
2013 part 1
Padang dipenuhi dengan semua ahli akar umbi Parti Republikan dan rakyat jelata yang datang untuk menghadiri rapat umum yang diadakan oleh Adilah untuk majlis pengumuman Hafiz bertanding jawatan Presiden Republik.
Tetapi untuk memancing orang ramai untuk datang ke majlis ini, Adilah telah membayar $10 juta kepada penyanyi G-pop paling popular ketika ini, Psy.
Maka ramailah para remaja datang ke majlis tersebut, termasuklah kawan-kawan Mili dan Alif.
Sebelum itu, majlis menjemput Hafiz untuk memberi ucapan kepada orang ramai. Disebabkan Hafiz beberapa kali gagap dalam ucapannya, dan melihat orang ramai terutamanya yang muda semakin resah, dia terus panik.
"Are you ready for Psyyyyy?" kata Hafiz sepenuh hati.
"Yeaaaaahhhh!!!"
"Are you ready for Psyyyyy?" kata Hafiz sekali lagi.
"Yeahhhhhh!!!"
Dia jangka kalau dia sebut sekali lagi, confirm orang jawab "yeahhh!!"
"Are you ready for Hafiz????"
Tidak ada sahutan yeah, sebaliknya orang ramai hanya diam dan berdiri menantikan persembahan daripada penyanyi G-pop popular itu.
--
"Buat malu je," kata Adilah dalam kereta.
Hafiz hanya diamkan diri. Dia tahu orang ramai menggelakkannya dalam video viral "Are You Ready For Psy"nya.
"Kenapa cakap benda bukan-bukan? Ikut je la teks yang dah diberikan tu?" kata Adilah.
"Saya tengok semua dah boring dah."
"Memang boring pun ucapan awak. Orang ramai datang sebab nak tengok Psy je. Kena pulak awak buat lawak bangang macam tu."
"Mana saya tahu respon orang ramai macam tu?"
"Mana awak tau, mana awak tau. Apa je yang awak tau?" Adilah memoncongkan mulutnya.
--
"Weh, maaf cakap la, Alif. Tapi asal bapak kau tu menggelabah sangat. Are you ready for Psy, are you ready for Psy, tiba-tiba sebut nama dia?" kata Jugra pada Alif yang sedang angkat besi di gym.
"Tu la, nak marah, tu bapak aku."
"Wei, bapak kau Parti Republikan kan? Bapak aku Parti Nasionalis. Kau rasa mak bapak kita ni gaduh ke?" tanya Jugra, sambil tarik long pully.
"Sebenarnya, aku ada rahsia tau pasal mama aku. Tapi aku beritahu kau je la."
"Ada apa?"
"Ada satu malam tu, masa tu aku tengah layan Samurai X kat TV, aku dengar mak aku menjerit kat bilik dia."
"Jerit? Sakit apa?"
"Aku mula-mula ingat dia sakit, jadi aku naik ke atas. Aku intai dari bawah pintu."
"Jap, Alif. Kau tu ada satu mata je? Macam mana kau intai?"
"Pakai mata yang aku boleh tengok la! Mata yang tak boleh tengok tak boleh pakai la!"
"Okay, okay. Sensitif pulak kau ni."
"Lepas tu aku dengar mama aku sebut nama bapak kau. Azlan! Azlan! Oh yeah! Sedap! Ahhh!"
"What? Kau skodeng mak kau cacap ke?"
"Ye bro. Dia cakap bapak kau punya besar, panjang. Tak macam bapak aku."
"Wei, bapak aku pernah fvck mak kau ke?"
"Entah, Jugra. Aku pun nak tanya bapak kau, segan pulak aku."
"Hish! Jangan doh. Asal dengan mak kau wei?"
"Entah."
"Azlan lain kot?"
"Mungkin la kot."
"Wei, buat hal la mak kau ni. Mungkin sebab bapak kau menggelabah kot, sorry la, aku cakap, tapi ni hakikat."
"Aku pun tak suka bapak aku sebenarnya. Dia kan, macam try hard, kau tau tak? Kalau aku boleh mengundi, aku undi bapak kau daripada bapak sendiri."
"Hahaha, gila la kau ni, Alip. Tak baik la derhaka kat bapak sendiri."
"Bukan nak derhaka, tapi kalau kau kat tempat aku, stress aku tau bila mengenangkan video Are You Ready For Psy dia tu. Dulu kat sekolah rendah, aku asyik kena bahan, anak Mr Bean."
"Wei, kejap. Kakak kau Whatsapp aku, kat kedai kopi hipster ni. Ajak lepak."
"Cakap dengan dia, lagi dua puluh minit! Yeaaarrrghhh!" Alif sedang angkat besi.
"Wei, lengan kau tu dah macam Batista, Lep. Ni kalau sekali clothsline, mau pengsan aku."
"Bahu kau tu dah macam Goldberg, tak fikir pulak. Jugra, jadi ke kau masuk pasukan ragbi sekolah tu?"
"Dah masuk pun. Cikgu Samad jadikan aku sebagai kapten bawah 15 tahun."
"Wei, gila la. Aku masuk Kelab Memanah. Nak masuk ragbi dengan kau, mata aku sebelah je yang boleh pakai."
"Aku dah habis workout ni. Jom lah, gerak."
"Ada 20 minit lagi?" kata Alif.
"Simpan la lagi 20 minit tu. Abang Malik tau la, kita ni kaki gym. Bang Malik! Kitorang ada lagi 20 minit tau!" kata Jugra, terus sarung jaket sweater.
"Okay cantik!"
--
"Lambatnya korang pergi gym!" kata Mili sambil memeluk tubuh, buat nada merajuk.
"Mesti lah sebelum habis work out, kena cool off dulu. Kau ni pun," kata Alif sambil sikat rambut. Letak secalit pomade, barulah terserlah kedoyokannya.
Jugra rilek. Dia botak sebab idola hidup dia dua-dua botak. Bill Goldberg dan Uncle Ali. Lagipun banyak budak main ragbi suka main tarik rambut.
Tiba-tiba ada seorang gadis memanggil Jugra.
"Hi, Jugra!"
"Weh, awek mana tu?" tanya Alif.
"Entah?"
Muka Mili dah muncung.
"Aku rasa kan, keturunan kau ni kalau belah lelaki, mesti ada ramai peminat perempuan. Bapak kau pun aku tengok ramai peminat perempuan."
"Kau kena botak, Lep. Pakai pomade ni kau kena dressing macam Wak Doyok. Kau botak macam aku, baru nampak macam Pitbull."
"Kau boleh la botak, Jugra. Aku kalau botak, macam Sagat Street Fighter. Kepala botak, mata sebelah. Ha elok!"
Berdekah-dekah Jugra gelak membayangkan Alif botak, memang macam Sagat dalam video game Street Fighter.
Rachel lalu depan mata, dan masuk ke 7-Eleven. Alif dan Jugra tercengang.
"Hello? Rachel je kot, Alif? We met her since she was like, 4 years old?" kata Mili.
Rachel bawa Slurpee dan kembali ke meja mereka.
"Mili, thanks tau sebab tolong salinkan nota Fizik tu. I owe you, Slurpee!"
"Rachel, you tengok dua ekor ni."
"Hai, Alif, Jugra. Don't look me like hamsap la!"
"Hamsap? Hamsap tu apa?" Jugra tanya Mili.
"Hansap tu lelaki miang, gatal!" Mili cubit lengan Jugra.
"Wei, apa ni, cubit?" Jugra menggosok lengannya.
"Senggol-senggolan, cubit-cubitan! Aku menyanyi, kau petik gitaaaarrr!" Alif membahan Jugra dan Mili yang sudah mula bunyi-bunyi gosip kat sekolah dah berbunyi.
Alif, Rachel, Jugra dan Mili semua ke Kolej Melayu Wijayapura. Jugra dan Rachel layak ke sekolah ni sebab mak ayah mereka pernah ke sekolah ini.
Lagipun Rachel ni pemenang pingat Olimpik, ada pencapaian kat situ. Jugra sebab ada Azlan, selain tu menunjukkan pencapaian cemerlang dalam ELO catur antarabangsa.
Pada asalnya Adilah mahu menghantar Mili ke Raja Perempuan Mariam macam semua sepupunya dan makcik-makciknya, tetapi memikirkan Alif yang buta sebelah ni, memerlukan perhatian dari Mili. Dan RPM ni sekolah perempuan, tapi KMW sekolah campuran.
Asal KMW ni adalah sekolah lelaki, dari Bellamy College, nama asalnya. Sekolah ini dibina pada tahun 1859 oleh mubaligh Anglican yang bernama Thomas James Bellamy. Tahun 1909 ia ditukar kepada Henderson College sempena nama Residen Gelanggayu masa tu. Tapi masa Perang Dunia Kedua, ia dijadikan markas Jepun dan jadi hospital.
Selepas tamat perang, gelombang kemerdekaan Gelanggayu menyebabkan ia ditukar nama ke Kolej Melayu Wijayapura.
Dalam Gelanggayu, politik sekolah-sekolah elit ini sebenarnya sangat menebal. Budak perempuan Raja Perempuan Mariam disifatkan sebagai sekolah yang paling ramai gadis hot di seluruh Wijayapura.
Kalau dapat couple dengan budak RPM, kira 'top lad' lah. Dan sekolah lelaki paling 'top lad' ialah KMW. Siapa yang dapat couple dengan budak lelaki KMW, kira hot gila lah.
Tetapi sejak KMW membuka pintunya kepada pelajar perempuan pada tahun 1972, ia menyaksikan rivalry antara budak perempuan KMW dan RPM.
Pelajar perempuan RPM biasanya ada satu perangai sikit. Psiko, kerek dan suka maki orang. Biatch sikit. Gadis KMW biasanya boleh chill-chill dengan lelaki, menyebabkan budak RPM selalu benci budak perempuan KMW sebab menganggap 'lelaki KMW adalah hak milik eksklusif mereka.'
Tapi ada anomali macam Jessica yang asalnya RPM, kemudian berpindah ke KMW. Sebenarnya Jessie lebih selesa masuk KMW masa dia Form 5 dan 6 daripada dia di RPM.
Selain itu, ada beberapa sekolah elit lain seperti Sekolah Kota Putra, tapi yang ini biasanya alirannya nasionalis sikit.
Contohnya macam Rahman Azmi, Izham.
Sekolah Sains Air Putih biasanya melahirkan pelajar-pelajar sains dan engineering yang power, macam Hafiz.
Ada yang tertanya-tanya, apa nasib pelajar sekolah lain. Macam Merlina misalnya, dia sekolah di Kosas Perdana je. Sekolah biasa-biasa, cuma sekali sekala top dalam bola baling.
Apabila masuk ke sekolah elit ini, ada satu tradisi sekolah iaitu 'sebut nama bapak'. Perangai paling ketara ialah keturunan Datuk Mubin.
Kira dalam KMW ni, yang top lad je dapat masuk. Paling kaya, paling banyak duit, paling berpengaruh, atau ada pencapaian cemerlang.
Sejak Jugra dikenali sebagai anak Azlan, dan cucu kepada Muhammad Niat, seorang pemain catur peringkat antarabangsa, Jugra jadi macam alpha male kat situ. Semua budak Form One akan dengar cakap Jugra.
Dalam pemilihan Ketua Tingkatan (mewakili Tingkatan Satu tahun 2013), Jugra menang tanpa bertanding dengan sebulat suara menyokong Jugra, tanpa bantahan.
Jugra juga dilantik sebagai kapten ragbi sekolah. Bagaimanapun kapten bola sekolah lebih popular.
Baru Jugra perasan, mungkin macam ni agaknya Azlan masa kat sekolah dulu.
"You guys nak tau tak, I found out apa tadi? My dad was a keyboardist band popular! My mommy tadi dia punyalah excited cerita pasal daddy I, lepas tu kan, dia tercakap daddy I tu famous gila!" kata Rachel.
"Siapa? Artis ke? Eh, baru tahu Perdana Menteri, Luqman dulu main keyboard!" kata Mili.
"My mommy cakap kan, my daddy was the coolest in high school. Semua perempuan kat Wijayapura wants to date him."
"Tapi your mom yang dapat?"
"Yes! Tapi tu lah, dia mati awal. Orang cakap dia mati bunuh diri. Tapi I tak percaya. I rasa my dad hidup lagi, tapi dia macam ke satu pulau ni, hidup seorang diri," kata Rachel.
"I think you baca kat conspiracy theorist, cakap it was a coup, kan? Dia kata your dad digulingkan Timbalan dia, Saiful."
"Saiful, uncle aku?" kata Alif.
"Yeah, I guess so."
"But what if dia sebenarnya belum mati lagi?" kata Rachel.
"I don't know. Maybe we have to find out," kata Jugra.
"Korang semua nak adventure tak? Jom ikut I, kita pergi cari my dad, nak tak?" kata Rachel.
"I'm on!" kata Alif, takde banyak cakap. Alif sedang *menyimping Rachel.
*menyimping - perbuatan cuba membodek gadis dengan harapan dapat menerima cintanya. Datang dari perkataan 'simp', iaitu lelaki lembik yang suka memikat perempuan dengan simpati.
"You tau ke dia kat mana?" tanya Mili.
"I boleh cari, based on my mom's diary!" kata Rachel.
"Whaaaa....serious la, baca diary mak?" Jugra memotong.
"Excuse me?"
"Don't you think your mom needs privacy?" kata Jugra.
"Yeah, tapi I nak cari my dad."
"Your dad was died in 2001. Dah tercatat dalam sejarah."
Alif singgung Jugra.
"What?" kata Jugra.
Alif tunjuk Rachel macam nak menangis.
"Look, I know your dad was a great person, tapi just because ada seorang mamat tulis teori konspirasi kat Facebook, and kat Wordpress, kononnya Luqman Mohd Nor masih hidup lagi dan kini tinggal di pulau Mauritius. I dah baca tu semua. But..."
"Pada pendapat saya, better kita siasat. Sebab we will never know the truth if we don't find out, kan?" kata Mili.
"Because I really want to see my dad. You tak faham apa I rasa, Jugra?" Rachel melepaskan rasa sebaknya.
"Ye lah, I'm sorry. I don't mean to rub you the bad way," kata Jugra.
"Apologies accepted," kata Rachel.
Jugra lega bila melihat Rachel tersenyum kembali.
"Macam ni, why not esok kita berkumpul kat rumah I yang my mom belikan. Dia cakap kat situ, dia ada stor semua barang-barang my dad. As early as 70s!" kata Rachel.
"You ada rumah sendiri? Wow, how cool is that," kata Jugra.
"My mom yang beli rumah tu, dia cakap ada sentimental value pada dia. Because rumah tu asalnya rumah daddy I. So, dia nak buat macam personal museum dia lah."
"Kat mana?" tanya Jugra.
"Seksyen 14, Puncak Jaya."
"Nak pergi tengok?" Jugra tanya semua.
"Nak! Jom la pergi rumah Rachel!" kata Mili.
"Kau on?" Jugra tanya Alif.
"On!"
"Okay, kalau macam tu, mari kita menjejaki ayah Rachel!" kata Jugra sambil diikuti sorakan semangat empat orang di meja tu.
--
Balik dari ucapan raksasa itu, Hafiz rasa badannya tidak selesa. Dia terbatuk-batuk. Kemudian dia rasa badannya menggeletar.
Sejak dia found out yang Alif dan Mili bukan anaknya, dia mula tidur berasingan dengan Adilah. Dalam kes Hafiz ini, dia tidur di bilik yang asing.
Hafiz terbatuk-batuk seorang diri, dan menahan sakit yang amat perit. Sejak dia dapat tahu Donita memperalatkannya, dia rasa tertekan. Semua stok Kencana Consortium telah dijualnya, menyebabkan dia rasa tertekan.
Fikirannya terimbas ke arah video-videonya yang digangbang oleh 'keli Afrika' dan didajalkan oleh Donita. Dia mulai rasa takut kalau ini adalah penyakit, bahana akibat perkara itu.
Hafiz menangis seorang diri, tapi dia tak tahu apa yang dia perlu lakukan.
Hafiz rasa seperti dadanya kesakitan, dan disebabkan sakit itu, dia mula makan ubat batuk jenis dihydrocodeine sebanyak-banyaknya.
Ubat batuk itu memberikan kelegaan sementara, namun bila dah lama sedikit, dadanya kembali sakit dan dia mula terbatuk-batuk lagi.
Akibat daripada itu, dia mula mengalami kemurungan apabila dia mulai risau tentang kesihatannya.
Dia dengar perbualan antara Wan Radzi dan Adilah.
"Laki kau tu tak guna, Dila! Satu apa dia tak boleh pakai. Kimi masih dalam penjara, orang-orang aku kena buang. Kedudukan Azlan, konco-konco Ali makin kuat dalam semua jabatan. Lepas tu sekarang macam orang kena dadah, hari-hari lalok! Macam ni ke kau nak dia jadi Presiden?"
"Sabar la ayah, Dila tengah plan ni. Kalau Hafiz jadi Presiden, saya boleh control semua benda."
"Kau baik plan betul-betul, Dila. Kalau kita gagal ni, aku tak rasa kita boleh lawan Azlan dan Ali."
"Ayah jangan risau la, Hafiz tu nanti dia okay la tu."
"Asyik batuk je, macam orang sakit tibi! Bawak la dia pergi doktor!"
Hafiz memang tak nak pergi doktor. Kalau dia pergi doktor, dia rasa dia bakal ada satu penyakit berat yang menyebabkan dia akan disingkirkan begitu sahaja.
Sekurang-kurangnya kalau dia jadi Presiden, dia boleh lakukan sesuatu. Dan paling penting, dia dapat tebus kembali kesalahannya pada Ali.
Dia tahu Ali benar-benar seorang yang kejam dan mampu lakukan apa sahaja, dan Ali tak ada apa salah pun dengannya.
Hafiz tahu, kejadian letupan bom yang mengakibatkan mata Alif buta sebelah pun bukan dari Ali, tapi dirancang oleh Wan Radzi sendiri.
Apa punya jenis datuk dan mak sanggup aniaya anak sendiri sampai macam tu?
--
"Soalan tambahan dari Kuala Melaut Selatan..." kata Fazrul yang kini dah jadi Speaker Dewan.
"Yang Dipertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Sungai Raya tentang apakah tindakan yang kerajaan sedang rancang dalam menangani krisis pelarian Rohingya di Bagan? Memandangkan kawasan saya terletak di kawasan yang berhampiran dengan rantau tersebut, soalan saya dalam bentuk tiga rangkai iaitu a) adakah Kementerian Dalam Negeri menerusi Jabatan Imigresen bersedia untuk berdepan dengan kebanjiran pelarian Rohingya ini, b) jika tidak, apakah pihak kerajaan sudah berhubung dengan pihak UNHCR untuk menguruskan krisis ini dan c) apakah pelan jangka masa panjang pihak kementerian dalam menguruskan kebanjiran pendatang tanpa izin ke negara ini, kerana ia merupakan satu masalah yang sering dirungut oleh penduduk di kawasan yang saya wakilkan, harap Sungai Raya menjawab."
Azlan duduk, Hafiz bangun.
Tangan Hafiz terketar-ketar, kemudian dia terbatuk-batuk.
"Yang Berhormat okay tak?" tanya Fazrul sambil pandang Hafiz.
"Okay, okay..."
"Kalau tak larat, hantar jawapan bertulis je kepada pejabat Ketua Pembangkang ya?" kata Fazrul.
"Saya jawab..." tapi lepas tu Hafiz batuk lagi.
Azlan bangun.
"Tuan Yang Dipertua, saya rasa lebih elok jika Yang Berhormat Sungai Raya hantar sahaja jawapan bertulis memandangkan dia kurang sihat."
--
Azlan terus datang ke arah Hafiz yang keluar dewan.
"Hafiz, kau okay tak ni?"
Hafiz diam sahaja, tak bercakap.
"Kalau tak sihat, aku bawak kau jumpa doktor aku. Teruk batuk kau ni," kata Azlan.
"Aku tak apa-apa. Pergilah, aku tak nak orang-orang bini aku nampak kau rapat dengan aku. Nanti jenuh aku nak menjawab dengan Pak Wan Radzi."
"Okay, aku faham. Take care tau, Hafiz."
Hafiz pergi begitu sahaja.
"Kenapa dia tu, sombong semacam je?" tanya Fazrul sambil peluk paut leher aku.
"Kau tu Speaker Dewan, Fazrul. Kang ada jugak yang cakap kau bias dengan aku nanti. Kau ni pun," kata Azlan.
Fazrul ketawa, kemudian light rokok selamba. Secara teknikal, bangunan Parlimen ni semuanya di bawah kuasa Yang Dipertua Speaker Dewan. Jadi Fazrul selamba je light rokok kat dalam bangunan.
Fazrul kemudian berjalan dengan Azlan ke kafetaria, sambil terus hembus asap.
"Lain macam je batuk dia tu, kena HIV ke lepas berjobo tu..."
"Hish kau ni, mulut. Jangan la macam tu. Kita perlukan dia jadi Presiden ni," kata Azlan.
"HIV ni bro Alan, dia bukan itu jam kena, itu jam sakit. Dia makan immune system. Dalam 5 ke 10 tahun camtu la. Ada sesetengah, 20 tahun pun ada. Freddie Mercury tu dulu zaman berjobo dia tahun 70an masa zaman Bohemian Rhapsody tu, mati tahun 1992," kata Fazrul.
"Freddie tu kawan ayah aku dengan ayah mertua aku. Aku pernah lepak dengan dia dulu. Dulu aku risau la dia dok panggil ayah aku darling, darling. Mujur ayah aku memang straight."
"Bro tak pernah kena ngorat dengan gay ke?"
"Pernah, haha!"
"Jemmmm!"
Fikiran Azlan jadi tak tenang. Dia terus teks Donita.
--
"Masa Hafiz kena toron tu, are you sure that those guys takde HIV or AIDS?" Azlan tanya Donita.
"How do I know? Kerja I buat dia stim, lepas tu dia dah ting-tong, those guys yang buat kerja."
"Aku risau la dengan Hafiz tu. Batuk dia lain macam."
"Not my problem, Alan. For me, kerja I dah selesai. I don't have to face his dick anymore."
"So sekarang?"
"Tinggal Sahari dengan Damian je. I nak try juga Rahizan tapi dia dah memang gay, so yang tu you kena hire gayboy la," kata Donita sambil memakai eyeliner dan pandang cermin makeupnya.
--
Dalam bilik, Hafiz terbatuk-batuk, sambil dengar lagu Nirvana. Lagu All Apologies. Dia makan ubat batuk, kemudian dia terbatuk lagi.
Alif dan Mili datang ke biliknya dan ketuk pintunya.
"Papa, papa okay tak tu?"
"Diamlah! Jangan menyibuk hal orang!"
Dua-dua tersentak.
--
"Entah apa-apa la papa tu, orang risau pasal dia, tiba-tiba kena sound pulak," kata Alif sambil main game.
"Peliklah, kenapa papa tak pergi je klinik ke hospital?" tanya Mili.
"Kita call hospital, nak? Cakap papa sakit," kata Alif.
"Nak beritahu mama tak?" tanya Mili.
"Mama takkan peduli lagi dengan papa. Asyik gaduh je," kata Alif sambil tekan butang pause pada game, dan telefon hospital.
"Hai, hospital. Nama saya Alif Akmal bin Hafiz. Ayah saya sakit lah, dia dari tadi batuk-batuk."
"Suruh dia datang hospital."
"Ayah saya Hafiz Samsudin, Timbalan Perdana Menteri."
"Kejap ya, kami hantar ambulans."
Alif letak.
"Kena cakap bapak aku Timbalan Perdana Menteri baru nak datang. Kalau bapak aku pekerja kontrak ke tukang bancuh simen ke, memang tak la datang!" kata Alif.
Bunyi siren ambulans berbunyi, dan kelihatan dua orang jururawat telah datang ke rumah.
"Mana ayah?"
"Dalam bilik."
Alif ketuk pintu.
Hafiz dengar bunyi siren ambulans, kemudian dia keluar dari bilik, dan nampak ada jururawat kat dalam rumah dia.
"Kenapa ni?"
"Anak tuan, Alif telefon hospital. Dia cakap tuan sakit."
"Saya tak apa-apa. Balik. Balik!"
Jururawat tu terkebil-kebil dan balik semula ke ambulans.
"Kau dah kenapa pandai-pandai telefon hospital ni, Alif?"
"Dah ayah sakit, Alif call lah."
"Aku tak sakit lah! Jangan memandai-mandai! Faham tak! Bodoh betul la kau ni!"
Alif tersentak bila dipanggil 'bodoh' oleh Hafiz.
"Okay, kalau papa nak mati, mati je lah! Alif pun tak peduli!" Alif balas balik.
"Alif...jangan la cakap macam tu pada papa," Mili pegang bahu Alif.
"Orang risau pasal dia sakit, dia boleh maki kita balik! Lantak dia la, lepas ni nak mati, mati je lah!"
Hafiz tahu, kalau dia masuk hospital, orang akan sebar cerita yang dia sakit. Kalau cerita tu tersebar, akan menyebabkan mungkin beliau akan kalah dalam pertandingan Presiden.
Cerita desas-desus macam ni yang selalu menggugat kedudukan ahli politik. Dan Hafiz sedar dia tak ada media yang akan backup dia macam mana Azlan ada.
Adilah dan Pak Wan Radzi melihat jika Azlan bertanding sebagai Presiden, Hafiz boleh menghalangnya dari memenangi kerusi tu.
Sebab belum nampak tanda populariti Azlan akan merosot dalam keadaan yang macam ni.
Hafiz kemudiannya menangis seorang diri.
"Maafkan papa, Alif. Maafkan papa..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro