Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2013 part 7

"Three, two, one!"

Bunyi hon tanda bermulanya Wijayapura Marathon sejauh 42 kilometer, di sekitar bandaraya ini. Idea Wijayapura Marathon ni idea Azlan yang dia cadangkan kepada Izzu, berdasarkan idea dari Boston Marathon.

Banyak juga idea dari Azlan yang diterima oleh Izzu selaku Gabenor, memandangkan idea itu baik terhadap imej bandaraya Wijayapura.

Larian terdiri daripada kawasan seperti di Tanjung Emas, Jalan Paragon (melalui Paragon Mall), Chinatown, Lembah Bulan, Henderson Heights, Jalan Sultan Jaafar, masuk ke Puncak Jaya, sebelum pusing balik melalui jalan yang sama sebelum penamatnya di Dataran Pahlawan.

Untuk kategori umur Azlan, masa yang ditetapkan ialah 3 jam 40 minit untuk larian itu.

Maka Azlan berlari mengikut tempo kemampuannya, walaupun cuaca semakin panas.

Di Dataran Pahlawan, Merlina, yang sedang dukung Julia serta duduk sebelah Jugra, yang menunggu ayahnya yang sedang berlari.

"Daddy ni merepek la, tiba-tiba nak masuk marathon pulak," kata Jugra.
"Habis tu kau main wrestling dengan kawan-kawan kau tu, tak merepek pulak?" kata Merlina.
"Main wrestling untuk fitness jugak, Mama Mer."
"Habis tu, marathon tak payah fitness la?"

Jugra terdiam. Dia sedar kalau dia berdebat dengan Mama Mer dia, Mama Mer dia selalu benar.

Azlan kini sedang berlari di hadapan Paragon Mall, dan mula melajukan lariannya sedikit untuk berpisah dengan kelompok yang ramai, untuk dia kemudian perlahankan larian di sekitar Chinatown, dan mula perlahan di sekitar Lembah Bulan dan kawasan menuju ke Henderson Heights, sebab kawasan ini agak sedikit berbukit, memerlukan penyimpanan tenaga.

Azlan capai air mineral dan kemudian ambil air ais dan simbah ke badannya.

Dia meneruskan lariannya, walaupun pada usianya yang mula nak masuk tengah 40an dah makin slow daripada selalunya.

Sampai di Henderson Heights, lariannya makin perlahan, dan beberapa orang mula memotongnya. Tapi Azlan tidak memaksa dirinya.

Sampai ke satu bukit, kakinya rasa perit, tapi dia teruskan dan dia fokus kepada lariannya tanpa memikirkan kesakitan kakinya.

Sampai di flyover menuju ke Jalan Sultan Jaafar, jalannya agak curam dan memerlukan kekuatan kakinya untuk mengawal kelajuan.

Dia mula sudah rasa penat, tetapi tinggal 2 kilometer untuk dia sampai ke simpang di Puncak Jaya, sebelum patah balik menuju ke garisan penamat.

Di simpang Puncak Jaya, Azlan capai air Gatorade kemudian capai lagi air mineral sambil melajukan lariannya.

"Laju lagi bro Azlan! Laju lagi!" jerit Kecik dengan budak-budaknya yang berada di tepi jalan memberi sokongan.

Azlan kembali ke flyover Jalan Sultan Jaafar, kali ini mendaki pula, untuk menuju ke arah Henderson Heights.

Segala kudrat peluh jantannya dia keluarkan untuk dia dapat lari di bawah 3 jam 40 minit untuk dapat medal.

Dia tengok jam, dah 2 jam 47 minit. Dan dia belum sampai Lembah Bulan lagi.

Dia tahu dia mungkin kekurangan masa, dan berdasarkan kelajuannya, kakinya sudah mulai jadi lemah. Tapi dia teruskan fokus sampai ke Lembah Bulan.

3 jam 4 minit, ada lagi 36 minit. Azlan lajukan lariannya, dan cuba sedaya upaya untuk capai garis penamat sebelum waktu yang ditetapkan.

Di hadapan Paragon Mall dia mula memecut laju sebelum dia membelok ke Tanjung Emas, untuk sampai ke Dataran Pahlawan.

Dia tengok jam.

"Sepuluh minit lagi. Come on! Sikit lagi, Azlan!"

Bila dia nampak garisan penamat, dia terus memecut tanpa memikirkan kesakitan kaki dan bekas kecederaannya pada pehanya masa dia kena tembak dahulu. Dia kuatkan mentalnya dan terus melintasi garisan penamat.

Dia nampak waktu catatannya, 3:31:48. Dia mendepakan tangannya sebelum dia tergolek di atas jalan raya.

"Allahuakbar! Maha Besar Allah!" Azlan sujud syukur, kemudian dia baring kembali.

Merlina, yang dukung Julia, terus berjalan ke arah Azlan.

"Jom, Jugra. Daddy kau tu!"
"Fuyooo dia lepas tu!" jerit Jugra.
"See the leg la, ayah kau tu!"

--

@AzlanNiat : Kejayaan bukan datang dari kekuatan dan kelajuan semata-mata, tapi yang paling penting ialah keazaman untuk menamatkan perjuangan. 3:31:48! #WijayapuraMarathon

Gambar Azlan bersama medal Wijayapura Marathon sambil tersenyum mulai viral di Twitter dan Facebook serta Instagram.

Disebabkan itu, Azlan jadi viral dan semua orang bercerita tentang marathon itu.

"Woi, kau tengok ni, kau viral wei!" kata Merlina.
"Berapa retweet?"
"Takat ni 10k. Baru 15 minit kau tweet. Gila la kau ni. Dah tahap mega tweetfamous dah kau ni."

Merlina book hotel berhampiran, dan kemudiannya Azlan ke bilik hotel, dan perkara pertama yang dia buat ialah mandi untuk menyejukkan badannya, sebelum dia buka aircond dalam 19 darjah Celcius, dan terus tidur.

"Lah, daddy terus tidur? Ingatkan nak lunch?" kata Jugra.
"Hotak kau. Dia dah lari 42 kilometer, mestilah penat. Takpelah, biarkan dia tidur. Kita kan nak lawat Rachel?"
"Tapi bungkuskan la daddy makanan? Nanti dia lapar?"
"Nanti Kecik uruskan la. Pandailah daddy kau. Takyahlah bungkus ke apa. Daddy kau nak berehat tu."

--

Jugra nampak Rachel reply tweet kepada Azlan.

@cleorachel : Congratulations on your marathon record, @AzlanNiat! You are my hero! You are the greatest! #WijayapuraMarathon

Malangnya, tweet Cleo Rachel disalaherti dan backlash terhadap Parti Republikan.

"Bodoh gila anak Natasha ni, mak sokong democracy, si demagogue Azlan ni jugak jadi hero dia!"

"I thought @cleorachel's mom is @natabdullah? Why @AzlanNiat doh?"

Dan macam-macam kecaman lagi.

Natasha datang dan menuju ke katil Rachel.

"Delete your tweet!"
"But mom...."
"I said, delete your tweet!"

Rachel rasa sedih, sebab dia tak dapat nak luahkan perasaan gembiranya terhadap Azlan.

Natasha telefon Azlan.

"Bangunlah, Alan. Tido mati ke?"
"Of course lah, mommy. Dia lari marathon la. 40 km lebih. Mestilah dia tidur sebab penat gila."
"Damn it! Rach, do not sesuka hati je tweet, okay?"
"But why?"
"Because both of us are opposing each other in political issues! Faham tak?"
"Faham," Rachel mencebik dan memeluk badannya, tidak berpuas hati.
"Honey, one day you will realize how much this is important for me, okay?"

Rachel tidak mahu menjawab, dan rasa memberontak dengan mommynya.

Merlina dan Jugra datang, tapi nampak seperti ada ketegangan antara Natasha dan Rachel.

"Mama Mer rasa, sekarang bukan masa sesuai."
"Kenapa?"

Merlina tunjukkan keadaan timeline semasa, penyokong-penyokong Parti Republikan mengecam Rachel kerana memuji Azlan. Dalam erti kata lain, Rachel kena 'cancel' kat Twitter.

Jugra geleng kepala.

"Betul lah kata Socrates. Demokrasi ni bodoh gila," kata Jugra, yang rasa kecewa tak dapat bertemu dengan Rachel.

--

"Rilek la, Jugra. Media sosial ni, paling lama pun seminggu la. Lepas tu orang lupa. Nanti dia okay la balik," kata Merlina.

"Kenapa Aunty Nat dengan daddy tak satu parti je?"
"Aunty Nat liberal, daddy konservatif nasionalis. Mana nak sama."
"Apasal tak boleh semua orang, orang kiri ke, orang kanan ke, orang tengah ke, semua duduk dalam satu tempat, bincang elok-elok untuk dasar negara? Perlu ke ada kiri kanan ni? Macam bodoh! Lagi bagus kalau sistem diktator je macam Augustus Caesar tu. Mansuhkan semua demokrasi ni. Buat pecah belah masyarakat je," kata Jugra meluahkan perasaan.

"Entah, dah negara kita pilih sistem demokrasi, kita ikut je lah. Takkan kau tak suka demokrasi pulak?" kata Merlina.

"Jugra suka cara Uncle Ali jadi leader Ayam Hitam. Anak buah semua setia pada Uncle Ali. Sebagai balasan, semua yang setia dengan Uncle Ali akan dapat job dari dia."
"Itu nak urus gangster, Jugra."
"Jugra rasa itu yang paling berkesan. Daripada demokrasi bodoh ni. Oh tak boleh kawan dengan orang ni sebab dia ni parti lain. Oh orang ni dari parti lain, maka pendapat dia bodoh sebab tak selari dengan pendapat parti politik diri sendiri. Bodoh kan masyarakat yang macam tu?" kata Jugra.
"Entahlah, kau tunggu ayah kau bangun, lepas tu kau tanyalah ayah kau. Dia belajar sains politik dan geopolitik. Aku belajar advertising dengan graphic designer je."

--

"Fuh, memang aku kena qada' Zuhur aku ni! Ya Allah ampunkan dosa aku!"

Mujurlah Asar masih sempat lagi, maka Azlan pun solat Asar, kemudian dia qada' solat Zuhurnya.

Dia rasa lega walaupun dia rasa otot-ototnya masih lenguh lagi.

"Syukur, alhamdulillah."

Dia kemudian baru capai telefonnya, kemudian nampak viral nama Rachel dan dirinya.

Kemudian dia senyum. Dia perlu selamatkan nama Rachel.

@AzlanNiat : Tak salah pun kalau @cleorachel nak ucapkan tahniah. Walaupun politik saya dan @natabdullah berbeza, tapi itu tak memutuskan hubungan kita sesama umat Islam, dan rakyat Gelanggayu.

Azlan lepaskan lagi satu tweet.

@AzlanNiat : Anda tak cakna politik kalau anda hanya memikirkan politik toksik. #Relaxlah

Hashtag #Relaxlah kemudian viral, kali ini untuk backing Rachel dan Azlan. Sekaligus, cytro-cytro Mr Bean Army yang dibayar Adilah terus dicop sebagai cybertrooper murahan.

Azlan dapat DM dari Rachel.

"You're the best person, Uncle Alan. Congratulations for your marathon."

Azlan cuma reply gambar 😉.

--

Mereka yang dapat pecah rekod yang ditetapkan dijemput untuk menghadiri majlis makan malam yang dirasmikan oleh Gabenor Izzu.

Dan disebabkan Azlan juga dapat pecahkan rekod yang ditetapkan, maka dia pun dijemput untuk menghadiri majlis.

Azlan pakai suit Salvatore Ferragamo, dengan bow tie hitam, serta sikat kemas rambutnya.

"Aduh, kau pakai macam James Bond pulak! Aku ingat dinner biasa-biasa. Mana aku bawak baju! Kau ni, kalau nak handsome pun, tak patut-patut!" kata Merlina.

"Entah daddy ni. Simpan la sikit handsome tu, janganlah asyik tunjuk je. Susah hati Mama Mer nanti."

"Baju kau Kecik dah bawakkan. Ada dalam almari tu. Baju kau pun ada, Jugra. Cepat sikit siap tu, dinner start pukul 8:00 malam. Maghrib dulu baru bersiap, karang tak sempat!"

--

Memandangkan Azlan kini ahli politik paling popular, maka tumpuan wartawan kepada meja Azlan. Azlan dah tahu mesti wartawan nak tanya isu pasal tweet Rachel tadi, tapi Azlan rasa malas nak respon.

Wijayapura Marathon dapat kutip wang sejumlah RG600,000, dan semua wang tersebut disalurkan kepada pesakit leukimia di Gelanggayu.

Merlina datang memberi cheque kepada penganjur sebanyak RG400,000 untuk genapkan ke RG1 juta, tetapi mohon namanya dirahsiakan.

Selepas tamat majlis makan malam, Azlan menelefon Natasha.

"Hah! Baru nak angkat telefon. Tido je!"
"I dah selesaikan problem Rachel. Apa lagi you nak bising? Bertenang sikit, boleh tak?"
"Rachel kena cancel, tau tak?"
"Nope, orang yang cuba cancel Rachel tu yang sekarang kena cancel. Check out Twitter."
"How you do it?"
"Twitter is a full of fickle people with fickle minded. Ucap tahniah pun tak boleh, rilekla!"
"Hashtag Relaxlah you tu viral."
"I know. Now, can I visit Rachel?"
"Ikut back door. Nanti ada wartawan ikut you pulak."
"Okay."

--

Azlan datang dan nampak Rachel sedang tidur. Dia kemudian duduk dan merenung anaknya. Kemudian dia ambil medal Wijayapura Marathonnya, dan diletakkan di atas meja Rachel, berserta nota.

"You're always be my champion, Rachel."

Sebenarnya niat Azlan menyertai Wijayapura Marathon ni pun bukanlah sebab nak cari publisiti sangat pun, tapi untuk memujuk Rachel agar tidak patah semangat walaupun mengalami kecederaan.

Sebab Rachel pun tahu kisah Azlan pernah ditembak pada pehanya masa kejadian yang mencetuskan perang saudara Gelanggayu dulu.

Walaupun cedera tu dah sembuh, kaki Azlan dah tak sekuat dulu lagi.

Di belakang hospital tepi pokok, Azlan bertemu dengan Natasha.

"Thank you for saving Rachel kat Twitter," kata Natasha.
"Twitter ni tak payah nak butthurt sangat lah."
"What's butthurt?"
"Sakit bontot, sakit hati, segala sakit lagi. Tak payah fikir sangat. Mental health ni, lagi penting."
"You takpelah, you bukan Perdana Menteri."

Azlan ketawa.

"Kenapa you ketawa?"
"Same old you, Nat. Same old you."
"You've changed. A lot."
"No, I still Azlan yang macam dulu."
"Dulu you introvert, anti social, tak nak ambik pun piala, let alone bergambar dengan medal."
"I bagi medal tu kat Rachel."
"But why?"
"I ran because I want to prove to her, that I will do whatever it takes, for her. She's my daughter."
"You tak nak ke medal tu?"
"I bukan sejenis manusia yang simpan piala or medal. You pun tau kan I ni macam mana orangnya."
"But you've changed. You sekarang jumpa orang ramai, pergi majlis kahwin. You dah tak anti sosial macam mana I kenal you dulu."
"I'm wearing mask. My mask as a politician, as public figure, tweetfamous..."
"Tweetfamous? What does it even means..."
"Orang yang popular kat Twitter."
"Why Azlan dah tak macam I kenal dulu?"
"Everything on this earth, are evolving. You too, are evolving. It's already 27 years since 1986. Of course I'm changing. I'm getting old. But most of it, doesn't change."

Kereta Merlina dah sampai.

"Okay, Nat. I got to go."

--

"Mama Mer, macam peliklah antara daddy dengan Rachel's mommy ni. Dorang ada skandal ke?" tanya Jugra.
"Chaisssss....mulut kau ni. Dorang ada deal politik la tu. Apa kau tau?"
"Jugra masih tak faham, kenapa daddy nak jadi politician? Kenapa tak jadi posmen ke, jadi tukang repair kereta ke, jadi tukang masak ke. Jadi orang yang berguna kepada masyarakat. Jadi politician ni mana berguna...."
"Haaaa, kau tengok, projek perumahan awam kat Puncak Jaya tu siapa handle?"
"Tu Abang Kecik yang selalu turun site."
"Ye la, dia turun site sebab tengok anak buah dia buat kerja. Yang bagi Kecik duit tu siapa pulak kalau bukan daddy?"
"La, kerja daddy bagi duit yang datang daripada duit rakyat jugak."
"Habis tu, siapa nak collect duit tu? Engkau?"
"Kira daddy ni cari funder la?"
"Tu kerja aku. Yang kerja daddy kau ialah memastikan rakyat sokong dia. Supaya dia jadi ahli parlimen, menteri, Gabenor. Bila jadi tu, dia ada kuasa nak tentukan hala tuju negara ni."
"Tapi jadi ahli politik ni kan makan rasuah. Daddy makan rasuah ke?"
"Daddy kau tak makan rasuah. Orang macam dia tak perlu dirasuah lagi. Orang nak rasuah dia pun lagi miskin daripada dia."
"Kayanya daddy..."
"Ah kau tak payah tanya la. Tengok la sendiri kenapa nama mommy kau pangkal ada Tengku."

Merlina macam malas nak bersoal jawab tentang politik dengan Jugra. Dia dah cukup penat dah jadi pengurus media sosial Azlan merangkap pengkaji data merangkap campaign manager merangkap bini Azlan.

--

Sampai di rumah, Azlan pergi ke dapur, dan buka peti sejuk, cari satu beg ais yang dia kirim dengan Joni dan Lias masa dalam perjalanan pulang.

Dia ambil ais itu dan letak ke dalam besen, sebelum dia mengangkatnya ke bilik airnya di atas.

Merlina sedang melihat data yang dia beli dari Twitter dan Facebook, kemudian dia mengkaji tentang hashtag #Relaxlah yang catchy.

"Kau buat apa dengan ais banyak tu, Lan? Kau nak mandi teh o beng ke kat dalam bathtub tu?"
"Physio aku cakap suruh aku mandi ais lepas running tu. Tadi aku rendam badan aku dengan ais kat hotel, ni kat rumah pulak."
"Kau kalau demam, memang aku sumbat kau dalam peti ais. Malam buta gini nak mandi ais."
"Ala, kau cakap je, Mer. Aku tau kau sayang aku," kata Azlan ketawa. Merlina tunjuk ke arah mulutnya gaya nak muntah.

Azlan letakkan ais ke dalam bathtub, dan sementara nak tunggu air dalam bathtub penuh, dia tengok apa yang Merlina sedang buat.

"Kau buat apa ni?"
"Ni monthly data untuk tengok aktiviti media sosial kau. Mana yang banyak orang share, retweet, likes. Ni aku nak tengok behavior orang bila orang tengok content media sosial kau."
"Apa beza retweet dengan likes?"
"Retweet dalam Twitter sama function dengan likes kat Facebook. Dia amplify apa yang kau buat. Apa yang kau cakap, dia menyebarkan. Likes, adalah reaksi orang kepada apa yang kau dah buat. Orang simpan apa kau cakap tanpa amplifying factor tu."

Azlan mengangguk sambil buka bajunya untuk mandi.

"Okay, ni viral hashtag Relaxlah ni, maknanya?"
"Orang suka perkataan ni. Maknanya, kau jenis yang chill. Walaupun haters kau attack kau dan Rachel, tapi hashtag Relaxlah ni menunjukkan karektor kau yang lay back, tapi kau pukul balas balik dengan backhand sarcasm. Maksudnya kau panggil haters yang serang Rachel tu, toxic. Dan bila orang amplify hashtag kau, maka ramai yang membaca tweet kau, dan menyokong kau dalam menentang toxicity media sosial, dalam kes ni, Rachel."
"Orang toxic dalam media sosial ni cyberbully, Mer. Dorang buli teruk Rachel tu walaupun dia tengah patah kaki, tak consider langsung."
"Generasi yang paling ramai dalam media sosial ialah generasi millennials. Generasi ni adalah generasi yang ingat zaman kau jadi Menteri Belia dan Sukan, yang bawa kempen Anti Buli, sampai jadinya Akta Anti Buli tu. Orang rasa akta tu tak diperkukuhkan sejak kau tak pegang KBS."
"Ooo..."
"So, sebagai PM nanti, kalau kau menang, kau akan lantik Menteri KBS yang akan memperkukuhkan Akta ni, dan diteruskan dalam online. Kat sini je kau dah menang berjuta pengundi yang anti cyberbully."
"Jadi, kau nak buat Relaxlah ni sebagai slogan pilihanraya aku?"
"Ya, tapi sangat vague. Relaxlah ni jadi tagline kau, tapi slogan ni aku perlu words yang sangat pendek, tapi boleh aspire a lot of people. Macam Barack Obama guna Yes We Can. Tiga patah perkataan tapi menangkap imaginasi ramai."
"Eh, nanti kau terangkanlah. Aku nak mandi dulu, karang penuh pulak air dalam bathtub tu."
"Ha, ye lah!"

Merlina kebosanan, dan buka TV. Dia terlintas ke channel RTG, channel TV kerajaan.

"Aduh kunonya siaran RTG ni. Orang dah tahun 2013 ni, apahal siarkan cerita Sembilu Hetty Sarlene ni? Drama ni aku dah tengok tahun 2003 la, setan. Zaman Saiful jadi PM. Ha, ni Zed Zaidi berlakon ni. Zaman sekarang dah drama Love You Mr Arrogant kot! Aku kalau Azlan jadi PM ni, memang aku rombak habis RTG ni. Memang aku pecat semua boomer kerja kerajaan ni," bebel Merlina seorang diri.

Tapi disebabkan dia dah bosan tak tau nak tengok cerita apa, dia layan je lah cerita tu sampai habis.

"Aduh bersambung pulak. Yusof Haslam ni suka nau cerita cinta tiga segi ni. Zaman 90an Awie Erra Ziana, ni Zed Zaidi Hetty Sarlene Julia Hana pulak. Macam Azlan la, hero playboy. Hek, playboy-playboy pun aku kahwin gak dengan dia ni. Eh mamat ni tido ke apa dalam bathtub?"

Merlina terus pergi ke bilik air, tengok Azlan dah tertidur kat bathtub.

Dia ambik mangkuk besi tempat cuci muka dan dia ketuk dengan berus gigi.

"Woi, bangunlah setan!"
"Haaah?" Azlan terkejut.
"Bodo tido dalam bathtub. Karang mati lemas pulak kau ni! Dah dah la tu rendam ais, pakai baju, tido kat katil la, setan!"
"Peh, lama betul aku tertidur ni..."

Azlan capai tuala, dan kemudiannya dia pakai baju tidur.

"Amende kau tengok siaran TV kerajaan ni, Met?"
"Kau pun, nak jadi kerajaan kena la kaji siaran TV kerajaan," kata Merlina.

Azlan faham, Merlina sedang ada mood kreatifnya.

Azlan buka laci, kemudian dia keluarkan gulungan herba.

"Kau nak bong, kau bukak kipas bilik air tu. Karang satu bilik berbau! Dah macam bilik Rastaman pulak nanti."
"Aku gulung je, malas nak tarik."
"Pass pass la."
"Ye la, bagi la aku gulung dulu."

Sambil menggulung tu, Azlan terdengar lagu di TV, lagu Fikirkan Boleh dari kumpulan Metropolitan.

"Haha, nostalgia betul lagu zaman ni. Zaman Gelanggayu menang juara badminton..."
"Piala Thomas!" kata Merlina.
"Zaman aku pakai kereta Aston Martin arwah mantan bapak mertua aku..."
"Eleeehh, zaman kau kejar Adilah kan?"
"Aku tak gulung karang, Mer."
"Haha sensitif betul orang tua ni!" kata Merlina.

Kaulah apa yang kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh!

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Kau boleh!

Azlan tersenyum.

"Mer, aku rasa kalau kempen pakai lagu ni, sedap gak!"
"Lagu ni tahun 1990, Lan. Ketinggalan kau ni."
"Zaman sekarang, orang bernostalgia. Macam kempen aku pasal raya dulu, aku pakai lagu Raihan. Ni aku pakai lagu ni, orang mesti ramai boleh relate dengan kejayaan. Lirik lagu ni optimistic, tapi ada realistic tone."

Merlina pandang ke arah Azlan.

"Maksud kau?" tanya Merlina.
"Zaman sekarang, rakyat dah fed up dengan janji manis, janji palsu pemimpin. Pemimpin sekarang suka sembang kencang, janji bulan dan bintang. Jadi, lirik lagu ni, sementara mengajak kita berfikir secara positif, ia juga mengajak kita berfikir secara realistik."
"Okay, jadi apa vision kau dalam kempen ni?"
"Aku nak kau kekalkan Relaxlah tu, tapi kau nak slogan kan? Slogan aku ialah Bertindak Atas Kemampuan. Maksudnya, dengan track record aku, aku dah mampu buat banyak benda, jadi orang ramai dah yakin dengan kemampuan aku. Aku takkan janji manifesto yang macam-macam, macam orang lain."
"Kau dah fikirkan manifesto kau?"

Azlan senyum, kemudian dia buka almarinya, dan keluarkan fail.

"Ini idea aku bincang dengan Ali masa banjir kat Air Putih tahun 2006 dulu. Aku nak pastikan tak ada siapa dapat majoriti dalam PRU akan datang, tapi Parti Nasionalis paling besar dalam Parlimen."
"Wooo...wait, tapi kalau Republikan gabung dengan Demokrat, kau juga jadi ketua pembangkang."
"Aku dah pecah-pecahkan undi Demokrat dengan parti-parti negeri yang aku taja. Republikan pulak, sebab aku dah pegang 174 MP, dan Fazrul dah letak orang dia kat SPR dalam persempadanan semula nanti, aku akan buat hanya puak yang aku rasa okay sahaja akan menang."

Merlina terkebil-kebil memandang Azlan, sambil Azlan hulurkan gulungan herba kepadanya.

"Jadi, dalam Parlimen nanti, blok kau paling powerful? Tapi kalau macam tu, peninglah orang."
"Nat tengah nak push Akta Anti Lompat Parti sebab takut aku rembat orang dia. Jadi kita luluskan je, tapi lepas ni tak ada siapa yang ada majoriti dalam Parlimen, tapi Parti Nasionalis paling besar. Jadi aku akan form something yang tak pernah dibuat dek orang dalam sejarah Gelanggayu, tapi sah dari segi sistem Westminster."
"Tapi nanti parti kecik yang kau taja tu, akan sokong kau, dan Demokrat dan Republikan nak tak nak kena sokong kau jugak? Kalau dorang nak combine jadi pembangkang?"

Azlan tersengih.

"Aku akan pastikan mereka dalam kerajaan."
"Jap, kalau macam tu, siapa pembangkang?"
"Tak ada pembangkang."
"Macam mana tu?"
"Alah, kau tengok la nanti macam mana. Aku dah fikir benda ni lama dah sejak aku pergi Switzerland tengok pilihanraya dorang macam mana."
"Kau nak buat Gelanggayu macam Switzerland?" tanya Merlina.
"Why not? Benda baik kita ambik la."
"Jadi kau nak ada Presiden, PM bergilir-gilir macam dorang?"
"Tak kisah siapa PM atau Presiden, yang penting, aku yang control."
"Whoaaa...masa kecik kau minum susu Dumex ke?"
"Aku hisap herba dengan Ali," kata Azlan, ketawa.

Gulungan herba pun dah habis, Azlan terus capai bantal dan tidur. Sementara Merlina memikirkan idea kempen Azlan, bagaimana untuk dilaksanakan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro