Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2011 part 8

Azlan

Disebabkan viral aku hampir ditahan polis di masjid bersama Ustaz Bakar, serta peristiwa sniper tu hari, para wartawan telah menyerbu kediaman aku di 2 Jalan Cendana selepas aku mengumumkan akan membuat sidang media khas.

Aku mengumumkan bahawa aku akan bertanding jawatan Presiden Parti Nasionalis. Aku rasa dah sampai masanya untuk aku mencalonkan nama aku sebagai pemegang jawatan tertinggi parti Melayu terbesar di Gelanggayu.

Pewaris dari Kongmegayu dan Parti Persekutuan.

Wartawan dari dalam dan luar negara telah bertanyakan aku pelbagai soalan.

"No further questions, thanks."

Aku cuma angkat tangan, dukung Julia sambil lambaikan tangan anak aku, dan senyum depan kamera.

Something yang Rahizan tak ada. Anak. Semua orang tau dia kaki tutuh belakang. Mana nak ada anak.

Secara psikologinya, rakyat biasa akan undi seorang familyman. Rakyat Gelanggayu yang konservatif takkan suka lelaki songsang.

Sebab tu aku sengaja pancing dia masuk dalam Parti Nasionalis. Sebab dia next target warlord yang aku untuk aku pancung.

Masa sidang media kat laman 2 Jalan Cendana tu, keadaan dah semakin menuju ke arah maghrib. Jadi ada beberapa orang wartawan yang berpuasa, bimbang tak sempat balik untuk berbuka puasa dan berdepan dengan traffic jam.

Sebab walaupun negara ini negara sekular republik, masih ramai lagi orang yang menolak fahaman ni, termasuklah wartawan.

"Joni, boleh tolong aku tak?"
"Ada apa, bro Azlan?"
"Kau boleh bawakkan aku KFC delivery tak ke Jalan Cendana."
"Nak berapa orang?"

"Ada berapa orang kat sini, tolong kira?" tanya aku kepada para wartawan.

Para wartawan tu cakap pada aku ada lebih kurang dalam 40 orang. Aku cakap jangan lebih kurang. Aku nak exact number. Dikira-kira ada 43 orang.

"Kalau saya order 40 tadi, tiga melopong. Nasib baik saya tanya betul-betul," kata aku kepada wartawan tadi. Wartawan kena dapat exact facts. Mana boleh lebih kurang.

Jadi aku order KFC untuk 60 orang (termasuk untuk keluarga aku dan beberapa orang staf), kemudian aku cuma jawab pada wartawan, "selamat berbuka puasa semua".

Belanja belanja ni, aku dapat la positive coverage dari wartawan. Naik la rating aku.

--

Natasha bertemu dengan Pengetua untuk minta nasihat, seperti biasa. Nampak Pengetua seperti murung. Dia macam rasa kecewa dengan perangai Azlan. Dalam masa sama, dia sedar yang Azlan semakin kuat.

Pengetua sedar, dengan Wijaya TV yang dikawal Azlan, dan Angkasa Awana yang dikawal isterinya, dengan pengaruh media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram yang kuat, Azlan dah jadi 'unstoppable'.

Pengumuman Azlan sebagai calon presiden Parti Nasionalis disambut gembira oleh ramai pihak, terutamanya sejak Azlan memanggil hampir 100,000 orang awam dalam masa sejam untuk menangkis Unit Komando yang mahu menangkapnya.

"Aku sebenarnya tak tahu Facebook, Twitter ni semua. Zaman aku, maklumat dikawal oleh kerajaan. TV, radio, suratkhabar. Zaman sekarang maklumat bergerak terlalu pantas dan aku boleh katakan Azlan telah outsmart seluruh jentera kerajaan kau," kata Pengetua.

"But what I have to do? If I tangkap dia, the entire nation will marah I. If I don't tangkap him, tengok la apa dia dah buat? Our secularism will not be survive if the entire country bringing pitchfork, fire and anger. That's why dari awal lagi I dah kata, kita kena combine dengan Azlan for next election. Kalau tak, bungkus Republican Party ni," kata Natasha.

Pengetua diam, kemudian dia tunduk. Dia sedar, apabila Sultan Norman mengosongkan segala aset dan hartanya, Parti Republikan jadi underfunded. Serba serbi kurang bajet. Menjadi kerajaan dalam keadaan yang kurang efisien.

Tambahan pula pengaruh Fazrul dalam perkhidmatan awam dan Marina dalam Jabatan Peguam Negara, dan Faridah yang semakin banyak memberi manfaat kepada syarikat Merlin Inc serta memperkayakan Yayasan Darul Mukminin, yang banyak melaksanakan program kebajikan dan pembasmian kemiskinan, menyebabkan kedudukan keluarga 2 Jalan Cendana semakin kuat.

Pengetua beralah untuk kembalikan semula laungan azan, dan sambutan Aidilfitri yang tidak disambut secara terbuka sejak menjadi republik pada tahun 2008.

Dia sedar, kalau tak buat ni, Azlan akan semakin kuat dan terlalu susah untuk ditentang.

"Kau buat pengumuman yang tahun ni kerajaan akan kembalikan cuti Aidilfitri. Serta benarkan kembali laungan azan mulai hari ini."
"Kalau macam tu, you just let Azlan to win."
"He's already won the battle, Nat. He's our Chosen One, after all."

--

Azlan

Pengumuman oleh Natasha tentang cuti hari raya Aidilfitri serta mengembalikan azan merupakan satu kemenangan untuk umat Islam di Gelanggayu.

Disebabkan itu, aku solat sunat syukur kerana sejak kerajaan republik mengambil alih pentadbiran dari keluarga al-Daulah, tiada sambutan hari raya diadakan.

2007 tak sambut raya sebab perang. 2008 tak sambut raya sebab segalanya dah musnah. 2009 tak sambut raya sebab kerajaan republik isytihar negara ini republik sekular. Tahun 2010 orang sambut raya senyap-senyap.

Hashtag #KembalikanRamadan dan #KembalikanAidilfitri adalah senjata kemenangan yang paling ampuh dalam sejarah politik Gelanggayu.

Akhirnya, azan dapat dilaungkan secara terbuka pada zuhur itu. Aku mungkin banyak dosanya semasa usia aku muda dahulu, tetapi perasaan rindukan suara azan ini tak dapat aku luahkan dengan kata-kata.

Alhamdulillah, setelah sekian lama, tahun ini dapat menyambut hari raya Aidilfitri.

Menjelang maghrib, selepas azan maghrib, takbir Aidilfitri, selepas hampir empat tahun tidak berkumandang, akhirnya kembali.

@AzlanNiat : Selamat menyambut hari kemenangan untuk kita wahai umat Islam. #RayaSudahKembali

--

"Celaka betul otak business Bro Kecik! Lepas pengumuman raya je, dia dah standby bawak masuk mercun dari Suvarnabhumi sana nu!" kata Joni.

"Sedap laaa! Lama kita tak main mercun," kata Lias.
"Sebab kita selalu main senapang, main bom betul. Kau ni pun. At least main mercun putus jari je. Main bom perut terburai, kepala pecah," kata Joni.
"Apa khabar la anak-anak arwah bang Mail?" tanya Lias.
"Eh, jom la pergi sana. Jenguk-jenguk dorang."

Joni dan Lias bawa baju raya, kuih raya, dan nasi impit paket serta barang persiapan hari raya ke rumah arwah Abang Mail.

"Assalamualaikum! Kak Yati!"
"Waalaikumsalam, ohh kau rupanya, Joni dengan Lias!" kata Hayati, yang menolak kerusi roda keluar dari rumah kontena sementara nak tunggu rumah pangsapuri projek zakat Yayasan Darul Mukminin siap tahun depan.

"Eh, Ayahanda Joni, Ayahanda Lias!" kata Azam, cium tangan.
"Ni, aku bawa baju raya untuk kau dengan Saleha, kau bawakkan baju ni untuk adik kau," kata Lias.
"Yaaayyy! Leha, Ayahanda Lias belikan kita baju raya!"
"Woi, aku pun ada sekali la!" kata Joni.
"Eh, Ayahanda Joni dengan Ayahanda Lias belikan baju raya!" jerit Azam.
"Cakap apa, Zam, Leha?" kata Hayati.
"Terima kasih Ayahanda Joni, Ayahanda Lias!" kata Azam dan Saleha sambil tersenyum bila pegang plastik baju raya masing-masing.

"Ni baju raya Kak Yati, yang ni nasi impit, dan yang ni duit sikitlah dari kami untuk Kak Yati dan anak-anak sikit. Duit sedekah dari kami semua," kata Joni, hulurkan envelope duit berisi RG1,000.

"Yang ni dari Tabung Baitulmal Zakat," kata Lias, menghulurkan duit sebanyak RG2,000.

"Banyak sangat ni," kata Hayati.

"Yang ni, Abang Alan dan Kak Mer sedekah. Kak Mer cakap, kalau nak modal kecil buat niaga nasi lemak macam dulu, beritahu dia," kata Joni.

Hayati menangis, terharu dengan bantuan yang diberikan oleh keluarga Cendana dan Ayam Hitam.

"Semoga Allah lanjutkan usia Ali dan Azlan, diberi keberkatan kepada keluarga mereka, amin," doa Hayati dalam tangisan.

--

Lagu Pumped Up Kids dari Foster The People berkumandang dalam bilik Alif dan Mili, dibuka sekuat-kuatnya sebab tak nak dengar ibu bapa mereka bergaduh.

Sekali sekala bunyi pinggan pecah, bunyi suara nyaring dari Adilah, bunyi kerusi patah yang Hafiz baling ke dinding, dan bunyi orang bergaduh.

Mili hanya menangis, sementara Alif menahan rasa sakit hati. Dia genggam tangannya dan menumbuk-numbuk lantai. Dia marah, tapi dia sedar, dia masih kecil lagi.

"Asyik nak dengar cakap awak je! Dari awal dulu, saya nak kena ikut awak, saya yang kena buat macam-macam, awak je yang memerintah!"
"Awak ni koibito, saya buat ni demi kepentingan kita bersama jugak!"
"Koibito, koibito. Kaubuto la!"
"Awak jangan nak melawan saya. Dulu awak juga yang setuju rancangan kita ni semua? Sekarang, dah jumpa betina sundal, awak pun dah macam si sial tu!"
"Eh, kau balik-balik nak cerita pasal Azlan. Kau tu yang kejar dia. Kau ingat aku tak tau ke, hari masa kau menyundal dengan dia kat hotel tu, kau yang plan semua tu!"
"Jadi awak pun nak side kat si sial tu lah?"
"Dah lah, aku dah lambat ni. Malas aku nak cakap dengan kau lagi."
"Saya dah cakap pada ayah saya. Awak keluar jumpa betina sundal tu, memang mati awak saya kerjakan!"
"Ah, kau nak ugut bunuh aku pulak. Kau jangan sampai aku bongkar semua kejahatan kau, Adilah!"

Alif capai baju rayanya, sumbat dalam beg, dan buka tingkap biliknya.

"Alif, Alif nak pergi mana?"
"Lari dari rumah."
"Alif nak pergi mana? Jangan tinggalkan Mili."
"Kalau kau nak ikut, jom. Jangan beritahu mama."
"Mama pun tak pedulikan kita. Dia pun cakap esok dia ada function kat office papa. Bukannya dia bawa kita pun. Kita duduk rumah je macam raya lepas."

Dalam Hafiz dan Adilah masih bertengkar, Alif dan Mili panjat tingkap bilik, kemudian keluar dan panjat pagar rumah, berjalan menuju masjid yang berhampiran.

--

"Aku tak pedulik, raya tahun ni aku nak makan Rendang Minang jugak! Jangan sampai malam ni aku terbang ke Sumatra semata-mata nak makan rendang! Tahun lepas aku kempunan sebab beranakkan Julia ni!" kata Merlina.

"Ye la, ye la. Bagi la aku setting barang-barang dulu kat Aziz. Ingat senang nak cari daging lembu time raya macam ni?" kata Azlan.

Aziz datang dengan lori GARDI. Siap bawak lima buah periuk kawah nak masak rendang.

"Kau dah kenapa bawak sampai lima periuk kawah?" tanya Azlan.

"Nak masak rendang la, gila."
"Kuali kecik dah la."
"Hotak kau! Kau ingat orang-orang pengikut kau, penyokong-penyokong kau, tak nak beraya rumah kau hari raya ni? Kau adalah orang yang membawa Hari Raya disambut kembali kat Gelanggayu, mestilah orang ramai nak beraya rumah kau!"
"Selama ni aku fikir raya ni family je."
"Kau dah jadi pemimpin Melayu paling besar kot sekarang, Lan. Semua orang dah ba'iah dengan kau."

Julia dengan babywalker berjalan ke arah Azlan.

"Hawi waya, daddy!"
"Eh eh, anak daddy dah pakai cakap la. Ehhh!" Azlan terus dukung Julia, pergi ke arah Merlina.

"Julia dah boleh cakap!"
"Hah? Serius la?" tanya Merlina.
"Ni, tadi dia cakap. Julia cakap apa tadi?"
"Hawi waya daddy! Hawi waya!"
"Cissss, daddy jugak dia sebut dulu. Ni mommy yang beranakkan kau ni, asal tak nak sebut?"
"Hawi waya, mommy!"
"Haaaa, that's my girl!" kata Merlina sambil sambut dukung dari Azlan.

--

"Asal kena pakai baju Melayu ni, Mama Mer? Panas la," kata Jugra.
"Raya, pakai la baju Melayu. Kau ni, ikut je la ayah kau tu."
"Ayah lain, ayah ahli politik. Jugra ni mana ada kaitan."
"Habis tu kau nak pakai baju Children of Bodom ni raya-raya ni?" tanya Merlina.
"Apa salahnya?"

Merlina dah pening sebab kena jadi perangai mak-mak.

Telefon Azlan berbunyi. Memandangkan dia PA Azlan, dia yang pegang telefon Azlan.

"Yes, Natasha? Nak datang rumah? Eh, bawaklah Rachel sekali, Azlan nak jumpa."

Dengar nama Rachel je, mata Jugra terus terbeliak.

"Okay, bye. Dah, kau nak pakai, kau tak nak pakai, lantak kau. Aku ada urusan kat dapur. Aku nak settlekan nasi impit!"
"Mama Mer, Mama Mer!"
"Amende?"
"Rachel nak datang ke?"
"Haa laaa! Dia pakai baju kebaya, kau pakailah baju Children of Bodom kau tu, biar terserlah dark satanic of infinite darkness kau pagi-pagi raya ni!"
"Alaaaaa, Mama Mer! Tolong la Jugra pakaikan sampin macam daddy!"

--

Natasha tiba di 2 Jalan Cendana bersama Rachel seawal Subuh. Natasha pakai kebaya warna merah, dan Rachel pakai kebaya pink dan selendang putih.

Jugra dari luar tingkap biliknya, terhendap-hendap dari jauh, dia nampak Rachel.

"Alamak, daddy kat bawah pulak dengan Uncle Fazrul, Uncle Kecik, Uncle Fidot semua baru lepas Subuh."

Jugra menggaru-garu kepala macam mana nak pakai sampin.

Dia berlari-lari turun tangga untuk mencari ayahnya. Dia tersalah langkah, dan jatuh berdebuk ke kaki Natasha dan Rachel yang berada di depan pintu rumah.

Sekaligus menjatuhkan kemachoannya di hadapan Rachel sebanyak 90%.

"Are you okay?" tanya Natasha kepada Jugra. Jugra hanya menggosokkan kepalanya, sambil tutup mukanya dengan songkok kerana malu jatuh depan Rachel.

Rachel duduk sebelah tangga dan duduk sebelah Jugra.

"Pro tip: if you fall like that, please take a bag of ice to the part that you have bruise. You nampak tak jari I tunjuk ada berapa?" Rachel tunjuk tiga jari.

"Tiga?"
"Check mata or kepala you, kalau ada tergegar apa-apa."
"You biasa jatuh macam tu ke?"
"I gymnast. Falling is part of my life. Always wake up ten times when you fall down nine times. Got to go!" kata Rachel.

Jugra rasa kata-kata motivasi dari Rachel tu macam membuatkan perasaan dia semakin berbunga-bunga di pagi raya itu.

--

"Mer, can I ask you a question in private?" tanya Natasha.
"Sure," kata Merlina.

Natasha kemudian pandang Merlina, dengan pandangan ingin tahu.

"Boleh tak, I tau macam mana you guys boleh end up, kahwin. If that question doesn't disturb you?"
"Oohhh, gini. Kalau cakap kau-aku, kau okay tak? Sebab jujurnya, aku tak biasa I-you ni."

Natasha angguk.

"Aku first time kenal Alan tahun '94, masa tu dia baru kena kick dari group Pengetua tu. Masa tu dia tengah nak cari kerja. Tapi Alan pulak cakap, dia kenal aku masa pembukaan kedai printing aku kat Seksyen 16 tahun '89 dulu."
"How old are you back then?"
"Aku lahir tahun '80. Sembilan tahun masa tu."
"You run business printing at 9 years old? Mana dapat modal?"
"Masa aku tujuh tahun, aku buat business design sticker. Sticker Metallica, sticker Megadeth, band-band rock zaman 80an tu. Disebabkan ramai yang order, aku minta Aunty Idah belikan aku komputer Macintosh, senang sikit kerja aku. Sticker tu modal 5 sen je, aku jual lima posen, kalau design susah sikit aku jual seringgit. Dua tahun Aunty Idah nampak aku punya progress, dia sewa kedai. Tapi aku tak tahu pulak masa tu dia buat port ahli politik cuci duit. Ala, macam kau buat kat butik si Maria tu."

Terkedu Natasha dibuatnya. Kalau kantoi ni terus kena pakai baju oren SPRG bak kata Marina.

"So, umur 14 tahun, aku pun cukup duit beli tanah aku kat Australia. Sambil tu, aku ada jugak bukak cawangan kedai printing kat tempat lain, lepas tu aku main saham lagi. Lepas tu kan zaman tu baru nak naik internet, so ramai la nak print dokumen ke, scan gambar ke, photostat ke, kedai aku la. Last-last, masa aku umur 18 tahun, kedai printing aku ada 40 cawangan seluruh Wijayapura. Lecturer business studies ajar aku pun, aku boleh ketepikan dengan kepakaran aku ni."
"Wow, you're so capitalistic ya?"
"Capitalistic tu tak la. Entrepreneurship la. Tapi memang family aku ni dari dulu memang berniaga. Atok aku belah mak, Turki, tapi ada orang cakap ada darah Jew. Jew ni kau tau la, otak bisnes. Nenek aku Minang, keturunan merantau dan berdagang. Kahwin dapat mak aku, jadi pelakon 60an, pastu lepas kahwin dengan ayah, dia niaga kain, niaga Tupperware, niaga Avon, niaga mangkuk Pyrex. Dah biasa niaga. Jadi, kau tanya tadi apa?"

"Macam mana korang boleh bercinta dan kahwin?"
"Lepas Azlan kena tembak kat demo tu, Ali hantar kitorang ke Perth. Aku yang nak, sebab kat situ ada mak ayah aku, lagipun aku ada tanah kat situ. So masa kat Perth tu la bibit-bibit percintaan bermula. Tapi Alan tu bangang gila, kau tau tak? Ada ke dia suruh aku daki bukit curam tepi laut sebab nak melamar aku? Sebab nak tengok matahari terbit. Bangang ke tak tu? Geram betul aku!"

Natasha senyum, tapi dia tahu, kalau Azlan cintakan seseorang, dia akan cuba jadi sweet dengan panjat benda tinggi.

Macam masa dia dengan Azlan dulu, panjat tangki air sekolah.

"Dia masa muda dulu, dia suka hiking dengan arwah daddy I. Suka camping, dia kan dulu pengakap."
"Kalau aku, memang takde kerja la nak mendaki-daki ni! Kau ikut mendaki dengan dia jugak ke dulu?" tanya Merlina.

Natasha geleng-geleng, sambil ketawa.

"How about his taste music?"
"Orang zaman sekarang panggil apa, hipster? Lagu pelik-pelik la dia nak dengar."
"Ye la, exactly! Masa I muda dulu, I suka New Kids On The Block, I suruh kuatkan volume radio, dia buat bodoh je!" kata Natasha.
"Apasal kau tak kuatkan sendiri?"
"Ye la, I nak tengok jugak dia share tak interest dengan I..."
"Kau pun satu. Ada ke suruh pakwe share minat lagu New Kids On The Block. Umpama kalau zaman aku, suruh pakwe dengar lagu Backstreet Boys. Lagu NSYNC. Lagu New Boyz. Memang tak laaaa!"
"Korang selalu gaduh ke?"
"Gaduh tu tak la. Tapi selalu mengusik. Dia troll aku, aku troll dia balik. Umpamanya sekarang la, aku troll team bola Liverpool dia tu. Bodoh nak mampos lawan Stoke City pun kena belasah!"
"You suka bola jugak ke?"
"Of course, Manchester United!"
"Korang lain-lain minat pun boleh ngam, kan?"
"Yang penting..."

Merlina tunjuk pada dada Natasha.

"What?"
"Ego kat dada tu, turunkan. Ada masa boleh melawak, tapi lelaki ni kalau nak pujuk dia, kita perempuan ni kena tenang dulu. Lelaki ni kita jangan serabutkan dia."

Dari tepi Azlan curi dengar dan lalu, terus menyampuk.

"Sembang la kau, Mer. Raya tahun lepas kau mengamuk macam Ultimate Warrior, banyak la kau punya tenang. Serabut aku masa tu."
"Tu aku nak beranak anak kau la setaaaaannnn!"

Azlan ketawa, Natasha jadi pelik.

"Korang macam ni ke?" terkejut Natasha mendengar Merlina kata macam tu pada Azlan.

"I dah biasa dah, Nat!" jerit Azlan dari jauh.

--

Natasha berbual dengan Azlan ketika Azlan duduk di kerusi rotan tepi swimming pool rumahnya.

"Alan, next year Rachel dah 12 years old."
"Of course, I know. I sentiasa ingat dia."
"I tengok kesian dia lonely kat Teknojaya. She always complain to me that she feels so lonely there. So, I nak pindahkan dia kat Kolej Melayu. You setuju?"
"Tu sekolah lama I kot. Mestilah. Ala, you kan Presiden Alumni Kolej Melayu, you settlekanlah. Tapi, dia nak duduk mana nanti?"
"I ada beli rumah untuk dia."
"Rumah lama you?"
"Jauh lah. Dulu I pergi sekolah ada driver."
"Sekarang takleh hire driver?"
"Marina tengah cari pasal dengan I. Nanti dia korek mana I dapat duit apa semua."
"Tu kalau you buli company Mer. Kalau you buat biasa je, Marina okay je."
"Mer tu, actually chill ya?"
"Yes, dia memang macam tu."
"I baru faham kenapa you pilih dia jadi wife you. She's cool, I'm square..."
"Nat, setiap orang ada poyo dan coolnya. Bergantung pada perasaan. Macam Gunawan juga. Mula-mula you nampak dia pakai kamera mahal, makan tempat exotic, cakap puitis gaya Nicolas Saputra..."
"Shut up..."
"Dia nampak cool masa tu sebab you cintakan dia masa tu. Sekarang ni, dia nampak poyo sebab perasaan tu dah hilang."

Natasha mengangguk.

"I rasa you cool. Especially masa you bagi ucapan. You macam...Freddie Mercury in Gelanggayuan politics. You boleh control crowd you dengan ucapan you. Something yang I tak mampu buat. I don't know, I takut nak berdepan dengan elections ni. I mesti kena belasah teruk punya dengan you ni."
"Doesn't go that bad lah. You pun ada penyokong you jugak. I pun ada haters. Biasalah tu."
"Alan, I'm so sorry sebab I tinggalkan you masa tu."
"Tak apalah, benda dah lepas. Hari raya ni, kosong-kosong la."

Jugra datang ke arah Azlan, masih memegang sampin.

"Daddy, tolong Jugra ikatkan sampin macam daddy, ada bunga macam ni," kata Jugra.

Azlan jeling kat Natasha, dan dua-dua tahu yang Jugra ada perasaan kepada Rachel. Tapi mereka belum sedia untuk beritahu kebenarannya kepada semua orang lagi.

--

"Alaaa, baru jalan sikit, dah terburai. Mama Mer..."
"Mende la kau ni! Aku nak masak la!" kata Merlina sambil pegang sudip.
"Tadi daddy ikat sampin bentuk bunga, lepas tu jalan kejap je dah terburai," kata Jugra.
"Dah tau kau tak boleh jalan bersopan gaya pemimpin terhormat macam ayah kau, nak jugak ikat gaya bunga bagai. Kau ikat sampin macam biasa je lah! Aku tengah nak masak ni!"

Rachel datang ke dapur dan terus berjalan ke arah Jugra.

"Come, let me help you. Tapi I tak reti la ikat bunga cara Mr Azlan tu. Ikat biasa je, bolehlah," kata Rachel.

"Rachel tau ikat sampin?" tanya Merlina.
"Tau. Masa Commonwealth Games kat Delhi tahun lepas, Rachel tolong ikatkan sampin atlet masa upacara pembukaan," kata Rachel.
"Ooo...so, next sukan apa?"
"SEA Games kat Betawi, lepas tu ada Olympic qualifying kat Goryeo, lepas tu World Gymnastics Championship kat Tokyo, then kalau layak Olympic, next year London 2012 lah."

Jugra seperti kagum dengan Rachel.

"Ni boleh ke tak makan rendang, makan sambal kacang, masak lodeh ni? Awak tu kalau naik berat badan, coach marah."
"Ikutkan tak boleh, hehe! Tapi, bau macam sedap je, kira cheat day je lah," kata Rachel, senyum.

Senyuman yang boleh buat Jugra melting.

"Selalu makan apa?" tanya Jugra.
"Oats, fruit salad, low carb bread."
"Wow..."
"Trust me, tak sedap, okay. Alright, your sampin is done."
"Thank you, Rachel."
"You're welcome."
"Aunty Mer, can I play with Julia? I tak ada sister."
"Okay, sure."

Jugra nampak Azlan rancak berbual dengan ibu Rachel.

"Mama Mer, tengok daddy tu, macam nak ngorat mommy Rachel je?"
"Dorang kenal sejak dorang sekolah, kau apa tau?"
"Nanti daddy kahwin dengan mommy Rachel karang..."
"Biar la dia. Lelaki kan boleh kahwin empat."
"Ish, Mama Mer ni. Tak jealous ke?"
"Aku dah kenal lama dah bapak kau ni, Jugra. Dah, lekas panggil daddy kau. Makanan dah nak siap ni. Nanti korang nak pergi masjid solat Aidilfitri," kata Merlina, dah macam mak-mak.

Natasha terpaksa gerak awal kerana jam 8 pagi, dia kena ke Kota Warisan sempena sambutan Aidilfitri di kediaman rasmi Perdana Menteri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro