
2014 part 11
Sementara penyokong-penyokong Rahizan sedang berdemonstrasi di depan bangunan Parti Nasionalis, beberapa ahli Gagak Merah yang kini bergantung harap kepada duit Azlan dan Ali, sejak Sahari mengambil alih tampuk geng itu dari Izham yang sudah masuk penjara kerana kesalahan rasuah, masuk ke bangunan tersebut dari pintu belakang dengan molotov cocktail dan minyak tanah.
Mereka mula menyimbah minyak ke pejabat parti, dan menunggu geng Gagak Merah yang diketuai Wak Am untuk menyerang geng Diamond Hijau yang sedang berdemonstrasi.
Wak Am dan kawan-kawannya, standby dengan parang untuk menyerang geng Diamond Hijau. Kemudian Wak Am akan masuk ke dalam bangunan, dan umpan penyokong-penyokong Rahizan untuk masuk ke dalam bangunan.
Lepas tu, bangunan terbakar, ada orang terbunuh, blood will be everywhere. Rahizan akan dipersalahkan.
Senang cerita, ini ahli Gagak Merah yang bakal convert ke ahli Ayam Hitam, kalau mereka buat kerja jahat ni. Mereka bertekad mahu ba'iah dengan Azlan sejak Izham ke penjara.
Jam 7 malam, Wak Am dan rakan-rakannya mula menyerang geng Diamond Hijau yang merupakan konco-konco Rahizan, kemudian masuk ke dalam bangunan.
Konco-konco Rahizan mengejar Wak Am dan bertarung di dalam lobi bangunan. Keadaan jadi semakin tidak terkawal.
Dalam masa sama Azham sudahpun selesai menyimbah minyak tanah di pejabat parti, kemudian terus membakar pejabat tersebut.
Dalam keadaan huru hara itu, Wak Am kena rodok perutnya dengan pisau Rambo oleh salah seorang ahli geng Diamond Hijau. Dan ketika polis sampai, kelam kabut geng Diamond Hijau nak larikan diri dan ketika itu, baru asap mula berkepul-kepul di dalam lobi.
"Mana Wak Am? Mana Wak Am?" jerit Azham.
"Wak Am dah mati, Azham. Dia kena rodok dengan geng Diamond Hijau."
"Kurang ajar kau, Rahizan! Mampos kau! Kau tunggu!" jerit Azham.
Jam 8 malam, waktu berita perdana bersiaran, yang sepatutnya menyiarkan berita debat Presiden Republik yang akan berlangsung sejam daripada sekarang, tetapi bercakap tentang kebakaran bangunan Parti Nasionalis.
Wijayakini awal-awal lagi sudah pecah berita, seawal jam 7:30 malam, diikuti dengan berita yang lain.
"Kebakaran berlaku dikatakan bermula apabila pendemonstrasi yang menyokong Rahizan Abu Talib, membakar pejabat parti tersebut."
Mendengar ayat itu dari pembaca berita, membuatkan Azlan terus tersenyum. Kakinya bersilang, sambil tersenyum melihat bangunan pejabat partinya telah terbakar.
Jam 8:30 malam, calon-calon Presiden, Hafiz Samsudin, Sahari Ariffin, Rahman Azmi dan Rahizan Abu Talib tiba di Wijayapura Convention Centre untuk ke majlis debat Presiden.
Azham dan beberapa ahli Gagak Merah, mencelah dalam penyokong-penyokong parti itu. Di backstage, ketika semua calon-calon Presiden mula masuk ke dalam bilik mereka, ia dikawal ketat oleh Special Branch Polis Republik Gelanggayu.
Azham perlahan-lahan mencelah masuk, sebelum dia melepaskan tembakan ke arah kepala Rahizan sebanyak dua kali, dan di dada sebanyak tiga kali dari jarak dekat.
"Mampos kau!" jerit Azham sebelum polis bertindak menembaknya.
Mendengar berita itu, kesemua calon Presiden Republik bersepakat untuk membatalkan acara debat.
--
Azlan
Rahizan, Rahizan. Tu la, kenapa kau nak lawan aku?
Aku yang lepaskan kau dari penjara masa Tun Azmi sumbatkan kau dulu, takkan kau tak nak kenang tu?
Masa kau kena kencing dengan orang tua tu, kau buat drama kat Konsulat Turki, aku jugak yang selamatkan kau. Kenapa kau nak lawan aku?
Kau ni dah kenapa kemaruk sangat kuasa ni? Tergamak kau berkomplot dengan Adilah dan Pak Wan Radzi untuk dapatkan kuasa dan gulingkan aku.
Tapi itulah dia, politik Gelanggayu. Akan berlaku benda-benda macam ni.
Aku harapkan kau pergi dengan aman. Maafkan aku sebab aku buat macam ni pada kau. Sebab kalau kau kenang jasa aku, kau tak perlu lalui benda ni pun.
Dan abang Az, dan Wak Am, terima kasih sebab dulu protect aku dari macam-macam masa aku dalam Gagak Merah dulu.
Gagak Merah sekarang ni, dah boleh dianggap tinggal geng Sahari je lah. Geng-geng Azham dan arwah Wak Am, semua dah join Ayam Hitam.
Dan Diamond Hijau, tak ada lagi ketua. Tinggal sikit je.
Aku terus ke bilik aku, dan sign semua surat watikah, termasuk Rahizan punya, sebab esok aku nak buat press conference.
--
Azlan
Sidang media di pejabat Parti Nasionalis berlangsung di luar tempat letak kereta, kerana kawasan dalam bangunan masih lagi dihalang dengan riben kuning polis.
Dalam sidang media itu, aku kata bahawa Parti Nasionalis kali ini cuma bertanding 80 buah kerusi, dengan alasan tidak mempunyai wang yang banyak untuk bertanding di semua kerusi.
"Kita cuma bertanding dalam 80 buah kerusi Parlimen dan 4 kerusi Gabenor. Saya harapkan penyokong-penyokong semua faham. Saya juga ucapkan takziah kepada keluarga Rahizan Abu Talib, yang meninggalkan kita menuju ke rahmatullah semalam. Jasanya pada negara, kita tidak akan lupakan. Al-Fatihah."
Dalam aku buat muka sedih tu, aku dapat bayangkan muka Adilah sedang bergelak ketawa dengan apa yang berlaku pada Parti Nasionalis ni.
Rally around the flag? Orang Melayu ni rally around kesian. Dia tengok pejabat parti aku terbakar macam ni, mereka akan bersimpati pada aku.
Dan orang-orang kempen di bawah akan buat kerja promote parti-parti negeri dan calon bebas lambang ayam untuk pecahkan undi Demokrat dan Republikan.
--
Adilah
Aku rasa aneh dengan Azlan ni. Pertama, dia tak nak parti dia bertanding dalam pilihanraya Presiden. Yang kedua, dia cuma mahu bertanding 80 kerusi. Tak sampai 1/3 Parlimen pun.
Agaknya dia awal-awal lagi dah menyerah kalah. Aku tahu, walaupun dia mempunyai pengaruh yang kuat dan sokongan yang ramai, tapi dia takut dengan kami.
Dia takut, sebab dalam kerajaan ni, ada ramai ahli Sayap Kuning yang dah menanti. Sebab tu lah dia cuma bertanding 80 kerusi sahaja.
Untuk menubuhkan kerajaan, sebuah parti perlukan 136 kerusi, iaitu 50%+1 kerusi dalam Parlimen. Macam mana nak tubuhkan kerajaan, kalau bertanding cuma 80 kerusi sahaja? Short lagi 56 kerusi, dia nak mintak dengan siapa? Kalau dia nak buat parti gabungan, ia akan jadi kerajaan yang lemah.
Bodoh betul Azlan ni. Kenapalah Jeneral Yahya selalu cakap dia ni bijak sangat? Aku ingatkan dia bijaklah. Basic matematik pun gagal.
Mana boleh nak tubuhkan kerajaan kalau bertanding 80 kerusi je?
Rasanya dah tak payah pedulikan dia lagi lah. He's not a threat. Kalau dia menang semua kerusi pun, tak cukup juga.
Parti Republikan akan bertanding di semua 270 buah kerusi. Dan Hafiz akan tewaskan Sahari, kalau tak, Hafiz kena bagi balik semua duit-duit dia yang dia jual syer Kencana Consortium dulu.
Dah tak pasal-pasal aku kena berurusan dengan Damian pula.
Telefon berbunyi. Oh, dari ayah.
"Hello ayah? Apa dia? Buka berita? Ada apa? Apa, Sahari letak jawatan Presiden parti dan tak nak bertanding?"
Aku terus capai remote control dan tonton berita tentang peletakan jawatan presiden parti.
Bagus, good riddance! Sahari ni presiden yang tak ada fungsi langsung! Setakat bersalam dengan Obama, itu je lah yang dia mampu buat. Nak negogiate trade deal, aku buat dan Natasha bincang. Nak pasal tentera, ayah buat. Dia duduk kat istana tu goyang kaki sambil main betina.
--
Azlan
Berita tentang peletakan jawatan Sahari Ariffin dari Presiden parti ni mula kecoh sampai bini aku tak habis-habis kena update berita.
Disebabkan itu, aku kenalah buat susu untuk Julia. Aku kan suami mithali.
"Apa benda bising-bising kat luar rumah tu? Macam ramai pulak orang?" tanya Merlina yang sedang update berita di website Wijayakini.
"Reporters la. Termasuk la reporter kau sekali," kata aku.
"Bising doh. Aku nak buat kerja pun tak senang," kata Merlina yang kemudian cabut wayar charger laptop dan naik ke atas, buat kerja dalam bilik.
"Meh, Julia. Come here to daddy!"
"Daddy, daddy! Ada owang datang! Wamai."
Aaahh, pihak media.
"Jom, Julia," aku terus dukung Julia, sambil aku menjawab soalan wartawan dari depan gate rumah aku.
Wartawan-wartawan berpusu-pusu tolak menolak untuk mendapatkan reaksi aku.
"Diminta jangan tolak-tolak, patah nanti gate rumah saya nanti," kata aku. Abang polis yang jaga depan rumah aku mula menghalang wartawan dari datang dekat dengan pagar.
"Encik Azlan, kenapa Parti Nasionalis bertanding 80 kerusi sahaja? Adakah encik Azlan tidak berminat untuk menubuhkan kerajaan?"
"Encik Azlan, apa pandangan encik Azlan berkenaan peletakan jawatan Sahari Ariffin daripada Presiden Parti Republikan?"
"Encik Azlan, menurut poll terkini, Encik Azlan adalah calon paling popular untuk jadi Presiden. Adakah encik Azlan mahu bertanding sebagai Presiden?"
Ni yang aku pening ni. Banyak betul soalan dorang ni.
"Sabar, sabar..." kata aku, cuba nak menenangkan wartawan.
Keadaan masih lagi kecoh dan berlaku tolak menolak.
"Baik-baik, jangan rempuh. Patah karang gate rumah saya. Kalau semua dah bertenang, baru saya jawab."
Keadaan jadi lebih terkawal apabila sebuah kereta polis tiba di depan rumah aku. Si Jugra punya hukuman tak habis lagi, jadi bila wartawan datang menyerbu ni, polis terus je datang tengok ada apa hal.
"Saya sebenarnya tengah melayan anak saya ni, Julia. Julia, lambai kat kamera?"
Aku gunakan Julia untuk photo op. Ni taktik aku untuk berdepan dengan wartawan. Nampak la yang aku ni seorang bapak yang mithali, jawab soalan wartawan sambil dukung anak.
"Saya dah jawab hari tu kenapa Parti Nasionalis bertanding 80 kerusi. Antaranya adalah faktor kewangan, selain faktor kebolehmenangan serta faktor kemampuan jentera parti. Sejak tewas dalam pilihanraya tahun 2009, parti ini telah mengalami kerugian dan terpaksa melunaskan banyak hutang kami. Jadi saya selaku Presiden harus mengambil tanggungjawab untuk bertanding mengikut kemampuan kami."
"Jadi macam mana nak bentuk kerajaan?"
"Kita bertanding je dulu. Kalau kita menang kerusi kita, kita tengok dengan siapa kita akan buat coalition."
"Republikan bertanding 270 kerusi, begitu juga dengan Demokrat. Kenapa Nasionalis tidak mahu bertanding di semua kerusi?"
"Saya dah jawab tadi. Next?"
"Apakah respon encik Azlan tentang peletakan jawatan Presiden Parti Republikan, Sahari Ariffin?"
"Saya tidak ada respon lain. Itu isu parti mereka, jadi saya tidak mahu komen. Next?"
"Poll kini menunjukkan encik Azlan adalah ahli politik paling popular di Gelanggayu. Adakah encik Azlan akan bertanding sebagai Presiden Republik dalam pilihanraya kali ini?"
"Saya dah katakan yang saya akan bertanding sebagai ahli Parlimen Puncak Jaya dalam pilihanraya kali ini. Saya pernah kata yang saya memang belum bersedia untuk bertanding sebagai Presiden, kerana kalau bertanding jadi MP di Puncak Jaya, saya cuma jaga kawasan saya di Puncak Jaya."
"Jika Parti Nasionalis tidak ada calon untuk Presiden Republik, siapa yang encik Azlan sarankan untuk ahli Parti Nasionalis untuk mengundi nanti?"
Saya dalam hal ni, no comment. Okay, okay. Last question? Sebab lepas ni saya nak masak."
"Terdapat dakwaan bahawa Parti Nasionalis akan bergabung dengan Parti Demokrat sekiranya dapat menafikan majoriti Parti Republikan. Komen encik Azlan?"
"Setakat ni saya belum ada apa-apa tawaran dari encik Rahman. Tapi standpoint saya, kita tengok dulu keputusan pilihan raya dulu. Dari situ, kita akan berbincang. Okay, saya rasa saya dah jawab semua soalan. Terima kasih. Julia, pandang kamera! Senyum!"
Ikonik betul gambar aku dukung Julia depan gate ni. Tak sabar nak beli paper. Aku nak frame gambar ni.
--
Ali datang ke rumahnya seorang diri senyap-senyap. Di tangannya ada beg plastik coklat yang dibelinya di lapangan terbang.
Ali nampak Nur Nilam Sari sedang menyanyi lagu Didi and Friends sambil main buaian. Dah hampir lima tahun dia tak dapat bertemu dengan anaknya.
"Nilam Sari?"
Nilam diam, kemudiannya dia pandang elok-elok dekat-dekat.
"Ayah ek?"
"Ye lah, anak ayah dah besar dah ni."
"Aunty Dayah, mak! Ayah dah balik!"
Hidayah dan Rozana berlari meluru ke arah Ali. Mereka bertiga menangis kegembiraan, segala kerinduan mereka ketika Ali jauh dari keluarga telah berakhir.
Pelan yang disusun oleh Aunty Idah untuk sempurnakan rancangan Azlan sudah 99.9999% berjalan lancar.
Tinggal 0.0001% sahaja iaitu menanti keputusan pilihanraya. Dan semuanya telah disusun rapi untuk menjadikan apa yang dirancang oleh Azlan, dan disusun oleh Aunty Idah, serta seluruh team, akan berjaya.
Bagaimana Aunty Idah daripada kecil mendidik Merlina dan Marina, serta menjaga Fazrul sampai dewasa.
Dan bagaimana akhirnya Aunty Idah membantunya menyusun langkah untuk membalas dendam atas apa yang dilakukan oleh Pengetua terhadap ibunya, dan terhadap ayahnya sendiri.
Hari kemenangan akan menjelang tiba. Dah lama dia dan Azlan, serta yang lain menanti detik ini.
Kemenangan akan berpihak kepada semua. Buat masa sekarang, Ali nak fokus bersama keluarga dulu.
--
Azlan
Hari Pernamaan Calon
Aku berbual dengan calon Parti Republikan, James Wong atau aku panggil dia Uncle James. Uncle James ni dulu kawan Uncle Daniel aku.
Dia ni ikutkan, ikut fahaman liberal lah. Tapi itu tak menghalang dari berbaik-baik.
Aku nampak Azizan serahkan dokumen untuk letak nama sebagai calon Parti Demokrat. Yang kesiannya takde siapa pun ikut dia. Orang Pak Harun boikot dia.
Lepas dia serah dokumen kepada pegawai SPR tu, dia jeling aku macam tak puas hati. Tak apalah, kau yang langgar tempat aku.
Aku hanya bersalam dengan Uncle James, sebab dia terus blah lepas pengumuman nama calon-calon Puncak Jaya.
So, ini lawan tiga penjuru.
Selepas pernamaan calon, aku buat satu sidang media tergempar di 2 Jalan Cendana.
Maka selepas pernamaan calon, aku terus pulang ke rumah, dan wartawan ke rumah aku.
Kenapa ke rumah aku? Sebab aku nak jadikan 2 Jalan Cendana ni macam kediaman rasmi aku bila segalanya selesai.
Maka semua wartawan, dalam dan luar negara semua menunggu aku di padang tepi tasik belakang rumah aku.
Aku keluar dari rumah, masih berbaju Melayu putih, bersampin merah. Aku jemput semua wartawan untuk pergi ke tempat yang lebih redup, dan ada banyak pokok yang ditanam, di samping berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit Wijayapura.
Aku kemudian duduk di kerusi rotan kegemaran aku, kemudian aku keluarkan dokumen yang tertulis 'Manifesto' dengan tulisan tangan.
Dalam manifesto aku, aku mengumumkan sekiranya Parti Nasionalis menjadi parti terbesar dalam kerajaan, aku akan membuat referendum untuk kembalikan Perkara 5 Perlembagaan Gelanggayu.
Iaitu mengembalikan hak-hak autonomi negeri sebelum Sultan Norman membatalkannya pada tahun 2003.
Aku senyum, sebab pada masa ini, semua orang dah mula tertanya-tanya, dari mana datangnya parti-parti negeri ni.
Apabila aku mengumumkan yang Parti Nasionalis hanya bertanding 80 kerusi pada PRU ni, aku dah nampak ahli politik yang gelojoh.
Contohnya, Rahman. Dia cepat-cepat tukar taktik, meletakkan semua calon Demokrat bertanding walaupun Parti Demokrat tak ada duit.
Dah ada satu perikatan anti-Azlan yang terbentuk dalam inter-party; kem Rahizan dalam Parti Nasionalis, yang aku dah hancurkan semalam dengan kematian bos mereka, Parti Demokrat Haji Syaaban dan Republikan liberal wing yang diketuai oleh Cindy Wong.
Cindy, yang asam laksa tu.
Dan nampaknya Azizan ni pun sebenarnya proksi Cindy dalam Demokrat. Maka next pemilihan parti Republikan dan Demokrat, aku akan jadi semakin sibuk.
Best betul bila kita boleh nampak blunder after blunder moves dari dorang ni.
--
Azizan berkempen memburuk-burukkan Azlan di pasar malam, namun tak ada siapa yang peduli dan mahu mendengar.
Orang ramai di Seksyen 20 Puncak Jaya pandang Azizan atas bawah. Brader jual ayam pandang panas je muka Azizan. Brader jual bundle pulak bukak lagu punk rock kuat-kuat untuk melawan bunyi suara Azizan.
Yang jual daging pun cakap makin kuat, dan orang ramai pun buat bunyi bising, dan tidak mempedulikan Azizan.
Azizan menjadi bengang, apabila hari hujan. Mintak tolong orang Demokrat Puncak Jaya tolong angkatkan equipment macam speaker, mixer dan mic, haram satu muka pun tak nampak.
Terpaksalah Azizan menyuruh anak PA ayah dia masa PM, Carlos Datuk Sidek dan orang-orangnya angkat barang. Tapi Carlos ni pun banyak kerja lain, sebab sejak Tun Azmi meninggal, Datuk Sidek pun dah tak ada duit.
Maka basahlah equipment dan rosaklah semuanya. Sampai keluar elektrik. Nasib baik tak electrocuted kat situ.
--
"Itulah, Zizan. Aku dah cakap, kau jangan lawan dia kat situ," kata Rahman, melihat adik tirinya yang basah kuyup.
Azizan masih rasa marah, kerana diperlekehkan abang tirinya.
"Aku akan menang, kau tengok la."
"Macam mana kau nak menang, Zizan? Jentera parti pun boikot kau."
"Bang Man tak tau ke Pak Harun tu pengkhianat parti? Dia lagi nak kerjasama dengan Azlan!"
"Aku pun kalau ikutkan, aku nak kerjasama dengan dia. Kau ingat parti ni boleh beroperasi ke kalau aku tak deal dengan dia dulu?"
"Bang, abang jangan takde maruah. Dulu dia malukan ayah, dia hina ayah! Abang tak ingat ke?"
"It's politics, Zizan. Nothing personal la..."
"Itu pada abang la, yang langsung tak pernah sayangkan ayah!"
"Kau tolong sikit, Zizan. 18 tahun ayah jadi PM, siapa assistant dia? Aku. Kau tu cuma taraf driver je. Mak kau pun gundik ayah aku je."
Azizan mengamuk dan ugut nak tumbuk muka Rahman.
"Kau ni nak acah penting sangat, kenapa Zizan? Aku rasa Azlan pun tak peduli dengan kau. Kau kutuk dia macam-macam kat pasar malam tu, tak ada siapa nak dengar cakap kau. Kerja sia-sia."
"Kalau aku menang, aku tumbuk kau!" kata Zizan dengan kemarahan.
"Kalau kau kalah? Aku cabar kau lari bogel keliling Puncak Jaya sambil bawak sepanduk 'Aku Loser', boleh?" tanya Rahman.
Azizan berdengus, dan terus hempas pintu pejabat Rahman.
"Masuk ni dah tiga kali aku tukar pintu office. Jimbet punya adik!"
Rahman terus capai remote, dan buka TV. Siaran Angkasa Awana menyiarkan berita manifesto Azlan untuk mengadakan referendum kembalikan Perkara 5.
Kemudian dia termenung panjang, dan dia baru nampak permainan Azlan. Tapi sudah terlambat, sebab calon semua sudah diumumkan.
"Jadi, dia bertanding 80 kerusi je, tapi parti-parti negeri tu, dia jugak?"
Kemudian dia check senarai penuh nama-nama calon. Dia perasan, calon yang Parti Nasionalis tak letak calon, akan ada parti-parti negeri, atau calon bebas.
Parti Nasionalis bertanding lawan calon Demokrat pro-Haji Syaaban. Secara teknikal, Azlan tak langgar syarat perjanjian.
Dia terus call Azlan.
--
Azlan
Aku pandang telefon, nama Rahman Demokrat berkelip-kelip.
"Wei, jawab la phone kau tu, Lan," kata Merlina yang sedang buat kerja.
"Kau jawab la, cakap aku busy."
Aku busy apanya. Aku dengan Julia tengah tengok Boboiboy. Lepas Boboiboy, kata Julia, ada rancangan kegemarannya, 'Utwaman'. Sambil kunyah maruku.
Ultraman la tu.
Aku agak relaks sebab aku dah pelan siap-siap apa yang aku patut buat. Lapan tahun aku dan ibu prepare untuk pilihanraya ni.
Aku tahu, dia dah menggelabah sebab dapat tahu parti-parti negeri yang bertanding lawan calon tu, sudah terjawab secara misteri.
Aku rasa dia dah tahu dia kena game. Tapi dia tak boleh lawan aku. Sebab kalau dia nak teruskan survival parti Demokrat ni, dia kena berhutang dan cari duit untuk bayar warlord.
Warlord-warlord dorang pun aku pegang, macam mana nak lawan?
Dan macam biasalah aku akan terus fund warlord Parti Demokrat agar Rahman terus melutut dengan aku.
Siapa suruh letak adik kau bertanding kat tempat aku? Memang kena sengat la!
--
Selepas sekian lama menunggu detiknya, akhirnya Ali datang ke wad untuk menghabiskan dendamnya kepada Jeneral Yahya selama ini.
Ali duduk di tepi kerusi Jeneral Yahya, yang sedang terbaring kesakitan. Dalam hati Ali berkata, 'dah tak lama dah ni'.
"Ali?"
"Ya, Pengetua."
"Bila aku dah sihat nanti, aku akan usaha untuk bayar hutang aku pada kau. Kau jangan risau, aku akan tunaikan janji."
"Janji? Haha."
Ali gelak bersahaja. Dia tahu orang tua ni nak lepaskan dirinya sahaja.
Dia tengok jam dah nak masuk Asar. Dia sengaja buka TV, dan siaran azan berkumandang. Kemudian dia jeling ke arah muka Yahya.
Muka Yahya seperti menyampah. Dia cuba capai remote TV, tapi remote itu dicapai oleh Ali.
"Bising la, Ali."
"Kat neraka nanti lagi bising."
"Heh, kau percaya pada syurga dan neraka, Ali? Kalau betul la wujud, orang macam kau la yang akan masuk neraka. Minum arak, seks bebas, hisap dadah."
"Kalau pisahkan anak dengan bapak sejak bayi tu, masuk neraka tak, Yahya?"
"Kau semua tak faham! Aku buat demi kebaikan semua orang!"
"Semua orang?"
"Kalau aku tak kutip kau dulu kat gerai nasi kandar Mustafa hari tu, kebuluran la kau, budak! Dasar lupa daratan!"
"Saya, lupa daratan? Macam mana pulak dengan anak Teluk Tenang, kerja askar, jadi imam kat berek tentera, tapi bila kenal Rockefeller di New York, terus lupa agama?"
"Ajaran padang pasir tu dah lapuk, Ali. Terimalah hakikat tu. Zaman sekarang adalah liberal demokrasi."
"Macam Amerika?"
"Ye, supaya negara kau boleh kaya macam tu. Arab Saudi tu, kalau tak ada Amerika, miskin dia sebab takde orang nak beli minyak."
"Lagi setahun dua nanti, hancur la Amerika ni."
Pengetua ketawa.
"Maaf cakaplah, Ali. Kau nak hancurkan Amerika? Kau tu belajar pun sampai darjah tiga."
Ali terus sandar, dan buka telefonnya, tunjuk gambar dia dengan Donald Trump di Trump Tower.
"Donald Trump?"
"Tak rasa Pengetua akan hidup zaman dia nanti. Okay lah, saya datang ni sebab nak letakkan ubat Pengetua kat sini. Jangan lupa makan ubat, okay?" kata Ali, sambil meletakkan botol ubat di meja Yahya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro