Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2012 part 2

"Apasal Mili sampai delete Twitter dengan FB dia? Eh, takkan la sampai macam ni sekali?" Jugra tergaru-garu kepala dia melihat semua media sosial Mili dah hilang.

"Instagram dia pun dia lock jugak."

Jugra telefon Mili dan dia letak telefon.

"Kenapa sampai macam ni?" tanya Jugra, tergaru-garu kepala.

"Jugra, mari sini, tolong daddy jap?" kata Azlan dari pintu.
"Tolong apa?"
"Daddy minta tolong janganlah tanya. Sekali daddy bagi People's Elbow karang baru Jugra tau."

Kelihatan ada sebuah lori sedang mengangkat gelanggang wrestling yang Azlan tempah kat AliNana dot com tempoh hari.

"Daddy beli gelanggang wrestling? Seriuslah!"

Azlan dan beberapa orang pekerja mengangkat gelanggang wrestling itu untuk diletakkan di depan rumah.

Merlina terus cekak pinggang bila nampak Azlan dan beberapa orang pekerja angkat barang terkengkang-kengkang angkat gelanggang wrestling.

"Kepala hotak kau setaaaaannnn!"
"Weh, aku dah plan nak beli lama dah. Dari dulu aku bincang dengan Ali. Sekali murah pulak."
"Murah? Berapa?"
"RG4,000."

Terus Merlina tepuk dahi.

"Serius la, wei. Aku tau la arwah bini lama kau waris duit banyak kat kau, tapi tak payahlah membazir beli benda ni wei?" kata Merlina.

"Membazir? Membazir tu kalau beli tapi tak guna. Kau ingat aku beli ni, aku tak nak guna ke?"

"Eii, anak bapak sama je! Asyik menjawab je, malas betul aku. Baik aku bancuh susu Julia kejap!" Merlina terus fed up nak cakap apa lagi.

"Thorbaik la, daddy!" tersenyum lebar Jugra.

Kecik tiba di depan rumah Azlan, terus bukak helmet.

"Weh, gelanggang wrestling dah sampai!" Kecik terus naik atas turnbuckle, kemudian terus cuba terjun gaya frog splash Rob Van Dam. Lepas tu dia mengadu sakit tulang rusuknya akibat impak jatuh ke papan gelanggang wrestling tu.

"Weh, papan dia keras la! Aku ingat macam WWE tu!" kata Kecik menggosok-gosok bahunya.

"Okay, okay. Kecik, jap, kau suka siapa?"
"Undertaker."
"Jugra?"
"Bill Goldberg."

Azlan pun pasang lagu Undertaker kat handphone di YouTubenya, dan Kecik pun berjalan ke dalam gelanggang dengan gaya jalan slow.

"Lembab la Undertaker ni! Cepatlah sikit!" kata Jugra.

Bila Kecik dah masuk gelanggang, Jugra pula masuk ke gelanggang dengan gaya Goldberg. Belum apa-apa, Jugra dah spear Kecik, tapi Kecik mengelak, sebelum dia hanggukkan kepala Jugra pada penjuru gelanggang.

*spear: gerakan rempuh ke tulang rangka pihak lawan dengan menggunakan bahu.

"Nak kena chokeslam ni!"

Kat atas Merlina hanya tepuk dahi mengenangkan kesengalan suami beli gelanggang wrestling dari AliNana.

--

"Alif, kau tau tak, daddy aku beli gelanggang wrestling kat rumah."
"Fuyoo! Biar betul bapak kau ni, Jugra?"

Jugra tunjuk gambar gelanggang wrestling dalam phone pada Alif.

Sejak itu, Alif dan Jugra kerap menghabiskan masa bermain wrestling di rumah Jugra.

Merlina risau jugak, takut anak orang patah riuk kat rumah ni.

Berita tentang gelanggang wrestling di rumah Jugra mula tersebar satu sekolah. Semua orang mahu berkawan dengan Jugra untuk mencuba gelanggang wrestling di rumahnya.

Maka setiap hari, penuhlah basikal depan rumah Jugra, datanglah dengan pelbagai jenis kawan-kawan baru.

Daripada dua orang, jadi tiga, kemudian lima, ada satu masa sampai dua belas orang. Semua sebab nak main Royal Rumble.

Maka setiap hari juga Merlina mengurut dada bila tengok kawan-kawan Jugra ni buat aksi stunt yang bukan-bukan.

"Nak oiii, jangan main macam tu la. Karang patah nanti aku pulak nak kena menjawab!"

Dah macam mak-mak perangai Merlina ni bila tengok kawan-kawan Jugra main wrestling.

Dalam satu hal, Merlina gembira, Jugra mula ada ramai kawan. Tapi dalam satu hal, dia risau dengan aktiviti main wrestling ni.

"Eh, eh, eh, kau! Kerusi dapur aku, kau jangan nak buat main. Aku smackdown sekor-sekor karang!" Merlina tarik kerusi dapur daripada digunakan oleh kawan-kawan Jugra.

Tapi Merlina baru perasan. Sifat kepimpinan Jugra. Pada asalnya, cuma Jugra je yang pakai basikal chopper pergi sekolah.

Lama kelamaan dia perasan ramai orang ikut gaya dia. Mana je Jugra kayuh, kawan-kawan dia akan ikut.

Mungkin macam Azlan, Jugra ada sifat nature-born leader. Dan assistantnya, mestilah Alif.

Sejak adanya gelanggang wrestling, Alif semakin berani walaupun selalu kalah, sebab mata pun ada satu.

"From Puncak Jaya, weighting 43kg, Alif "The Cyclop" Akmal!"

Tapi Merlina perasan, yang selalu datang ke rumah sekarang ialah Alif.

"Alif, Aunty Mer nak tanya sikit, boleh tak?"
"Ada apa, Aunty Mer?"
"Lama tak nampak Mili?"
"Oooh, dia merajuk dengan Jugra."
"Merajuk? Kenapa dia merajuk?"
"Dia cakap Jugra dah ada kawan perempuan lain, buat apa dia nak jadi orang ketiga."

Tersembur Merlina dibuatnya bila mendengar jawapan Alif.

"La, kawan je lah. Lagipun, Aunty Mer sukalah dia tu. Pandai, otak dia macam ada Google."
"Kawan kelas panggil dia Milipedia."
"Nanti Alif suruh Mili datang ya? Nanti Aunty Mer belanja Mili makan ais krim."
"Baik, Aunty Mer."

--

Hafiz dan Donita sedang makan tengah hari di sebuah hotel lima bintang di Wijayapura.

"You dengan wife you dah okay?" tanya Donita.
"Terpaksa okay. Sebab ada political move kena buat."
"Oh, really! Wow..."
"Kita dah lama tak keluar, kan?"
"Dah lama tak keluar? Ni yang kita tengah makan ni, apa?" tanya Donita.
"No, I mean, keluar negara pergi vacation."
"Oooh, I banyak kerja la, Hafiz. Lagipun kan ada macam-macam perkara berlaku sejak dua menjak ni. Demokrat ada Presiden parti baru, Nasionalis pun ada Presiden parti baru...lepas tu my bos nak bertanding kat Kuala Melaut Selatan tu..."
"You pernah keluar dengan bos you?" tanya suara Hafiz dengan tegas.
"Of course la pernah..."

Hafiz terus letak sudu.

"Hafiz, that was when I was 13 years old. Cousin dia bandmate I la. Jessica Daniel, you kenal kan?"
"Tu cousin dia ke?"
"Yes. I dulu main bass dalam band dia. Then bila lepak dengan dia, dia belanja la kitorang makan kat restoran Uncle Ali. I wonder la, apa Uncle Ali buat sekarang ni..."
"He's a terrorist," jawab Hafiz, ringkas.
"Excuse me?"
"Kenapa? Betul la, dia tu terrorist. Interpol cari dia. CIA cari dia. In fact dia terlibat dengan pembunuhan Konsulat Amerika di Benghazi, although tak ada bukti."
"It's oxymoronic bila you cakap 'in fact' dengan 'although tak ada bukti' in one sentence," kata Donita.
"Look, you berhentilah kerja ni, Donita. Azlan tu bukannya baik sangat pun..."
"Neither you, Hafiz. I selalu dengar you shittalk about Azlan. Cakap dia curang la, perogol la. And yet, as far as I know, I tak pernah pun dengar Azlan shittalking about you."
"Dia pernah cakap pasal I kat you ke?"
"Yes. Dia cakap you ni dulu roommate dia masa kat universiti. You're the best hacker in the country masa you muda dulu. See, you dah lama duduk dengan wife you, you pun dah jadi perangai macam wife you. I mean, for sure la I tau you jealous dengan dia sebab obviously he's more good looking and has a charming character, but the reason why girls love to talk to him, because he is so insightful, so aspiring, so positive. Sure every politicians ada dark side dia, I tau benda tu. But maybe, just maybe, Hafiz, maybe you're at the wrong side. I tak nak masuk campur life you, sebab I sendiri ada private life I. But Azlan never badmouthing you. On the other hand..."
"I know, tapi I still can't forgive him for what he had done..."
"Sailang tunang which later jadi wife you? I mean, look at you. You want me so bad, kan?"
"Yes."
"What if kalau I cakap I ni someone's girlfriend, would you stop keluar dengan I?"

Hafiz diam.

"I bukan nak backup siapa-siapa dalam hal ni. Dengan you pun I okay, dengan Azlan pun I okay. Azlan is my boss at Wijaya TV. Of course lah I dengar macam-macam cerita panas pasal dia dulu. Tapi you pun apa kurangnya. So, you nak keluar pergi mana?"

"I nak tenangkan fikiran. Somewhere around Mediterranean?"
"Mallorca?"
"No, no. Not again."
"Habis tu? I know, why not we go to Greece?"
"Of all place, you nak pergi Greece? Bukan Athens tengah riot ke sebab kemelesetan ekonomi?"
"No, you don't have to go to Athens. Here, I ajar you. Most rich people tak pergi Greece via Athens. Athens ni huru-hara sejak dulu lagi. What I mean is pergi ke pulau-pulau dia tu. Take a flight to Istanbul, then sewa yacht pergi ke pulau-pulau tu. And I have a best friend who can give a great place to hangout. Serious beb, Greek islands, terbaik!"
"Okay, we might to have a try."

--

"Fendy Orton!"
"Alif Cyclops!"
"Haris Hearst Hemsley!"
"Bill Jugroldberg!"
"Zarif Big Show!"
"Amir Jericho!"
"Johan Batista!"
"Anddddd....Azlan The Rockkkkk Niat!!"

Merlina dah facepalm tengok Azlan dengan budak-budak ni main wrestling.

"Adoi, sakit pinggang daddy, Jugra! Sakit, aaaaauhhh!"

Merlina mencekak pinggang kat tepi gelanggang.

"Kau tu dah 43 tahun, Alan. Nak pergi bergasak wrestling lawan Royal Rumble dengan budak 12 tahun ni siapa suruh?"

"Ambikkan minyak gamat, Jugra. Aduhhh, sakitnya..."
"Uncle Alan, Uncle Alan tau tak pasang khemah camping?!" tanya Alif.
"Khemah? Uncle Alan dulu pengakap la. Mestilah tau. Kenapa?"
"Kawan-kawan kitorang ajak kitorang camping, kat Sungai Guli."
"Daddy, boleh tak?" tanya Jugra.
"Korang reti nyalakan api tak pakai mancis?"

Semua geleng kepala.

"Reti kapak kayu?"

Semua geleng kepala.

"Kalau daddy ikut, dan ajar korang cara camping, korang okay tak? Lain kali korang boleh buat sendiri."

"Yaaayyy!!"

Dalam hati Merlina, dia cuma cakap, boys will be boys.

--

"Adeh, deh, deh! Kau urut aku ke kau buat apa ni? Sakit laaaa!" jerit Azlan bila Merlina tekan urat belikat Azlan, sambil sapu minyak panas gamat.

"Kau tu dah tua, Azlan. Main wrestling dengan budak-budak tu, siapa suruh? Tengok, dah badan kau sakit-sakit. Gatal beli gelanggang wrestling. Kau dah kenapa?"

"Besok kau dah umur 40an macam aku ni kau faham la, ini midlife crisis."
"Kau masa kecik minat wrestling ke?" tanya Merlina.
"Takde lah. Aku kenal wrestling pun bila Ali yang promote kat aku. Aku beli sebab Jugra suka wrestling. Jadi, sementara aku ada masa lapang ni, aku nak bersama dengan dia, sebab aku tau betapa peritnya membesar tak ada ayah."
"Ayah kau dulu masa dia hidup, apa yang dia ajar kau?"
"Dia ajar aku main muzik, ajar aku masak, ajar aku memancing. Ajar aku apa erti kehidupan."
"Kalau aku renovate bilik belakang tu jadi studio jamming, kau okay tak? Aku belanja."
"Serius, kau nak belanja aku studio jamming?"
"RG500,000, cukup tak?" tanya Merlina.
"Kau ni dah kenapa nak belanja aku?"
"Aku kan bini kau. Apa salahnya sekali sekala aku belanja kau? Lagipun masa aku muda dulu, aku belikan Kimi gitar letrik. Dah famous dia lupakan aku."
"Aku nak gitar Jagstang Fender macam Kurt Cobain, boleh tak?"
"Jagstang? Aku tak suka la bentuk tu. Entah apa-apa. Dia famous sebab design tu Kurt Cobain yang buat je."
"Susah betul la budak designer ni. Habis tu, kau suka apa?"
"Les Paul Epiphone, macam Nick Valensi The Strokes tu..."
"Macam Noel Gallagher tu?"
"Ya. Kau main gitar tu, pakai leather jacket, pakai pulak kau punya Ray-Ban Wayfarer tu, peh, groupies tunjuk susu gantung beb!"
"Mer, aku dah kahwin dengan kau la. Of course aku tak nak perhatian yang macam tu."

--

Azlan

Sesi renovate bilik belakang menjadi studio jamming berlangsung selama dua minggu. Dulu masa arwah ayah tinggal di rumah ni, masa aku kecik, aku, arwah ayah dan arwah Tengku Ariffin jamming kat luar, menghadap padang depan tasik.

Tapi kalau hujan, tak boleh jamming kecuali main piano je, sebab tak ada ruang.

Aku pernah tinggal di 2 Jalan Cendana masa aku kecil dulu, masa tu Tengku Ariffin suruh ayah aku tolong jaga rumah dia, sebab dia tiga tahun ke luar negara.

Sebab tu Tengku Ariffin cakap, "this house will always be your house", dan menjadi punca aku kahwin dengan Mina.

Sekarang aku jadi Pengerusi kepada Yayasan Tengku Ariffin, iaitu untuk yayasan untuk menaja anak muda yang berminat untuk bergiat dalam seni.

Dan Merlina pula jadi Pengerusi kepada Yayasan Tengku Aminah, untuk golongan ibu tunggal. Tapi yang uruskan ialah Hidayah, dengan Rozana jadi tenaga pengajar dalam bidang gubahan bunga dan masakan.

Dua nama yang menjadi pemilik asal rumah 2 Jalan Cendana ini aku abadikan nama mereka di yayasan yang membantu ramai orang.

Aku fikir aku nak start renovate rumah ni. Pada aku, inilah masanya. Kebetulan pula, jiran sebelah di 4 Jalan Cendana ni nak jual rumah dia pada aku. Kawasan rumah dia agak luas juga. Kalau aku ada dua lot, aku boleh jadikan rumah lagi satu aku sebagai office.

Rumah depan, 5 Jalan Cendana ni pun kalau beli pun bagus juga. Kira aku nak jadikan dari 1 sampai 5 ni jadi kompleks aku. Rumah nombor 2 ni adalah rumah rasmi aku.

Kalau aku gantikan dengan tanah di Teknojaya, dorang mesti nak punya. Tanah aku beli tu dari tanah Ali, tepi laut. Memang cantik kalau view dia dari dalam rumah.

Sure aku ada beli banyak lagi rumah, dan sebagai pemegang harta rumah keluarga al-Daulah tu, aku juga pegang tanah di Bukit Istana. Hari tu buat valuation, tanah kat situ akan bernilai RG1 billion sebab ia betul-betul tengah kota.

Tapi aku nak simpan. Aku nak orang Gelanggayu tahu sejarah negara ini. Aku tak nak runtuhkan istana ini hanya sebab negara ni dah republik, dan bila aku dah berkuasa nanti, aku takkan duduk sana.

Aku nak jadikan ia muzium, supaya semua orang ada akses untuk melawat tempat bersejarah.

Bangsa yang maju adalah bangsa yang mengenang sejarahnya. Ni kalau orang nak beli, mesti nak bina shopping mall.

Aku arahkan Izzu selaku Gabenor Wijayapura, untuk stop bina mall, sebaliknya bina pedastrian shoplot. Kurang sikit orang menggunakan kereta, sebaliknya orang hanya berjalan kaki dari satu kedai ke satu kedai.

Apabila projek MRT siap nanti, orang ke pusat bandar naik public transport sahaja. Siapa nak naik kereta akan kena congestion charge, macam kat London atau Temasik.

Pembersihan sungai di tengah kota pun giat dijalankan, jadi lepas ni nak berjalan tengah Wijayapura pun cantik.

Dan aku pastikan Wijayapura ada banyak pokok. Pantai Wijaya akan aku minta Izzu bersihkan supaya dapat jadi macam Bondi Beach di Sydney atau Copa Cabana di Rio de Janeiro. Boleh jadikan pusat pelancongan.

Pelabuhan yang baru akan dibina sebelah barat, nak menghala ke Ketil. Pelabuhan Tanjung Kapur, lebih besar dan lebih banyak kapal boleh masuk. Yang lama boleh 12-15 juta unit TEU (kontena) sahaja. Yang Tanjung Kapur ni boleh pergi sampai 30 juta TEU.

Jadi aku akan haramkan projek penambakan yang baru. Dan untuk ancaman kenaikan paras air laut, cadangan aku nanti ialah membina tembok batu yang akan menghalang kemasukan air laut daripada membanjiri Wijayapura.

Yang ni aku kena pergi ke Belanda, dan tengok macam mana nak buat projek ni. Aku tengok kunci air dia sangat canggih, yang boleh lalu kapal tapi dalam masa sama halang air laut dari tenggelamkan pelabuhan Rotterdam.

Tapi nak buat prasarana macam ni, tak boleh main bagi je orang. Nanti projek kena cut spec, buat rugi je. Nak teknologi, biar betul-betul, supaya ramai rakyat yang akan terselamat kalau air laut naik nanti.

Semua ni hanya aku akan laksanakan lepas aku laksanakan Grand Masterplan aku.

--

Kawasan bandaraya Wijayapura dah berubah wajah, terutamanya kawasan yang dahulunya hancur akibat perang.

Dengan menggabungkan elemen senibina Melayu dengan neo-Ottoman, kota Wijayapura kini nampak lebih cantik dan berestetika.

Projek-projek pembangunan semula yang dibina oleh Ali, dan dikawalselia oleh Kecik, bukan sahaja nampak cantik, tapi mesra alam kerana ada menggunakan panel solar untuk sumber tenaga yang lebih bersih.

Aku memeluk bahu Kecik sambil melihat projek Ali ni siap dengan cantiknya. Kawasan pusat bandaraya di kawasan Tanjung Emas ni, kini dah berubah wajah.

"Ni kalau bro Ali ada kat sini, menitis air mata dia, cantik betul bandar kita ni," kata Kecik.
"Berkat duit zakat, kita berjaya dirikan semula negara kita, Insya-Allah," aku senyum sambil bersyukur dapat selamatkan negara ini dari kehancuran.

"Macam kat Istanbul, tapi ada pulak ciri-ciri rumah Melayu," kata Merlina pula.

Jalan raya pula lebih kecil daripada jalan zaman British dulu, untuk menggalakkan orang berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan sistem transit aliran ringan (STAR).

Projek transit aliran massa (TAM) seperti MRT di Temasik juga sedang dalam pembinaan, projek JV anak syarikat Merlina dengan sebuah syarikat Goryeo dan Temasik, yang mana sepupunya Lydia ada share dalam company tu.

Selain itu, ruang dinding kosong dicat dengan seni geometri Islam dan papan tanda kedai pula ditulis dengan tulisan Rumi dan Jawi dengan berstandard warna hitam dan tulisan warna emas.

Jalan-jalan dihias dengan pokok bunga dan lampu gaya neo-tradisional dengan rupa seperti pelita zaman dahulu.

Aku suka idea Merlina ni. Jalan yang sempit tidak menggalakkan penggunaan kereta. Boleh dikatakan satu lorong muat-muat lori untuk deliver barang, which is tu downside dia lah.

Lori semua guna lorong belakang sebab lorong depan untuk orang berjalan.

"You see, masalah parking tak akan muncul, bila tak ada kereta. Semua akan naik bas atau stesen keretapi yang ada setiap 200 meter.

Entah kenapa aku dipanggil untuk merasmikan kawasan ni, sedangkan Tanjung Emas, sejak Izham dipenjarakan, kawasan ni kawasan yang dimenangi Parti Republikan. Gabenor Izzuddin pun tak dijemput. Perdana Menteri Natasha pun tak dijemput. Sahari yang dah jadi Presiden pun tak dijemput.

Aku jugak yang datang dan potong riben.

Masa majlis pelancaran tu, pihak media ada bertanya pada aku tentang ura-ura untuk aku bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Melaut Selatan.

Aku memang akan bertanding, dan aku dah beritahu Rahman. Katanya yang akan bertanding di situ ialah Haji Dahalan, orang kuat Haji Syaaban.

Tapi aku tak nak cakap yang aku akan bertanding sebab aku tak nak dilihat gelojoh, cuma aku jawab jawapan paling 'beauty contest' bila dengan media ni.

"Terpulang kepada Bahagian Kuala Melaut Selatan untuk memilih calon. Kalau mereka ada calon tempatan, saya akan sokong. Tapi kalau nak ikutkan, saya pun boleh jadi calon tempatan sebab saya dilahirkan di Teluk Tenang. IC saya pun 06. Tapi kita tunggu keputusan dari bahagian sana, bila mereka dah putuskan calon, Insya-Allah saya akan umumkan calonnya kelak."

Dah kalau Presiden parti nak bertanding kat situ, takkan ketua bahagian nak melawan? Tapi aku berdiplomatik dengan mereka, sebab walaupun aku lahir di Teluk Tenang, tapi aku bukanlah orang yang kerap berada di situ dan hands on dengan isu tempatan di sana.

Orang ramai kenal aku sebagai ahli parlimen Puncak Jaya sejak tahun 2000. Dan walaupun sekarang ni Din Tapa jadi ahli parlimen, aku masih lagi Ketua Bahagian Parti Nasionalis Puncak Jaya. Maka Din Tapa kalau nak buat benda pun, dia kena tanya aku dulu.

Sama la macam kat Kuala Melaut Selatan, apa-apahal aku kena tanya Haji Tajuddin dulu. Walaupun pangkat aku dalam parti lebih tinggi, tapi by right tu kawasan dia. Mana la tau dia pun teringin nak jadi ahli parlimen.

Walaupun kawasan tu tempat lahir aku, tapi aku tak boleh nak main langgar je. Aku kena bagi deal yang dia tak boleh nak tolak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro