
2012 part 3
Jugra masuk ke dalam perpustakaan bila Mili sedang bertugas. Mili nampak, tapi buat tak tau je. Sebab masih lagi marah dengan Jugra bila dapat tahu yang Jugra minat dengan Rachel.
Tapi Jugra tak nak jatuh air muka depan member-member. Apa ni lepak dengan perempuan? Geng GWF (Gelanggayu Wrestling Federation) yang berpusat kat rumah dia, mana boleh berjinak-jinak dengan meminati perempuan.
Lagi pulak dia memegang karektor Bill Jugroldberg, iaitu menggabungkan karektornya dengan Bill Goldberg, seorang wrestler yang bad ass dan kuat nak mampos.
Jadi Jugra pun ego kat situ.
Ada sekumpulan budak geng lain mula buat kacau kat dalam perpustakaan. Mereka berbuat bising dan kacau orang, untuk memprovokasi Jugra.
Jugra tenang, tapi tidak mempedulikan orang ramai. Cikgu Suhaila memarahi mereka, tetapi mereka tidak mempedulikan Cikgu Suhaila.
Sehinggalah akhirnya mereka mengelilingi Jugra.
"Woi bangang!" kata seorang budak, menampar kepala Jugra.
Jugra buat tak peduli. Jugra terus tenang membaca akhbar.
"Kau dengar tak cakap aku? Tengah hari ni, budak kau, lawan budak aku, kat padang. Amacam?"
Jugra hanya diam sahaja.
"Kau dengar tak, pekak?"
Sekali lagi kepala Jugra ditampar.
"Kamu diam! Jangan kurang ajar dalam perpustakaan!" kata Cikgu Suhaila.
"Kalau berani cikgu tampar la saya, tengok! Saya ni Khalis, anak Harry Datuk Mubin!"
Mili senyap-senyap keluar dari perpustakaan, dan beritahu Alif yang sedang melepak bersama geng-geng GWF kat belakang sekolah.
"Alif, Alif! Korang semua, datang perpustakaan semua! Cepat, Jugra dah nak kena pukul dengan geng Khalis, anak Harry Datuk Mubin!"
Alif memimpin semua ahli geng ke bilik stor untuk mengambil kayu-kayu kerusi yang patah sebelum menuju ke perpustakaan.
Perpustakaan dikepung oleh 20 budak-budak yang setia dengan Jugra.
"Kau sentuh lagi Jugra, kitorang pukul!" kata Alif.
"Eh, datang pulak budak buta sebe..."
Khalis tak habis ucapkan ayat 'sebelah', dia terpandang dengan beberapa budak yang di belakang Alif.
"Apahal, Khalis, anak Harry Datuk Mubin? Tadi kemain berapi. Main sekeh-sekeh kepala aku, macam bapak kau pulak bayar zakat fitrah aku?"
Khalis berundur bila Jugra bangun. Dalam kepala Jugra, lagu Bill Goldberg berkumandang.
Terus Jugra berlari dan melakukan 'spear' kepada Khalis sampai terjatuh rak almari buku-buku di perpustakaan.
Budak-budak Khalis jadi takut mereka akan menjadi mangsa seterusnya, lari bertempiaran, tetapi dikepung oleh geng Jugra yang dipimpin oleh Alif.
Jugra bangun dari rak-rak yang jatuh menimpa dia dan Khalis, sebelum berdiri dan membuat isyarat 'potong leher' seperti yang Bill Goldberg selalu buat.
"Awak tak apa-apa, Jugra? Kepala awak ada luka!" kata Mili yang kerisauan.
"Okay je."
Jugra terus berjalan keluar sambil diiringi budak-budak yang setia kepadanya.
Selepas tamat rehat, Jugra dan semua budak-budak yang terlibat dipanggil ke bilik cikgu disiplin.
Jugra berjalan dengan diapit oleh budak-budaknya, dengan muka yang tenang. Kelihatan ayah Khalis, Harry sedang standby nak memaki hamun.
Cikgu Suhaila terus call rumah Merlina.
--
"Apa? Jugra bergaduh kat sekolah?" Merlina terkejut dan terus berlari ke laman rumah, di mana Azlan sedang bersenam angkat besi.
"Lan, anak kau bergaduh kat sekolah!"
"Biar aku pergi. Kau duduk rumah."
--
"Kau tau aku siapa? Kau tau aku siapa? Aku ni Harry, anak Datuk Mubin! Gangster terbesar kat Wijayapura ni, kau tau tak? Kau takut tak? Takut tak?" Harry menarik baju Jugra. Jugra tak menunjukkan reaksi takut, sebab dia berpegang kepada prinsip berani kerana benar.
"Ini apa hal ni?"
Azlan dan Kecik masuk ke dalam bilik disiplin. Muka Harry berubah bila nampak Azlan dan Kecik, yang merupakan orang kuat Ali sejak dulu lagi.
"Anak encik Azlan pukul anak encik Harry," kata guru besar.
"Boleh saya tahu apa puncanya?" kata Azlan.
Harry perlahan-lahan melepaskan baju sekolah Jugra. Cikgu Suhaila datang mencelah.
"Khalis ni datang ke perpustakaan, lepas tu buat bising, sebelum kacau Jugra sedang baca surat khabar."
Azlan pandang mata Harry tepat. Harry menjadi takut sebab dulu ayah dia sendiri pernah kena cium kasut dengan Azlan masa kat sekolah ni.
"So, macam mana nak settle ni, Harry?" kata Azlan.
"T..t..tapi sampai patah riuk anak aku dia ni buat."
"Ye la, dah tau anak kau tu lemah, pergi kacau anak aku, buat apa? Kan dah mendapat. Anak kau mana?"
"Kat bilik rawatan. Sebab anak kau ni rempuh dia kat perut dia sampai semua rak-rak buku jatuh timpa badan dia."
"Jugra, ikut aku. Kecik, ikut aku jugak. Budak-budak lain, pergi masuk kelas."
Kelihatan Khalis sedang memakai tong oksigen untuk bernafas, sambil para jururawat sedang merawat kecederaan yang menimpanya.
"Hantar dia pergi hospital. Saya tanggung kos. Dan Harry, sudah-sudahlah jadi gangster kampung. Daripada dulu lagi aku malas nak gaduh dengan kau."
Jugra digantung sekolah selama dua minggu serta menerima surat merah. Azlan menjemput Jugra pulang.
--
"Tujuan aku beli gelanggang wrestling tu, sebab nak suruh kau bergaduh kat situ. Kau jangan la pulak bergaduh kat sekolah. Aduh, ni kalau Suara Gelanggayu report ni, mampos aku nak menjawab media. Ni, kau tengok. Viral dah. Anak Azlan Muhammad Niat, gangster sekolah. Pukul budak sampai koma. Ni macam mana aku nak menjawab kat media ni? Mampos aku."
@SuaraGelanggayu : Anak Presiden Parti Nasionalis terlibat dalam pergaduhan, cederakan rakan sekolah.
"Jugra minta maaf, daddy."
"Bukan salah kau pun. Budak tu yang kacau kau."
"Tapi, dia cakap bapak dia tu, gangster paling besar kat Wijayapura. Kenapa bapak dia tu macam takut je dengan daddy?"
Azlan dan Kecik terus terbarai gelak.
"Gangster terbesar? Hahahaha!" gelak si Kecik.
"Daddy ada history dengan dia ni. Dulu, dia pernah nak mengorat girlfriend daddy, tak dapat. Jadi dia tak puas hati dengan daddy. Dia petiklah nama bapak dia, Datuk Mubin. Datuk Mubin datang, nak ugut daddy. Sekali datang kawan daddy, datang otai kitorang, terus Datuk Mubin cium kasut kitorang."
"Peeehh, bapak gempaknya daddy ni! Kira daddy la gangster terbesar kat Wijayapura ni?" tanya Jugra.
"Tak, tak. Paling besar sekarang, Uncle Ali. Dia pegang semua konco kat seluruh Gelanggayu, Majapahit, Suvarnabhumi. Banyak kabel dia. Tu yang dia pergi luar negara buat apa entah."
Terkebil-kebil Jugra menelan cerita Azlan.
"Daddy, daddy dulu ada gaduh-gaduh tak? Macam cerita Young and Dangerous tu?" tanya Jugra.
"Kau ke ajar anak aku tengok cerita Chan Ho Nam ni, Kecik?"
"Ye la, cerita Young and Dangerous ni kan filem wajib bagi semua ahli Ayam Hitam. Nanti bila anak kau dah besar, dia jadilah skuad pelapis yang mengenal erti brotherhood."
"Hmm, bab-bab blue tu kau forward tak? Jangan bagi terdedah sangat benda-benda macam tu kat si Jugra ni."
Kecik hanya tergelak dalam kereta.
--
"Ni semua kau punya pasal, Azlan. Beli gelanggang wrestling, lepas tu Jugra ni mula tunjuk kuat. Tak pasal-pasal, Jugra bergaduh kat sekolah..." kata Merlina.
"Kau ni Mer, rilek la dulu. Bagi aku cerita dulu. Budak ni tengah baca buku..."
"Surat khabar, daddy..."
"Ha, surat khabar, kat library. Sekali datang la anak Harry Datuk Mubin ni, ajak bergaduh. Ketuk-ketuk kepala apa semua. Lepas tu, Jugra pun panas, dia pergi tolak budak ni, jatuh kat rak almari, terus jatuh semua kat badan budak tu. Sampai koma dibuatnya budak tu."
Merlina tergamam dengan kekuatan Jugra yang boleh sampai buat orang lain koma.
"Kau ni bela saka apa ni, Jugra? Kuat semacam je?"
"Aku dah jelaskan bil hospital tu dah. Harry pun malas nak cerita panjang bila dah tengok muka aku."
"Siapa Harry ni?"
"Gangster kampung. Dulu pernah kena pukul dengan Ali sebab nak buli aku. Kau tau la macam mana Ali ni digeruni dunia underground?"
"Dua minggu kena gantung ni, no TV, no keluar, no internet for you, Jugra. Mama Mer marah kau ni!"
"No, no. Mer. Hujung minggu ni aku dah janji budak-budak ni pergi bercamping kat Sungai Guli. Aku nak ajar dorang macam mana nak gunakan survival kit, nak nyalakan api dalam hutan."
"Kau ni nak ajar benda macam ni pulak?"
"Mer, benda macam ni, lelaki wajib tau. Kalau situasi perang ke apa, at least budak-budak ni tau apa nak buat. Kau tak payahlah nak lembikkan budak ni. Sayang tu sayang, tapi benda tough macam ni pun kena ajar jugak."
"Ye lah, aku risau je Jugra cedera ke apa."
"Assalamualaikum, Jugraaaaaaa! Jugraaaaaaa!"
Merlina tengok pada tingkap.
"Ha, tu dia. Girlfriend kau, Mili dah kat depan rumah."
"Mana ada girlfriend la Mama Mer!"
--
Jugra dan Mili duduk bersila di atas gelanggang wrestling, sambil Mili melihat kesan lebam pada kepala dan dahi Jugra.
"Tak sakit ke? Saya tengok pun dah ngeri dah."
"Takde apalah tu. Dulu pernah jatuh dari tingkat dua. Takde apa pun. Boleh je makan nasik."
Mili senyum memandang Jugra.
"Mili, kenapa kau dah tak nak cakap dengan aku?"
"Sebab merajuk la."
"Kenapa merajuk?"
"Sebab Mama Mer cakap, awak minat kat Rachel. Saya tahu la, Rachel tu cantik, lepas tu gimnas negara pulak tu."
"Tapi kau cakap kan dia tu kawan kau?"
"Memang la, tapi dia kan popular. Semua orang pun kenal dia. Instagram dia berpuluh ribu followers. Kalau nak banding dengan muka kentang saya ni.."
"Apasal kau cakap muka kau macam kentang?"
"Buruk."
"Hotak kau kentang buruk?"
"Buruk la, bentuk dia kan macam bergumpul macam tu."
"Pertamanya, aku suka makan kentang. Aku rasa kentang ni cantik. Aku suka makan French Fries. Keduanya, kau tak buruk la, dah besar nanti kau mesti jadi hot gila."
"Ye ye je awak ni. Alamak, habislah esok, perpustakawan semua kena kemas rak-rak almari yang jatuh tu."
Jugra tengok muka Mili dah stress.
"Kau mesej Alif. Cakap semua budak GWF berkumpul depan sekolah pukul 4:30 petang. Kita ramai-ramai tolong kau kemas perpustakaan tu. Tapi jangan paksa-paksa pulak. Kalau takde orang nak, aku sorang je kemas."
--
Geng-geng Jugra semua masuk ke perpustakaan dan Mili membuka kunci pintu.
Mereka beramai-ramai mengangkat semua rak-rak yang jatuh macam domino, kemudian menyusun kembali buku-buku mengikut bahagian dan tajuk.
"Siap je kemas ni, daddy aku cakap nak belanja korang semua makan chicken chop kat gerai kawan Abang Kecik. Dekat Kantan Prima. Korang larat tak kayuh basikal sampai situ?" tanya Jugra.
"Chicken chop punya pasal, takde hal bro Jugra!" kata Haris Hearst Hemsley.
--
Jugra kena gantung sekolah hari ini, jadi dia bangun lewat. Dia bangun dari tidur, terkejut terdengar bunyi gorengan gitar dan ketukan dram yang cukup kuat, bagai ada konsert kat belakang rumah.
"Huish, siapa pulak buat konsert rock kat rumah aku ni? Lain macam betul. Ni macam lagu Metallica Master Of Puppets ni," kata Jugra sambil gosok-gosok mata.
Dia tahu la sebab selalu dengar Kecik selalu pasang lagu ni kat bengkel kereta dia.
Jugra perlahan-lahan berjalan menuju ke bunyi itu, dan semakin kuat sambil nampak Merlina merakam dengan kamera telefonnya.
Dia pandang dan terbeliak tengok ayahnya Azlan sedang menggoreng gitar bak Kirk Hammett dan menyanyi, Kecik bermain bass dan Joni bermain dram.
Come crawling faster
Obey your master
Your life burns faster
Obey your master
Master!
Master of puppets I'm pulling your strings!
Twisting your mind and smashing your dreams
Blinded by me, you can't see a thing
Just call my name, 'cause I'll hear you scream
Master!
Master!
Just call my name, 'cause I'll hear you scream!
Master!
Master!
"Lapan minit la wei, lama sangat la Lan! Aku ambik bahagian kau goreng je, lepas tu bab Joni banging tu, boleh?"
Jugra terus pegang pinggang Azlan.
"Daddy, power gila daddy main gitar!" kata Jugra yang terkesima dengan kehandalan ayahnya.
"Kau jangan tak tau, Jugra. Ayah kau ni, dulu masa dia kecik, juara Battle of the Band tahun 1984 kalau tak silap..."
"1981 la, memandai je kau ni," kata Azlan sambil letak gitar.
"Lepas tu bro Ali cakap, dia buang je piala tu. Lagi power, ni band power ni, datang panggil dia masuk band dia."
"Betul ke ni, daddy?" tanya Jugra.
"Kau percaya la cerita sembang Abang Kecik ni."
"Ayah kau ni low profile sangat, Jugra. Main gitar pakai helmet, tak pernah dibuat dek orang! Mula-mula, orang gelak. Sekali dia goreng, peh, tergamam..."
"Aku pulak first time dengan Lan main gitar kat tempat kerja printing aku dulu. Dia main lagu Steve Vai..." sampuk Merlina.
"Bukan la, Yngwie Malmsteen la, aku ingat lagi," kata Azlan.
"Asal daddy ni rock gila? Selama ni nampak cam nerd je," kata Jugra.
"Nerd kau cakap? Jugra, ayah kau ni, kalau kat Wijayapura, kalau dia suruh beli karipap kat Majapahit untuk belajar main gitar dengan dia, abang sanggup la pergi!" kata Kecik.
Joni pulak dah gerakkan bahu, tanda badan mula menua bila dah lama tak berjamming.
--
Merlina pos video Azlan main gitar, dan mendapat retweet yang hangat. Dia post di Instagram dan Facebook.
"Weh, kau tengok...Kid Search share kat FB dia wei!" Kecik tunjuk Facebooknya kepada Joni.
"Fuh, lain machiam ni...."
"Tu rilek lagi, ni aku nak tunjuk kau."
@JasonCNewsted : 🤘 RT @AzlanNiat : Master Of Puppets, tribute to #metallica.
"Mak aiiii! Gila la, Jason Newsted tu!" Kecik terbeliak mata.
"Ni kalau bro Alan main gig lagi ni, boleh lagi ni. Silap-silap pecah HouseNoizy tu nanti."
Tapi tiba-tiba ada pulak orang komen mengecam.
"Gitar ni saudara syaitan. Apa gunanya bercakap pasal akidah tapi main gitar lagu puja syaitan..."
"Eh lebai ni, nak aku maki pulak!" kata Joni.
"Biarkan je, nanti ada la orang backup aku. Kau tunggu je la," kata Azlan.
"Ala yang penting kita happy dengan studio baru rumah ni. Best gila, sound sedap tu..."
"Setengah juta maunya tak sedap!"
--
Azlan ke Kuala Melaut dan bertemu dengan Ketua Bahagian Kuala Melaut Selaga , Haji Tajuddin, yang bersama anaknya Hairul untuk membincangkan percalonan Parti Nasionalis.
Bahagian Kuala Melaut Selatan sebulat suara bersetuju bahawa Azlan, Presiden Parti Nasionalis, bertanding sebagai calon parti dalam PRK ini.
Haji Tajuddin berdiri di podium Dewan Haji Atan, di hadapan bangunan Parti Nasionalis bahagian Kuala Melaut Selatan.
"Kami berbesar hati, untuk Presiden parti kami, Parti Nasionalis, yang berakar umbi dari perjuangan Kongres Melayu Gelanggayu sejak 1923."
Azlan berdiri di podium, dan melambai-lambaikan ke arah wartawan yang berkumpul, termasuk wartawan dari luar negara, memandangkan imej Azlan sudah mula dikenali dunia.
Sejak dari peristiwa dia ditembak dalam demonstrasi, nama Azlan Muhammad Niat mula disebut-sebut sebagai sebuah nama yang besar dalam politik Gelanggayu. Dia bukan lagi hanya sekadar anak didik Jeneral Yahya Atan lagi.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Tajuddin, Encik Hairul Tajuddin, serta jentera parti bahagian, kerana memberi peluang kepada saya untuk menjadi wakil rakyat anda. Saya sedar, selama ini nama saya sinonim dengan Parlimen Puncak Jaya, namun saya bukanlah tidak biasa di sini, memandangkan saya sendiri lahir di Teluk Tenang. Saya harap rakyat Kuala Melaut Selatan, sudilah menerima saya sebagai wakil anda ke Parlimen. Terima kasih."
--
"Daddy, kawan-kawan Jugra tanya, jadi tak nak pergi Sungai Guli?"
"Jadi, kenapa pulak tak jadi?"
"Kan daddy jadi calon parlimen Kuala Melaut Selatan tu, camana daddy nak ada kat dua tempat kat dua masa?"
Azlan terdiam. Dia dah janji dengan kawan-kawan Jugra untuk camping.
Hari pernamaan calon rupanya keesokan hari daripada hari yang dijanjikan untuk bercamping tu.
Badannya pula dah mula rasa letih. Sejak pilihanraya kecil ni, dia kerap naik kapal terbang dari Wijayapura ke Kuala Melaut.
Dan dengan polisi Sandra Chen, Menteri Alam Sekitar yang mengehadkan bilangan penerbangan ni, memang sentiasa ada banyak delay flight.
Kalau setakat Jugra sorang je, bolehlah dia bawa Jugra camping di Melaut je. Banyak je tempat yang lagi cantik dari Sungai Guli.
Tapi kalau dah ada kawan-kawan Jugra yang nak bercamping ni, takkan nak bawak sekali. Kalau nak bawak naik ikut flight pun, budak-budak tu mesti ada kebenaran ibu bapa.
Kalau takat Sungai Guli bolehlah mak ayah mereka kasi, tapi takkan sampai Melaut.
Dia telefon Mejar Jeneral Firdaus.
"Assalamualaikum Fidot, boleh tolong aku tak?" tanya Azlan.
"Waalaikumsalam, bro Alan. Ada apa tu?"
"Camni, aku ada camping dengan Jugra kat Sungai Guli petang Jumaat, balik Sabtu pagi. Tengah malam tu ada la aktiviti tu semua. Tapi pagi Sabtu tu, aku ada pernamaan calon kat Kuala Melaut pukul 8 pagi. Flight at least makan 3 jam, lepas tu kalau naik private jet nanti, orang kata kita bermewah pulak. Helikopter pun sama. Aku ni pembangkang, mana boleh nampak mewah."
"Macam ni, saya jemput bro pukul 2 pagi kat Sungai Guli. Kita sampai air base Pekan Batu Enam pukul 4 pagi."
"Naik apa?"
"Sukhoi Su-30 MKG. Boleh ke tahan pressure speed fighter jet? Body bro sado, boleh ni. Sampai sana, dalam pukul 4:45 pagi macam tu. Wartawan pun belum bangun, jadi takde sape nak cover cerita bro naik jet."
Azlan terkebil-kebil. Gila ke apa naik fighter jet pergi Melaut?
"Hentam sajalah. Janji aku sampai. Lagi satu, tolong siapkan aku baju Melayu teluk belanga putih, sampin Parti Nasionalis, kasut, songkok, dengan semua dokumen-dokumen aku?"
"Ditanggung beres, bro Azlan!"
"Cantik! You're the best, my man!"
Letak je telefon, Azlan pandang Jugra.
"Boleh."
"Daddy naik jet pejuang ke pergi sana?"
"Yes."
"Fuyoooooo!"
Azlan bangun dan menyanyi lagu Kenny Loggins, Danger Zone sambil pakai cermin mata Aviator dari koceknya macam dalam filem Top Gun.
"Highway to the Danger Zone!"
--
Azlan
Aku rasa aku tak patut kecewakan anak aku. Walaupun mungkin Jugra boleh kata pada kawan-kawannya untuk tangguh, tapi kawan-kawan mereka dah berharap.
Sejak Mina meninggal, aku cuba untuk rapat dengan Jugra. Aku beli gelanggang wrestling, aku buat tempat gym. Aku nak buat dia gembira semula lepas mommy dia meninggal.
Masa arwah ayah hidup dulu, ayah bawa aku memancing, bercamping, tolong masak untuk orang susah.
Aku tak nak jadi macam Hafiz. Abaikan anak dia sampai anak tidur di tepi masjid pada hari raya. Jadi, walaupun besok adalah hari pernamaan calon, tapi apalah gunanya aku jadi ahli parlimen Kuala Melaut Selatan, kalau aku mungkiri janji aku kepada anak dan kawan-kawannya.
Janji harus dikotakan walau macam mana sekalipun.
--
"Kau ni besok nak pernamaan calon kat hujung Gelanggayu kat Melaut nu, hari ni kau nak bercamping. Kau gila ke? Flight nak ke situ makan masa at least 3 jam. Lepas tu pulak jalan kat situ jauh dari airport. At least kau kena ada 5 jam. Mana sempat wei?" tanya Merlina.
"Aku dah janji dengan Jugra, Mer. Kalau aku mungkir janji dengan anak aku sendiri, kau expect aku boleh tepati janji kepada orang Kuala Melaut Selatan yang berapa tahun sekali baru aku datang tu ke?"
"Tu la, berjanji tak tengok time. Kan dah susah. Habis tu, macam mana?"
"Aku dah selesaikan masalah tu."
"Macam mana, Lan? Pakai pintu suka hati Doraemon?"
Merlina ni risau pun boleh buat lawak lagi.
"Fidot arrangekan aku naik jet fighter Sukhoi ke sana."
"Kau gila ke, setaaaaannnn! Kau tau tak jet fighter tu? 2,500km per jam! Dada kau tu kena pressure kuat wei!"
"Rilek laaa..."
"Kepala hotak kau rilek. Kau laki aku, setan!"
--
Jadi petang tu aku pergilah juga bercamping dengan Jugra. Budak-budak baya Jugra ni umur 12 tahun. Inilah masa mereka untuk belajar macam mana nak survival dalam hutan.
Kebanyakannya budak bandar, guna mancis pun tak tahu. Dorang beritahu aku, selama ni dorang pakai flamer untuk bakar unggun api. Ye lah, tapi menambah berat la nak bawak benda tu semua kalau nak bawak barang.
Jadi aku ajar Jugra dan kawan-kawannya macam mana nak cari batu api di tepi sungai. Macam mana nak hidupkan api guna teknik gosok kayu. Aku tak pernah lupakan apa yang arwah ayah pernah ajar aku.
Kemudian aku ajar mereka dirikan khemah, kemudian mereka pun bergembira masak sardin dalam tin. Masak nasi dengan guna tin.
Jugra rakam semua video yang aku ajar. Masa aku ajar macam mana nak buat hidupkan api pakai batu api dan kayu, dia rakam. Masa aku pasang khemah pun dia rakam.
Orang zaman sekarang mungkin begini cara belajarnya. Dengan cara merakam video kemudian mereka tengok balik dan praktikkan.
Masa bercamping tu, ada budak minta aku ajar dia main gitar, memandangkan video Master of Puppets aku viral sampai Jason Newsted pun quote tweet video aku.
Aku ajar lagu yang pertama aku belajar masa aku kecik dulu. Lagu Rainbow Connection dari muppet katak bernama Kermit The Frog.
Menjelang 2 pagi, Mejar Jeneral Firdaus datang bersama Kecik, dan Jugra dan kawan-kawannya pun dah nyenyak tidur. Kecik akan temankan Jugra untuk kemas esok, sementara aku bergegas untuk naik jet pejuang ke Melaut.
Sampai Lapangan Terbang Udara Pekan Batu Enam, aku dipakaikan baju khas tentera udara untuk menaiki jet pejuang Sukhoi Su-30 MKG oleh seorang leftenan tentera yang setia dengan Ali.
Selepas selesai pakai baju flight suit dan helmet, aku rasa macam aku ni Pete "Maverick" Mitchell dalam cerita Top Gun. Tapi aku tak bawak la, aku jadi co-pilot je, sebab pilot yang utama yang bawa jet tu.
"Bro Alan, selawat dulu. Baca bismillah."
Masa aku naik dan duduk tu aku dah baca doa naik kenderaan, selawat dan baca Fatihah, kalau apa-apa jadi.
Memang betul, G-force memang kuat untuk bergerak selaju 2,500 kilometer sejam. Dada aku terasa sakit, sebab kelajuan tu mengakibatkan tekanan G-force sampai 8.5. Bukan semua orang boleh berdepan dengan benda macam ni, lagi pulak yang untrained macam aku.
Sampai di sana, orang-orang Mejar Firdaus dah sediakan aku baju Melayu dan semua dokumen aku. Aku dah jalan terhuyung-hayang dan terpaksa dipimpin sebab aku masih lagi belum stabil dari flight yang gila laju tadi.
Tak sama macam commercial flight atau private flight. Commercial habis kuat pun 800km/j. Private plane yang biasa aku naik pun 1,200km/j.
Yang ni 2,500km/j, memang rasa macam nak tercabut organ-organ aku kat atas tu.
Aku kemudiannya diminta baring, untuk aku kembali neutral. Badan aku penat, tapi aku tak ada jalan lain, ini sahaja yang aku perlu lakukan.
Aku jadi Ketua Pembangkang, maka suara aku ada akses dalam Hansard Parlimen dan kata-kata aku akan didokumen secara rasmi oleh kerajaan.
--
Kuala Melaut Selatan mempunyai jumlah pengundi sebanyak 88,154 pengundi berdaftar.
Penyandang lepas, Allahyarham Shaari Shuib dari Parti Demokrat memenangi KMS dengan undi sebanyak 29,365, menewaskan Halim Saifullah dari Parti Republikan dengan undi 21,326 undi.
Haji Tajuddin dari Parti Nasionalis dapat undi sebanyak 9,960 sahaja. Kejatuhan undi Parti Nasionalis ni disebabkan jeti yang aku buat dulu, dibina oleh kroni Kamal juga dengan kos tinggi.
Tapi pada tahun 2009 jeti tu runtuh dan ada dua orang mati akibat kejadian tu. Sebab tu kalah teruk. Yang buat palat Kamal, yang effectnya, parti. Kat sini aku memang marah Amar sebab mark up harga tapi bagi kualiti barang yang murah.
Sebab Amar kawtim dengan Kamal dan syarikat Kamal JV dengan kroni Amar untuk projek jeti ni. Tapi akhirnya, nama parti juga yang busuk.
Cuma buat masa ni, aku masih perlukan Amar, dan Amar ni kawan Ali. Aku tak boleh nak marah sangat sebab mereka ni backbone kempen aku.
Sudah pasti pihak musuh nak tembak aku isu jeti tu, tapi aku ada alibi. Walaupun projek itu diluluskan zaman aku TPM, tahun 2006 projek tu diluluskan dan diberi kontrak oleh Kamal.
Tapi tak apa, aku akan terangkan kepada rakyat apa yang telah berlaku, dan aku akan cuba yakinkan rakyat, yang aku akan bina jeti baru yang lebih baik.
Ini kali keempat aku jadi calon pilihanraya. Tahun 2000, 2004 dan 2009. Menang dua kali, kalah sekali. Menang, aku akan jadi Ketua Pembangkang, kalah aku bungkus je lah siap-siap.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro