
2011 part 2
"Haahahahahaha! Mak kau hijau! Hahahahahahaha!" gelak kawan-kawan kelas pada Mili dan Alif bila cover paper depan ialah muka Adilah yang sedang menangis dengan ditumpah cat hijau.
"Mak kau hijau! Mak kau hijau! Mak kau hijau!"
Video Mili dan Alif sedang menangis dirakam oleh kawan-kawan dan dipos di Twitter.
Sejak ayah mereka, Hafiz menjadi Menteri Dalam Negeri, Hafiz seringkali dijadikan jenaka oleh para netizen.
Nama panggilan seperti Jantan Takubin, Mr Bean dan Menteri Poyo sering dihamburkan oleh para cybertrooper geng Ali. Dan kisah handbag Birkin Adilah juga sering dibualkan.
Tetapi akibat daripada karier politik kedua ibu bapa mereka, Mili dan Alif dibuli rakan sekelasnya. Walaupun Jugra sudi berkawan dengan mereka, tapi Jugra sendiri pun lebih gemar melepak dengan geng bengkel Kecik, atau lepak seorang diri.
Alif dan Mili menangis berdua di tangga sekolah, sebelum Jugra datang ke arah mereka.
"Korang ni kenapa?"
"Kitorang kena ejek dengan budak kelas kitorang, sebab mama kitorang kena cat hijau."
"Ooo, yang bising mak kau hijau kat kelas kau tu, mak korang la ya?"
Mereka berdua mengangguk.
"Jomlah blah dari sekolah. School is hell, man," kata Jugra.
"Awak nak pergi mana?" tanya Mili.
"Ponteng."
"Papa kita cakap jangan ponteng sekolah," kata Mili.
"Tu bapak kau, bukan bapak aku."
"Jugra..."
"Aku nak ikut," kata Alif.
"Alif, jangan..."
"Mulai hari ni, aku nak jadi assistant Jugra!"
"Aku tak perlukan assistant, Alif."
"Aku akan buktikan pada kau, aku akan jadi kawan paling baik untuk kau!"
"Sukati kau!" kata Jugra.
"Alif...Jugra..."
"Kalau masuk kelas pun, kita kena ejek. Kita kena buli. Baik kita ikut Jugra."
--
Mereka bertiga akhirnya melepak di tasik lombong di kawasan taman perumahan. Mereka beli ayam goreng, keropok Mony (sebab asyik keluar iklan je) dan air sambil makan bersama.
Datang seekor kucing, dan menggesel di kaki Jugra.
"Awak, ada kucing la. Comelnya!"
Kucing tu mengiau mintak makan. Jugra bagi tulang ayam pada kucing tu.
"Kesiannya kucing ni. Macam dah lama tak makan," kata Mili.
"Sesat kucing ni."
"Jom nak kita bela kucing ni, Alif?"
"Mama tak kasi bela la. Kan dulu mama dah cakap. Dia tak nak karpet mahal dia kotor."
"Aku try tanya Mama Mer dulu."
"Eh, dia suka makan keropok Mony la. Kita panggil dia Mony la!"
--
Merlina sedang cuba meniru tarian Thom Yorke dalam videoklip Radiohead terbaru, Lotus Flower.
"Woi, kau dah gila ke? Karang gugur pulak kau nanti!" kata Azlan yang terus peluk Merlina.
"Takde wei, macam best je aku tengok Thom Yorke menari ni. Aku nak try tiru la."
"Thom Yorke kepala korok ko la. Kau tengah mengandung ni. Karang jadi apa-apa kat baby ni, aku nak jawab apa dengan bapak kau?"
"Ye lah. Kau ni sejak kalah pilihanraya asyik duduk rumah je. Keluar la. Kacau je aku."
Azlan tengok video Lotus Flower tu, kemudian dia perasan beberapa budak-budak muda mula cuba meniru tarian ni dan post video ke media sosial.
"Okay, kau bagi aku tempoh dua hari aku practice tarian ni, lepas tu kalau aku berjaya buat, aku post kat Twitter," kata Azlan.
"Serius? Kau serius nak buat?"
"Ye lah. Kalau lebih 500k retweet, aku nak derma RG500k kat mana-mana badan amal pilihan kau."
"Okay, kalau camtu, aku tweet, lepas tu suruh Jessica RT pakai akaun Oh Purnama RT. Kau tengok macam mana."
@merlinahashim : Siapa nak tengok @AzlanNiat menari Lotus Flower? Dia cakap kalau lebih 500k RT, dia akan derma ke @SPCAGelanggayu. #LotusFlowerChallenge #Radiohead
Tweet tu kemudian diretweet oleh Jessica punya personal account, kemudian juga diretweet oleh Oh Purnama, dan kemudian Azlan quote RT pakai UberTwitter.
@AzlanNiat : Bagi 2 hari! #lotusflowerchallenge
Jadi sepanjang hari tu, Azlan juga meniru gaya Thom Yorke menari lagu Lotus Flower.
Jugra, Mili dan Alif balik dari sekolah, tengok pelik je bila Azlan menari macam orang gila.
"Mama Mer, daddy dah buang tebiat ke?"
"Takdelah. Kan sekarang kat Twitter tengah viral videoklip Lotus Flower."
"Ya, ya! Tau tu!" kata Mili.
"Lagi dua hari, daddy akan post video tarian ni. Kalau lebih 500k retweet, daddy nak derma RG500k kat SPCA."
"Mama Mer, Jugra nak bela kucing, boleh?" tanya Jugra, sambil keluarkan kucing dari dalam begnya.
"Kucing siapa ni?" tanya Merlina.
"Kitorang jumpa kat tepi tasik lombong tu," kata Alif.
"Boleh, tapi dengan syarat, dia tak berak bersepah. Kalau dia berak bersepah, Jugra cuci. Okay?"
"Okay Mama Mer!"
"Yaaayy!"
"Pakcik Azlan, pakcik tak pening ke menari macam tu?" tanya Mili.
Disebabkan terlampau pening, Azlan tergolek jatuh kat laman.
"Hish, aku training kat studio Wijaya TV jugak ni."
--
"Hafiz, serius la sikit buat kerja ni. Kau ni, ayah tengok, macam tak nak bertanggungjawab. Cuba kau tengok, malu anak aku! Malu bini kau! Malu mama anak-anak kau, bila dia disimbah cat hijau. Kau tau apa viral hari ni kat Facebook? Mak kau hijau. Kau tau tak salah siapa ni? Salah kau, Hafiz! Salah kau!" kata Pak Wan Radzi sambil mencekak pinggang.
"Habis tu saya nak buat macam mana lagi?" tanya Hafiz.
"Tangkap la Ali tu!"
"Bukan apa, saya pun tak tahu kat mana dia. Macam mana saya nak tangkap?"
"Suruh orang kau, panggil INTERPOL. Siasat! Cari dia kat mana. Dia tu penjenayah, kau faham tak? Kau tak nampak ke apa dia buat semua ni untuk takut-takutkan kau?"
"Ayah..."
"Aku nak kau settlekan benda ni, cepat! Malu betul anak aku dibuatnya!"
--
Hafiz menunggu Donita di tempat letak kereta di depan pejabat Wijaya TV.
Semasa Donita baru nak keluar dari pejabat, Hafiz jadi gentleman dan keluar dari kereta. Tapi dia tak sedar ada dua orang dari Sayap Kuning meletakkan device GPS di bumper keretanya.
Pak Wan Radzi sudah mengesyaki yang Hafiz berlaku curang kepada anaknya, Adilah.
Tanpa Hafiz sedar, ada kereta dari orang Sayap Kuning sedang mengekorinya. Dan tanpa Hafiz sedar, dalam handbag Donita juga ada GPS untuk orang Ayam Hitam memantau pergerakannya, bersama pistol kalau apa-apa jadi padanya.
"I stress la kerja ni," kata Hafiz.
"Ada problem ke?" tanya Donita.
"You know, I never like politics. Tapi wife I paksa I. Mertua I pun paksa I."
"Simple je hidup ni, you. Tak suka, berhenti. Kenapa nak ikut your wife or your father in law pulak?"
"The thing is, my father in law tu orang yang berpengaruh dalam pihak keselamatan. I never like this job. I rasa happy bila I jumpa you je."
"Awwww...." kata Donita.
Donita rasa kereta yang dinaikinya sedang diikuti. Dia teks Lil Faysh tentang keadaan semasa.
"apa no plat dia? kereta apa?"
"bmw m sport. wtf 666."
"ada kt blkg ko kan? xpe, bdk aku kat blkg dia."
Hafiz membebel tentang stress hidupnya dengan Adilah, tapi Donita sedang stress kereta Hafiz sedang diekori oleh BMW M Sport ni.
Sementara tu kereta budak Lil Faysh memotong kereta BMW M Sport yang digunakan oleh Sayap Kuning, dan membuat block.
"Woi! Apahal!"
"Kau tak payah nak ikut dia la, Sayap Kuning."
Apabila spy Sayap Kuning tu keluarkan pistol, tiba-tiba geng Kecik beramai-ramai kepung kereta tu.
Spy Sayap Kuning tu panik, dan cuba capai handphone di dalam keretanya.
Kecik gunakan shotgun untuk tembak cermin kereta BMW M Sport. Pecah berderai.
"Korang ni siapa?" suara spy Sayap Kuning tu panik bila dia kantoi.
"Kitorang? Kitorang geng Hafiz. Kenapa kau ikut dia?"
Sebenarnya Azlan yang suruh Kecik cakap macam tu, sebab untuk mengelirukan musuh.
"Hafiz ada gang?" tanya spy Sayap Kuning tu.
"Eh, dia duit banyak. Mestilah ada gang. Camni, kalau kau tak nak rumah Pak Wan Radzi terbakar, kau stop follow dia. Ini pesanan ringkas dari Hafiz, okay?" kata Kecik sambil letak shotgun di rahang spy Sayap Kuning tu.
Spy Sayap Kuning tu dah ketakutan.
Semua perkara ni berlaku tanpa Hafiz sedari. Entah apa yang Hafiz sedar agaknya bila dah duduk dengan perempuan cun macam Donita ni.
Hafiz parking kereta kat tepi bukit, untuk ambik feel macam filem Sembilu. Donita hanya fokus pada handphonenya, dan memantau apa yang berlaku menurut apa yang Azlan, Din Tapa, Lil Faysh, Kecik dan budak-budak lain bercerita tentang apa jadi dengan geng Sayap Kuning tu.
Disebabkan Donita kerap fokus pada phone, Hafiz jadi terkacau sikit.
"Tu kenapa asyik tengok phone je? Tengok la I."
"Sorry, I ada kerja sikit ni. Editor I suruh edit story ni untuk news esok," kata Donita membohong.
"You berhenti la kerja. I tanggung you," kata Hafiz.
"What?"
"I tanggung you la. You jadi mistress I."
Donita menyimpan telefonnya dalam beg.
"I don't think you understand our position here, Hafiz. First, I tak suka terikat. I can be with whoever I want, whatever I want, whenever I want. Second, nak tanggung I, bukan murah."
"I'm a billionaire..."
"I know, tapi kalau you nak tanggung I, I demand half of your wealth, you sanggup tak? Sebab kalau you nak simpan I, first of all, I bukan pemain simpanan. I ni pemain utama. Dalam hal socialite ni, I ni macam Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, I bukan jenis simpanan. If you want to keep me, I have to keep your wealth, at least half. Sanggup tak?"
Berubah muka Hafiz bila Donita cakap apa yang dia mahukan.
"Takkan macam tu..."
"Hafiz, we can have fun. But I'm an independent woman. But if you really want me to be your mistress, I nak half of your wealth. Boleh? Bukan apa, bukan you sorang je billionaire dalam dunia ni. I main international kot."
Hafiz jadi bingung. Dia rasa perasaannya sedang keliru. Adakah selama ini Donita berpura-pura dengan perasaannya?
Donita pun sebenarnya memang tak berpura-pura pun. Donita tak pernah kata 'I love you' atau meluahkan perasaan apa-apa pun. Donita cuma nak have fun pakai duit Hafiz je.
"Look, you kena faham, Hafiz. You dah ada wife. Dah ada family. I don't want to destroy it. Macam mana teruk pun wife you, itu wife you. I ni, macam teman you untuk have fun je. I tak nak jadi girlfriend or mistress sesiapa, let alone wife orang. I lebih suka, friends with benefit. FWB. Fvckbuddies. So, when you have to go responsible, go to your wife. However, if you want to have fun, call me."
"How could you say this to me? I really love you...Donita...please...I beg you."
"I memang tak percaya dengan cinta. I'm so sorry if you're so naive about this but this is no longer a romantic era lagi. Everything is about money."
"I can give you that."
"I will not settle until you give me half of your wealth, baru I boleh duduk dengan you. Tapi kalau jadi mistress ni, masa depan I tak terjamin. Maintenance I memang tinggi, Hafiz. Kalau you tak sanggup, kita fvckbuddies je, okay? Don't worry, we can still have fun macam biasa. Stop crying. Kalau you nak cerita problem you, ceritalah. But right now I ada kerja sikit. I kan ada ni."
Hafiz hanya berdiri dan rasa dirinya dipergunakan. Donita hanya mahu duit dan Adilah hanya mahu kuasa.
Dia baru faham konsep baru hubungan manusia ni. Fvck with no feelings.
"Jadi, after all these while, this is just a game?"
"Look, takde siapa pun yang game you. Pernah tak I cakap kat you yang I nak jadi your girlfriend ke, jadi your lover ke? Nada. Nope. I tak tipu you langsung. I cuma cakap, dari awal lagi, I will give you fun that your wife cannot give to you. Betul tak?"
"But my feelings towards you..."
"I don't care about your feelings, Hafiz. I don't care about anyone's feelings. I only care if you pay me for having fun, I will give you fun. That's the deal. You ni pun naif sangat lah, Hafiz."
"The way you cakap ni, macam you ni perempuan murahan. Macam pelacur!"
"Hafiz, I don't think you insult me pun kalau you panggil I pelacur. Sebab antara pelacur dengan pelanggannya, pelanggannya lagi hina. Pelacur just do their job. Pelanggan tu, so desperate for sex sampai nak membayar. And nope, I bukan perempuan murahan. Sebab I tak murah. Kalau I ni murah, I accept je tawaran you untuk jadi mistress you. I mahal, sebab tu I demand half of your wealth."
Donita keluarkan kembali telefonnya, dan teks Lil Faysh suruh hantar kereta ambil dia, sambil Hafiz menangis kat tepi divider.
Beberapa minit kemudian, sebuah kereta yang dihantar oleh Lil Faysh pun datang untuk menjemput Donita.
"Hafiz, I balik dulu. I harap you faham, I'm not a woman that you should fall in love for. But if you want fun, sure, call me."
--
Mejar Jeneral Firdaus datang ke gudang Ali, bertemu dengan Kecik.
"Jeneral Yahya tengah nak buat move. Dia nak pancung Fazrul daripada jawatan KSU. Ni info yang aku baru dapat," kata Mejar Jeneral Firdaus.
"Benda ni kita kena beritahu Bro Azlan dulu. Aunty Idah tengah kat Qatar," kata Kecik.
"Dia kat mana?"
"Wijaya TV. Jom, kau naik kereta aku," kata Kecik.
--
Mereka berdua datang ke pejabat Azlan, dan kelihatan Azlan sedang praktis menari untuk video Lotus Flower.
"Dah kenapa dengan bro Azlan ni?" tanya Mejar Jeneral Firdaus.
"Entahlah, dia ikut trend budak-budak zaman sekarang ni..."
"Pulak..."
"Bro Alan!"
Azlan toleh ke belakang dan nampak Mejar Jeneral Firdaus dan Kecik sedang memerhatikan mereka.
"Ada apa ni?"
"Ada problem sikit ni," kata Kecik.
"Apa dia?"
"Jeneral Yahya nak 'pancung' Fazrul," kata Mejar Jeneral Firdaus.
"Mana kau dapat tahu?" tanya Azlan sambil mengelap peluhnya.
"Ini transkripnya," Mejar Jeneral Firdaus hulurkan kertas kepada Azlan.
"Korang pasang bug kat rumah Pengetua?" tanya Azlan.
"Dalam speaker TV. Kami pasang masa dia kat hospital dulu. Aunty Idah yang suruh."
Azlan buat regangan badan, kemudian tengok jam.
"Dah nak masuk Asar ni. Apa kata kita solat dulu, lepas tu kita solat dua rakaat, minta petunjuk Allah?" kata Azlan.
Dua-dua mengangguk.
--
Dalam kereta, Azlan berfikir tentang apa tindakan yang perlu dibuat. Fazrul adalah orang penting dalam team. Boleh dikatakan 'star player'.
"Dah nak pemilihan parti ni, aku memang perlukan dia ni. Tapi macam mana ya?" Azlan berfikir sepanjang dalam perjalanan.
Lagu Move Like Jagger dari Maroon 5 dan Christina Aguilera berkumandang dalam kereta. Sambil menghadap traffic jam, Azlan terus berfikir, tetapi dia terus buntu.
Sampai di rumah, Merlina sedang bercakap dalam telefon. Menerusi perbualan itu kerajaan nak jual ekuiti sahamnya dalam Bank Simpanan Rakyat (BSR) sebanyak 12% pegangan saham dalam syarikat.
Selain itu, kerajaan juga nak menjual sahamnya dalam Prudential BSR sebanyak 7.7% sahamnya disebabkan kerajaan memerlukan wang untuk meneruskan perbelanjaannya.
"Oh, kau dah balik rupanya. Sorry, aku busy memancing saham murah, kerajaan tengah jual lambak," kata Merlina.
"Dorang ni takde idea lain ke nak jana pendapatan?" tanya Azlan.
"Apa boleh buat. Parti Republikan ni parti baru. Duit pun takde. Lepas tu jadi kerajaan, nak rembat duit al-Daulah, lesap pulak."
"Jadi, kau beli ni..."
"...sebab aku nak control kerajaan. Selagi adanya ibu jadi Gabenor, pusing-pusing pergi ke kita juga. Kau dah maghrib ke belum ni?"
"Belum, kita maghrib dulu, lepas tu aku nak tanya kau sesuatu."
--
Selepas solat maghrib, Azlan dan Jugra makan sambil Merlina menyusukan Julia. Dia belum rasa macam nak makan lagi.
"Ada apa kau nak tanya aku?" tanya Merlina.
"Aku risau pasal Fazrul."
"Kenapa dengan dia?"
"Pengetua tengah susun atur nak pancung dia dari KSU."
"Apa susah, biar je lah."
"Biar je? Tu posisi penting tu."
"Betul, tu posisi penting. Tapi dah tak penting lagi. Dah nak dekat tiga tahun Fazrul jadi KSU. Dia dah letak orang-orang dia kat tempat penting. Katakanlah besok Fazrul mati sebab tercekik tulang ayam ni, benda jalan je macam biasa," kata Merlina.
"Kau ni, jangan la cakap macam tu. Malaikat lalu kalau dengar kang, naya. Jadi balu jugak kakak kau karang."
"Senang cerita, sistem tu ibu yang buat. Dan Fazrul dah jalankan. Sejak perang saudara, sebelum Jeneral Yahya tu jejak kaki kat Gelanggayu, dorang dah setting semua dah. Pada aku, biar dia kena pecat. Lepas tu, semua jabatan penting, sabotaj kerajaan."
"Itu aku dah expect, Mer. Cuma, kalau dah takde kat situ, macam mana kita nak control dari dalam?"
"Kita control dari luar. Tapi sebelum Natasha pecat Fazrul, leak seberapa banyak yang boleh dokumen. Aku jangka Natasha akan lantik Maria tu sebagai KSU baru. Dia punya PA tu."
"Okay..."
"Kau tau kan yang Natasha cuci duit kat situ?"
"Haah ek. Aku pernah cerita kat kau ke? Dulu dia offer aku kerja situ tolong jaga duit dia. Masa tu aku cikgu sekolah la."
"Maria ni jenis cepat cuak. Jenis cepat melatah. Marina ada cerita dengan aku. SPRG ada ramai orang Fazrul. So, dalam seminggu gitu, SPRG serbu butik si Maria ni. Live on Angkasa Awana."
"Tapi polis masih ramai orang Jeneral Yahya."
"Kat situ ada orang Wan Radzi kan?"
"Ada orang-orang Tan Sri Jabbar."
Merlina senyum dan pandang Azlan, terus berkata, 'bingo'.
"Bingo apanya? Kau nak aku deal dengan orang Wan Radzi? Kau rasa dorang nak ke?"
Merlina senyum sambil gosokkan ibu jarinya dengan jari telunjuknya, menunjukkan isyarat duit.
"Kau beli orang ek?"
"Sedangkan hero Liverpool si Fernando Torres tu pun pindah Chelsea sebab duit, inikan lagi kuciret macam orang-orang Tan Sri Jabbar. Dah dapat beli orang Tan Sri Jabbar, barulah kita dapat buat aksi yang selanjutnya. Tapi, jangan buat move ni dulu selagi Fazrul tak kena sack."
Kepala otak Merlina ni, ada darah Rothschild ke apa, bijak dia bukan main lagi ni?
Sedangkan Datuk Bakri orang Datuk Rahizan pun ibu secretly funding dia, rasanya boleh pakai kejap orang-orang Wan Radzi terutamanya orang Tan Sri Jabbar ni.
"Macam mana nak deal dengan dorang ni?"
"Aku ada kenal orang-orang dalam Apex Group. Nanti aku risik. Kita hantar wakil je. Kita perhati je."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro