan
Tanah Gelanggayu
Tanah Gelanggayu permata nilam
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai Ibu Pertiwi
Putra-putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan sumpah dan janji
Air mata Azlan menitik. Akhirnya selepas hampir lapan tahun pergelutan kuasa, Islam kembali menguasai politik Gelanggayu.
--
Belangsungkawa Jeneral Yahya Atan
Jeneral Yahya Atan dilahirkan pada 13 Julai, 1925 di Teluk Tenang, Melaut, meninggal dunia di Prince Court Medical Centre, Wijayapura pada 17 Mei, 2014. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun 10 bulan.
Beliau merupakan arkitek kepada penubuhan Republik Gelanggayu pada tahun 2008, dan merupakan jeneral yang mengetuai tentera yang melancarkan kudeta ke atas Perdana Menteri pertama, Tun Rizal Samad pada tahun 1969.
Beliau kemudiannya menubuhkan Majlis Reorganisasi Nasional (MARENA) pada tahun 1969 dan menjadi Pengarah MARENA selama setahun sebelum menyerahkan kepada Perdana Menteri kedua, Tun Iskandar Ali.
Selepas bersara dari tentera, beliau menjadi pengetua di Kolej Melayu Wijayapura sehingga beliau bersara pada tahun 1986.
Tokoh ini mempunyai pelbagai pengalaman dalam tentera sejak menyertai Askar Melayu pada tahun 1941 pada usianya 16 tahun.
Antaranya Konfrantasi Majapahit, insurgensi Parti Komunis Gelanggayu, insurgensi Gerakan Melaut Merdeka dan Lamas Liberation Front, konflik di Congo, Perang Kundur, dan Perang Saudara Gelanggayu.
Isteri beliau, Laila Adnan, meninggal dunia pada tahun 1964. Beliau mati tanpa ada sebarang waris.
--
Ali bawa Fazrul, Joni dan Lias sambil meletakkan mayat Jeneral Yahya di dalam bonet.
"Nak tanam kat mana ni, bro Ali? Nak kata Islam, dia ni bukannya Islam pun. Takkan nak tanam kat kubur Kristian?" Joni tanya Ali di mana nak menguburkan mayat Jeneral Yahya.
"Tanam kat kubur Islam tak lepas ke?" tanya Lias.
"Mana lepas, Lias. Perangai pun kapir harbi. Dia ni jenis laknatullah ni," kata Fazrul.
Ali membawa traknya menuju ke pusat perlupusan sampah. Ada banyak burung gagak yang sedang mencari makan di pusat perlupusan sampah.
"Biar betul, bro Ali? Nak kebumikan dia kat sini ke?" Lias tanya Ali.
"Kau nampak lori sampah tu? Dalam lori tu ada sampah kan? Ha, kau timbus bangkai orang tua ni dengan sampah. Dah dia nak jadi atheist sangat, ni je lah nasib dia yang paling layak," kata Ali.
Fazrul, Lias dan Ali kemudiannya menurunkan mayat Jeneral Yahya dari pickup truck Ali, kemudiannya mencampakkan jenazah tersebut di tepi timbunan sampah itu.
Gagak-gagak yang terbang tercium bau mayat dan merapati mayat itu, sebelum Joni menuangkan sampah di dalam lori ke mayat Jeneral Yahya.
"Ini jelah yang paling proper untuk bangkai orang atheist yang memusuhi Islam," kata Ali sambil bakar rokok Gudang Gula. Fazrul pow sebatang, Ali hulur.
Mereka berempat pandang ke timbunan sampah itu sambil menyanyi lagu Green Day, Ha Ha You're Dead dan mengacungkan jari tengah ke arah Jeneral Yahya yang tertimbus dalam timbunan sampah.
Ha ha you're dead
And I'm so happy
In loving memory
Of your demise
When your ship is going down
I'll go out and paint the town
Ha ha you're dead
Ha ha you're dead
Ha ha you're dead
--
Adilah mengamuk dan meroyan kerana apa yang berlaku adalah di luar perancangannya.
Hafiz diisytiharkan pemenang sebagai Presiden Republik, namun dalam keputusan pilihanraya parlimen yang kucar kacir sebegini, serta ramai orang-orangnya tewas dalam pilihanraya, Adilah kini cuma bergantung kepada Hafiz sahaja untuk dapatkan kuasa.
Dia pandang keputusan pilihan raya Puncak Jaya. Dia pandang nama Azizan Tun Azmi.
"Dapat 12 undi je kau? Tu la, nak melawan tak pakai otak. Meh nanti aku ajar kau," kata Adilah dalam hati.
--
"Dua belas? Kau dapat dua belas undi je? Kalau kau dapat dua belas ribu, takpe lagi, aku boleh maafkan. Dua belas undi je? Orang mabuk mana yang undi kau," kata Rahman sambil campak laporan keputusan pilihan raya ke muka Azizan.
Azizan malu teruk. Dari 188 ribu pengundi Puncak Jaya, 182 ribu mengundi Azlan. Majoriti paling besar dalam sejarah politik Gelanggayu.
Dan Azizan pun dah nampak yang Rahman dah kena game dengan Azlan. Buktinya, calon bebas dan calon parti negeri yang baru wujud ni senang-senang potong undi-undi demografi Parti Demokrat.
Azlan berlakon je bertanding 80 kerusi untuk Parti Nasionalis, tapi rupanya dia letak lambang lain pada parti lain. Dan 22 kerusi Nasionalis yang kalah tu pun, semuanya orang Rahizan.
Rahman sedang seram sejuk menantikan keputusan mahkamah tentang keputusan pilihanraya Presiden. Sebab setakat ini, Hafiz mendahului dalam 1,000 undi sahaja. Hafiz diisytihar pemenang, tapi Rahman masih nak mencabar kes ke Mahkamah Rayuan.
Begitu tipis sekali keputusan untuk seluruh negara.
Rahman mesej Azlan.
"Boleh deal tak?"
"Tunggu sidang media aku."
--
Azlan membuat sidang media di padang depan rumahnya di Jalan Cendana.
Ada ramai orang pakai serban dan berjanggut panjang berdiri di belakangnya.
Azlan terus menyampaikan ucapannya di atas podium yang disediakan. Dia memakai baju Melayu teluk belanga warna putih, songkok, serta sampin songket emas.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt ke atas keputusan pilihanraya semalam.
Maka kami dalam Parti Nasionalis, selepas berbincang dengan beberapa orang ulama' di Gelanggayu, maka pucuk pimpinan parti kami telah bermuzakarah bersama mereka, dan berkata bahawa kita menjemput ahli-ahli Parlimen dari Republikan dan Demokrat, untuk menyertai kerajaan perpaduan, atau unity government.
Sistem kerajaan ini adalah sistem kerajaan tanpa pembangkang, tetapi semua parti boleh menyuarakan pandangan dengan menjadi kerajaan.
Sistem ini diamalkan di Switzerland, dan ia adalah satu sistem demokrasi yang lebih sihat berbanding sistem Westminster yang kerap berbalah, tapi tidak memberi penyelesaian.
Kita juga akan menubuhkan Majlis Ulama Gelanggayu (MUG), serta panel-panel penasihat dari MUG akan membentuk Majlis Fatwa Kebangsaan.
MUG dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan bertindak bebas dari kerajaan, dengan perlantikan mereka akan dilantik secara kolektif oleh Majlis Kerajaan Perpaduan yang bakal dibentuk tak lama lagi.
Selain itu, kita akan menubuhkan semula Mahkamah Syariah, untuk menyelesaikan kes-kes syariah yang telah tertunggak sejak perang saudara.
Sekian terima kasih.
"Tuan Azlan, bukan ke ini melanggar sekularisme dalam Perlembagaan Republik?"
"Orang Islam dalam Dewan Rakyat ada lebih dua pertiga. Insya-Allah kami akan pinda yang mana yang patut," jawab Azlan dengan nada tegas.
Azlan terus tinggalkan podium, dan wartawan semua tergamam. Spekulasi untuk memansuhkan perkara sekularisme dalam republik mula bertiup kencang.
Bagi Republikan, mereka takkan mampu bertahan jika mereka jadi pembangkang. Mereka perlu jadi kerajaan, kalau tidak parti mereka akan pupus kerana tiada dana, tiada relevan kewujudannya lagi.
Memandangkan Sahari melepaskan jawatan Presiden Republik dan Parti Republikan, maka Natasha memangku jawatan Presiden Parti Republikan.
Natasha tahu, base partynya mesti tak suka ni. Tapi kalau jadi pembangkang, senang-senang Azlan tukar sempadan pilihanraya dan partinya bungkus.
Bayangkan, punyalah mengelat Parti Republikan ni dibuatnya si Wan Radzi ni, Bukit Henderson cuma ada 66,000 pengundi je, tapi Puncak Jaya sampai 188,000 pengundi. Tapi tetap Azlan menang, dan Cindy menang tipis. Kalau Bukit Henderson tu masuk sikit kat kawasan Kantan Heights, dah bungkus dah Cindy ni.
Rahman pula memang dalam keadaan terdesak. Partinya dah kehabisan duit sebab banyak kalah kerusi dengan calon bebas lambang ayam dan parti-parti negeri.
Sebab itu, nak tak nak mereka terpaksa akur dengan Azlan untuk menubuhkan kerajaan tanpa pembangkang.
Dengan letak calon sikit tapi confirm menang, Parti Nasionalis yang dipimpin Azlan jadi parti yang paling kuat dalam Parlimen.
Mat Akta dah kembali. Kalau Mat Danger mengganas di pentas konsert, Mat Akta akan mengganas di dewan parlimen.
--
Di Kampung Acheh, Melaut, semua penduduk kampung terkejut dengan bunyi nobat yang berkumandang sejak malam tadi, selepas Parti Nasionalis diumumkan parti terbesar yang memenangi pilihan raya semalam.
Ketika ada remaja yang cuba merakam video dengan telefonnya, Pak Nayan menahan remaja tersebut.
"Kau jangan rakam. Kena tulah nanti," kata Pak Nayan.
"Tulah?"
"Tulah dari seorang raja yang berdaulat," kata Pak Nayan, sambil sayup-sayup kedengaran bunyi televisyen berita melaporkan suara Azlan mengumumkan penubuhan Majlis Ulama Gelanggayu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro