
2013 part 2
Keesokannya seperti yang dijanjikan, mereka bertiga melepak di rumah Rachel, kemudiannya Rachel tunjukkan reka bentuk rumahnya.
"Fuyoo, retro gila design rumah ni," kata Jugra memandang keliling ruang tamu rumah Rachel.
"Okay, ni bilik I..." Rachel tayang biliknya.
"Wow, besarnya poster Taylor Swift. Ni gitar you ke?" tanya Mili.
"Yes, sometimes I play guitar," kata Rachel.
"Kat rumah I ada poster Big Bang!" kata Mili.
"G-pop, sorry, not into it sangat, I lebih pada alternative pop. Tapi Taylor sejak kecik, so memang follow lah."
"Contoh band?" tanya Jugra.
"Paramore, Florence and The Machine, Lenka, Kate Voegele, Tegan and Sara, Regina Spektor."
"I see," kata Jugra.
"You minat apa?"
"I suka lagu orang tua. Alice In Chain, Nirvana, Guns and Roses..." kata Jugra.
"Daddy I suka lagu Guns and Roses," kata Mili.
"Tak tanya pun," Jugra berbisik dalam hati.
"Korang nak tak, tengok bilik daddy I? My mom suruh Aunty Maria, cari designer suruh design bilik dia ikut theme 80s," kata Rachel.
Jugra kagum seolah-olah dia berada di tahun 1986. Dia main agak je tahun 1986 macam ni, sebab dia selalu nampak gambar daddynya design lebih kurang macam ni rumahnya.
"Fuyoo, ni kalau daddy ni, mesti suka band-band macam ni," kata Jugra yang melihat koleksi vinyl ayah Rachel.
"Ada vinyl player, tapi I tak tahu nak pasang. Maklumlah, Generation Z," kata Rachel.
"Mana? I pasangkan," kata Jugra.
"Weh, acah tau pulak main vinyl. Rosak nanti," kata Alif.
Jugra diam je, sambil pasang. Jugra nampak ada vinyl New Order. Dia tau la pasang sebab ayah dia collector vinyl.
"Kat rumah aku, daddy ajar aku la macam mana nak pasang, Lep," kata Jugra.
Dia tahu daddynya suka betul band ni.
"Fuyoo, New Order. Nama band sedap betul ni. Bunyi macam diktator je," kata Jugra.
Jugra terus pasang lagu Blue Monday.
"Peh, sedap beat lagu ni, masyuk beb projek band kita," kata Alif pada Jugra.
Jugra diam. Dalam kepala Jugra hanya fokus kepada beat lagu tu.
"Korang buat band ke?" tanya Rachel.
"Yes, saya nyanyi, Jugra buat beat, Alif buat sound engineering. Nama band kitorang, Electric Emotions."
"I nak main gitar, boleh?" tanya Rachel.
"Okay je," kata Alif.
"No, kena tanya Jugra dulu. Kan kita jamming kat rumah dia?" kata Mili.
"Jugra, can I be one of your band member?" tanya Rachel.
"Only if you play more than just Taylor Swift," kata Jugra, tegas.
"Macam?"
Jugra melilau mencari band mana yang ada poster dalam bilik tu. Dia nampak poster Queen.
"Haa, Queen."
"I can play Bohemian Rhapsody on piano," kata Rachel.
"Okay, show me what you got."
Di bilik itu, ada tinggalan keyboard. Rachel terus bermain piano lagu yang disebut Jugra tadi.
Jugra terpesona dengan sentuhan jari jemari Rachel, yang bersungguh-sungguh nak membuktikan pada Jugra yang dia ada bakat.
Semua orang hanya diam, mendengar alunan piano dari Rachel.
"Sedap weh," kata Alif.
"Shh!" Jugra suruh diam, sebab Jugra sedang fokus dengan bunyi yang Rachel sedang mainkan.
"You're good on piano, but you told us you can play guitar. Datang studio daddy I, and show me what you got," kata Jugra.
"Wei, lek la kau ni, Jugra..." kata Alif.
"He's right. And I'm going to proof to you what I can do to be in your band," kata Rachel.
"Yang ni macam mommy dia, yang tu macam daddy dia. Bergaduh je dalam Parlimen," kata Mili.
--
"Kuala Melaut Selatan..."
"Tuan Yang Dipertua, baru-baru ini ada berlaku insiden rampasan kapal milik syarikat multinasional dari Apex Corporation Group, salah satu negara yang ada dalam syarikat itu adalah orang Gelanggayu, berlaku di perairan sempadan Guyana-Venezuela. Sebagai Perdana Menteri, mengapakah masalah ini berlaku, dan kenapa Teknojaya Timur, dengan izin, downplay this issue in front of public?"
"Teknojaya Timur..."
"Tuan Yang Dipertua, masalah kapal yang dirampas itu dikatakan memasuki wilayah Venezuela, namun menurut undang-undang laut UNCLOS, kawasan itu berada dalam perairan Guyana. Syarikat Apex mempunyai cawangan di Barbados dan mengadakan kerjasama dengan negara-negara Caribbean, termasuklah Guyana. Saya fikir wakil dari Kuala Melaut Selatan hanya berfikir kepentingan syarikat besar seperti Apex Group, sedangkan kita ada masalah yang banyak lagi di negara ini. Taulah isteri ada syarikat berbillion dolar."
"Kuala Melaut Selatan..."
"Point of order dengan izin, peraturan mesyuarat, Yang Dipertua. Peraturan nombor 44, tertib dalam Dewan, kurungan b, dilarang menyerang peribadi."
"Teknojaya Timur, tarik balik ayat terakhir tu..."
"Saya tarik balik, Yang Dipertua."
"Kuala Melaut Selatan..."
"Tuan Yang Dipertua, masalah kerajaan hari ini ialah ketiadaan pakar geopolitik dalam melindungi kepentingan syarikat negara ini. Kepentingan syarikat yang menjadi tunjang kepada ekonomi negara, haruslah dijaga oleh kerajaan seiring dengan permashalatan rakyat. Ketiadaan pakar geopolitik dalam kerajaan ini telah mengakibatkan kapal yang didaftarkan di negara ini, telah dirampas sebuah negara asing akibat tidak cakna dengan konflik antara Caracas dan Georgetown. Saya menyeru agar kerajaan ini memanggil Duta Besar Venezuela dan meminta pihak kerajaan Caracas yang dipimpin oleh pemimpin baru mereka, Nicolas Maduro untuk berbincang tentang perkara ini. Untuk pengetahuan dewan, Venezuela sekarang dalam keadaan power vacuum, dengan izin. Pergolakan politik mereka telah menyebabkan ekonomi mereka menjunam, ditambah pula dengan sekatan ekonomi Amerika Syarikat berupa larangan mengeksport minyak dan gas, serta kematian Presiden Hugo Chavez telah mengakibatkan mereka mengalihkan pandangan rakyat mereka dengan krisis ekonomi mereka dengan isu kapal masuk ke kawasan EEZ mereka. Tuan Yang Dipertua, saya meminta agar Teknojaya Timur cakna sikit tentang keadaan geopolitik dunia memandangkan dunia sekarang sedang mengalami krisis di Syria, di Libya, di Yaman, serta ketegangan politik di Ukraine antaea Presiden Yanukovich yang pro-Rusia lawan pro-EU, Yulia Tymochenko yang bakal menjejaskan perdagangan antarabangsa. Saya melihat kerajaan ini lemah dalam polisi luar dan ini menggugat reputasi Gelanggayu sebagai sebuah negara berdagang antara yang terbesar di Asia!"
Natasha tergamam bila ahli parlimen Parti Republikannya sendiri ketuk meja tanda menyokong.
Azlan duduk, kemudian membetulkan songkoknya.
"Teknojaya Timur..."
"Tuan Yang Dipertua, saya tahu Kuala Melaut Selatan ni memang pakar putar retorik. Kalau keadaan pelbagai masalah dalam negeri ni kita masih belum dapat selesaikan, bagaimana kita nak selesaikan masalah di luar? Kuala Melaut Selatan boleh tunjukkan pada saya?"
"Kuala Melaut Selatan..."
"Tuan Yang Dipertua, saya boleh tunjukkan. Kalau rakyat mahu saya tunjukkan, saya akan tunjukkan kepada Teknojaya Timur sekiranya saya diberi mandat untuk duduk di sebelah sana pula...."
Ketukan meja semakin kuat. Muka Natasha merah padam sambil memeluk tubuh memandang Azlan dengan panas hati.
Ahli parlimen parti sendiri yang lawan Natasha, mana hati tak panas? Kena pulak Azlan buat perangai kerek zaman muda dia pada dia.
--
Natasha jalan hentak kaki berjalan menuju ke pejabat Ketua Pembangkang.
"You jangan nak jadi pembuli ya!" Natasha tinggikan suara.
"Pembuli? Apahal pulak? You yang ada command dalam Dewan untuk jadi PM. Bila masa I buli you? I ketua pembangkang je kot."
"You show off knowledge you! Sedar tak knowledge you tu semua, Pengetua yang ajar you!"
"Yes, I'm well aware about that."
"Kenapa you degil tak nak dengar cakap dia?"
"I suka Kurt Cobain, I suka style muzik dia, tapi ada tak I ikut dia hisap dadah?"
"What do you mean?"
Azlan tutup pintu pejabat, tutup langsir.
"Natasha, ikutkan, Pengetua is not my only guru dalam life I. My mom is my guru, Tok Aki guru I, Sultan Norman mentor I, Ali teaches me about life, Mer teaches me about economy and pop culture. Dengan Aziz I belajar ilmu pertanian, dengan Kecik I belajar ilmu teknologi hijau. Pengetua bukanlah satu-satunya guru yang mengajar I. At the end of the day, this is me and I decide what I want to be in my life. Problem Pengetua, dia tak percaya dengan free will. Dia nak semua orang ikut acuan dia. Pernah tak you faham, kenapa hidup I masa muda dulu sentiasa murung je? Sebab dia lah! Itu tak boleh, ini tak boleh! Dia je nak tentukan hidup semua orang. Kita breakup dulu pun, sebab Pengetua pakat dengan Tok Aki dan Adilah untuk pisahkan kita sebab nak jodohkan I dengan Mina. Pengetua dah deal dengan Tengku Ariffin since I kecik lagi. Faham tak?"
"What?"
"I was trying to explain to you for many years, you je tak nak dengar."
"You jangan nak tipu I!"
"Ada nampak I menipu you tak? You yang dumped I, bukannya I yang tinggalkan you. Ya, I tahu between us, I memang ada salah pada you, tapi dalam hal ni, I tak tipu you. Tanyalah ibu I sendiri kalau tak percaya," kata Azlan, pegang briefcase, dan keluar dari pejabat.
--
Natasha tiba di rumah Faridah, kerana penasaran dengan kata-kata Azlan. Tapi bila dia sampai situ, dia nampak Pengetua dalam keadaan yang begitu hina.
Tengkuk Jeneral Yahya diikat dengan rantai besi, hanya pakai baju pagoda, seluarnya tidak dipakai, dan rantai besi itu diikat pada pagar. Dan dia makan nasi yang digaul dengan ikan rebus dan pinggannya diletak di atas rumput.
Bagai seekor anjing.
Baru Natasha nak tegur, Faridah di belakang sentuh bahunya.
"Masuk, Nat. Jangan masuk campur."
"Kenapa Pengetua dilayan macam tu? This is dehumanizing!"
"Sebelum kau nak cakap pasal dehumanizing, biar aku explain pada kau, siapa dia Mak Cang kau tu, dan siapa Ali."
Natasha terpinga-pinga. Faridah tarik tangan Natasha masuk ke dalam rumah.
--
"I kecewa betul dengan pekerja Mak Cang ni! I pilih dia sebab dulu dia jaga Rachel dengan baik. Kenapa dia buat macam tu pada Pengetua? Dia tu seorang negarawan, how could her workers treated him like that!"
"Sebab Rachel takde dosa dengan Mak Cang. Pengetua ada dosa besar pada dia."
"What?"
"Duduk dulu. Aku explain."
Natasha pandang nasib Pengetua yang hidupnya begitu hina sekali. Disebabkan dia gagal mengawal organ buang air besarnya, dia dilayan begitu oleh pekerja-pekerja Mak Cang.
"I nak pecat Mak Cang! Lepas tu I nak report polis!" Natasha capai telefonnya. Faridah rampas.
"Takde gunanya kau report polis. Dalam polis tu semua orang Ali. Dalam tentera tu semua orang Ali. Kau kalau tak nak kena rampasan kuasa, kau jangan cari pasal dengan Ali," kata Faridah.
Natasha terkebil-kebil.
"Banyak dosa orang tua tu pada kitorang. Pada Mak Cang paling besar. Pada aku dan keluarga aku. Pada Ali. Pada Fazrul. Pada Azlan. Pada kau. Pada negara ni dan berjuta orang yang mati akibat kudeta '69 dan perang saudara."
Natasha terkebil-kebil.
"Pada I? What he had done?"
"Dia dari dulu tak suka kau dan Azlan bercinta. Dia yang pakat dengan orang Adilah untuk buatkan korang break up. Tapi ye lah, sebab dia nak jodohkan Azlan dengan Tengku Aminah."
"Aunty tau pasal ni?"
"Tau la. Dia anak aku. Apa je benda dia buat yang aku tak tau?"
"Why?"
"Pada dia, kita ni semua adalah pawn kepada dia, dan Azlan ni dia punya Crown Prince yang bakal menyambung legasi dia. Sebab tu la Azlan pakai jam Freemason tu. Tu kunci kepada segala harta yang dia kumpul kat luar."
"Tapi lately Azlan pun tak nak dengar cakap dia..."
"Because Azlan is no longer his pawn. He is not able to control Azlan."
Bunyi guruh dan petir berdentum, tanda hari dah nak hujan.
Faridah tuangkan teh ke cawan Natasha.
"Aku spill the tea la pasal Mak Cang dengan Pengetua ni. Mak Cang ni dulu, kahwin dengan arwah Mamat. Dia yang arahkan aku dan bapak Merlina culik Mamat kat Pattani, pisahkan Mak Cang dengan Ali yang masih baby, sebab dia nak Mamat jadi ahli politik dan paksa dia kahwin dengan aku. Aku rasa bersalah pada Mamat dan Ali, aku cari Mak Cang hampir 20 tahun. Setiap malam aku susah nak tidur sebab aku tak dapat tunaikan amanat arwah suami aku. Sekarang kau faham kan, yang Ali dengan Azlan ni adik beradik, lain ibu?"
"I thought dorang kawan baik..."
"Ali kat luar sebab dia ada kerja dia. Azlan dan team buat kerja kat dalam. And you cannot do anything about it."
Hujan lebat melanda dan dia nampak Pengetuanya mencangkung mencari tempat perlindungan.
"He's 88 years old, for God's sake! Aunty janganlah biarkan macam tu je..."
"He reaped what he sow, Natasha. Dan kau menghadiahkan perkara yang paling berharga untuk Mak Cang."
Beberapa minit kemudian, nampak pekerja Mak Cang membuka mangga pada rantai besi itu, kemudian menarik rantai tu seperti seekor anjing.
"Time dia untuk mandi la tu. Kadang-kadang dorang rendam dengan air panas, kadang-kadang dengan air ais. Kadang-kadang Fazrul hantar budak-budak dia buat bising, pasang lagu dangdut kat rumah dia. Haaa, paling best, dorang buat Yahya ni macam mana Amerika buat kat tahanan Iraq dalam tahanan Abu Ghraib. Main cucuk-cucuk letrik kat punai dia."
"Fazrul is a psychopath!"
"Kalau kau jadi dia, tengok apa dia buat pada bapak dia dan bapak aku pun, kau pun akan jadi psychopath. Kau biarkan je lah, jangan kacau Mak Cang. Yang boleh lepaskan ni, Ali je. Kalau kau nak Pengetua kau bebas dari Mak Cang, kau benarkan Ali pulang. Kalau tak, sampai ke hujung nyawa Pengetua kesayangan kau ni jadi macam anjing."
Natasha menangis melihat nasib mentornya diperlakukan secara hina sebegitu rupa.
"Azlan can help him?"
"He can, but he needs Ali more than Pengetua. So dia akan cakap, tunggu Ali yang akan lepaskan dia. Sekarang ni, jangan bagi dia mati je lah. Dia masih diperlukan lagi."
"For what, Aunty? You guys treated him like an animal!"
"Binatang pun ada perasaan, Nat. War criminal dan genocide murderer macam Yahya ni memang patut diajar macam ni. Bunuh berjuta orang, gila kuasa sampai sanggup hancurkan negara ni. Henry Kissinger kawan baik dia tu pun dah tak berminat nak tolong."
Natasha rasa tangannya seperti terikat dan tak mampu buat apa-apa.
"Aunty, kenangkanlah jasa-jasa dia masa dia mengajar kami dulu. Please..."
"Ni kifarah, Nat. Kalau kau cuba nak halang, kena ingat, kau dalam keadaan yang lemah sekarang. Kau pun, kena fikirkan karier politik kau. After all, company bapak kau masih belum dapat diselamatkan dari cengkaman Adilah dan Wan Radzi lagi. Harap kau sedarlah," kata Faridah sambil belek Facebook dan tengok gambar cucu di page Merlina Hashim.
--
Jugra kemudian baring di katilnya, kemudian tersenyum seorang diri membayangkan Rachel main piano tadi.
Tapi nampak sangat Mili tu cuba nak cockblock Jugra dengan menjadi assistant tetap Rachel. Macam jadi closest friend kepada Rachel supaya Jugra tak berani nak mengorat Rachel.
Dalam group ni, Jugra dengan Rachel suka berdebat. Contohnya tentang pilihanraya 2012 yang lepas, Rachel menyokong Barack Obama, tetapi Jugra tak suka Obama.
Dia rasa Barack Obama cuba-cuba jadi cool. Jugra tak minat kepada politik walaupun ayahnya ahli politik. Dia juga merasakan Naib Presiden Joe Biden sebagai 'creepy grandpa'.
Walaupun dia hormat Azlan sebagai seorang ayah, tapi bagi dia, politisyen ni tetap annoying. Semangat rebel dan fvck government dalam dirinya telah disemat oleh Ali.
Boleh dikatakan Jugra lebih rapat dengan Ali daripada Azlan sebenarnya.
Disebabkan Jugra dan Rachel ni suka mempunyai sifat yang kompetitif dan bercanggah, semua orang ingat dorang ni bergaduh betul. Padahal selalu lepak sama.
Alif pula disegani di arena gamers. Main CoC mesti dia menang. Tahun lepas dia wakil Gelanggayu dalam permainan Ragnarok di Cyber Games Asia 2012. Tahun 2008 dia wakil Gelanggayu walaupun tersingkir awal.
Alif kini join sekumpulan cyber yang kerja troll kerajaan yang bernama CyberTrollers. Buat meme, bahan menteri. Alif langsung tak ada rasa kesal troll ayahnya sendiri, sebab baginya, ayahnya dan ibunya sering bagi tekanan kepadanya.
Dia cuma tak troll Natasha dan Azlan sahaja, sebab respect.
Mili pula masih patuhkan ibu, tapi lebih kepada takut. Cuma dia beranikan diri untuk ikut Alif, sebab Alif kawan baik Jugra, dan Mili sukakan Jugra.
Jugra tahu, Alif sukakan Rachel. Tapi nampak ketara sangat jadi simp. Jugra cuma risau, sebab Rachel tu lebih excited nak kenal dengan bapa dia, daripada dia sendiri.
Cerita-cerita kasanova ayahnya ni memberi tekanan kepada Jugra. Sebab setiap kali dia keluar dengan ayahnya, mesti ada awek yang mengusha.
"Awek tak suka lelaki botak macam Bill Goldberg ke?" kata Jugra sambil membelai-belai kepala botaknya dan tengok pada cermin.
"Macam Johnny Sins pun ada. Tak nak la botak lain kali!" Jugra bermonolog sendirian.
--
Azlan viral sekali lagi. Kali ini dia, Kecik dan Joni berjamming lagu popular masakini, lagu Elephant dari Tame Impala, dengan Art Ardan bermain gitar sekali. Kali ini Azlan main keyboard. Jessica pula menyanyi sementara Merlina macam biasa jadi tukang rakam kamera.
Pemilihan lagu untuk dijamming ini berdasarkan pemilihan ramai followers muda di Youtube yang meminta Azlan untuk cover lagu zaman mereka pula, selepas viral video jamming lagu Metallica tempoh hari.
Selesai jamming, Art Ardan terkejut dengan bakat Azlan.
"Main gitar boleh, main keyboard pun boleh. Terror betul," kata Art Ardan.
"Dia la yang ajar I main muzik, Art. Mestilah dia tahu semua."
"Cara dia main tu, mengingatkan I kat satu band lama. Zaman I kecik lagi. Band Digital Tribe. Dia punya keyboardist slash guitarist dia pakai helmet biru muda. Nama dia Mat Danger. Masa tu rasa lain gila, macam dia hipster habis la masa tu..."
"Art, Mat Danger tu...."
"Jessie..." Azlan tegur. Kemudian dia bagi isyarat suruh potong cerita.
Art Ardan pandang reaksi Azlan.
"Bro Alan...betul ke Jessie kata..."
"Jessie mengarut je tu."
"Bro Alan mesti kenal punya Mat Danger...dia cool gila zaman saya membesar dulu..."
Azlan terus diam dan mengemas wayar keyboardnya.
--
"Kak Mer, kenapa dengan Abang Alan tu?" tanya Jessie.
"Kenapa apanya?"
"Tadi, Abang Art cakap, Abang Alan ni power main gitar, main keyboard, macam Mat Danger Digital Tribe 80an tu. Lepas tu bila Abang Art tanya, dia tak mengaku. Dia cakap Jessie mengarut."
"Hah? Serius la Azlan tu Mat Danger?"
"La, Kak Mer pun tak tau rupanya?"
"Dah dia main gitar, main keyboard pun pakai helmet full face, mana la aku tau. Tapi memang zaman aku kecik dulu dia memang famous, tapi takde siapa tahu siapa dia."
"Tapi Jessie memang tahu. Dulu memang Jessie pernah datang rumah lama dia, memang dia ada helmet tu kat bilik dia."
"Apasal dia nak berahsia sangat ek?" Merlina garu-garu kepala.
--
Dalam kereta, Azlan memandu sambil dengar lagu terbaru yang popular di radio.
"Eh, lagu ni? Aku suka lagu ni," kata Azlan, sambil kuatkan radio.
"Kau suka lagu bunyi macam ni ke? Aku ingat kau suka rock?"
Azlan tak mempedulikan Merlina, sebaliknya dia menyanyi sahaja lagu itu.
"Dogs goes woof, cats goes meow, bird goes tweet and mouse goes squeek, cows goes moo, frog goes croak, and the elephant goes troot, duck say quack, the fish goes blurb, but there's one sound that no one knows....what does the fox says!"
Bila Azlan dah start ding-ding-ding-ding, Merlina dah tepuk dahi.
"Ya Allah kau ni Azlan! Lagu macam ni pun kau layan ke?"
"Aku sebenarnya suka trend zaman sekarang ni. Reminds me of the 80s. Keyboard, synthesizer semua dah comeback. Kenny Dalglish pun dah jadi manager Liverpool balik..."
"Mat Danger pun dah start jamming balik..."
Azlan jeling ke arah Merlina.
"Kau mesti dengar cerita mengarut Jessie, kan?"
"Kenapa kau tak nak mengaku kau Mat Danger Digital Tribe? It's obviously kau, doh."
"Bukan aku la..."
"Jessie cakap dia pernah jumpa helmet Mat Danger kat rumah kau..."
Azlan macam malas nak dengar.
"Mesti ada something kenapa kau tak berapa nak gemar bila sebut pasal Mat Danger ni..."
"Bukan aku la..."
"Aku tanya Nat karang. Aku rasa Nat tau ni."
Muka Azlan jeling. Nak marah, Merlina ni dah jadi bini.
"Aku ni bini kau, Lan. Cerita la kenapa kau tak nak mengaku yang kau ni Mat Danger?"
"Hmmm....fine....tapi aku tak nak kau reveal cerita ni. Janji?"
"Janji."
"Nama Mat Danger ni aku pakai sebab asalnya nama Mat Danger ni nama stage ayah aku. Dulu dia kat US, dia ada band nama dia Matt Danger and The Wanderers. Tapi band tu popular kat Kanada."
"So, nama Mat Danger tu nama ayah kau, asalnya?"
"Ya, lepas tu band aku menang battle of the band, and somehow buat makwe Ali syok kat aku pulak. Ali found out, OD dadah. Tu yang aku tak nak reveal muka aku tu."
"Siapa makwe Ali tu?"
"Mastura Rahim."
"Serius shit? Gila kau, aktres terhangat tu. Gila seksi lakonan dia beb! Tapi mati kat runtuhan Tower Heights dulu."
"Masa Tower Heights tu runtuh, kereta aku ada kat bawah tu. Turns out tu kerja Mina."
"Hah?"
"Pasal tu aku rasa tak nak cerita sangat pasal ni."
"Aku tak rasa Ali salahkan kau la pasal tu."
"Ye lah, cuma aku kurang selesa kalau cakap pasal Mat Danger tu."
"Kau kena settle down dengan sejarah kau, Lan. Baru hidup kau boleh tenang. One day kau kena reveal jugak siapa Mat Danger ni."
"Entahlah, bukan sekarang. Aku tak bersedia lagi untuk tu."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro