Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2014 part 1

Faridah bersama Brigedier Jeneral Firdaus tiba di London, untuk berjumpa dengan Ali.

Ali cium tangan Faridah sebaik sahaja Faridah dekat dengannya. Brigedier Jeneral Firdaus, yang baru naik pangkat, menemani Faridah untuk ke London.

Brigedier Jeneral Firdaus cium tangan Ali.

"Obama nak datang Gelanggayu," kata Faridah.
"Tahu, aunty. Sebab tu saya jemput Mahadi datang sini juga. Azlan macam mana?"
"Dia tengah prepare untuk menyambut kepulangan kau, Ali. Dan dia tengah rancang untuk susun orang-orang dia."

Mereka bertiga menaiki kereta untuk menuju ke rumah Ali di Highbury Square.

"Dah jadi rumah dah stadium ni?"
"Haah, aunty."
"Sama ada Arsenal ni bodoh, atau Arsenal ni dah terdesak tak ada duit," kata Faridah.
"Aunty tau pasal bola?"
"Bapak Natasha tu kawan aku. Dulu dia minat kat aku, aku yang tak minat kat dia. Dia kerja sini dulu. Aku tau sebab dulu masa aku kerja dengan Yahya tahun 60an dulu, kalau aku datang London, aku datang sini, jumpa dia."
"Aunty minat bola ke?"

Faridah geleng kepala.

"Aku suka susun orang."

Tergelak Ali dibuatnya.

"Dulu Azlan ada cakap, yang Aunty pernah cerita selalu kalahkan chess lawan ayah. Betul ke?"
"Aku suka troll dia pasal tu. Dia tak boleh terima. Dia boleh kalahkan pemain chess Soviet, pemain chess Czech, pemain chess Turki, tapi dia tak boleh kalahkan aku."
"Kenapa Aunty tak nak masuk pertandingan chess macam ayah?"
"Dulu masa kelayakan nak jadi wakil negara untuk pergi lawan peringkat Asia Tenggara, aku demam. Ayah kau yang pergi. Mula-mula sedih juga, tapi fikir balik, nanti diperkudakan Sultan Jaafar. Baik aku main caturkan orang. Aku belajar dari orang tua tu jugak."
"Yahya macam mana?"

Faridah ketawa.

"Bergilir-gilir korang lanyak dia ya. Mula-mula kau, lepas tu Fazrul, lepas tu Merlina, lepas tu Aziz pun join, lepas tu mak kau pulak."
"Lepas ni saya la pulak, saya final boss," kata Ali, tersenyum.
"Okay, enough sembang. Sekarang aku nak brief apa yang bakal kita prepare masa Obama datang nanti. Mahadi, ada apa-apa info?"
"Secret Service dah start datang ke Wijayapura sejak minggu lepas, dan kita dah pantau dorang."
"Secret Service datang nak pantau kita, sekali kita yang pantau dia dulu," kata Faridah.

"Bukannya cerdik sangat pun Amerika ni, Puan. Saya kat Washington tu hari-hari perhatikan mereka. Memang apa yang bro Ali dengan Merlina buat sekarang ni, dah memang pecahbelah dah. Vladimir Putin tinggal datang cuci tangan je tambah lauk," kata Kolonel Mahadi.

"Yang tu kau kena kenang jasa Vyacheslav kawan si tua kutuk tu, Madi. Dia yang jual buku teks seawal tadika untuk hasut budak-budak untuk benci negara sendiri. Bila besar budak tu, jadi hippie, memberontak lawan negara sendiri. Dah tua, pegang kuasa, rosakkan negara sendiri dari dalam," kata Faridah.

"Tapi kita sekarang nak buat apa ni, Puan?" tanya Brigedier Jeneral Firdaus.

"Buat masa ni, kita perlukan Natasha untuk jadi friendly face kepada Barat. Biar Barat jangan kacau kita. Biar mereka ingat kita suka dia. Dalam masa sama, Kwantong pun tengah cuba nak tarik kita dalam Road and Belt Initiative. Jadi kita friendly dulu pada dua-dua," kata Faridah.

"Azlan tak suka Kwantong. Dia tak suka KCP," kata Ali.

"Dan kau tak suka Amerika, Ali. Tapi aku yakin, korang berdua akan imbangkan dunia ni dari dua kuasa ni. Ni bukan suka tak suka, ni kita kena utamakan kepentingan negara dulu," kata Faridah.

--

Persiapan menyambut ketibaan Presiden Barack Obama ke Wijayapura, Teknojaya dan Kota Warisan sedang rancak berjalan.

Bendera Amerika Syarikat dan Republik Gelanggayu dikibarkan di semua tiang lampu dari lapangan terbang ke hotel penginapan Presiden Amerika Syarikat itu.

Dua bulan sebelum ketibaan Barack Obama ke Gelanggayu, agen Secret Service telah pun menghubungi agensi keselamatan Gelanggayu yang dikawal sendiri oleh orang-orang Pak Wan Radzi. Tapi dalam masa sama Ayam Hitam juga turut memerhati.

Mereka melihat sejauh mana langkah keselamatan yang diambil kira oleh polis republik Gelanggayu dalam menjadi tuan rumah kepada Presiden paling berkuasa di dunia ini.

Yang paling sibuk dalam menyambut Presiden Obama ni, sekarang ialah Hafiz, kerana selaku Menteri Dalam Negeri, dia kena fikir banyak perkara dalam memastikan langkah keselamatan agar Obama tidak diapa-apakan.

Tetapi disebabkan dia sering sakit, maka kerja itu dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri iaitu Jamil Kadir. Jamil Kadir ni pun sebenarnya antara salah seorang daripada 174 MP yang nak melompat parti.

Jadi banyak juga berlaku 'pecah lubang' yang banyak membantu Azlan dalam mencari pasal dengan kerajaan ni.

Perdana Menteri, Natasha Abdullah juga sibuk mempersiapkan apa yang dirancang oleh para globalis sejak penubuhan negara republik Gelanggayu pada tahun 2008 - iaitu menjadikan Pentas Sunda dan Asia Tenggara sebagai kawasan perdagangan bebas antara Amerika Syarikat dan negara-negara Pasifik, iaitu Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA).

Langkah ini untuk mengekang kemaraan ekonomi Kwantung dengan dasar Road and Belt Initiativenya.

Kali terakhir Presiden Amerika melawat Gelanggayu ialah Presiden Lyndon B. Johnson pada tahun 1966, walaupun pada tahun 1991 sebenarnya George HW Bush mahu melawat Gelanggayu, tetapi CIA mendapati ancaman dari Gerakan Melaut Merdeka dan Lamas Liberation Front membahayakan nyawa Presiden.

Kedatangan Presiden Amerika Syarikat ke Gelanggayu ini pun bukan datang seorang diri, tetapi didatangi dengan berpuluh pegawainya, serta ada sebuah kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier), lengkap dengan kapal pemusnah, kapal selam, helikopter, jet pejuang, kapal pengiring serta beberapa anggota Marines turut datang dan mengawal keadaan.

Secret Service, NSA, CIA serta FBI mula berkumpul di beberapa lokasi di tiga bandaraya utama; Wijayapura untuk penginapan hotel Presiden serta town-hall meeting yang akan diadakan di Kolej Melayu Wijayapura, di Kota Warisan pula di sekitar Istana Presiden, pejabat Seri Bendahara dan Parlimen Gelanggayu, sementara di Teknojaya di kawasan Cyberview Lodge, di mana Obama akan bertemu dengan CEO-CEO startup company dalam bidang IT.

Merlina, selaku CEO PergiMana dot com, syarikat yang membuat aplikasi perlancongan, juga akan ke Teknojaya.

Boleh dikatakan semua orang dalam cerita ini, semuanya tak sabar menanti ketibaan Barack Obama ke Gelanggayu.

Kecuali ada seorang mamat ni.

--

Jugra melihat sekolahnya mula dipasang dengan bendera Amerika Syarikat, kerana Obama nak datang ke sini.

Dia rasa menyampah dengan Obama sejak dulu lagi, dan melihat Obama ni sebagai mat sembang yang kononnya nak memberi keamanan kepada dunia.

"Wow, Mili! You dapat perform ke masa Obama datang sini nanti?" kata Rachel.
"Ya! Nanti saya kena buat performance depan Obama! Nanti awak tolong ambilkan video ya? Alif ni, mata dia sebelah je. Takut dia tak ambik pun video saya menari."

Alif pandang slack je dengan Mili.

"Ala, you suruhlah crush terhebat you yang ambil?" kata Rachel.
"Jugra? Awak tengok la dia tu. Duduk sorang-sorang macam kera sumbang. Dalam ramai-ramai orang dalam sekolah ni, dia sorang je yang tak excited dengan Obama ni."

Rachel datang ke arah Jugra, dan duduk di sebelahnya.

"Apa yang you fikir ni, Jugra?"
"Takdelah. I cuma terfikir, I ni kat Kolej Melayu Wijayapura ke, Kolej Michigan? Kenapa penuh dengan bendera Amerika ni?"
"Because Barack Obama is coming to our school! You tak excited ke? Kalau you sekolah kat Amerika pun, belum tentu Presiden nak lawat sekolah you tau!" kata Rachel.
"Buat apa! Uncle Ali panggil dia ni hipokrit! Kenapa kita nak sambut penipu besar ni? Dah la lindungi Israel yang menindas rakyat Palestin!" kata Jugra.
"I'm sure my mom will tell him about that, Jugra."
"Takkan. Your mom takkan berani sound Obama pasal Palestin. Kerat jari la! Kerat leher pun I yakin la, she won't dare to say that."

Rachel rasa aneh dengan hostility Jugra.

"Jugra, I tak kisah apa political stance you, tapi jangan kecam my mom sampai macam tu sekali tau!"
"Your mom dah jadi Prime Minister nak dekat lima tahun dah. Dan apa dia buat? Bukak kedutaan Israel!"
"That's not true! Mana ada my mom ada cakap macam tu."
"Yes, ini buktinya!" kata Jugra, sambil tunjuk blog Tukar Tayar guna handphonenya.
"You percaya blogger macam Tukar Tayar ni, buat apa? I tau la this year ni election, tapi I tak pernah cakap buruk pasal your dad pun. I respect dia, tapi anak dia, kurang ajar betul!"
"Uncle Ali cakap, Usman Awang pernah cakap, bangsa yang kurang ajar adalah bangsa yang melawan!"
"Balik-balik Uncle Ali you tu! Ingat Uncle Ali you tu terpaling betul ke dalam dunia ni, hah!"

"Guys, guyyyysssss! Chill okay? Kita ni semua kawan, kan?" kata Alif, cuba meleraikan pertengkaran Jugra dan Rachel.

"Dia yang start dulu, kutuk my mom. I tak pernah kutuk his dad pun!" kata Rachel, sambil melipat lengan baju sekolahnya.

"Your mom will not say anything about Palestinian people in front of Obama, I know that, everybody in this country knows about that!"
"Kalau you berani, you sound la Obama tu depan-depan!"
"Okay!"

--

Jugra balik dari sekolah, terus campak basikal depan bengkel Kecik.

"Fvck Amerika, fvck Israel, fvck imperialist capitalist pig, fvck Zionist, fvck, fvck, fvckkkkkk!"

Kecik, Joni, Lias semua tengok kemarahan Jugra ni ke tahap maksima. Belum pernah level dia marah sampai tahap campak basikal.

"Peh, punk rock betul mood budak ni. Baru dengar lagu Intifada Ska-P ke apa dia ni?" kata Kecik sambil light rokok.

"Kau kenapa ni, Jugra?" tanya Lias, sambil kunyah maruku.

"Fvck Obama! Fvck Obama! Fvck Obama! Fvck Amerikaaaaaa!" kata Jugra sambil tunjuk jari tengah.

"Ala, rilek la. Obama datang Gelanggayu pun, bukannya datang rumah kau pun. Paling-paling pun datang Parlimen. Kau marah-marah ni bukan jadi apa pun?" kata Joni.

"Dia datang sekolah saya, bang Joni."
"Fuyoo! Presiden Amerika datang sekolah kau! Aku ni, jangankan Presiden Amerika, jangankan Perdana Menteri, Ahli Parlimen pun tak pernah nak jenguk sekolah aku!" kata Joni.
"Ye la, kau sekolah corot. Sape nak lawat sekolah kau," kata Lias.

"Aku tau apa yang kau nak. Kau nak malukan Obama kat seluruh dunia kan? Aku tau caranya," kata Kecik, senyum.

"Macam mana?"
"Aku call member jap. Hello, Adli Margera, aku ni, Kecik. Aku perlukan khidmat bantuan kau ni."

--

Datang seorang brader naik motor Honda Cup yang ada sticker Punk Not Dead depan motornya, parking depan bengkel.

Dengan baju Dum Dum Tak, seluar jeans koyak, dengan rokok seludup jenama U2, dan kasut Penguin yang dia pakai sejak zaman sekolah, dia terus melangkah ke arah Kecik.

"Adli Margeraaaaaaaa!"
"Ma man, pecer ni? Aku tengah betulkan paip rumah aku ni."
"Lu apa bikin?"
"Ada projek ke?" tanya Adli Margera.
"Budak ni, nak menuntut ilmu margera* dengan kau," kata Kecik.

*margera - mendajal orang macam Jackass, rancangan TV awal 2000an.

"Saya nak dajal sekolah saya, bang!" kata Jugra.
"Dajal sekolah? Heh, benda ni selalu dalam resume aku. Tapi, if you good on something, never do it for free," kata Adli Margera mengulang ayat Joker.
"Abang nak saya upah apa?" tanya Jugra.
"Karipap sardin."
"Ok, set."
"Tunjuk mana sekolah kau."

--

Adli Margera terus menggelengkan kepala bila dia nampak banner muka Barack Obama di depan sekolahnya, dengan ada bendera Amerika dan Gelanggayu di sekeliling sekolah.

"Aku pernah dajal ketua pengarah pendidikan daerah, aku pernah dajal cikgu disiplin, aku pernah dajal Ustaz Hanafi. Tapi kau nak suruh aku dajal Presiden Amerika ni, kau ni memang menempah gila ni, budak," Adli Margera terus geleng kepala bila nampak ada bendera Amerika serta beberapa pegawai berpakaian suit hitam berkaca mata hitam macam Men In Black bersepah di sekolahnya.

"Tak boleh ke, bang Adli Margera?" tanya Jugra.
"Masalahnya, Bam Margera pun tak pernah dajal Presiden Amerika, kau tau tak! Tu idola aku tu, pun tak buat, kau tau tak?"

Jugra dah buat muka kecewa.

"Ala abang Adli Margera, sampai bila abang Adli Margera nak mengidolakan Bam Margera? Biar la Bam Margera pulak yang mengidolakan abang Adli Margera pulak."

Adli Margera mengangguk kepala, bersetuju.

"Betul jugak cakap kau. Siapa nama kau?"
"Jugra."
"Camni, Jugra. Benda macam ni, next level. Benda macam ni memerlukan khidmat The Jackals. Benda ni kena team effort. Aku kena rancang jugak ni. Aku tak nak kena masuk Guantanamo Bay, bai! Nanti kena makan 'cockmeat sandwich'," kata Adli Margera.

"Bila Presiden Amerika datang sekolah kau?" tanya Kecik.
"Minggu depan."
"Benda macam ni, aku dah tak boleh mintak karipap sardin ni. Aku kena mintak kilang sardin. Dengan kilang tepung. Bukan, ladang gandum. Tapi aku faham perasaan kau, Jugra. Kau ni memang memegang falsafah lagu Pennywise, fvck authority. Aku kagum dengan kepunkrockan kau, Jugra."
"Jadi ke projek ni, Adli Margera?"
"Jadik! Kita ke markas The Jackals."

I say fvck authority
Silent majority
Raised by the system
Now it's time to rise against them
We're sick of your treason
Sick of your lies
Fvck no, we won't listen
We're gonna open your eyes
Frustration, domination
Feel the rage of a new generation
We're living, we're dying
We're never ever gonna stop, stop trying
Stop trying
Stop trying
Stop trying!!!!

--

Azlan

Pengarah CIA, John Brennan, diiringi oleh beberapa pegawai tentera dan perisikan Amerika yang lain, datang ke 2 Jalan Cendana hari ini.

Biasanya Brennan datang jumpa Pengetua, tapi memandangkan Pengetua tengah sakit di hospital sekarang, maka aku yang menggantikan dia.

Sementara itu, Presiden Bank Dunia, Jim Yong Kim dan Pengarah Pengurusan IMF, Christine Lagarde, bertemu dengan Dr Zamhuri, yang mewakili ibu sebagai Gabenor Bank Negara. Beliau merupakan salah seorang ahli penasihat ibu di Bank Negara. Ibu sekarang berada di London untuk berjumpa dengan Ali.

Mereka berdua terkejut dengan pembangunan yang cepat oleh Gelanggayu, yang hanya tujuh tahun lepas terjebak dengan perang saudara, kini sudah pulih ekonominya bahkan merupakan ekonomi kedua berkembang terpantas di dunia di belakang Kwantung.

Pembayaran semula hutang IMF dan Bank Dunia akibat perang itu pun dapat dilaksanakan kerana dasar fiskal yang menarik pertumbuhan ekonomi.

Mengikut jadual, sepatutnya Gelanggayu dapat selesaikan hutang menjelang 2025, tapi kerana pembangunan yang pantas serta polisi ekonomi ibu, ia dapat dikurangkan lima tahun.

Sebab ikutkan ibu tak guna sangat pun duit dari IMF dan Bank Dunia ni, walaupun dah dapat dana dari Arab Saudi, serta sistem ekonomi zakat harta dari harta keluarga al-Daulah yang diuruskan aku, yang kini digunakan untuk membina prasarana perumahan awam dan meningkatkan golongan peniaga kecil dan sederhana.

Aku pula sedang berbincang dengan John Brennan tentang ancaman Kwantong ke atas kepulauan Spartly yang menjadi pertikaian beberapa buah negara seperti Arroyo, Dai Viet, Taipei, Kwantong dan Gelanggayu.

Bagi Gelanggayu, dengan negara-negara jiran tetangga Pentas Sunda ni, mereka boleh adakan perbincangan untuk menentukan sempadan. Tapi susah sikit bagaimana nak berdepan dengan Republik Rakyat Kwantong yang mempunyai rakyat seramai 1.4 billion orang.

Aku juga menjemput George Friedman dan Peter Zeihan yang aku pernah jumpa di Sydney dulu untuk memberi pandangan.

George Friedman menerangkan tentang mengapa secara geografinya, Kwantong tidak akan jadi kuasa dunia. Ini kerana first chain island yang terdiri daripada Ryukyu, Goryeo, Taipei Formosa, Arroyo, Gelanggayu, Temasik, Majapahit dan Suvarnabhumi, semuanya adalah rakan sekutu Amerika Syarikat.

Mereka tidak akan mampu meluaskan kuasa selagi negara-negara ini menjadi rakan sekutu Amerika Syarikat.

Antara punca mengapa Sultan Norman digulingkan, dan dibantu oleh Amerika Syarikat ialah kerana Sultan Norman yang begitu akrab dengan Kwantong dan Rusia.

Rusia baru-baru ini mengancam untuk menakluk wilayah sempadan Ukraine iaitu Luhansk dan Donetsk, selain semenanjung Crimea.

Peter Zeihan pula menerangkan tentang faktor demografi Kwantong yang semakin merudum akibat dasar One Child Policy, akan menghancurkan lagi kedudukannya untuk jadi kuasa dunia.

Tambahan pula, antara punca Kwantong menjadi kaya raya hari ini adalah kerana polisi Amerika Syarikat yang memasukkan Kwantong di dalam WTO pada tahun 2001, yang menjadikan ekonomi negara komunis itu meningkat berganda-ganda.

"I think you all want to see this," kata aku sambil menghulurkan beberapa dokumen rahsia untuk membongkar segala kerja jahat yang sedang dirancang oleh Adilah.

Aku tahu, kerajaan Kwantong sekarang sedang cuba menghasilkan senjata biologi yang boleh mengakibatkan ramai orang yang akan mati akibat virus ini di makmal institut virologi Wuhan.

Dan untuk vaksinnya, Aku kata aku ada resipi di tangannya, tapi dengan syarat, Gelanggayu mesti dapat vaksin percuma dari syarikat-syarikat Amerika dan Eropah ini, dan Gelanggayu mesti dapat kontrak untuk buat PPE dan equipment untuk menangani penyakit ini.

Dan aku tambah lagi, perkara ini akan berlangsung lagi lima tahun. Dan program ini akan berlangsung dari 2020 hingga 2025.

Tahun pertama, biarkan merebak seluruh dunia sehingga lumpuh ekonomi dunia, tahun kedua ialah penghasilan vaksin untuk seluruh dunia, dan tahun ketiga adalah tahun di mana untuk melepaskan supervirus di bandar besar Kwantong seperti Shanghai, Shenzen atau Beijing, dan Gelanggayu serta negara-negara Pentas Sunda yang lain akan menerima pelaburan yang lari dari Kwantong. Dan mereka akan terus setia dengan Washington.

Dan tahun keempat dan kelima akan menyaksikan perpecahan Kwantong dari dalam dan berlakunya perang saudara sesama warlord dalam Parti Komunis Kwantong.

Hanya ada satu kata dari mulut John Brennan pengarah CIA kepada aku: genius.

--

Azam isi minyak tanah kat kedai runcit berhampiran perumahan awamnya. Dia kemudiannya kayuh basikal dari kedai runcit menuju ke jalan besar.

Dia nampak bendera Amerika di sepanjang jalan depan rumahnya menuju ke pusat bandar.

Dalam gelap malam, dia kayuh basikal, dan simbah minyak ke bendera Amerika. Kemudian dia bakar setiap banner bendera Amerika di tiang jalan depan rumahnya itu.

"Babi anjing! Kerajaan barua Amerika! Amerika bunuh bapak aku!" kata Azam sambil bakar bendera Amerika.

Perbuatan membakar bendera Amerika itu menyebabkan polis yang lalu di jalan itu terus berhenti tepi jalan.

"Woi, budak!"

Polis itu terus mengejar Azam. Azam kemudiannya kayuh basikal sekuat hati sehinggalah dia tak nampak yang basikalnya terlanggar divider jalan, menyebabkan Azam jatuh tersungkur.

"Mana kau nak lari, budak!" kata polis yang termengah-mengah sambil menggari tangan Azam.

Azam kemudiannya dibawa ke balai polis, untuk disoalsiasat oleh Secret Service. Salah seorang polis yang ditugaskan dalam balai polis itu, kenal Azam, dan terus menghubungi ibunya, Hayati.

--

"Abang kau buat hal, Leha! Ya Allah kau ni, Azam! Janganlah kau masuk Henry Gurney, nak. Kat kau je lah mak letak harapan!" Hayati menangis apabila mendapat tahu yang Azam telah ditangkap polis akibat perbuatannya yang membakar bendera Amerika.

Hayati tak tahu nak hubungi siapa, kecuali kepada Ayahanda Alias.

"Alias, Makcik Hayati ni. Boleh tolong makcik tak? Azam kena tangkap polis! Balai polis Seksyen 14!"

--

"Ya Allah budak ni, boleh pulak dia bakar bendera Amerika! Gila ke apa? Kot ya pun nak memberontak, janganlah macam tu," kata Joni bila dengar berita Azam kena tangkap polis.

"Nak buat macam mana ni, Joni?" tanya Lias.
"Aku mana reti cakap Amerika, Lias!"
"Cuba tanya bro Alan?"

--

Azlan

Hari ni birthday Jugra, yang kebetulan dekat dengan birthday Rachel, jadi dorang nak celebrate sama kat rumah ni.

Jugra tak suka aiskrim, tapi Kak Jessie troll dia, dia belanja aiskrim Tutti Frutti satu bufet kat parti kawan-kawan dia.

Aku duduk tepi swimming pool ni je lah, selepas seharian aku jumpa dengan orang CIA ni, aku jadi penat. Jadi aku duduk perhati jelah perangai anak-anak ni.

Aku nampak Jugra ni try hard nak pikat Rachel, tapi Alif ni cuba nak out-do Jugra. Dua-dua cuba nak tunjuk macho depan Rachel, tapi Mili ni cuba nak tarik Jugra.

Budak-budak ni ada politiknya juga, macam zaman aku remaja dulu juga.

Tiba-tiba aku dapat call dari Lias.

"Ya, Lias. Ada apa? Baik, aku datang. Balai polis mana? Okay," aku terus bangun dari kerusi. Ada budak kena tangkap sebab bakar bendera Amerika.

Generasi Z terutamanya yang membesar era perang saudara ni, ada sentimen anti-Amerika yang kuat. Menerusi propaganda Ali yang Ali tanamkan pakai FB dan Youtube Panji Timur, Ali salahkan Amerika kerana memecahbelahkan Melayu.

Jadi aku pergi ni sebab aku kena jadi suara rakyat bawahan macam ni. Anak Melayu kena tangkap polis, kena soalsiasat dengan Secret Service.

--

Aku tiba di balai polis, dan aku nampak dua pegawai Secret Service berbaju hitam sedang mengawal budak ni. Dan Secret Service tuduh yang budak ni penyokong ISIS.

Kepala otak dia bodoh betul. Budak kecik kau nak kata dia ISIS.

"My name is Azlan Muhammad Niat, and I'm representing him," kata aku.
"Who are you?" tanya anggota Secret Service tu buat muka kerek.

Nasib baik aku sempat selfie dengan John Brennan, Ketua Pengarah CIA. Aku belum delete dari phone aku sebab aku nak tunjuk gambar ni pada Pengetua.

Pucat lesi muka Secret Service tu. Kau tu pegawai kuciret je, tak payah nak act la kat tempat orang. Sekali aku bagi People's Elbow karang baru kau tau langit tinggi rendah.

Selepas aku nego dengan pegawai atasan Kedutaan AS, aku berjaya bawa budak ni keluar dan clearkan dari charge. Polis charge budak ni kes vandalisme tu, dan aku sanggup bayar ganti rugi denda dan bendera tu.

Lepas budak tu keluar dari balai polis, dan garinya dibuka dari tangan, aku terus peluk bahu budak tu.

"Siapa nama ni?"
"Azam bin Ismail."
"Dah makan?"

Budak tu geleng kepala.

"Anak aku ada parti birthday. Dia baya kau juga ni. Marilah, aku jemput datang rumah, makan."

Dalam kereta, aku pandang budak tu. Dia diam je. Dia mengingatkan aku kepada diri aku masa muda. Kaki bakar.

"Kau dari mana?"
"Perumahan Awam Mawar 2," kata Azam.
"Mak dengan ayah hidup lagi?"
"Mak hidup lagi, tapi kaki takde. Ayah dah meninggal, kena tembak dengan askar Amerika masa perang saudara."

Aku dah faham dah kenapa dia bertindak macam tu.

"Aku faham perasaan kau, cuma kalau nak melawan kuasa besar macam Amerika ni, kena ada ilmu yang tinggi."
"Macam encik Azlan ke?"
"Tak la aku kata aku ni ada paling tinggi ilmu. Aku pun tengah belajar melawan Amerika macam bro Ali."
"Encik Azlan kenal bro Ali?"
"Dia tu abang aku."

Aku tunjuk gambar aku dan Ali dalam wallet, berpeluk bahu. Gambar tu dah nak kuning dah. Ambik tahun 1995, masa aku kerja kedai roti dulu, dia baru bukak kedai tomyam.

"Sebab arwah ayah kau banyak berjasa pada Ali, aku selamatkan kau. Kau macam aku juga masa aku kecik dulu. Ayah mati muda."
"Encik Azlan kenal ayah saya?"
"Mail Nasi Lemak. Niaga kat kedai tomyam Ali, kan?"

Barulah budak tu rasa selesa dengan aku.

--

Masa makan tu, dia makan di depan aku. Aku nampak budak tu lapar, tapi segan nak ambik. Aku suruh Joni tolong ambikkan makanan.

Aku nampak budak tu nampak canggung. Dia segan, sebab budak-budak tu semua pakai stailo, dia cuma budak bergaya rempit perumahan awam je.

Jadi aku suruh dia duduk dengan aku.

"Mr Azlan, may I ask you a question?" tiba-tiba Rachel datang ke arah aku.
"Yes?"
"Mr Azlan tahu tak siapa nama rapper 80s yang berlakon 21 Jump Street? Sebab Mili buat quiz music pulak!" kata Rachel.

Mili ni kaki Wikipedia. Orang panggil dia Milipedia. Jadi nak bagi meriah, dia suka buat pertandingan kuiz tanya-tanya orang.

"I don't know la, I hiphop ni tak berapa tahu..."
"Ice Cube?" kata Azam.

Rachel pandang Azam, terkejut.

"I was confused between Ice Cube or Vanilla Ice."
"Vanilla Ice is a whitey," kata Azam.
"Oooh, I see."

Rachel pandang aku, kemudian pandang Azam.

"Cakap apa?" tanya aku.
"Thank you...nama you?"
"Azam."

Rachel pandang aku, sebab tak kenal siapa budak ni.

"Budak Abang Joni," kata aku.
"Oohh, thanks again, Azam."

Azam masih tergamam bila Rachel menghulurkan salam. Azam sambut tangan Rachel, teragak-agak.

"Encik Azlan kenal Cleo Rachel?"
"Ya, dia kawan anak aku. Eh, kenapa berhenti makan?"
"Saya seganlah. Kat sini semuanya orang kaya. Saya duduk PAR* je. "

*PAR - perumahan awam rakyat

"Ayah kau kawan Joni, kawan Ali. Bermakna kawan aku juga, faham?"
"Faham, bro Azlan."

Azam terkial-kial capai garfu dan makan.

"Joni, bungkuskan untuk mak dengan adik dia sekali."

Selepas makan, aku salam cangkuk pada budak tu RG100.

"Siapa budak tu, daddy?" tanya Jugra.
"Budak tu anak kepada kawan Joni. Dia kena tangkap polis tadi."
"Pasal apa?"
"Bakar bendera Amerika kat tiang lampu sana tu."

Jugra terkesima mendengar ada orang yang lagi hardcore benci Amerika macam dia.

"Awesomenya...." Jugra memandang Azam dengan penuh kekaguman. Ini membuatkan dia rasa lebih bersemangat untuk buat kerja dajal bersama bro Adli Margera bila Obama datang sekolah dia nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro