Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2013 part 8

Azlan tidur berdengkur hari ni. Penat sangat agaknya dia hari ni berlari 42 kilometer dalam acara semalam. Dia punya penat tak habis lagi.

Sampai Merlina pun susah nak tidur.

Dalam dia tidur tu, Azlan dalam bahasa yang Merlina tak faham. Macam bahasa jampi Harry Potter.

"Dic mihi, Gaius Octavius, quam vitare idem fatum, sicut Iulius adversus senatum suum obversatus est?"

"Apa jampi Harry Potter laki aku mengigau ni?" kata Merlina.

"Sit amet, virtus metuo quae cito sum, erit causa necis...."

"Woi! Kau mengigau apa ni?"

Azlan terkejut dengan jeritan Merlina.

"Aku mimpi jumpa Maharaja Augustus Caesar," kata Azlan.
"Dah kau borak dengan dia dalam bahasa apa tu? Macam jampi Harry Potter je."
"Latin."
"Hari tu kau mengigau cakap bahasa Perancis, borak dengan Napoleon. Ni kau borak dengan Maharaja Rom dalam bahasa Latin pulak. Karang kalau kau mengigau cakap bahasa Sanskrit borak dengan Raja Gautama, memang aku azankan telinga kau. Seram la aku, setan!"

Azlan gosok-gosok rambutnya.

"Entahlah, aku dari kecik lagi, selalu kena mimpi macam ni. Jumpa Augustus Caesar la, Napoleon la, Genghis Khan la..."
"Kau borak dengan Genghis Khan pakai bahasa Mongol ke?"
"Aku tak pandai bahasa Mongol macam bahasa Perancis atau Latin. Jadi dia ada translator. Eh, entahlah, mimpi aku ni..."
"Pelik la kau ni, Lan!"

Merlina bagi segelas air pada Azlan, sebelum Azlan sambung balik tidur.

--

Keesokan harinya, Azlan bersarapan dulu di rumah sementara menunggu drivernya untuk datang menjemputnya ke lapangan terbang.

Merlina pula sibuk menghadap laptop sambil buat kerja.

"Mer, depan rezeki ni. Kau ni, rilek la," kata Azlan.
"Aku baru dapat data baru ni. Menurut data terbaru ni, orang paling ramai ke Teknojaya, Temasik, Betawi, Bali, Phuket, Da Nang, Sai Gon, Amanilah, dan kalau luar Asia Tenggara, Goryeo dan Perth. Based on this, kita boleh tau behavior future customer kita. Macam sekarang ni trend Goryeo tengah naik, sebab ada rancangan TV popular, Running Man. Kau tau Running Man, Jugra?" tanya Merlina.
"Tak tau, Mama Mer. Bab Goryeo ni tanya Mili."
"Dia suka G-pop ke?" tanya Merlina.

Jugra tak banyak cakap, terus tunjuk video Keek Mili yang ada 200 viewers yang tiru trend Gwiyomi.

"Trending ke Gwiyomi ni, Jugra?" tanya Azlan.
"Daddy, jangan buat kat Twitter. Serius. Benda ni perempuan je buat. Jangan malukan Jugra."
"Okay, daddy tak buat. Tanya je."
"Takde la, daddy semua benda trend nak ikut. Entah apa-apa. Hari tu Harlem Shake."
"Hari ni buat apa je? Cuti sekolah ni?"
"Lepak bengkel Bang Kecik la agaknya."
"Kereta sudah sampai, aku gerak dulu, Mer. Jugra, jaga diri. Mana Julia? Mmuaaahh!"

Dalam kereta, Azlan mendengar rancangan talkshow dalam radio BFM tentang bagaimana big data boleh menjadi kekuatan ahli politik.

Sebagai contohnya, bagaimana big data membantu kempen Presiden Barack Obama dalam menentang Mitt Romney pada tahun lalu, dan strategi politik memang perlu banyak menggunakan data sekarang.

Azlan sedar, masing-masing mempunyai peluang untuk menang pilihanraya, tapi keadaan akan jadi tak solid.

Ada perbincangan dengan Rahman untuk membuat gabungan pakatan, tetapi masalahnya ada banyak ahli parti kedua-dua belah pihak tak bersetuju.

Tapi Azlan memang tak serius pun dalam perbincangan ni sebab dia tahu mesti ego Rahman sebagai anak bekas PM tak nak terima orang lain jadi calon PM.

Antara yang menjadi faktor ialah local warlords, sama ada sebelah Demokrat atau sebelah Nasionalis, berpaksikan kepada permusuhan antara Rahizan dan Azmi, Jujur dan Persekutuan, bahkan ada yang datang dari zaman Kongmegayu dan Parti Rakyat. Dalam Demokrat ada faction Gagasan Ummah lagi.

Local warlords ini yang mendukung mereka di atas, jadi mereka tak mahu lubang mereka membuat pulus ini disailang oleh parti lain.

Azlan tahu, walaupun dia percaya dengan Rahman, tapi hakikatnya ahli politik ni ada silat kuntaunya. Hari ini mungkin kawan besok bertikam lidah.

Sejak dia rajin turun ke kawasan luar bandar ini, antara sentimen yang kerap dia dengar ialah hak negeri dalam Perkara 5 Perlembagaan dikembalikan semula.

Tak banyak ahli politik yang bercakap tentang ini, cuma ahli politik kecil-kecilan yang dulu bekas Ahli Dewan Negeri je. Sebab sekarang mereka dah takde job.

Azlan perlu dapat sokongan mereka ini sebab walaupun mereka ini ahli politik kecil-kecilan.

Terutamanya Melaut, sentimen kenegeriannya menebal sebab budaya mereka ni sangat konservatif dan tradisional. Azlan tahu sebab kampung dia sendiri kat situ.

Dari situ, dia meminta bantuan abang (tiri)nya, Aziz yang kini full time duduk di Melaut, menjadi kontraktor kelas F dan menjadi pembekal signboard jalan raya, atau pembekal tar, simen untuk projek di Melaut.

Disebabkan Natasha ni terlalu menumpukan kepada projek di Teknojaya dan Wijayapura, maka Aziz tak masyuk sangat dengan projek kerajaan. Tapi Azlan banyak bagi projek private pada dia especially projek pertanian.

Dalam isu perlembagaan ni, Azlan berhati-hati sikit sebab hari tu lagi sikit je dia nak diheret ke mahkamah kerana mempersoalkan sekularisme dalam republik Gelanggayu.

Entah macam mana, dia seperti diselamatkan apabila Natasha selaku Perdana Menteri, tak bagi surat dakwaan tu kepada Peguam Negara untuk melaksanakannya.

Kalau Adilah tu, memang itulah benda yang ditunggu-tunggu. Mujur Natasha tak bertindak apa-apa.

Sebab tu, adalah penting untuk menaja parti-parti peringkat negeri ni untuk memecahkan undi Demokrat di luar bandar, supaya dia boleh memberi tumpuan menentang Republikan di kawasan bandar.

--

"Bismillahirahmanirahim," kata Merlina sambil mencucuk pendrive ke dalam laptopnya.
"Harap-harap takde virus," kata Jessica.
"Kalau ada virus, memang aku pelangkung kepala Natasha. Perdana Menteri ke apa aku peduli apa. Takpun aku balas balik virus, ingat aku tak reti buat," Merlina mula meneliti fail-fail yang diberikan.

"Ish, biar betul? Nak bukak kedutaan Israel kat Gelanggayu? Gila ke apa Adilah ni? Kemaruk apa dia ni?" kata Merlina, garu kepala.
"Jessie rapat dengan Kak Dila dulu. Dulu dia baik, tak macam ni pun. Tapi tak sangka dia memang dari awal macam ni, kalau ikutkan buku diari yang kita baca tu."
"Bercakap pasal diari...."

Merlina terus call Hidayah.

"Kak Dayah ada rumah? Kami nak merasa gulai Kak Dayah. Lepas cerita Chinna Pappa Periya Pappa saya gerak rumah Kak Dayah. Okay!"

--

Membaca buku diari Adilah memang menjolok tekak mereka berdua. Ada yang buat mereka rasa cringe, dan ada yang buat mereka rasa menyampah.

Lagi baca, lagi teruk perginya.

Ada satu part, menunjukkan memang Adilah mempunyai fantasi untuk Azlan mergolnya, dan ada dia tulis, sebelum dia berkahwin dengan Hafiz, dia harus bagi daranya kepada Azlan.

Dan kalau Azlan tidak mahu bertanggungjawab dan mengikut telunjuknya, dia akan ugut Azlan untuk memberitahu kepada semua orang yang Azlan telah mergolnya.

"Patutlah masa I sekolah dulu, Dania panggil Alan pergol. Sampai kena buli sebab I rapat dengan dia," kata Jessica.
"Kau sekolah mana dulu?"
"RPM."
"Euw, sekolah budak-budak biatch. Ya aku tau sekolah tu ramai budak hot, tapi ramai biatch," kata Merlina.
"Kak Dayah, mana Kak Dayah jumpa buku ni?"
"Abang Hafiz bagi."
"Hah? Maknanya husband dia dah tau la?"

Selepas melawat Kak Dayah dan bergosip tentang buku diari Adilah, Jessica sambil memandu, mula terfikir, kalau betul Adilah ni bijak sangat, kenapa dah banyak kali dia terkantoi pasal buku diari ni?

Mana ada orang letak buku diari bersepah?

"Kak Mer, Kak Mer fikir tak apa yang I fikir?" tanya Jessica.
"Kau fikir apa?"
"Kenapa dia ni selalu kantoi buku diari dia? Dia tak simpan elok-elok ke buku dia?"
"Entah. Dia ni jenis careless kot."
"Tak mungkin. Benda macam diari ni, private. Tak boleh jadi letak sepah-sepah ni. Or maybe ni semua adalah trap."
"Kenapa kau rasa trap?"
"Because senang sangat buku diari ni bersepah. Kak Mer ada diari?"
"Aku tak tulis diari."
"Jessie tulis diari. Tapi seboleh-bolehnya tak nak orang tahu. Jessie tulis pakai huruf yang Jessie cipta sendiri, biar Jessie sorang je faham. Tapi Kak Dila ni, dia macam bersepah-sepahkan je diari dia. Takkan dia tak cari balik diari-diari dia? Atau semua ni dia sengaja buat?"
"Kau ni, kalau dia sengaja buat, takkan la dia nak tulis part blue tu semua?"

Jessie diam sambil bukak lagu dalam radio, lagu Paramore, Still Into You.

I should be over all the butterflies
But I'm into you (I'm into you)
And baby even on our worst nights
I'm into you (I'm into you)

Let 'em wonder how we got this far
'Cause I don't really need to wonder at all
Yeah, after all this time I'm still into you

"Dah lain kan Paramore punya lagu ni?" kata Merlina.
"Yeah, dah lain. Mestilah, zaman dah berubah. Sekarang kan kena warna-warna pelangi sikit. Dulu 2000s dulu kena la warna hitam pakai celak semua," kata Jessica.
"Rasa lain."

Jessica terfikir lirik lagu "still into you". Dia rasa Dila masih nak kejar Azlan. Dia ingat sebab dia pernah rapat dengan Adilah.

"Rasanya Jessie kena jumpa dengan Kak Dila," kata Jessica.
"Apa? Kau dah gila ke?"
"Jessie pernah rapat dengan Kak Dila. Jessie rasa Jessie tau macam mana nak cakap dengan dia. Rasa je lah."
"Kau jangan buat hal. Marah nanti Alan dengan kau."
"Alan tak perlu tahu ni. Jessie cuma nak tau, apa plan dia sebenarnya. Kak Mer tau, Mili dan Alif tu anak dia?"
"Tau. Kan kau yang cakap dengan aku?"
"Mesti ada perancangan dia ni. Benda ni, biar Jessie yang korek sendiri. Bab gosip-gosip ni, sebagai ketua editor Oh Purnama, takkan tak reti nak korek kot?"
"Betul kau nak jumpa dia?"
"Yes."

--

Azlan

Abang aku, Aziz dengan isterinya, Asmah, dengan anak lelakinya, Muhammad Abel Ilhan, sempena pemain bola Liverpool Abel Xavier dan pemain bola Turki, Ilhan Mansiz.

"Kau tak bawak anak bini kau, Lan?"
"Bini aku ada kerja, Jugra pulak sekolah."

Hari ni aku akan jumpa kawan Ali, adik kepada Gabenor Amar, iaitu Amir Hamzah. Aziz sekarang dah masyuk kat sini. Kenyang makan projek ikan air tawar, projek penternakan ayam, projek ternak udang, projek tanam-tanaman.

"Aku dengar Mer dah ada ladang durian, betul ke? Tanam apa?"
"Musang King, Black Thorn."
"Gini, pihak GARDI sekarang ni ada develop baka XO, tapi kacuk dengan kampung kasi dia bertahan kuat sikit. Kalau dia nak try tanam, aku ada biji benihnya."
"Nanti aku tanya dia. Kau amacam, Aziz?"
"Alhamdulillah okay la duduk sini, Lan. Duit eksport kobis kat Goryeo pun aku tak habis makan tujuh keturunan ni! Kuat betul makan kimchi!"
"Abel, Abel macam mana?"
"Sihat, Uncle Alan. Kenapa Uncle Alan tak bawak Jugra?"
"Ooo, Jugra sekarang dia busy. Jadi main ragbi la, jadi pengakap la. Macam-macam dia tu."

--

Pertemuan aku dengan Amir ni sebenarnya nak serahkan cash dalam briefcase aku ni bernilai $2 juta ni je untuk duit Parti Pertiwi di Melaut.

Walaupun parti tu diharamkan kerajaan, tapi kami sedar ada loophole dalam sistem pilihan raya yang membolehkan ahli-ahli Parti Pertiwi boleh bertanding. Tak boleh la beritahu sekarang, nanti tak best.

Selain itu aku juga bagi duit parti pakcik aku, Parti Melayu Melaut yang kini dipimpin oleh sepupu aku, Hussein Osman, sebagai persediaan dalam pilihan raya ni.

Deal aku, kawasan urban di Melaut bagi ke Nasionalis dan sedikit geng Pertiwi, dan kawasan luar bandar pulak Pertiwi dan PMM. Dan ada sedikit kawasan lagi aku bagi pada Demokrat.

Aku dah buat kira-kira berdasarkan data yang aku dah kumpul selama ni. Kalau result pilihan raya ni betul macam apa yang aku buat simulation hari tu, maka "Phantom Plan" aku ni berjaya.

--

Selepas 2 bulan berehat di hospital, Rachel dibenarkan pulang, walaupun dia masih lagi menggunakan tongkat untuk berjalan. Tulang fibula, iaitu tulang kecil di bahagian betisnya yang patah kini dah kembali pulih.

Cuma selepas ini, Rachel perlukan latihan fisioterapi untuk menguatkan ototnya yang dah lama berehat, sebagai persediaan untuk Sukan Komanwel Glasgow dan Sukan Asia di Incheon, Goryeo Selatan.

"Wow, awak dah baik la Rachel!" kata Mili.
"Sakit lagi ke tu?" tanya Jugra.
"Masih sakit sikit, tapi dah boleh jalan sikit-sikit," jawab Rachel.
"Nak saya pegangkan ke?" tanya Alif.

"Tak payah!" serentak Rachel, Jugra dan Mili bersuara.

Mereka berempat melepak di McDonalds sampai makan fries, sambil diiringi lagu yang sedang popular sekarang, Get Lucky dari Daft Punk dan Pharell Williams.

"That's my dad's medal," kata Jugra, bila nampak Rachel simpan medal Wijayapura Marathon.
"Uncle Alan yang bagi I."
"But why?" tanya Jugra.
"Sebab bapak kau lagi sayang Rachel daripada kau agaknya, Jugra..." kata Alif, melawak.
"Give it back! Tu my dad punya!"
"No, Jugra! Your dad gave it to me! Dia bagi I sebab masa tu I tengah emotionally depressed, sebab kaki I patah and I kena bash kat Twitter and dia back up I!"
"Tapi bapak aku yang lari marathon...."
"Jugra....cut it off. Orang pandang la," kata Mili.
"I tak faham la daddy dengan you ni, Rachel."
"Well, you patut rasa bertuah tau sebab you bin Azlan," kata Rachel.
"Entah, aku ni, bin Hafiz. Jantan takubin. Mr Bean. Are you ready for Psy. Lagi malu!" kata Alif.
"Alif, tak baik kata papa macam tu. Jugra, uncle Alan seorang yang sangat baik. Mungkin sebab tu Rachel rasa special bila dia bagi medal marathon dia."
"Apasal dia tak bagi aku!" kata Jugra.
"Sebab dia dah bagi kau rumah, bagi kau basikal, bagi kau makan, bagi kau tempat tidur, bagi kau macam-macam lagi. Bagi kau gelanggang wrestling! Takkan medal sebijik macam ni, dia bagi Rachel pun kau nak berkira, Jugra?" kata Alif.
"Entah," Rachel bersetuju dengan pendapat Alif.
"Eh dah la, pasal hal macam ni pun nak gaduh-gaduh. Kita kan semua kawan," Mili cuba menenangkan keadaan.

Menyedari yang Rachel ni pujaan hatinya, jadi dia terus minta maaf.

"Sorry, Rach."
"It's okay, Jugs."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro