
2014 part 10
Azlan
Pengikut-pengikut Rahizan dalam Parti Nasionalis mula menjadi resah, kerana lagi dua hari sebelum pernamaan calon lagi dua hari, dan aku masih belum tandatangan surat watikah pelantikan calon untuk Parti Nasionalis.
Aku cuma sign untuk beberapa orang je, yang bersama aku.
Rahizan call aku daripada dua hari lepas. Aku mutekan telefon. Orang-orang dia pun call aku, yang aku buat tak tahu. Paling kesian, Merlina lah.
Dorang tak dapat aku, dorang cari bini aku.
Aku dengar dorang nak berdemo depan pejabat Parti Nasionalis malam ni, sebab berdasarkan apa yang berlaku kat pejabat Parti Demokrat dua hari lepas, bila penyokong Haji Syaaban berdemo sebab marah Rahman masih lagi belum sign surat watikah.
Aku tau rule surat watikah ni, masa kau nak bertanding, surat watikah parti ni hanya Presiden parti je yang boleh sign. Tak kira kerusi mana pun, baik kerusi Ahli Parlimen, Gabenor, mahupun kerusi Presiden Republik sekalipun.
Ada yang tanya aku, kenapa aku tak nak bertanding Presiden Republik walaupun aku Presiden Parti? Jawapan aku depan media, aku cakap aku belum bersedia untuk menjadi Presiden.
Tapi sebenarnya bukan sebab tu, sebab let's be honest, presiden republik takde apa fungsi kecuali simbol. Kau tengok Sahari, mana ada buat apa sangat pun. Tak pegang real power.
Dalam pilihanraya 2014 ni, ada tiga gameplan yang akan dimainkan. Taktik yang digunakan Adilah - The Kingmaker's Plan - ialah menjadikan sesebuah parti itu menjadi kingmaker bila dua buah parti terbesar tak boleh bentuk kerajaan sebab takde majoriti. Taktik klasik dalam politik.
Taktik Adilah ni sebenarnya dah pernah dibuat oleh Tok Aki masa tahun 1995 - bila Gagasan Ummah menjadi penentu antara Parti Persekutuan dan Parti Jujur.
Tak kreatif langsung Adilah ni, tiru taktik tok guru dia bulat-bulat. Tapi ada update sikit la taktik Adilah ni, dengan Rahizan dalam Parti Nasionalis ambik side dia, dan Haji Syaaban dalam side Demokrat.
Kingmaker's 2.0 la taktik Adilah ni. Takdelah canggih mana, tapi updated sikit la dari zaman Tok Aki buat tahun 1995 dulu.
Gameplay kedua ni adalah gameplay Rahman cadangkan pada aku masa meeting di Teluk Tenang hari tu. Gameplay kedua ni namanya divide and rule.
Aku syak Rahman ambik taktik ni dari Pengetua sebab Pengetua pernah je ajar benda ni kat aku masa aku jadi anak murid dia dulu.
Taktik kedua ni memerlukan dia buat alliance dengan aku, selaku Presiden parti, untuk melaga-lagakan antara pihak yang menentang kami dalam parti kami bertembung sesama sendiri, jadi biarkan mereka bersaing sesama sendiri asalkan kerusi-kerusi yang pro kepada kami, selamat.
Aku play along je taktik ni, dan aku sebenarnya nak ajak Natasha join sekali dalam game ni, cuma Natasha dalam Parti Republikan ni ada satu masalah. Dia ni, kena pegang dengan Adilah.
Mungkin sebab Adilah dah invest duit banyak kat projek Teknojaya yang merupakan brainchild arwah Datuk Abdullah, ayah dia dulu. Aku berumur 16 tahun masa dia bentangkan projek tu dulu.
Sebab tu aku tak nak masukkan Natasha dalam coalition ni.
Aku melabur banyak kat parti-parti kecik peringkat provinsi macam Parti Wijaya atau Parti Rakyat Kenidiri ni. Parti-parti yang ditubuhkan oleh Ahli Dewan Negeri sebelum Sultan mansuhkan Perkara 5 Perlembagaan Gelanggayu tahun 2003 dulu.
Aku akan ikut je pelan Rahman - dengan sign surat watikah ni masa malam sebelum hari pernamaan calon, supaya geng Rahizan dan Haji Syaaban tak boleh nak decide apa dorang boleh buat.
Sebab kuasa kat tangan kitorang, sekarang. Kalau tak guna kuasa ni, orang lain akan rampas kuasa ni dan tikam kita dari belakang.
Tapi, aku takkan trust Rahman. Aku kena bersedia untuk jaminan aku dan kabilah-kabilah aku.
Parti-parti kecil ni bertindak sebagai pemecah undi untuk port-port kerusi Demokrat pro-Rahman, Republikan side Adilah dan Nasionalis side Rahizan.
Tu satu. Selain tu, aku dan Ali, melalui Bitcoin yang dia hantar ke aku beberapa hari lepas, akan fund ahli-ahli Parti Pertiwi yang diharamkan oleh RoS dan SPRG, yang dipengerusikan oleh Pak Wan Radzi, untuk bertanding sebagai calon bebas.
Aku cuma nak Parti Nasionalis jadi parti terbesar dalam Parlimen sahaja, aku tak nak jadi majoriti. Aku tak nak jadi Perdana Menteri buat masa ni. It's not the right time.
Sebab ada banyak konco-konco Pak Wan Radzi dalam deep state, dan aku tak nak jadi macai Pengetua juga.
Pelan aku ni, dipanggil "Phantom Plan", di mana semua pundit politik akan tergamam dan tak tau apa nak cakap bila tengok keputusan pilihanraya nanti.
Sebab tak akan ada satu parti pun yang akan dominan dalam Parlimen dalam pilihanraya kali ni, kalau ikut plan aku ni.
Mengikut apa yang aku rancang, daripada 270 kerusi Parlimen, aku nak Parti Nasionalis menang dalam lingkungan 65-70 kerusi sahaja.
Sebab kalau 270 bahagi 5, jawapannya 54. Tapi dalam lima bahagian ni, aku nak paling dominan, supaya senang parti aku buat kacau dan mencipta ketidakstabilan dalam kerajaan.
Harus diingat, untuk tubuhkan kerajaan, kau perlu 136 kerusi untuk majoriti. Dan 180 kerusi untuk 2/3 untuk gubal kerajaan.
Kenapa lima, korang semua tanya aku? Baik, bahagian pertama, Parti Nasionalis. Dan aku akan pastikan 65-70 kerusi ni adalah kerusi yang solid setia pada aku. Yang ba'iah dengan aku. Aku akan letak dalam 80 calon je. Dalam 14 orang Rahizan akan diletakkan dan dikalahkan. Contohnya, Datuk Bakri orang kanan Rahizan, aku letak dia untuk kena sembelih kat Teknojaya Timur.
Bahagian kedua, Parti Republikan, tu pandai-pandai dorang lah. Bahagian ketiga, adalah Parti Demokrat yang pandai-pandai la Rahman settle sendiri.
Yang keempat adalah barisan parti-parti kecil yang aku jadi broker ni. Parti-parti ni akan mendesak siapa nak mereka dalam kerajaan, kena laksanakan referendum rakyat untuk Perkara 5 Perlembagaan Gelanggayu dikembalikan semula.
Bahagian kelima ialah sekumpulan ahli Parti Pertiwi yang jadi calon bebas. Dorang ni, kata Ali, kerjanya ialah memeras ugut kerajaan.
Aku tau la ni memang taktik Ali sebab masa dia muda dulu dia kaki pow dan kaki ragut. Kerja ahli bebas ni ialah pow Parti Republikan kalau mereka nak ahli parlimen Bebas ni menyertai kerajaan.
Pelan aku dan Ali ni akan buat keputusan pilihan raya 2014 ni akan jadi macam ni:
Parti Nasionalis: 65-70 kerusi
Republikan: 55-60 kerusi
Demokrat: 45-50 kerusi
Parti-parti Perkara 5 Persekutuan: 35-40 kerusi
Parti Pertiwi yang menyamar jadi Bebas: 40-50 kerusi.
Jadi automatik, kita akan ada hung government. Dan aku nak parti-parti provinsi ni desak Republikan untuk adakan referendum.
Dan katakan, dalam referendum nanti, orang ramai majoriti menyokong Perkara 5?
Kau kena ingat, untuk tubuh kerajaan, memerlukan 136 kerusi. Tapi untuk gubal Perlembagaan, memerlukan 180 kerusi.
Bila rakyat majoriti mahukan Perkara 5 dan kerajaan Republikan tak mampu laksanakan, masa nilah aku dan Ali bertindak. Dan Parti Nasionalis dan Parti Pertiwi bersama parti negeri-negeri, akan bergabung untuk dismantle elemen sekular paksa dalam Perlembagaan Republik.
Ali akan pastikan calon Presiden pilihan kitorang, Hafiz dengar cakap kitorang. Kalau tak, berlambak sex tape dia kitorang akan released.
Aku dan Ali juga nak dia pecat orang-orang Pak Wan Radzi dan gantikan dengan orang-orang Ali.
Kau nak tengok negara bila tak ada satu pun yang parti politik dominan macam mana? Kat situ aku akan kawal semua parti-parti politik dalam Gelanggayu ni.
Kau tunggu.
--
Selepas ahli parti Demokrat merusuh kerana Presiden parti, Rahman Azmi dikatakan masih belum menandatangani surat pelantikan watikah calon pilihan raya, ahli parti Nasionalis berhimpun di depan bangunan parti di Tanjung Emas, membantah tindakan presiden parti, Azlan Muhammad Niat kerana masih belum menandatangani surat lantikan watikah kepada calon Presiden Republik untuk parti itu, Rahizan Abu Talib.
Penyokong-penyokong itu mengatakan akan memboikot Parti Nasionalis dalam pilihanraya ini sekiranya tidak menandatangani surat watikah tersebut.
--
Azlan
Merlina tutup TV, kemudian berdiri di depan aku dan berpeluk tubuh.
"Boleh aku tau tak, kenapa kau buat macam ni? Kau sekarang leading dalam poll, kau tau tak? Kenapa kau tak nak sign surat-surat tu? Besok last day sebelum pernamaan calon. Malam ni debat Presiden. Macam mana Rahizan nak bertanding kalau kau tak nak sign?" kata Merlina.
"Aku ada plan aku, Mer. Kau rilek je."
"Tapi dorang semua call aku cari kau, kau faham tak? Kau tu Presiden parti. Kalau kau tak sign, dorang semua tak boleh bertanding."
"Kau rilek je. Everything is on my plan."
Aku terus bangun dari sofa. Dan jalan menuju ke dapur.
"Kau cakap je, besok baru aku sign. Dan hanya orang yang setia dengan aku je, yang aku sign. Yang ada plan lain, nak mengugut aku ni, aku malas nak layan."
"Lan, nak tubuhkan kerajaan ni, kau perlukan team lain jugak. Kau perlukan jugak Rahizan tu. Jangan macam ni."
"Siapa cakap aku nak tubuhkan kerajaan?" kata Azlan sambil bancuh kopi.
Merlina rasa pelik dengan reaksi aku.
"Habis tu, kenapa kau masuk bertanding?"
"Macam aku cakap, aku ada pelan aku. Aku cadang nak bertanding dalam 80 kerusi je."
"80? Mana cukup wei? Kau ni, biar betul wei. Kau nak buat apa ni?"
"Kau tengok je. Let the chips fall where they may."
Merlina terus tarik kerusi dapur dan duduk.
"Kau nak buat apa ni?"
"Chaos. Kau tunggu malam keputusan pilihanraya ni nanti. Kalau plan ni bergerak cantik, it will be the greatest political maneuver in Gelanggayu history since Raja Gautama victory."
"Wow, besarnya claim kau ni."
"Indeed."
Telefon aku berbunyi.
"Hello, bang Azham. Ya, budak-budak Diamond Hijau kat depan office Parti Nasionalis. Ya, sekarang."
Aku terus bangun dari kerusi dapur.
"Ada apa ni?"
"Mer, dua jam dari sekarang, kau pecah berita. Bangunan Parti Nasionalis terbakar. Sebelum orang lain cover, baik kau buat dulu."
"Lan, kau buat gila apa ni?"
"Yes, aku dah gila. Sebab hanya orang gila saja akan buat genius move. Kau tunggu. Aku dah lama tunggu saat ni berlaku."
Kristalnacht Gelanggayu berlaku lepas ni. Macam Gestapo bakar Reichstag untuk kuasa penuh kepada Sang Adolf.
--
Ali melutut, dan membaca Yasin dan Al-Fatihah kepada arwah ayahnya, Allahyarham Muhammad Niat.
Mawar dan Faridah ada di sebelah, memeluk sesama mereka.
Selepas selesai membaca Yasin, Ali membaca doa agar roh ayahnya ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.
"Sebab orang tua tu lah, Ali tak pernah tengok wajah ayah, kecuali dalam gambar yang ibu simpan."
"Kau dah sedia, Ali?" tanya Faridah.
"Sedia apanya, Aunty?"
"Misi 'final boss' kau?"
"Dah ada ke barangnya?"
Faridah keluar botol ubat dari begnya.
"Ini ubat sakit jantung orang tua tu, tapi dah lace dengan racun Viper X," kata Faridah.
"Kalau makan mati terus ke?"
"Slow death. Macam sakit tu matikan immune system dalam masa seminggu dua, macam tu. Tapi menderita lah dia."
"Saya simple je, Aunty. Kalau dia nak bertaubat, saya beri peluang. Kalau dia nak minta maaf, saya maafkan je. Tapi kena dia la minta maaf pada kita semua. Kalau dia nak ketegaq keras kepala macam biasa, mati je lah lebih baik."
"Kau rasa?"
"Entahlah, aunty. Kita tengok dulu macam mana."
--
Natasha memandu ke arah hospital seorang diri. Di tangannya ada satu envelop yang berisi diari tulisan Adilah.
Sebenarnya dia terkejut, pada satu hari, dia dapat envelope dari Jessica. Jessica bagi Natasha diari Adilah yang selama ini disimpan Jessica dan Merlina.
Natasha ada terbaca tentang rancangan Pengetua untuk pisahkan dia dan Azlan, seawal tahun 1986 lagi. Pengetua tak nak Azlan dengan Natasha sebab kalau kahwin dengan Natasha, Azlan takkan dapat punca kuasa yang dikehendakinya.
Pengetua terlantar di hospital. Rambutnya telah keguguran, badannya semakin mengurus. Hidupnya menuju ke hujung dengan penuh kesakitan. Mata kirinya sudah buta dimamah katarak.
"Pengetua?"
"Haaa...Natasha?"
"Yes, it's me."
"You do awful at the debates," kata Pengetua.
"Azlan, he knows how to manipulate audience. G-pop lah, pakai gambar lah. I wasn't prepared for that kind of debate. Too theaterical," kata Natasha.
"Debat tu lah teateritikal. Dari zaman Ancient Greek lagi macam tu," kata Pengetua.
"I'm so sorry for what Mak Cang do for you. Masa dia jaga Rachel dulu, elok je."
"Dia ada dendam dengan aku. Sebab tu dia layan aku macam anjing. Mawar tu, rupanya dah berpakat dengan Faridah, pakat dengan Ali, Fazrul, Marina, Merlina tu semua untuk lawan aku. Aku percaya kepada Faridah sepenuh hati, sebab dia anak didik aku yang paling lama ikut aku. Dia isteri Mamat, kawan baik ayah kau, dan ibu kepada Azlan. Tak sangka aku kena game dengan anak murid aku sendiri. Dua orang anak beranak murid aku game aku," kata Pengetua.
"Tak baik cakap kat Aunty Idah macam tu, Pengetua. I mean, how many years she stays loyal to you? Even masa you hidup in asylum kat Temasik dulu pun, dia masih dengan you."
"Dia main dua kolam, Nat. Dengan Norman pun dia join. Tapi aku fikir dia buat macam tu sebab nak placing untuk Azlan dan Mina macam apa yang aku arahkan."
Natasha terkedu bila dengar Pengetua terlepas cakap.
"So, betul lah, Pengetua yang plan semua ni, untuk buat I dengan Azlan broke up masa tahun '92 dulu?"
"Natasha, aku buat ni demi kebaikan kau. Aku buat semua ni untuk memastikan apa yang aku rancang untuk korang semua berjaya."
"Betul la Pengetua sanggup berpakat dengan Adilah masa I kat England untuk buat I putus dulu?" Natasha ulang lagi.
"Nat, kalau kau nak marah aku, aku buat yang terbaik untuk semua. It's just a damn puppy love. Azlan perlu kahwin dengan Tengku Aminah untuk dapatkan power tu. Kalau tak, Azlan akan jadi ahli parlimen biasa je, faham tak?"
Natasha bangun dari kerusi, kemudian memandang Pengetua.
"Yahya, you're despicable!" Natasha terus keluar dari wad Pengetua.
--
Natasha keluar dari wad dalam keadaan menangis. Hatinya benar-benar terluka. Sekarang baru dia faham, kenapa mereka semua nak jatuhkan Jeneral Yahya.
Dia keluar dari lif, dia nampak Ali.
"Kau dah kenapa?" Ali ternampak Natasha sedang menangis. Natasha tersentak.
"Bila you balik Gelanggayu?"
"Dua hari lepas. Nak lepak tak?"
"Oh, okay."
Ali arahkan budaknya naik ke atas dan standby tempat. Dia ada misi terakhirnya untuk Jeneral Yahya.
Tapi disebabkan dah terserempak dengan Natasha, Ali kena cover dulu.
--
Ali dan Natasha lepak di kafetaria hospital.
"Ceroinya mi sup ni. Takde rasa langsung," kata Ali.
"What do you expect, Ali? Makanan hospital," kata Natasha.
"Ye tak ye jugak."
"You buat apa je selama 4 tahun ni?"
"Yang kau tengok kat luar huru-hara tu, kerja aku lah," kata Ali sambil capai rokok Gudang Gula.
"Ali, don't smoke here lah," kata Natasha, berbisik.
"Aduh, skema la kau ni Nat. Patutlah kalah debat dengan Azlan."
Natasha tarik muka.
"You are working with Sayap Kuning?" tanya Natasha.
"Sayap Kuning yang kerja dengan aku, haha!" kata Ali.
"What do you mean?"
"Mana Adilah ada duit sejak Hafiz jual saham Kencana Consortium dulu, Nat. Sekarang ni aku yang run the show. Orang cakap CIA ni kaki buat coup kat negara orang, kan? Iran la, lepas tu zaman aku kecik dulu, Nicaragua la, Grenada la, Panama la...sekarang ni, walaupun CIA yang plan, yang tukang buatnya kepakaran orang Sayap Kuning. Tu, kat Kyrgyzstan, lepas tu Arab Spring, yang setup ISIS kat Syria, tu semua CIA sub kat kitorang. Tapi Rusia dengan Kwantong pun minta kepakaran kitorang juga tu."
"Yes, Kebetulan department international Sayap Kuning ni dulu, orang tua kat atas tu yang pegang, kan?"
"Eh, eh! Takkan Princess Pengetua pun dah beralih arah? Ahak hak hak hak!" Ali ketawa sambil tepuk meja.
"I've given up on him. Aah, he's on his deathbed anyway. Sekarang I faham kenapa your mother ganyang teruk orang tua tu."
"Kau menangis kat atas tadi tu sebab kau baru find out kan, yang Pengetua pakat dengan Adilah untuk buat korang break up? Kan?"
"Mana you tau?"
"La, aku pegang Sayap Kuning sekarang. Segala cerita aku tau. Tu, kat wad dia tu, ada CCTV aku. Segala apa yang korang borak pun aku tau."
"Tapi dalam diari ni kan, Ali, betul ke semua ni tulisan Adilah? Why Adilah tu sepah-sepahkan diari ni kat bilik Jessica? She knows kan benda ni boleh buat against her?"
"Dia ni, macam tak tahu arah mana dia nak ikut. Dia cintakan Azlan, tapi dalam masa sama dia ada misi untuk jatuhkan Azlan. Sebab tu bercelaru dia tu. Samalah macam kau, nak lawan Azlan debat, tapi terpesona dengan senyuman dan lirikan matanya yang menggoda..."
"Shut up, Ali."
"Eleleleeehhh!"
"Dalam buku diari ni, Adilah tak cakap pulak apa specific plan yang Pengetua buat dengan dia?"
"Entahlah, Nat. Hal cinta korang ni aku tak masuk campur. Aku tak boleh lama ni, aku nak jumpa Azlan ni."
"Oh, okay. Thanks, Ali."
"Thanks? Kenapa?"
"Everything."
Ali senyum.
"I'm so sorry sebab my government buat you terpisah dengan family you for so long."
"Government kau pun bukannya kau yang handle. Ada tangan Adilah, ada tangan orang tua tu. Lepas tu datang Fazrul, datang Aunty, datang Marina, datang Merlina. Kau pun tak tahu banyak benda yang berlaku belakang kau," kata Ali.
--
Kereta Ford Ranger lambang tengkorak 3:16 parking depan 2 Jalan Cendana.
Kembalinya Ali ke Gelanggayu memang ditunggu-tunggu oleh Azlan.
"Ali..."
"Apa cerita, jabroni?" tanya Ali, sambil tumbuk perut Azlan cara bergurau.
"Masih whooping candy ass, haha!" kata Azlan.
"Aku datang sini sebab nak tengok Jugra. Eh, sejak bila depan rumah kau ni ada polis jaga?" Ali pandang ke arah polis yang terketar-ketar bila nampak Ali.
"Hari tu lah, Jugra pergi kibar bendera Palestin masa Obama datang tu. Mahkamah bagi dia hukuman, suruh dia kena tahanan rumah sebulan," kata Azlan.
"Ah, Marina ni pun satu. Takkan tak boleh kawtim. Mende Fazrul ni," kata Ali.
"Kira okay la kena tahanan rumah sebulan. Kalau tak, Henry Gurney tu," kata Azlan.
"Kau pun sama, kalau orang tua tu takde masa kau kantoi conteng kutuk Queen Elizabeth kat tangki air sekolah kau dulu, takde pulak fikir Henry Gurney? Nasib baik kaki kau yang patah. Kalau kaki aku yang patah, memang menahan jubo je lah kat dalam tu!"
Azlan ketawa bila Ali petik zaman nakal sekolahnya.
"Jap, sebelum aku nak lawat Jugra, aku nak tengok, mana gelanggang wrestling kau?"
"Ada, dalam gym. Aku terpaksa renovate rumah ni besar sikit. Ni aku dah beli dua rumah kat row rumah aku ni. Lepas menang ni, masing-masing dapat bajet besar la," kata Azlan.
"Bajet besar...." Ali naik kedua-dua keningnya.
"Mestilah, dah berjaya, semua kabilah mesti dapat habuannya."
Azlan tunjukkan kepada Ali gelanggang wrestling yang dibelinya, kini lengkap dengan gym, beg pasir untuk berlatih tomoi, dan macam-macam lagi kelengkapan.
--
"Woi, Jugra," kata Merlina.
"Apa dia, Mama Mer?" Jugra gosok mata, baru bangun tidur.
"Ada kawan kau, nak jumpa. Kepala botak," kata Merlina.
"Jap, Bob Batista ada rambut. Fendy Orton pun."
"Pergi je lah kat gym."
Jugra meregang-regangkan ototnya, dan nampak di gelanggang wrestling, daddynya sedang bergumpal lawan wrestling dekat gelanggang.
"Uncle Ali!" jerit Jugra, menyebabkan Ali hilang fokus, dan Azlan memautkan tangannya pada bahu Ali, dan membuat Rock Bottom kepada Ali.
"Aduhhhh..." jerit Ali, kemudian ketawa.
Ali bangun, kemudiannya berpeluk dengan Jugra.
"Apa kepala otak kau fikir sebenarnya sebelum kau pergi meloncat kat Barack Obama bawak bendera Palestin tu? Joni cakap dengan aku, sebab kau nak mengorat Nurul Rachel anak Natasha, betul ke?" tanya Ali.
Muka Jugra jadi merah padam bila Ali sebut nama Rachel.
"Aku ingatkan kau dah nak join intifada dah, Jugra. Kalau tak, aku letak nama kau jadi pejuang Hamas kat Gaza tu," kata Ali.
Jugra dah tutup muka, malu sebab Ali bercakap tentang tindakannya tempoh hari yang membuatkannya dalam tahanan rumah selama sebulan.
--
"Malam ni, kau tengok TV. Tengok berita. Benda yang aku cakap dengan kau lapan tahun lepas akan jadi kenyataan," kata Azlan.
"Steady la Lan. Akhirnya setelah sekian lama kita plan..."
"Lepas ni kita dah boleh buat peringkat yang seterusnya."
"Aku balik dulu, Lan. Nak jumpa anak dan bini-bini."
"Okay, kirim salam aku pada Dayah, Zana dengan Nilam, okay?"
Azlan dan Ali berpelukan, sebelum Jugra salam cium tangan pada Ali, dan Ali memeluk Jugra.
"Uncle Ali kat Gelanggayu je ke nanti?"
"Kejap, tapi nanti Uncle ada kerja kat luar, uncle keluar la. Lain kali, kalau nak bertindak, kena bertindak dengan bijak. Macam ayah kau. Faham?"
"Faham, Uncle Ali."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro