Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2012 part 7

Azlan

Hari ini adalah hari yang cukup bahagia untuk Puncak Jaya. Pertama, projek perumahan awam yang aku telah usahakan selama ini akhirnya sudah sampai ke majlis serah kunci.

Walaupun Din Tapa jadi ahli parlimen Puncak Jaya, tapi dia nak aku jugak yang rasmikan sebab katanya, ini usaha aku selama ni.

Aku datang je lah, tapi yang penting Din Tapa kena ada, sebab aku sekarang ni dah jadi Ahli Parlimen Kuala Melaut Selatan. Karang orang cakap menyibuk je MP KMS pergi rasmikan perumahan kat Puncak Jaya.

Aku jangka pilihan raya akan berlangsung lagi dua tahun, jadi inilah masanya untuk aku berkempen.

Aku dan Merlina tiba di kawasan perumahan baru tu jam 12 tengah hari, tapi yang datang kerumun kat situ dekat hampir 20,000 orang. Ramai betul orang nak bersalaman dengan aku sampai terpaksa guard aku halang orang ramai.

Merlina bisik pada aku, "kau dah macam film star Tamil".

Macam Padayappa pun ada.

Aku nampak orang yang dah lama tunggu rumah ni. Bayangkan, sejak perang sampai sekarang, mereka duduk dalam kontena. Tak selesa, perparitan dengan bekalan air dengan elektrik pun tak sempurna.

Perumahan awam ni adalah projek pertama di bawah tabung zakat yang ditubuhkan oleh Ustaz Bakar, yang diasaskan selepas kerajaan republik menumbangkan kerajaan al-Daulah.

"Cantik rumah ni, design dia pun best," kata Merlina.

Penduduk tempatan menjamu aku makanan yang sedap-sedap, yang mereka gotong-royong masakkan untuk kami sejak pagi tadi.

Ada orang main kompang, ada orang bersilat pulut, ada ramai orang pegang bunga manggar. Macam aku bersanding balik pulak dengan Merlina ni.

Aku nampak muka mereka senyum, dan semuanya gembira bila aku datang.

Sejak 2009 sampai sekarang, dah ada sepuluh projek perumahan awam macam ni di sekitar Wijayapura. Semua ini pakai duit zakat harta keluarga al-Daulah tu.

See, kalaulah daripada dulu keluarga al-Daulah buat macam ni, mustahil kerajaan republik boleh menang.

Selepas makan tengah hari, solat Zuhur berjemaah beramai-ramai bersama penduduk perumahan awam ini, diimamkan oleh Ustaz Bakar. Selesai solat, majlis perasmian perumahan awam Puncak Jaya bermula dengan upacara aku menanam pokok di hadapan apartment ini.

Kemudian majlis penyerahan kunci rumah kepada semua penerima rumah-rumah baru. Ternyata mereka menerima rumah baru mereka dengan senyuman.

Selepas merasmikan bangunan, aku dan Merlina ke stadium untuk bersama pasukan Puncak Jaya yang menjadi juara liga untuk musim ini. Inilah perkara kedua kenapa hari ini hari berbahagia untuk penduduk Puncak Jaya.

Dekat stadium, Kecik dah tunggu aku bersama dengan ultras untuk menyambut aku tiba. Masing-masing dengan flare, dengan gendang dan dengan chanting.

"Aleeee aleeeee....aleeee aleeee....aleee aleeee Azlan datang! Aleee aleeeee....aleee aleeee....aleeee aleeee Azlan datang!"

Aku tau team Art Ardan dah bersedia dengan kamera sebaik sahaja aku turun dari kereta, dengan jersi Puncak Jaya.

Aku, Merlina, Jugra dan Julia yang berusia dua tahun - semua lengkap pakai jersi Puncak Jaya. Din Tapa pun menyelit tepi sebab dia ahli parlimen Puncak Jaya.

Kami satu keluarga diberi guard of honour untuk masuk ke stadium, terus ke padang, dengan lebih 30,000 orang penyokong-penyokong Puncak Jaya bersorak sambil aku melambai tangan ke arah mereka.

Pasukan bolasepak Puncak Jaya sudah berdiri di podium dan aku bersalaman dengan mereka. Kemudian aku bersalaman dengan ketua jurulatih merangkap kawan lama aku masa di universiti dulu, serta bekas penyerang berbisa yang membawa Gelanggayu menjadi juara Piala Asia tahun 2000 dulu, Azhari Mahmood atau aku panggil dia Ari sahaja.

"Tahniah Ari, tahniah!"
"Tak ada kau, aku rasa team ni kat divisyen dua ni, Lan. Semua orang tau ni semua kerja kau."

Aku cuma tepuk bahu Ari, berbangga dengan pencapaiannya.

Piala liga yang selama ini hanya mampu diimpikan sahaja, kini sudah berada di tangan aku, sebelum aku menyerahkan piala tersebut kepada kapten pasukan.

Belon dan konfetti jatuh dari bumbung stadium. Puncak Jaya kini menjadi juara bolasepak Gelanggayu.

--

Allahuakbar, letihnya aku!

Kalau korang baca kisah aku sejak dari awal lagi, korang tahu yang in real life, aku adalah seorang introvert. Bagi seorang introvert, perkara seperti jumpa orang ramai atau serahkan piala ni adalah perkara yang amat meletihkan.

Bukanlah aku tak happy, tapi letih.

Merlina nampak aku menepek kat sofa, keletihan.

"Kau macam siput babi kena garam je, kau okay ke tak ni?"
"Aku letih la."
"Kau letih mental ke?"
"Ye la..."
"Sekarang dah cuti sekolah kan?"
"Ha, kenapa?"
"Jom pergi Australia, jumpa mak ayah aku. Mak aku nak tengok Julia, cucu dia."
"Ye tak ye jugak. Jom la gerak cepat, aku pun ada banyak persoalan nak tanya Pakcik Jamil ni."
"Jugraaaaaa!"

Jugra turun dari biliknya.

"Ya, Mama Mer?"
"Kau siap lekas. Kita nak pergi Australia."
"Sekarang? Yaaayyyy!"

Berlari kegembiraan Jugra bila dapat tahu nak pergi Australia malam ni.

"Selain rumah kau kat Katanning, kita nak pergi mana je?"
"Mulalloo Beach. Marina baru beli rumah kat situ dengan Fazrul. Dia kasi je kita pakai rumah tu kalau kita pergi Perth."
"Wow, masing-masing kumpul harta ya?"
"Mestilah. Kau ingat orang nak setia dengan kau sebab suka-suka je ke? Every loyalty has price, Lan."
"Kira kau setia dengan aku sebab aku bagi kau business ke apa?"
"Bukan tu. Aku setia dengan kau sebab aku ada sebab tersendiri."

--

Sebelum ke lapangan terbang, aku singgah di rumah Marina dulu, untuk makan malam di sana dulu. Aku sempat tanya Fazrul, bini pertama okay ke kahwin dua ni, dia jawab, "sebab bini kedua tu kakak ipar kepada Merlina Hashim, isteri kepada Azlan Muhammad Niat, dia diamkan je. Dia sendiri pun dapat sebijik banglo dekat Villa Seroja".

Macam ni contoh madu yang betul. Marina isteri kedua rilek je bagi rumah kat isteri pertama. Takde la nak marah-marah kalau dah dapat rumah banglo.

Cuba kalau Marina ni bukan kakak Merlina, dah perang besar dah. Aku dah agak, duit dan kuasa mampu mengatasi masalah kecemburuan ni.

Aku beritahu juruterbang peribadi aku yang aku nak ke Perth, tapi dia cakap malam ni cuaca tak berapa sesuai untuk penerbangan sebab dijangka ribut petir kejap lagi. Esok pagi jam 7.00 pagi baru boleh bertolak.

Entahlah, aku rasa Perth ni dah macam kampung aku yang lagi satu sejak jadi pelarian di sana. Aku juga nak jumpa Tengku Danish dan beritahu dia yang harta keluarga al-Daulah semakin berkembang.

Dia tak cakap dia nak share tu, tapi pada aku dia ada hak. Jadi kalau bagi dia dan Tengku Dania $1 billion pun masih tak luak lagi harta tu.

Sejak Facebook masuk IPO di Dow Jones, siapa yang ada saham Facebook semua jadi kaya-raya. Merlina ada saham Facebook yang banyak, jadi keuntungan paling besar tahun ni datang dari Facebook.

Harta keluarga al-Daulah selepas keuntungan saham Facebook yang Merlina beli dulu, dan saham-saham yang lain berjumlah $750 billion. Maknanya sejak 2008 sampai sekarang, dia dah naikkan aset tu kepada tiga kali ganda daripada nilai asal.

Zakat harta yang aku bayar ke Ustaz Bakar berjumlah $18.75 billion, atau RG60 billion. Kali ini duit tu aku laburkan kepada food security iaitu membeli ladang-ladang supaya tidak ada kanak-kanak dan keluarga yang kelaparan di Gelanggayu.

Masa hari tu aku jumpa dengan Ali pun, dia berminat nak join venture untuk projek ni, memandangkan dia sekarang di Syria, di mana peperangan sedang berlaku.

Dia nak salurkan makanan dan perubatan kepada mangsa perang di sini. Dia nak pergi Yaman, tapi jalan ke Yaman, tentera Arab Saudi dah blok akses, maka tak boleh nak buat apa. Kita bantu je lah yang mana kita mampu.

Aku perhatikan setiap tahun aku bayar zakat je, mesti duit keluarga al-Daulah ni membuat keuntungan. Aku rasa betul lah kata orang, zakat ni umpama baja kepada harta supaya harta itu menjadi berkat.

Berapa ramai yang dah dapat manfaat daripada zakat ni kalau diuruskan secara betul. Berapa banyak perumahan awam, sekolah agama, peluang perniagaan, pembangunan luar bandar, dibangunkan dengan dana ini.

--

Kami ke Katanning untuk melawat ibu dan ayah mertua aku dan Pakcik Jamil. Sebelum tu, aku singgah di rumah Danish dan Dania untuk sampaikan bahagian dorang dari keuntungan yang dibuat oleh Merlina daripada duit keluarga al-Daulah.

Di Katanning, aku berpeluang untuk berbual dengan Pakcik Jamil di ladang lembunya.

"Apa khabar, Pak Jamil?"
"Baik, alhamdulillah. Sejak kau uruskan duit tu, macam-macam projek dari duit tu. Untung pun banyak."
"Pak Jamil, boleh saya tanya tak, dari mana duit keluarga al-Daulah berbillion ni muncul? Takkan takde orang tahu?"

Pak Jamil senyum.

"Dari dulu lagi, Gelanggayu ni dah mewah. Ramai penjajah cuba nak rampas Wijayapura. Portugis, Sepanyol, Belanda, semuanya gagal. Sampai ke Inggeris, mereka guna cara tipu helah. Tapi disebabkan Sultan ni pun ada Sayap Kuning, ia tak jadi tipu helah sangat, cumanya Sultan memang ada deal dengan British. Win-win situation. Dulu, harta negara adalah harta Sultan. Masa moden ni je ada swasta, ada kerajaan, ada GLC. Dulu semua direct ke Sultan. Kemudian, sebelum Sultan Amiruddin Arif Shah, iaitu datuk kepada Almarhum Sultan Jaafar, Sultan Mukaram Shah, dia berbaik dengan Inggeris, banyak main trading. So duit dia banyak simpan kat Stock Exchange, merata-rata."

"Berapa jumlahnya masa dulu?"
"Kalau ikut nilai sekarang, trillion dolar jugak tu. Sampai ke Jaafar, okay lagi investment. Sebab tu Jeneral Yahya nak sangat gulingkan keluarga al-Daulah, sebab dia jadi Duta Besar Amerika ke Gelanggayu, berapa banyak tanah dia tolong Jaafar belikan kat sana."

"Lepas tu, apa jadi?"
"Jaafar ni suka berjudi, terutamanya dalam sukan catur. Dia betting siapa menang siapa kalah. Antara yang jadi kuda catur dia ialah ayah kau la. Itu yang lepas tu ayah kau berhenti main catur."
"Oh macam tu ceritanya."
"Lepas tu sampai ke Aminul Rasyid, urus tak betul, dengan kerugian berbillion dolar skandal Forex tahun 1992 dulu..."
"Ya, yang tu saya ingat..."
"Lepas tu, Akta Liberalisasi Ekonomi 1996 menyuruh Gelanggayu open economy dan Sultan tak boleh ada business, jadi Aminul Rasyid jual syer dia semua, jadi private. Barang pun meningkat naik. Harga bil elektrik, air. Semua naik. Tapi sampai ke Norman, dia careless dalam berbelanja, tu yang sampai $250 billion sahaja. Padahal dulu cecah trillion. Apa yang kau terima untuk jaga tu, cuma 10% je daripada harta sebenar asal mereka. 90% dah lesap."

"10% sahaja? Banyak yang dah lesap sebenarnya ke?" terkejut aku. Ini gila kaya, dah macam keluarga al-Saud dah ni.

Mau taknya, Arab Saudi ada minyak sahaja. Gelanggayu ada minyak, ada bauksit, ada kuprum, ada phosphate, ada timah, ada pulak ladang sawit, getah. Memang patut pun lebih kaya.

"Sebab tu Jeneral Yahya nak gulingkan Sultan, sebab nak bayar funder dia, Jacob Chong. Tapi masuk-masuk je, semua kosong. Tu yang sakit jantung tu. Sekarang, duit tu diserahkan pada orang yang betul, kau yang jaga, Merlina yang tolong laburkan. Duit tu pun berkembang. Lepas tu kau bayar zakat harta, bina rumah, bagi makanan kat fakir miskin, bagi peluang perniagaan. Kau gunakan kekuatan yang kau ada tu dengan betul. Insya-Allah, rakyat akan sokong kau."

Gelanggayu ini sebenarnya kaya, tapi sebab dah lama tak diurus dengan betul, sebab tu ada kemiskinan.

--

Natasha datang ke rumah Pengetua, yang kini duduk seorang diri dan kemurungan sejak melihat Azlan dengan 'agenda padang pasir'.

Pengetua duduk di kerusi rodanya, dan termenung di tepi tingkap.

Sejak kemenangan bergaya Azlan, diikuti dengan perlantikan Fazrul sebagai Speaker Dewan Rakyat, Pengetua merasakan Azlan sudah terlalu kuat untuk dilawan.

Bahkan dia sendiri sebagai guru Azlan pun merasakan dia tak mampu menjadi kuat seperti Azlan.

"Hi, Pengetua."
"Hmm, kau rupanya, Nat."
"Pengetua still mad at him?"

Natasha maksudkan 'him' to ialah Azlan.

"Aku dah tak sekuat dulu. Dan masa aku paling kuat dulu pun, aku takkan dapat jadi sekuat macam dia sekarang. Dan dia akan menjadi lebih kuat."
"You mean?"
"Gelanggayu is entering the new phase, new era. Korang bakal berdepan dengan Age of Azlan. Whatever he will decide, the next century, Gelanggayu akan berlandaskan pemikiran dia."
"Century? Melampaulah. Kalau decades maybe lah."
"No. Century, maybe centuries. Macam Tengku Ismail masa dia tubuhkan kerajaan al-Daulah dulu. 600 tahun."
"Itu zaman feudal, Pengetua. Now kita kat era republic."
"Dan kau rasa Azlan akan teruskan apa yang aku perjuangkan selama ni? Apa yang aku ajar dia dan kau?" tanya Pengetua.
"I will be his check and balance, Pengetua."
"Kau sendiri tak boleh handle hal Speaker Dewan hari tu. Dia boleh kawal kerajaan kau walaupun dia pembangkang. Macam mana kau nak jadi check and balance dia?"

Natasha terdiam. Dia tahu Azlan semakin kuat. Dalam fikirannya ialah untuk menggabungkan partinya dengan Parti Nasionalis, supaya dapat seimbangkan kuasa konservatif Melayu di luar Henderson Heights.

"Pengetua, I carikan maid untuk you, okay tak? Takdelah Pengetua hidup sorang macam ni. I cadangkan Mak Cang. Dulu dia jaga Rachel, baik orangnya. Rajin kemas rumah. Takdelah bersawang je rumah Pengetua ni okay?"
"Sukati kau lah, Nat. Aku pun dah tak terurus dah ni. Nak makan pun dah tak larat nak masak dah."
"Nanti I tanya Mak Cang ya?"

--

Mak Cang tersenyum gembira bila dapat offer dari Natasha untuk jadi ketua maid di rumah Jeneral Yahya. Mak Cang sekarang dah ada banyak duit. Ali kirim duit, Dayah pun bagi duit, dia pun buka business uruskan maid.

Tapi Mak Cang tersenyum sebab akhirnya dah tiba gilirannya pula untuk 'mengajar' orang tua ini.

--

"Pengetua, from now on, Mak Cang dengan pekerja dia yang akan uruskan rumah dan hidup Pengetua ya? Kalau nak makan ke, nak minta tolong tukar pampers ke, orang Mak Cang yang akan buat ya?" kata Natasha.

Mak Cang turun dari van, tersenyum. Dah lama dia nak 'ganyang' orang tua ni. Tapi depan Natasha, dia senyum je sambil lambai-lambai tangan bila Natasha nak ke keretanya.

Sebaik sahaja kereta Natasha berlalu, Mak Cang terus tolak Jeneral Yahya dari kerusi rodanya.

"Eh, tua kutuk macam babi! Kau tak payah nak menyamar tak boleh nak jalan lah!" Mak Cang terus tendang punggung Jeneral Yahya.

"Kaki aku...kaki aku..."
"Kaki kau kenapa? Sakit?"

Mak Cang capai payung di sebelah, dan sesah kaki Jeneral Yahya.

"Kau memang orang tua sial! Kau menyusahkan hidup aku, kau menyusahkan hidup anak aku, kau pisahkan aku dengan suami aku, kau buat anak aku hidup macam anak haram! Kau memang sial, Yahya! Aku dah lama tunggu peluang ni!"

"Kartina!"
"Ya Bu Mawar."
"Kau heret mentibang laut ni, kau mandikan dia. Kau tak payah nak basuh elok-elok. Kau ganyang je dia macam kau basuh baju. Pakai je sabun serbuk Fab tu. Bau dah macam pemabuk tepi jalan. Bau tungkik!" kata Mak Cang, atau kini dikenali sebagai Bu Mawar dari kalangan pekerja-pekerja maidnya dari Majapahit.

Mak Cang terus capai remote TV, sambil layan cerita sinetron Majapahit, sambil kedengaran pekerjanya sedang mengganyang Jeneral Yahya dalam bilik air.

"Kau rendamkan muka orang tua tu sikit. Jijik aku tengok muka orang tua ni!" kata Mak Cang.

"Bu Mawar, orang tua ni berak, busuk tahinya...."

Mak Cang terus sepak perut Jeneral Yahya.

"Perut kau ni bodoh ke macam otak kau? Berak jangan bersepah lah! Dah tak pasal-pasal pekerja aku kena cuci berak kau ni! Tak guna!"

Memang Mak Cang ni jadi watak ibu tiri sinetron betul bila dia menyinga pada Jeneral Yahya.

"Sudarti..."
"Ya Bu Mawar."
"Untuk kita bertiga, kau masak yang sedap-sedap. Untuk orang tua ni, kau bagi dia makan nasi gaul ikan rebus je. Taraf orang tua ni tahap kucing kurap je, letak pinggan dia kat tepi lantai tu!"
"Baik Bu Mawar..."

--

Dari seberang jalan, Faridah mengintai rumah Pengetua dari jauh.

"Itu la, dulu kau pisahkan Mawar dari Mamat. Kau buat Mawar dan Ali menderita. Sekarang, dah jadi takdir, dia jadi maid rumah kau. Kalau dia layan kau macam anjing tepi jalan tu, dah cukup baik dah tu, Yahya," kata Faridah.

Kalau Yahya nak report polis pun, Mak Cang confirm lepas. Mak Ali kot. Ali dah pegang ramai polis.

Faridah dengar suara Yahya menjerit kesakitan dan menangis, tapi dia cuma minum teh sambil tengok Facebook, tengok gambar cucunya, Jugra dan Julia pada page Facebook Azlan.

Kemudian dia nampak video Julia tergelak-gelak sambil duduk di pangku Azlan ketika di kapal terbang. Merlina la yang rakam pakai phonenya tu.

Jugra pula sibuk bermain game pada phonenya.

"Aku dah cakap dari awal lagi, Mer ni mesti boleh jaga Alan dengan baik. Sejak dengan Mer ni, jadi familyman terus. Takde dah nak berjimba macam zaman dengan Mina dulu. Baguslah macam tu, cuka kesianlah Mina tu," kata Faridah seorang diri.

Dia kemudian menadah tangan, dan membaca doa agar roh Mina dilindungi Allah, dan membaca Al-Fatihah untuk arwah mantan menantunya.

--

Presiden Obama telah memenangi pilihanraya 2012, menewaskan Mitt Romney dalam pilihanraya presiden Amerika Syarikat.

Melalui pejabat Kedutaan Gelanggayu di Amerika Syarikat, Vladimir Putin menerusi kabel-kabel Kolonel Mahadi yang menjadi duta di sana, telah menyalurkan wang dan dana kepada kumpulan-kumpulan sayap kanan.

Ali bertanya kepada Tengku Hisham, adakah dia ada kabel dengan Donald Trump.

"Kenapa kau nak contact dia?" tanya Tengku Hisham.
"Saya rasa, Donald Trump boleh jadi ikon kepada orang-orang yang menentang Obama."
"Patutnya kau suruh dia lawan Obama hari tu. Sekarang ni apa gunanya, dah habis pun pilihanrayanya."
"Tak, sekaranglah masanya. Romney lembik sangat."
"Ye lah, tapi Obama dah second term, next election dia dah tak bertanding lagi."
"Tau, tapi lepas ni Hillary yang akan bertanding Presiden. Dia ni la punca kejahatan globalis. Dulu masa suami dia jadi Presiden, dia punya kabel yang bina globalisasi ni. Kita boleh gunakan Trump sebagai agen untuk pecahbelahkan Amerika ni."

Tengku Hisham pandang Ali, kemudian tunjuk jari telunjuknya ke kepala.

"Otak kau memang bergeliga, Ali. Kau ada kabel ke kat sana?"
"Budak saya Mahadi kat Kedutaan Amerika sana. Dia sekarang duta kat sana."
"Mahadi yang Duta Gelanggayu tu budak kau ke? Eh jahat betul kau ni. Apa yang kau buat?"
"Camni, kan Abang Sham nak emas Tengku Norman tu. Jadi saya ada kawan orang Chechen yang ada link dengan Razman Kadyrov. Kadyrov ni orang kanan Putin, dan Putin nak pecahbelahkan Amerika."
"Tapi Putin tak marah kau pulak, sebab kau buat kacau kat Kyrgyzstan, lepas tu kat Syria pun kau sokong orang yang lawan Bashar al-Assad?"
"Saya gini je bang. Apa je yang memenuhi agenda saya, saya buat. Tak kira Rusia ke, Amerika ke, Kwantong ke. Dah Putin ada agenda selari dengan kehendak saya, saya on je lah."
"Kau ni main banyak kolam ni, Li. Kolam international pulak tu. Tapi bagus, yang penting kau buat apa yang patut, aku akan cari kabel untuk kau berhubung dengan Donald Trump. Tapi kalau boleh, aku nak jumpa kawan kau Mahadi tu."
"Nak kita datang sana ke dia datang sini? Dia nak datang London nanti, sebab dia nak kenalkan saya dengan budak pandai hacking ni, nak dapatkan data pengundi kat UK ni."
"Kau nak buat apa?"
"Saya dapat info dari orang dalaman Sayap Kuning, yang jadi budak saya, sekarang ni David Cameron tengah goyang. Jadi dia nak tawarkan pengundi Scotland referendum untuk merdeka lagi dua tahun lagi. Lepas tu referendum untuk UK keluar dari EU kalau Konservatif menang pilihanraya akan datang."
"Bijak betul kau pecahbelahkan negara mat salleh ni, Ali."
"Saya belajar benda ni dengan dorang jugak, Bang Sham. Divide and rule. Macam dia jajah negara kita dulu."
"Memang tak salah aku partner dengan kau, Ali."

Mereka berdua minum kopi sambil menghadap padang Highbury, dan membincangkan bagaimana untuk memecahbelahkan dua negara terbesar dan berpengaruh dalam tamadun Barat - Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro