Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2013 part 3

"Kak Mer! Bila pulak ada gelanggang wrestling kat rumah ni?" kata Jessica sambil cipiki-cipika dengan Merlina, yang sedang mengemas barang-barang baby Julia.

"Hari tu kau datang tak perasan ke?"

"Baru saya perasan. Alan beli gelanggang wrestling ke? Nak buat apa?"
"Entah. Lepas ni kau tengok la, berlambak basikal depan rumah aku ni, bebudak nak lawan wrestling. Rumah aku ni dah macam rumah Vince McMahon dah."

Jessica geleng-geleng kepala.

"Abang Alan mana?"
"Dia ada mesyuarat parti. Lepas tu nak pergi ke kilang bunting untuk cetak bunting persidangan Parti Nasionalis. Kan bulan depan ada Persidangan Agung Parti Nasionalis."

Beberapa budak-budak kawan Jugra tiba di depan rumah Azlan terus lempar basikal dan buka baju sekolah dan salin pakaian untuk main wrestling.

"Cepat la, Fendy Orton!"
"Tunggu Jugra ni. Kau ni pun, Haris Hearst Hemsley, adab mana? Ni kan rumah dia."
"Lembab la Jugra ni. Sejak dia dengan Mili digosipkan ni, makin lembab dia nak main wrestling."
"Johan Batista mana?" tanya Fendy Orton.
"Dia cakap mak dia suruh beli santan kejap. Nanti dia datang."
"Leceh la, Haris Hearst Hemsley. GWF ni makin ramai yang tak berdisiplin sejak dah masuk sekolah menengah ni," kata Fendy Orton, mencekak pinggang.

Jessica mengendap kelakuan dua kawan Jugra sambil berbual dan mula warm up sebelum ke gelanggang wrestling.

"Selalu ke macam ni, Kak Mer?"
"Selalu. Sampai aku malas nak kisah dah."
"Kalau ada budak terpatah tangan ke, terpeleot kaki ke, macam mana? Apa nak jawab kat mak bapak budak-budak ni? Kan WWE pun cakap, don't try this at home. Merepek betul la Abang Alan ni."
"Ye la, kalau kau tengok perspektif orang perempuan memang la kita rasa merepek. Tapi dari perspektif budak lelaki, dorang seronok macam ni.

Kejap lagi Jugra dan Alif tiba ke rumah.

"Wei, Fendy Orton, Haris Hearst Hemsley, lama dah sampai?" kata Jugra, bersalaman.
"Kau la, lembab sangat balik sekolah. Kitorang dah warm up lama dah."
"Biasalah, aku kan Bill Jugrolberg. Sebelum lawan kena ada orang ketuk pintu bilik aku dulu."

"Jugra!" kata Merlina.
"Ye, Mama Mer?"
"Ke mari kau. Jumpa Aunty Jessie kau ni."
"Wei, kejap wei. Makcik aku ada kat rumah la."

Jugra bersalaman dengan Jessica.

"Tu kawan-kawan nak main wrestling ke?"
"Haah."
"Tak patah riuk ke?"
"Dulu tu terkehel ke terlebam tu ada la. Sekarang dah biasa dah."
"Mak ayah dorang tak marah ke?"
"Mula-mula tu ada yang marah, tapi lepas tu faham, kitorang cuma nak bersukan je."

Jessica geleng-geleng kepala.

"Saya lawan wrestling dulu ya, Aunty Jessie?"

Jugra kembali ke gelanggang wrestling di mana kawan-kawannya dah menanti. Hari ini pertarungan tagteam antara Fendy Orton dan Haris Hearst Hemsley menentang Alif The Cyclops Akmal dan Bill Jugrolberg.

Tengah Jugra grip leher Haris Hearst Hemsley, tiba-tiba Mili dan Rachel tiba di rumah, dan disebabkan Jugra teralit akibat memandang Rachel, tiba-tiba dia kena tumbuk perut dan kena pedigree.

"One, two, three! Ting ting ting!"
"Apa ni, Jugra! Nampak kakak aku je, terus lemah?" kata Alif.
"Eh, tak. Tak. Bukan sebab kakak kau..."
"Jugra loves Mili! Jugra loves Mili! Jugra loves Mili! Jugra loves Mili!"

Chanting Alif itu disahut oleh Haris Hearst Hemsley dan Fendy Orton, membuatkan Jugra jadi stress.

"Takde la, aku bukan pandang kakak kau la, Alif!"
"Habis tu asal kau tadi lemah? Jugra loves Mili! Jugra loves Mili! Jugra loves Mili!"

Jugra terus je masuk ke rumah sebab stress.

"Bodoh la Alif ni. Eiii!"

"Asal kau ni?" kata Merlina sambil goreng ayam.

"Buat hal la dia ni. Ada ke cakap kat kawan-kawan Jugra loves Mili. Mana ada!"
"Aku ingatkan Mili tu girlfriend kau?" kata Merlina.
"Mana ada la!"
"Dah tu?"
"Kitorang kawan je la. Bodoh Alif ni."
"Eh, tu kat depan tu, Mili dengan Rachel?" Jessica garu kepala.
"Ya, we all satu sekolah selalu hangout kat KMW."

--

Jessica duduk bersama dengan semua kawan-kawan Jugra.

"You know, Rachel, nama you sebenarnya aunty Jessie yang bagi," kata Jessica.
"Really?" tanya Rachel.
"Yes, masa tu ada Uncle Alan, Uncle Luq and I, orang pertama yang tengok Rachel lahir. Luq letak nama Nurul, Kak Nat letak nama Hilda, Abang Alan letak nama Cleo, and me, letak nama Rachel. Sebab masa tu, pelakon paling popular and Aunty Jessie minat masa zaman tu, nama dia Rachael Leigh Cook. Kejap, aunty google nama dia."
"Wow, she's beautiful la! But wait, my dad rupanya yang letak nama I Nurul? I thought mommy cakap, my dad yang letak nama, Cleo?" tanya Rachel.

Jessica terdiam. Daripada apa yang Rachel cakap ni, dia rasa Natasha beritahu Rachel siapa ayahnya dalam keadaan bayangan.

"I think I messed up, kot? Tapi ya, nama Rachel tu memang aunty Jessie yang bagi."
"Aunty Jessie, where's Mr Azlan? I really really really really really really want to see him."
"Amboi, why eh?"
"I don't know. Sebab dia charming. Mesti dia best kan kalau ajak berborak?"

Jugra pandang slack je bila Rachel asyik nak jumpa ayah dia.

"Rachel, Alif, Jugra, jom nak kita jamming?" kata Mili.
"Ya, jom lah! But I don't bring my guitar," kata Rachel.
"You guys ada band?" tanya Jessica.
"Yes! Kitorang ada band!" kata Mili.

Jugra terus malas nak layan crowd ramai-ramai, dia terus ajak Haris Hearst Hemsley dan Fendy Orton naik basikal dan merayau.

"Riuh betul la Mili ni."
"Awek kau jugak," kata Fendy Orton.
"Bukan la, mana ada..."
"Jugra loves Mili, Jugra loves Mili, Jugra loves Mili!"
"Diam la! Sekali aku jackhammer kau karang baru tau."
"Kau punya jackhammer je kau fikir, tak fikir pedigree aku macam mana?" kata Haris Hearst Hemsley.
"Tak fikir kena FKO aku lagi," kata Fendy Orton.

Jugra rasa stress. Sebab dia rasa macam dia kena cockblock secara sistematik oleh Alif dan Mili.

--

"Mommy!"
"Hey, Rachel. How's school today?"
"As usual, boring stuff."
"Hari ni tak ada training?"
"Training begins 2 months before Sukan Asia Tenggara, mommy. Sekarang baru bulan berapa."

Walaupun menjadi Perdana Menteri, Natasha tidak tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri. Antara puncanya kerana dia akan teringat pada Luqman masa dia tinggal di situ.

Lagipun dia memang nak Rachel bersekolah di Kolej Melayu Wijayapura, sebab itu dia lebih rela berulang alik dari Kota Warisan ke Wijayapura setiap hari.

"Mommy, can I ask you few questions?"
"Apa dia?"
"Mommy rapat tak dengan Aunty Jessie?"
"Mommy kenal dia sejak umur dia dua tahun kot."
"Dia cakap dia yang bagi nama Rachel kat I. Betul ke?"
"Yup, you're absolutely right."
"Hilda, mommy yang bagi kan?"
"Yes."
"Daddy bagi nama yang mana, Nurul ke Cleo?"

Natasha diamkan diri.

"Mommy cakap daddy bagi nama kat I Cleo, tapi aunty Jessie pulak cakap, daddy yang bagi nama Nurul. Mana satu cerita betul ni? I guess both of you were there when I was born?"

"Entahlah. It was 13 years ago. Mommy pun dah tak ingat who is who. Mommy ada banyak kerja ni, esok ada cabinet meeting. You do your homework, I'll do mine, okay, sweetheart? Anyway, you dah makan?"
"Tadi, dah makan kat rumah Mr Azlan. Aunty Mer masak."
"What?"
"Yes, I hang out with Mr Azlan's son, Jugra. Ingat tak, dia yang tukar tayar kereta kita yang pancit tu?"

Natasha terus bangun, dan capai phonenya, dan terus teks Azlan.

"we need to talk."

--

"I don't think I'm ready to tell the truth," kata Natasha.
"I pun fikir jugak benda tu," kata Azlan.
"What if benda ni leak? Karier you mati, karier I pun mati."
"I know, I know."
"Did Jessie knew about this? About me, you, Rachel?"

Azlan terus kunyah chewing gum nicotinenya. Sejak dia kahwin dengan Merlina, dia berusaha untuk mengurangkan tabiat merokoknya.

"She figured out herself."
"How?"
"The way I hold Rachel masa tu. She said Luq dan Rachel macam tak ada bonding father and daughter, bukan macam I."
"But how come she said like that? Mana dia tau apa-apa."
"I don't know. Dia cakap macam tu masa I dalam kereta."
"Sekarang, I found out that Damian dah pegang saham Hafiz dalam Kencana Consortium. My dad's company is in jeopardy. Kalau Damian found out yang Rachel ni anak you and bukan Luq, mampos lah I."
"Relax, Jessie can keep the secret. You pun kenal Jessie tu macam mana, kan?"
"I know, Alan. Tapi I risau la kalau Damian found out pasal ni. Sekarang ni dia dah mula nak kuasai balik company my dad. Semua sebab Hafiz sold his share."
"Then, apa respon Adilah?"
"Dia mengamuk la. Dah la jual share, lepas tu duitnya tak nampak. Sekarang, Adilah cakap in 6 months, kalau duit tu tak return, Adilah nak saman Hafiz sebab menyonglap duit syarikat."
"But itu kan duit dia?"
"Not anymore. Bila dah jadi public traded company, segala urusan jual beli syer kena dapat kelulusan from CEO. And CEO ialah Adilah."
"Sekarang apa dah jadi dengan Kencana Consortium?"
"Sekarang isu ni dah buat Adilah marah dengan Hafiz. I rasa Hafiz joli sana-sini, tu yang duit dia habis tu. And that's why Adilah nak saman Hafiz."
"Tapi Hafiz kan nak bertanding Presiden?"
"He needs to sort it out this issue first. Eh, why I cakap dengan you semua ni? You kan parti musuh I."

Azlan tergelak.

"But seriously, pasal Rachel tu. Please jangan sampai Damian tau, okay?"
"Nanti I cakap dengan Jessie pasal ni."

--

Selepas Puncak Jaya, Bukit Pagar, dan banyak lagi projek perumahan awam yang dibiayai oleh wang zakat keluarga al-Daulah, golongan Melayu mula memperkukuhkan ekonomi melalui perniagaan hasil daripada tabung wang zakat.

Hari ini, Azlan dijemput oleh Persatuan Ibu-Ibu Tunggal Air Putih dengan kerjasama Yayasan Tengku Aminah, untuk merasmikan Pusat Industri Desa Kampung Parit Haji Karim Batu 8.

Pusat industri desa ini mengikut rancangan Azlan untuk memberi peluang kepada golongan muda dan ibu tunggal untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Daripada wang zakat yang terkumpul yang berjumlah RG174 billion sejak Azlan menguruskan amanah harta keluarga al-Daulah, sebanyak RG3 billion digunakan untuk membina prasarana industri desa di seluruh Gelanggayu, dengan membuat skim mikrokredit pinjaman tanpa riba untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan sebanyak RG2 billion untuk tahun ini.

Antara yang kini menjadi permintaan tinggi ialah durian crepe, kek durian, keropok durian, serawa dan lempuk durian, serta beraneka lagi juadah dari raja buah itu.

"Alhamdulillah Kak Dayah, sejak Kak Dayah jadi orang penting dalam Yayasan Tengku Aminah ni, orang kampung kat sini banyak mengeksport makanan ke Temasik. Kat sini kita jual RG10 untuk 6 keping durian crepe, jual kat Temasik, jual $20 pun dorang beli!"
"Ye la akak, terima kasih la kat Yayasan Tengku Aminah, sebab akak la, ramai orang kat sini daripada miskin, jadi kaya. Semua dah pakai kereta Mercedes dah orang kampung sini."

Hidayah tersipu-sipu.

"Eh janganlah puji Kak Dayah, ni semua jasa dorang tu," sambil tunjuk ibu jarinya ke arah Azlan dan Merlina yang sedang memerhatikan produk kampung.

"Pilihanraya nanti kami pasti undi Parti Nasionalis!" kata seorang penduduk kampung.
"Ya kak, tak nak dah Parti Republikan ni. Tengok Hafiz tu, perangai pun dah macam kafir dah. Mabuk sana mabuk sini, cuba tengok video ni," kata seorang lagi pengundi tunjuk video Hafiz sedang berjoget di Cebu bersama Donita.

Urut dada Hidayah tengok Hafiz jadi sampai macam tu sekali.

"Tapi dengar kata kat sini yang akan bertanding, parti negeri Air Putih kan?"
"Parti negeri? Macam mana tu?"
"Parti yang nak perjuangkan hak negeri? Sekarang semua benda kerajaan pusat putuskan. Itu yang dia nak anak kita belajar manusia berasal dari beruk tu."
"Kalau kerajaan negeri ada, boleh la kerajaan negeri halang macam dulu."
"Saya macam ni, saya takkan undi Republikan atau Haji Syaaban. Saya undi Nasionalis atau parti negeri, atau kalau Parti Pertiwi ada."

--

"Alhamdulillah, dengan berkat dari Allah swt, saya bangga melihat golongan usahawan terutamanya dari golongan belia dan ibu tunggal di negeri Air Putih ini, kerana dengan usaha dan titik peluh mereka, mereka mampu hidup lebih senang berbanding dahulu. Daripada wang zakat ini, janganlah kita lupa apabila kita sudah hidup senang nanti, kita pun kena bayar zakat harta untuk bantu sesama ummah. 9 daripada 10 punca rezeki adalah datang dari perniagaan, dan apabila kita ada rezeki yang banyak, maka kita janganlah lupa tanggungjawab kita untuk membantu yang lain. Diharapkan dengan model perniagaan berasaskan zakat ini, dapat membantu bukan sahaja untuk umat Islam di Gelanggayu, kalau boleh kita dapat bantu seluruh umat Islam, Insya-Allah."

Ucapan Azlan diberi tepukan gemuruh oleh penduduk kampung. Azlan datang bukan nak berkempen sangat, tapi nak membantu parti negeri Air Putih dalam kempen pilihanraya mereka nanti dari segi dana dan rangkaian kewangan mereka.

--

Azlan

Aku melawat projek pembinaan semula jeti Teluk Tenang yang roboh pada tahun 2009 kerana sikap Amar masa dia jadi Gabenor Melaut yang korup dan mark up projek dengan harga tinggi, tapi disebabkan aku dah letak jawatan, deal dengan TPM masa tu, Kamal Imad lebih mudah.

Secara jujur dan berterus-terang, aku tak suka Amar ni. Dia ada perangai suka membodek. Contoh, masa kejadian tsunami berlaku di sini dulu, masa aku Timbalan Perdana Menteri, Merlina telefon dan cakap line internet putus.

Kalau Merlina ni rakyat biasa dan bukan PA kepada aku yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, memang sampai mampos dia atau staf dia takkan layan.

Masa aku kempen untuk PRK, macam-macam dia bodek aku dan keluarga aku. Belikan kain songket tenunan Melaut untuk ibu, belikan durian Musang King untuk Merlina.

I don't like flatterers. Pada aku pembodek dalam dunia ni adalah scum of the earth. Tapi aku sedar, bodek adalah satu cara manusia untuk selamat dalam power relations. Macam kucing bergeser kat kaki tuannya, sebab nak mintak makanan sedap.

Contoh, masa Perang Dunia Kedua, local warlords yang nak selamatkan tengkuk daripada kena pancung dengan tentera Ryukyu, membodek mereka dengan menculik anak-anak dara dari kampung untuk dijadikan penyedap.

Dan benda tu dalam politik, toksah cakaplah.

Aku akui, aku ada banyak terima hadiah, atau offer dari orang yang less powerful daripada aku untuk mendapatkan favour dari aku.

Tapi ada beza antara genuine gift, dengan orang yang cuba nak merasuah atau menjilat aku. Dan aku tak suka benda tu. Aku memang allergik dengan sycophants macam Amar ni.

Kali ini, aku lantik firm Kecik yang bina jeti ni, sebab aku trust Kecik. Projek pembinaan rumah-rumah yang berjalan di Wijayapura, projek pembinaan semula Wijayapura, dan projek panel solar pada perumahan awam, memang berkualiti tinggi.

Kecik tak buat kerja cincai. Dan perangai Ayam Hitam di Wijayapura tak sama dengan perangai geng Ayam Hitam di Melaut.

Sebenarnya aku nak jadi ahli parlimen Kuala Melaut Selatan ni pun, sebab aku nak siasat kejadian jeti runtuh ni. Aku marah sebab salah satu dari dua orang mangsa yang terkorban tu adalah orang kampung aku.

Jadi Amar ni masa jadi Gabenor dulu, sudah songlap duit dan lepas tu kapur duit projek jeti, menyebabkan projek ni pakai barang murah dan cepat rosak.

Sekarang ni Gabenor Melaut ialah Junaidi Bakar, dari Parti Republikan. Masa aku Timbalan Perdana Menteri dulu, Junaidi ni Ketua Pemuda Parti Nasionalis Kuala Melaut Selatan sebelum dia ikut Natasha dan lompat parti.

Junaidi ni pun nak lompat ke parti aku, tapi aku ada plan lain.

Aku nak naikkan Amar. Tapi kau mesti pelik, kan kenapa aku buat benda macam ni? Apasal aku tak terima je Junaidi ni, dan pergi ambik Amar yang korup ni?

Sebab Amar sekarang dalam Parti Pertiwi. Dan begitu juga dengan Amir, adik dia yang nak juga bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Amar dan Amir ni macam Izham dan Azham jugalah, cuma Azham tak masuk politik, dan dia lebih selesa dengan gangster je.

Sebab buat masa ni, aku perlukan Amar dan Amir di Melaut ni. Aku tak bodoh untuk pilih mat korup ni, tapi dalam proses persempadanan semula ni, aku nak ia mengikut apa yang aku telah design.

Aku dah berapa kali nasihatkan pada Ali, nak pilih orang tu pilih betul-betul. Aku tak nak campurtangan sangat hal Ayam Hitam ni sebab bukan aku yang asaskan, tapi pendapat aku, Amar dan Amir ni tak boleh pakai. Tak boleh nak diharap langsung.

Kes jeti runtuh ni mengakibatkan kerugian RG470 juta untuk bina balik. Bayangkan, pecah tanah tahun 2006, runtuh tahun 2009. Kos melantun sampai RG300 juta.

Kecik bagi harga RG170 juta, lagi besar, lagi teknologi tinggi, material lagi kukuh daripada hakisan air laut.

Perangai Kecik ni, dia kalau nak quote harga, dia akan pastikan harga tu berbaloi. Kalau mahal dia akan explain kenapa, kalau ada lebih murah tapi lebih baik, dia akan cari.

Bila aku bagi kontrak bina jeti ni pada Kecik, Amar macam tarik muka sikit dengan aku. Aku cakap la, kroni dia dah dapat projek pembinaan bangunan blok baru untuk penjara Sungai Banol, apa lagi yang dia nak? Lagipun yang dulu tu pun pakai kontraktor dia. Runtuh jugak. Lagipun aku bagi Kecik, bukan entah siapa aku bagi pun. Geng Ayam Hitam juga.

Tapi Amar tahu yang Kecik ni underboss dalam Ayam Hitam. Misalkata apa-apa jadi pada Ali, Kecik yang akan lead Ayam Hitam. Mejar Jeneral Firdaus pun orang kanan Ali juga, macam consigliere kepada Ali, terutamanya dalam urusan ketenteraan dan pembelian senjata.

Projek Sungai Banol tu pun aku suruh Kecik tolong perhatikan. Dalam erti kata lain, aku tak percaya dengan dua ekor ni, tapi buat masa ni, aku kena berdiplomatik, lagipun si Amir ni dulu satu sel dengan Ali.

Ali mungkin bonding rapat dengan aku, tapi aku tak tahu macam mana Ali dengan Amir punya rapat.

Lepas tu aku melawat medan selera tempat Ali kerja masa dia jumpa dengan Rozana dulu, dan bertemu dengan rakyat.

Di situ aku bertemu dengan rakyat dan mendengar komplen dari orang ramai. Ada makcik datang nak bagi kuih, bagi pulut udang, bagi ikan masin jeruk - aku anggap pemberian tu ikhlas.

Sebab mereka ni rakyat jelata - dan aku bekerja untuk mereka, dan mereka rasa terharu dengan perkhidmatan yang aku berikan pada mereka.

"Kalau boleh, makcik nak Encik Azlan jadi ahli parlimen sini lagi."
"Eh, tak boleh lah macam tu, makcik. Kawasan asal saya di Puncak Jaya. Tapi, kalau saya ditakdirkan jadi Perdana Menteri, Insya-Allah saya akan jaga kawasan ni macam saya jaga Puncak Jaya juga."
"Encik Azlan masa jadi timbalan PM dulu, macam-macam dia buat untuk kita. Datang si Kamal ni, habis punah jahanam jadinya. Sebab tu kami boikot Nasionalis masa tu. Lepas tu bila Encik Azlan nak bertanding sini, makcik cakap syukur alhamdulillah! Makcik pakat dengan anak-anak, saudara-mara, satu kampung, undi Azlan. Masa tsunami dulu dia banyak tolong kita."

Aku senyum je lah. Macam makcik ni, dia tak mengharapkan aku bagi kontrak juta-juta, cukuplah dengan aku bagi perkhidmatan terbaik untuk kawasan ni. Yang ni bukan bodek pada aku. Yang ni menghargai apa yang aku dah buat.

"Terima kasih, makcik."
"Eh, tak. Patutnya kami semua yang kena berterima kasih pada encik Azlan. Semoga Allah lanjutkan usia Encik Azlan dan Puan Merlina," kata suami makcik tu pula.
"Tuan Azlan ni seorang yang lantang bersuara tentang hal orang Melayu, hal Islam, lepas tu buat kerja pun rajin. Memang patut Tuan jadi Perdana Menteri..."
"Jadi Sultan pun makcik tak kisah dah!"

Lewat petang, aku melawat tapak projek hospital baru di Teluk Tenang. Klinik Desa tu ada lagi, tapi aku minta orang perbaiki, sebab ada sentimental value.

Ni tempat yang melahirkan aku, jadi aku nak tempat aku lahir ni jadi tempat ibu kenangkan macam mana susahnya nak lahirkan aku dulu.

Projek hospital ni pun under firm Kecik, di bawah Yayasan Darul Mukminin.

Rozana kemudian belanja kami sekeluarga nasi lemak di restorannya, yang kini dijalankan oleh anak saudaranya.

"Dulu gerai kecik je, Alan. Abang Ali datang je, sekarang dah besar macam ni."

Dekat Teluk Tenang ni, ada culture makan nasi lemak dengan ikan bakar atau sotong raja bakar. Sotong raja ni sotong yang lebih besar dari sotong biasa yang kita nampak tu. Besar dia macam besar ikan siakap.

"Daddy, sotong ni sotong kuwita ke?" tanya Julia sambil makan.
"Sotong raja."
"Sotong waja?"
"Raja. Rrrrrrr....raja!" kata Jugra, sambil makan.
"Betul la Julia cakap sotong waja. Sebok je Abang Jugwa ni."

Merlina pandang Julia kemudian pandang aku.

"Anak aku terkenan si Lisa Surihana la ni, dah jadi pelat R."
"Tapi dia pelat sebut gh kan, bukan w?" tanya Nilam, anak Rozana.
"Haah. Julia dia sebut w," kata Merlina.
"Aunty Wozana! Nak tambah sikmak! Bwwuggghhh!"
"Hish kau ni, tau la sedap nasi lemak tu. Makan sikit-sikit dah la, macam kena sampuk setan je kau ni," kata Merlina sambil lap pipi Julia.
"Comel la Julia ni. Jadi adik Nilam, nak?"
"Kalau Kak Nilam jadi kakak Julia, Kak Nilam kena tanggungjawab belanja Julia makan!"
"Amboiiii!"

Semua orang ketawa melihat telatah Julia. Anak aku yang sorang ni, dia ada perangai Merlina. Suka buat orang ketawa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro