Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2013 part 5

Rachel datang membawa gitarnya menuju ke McDonald's depan rumah Jugra selalu melepak bersama kawan-kawan.

"Rachel, awak baru sampai ke?" tanya Mili, yang tengah tenang makan sundae.
"I sebenarnya baru balik dari kelas gitar tadi."
"Coolnya! Awak, saya nak minta pendapat awak sikit?" tanya Mili.
"Apa dia?"
"Awak rasa Jugra suka tak t-shirt Simple Plan ni?"
"I don't know, Mili. But I don't think Simple Plan tu boleh disamakan dengan Gun and Roses yang dia minat tu."
"Ala, saya silap beli ke? Macam mana ni?"
"You beli dengan AliNana kan?"
"Haah."
"Boleh tukar lah kalau sebelum 14 hari. Cakap la rosak. Lepas tu you tukar la t-shirt favorite dia. You ni pun, crush kat dia, tapi tak nak confess."
"Susahlah, Rachel. Awak tengok la ego dia macam mana."
"But he's cool. Tapi daddy dia lagi cool!"
"Daddy dia dah umur 40 lebih kot?"
"I know, right? I mean, dah umur 40s pun macam 20s je."
"Jugra pulak umur baru 13, tapi acah-acah 30 pulak."
"Itu pun dorang."

Jugra dan Alif sedang berbincang tentang taktik lawan Call of Duty malam nanti. Sejak dah boleh main online ni, dah tak payah dah pergi cybercafe main game.

"Hi, Rachel. Bawak gitar ni nak jamming ke?" tanya Jugra.
"I baru balik dari kelas gitar, then I baru teringat yang you cakap rumah you ada studio jamming. Jom kita jamming?"
"Kita nak main lagu apa?" tanya Alif.
"Paramore!" jerit Mili.
"I setuju."
"Damn, I tak tau la lagu Paramore ni," kata Jugra.
"Are you serious you tak tau lagu Paramore? How old are you?" tanya Rachel.
"Maksud I, I tak tahu main."
"Usually you guys main lagu apa je?" tanya Rachel.
"Kita just sample lagu, then Mili nyanyi or Alif rapping, tapi entah apa-apa dia rap entah, bunyi macam lagu Jawa je. I buat beat," kata Jugra.
"Kira you guys takde particular genre lah? Okay, we can work to do something? Jomlah kita pergi ke rumah you. Nak tengok studio kat rumah you macam mana."

--

Mereka tiba di pintu studio, rupa-rupanya Azlan dengan band dia sedang berjamming. Dan sedang direkodkan.

Tergamam Jugra bila nampak ayah dia goreng gitar lagu Pluggin Baby macam gaya rock star. Memang sebelum ini dia pernah nampak ayahnya main gitar, tapi kali ni lebih ganas.

Rachel terus capai handphonenya dan rakam.

"Oh. My. God! Awesomenyaaaaaa!"

Jugra dah pandang Rachel macam kagum sangat dengan ayahnya.

"Oh my God, Mr Azlan! You're so awesome with that guitar riff! Wow!" kata Rachel, excited.
"Really? Peh, rasanya lagu ni I jamming masa 2001 dulu kot. Dah lama tak main lagu ni."
"Wow, can I learn that riff from you?"

Jugra hangin je bila tengok Rachel seperti fangirling depan ayah dia. Dia merajuk, terus turun ke dapur.

Merlina sedang siapkan coding untuk app terbarunya, PergiMana dot com, yang dah lama dia plan. Dia sebenarnya cuba untuk bersaing dengan syarikat app Traveloka yang berada di Majapahit.

"Daddy tu, ada pasang susuk ke, Mama Mer?" tanya Jugra.
"Apa benda yang kau merepek ni, anak setan?"
"Takdelah, tiap kali kalau perempuan jumpa dia, mesti cair. Tak kira la umur budak ke, umur baya Jugra ke, nenek ke, semua suka dia."
"La, ok la orang ramai suka bapak kau. Cuba kau tanya Alif, dia suka tak bapak dia tu? Aku pun tak faham macam mana korang boleh berkawan."
"Kenapa dengan ayah Alif, Mama Mer?"
"Panjang cerita. Yang kau ni jealous dengan populariti bapak kau, dah kenapa?"
"Takde la, Mama Mer. Mama Mer pernah tak jealous tengok peminat-peminat daddy?"
"Jealous? Dia jadi famous tu pun sebab aku."

Azlan turun ke dapur untuk minum air kosong.

"Kenapa?" kata Azlan, sambil tuang air.
"Anak kau, jealous dengan populariti kau."
"Hah? Dah kenapa kau ni, Jugra? Dengan bapak sendiri pun kau nak jealous ke?"
"Takdelah jealous. Tapi daddy ni kenapa ada ramai peminat perempuan?" tanya Jugra.
"Tiga perkara. Penampilan, keyakinan, ilmu pengetahuan. Kau conquer tiga ni, mana-mana perempuan pun akan suka kau. Kan hari tu aku pernah cakap dengan kau."
"Mama Mer cakap daddy popular sebab dia?" kata Jugra.
"Apa benda kau propa anak aku ni, Mer? Memang la kau power bab advertising, tapi takde tiga benda tu, tak jadi juga."

Merlina gelak sambil menaip coding.

"Dah, member-member kau dah nak jamming tu. Yang kau duduk bawah dah kenapa? Mer, aku nak keluar ni. Kau nak beli apa-apa tak?"
"Beli gula, serbuk kari, santan kotak.."
"Kau makan ikan keli tak?"
"Tak. Asal? Tak nak ikan air tawar la. Kau nak beli ikan, beli ikan cencaru. Aku buat sumbat sambal."
"Hmm, cara gak. Lagi? Cili boh ada?"
"Blender la cili kering tu."
"Lagi?"
"Pringle's sour cream and onion."
"Lagi satu, Jugra. Bila kau ada makwe, kau kena tahu dua perkara, macam mana nak pujuk, makanan apa dia suka. Aku gerak dulu!"

--

Semua orang di supermarket terkejut bila nampak Azlan tolak troli dan pilih barang tanpa sekuriti macam VVIP yang biasa datang nak tunjuk muka.

Ada juga yang rakam video, ambil gambar pakai kamera.

"Serius la YB Azlan shopping groceries? Dia takde maid ke?"
"Dia ni pemimpin paling humble. Groceries pun beli sendiri."

Azlan tak pedulikan pujian tu, sebab ini memang dirinya sendiri. Pada dia, dia lagi puas beli barang sendiri sebab dia sendiri boleh tengok dan pilih barang tu.

Semasa Azlan pilih ayam dan timbang, ada beberapa orang yang terkejut bila Azlan berdiri di belakangnya.

"YB, YB berdiri sini," kata orang di depannya, beri laluan kepada Azlan untuk ke depan.
"Takpe, takpe. Saya pun rakyat biasa juga. Kena lah beratur."

Ketika sedang beratur untuk membayar, kelihatan ada seorang lelaki yang sedang marah-marah kepada cashier perempuan tu.

"Kau ni apasal lembab sangat ni? Kau ingat aku ada banyak masa ke?"
"Maaf bang..."
"Kau ni apasal tak tau buat kerja? Tengok, kira terkial-kial!"

Azlan pergi ke depan, dan sentuh bahu lelaki tersebut.

"Kau dah kenapa pegang bahu a...eh, YB Azlan."
"Kenapa marah-marah ni, saudara? Orang lain pun beratur juga. Sabar lah, jangan marah-marah," kata Azlan.

Lelaki tu naik segan bila semua orang pandang dia kena tegur dengan Azlan, capai beg plastik dan tersengih depan Azlan. Azlan balas balik dengan senyum je lah.

Cashier perempuan tu nampak Azlan dah rasa gugup bila orang seperti Azlan pergi ke dia untuk membayar barangan.

"Baru kerja sini?" Azlan tanya cashier tu.
"Baru dua hari..."
"Biasa la tu. Saya dulu pun kerja sini, macam tu juga. Tapi dulu nama pasaraya ni, Pasaraya Sri Intan. Sekarang dah tukar jadi Winner's Supermarket."
"Encik Azlan kerja sini? Macam tak percaya je?"

Azlan senyum je lah. Sebab kalau dia cakap dia pernah kerja supermarket, orang memang tak percaya.

Cashier tu terkial-kial nak buka cash register.

"Minta izin?" tanya Azlan. Azlan pun tekan butang 'open register', dan peti cash register terbuka.

Cashier tu tergamam, tapi Azlan senyum sahaja.

"Macam mana encik Azlan..."
"Saya dah kata, dulu saya pernah kerja cashier macam awak juga. Pergi dulu, kerja elok-elok, assalamualaikum," kata Azlan.

--

"Your dad is so cool, Jugra! Seriously! You patutnya bangga dengan your dad."
"Saya rasa Jugra cool pun sebab datang dari ayah dia," kata Mili.
"Entah, serius doh, ayah kau cool gila. Wei, tukar ayah wei. Kau ambik ayah aku, aku bagi kau semua bitcoin aku," kata Alif.
"Alif, tak baik la cakap papa macam tu," kata Mili.
"Serious, papa poyo, tau tak? Daripada kecik sampai besar kena bahan sebab dia. Muka ni cacat sebelah sebab mama cakap dia suka kumpul musuh."
"Guys, guys! Boleh tak kita tak cakap pasal orang tua kita, and start with our own fvcking things, please?" kata Jugra sambil pasang kabel amplifier.

--

Disebabkan Jugra bawa kawan-kawannya, dan Merlina sedang sibuk menyiapkan coding website, maka Azlan yang masak hari ini.

Disebabkan juga semua dah lapar, maka yang cepat siap adalah masakan Itali. Masak spaghetti bolognais je dah boleh semua orang makan.

Sambil Azlan memotong buah tomato, Rachel dari tepi kagum dengan ketangkasan skil memotong Azlan.

"Can I ask you, Mr Azlan?"
"Sure, sure."
"You kenal my dad tak?"
"Yes, for sure. Dia duduk sebelah meja uncle masa kelas 4 Diplomat dulu."
"I see. I guess you're a guitarist."
"No, I was a keyboardist in my band."
"Keyboardist? Macam my dad lah!"

Azlan terdiam. Walau macam mana pun, dia kena cover juga cerita ni sebab tak nak damage Natasha dan dia punya politic career.

"Yes, your dad, dulu famous. Dia dikenali sebagai Mat Danger, dalam band Digital Tribe."

Technically speaking, Azlan tak menipu Rachel, tapi memanipulasi ayat dengan realiti. Teknik ni kena dimahirkan oleh ahli politik.

"Mat Danger? Wow, nama tu macam cool je!"
"I ada kaset band tu lah. If you have cassette player, bolehlah dengar."
"Ada! Kat rumah I ada cassette player. Nak dengar?"
"Lepas masak ni, I bagi you, okay?"
"Thank you Mr Azlan!"

--

"Mommy, now I know, daddy memang betul-betul awesome! I heard he has a band and I listen to his stuff! Awesomenya!" kata Rachel pada Natasha.

"Rach, I know you're missing your dad, but it's already late. Tomorrow kena jumpa dengan El Regina kan?"
"I know, but I wish I could see my dad! Mommy, mommy pernah tak dengar nama Mat Danger?"

Natasha terus berderau apabila mendengar nama Mat Danger.

"Rach, I'm tired right now. Please go to sleep early. I'm so sorry, today mommy sangat stress."
"I'm so sorry, mommy."
"Never mind. Lain kali kita cakap pasal ni, ya?"
"Okay. Good night, mommy."
"Good night, Rach."

Dia terus capai phone.

"alan, you better jangan cakap bukan-bukan dengan rachel, okay? remember what we promise?"
"apa yg i cakap dengan rach?"
"stop talking about mat danger and all about you in front of her. zaman sekarang ni zaman google. anytime je google boleh trace mat danger tu siapa."

Dia off telefon.

"I shouldn't go to Mauritius with him!"

--

"Focus! Rachel! The last time, you mistep your queue!" jerit El Regina kepada Rachel.

Rachel tidak dapat fokus memikirkan apa yang dikatakan oleh Mrs Adeline semalam. Akibatnya, dia tersalah step, menyebabkan dia jatuh, dan tercedera.

Berteriak kesakitan diikuti dengan tangisan.

Jugra lari meluru ke arah Rachel.

"Rachel! You okay tak?"
"I think I broke my fibula bone!"
"Bebola what?"
"Arrrgghhh, just call paramedic je lah!"

El Regina terus telefon pihak kecemasan, kemudian Rachel dikejarkan ke hospital. Ini menyebabkan harapan dia untuk mempertahankan pingat emasnya dua tahun lalu, kali ini di Sukan Asia Tenggara di Naypidaw, Bagan, hancur.

Hati Jugra jadi hancur melihat tangisan Rachel, yang menanam impian untuk memenangi pingat emas Olimpik di Rio tiga tahun lagi, jadi samar.

--

"Tulang you patah, tapi akan baik lagi 2 months. Buat masa ni you tak payah pergi sekolah, tak payah training. Don't think too much, have a good rest, okay?" kata El Regina kepada Rachel.

Beberapa minit kemudian, Natasha berkejar dan menjerit ke arah doktor.

"Doctor, tell me what happened to Rachel? Rachel?"

Dari belakang, Azlan tepuk bahu Natasha.

"Calm down. Bagilah doktor tu buat kerja dulu."
"I risau anak I lah! You apa tau?"
"I know, we all risau. But let the doctor do his work lah. Karang tak siap kerja dia," kata Azlan.

Barulah Natasha lepaskan baju doktor tu.

"Thank you Mr Azlan," kata doktor tu.

Azlan angkat bahu.

"Nat, I'm just using common sense. Relax. Bagi doktor buat report dia dulu, then dia found out apa problem dia, then dia beritahu, okay?" kata Azlan.

Azlan pandang kiri dan kanan, kemudian mengajak Natasha pergi ke pintu kecemasan.

Azlan sekali lagi pandang keliling, kali ini atas bawah, tingkap dan semua koridor, kemudian perhatikan kalau ada kamera keselamatan atau ada mata memerhatikan.

"Okay, clear."

Azlan kunci pintu.

"Look, I bukan tak nak bertanggungjawab pasal Rachel, okay?"
"Ye lah cara you cakap tu sakitkan hati I."
"I tak ada niat nak sakitkan hati you. I'm sorry. I pun risau pasal Rachel. I know, she's my daughter. Let me do my part as her father, I beg you."

Natasha lepaskan nafas.

"Lelaki memang selalu minta maaf dengan perempuan, ingat tu! So that, Mauritius thing will always be your fault. Your fault!"
"Okay, I'm sorry. Let me take my responsibility. Please?"

Natasha tak jadi nak marah.

"You dengan muka babyface you tu, benci lah! Macam kryptonite!" kata Natasha kemudian keluar dari pintu itu.

--

Perlahan-lahan Azlan datang ke arah Rachel.

"Hi, Rachel."
"Hey, Mr. Azlan!" wajah Rachel terus jadi ceria.
"Your mom risau pasal you. Dengar cerita your fibula bone patah kan?"
"Ye lah Mr. Azlan."
"Why?"
"I tak dapat focus. Something bothers me."
"Okay, cuba cerita pada I, what is bothering you?"
"Story pasal who is my real father."

Azlan terkedu, tapi dia bertenang.

"Okay, I'm listening."
"Really? Sebab my mom langsung tak nak cakap. Dia macam nak mengelak je."
"Alright, I dengar."

Azlan betulkan bantal Rachel agar Rachel boleh duduk dengan baik.

"It's all started when I was 10 years old. My mom bought a house in Puncak Jaya. She told me it was my father's house."

Azlan dah agak, rumah tu Natasha yang beli.

"Then ada satu bilik ni, memang mommy restored balik bilik tu macam bilik my dad masa dia muda dulu. Ada vinyl player, ada a lot of cool music stuff, a lot of great novels and books. Tiap kali I masuk bilik tu, I was imagining my father was there. Then I cried, because I will never be able to see him, ever."

Air mata Azlan menitik dalam dia tak sedar.

"So, I tried jejak all important things about my dad, based on story that mommy told me. He was a rude, anti social student. Suka hisap rokok atas tangki air. Suka ponteng sekolah tapi result sekolah gempak."

Azlan ketawa, kemudiannya dia sendiri merasa nostalgia dengan cerita Rachel.

"One day, Jugra nampak tangki air, so he climbed, I was there too, sebab I curious pasal tangki air tu. Then I saw the lyrics from The Smith. I knew it was my dad yang tulis tu! Because I belajar main gitar pun dari lagu The Smiths jugak!"
"Dia tulis apa?"
"Life is very long if you're so lonely."

Azlan senyum, dia mengangguk.

"Then I tanya Mrs Adeline..."
"La, hidup lagi ke dia?"
"She's our principal lah!"
"Wow, dah jadi pengetua sekolah."
"Why?"
"Because she's my teacher, and your mom's teacher jugak."
"Oh really?"
"Yes. And also your father's."
"Yeah, yeah. I know. You satu kelas dengan my father."
"But Mrs Adeline told me, my father bukan macam yang digambarkan mommy."
"Dia kata apa?"
"Dia kata 'no, no. Yang suka hisap rokok tu Azlan, Luqman tak macam tu. Luqman a timid kind of boy. Azlan tu anti social.' Dia cakap macam tu."
"How old is she now?"
"Macam dah 70s je?"
"I guess? Maybe 60s? Maybe dia dah lupa pun I dengan your father macam mana. Sebab kitorang pun sama baya. But I can tell you, your father really in love with your mommy in that time."
"Sedihlah, because I really want to know him."
"Hey, I know you're sad, but, I have gift for you," Azlan hulurkan CD Taylor Swift terbaru, Red. Siap ada tandatangan Taylor Swift.

Azlan jumpa Taylor Swift masa dia ada buat world tour di London. Azlan ada kabel untuk dapatkan autograf Taylor Swift.

"Whaaaaaatttt! With Taylor Swift autograph! Did you know her?"
"I don't know her personally but I met her because I knew her executive producer. Dulu pernah nak try push Kak Jessie pergi international. Dia tak dapat sebab dia ni macam 'Michelle-Avril clone', dah ramai sangat."
"You're the best person ever, Mr Azlan! Thank you!"
"Hope you enjoy it. Here's my Discman, kalau nak dengar lagu. Sorry, I tak ada mp3 player or what."
"I nak post gambar ni kat social media, boleh?"
"Boleh, but please don't mention my name. Me and your mommy lain parti politik. Nanti kontroversi."
"Okay, faham. Thank you Mr Azlan!"

Natasha mengintai Azlan dan Rachel dari tepi pintu.

Azlan keluar dari pintu.

"You're doing a great job as her father," kata Natasha.
"I wish I could be better."

Natasha nampak mata Azlan merah, ada kesan air mata. Dia tahu, hati Azlan benar-benar rasa sebak kerana tak dapat beritahu perkara yang sebenar kepada anaknya sendiri.

--

Faridah datang membawa sepinggan nasi ayam dan air kopi ke depan rumah Jeneral Yahya, kemudian dia menghulurkan makanan tersebut kepada Jeneral Yahya.

"Aku ni sebenarnya kesian dengan kau, Yahya. Bukan aku takde hati dan perasaan, tengok Mawar layan kau macam binatang, tapi masa kau buat pada dia dan Ali dulu, kau ada fikir tak, apa perasaan kau bila kau dilayan macam binatang?"

"Aku bagi Ali sekolah, aku bagi duit kat Mawar. Apa lagi yang aku salah pulak?" kata Jeneral Yahya.

"Kau boleh tanya lagi apa yang kau dah buat salah?" tanya Faridah.

"Idah, cuba tengok diri kau hari ni. Kau takkan dapat macam apa yang aku dapat, kalau aku yang tak cari cable kat luar sana tu? Kau tengok, macam mana aku yang naikkan anak kau sampai dia ke tahap yang macam ni? Kau ingat kalau takde aku, dia boleh ke tahap tu ke? Ali tu, kalau takde aku, dia boleh kaya macam tu ke?" kata Jeneral Yahya.

"Kau jangan ingat semua ni sebab kau. Kau kena ingat, kau cuma perantara antara Tuhan yang memberi rezeki je. Kau bukan pemberi rezeki. Ingat tu."

"Tuhan? Hahahaha! Dah umur tua gayut macam ni pun, kau masih nak percaya dengan cerita dongeng purba padang pasir ke, Idah?"

"Dongeng tak dongeng la sampai leher kau kena rantai macam anjing macam ni? Dengan bontot tak berbasuh, berak atas rumput, makan atas lantai? Dulu, kau jumpa dengan pemimpin dunia, panggil Presiden Ronald Reagan, Ron. Sana sini naik private jet. Even masa kau kena larikan diri dari Norman ke Temasik pun, kau duduk rumah Jacob. Satu sen pun Jacob tak minta kau duit. Hidup mewah walaupun merempat kat Temasik. Masa kau jatuh tahun '98 dulu, kau masih tak jeran lagi. Kau tak boleh merancang melawan takdir. Allah yang buatkan takdir untuk kau. Kau bukalah hati kau, Yahya."

"Kalau betul Tuhan tu wujud, kenapa Dia tak selamatkan Aminah dari letupan bom tu? Kenapa dia biarkan Laila menderita? Isteri aku yang tak pernah buat salah dengan sesiapa?" kata Yahya.

"Kalau Tuhan tak wujud, kenapa Jeneral Yahya yang bertepuk tampar dengan Henry Kissinger, berpeluk dengan Nixon, Reagan, Bush, Colin Powell, seorang jeneral yang menggulingkan pemerintahan 600 tahun dinasti al-Daulah, hari ni leher kena rantai, makan atas lantai, macam anjing?" balas Faridah.

"Apa yang aku buat ni, adalah untuk kepentingan negara ni, Idah. Aku angkat senjata untuk pertahankan negara ini sejak aku umur 16 tahun, Idah. Aku tahu apa yang terbaik untuk negara ni. Sebab tu aku didik anak kau Azlan, jadi hebat macam tu. Semuanya sebab aku!"

Faridah senyum sinis.

"Bukan kau yang lahirkan dia macam aku. Aku ibu dia, tak ada siapa yang lebih personally sayangkan Azlan, selain aku. Aku yang bergelut nyawa, Mamat yang kayuh perahu ke klinik desa pada malam Azlan lahir, yang semalaman temankan aku, masa ribut taufan melanda Teluk Tenang masa tu? Kau masa tu tengah bermegah, kau baru menggulingkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat dengan manipulasi kau, dan sedang memperkudakan Sultan Aminul Rasyid. Kau fikir la sendiri kenapa Norman marah dengan kau."

"It's just his stupid rabbit, Idah. Norman tu bodoh, tak layak jadi pemerintah. Kalau nak jadi negara yang hebat, Gelanggayu kena pilih pemimpin yang cerdik! Aku buat ni sebab aku tak nak Gelanggayu jatuh ke tangan orang yang bodoh!"

Faridah malas nak bercakap lagi. Hanya terus keluar dari pagar rumah Jeneral Yahya.

"Kau fikirlah sendiri apa aku cakap ni, Yahya. Bertaubatlah selagi sempat. Allah tu Maha Wujud dan Maha Berkuasa. Kita manusia ni, sementara je kat atas dunia ni."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro