
2012 part 6
Saat melihat bendera Gelanggayu berkibar di Sukan Olimpik amat membanggakan seluruh negara.
Rachel memenangi dua pingat perak dan satu gangsa. Kemenangan pingat ini memberi satu harapan bahawa Gelanggayu telahpun pulih daripada perang saudara.
Natasha memeluk Rachel sebaik sahaja dia turun dari podium untuk acara mengibarkan bendera di O2 Arena, London.
Azlan, Merlina dan Jugra melihat dari keramaian, sebab mereka tidak mempunyai pas masuk ke kawasan atlet macam Natasha.
Selepas menonton Rachel mendapat pingat perak, masa untuk mereka pulang ke hotel, sebelum pada esoknya akan menaiki keretapi ke Paris, sebelum menuju ke Saint Tropez, rumah bekas mak mertua Azlan.
Sudah lama dia tidak bertemu dengan Suzaine. Mungkin Suzaine merindui cucunya, Jugra.
--
Keesokan paginya, mereka berkemas untuk bertolak ke Paris.
"Kau tak nak lepak kejap kat Paris?" tanya Azlan.
"Malas lah. Paris ni kalau kau nak berjalan, kena pasang bodyguard macam ibu selalu buat. Ramai pencopet! Islamofobia lagi. Aku ni pakai tudung Lan!"
Tapi Azlan teringat sejak kejadian tembak menembak antara polis Perancis dan imigran dari Pakistan baru-baru ini di Paris, rasanya Paris tidak berapa nak selamat untuk orang Islam sekarang.
"Tak payah kot. Tapi tetap kena pergi Paris jugak. Sebab stesen keretapi kat situ."
Mereka tiba di stesen kereta api St. Pancreas International untuk menuju ke Gare du Nord, Paris.
Dalam stesen kereta api, tiba-tiba Jugra tarik lengan Azlan.
"Daddy, Jugra nak tanya sikit, boleh?"
"Apa dia?"
"Semalam kan, balik dari tengok gymnastics tu, lepas tu Jugra tidur la. Lepas tu kan, ada something pelik la."
"Pelik macam mana tu?"
"Jugra rasa Jugra terkencing dalam seluar. Tapi kencing tu lekit."
"Tu bukan kencing la."
"Habis tu?"
Azlan menahan muka merah. Mujur Merlina tengah nak beli donat, jadi perbualan ni private antara Azlan dan Jugra.
"Solat subuh kau tadi tak sah tau. Kau sampai rumah granny, kau mandi wajib."
"Mandi wajib?"
"Ada niat dia. Nanti aku ajar kau."
"Kenapa kena mandi wajib?"
"Sebab kau dah akil baligh, monyet. Bego betul kau ni, baru ajak tengok gymnastic, dah macam-macam kau ni. Shhh, Mama Mer dah sampai. Kau jangan cerita benda gini kat dia. Benda ni hal lelaki je."
"Baik, daddy. Maknanya, Jugra sekarang dah dewasa la?"
"Ye, sekarang ni semua dosa kau buat, kau tanggung sendiri. Selama ni aku yang kena tanggung dosa kau."
Jugra baru nak senyum, tiba-tiba dia jem bila Azlan cakap pasal dosa.
"Mahal gila doh donat ni. Aku tanya donat ni berapa satu, dia jawab 50 pence. Aku kira-kira, RG2.50 satu. Tak berbaloi betul. Baik aku beli kuih keria kat Makcik Kiah jual nasi lemak depan rumah tu," kata Merlina.
"Kau billionaire, Mer. Takkan donat RG2.50 sekeping pun kau nak berkira? Jangankan donat, kilang tepung, kilang coklat, ladang gandum, kilang gula, ladang tebu pun kau mampu beli."
"Sebab aku berkira la aku billionaire, Lan. Business ni mindset dia, tak nak ada ketirisan. Cut cost if necessary. Sebab tu walaupun aku kaya sejak umur aku 9 tahun, ada tak aku makan kat St Pierre tu? Aku makan potato chips je dengan nasi bungkus. Orang kaya zaman sekarang ni, kaya berhutang je, Lan. Macam Pengetua kau tu la. Minum arak nak mahal; Ezra Brooks, Jack Daniels, lepas tu wain chateau apa lancau tu. Cap kapak dengan todi masam tak nak main. Hisap cigar Cohiba, tak main rokok Surya. Tapi berhutang dengan aku sampai berbillion dolar, tak mampu bayar. Ni masalah orang kaya zaman boomers korang ni. Biar papa kedana asal bergaya. Sakit mental golongan boomers ni Lan," Merlina meleter.
"Eh, aku bukan boomers okay? Aku Gen X, okay?" kata Azlan, angkat tangan.
Sambil menunggu kereta api, dia baca berita-berita di Gelanggayu.
"Hafiz Samsudin umum bertanding Presiden Republik pilihanraya akan datang"
Azlan terus teks Rahman tentang perkara ini. Sudah semestinya dia menyedari ini kerja Ali. Azlan perlu yakinkan Rahman bahawa dia masih lagi mahu partnership dengan Parti Demokrat dalam pilihanraya akan datang.
Rahman cakap dengan pengaruh Hafiz dan Haji Syaaban yang rapat, pasti Demokrat akan terbelah dua. Pihaknya memantau rapat keadaan semasa.
Azlan tidak mahu terlepas dari kepercayaan yang diberikan daripada Rahman, walaupun Azlan sudah pun tahu yang Ali sudah mengeluarkan kenyataan yang Parti Pertiwi akan push Hafiz untuk jadi calon Presiden.
Semua gara-gara video-video gay yang sudah dipegang oleh Ali. Tapi dalam masa sama, takkan Adilah takde buat apa-apa? Atau ada taktikal yang lain?
"Haha, Abang Hafiz bertanding Presiden. Bontot bisul tu dah baik ke belum? Jadi presiden jadi Mat Kepit, kahkahkah!" Merlina gelakkan Hafiz.
Kena ingat, Merlina ni dulu anak murid kepada Hafiz bab business dengan IT.
--
"Ini strategi agung saya," kata Adilah menghulurkan fail kepada Hafiz, diletakkan di atas meja.
Dah dua bulan sejak kejadian di Santorini, Hafiz dalam keadaan yang traumatik. Makan tak lalu, tidur tak lena. Hafiz tidak tengok fail tu. Belek pun tak.
"Kenapa dengan awak ni?" tanya Adilah.
"Penat," jawab Hafiz, ringkas.
"Ikut rancangan kita ni, kita ada dua tahun lagi untuk berkempen. Dalam masa dua tahun ni, strategi kita ialah meningkatkan projek-projek infrastruktur di kawasan yang marginal untuk kita menang."
Hafiz masih lagi tak bercakap.
"Awak dengar tak cakap saya ni?"
Hafiz mengurut-urut bahagian antara dua kening. Dah lama dia tidak dapat tidur nyenyak. Tak lama lagi mesyuarat agung tahunan syarikat, dan akan umumkan segala urusan termasuk pembelian saham Damian.
Dan benda ni Adilah belum tahu lagi.
Hafiz capai kunci motor Cagiva Mitonya.
"Awak nak pergi mana?" tanya Adilah.
"Beli rokok."
"Sejak bila awak merokok? Awak bukan makan Choki-Choki je ke?"
"Choki-Choki takkan dapat hilangkan stress macam ni."
--
Azlan
"Ibu, Julia kat sana sihat? Bukan apa, sebenarnya nak je bawa Julia ke sini. Ibu yang nak jaga Julia. Jessica pun ada kat situ tolong jaga? Ya, baiklah. Kat rumah bekas besan ibu ni. Baiklah, nanti saya kirim salam kat Suzaine."
Aku dan Merlina duduk di kapal layar yang dulunya menjadi milik ayah mertua aku. Sekarang dah jadi milik Suzaine, dan disebabkan umur dia dah tua dan tak larat nak naik kapal layar, dia sewakan saja pada orang.
"Kayanya bekas mak mertua kau. Kawasan macam ni serupa kat Monaco je aku tengok," kata Merlina.
"Sini ke Monaco sejam je drive."
Angin malam meniup ke wajah kami berdua. Sambil merenung keindahan bandar Saint Tropez.
"Alan, kadang-kadang aku rasa aku tak layak dengan kau. Bila aku tengok ex kau, skandal kau, wei, umpama ex kau tu semua macam Ferrari, skandal kau umpama Lamborghini, tapi aku ni Jentayu Savvy."
"Up sikit la, Mer. Jentayu Satria-GTI."
Merlina ketawa.
"Asal Satria GTI?"
"Satria GTI tahan lasak, racing pun sedap. Ye la tak selaju Ferrari atau Lamborghini, tapi kalau race kat Puncak Tropika, Satria boleh je makan depa dua tu."
"Puncak Tropika banyak bumper buatan sendiri. Rosak bumper kau nanti."
Aku pegang tangan Merlina.
"Madam Suzaine tak marah ke kau kahwin baru?" tanya Merlina.
"Nak marah apa. Dia orang Perancis kot. Budaya orang Perancis ni, sex is just a friendly gesture. Kau ada skandal masa kahwin, tu normal. Asal jangan kantoi sudah. Lagipun, Mina meninggal, bukannya bercerai ke apa."
"Patutlah Mina rilek je bila kau pasang skandal. Entah-entah dia pun pasang skandal?" tanya Merlina.
"I'm sure she is not."
"How do you know?"
"Walaupun dia ada darah Perancis, tapi perangai dia ikut perangai perempuan Gelanggayu. Dia setia."
"Aku rasa semua ex kau cantik-cantik."
"Kau dah tengok ke semua ex aku?"
"Ye la. Nat cantik, Mina cantik, lepas tu Dila tu pun cantik."
"Excuse me, Dila tu bukan ex aku, okay?"
"Cakap pasal Monaco..."
Merlina terus dial telefon.
"Hey, Charlene! Mer here. I'm at San Tropez now. Okay, I see you there," kata Merlina.
"Siapa tu?"
"Princess Charlene."
"Permaisuri Monaco?"
"Haah. Dia orang South Africa. Dulu dia ni swimmer athlete. Lepas tu dia kahwin dengan Prince Albert, buat charity apa semua, aku yang handle. Jom la, dia ajak kita pergi apartment dia kat Monte Carlo. Well, technically tu apartment aku. Dia sewa nak buat studio yoga ke apa entah."
"Kau ada apartment kat Monte Carlo?" Azlan terbeliak mata.
"See the leg la Lan!"
--
Natasha duduk seorang diri sambil minum kopi, dan termenung memikirkan tentang betapa bodohnya dirinya meninggalkan Azlan demi Luqman 20 tahun yang lepas.
Dalam masa yang sama, dia risau dengan kedudukan Parti Republikan yang didirikannya. Nak tak nak, Natasha memang kena bekerjasama dengan Azlan untuk menyelamatkan kariernya.
Dia bersumpah dengan dirinya, selagi Citra Sari syarikat ayahnya tak dapat diselamatkan, dia akan cuba juga.
Dan Azlan ni memandangkan masa dia muda dulu, dia rapat dengan arwah daddynya, jauh di sudut hati, dia tahu Azlan akan cuba selamatkan juga.
Cuma dia tak sangka Azlan boleh dapatkan lebih separuh ahli parlimen Parti Republikan dan mampu untuk menjatuhkannya.
Persempadanan semula memang perlu dilakukan, kalau tidak, memang partinya bungkus tanpa sokongan.
"Mommy, termenung jauh nampak? Mr Azlan mana?" tanya Rachel.
"Dia pergi rumah mak mertua dia kat southern France."
"Hah? Isteri dia orang France ke?"
"First wife dia. Dulu dah meninggal. Tengku Mina."
"Ooo. Mommy, Mr Azlan tu handsome, kan?" tanya Rachel.
"You have crush on him?" tanya Natasha.
"Mommy, I'm 12 years old la. Apa la mommy merepek. Butttt, you satu sekolah dengan dia kan?" tanya Rachel.
"Yeah, kenapa?"
"Antara daddy dengan Mr Azlan, siapa yang paling ramai girlies minat?" tanya Rachel.
Natasha geleng kepala, tak nak jawab.
"Mr Azlan tu kan, kalau dia jalan, kalau dia bercakap, dia macam ada aura jadi leader."
"And your mom is Prime Minister? Mommy takde aura jadi leader ke?"
"Bukanlah macam tu, but if only korang dua join buat satu parti."
"Cannot, we are different ideologically. Dia conservative, I liberal."
"Tak boleh ke kita ambik every good aspects of liberal, and every good aspects of conservative, lepas tu gabungkan?"
"Dulu boleh. Nowadays tak boleh, dah too polarized. Go to sleep lah, esok ada acara tak?"
"Takde, tapi coach suruh datang, support kawan-kawan yang lain."
"Alright, good night Rachel."
"Good night, mommy."
--
Azlan
Masa kat London, aku ada dengar perbualan antara Ali dengan Merlina. Merlina letak duit kat movement yang dipanggil Occupy Wall Street, untuk gerakkan movement golongan kiri yang dipimpin oleh Senator Vermont, Bernie Sanders.
Ali pula buat networking dengan geng-geng redneck yang join Triple K, yang sampai sekarang aku garu kepala macam mana dia boleh buat.
Rupanya dia ada deal dengan gangster Rusia yang ada link dengan Vladimir Putin untuk melemahkan Amerika Syarikat. Orang Chechnya. Ramzan Kadyrov.
Golongan ini, dengan golongan yang dipanggil Tea Party, yang mengkritik polisi Barack Obama semasa dia bailout syarikat-syarikat besar masa krisis ekonomi 2008 dulu.
Occupy Wall Street pun kritik Barack Obama, tapi di sebelah Demokrat.
Nampak gayanya Kolonel Mahadi memang buat kerja pecahbelahkan Amerika macam apa yang dirancangkan oleh Ali, sementara Merlina pula menggunakan pengambilalihan saham-saham Pengetua dalam saham-saham media massa Amerika.
Aku baru tahu Pengetua ada share Disney. Dan sejak Merlina ambik saham Pengetua, Disney bukan main galak beli saham Marvel, dan terkini dia nak buat move beli Lucas Studios.
Ali gerakkan sayap kanan jadi semakin ekstrem, dan Merlina serapkan elemen idea sayap kiri ekstrem ke dalam media.
Nampak macam dua-dua nak bersaing, tapi matlamat mereka hanyalah satu - untuk memecahbelahkan Amerika Syarikat dan masyarakat di dalamnya.
Ketenteraannya mungkin terkuat dalam sejarah manusia, tapi kalau perpaduan masyarakatnya lemah, negara itu akan menjadi lemah juga.
--
Majlis angkat sumpah aku di Parlimen sebagai Ahli Parlimen Kuala Melaut Selatan berlangsung di Parlimen hari ni.
Ini kali pertama aku masuk ke Parlimen selepas kali terakhir pada tahun 2006 sebelum perang saudara berlaku.
Din Tapa, ahli parlimen Puncak Jaya duduk sebelah aku, dan bersalaman dengan aku.
"Welcome back, bro Alan!"
"Rasa macam janggal pulak tengok nama kau kat Puncak Jaya."
"Alaa, kejap je ni. Nanti next PRU bro ambik balik la seat ni."
Aku berbisik pada Din.
"Din, kau pass note ni kat Bentara Parlimen, suruh pass kat Teknojaya Timur."
"Apa tu?"
"Kau tengok je la."
"Bentara, Bentara!"
"Ya, Puncak Jaya?"
"Boleh serahkan nota ni pada Teknojaya Timur?"
Din Tapa serahkan kertas nota Azlan kepada Bentara Parlimen, yang tugasnya mengedarkan nota dalam Dewan Rakyat.
Natasha yang sedang baru sampai di mejanya, terkejut dapat nota dari Bentara Parlimen.
"Puncak Jaya hantar nota ni."
Natasha buka kertas itu dan tertulis nombor 174.
Natasha terus pandang ke arah Azlan. Walaupun yang hantar nota tu Din Tapa, tapi dia tahu mesej dari Azlan. 48 jam telah berlalu dan Natasha tahu, Parti Republikan ni bakal terbelah dua.
Natasha jadi panik, tapi dalam masa sama takut nak bertindak.
Speaker Dewan Johari Abdullah kemudiannya membuat ucapan, tentang sesi persidangan parlimen Republik yang baru.
Kemudian ketika Natasha selaku Perdana Menteri membuat ucapan, Azlan bangun dan mencelah.
"Tuan Yang Dipertua, saya pohon mencelah."
"Kuala Melaut Selatan, sila duduk."
"Saya takkan duduk selagi Tuan Yang Dipertua tidak benarkan saya mencelah..."
Speaker Dewan menutup mikrofon Azlan. Azlan bertindak dengan menyebut tanpa menggunakan speaker.
"Satu tujuh empat, please stand up!"
Azlan kemas meja dia, kemudian dia keluar dari Dewan.
Beberapa orang ahli parlimen Parti Republikan mula bangun dan mengikut Azlan. Seorang demi seorang mula bangun dan meninggalkan Dewan.
Natasha tergamam apabila melihat separuh backbenchernya jadi kosong, kemudian ada beberapa setiausaha parlimen dan timbalan menteri turut mengikut Azlan.
Desas-desus komplot Azlan untuk melancarkan undi tidak percaya ke atas Natasha mula kedengaran. Pihak media mula melaporkan bahawa Natasha kemungkinan telah 'hilang kepercayaan dari kalangan Ahli Dewan Rakyat'.
Azlan kemudiannya mengadakan sidang medianya yang pertama sebagai ketua pembangkang.
"Saya merasakan Speaker Johari bukan sahaja melanggar prosedur, tetapi tidak melaksanakan tugas sebagai seorang Speaker dengan tidak adil. Mengikut point of order atau peraturan Dewan, berasaskan Peraturan 36 (1), seseorang Ahli Dewan apabila mahu membahas Rang Undang-Undang, untuk bertujuan meminda akta induk, maka Ahli Dewan yang lain mempunyai hak untuk bersuara sejajar dengan Perkara 10 Perlembagaan Republik. Tapi belum apa-apa Speaker Dewan dah tutup speaker Ketua Pembangkang, saya rasa tidak adil lah bagi pembangkang. Saya ingin jelaskan kepada Speaker Dewan supaya tugas seorang Speaker ialah mengawal selia perjalanan dalam Dewan Rakyat, bukan menutup suara rakyat! Suara rakyat suara keramat!"
Azlan kemudiannya terus mengarahkan Fazrul menyebarkan dokumen salahlaku rasuah Johari Abdullah ketika beliau menjadi Ahli Parlimen ketika era Sultan Norman dulu.
Wijaya TV, Angkasa Awana serta pihak media yang lain semua memainkan isu rasuah tersebut.
--
"Macam sarkis kau buat Dewan Rakyat tu, macam sarkis!" kata Merlina sambil suapkan makanan kepada Julia.
"See the leg la..."
Telefon Azlan tak berhenti-henti berbunyi. Azlan biarkan sahaja telefon tu berbunyi.
Nak lagi best, Azlan kemudiannya mengarahkan Lil Faysh menyebarkan video Johari dengan seorang pelacur Kwantong dalam online, sebelum ia menjadi tular.
Satu demi satu ahli parlimen Parti Republikan menyuarakan pandangan mereka bahawa mereka merasakan Johari tidak layak menjadi Speaker Dewan.
Azlan tahu, ahli parlimen yang nak tikam Natasha ni semua nak jadi calon Parti Nasionalis, sebab Parti Republikan tidak berupaya untuk mendapat sokongan, terutamanya di kawasan luar bandar.
--
Natasha tiba di 2 Jalan Cendana dengan muka yang agak tertekan dengan perangai Azlan.
"Azlan, I tau you ada right untuk mencelah, tapi kenapa you cari pasal dengan Speaker on your first day dalam penggal ni?" tanya Natasha.
"First day of this penggal, not first day as MP, Nat. I tau la Peraturan Dewan macam mana. Perlembagaan Republik tu, masa Pengetua draf kat Temasik tu pun I dah tahu apa content dia. So, dia yang salah, bukan I."
"Now you attack dia? Lepas ni apa pulak, you nak launch vote of no confidence against me?"
"I dah beritahu you hari tu, kan?"
Natasha tergamam. Azlan senyum.
"You ingat you ada 2/3 MP dalam Parlimen tu, semua orang ikut cakap you ke? Nat, Parti Republikan ni asal-asalnya dari Parti Nasionalis. Parti Nasionalis adalah gabungan antara Luqman's faction dalam Persekutuan dengan Parti Jujur. Dalam Parti Jujur, dua clan terbesar ialah Shahrizal and Daniel, which happens to be my uncle. Faction arwah suami you dulu tu kecik je, let alone faction you. Dengan budget selalu kena cut, you rasa pada siapa dorang ni minta duit?" tanya Azlan, pandang Natasha sambil silang kaki, dan minum kopi.
Natasha terdiam dan tak tahu nak balas balik.
"Biar I beritahu you terus terang, Nat. Masa Pengetua nak dirikan Parti Republikan ni, dia plan ni masa tahun 1989. Dia yang bagi semua details pasal penubuhan parti tu pada I. Sepatutnya I yang lead parti tu tapi, shit happens, then Pengetua plan untuk you lead, tapi you're not strong enough to command this party, Nat."
"So, after all these while, you yang pegang Republican Party ni?"
"Well, bukan semua. Hafiz definitely tak la. Cindy, Sandra Chen tu tak la. But most of them. Kalau I tarik semua tu keluar, your government akan jatuh. So, I dah tunjuk demo macam mana I akan jatuhkan government you, kalau you tak nak dengar cakap I."
Merlina berjalan ke arah Azlan, dan tunjuk handphonenya, menunjukkan maklumat terbaru. Johari Abdullah akan meletakkan jawatannya selaku Speaker Dewan jam 4:00 petang ini.
Natasha pandang telefonnya dan dapat maklumat yang sama.
"Jangan cakap I tak warning, Nat. Ikut je cakap I kalau nak selamat," kata Azlan, sebelum dia masuk ke dalam rumah.
--
"Teknojaya Timur mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini, untuk menamakan Fazrul Khamis sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru. Beliau merupakan seorang bekas Ketua Setiausaha Negara, serta pernah memegang portfolio Kementerian Pertanian."
Azlan bangun.
"Kuala Melaut Selatan menyokong."
Natasha memandang Azlan dengan perasaan yang takut. Kejayaan Azlan menyingkirkan Speaker Dewan adalah perkara yang tak pernah dibuat oleh mana-mana ahli parlimen pun. Hatta otai macam Tun Azmi Ibrahim atau Tun Iskandar pun tak pernah buat.
Dengan melantik Fazrul sebagai Speaker Dewan, jawatan Ketua Setiausaha Negara dipegang oleh kroni Fazrul, maka Fazrul mempunyai kuasa untuk membenarkan usul persempadanan semula atau tidak.
Dan Azlan telah meletakkan syarat - buang Wan Radzi secepat mungkin, atau usul itu akan dibuang ke tong sampah.
--
Melihat political maneuvering Azlan yang begitu calculative dan berjaya mengkucar-kacirkan Parti Republikan, Adilah pun jadi bingung macam mana Parti Nasionalis yang cuma ada lima kerusi dalam Parlimen mampu melakukan perkara seperti menjatuhkan seorang Speaker Dewan.
"Koibito, awak kena jatuhkan Natasha. Rampas jawatan PM dari dia, kemudian awak kena control MP Parti Republikan ni. Azlan dah start kacau parti kita ni."
"Cuba diam, boleh tak? Saya semak la dengan awak ni."
"Semak? Awak tak sedar ke yang Azlan dah jatuhkan Joe sebagai Speaker Dewan?"
"Awak nak suruh saya jadi calon Presiden, lepas tu nak suruh gulingkan Natasha. Eh awak je la bertanding. Semak la kepala otak saya," kata Hafiz.
Hafiz kemudiannya capai kunci keretanya, dan terus keluar.
"Hafiz! Hafiz! Babi!" Adilah membaling kerusi ke arah luar rumah.
--
"Bising la Mony ni, dari tadi merengek je, nak apa?" tanya Jugra.
"Saya rasa kan Jugra, Mony ni nak boyfriend. Dia buat bunyi pelik macam tu," kata Mili.
Alif pula sedang bersila dan tengah syok tengok cerita perang zaman dulu, Tora Tora Tora yang dipasang oleh Azlan.
Security datang ke arah Azlan dan berbisik kepada Azlan.
"Tuan Hafiz datang," kata security kepada Azlan.
"Jemput dia masuk."
--
"Anak aku macam happy je kat rumah kau?" kata Hafiz kepada Azlan.
"Dorang berkawan dengan anak aku."
"Siap bersila lagi Alif tengok TV. Macam rumah dia sendiri pulak."
Azlan menuangkan teh ke cawan Hafiz.
"Azlan, macam mana kau boleh goyangkan kerajaan yang ada 2/3 kerusi dalam Dewan? Terrornya kau?"
Azlan tuang air teh ke cawannya pula.
"Dorang tu dulu dari Parti Nasionalis juga. Walaupun Luqman yang tubuhkan, kau rasa, mengenal perangai Luqman tu..."
Hafiz tergelak.
"Dah arwah, tak baik gelakkan dia. Tapi betul la apa aku cakap, kan?" kata Azlan.
"Yang aku nampak dari Shahrizal..."
"Siapa yang naikkan Shahrizal jadi PM kalau bukan aku?"
Hafiz senyum. Dia mengakui bahawa Azlan memang master dalam hal politik, dan sebagai bekas roommate, dia tahu Azlan telah dilatih sejak dari usia remaja lagi dalam politik.
"Azlan, kau tau, siapa bapak kepada anak-anak aku ni?" tanya Hafiz.
"Aku tau, tapi kalau aku beritahu, takut kau kecewa," kata Azlan.
"Jimmy?"
Azlan diam sahaja. Tak cakap apa-apa.
"Hari tu Jimmy tampar Adilah. Kemudian dia ada cakap kalau tak dapat harta keluarga al-Daulah tu, dia ugut nak beritahu siapa bapak kepada anak aku."
"Hafiz, sebenarnya kau ni secara tak langsung dah jadi pak sanggup. Kau ni pasal IT, pasal business, memang power. Tapi bab perempuan ni kau lemah."
Hafiz tunduk. Tak berani tunjuk muka.
"Hal Santorini pun aku tahu, Fiz."
"Alan, tolong jangan beritahu sesiapa pasal tu. Aku malu, Lan. Donita game aku macam tu je."
"Aku harap kau berdamailah dengan Ali. Dia tu kawan baik kau, Fiz. Dia renovate rumah kau, sesen pun dia tak minta. Kesian Dayah, kesian Zana, kesian Nilam."
"Adilah terlalu berkuasa untuk aku. Bapak dia ketua Sayap Kuning."
"Semua ketua pun, kalau orang bawah dah hilang kepercayaan, akan lemah juga."
"Aku nak bawak anak-anak aku jalan, Lan. Dah lama aku tak bersama mereka."
Hafiz bangun, kemudian menghulurkan salam untuk berdamai.
Azlan terus memeluk Hafiz.
"Kau sahabat dunia akhirat aku, Hafiz. Sebab tu aku tengok-tengokkan anak kau. Cuma kau je yang terus membenci aku sebab apa yang berlaku dulu."
"Baru aku sedar perangai Adilah macam tu..."
Azlan melepaskan pelukan.
"Gembirakanlah anak-anak kau. Mereka dah lama bersedih. Alif, Mili! Ni papa korang dah datang ni!"
Alif dan Mili datang ke arah Hafiz dan memeluk Hafiz.
"Aku pergi dulu ya, Lan?"
Azlan mengangguk, dan lambaikan tangan.
Dalam kereta, tanpa Hafiz sedari, air matanya mengalir bila dia pasang lagu XPDC yang berjudul Teman.
"Daddy, kenapa daddy menangis?" tanya Alif.
"Jagalah Jugra tu elok-elok sebagai seorang sahabat, Alif."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro