
2011 part 11
"RG135 juta untuk campurtangan pemilihan Parti Demokrat? Say no more, koibito. Tak sangka awak ada idea yang sebegini bijak!" kata Adilah.
"Cuma kita perlu singkirkan Sahari dalam parti kita. Menurut apa yang saya tahu, dalam situasi semasa, Sahari ni pun hanya sebab compromise antara Pengetua dan awak, sebab Pengetua tak nak Natasha, dan awak tak nak Rahizan jadi Presiden. Dia ni asalnya orang Izham, tapi belot. Akar umbi dia tak banyak."
"Betul betul betul," kata Adilah gaya Upin dan Ipin.
Hafiz kembali menyandar ke kerusi.
"Lagipun imej Natasha kat luar bandar agak teruk lah. Dan dasar mengajar sains dalam Darwinism tu pun kementerian Natasha yang kena serang," kata Adilah.
"Awak okay ke idea ni?" tanya Hafiz.
"Okay, cuma awak ada cadangan siapa untuk jadi calon Perdana Menteri untuk Parti Republikan?" tanya Adilah.
"Haji Syaaban nak jadi calon perdana menteri untuk Demokrat. Lagipun kita tak ada kepimpinan peringkat Parlimen yang dominant. Ramai muka baru."
Adilah berfikir lagi.
"Apa kata kita jangan sokong Haji Syaaban. Kita cakap kita sokong, tapi kita tak sokong pun. Kita bagi dia menang pemilihan, tapi kita takkan bagi dia jadi Perdana Menteri."
Hafiz berkerut dahi, tidak faham dengan apa yang difikirkan Adilah.
"RG135 juta tu, kita bayar bukan suruh sokong Haji Syaaban. Tu kita bayar supaya ahli mereka lompat parti, sertai kita, dan sokong Natasha dalam Parlimen. Sekarang ni kita jangan bayar dulu. Kita akan bayar masa PRU nanti."
"Tadi awak cakap Natasha takde pengaruh kat kawasan luar bandar?" kata Hafiz.
"Macam ni. Kita bagi je mereka menang sebagai Demokrat dalam pilihanraya akan datang. Saya dapat agak yang kita akan ada hung government. Tak ada yang parti yang ada majoriti. Nanti, bila awak jadi Presiden, awak kekalkan Natasha jadi PM. Kemudian, saya akan beli sorang-sorang MP Demokrat untuk join kita. Lagipun, takde tokoh lah Haji Syaaban tu jadi PM."
"Sebab apa?"
"Koibito, no investors nak datang kalau Perdana Menteri kita seorang lebai kampung. Serius," kata Adilah.
"Jadi, awak nak saya khianat Haji Syaaban? Awak tau tak, apa jasa Haji Syaaban pada arwah ayah saya?" kata Hafiz.
"Tak tahu dan tak nak ambil tahu. Yang saya tahu, kita control kuasa dalam negara ni. That's all I care. Tak ada masa saya nak bersentimental dengan hubungan arwah ayah awak dengan dia. Saya risau dengan awak ni. Musuh kita ni cekap. Diam tak diam, sekarang isteri Azlan dah beli saham Jacob di Temasik. Nak tak nak, kita kena lawan pengaruh dia dalam Apex."
"Tak habis-habis Azlan."
"Dia bakal hapuskan keluarga saya. Awak apa tau?"
Dia fikir, patut tak dia tikam Haji Syaaban, orang yang begitu lama menjadi kawan baik ayahnya. Tapi dalam masa sama, prospek dia menjadi Presiden Republik tu ada.
Dan kalau dia ada jawatan Presiden Republik, dengan memberikan kekayaan kepada Donita, serta menjadi orang paling berkuasa dalam Gelanggayu, dia akan berjaya mendapat cintanya.
--
Azlan
"Okay, bro Alan. Ni semua ketua-ketua kawasan Ayam Hitam di setiap kawasan Parlimen di Ketil. Mereka ni semua, ahli Parti Pertiwi. Tapi sebab parti diharamkan, kita akan bagi borang Parti Demokrat dan Nasionalis. Masing-masing akan suruh anak buah mereka isi. Kemudian, dalam pemilihan Demokrat, kita akan arahkan semua budak kita undi Rahman Azmi," kata Kecik, briefing aku di dalam gudang milik Ali.
Aku sedar kini aku seperti menggalas tugas Ali sebagai ketua Ayam Hitam. Pak Harun selaku broker untuk deal ini, seronok bila dapat ada banyak ahli baru yang berjaya didaftarkan.
Tapi cuma ada satu syarat mutlak iaitu batalkan pengharaman Parti Pertiwi bila dah jadi kerajaan nanti.
Tentang itu, aku akan pastikan sesiapapun jadi kerajaan, akan membatalkan ban ini. Soal Rahman nak jadi Presiden Republik, aku tak berminat, sebab jadi Presiden Republik hanya jadi rubber stamp dalam sistem politik ini.
Dan aku tak nak jadi Perdana Menteri juga, sebab aku perasan, dari dulu sejak aku lahir sampai sekarang, Perdana Menteri dikawal oleh seseorang.
Aku nak jadi orang yang mengawal. Supaya siapapun jadi Presiden atau Perdana Menteri, aku yang kawal orangnya.
Aku cuma nak jadi Presiden Parti kepada parti terbesar dalam Parlimen. Aku tak perlu jadi Perdana Menteri pun untuk berkuasa sebab aku jangkakan tak ada satu parti pun yang akan mendapat majoriti dalam pilihanraya akan datang.
Sebab tu Adilah beriya turun ke Air Putih untuk adakan rundingan dengan Haji Syaaban sekarang. Aku ada informer di sana.
Masalahnya crowd Haji Syaaban mana nak kena dengan crowd Republikan. Mesti Adilah nak tikam Haji Syaaban punya. Bukan aku tak kenal perangai dia.
Sejak Gelanggayu menjadi negara republik, poll menunjukkan dalam keadaan polarized. Yang pro aku adalah Melayu-Islam yang tinggal di bandar, suburban. Yang anti aku kawasan bandar dan kawasan urban liberal. Demokrat pegang kawasan luar bandar yang berkongsi demografi dengan Nasionalis.
Tapi aku tak nak share kuasa dengan Demokrat. Aku nak pecahkan undi Demokrat, terutamanya dengan 'polong tak bertuan' zaman Azmi sejak dia meninggal dulu ni untuk pecahkan undi Demokrat menerusi parti-parti negeri yang aku taja nanti.
Kempen pemilihan kali ni, aku rasa badan aku dah semakin cepat betul letih. Kalau dulu, kempen berminggu-minggu boleh steady lagi.
Rambut pun mula dah nampak beruban.
Kempen pemilihan ni makan masa berhari-hari, maka berharilah aku dalam kereta dengan Kecik ni. Setiap hari aku ke lima bahagian, berjumpa dengan ketua bahagian Parti Nasionalis, dan ketua bahagian Parti Demokrat, terutamanya clan-clan Rahman.
Aku juga bertemu dengan ramai polong tak bertuan ni untuk tubuh parti-parti negeri ni. I don't want to look very obvious. Kerja ni kena subtle.
Banyak benda aku belajar dengan Rahman, yang belajar banyak benda dengan arwah ayahnya yang merupakan Perdana Menteri selama 18 tahun.
Bayangkan, dia jadi Perdana Menteri masa aku baya lebih kurang Jugra sekarang, dan letak jawatan bila aku dah umur 30 tahun.
Apa yang aku perhatikan, dia bahagikan kawasan ikut zon: zon putih, zon kelabu dan zon hitam.
Zon hitam ialah zon yang confirm dipegang oleh Haji Syaaban, macam Sungai Raya di Air Putih. Memang takkan datang ke situ pun.
Zon putih ialah zon yang kemungkinan besar akan menang. Yang ni tunjuk muka, tapi tak payah nak kerap sangat. Just convince sikit-sikit je.
Yang zon kelabu ni kena ada focus group, kena ada discussion, kena bagi derma, kena tabur duit lebih sikitlah.
Kejap, ada video call.
"Heyyyy! Mer!"
"Kau tengah buat apa tu?"
"Tengah makan nasik dengan anak-anak yatim kat...*tengok signboard depan* Kampung Sungai Sireh."
"Mana tu?"
"Provinsi Ketil."
"Eh, Julia nak videocall dengan daddy?"
Ala comelnya air liur meleleh senyum pandang screen phone video muka daddy dia, ala comelnya Julia.
"Eiii, berak ke? Aku nak tukar napkin Julia kejap."
Dulu masa Jugra baby dulu, semua orang gaji yang buat. Tapi si Mer ni tak nak aku ada orang gaji. Tapi lama-lama aku kena jugak hire orang gaji ni. Dia ni makin lama makin sibuk.
"Wei Mer, aku off dulu phone. Malam karang aku call."
"Okay okay! Aku saja je nak tengok muka kau."
"Alaaaa rindu aku pulak!"
"Blah lah, bila masa aku rindu kau! Aku nak tengok muka kau je!"
Itulah dia Merlina, kawan-kawan semua.
"Kecik, dari sini ke Tanjung Kapur, berapa jauh?"
Kecik ambil phonenya, dan buka Google Maps.
"20 minit drive, kenapa?"
"Aku nak jumpa orang kejap."
--
"Wei, Lan. Kau nak jumpa siapa kat kubur ni?"
"Orang yang aku pernah rapat dulu."
Setelah berjalan mencari batu nesan, akhirnya aku jumpa batu nesan Hanis.
Assalamualaikum, Hanis. Aku harap kau sentiasa dilimpahi rahmat Allah.
Terlalu lama rasanya kan, aku tak melawat kau. Sejak kau meninggal 21 tahun yang lepas, macam-macam dah berlaku.
Kau meninggal lebih lama daripada kau hidup. Maka sejak 21 tahun lepas, macam-macam dah berlaku.
Faiz pun dah meninggal, accident, atau ada orang sabotaj. Din, aku dah lama tak jumpa dia sejak dia bekerja jadi setpol Saiful. Dia sekarang jadi pegawai kerajaan.
Hafiz dah jadi Timbalan Perdana Menteri. Natasha dah jadi Perdana Menteri.
Kalau kau masih hidup lagi, mesti kau ada masa depan yang cerah.
Hanis,
Sampai sekarang aku rasa bersalah tentang kes bakar stadium tu. Walaupun aku berjaya tutup kes tu dengan bakar satu-satunya fail yang menyiasat kes tu, tapi hati aku tak tenteram, sebab kebakaran itu disebabkan aku marah dengan Jimmy.
Aku tau, memang Jimmy yang bakar kau. Tapi sayangnya, Mina pun terlibat sama.
Sebab aku, kau terkorban. Aku mohon maaf sebab begitu lama aku tak lawat kau.
Al-Fatihah, Hanis.
--
Selepas aku baca Yasin kepada Hanis, barulah aku rasa beban di dalam dada aku ni hilang.
Kadang-kadang dalam masa lapang, aku selalu ziarah kubur-kubur mangsa kebakaran stadium 21 tahun yang lepas.
Mungkin ini dosa aku yang tak terampun.
Oh, it's such a perfect day
I'm glad I spent it with you
Oh, such a perfect day
You just keep me hanging on
You just keep me hanging on
Just a perfect day
Problems all left alone
Weekenders on our own
It's such fun
Just a perfect day
You made me forget myself
I thought I was someone else
Someone good
--
"What do you mean kerajaan republik tak ada duit tu?" tanya Jimmy kepada Adilah.
"The government has no money. Ini semua duit loan. Gabenor pinjam Saudi Arabia, Nat pinjam World Bank sikit, IMF sikit."
"What do you mean duit tu tak ada? Keluarga al-Daulah ada 250 billion fucking dollars! Mana pergi duit tu?"
"The money has gone. Norman dah songlap duit tu."
"Stupid fuck!"
Jimmy mengamuk sampai terbalikkan meja Adilah. Adilah ketakutan bila nampak Jimmy mengamuk.
"Bertahun kita rancang, tahu-tahu duit tu dah gone! Mana duit tu pergi? Mana? Mesti Faridah tahu! Dia Gabenor Bank Negara!"
"No, even Faridah pun pinjam duit dengan Arab Saudi, takkan dia tahu? By the time Jeneral Yahya sampai je ke sini, duit tu semua dah lesap. Ada yang cakap duit tu ada kat Rusia. Vladimir Putin pegang sebab Norman owes Russia so much money for military and space program."
"Noooooo! Aku tak bodoh, Adilah! Duit military dengan space program tu duit kerajaan, bukannya duit keluarga al-Daulah! Duit tu adalah harta keturunan keluarga kami sejak zaman berzaman! Takkan Norman lesapkan semua sekali, tak tinggalkan waris-waris yang lain?"
Adilah tergamam, tak tahu apa nak dijawab lagi.
"Kau cari sampai dapat. Aku ada hutang banyak ni nak kena bayar. Mana semua duit tu..."
"You hutang apa ni?"
"Aku hutang kalah judi la kat Marina Bay, Temasik sana! Aku rugi $10 million! Dengan duit keluarga al-Daulah tu la aku harap nak bayar! Bodoh!"
"Hey, you jangan cakap I bodoh, okay? You yang berjudi irresponsibly, I pulak yang you kata bodoh?"
Satu pelempang hinggap ke muka Adilah. Dan masa itulah, Hafiz masuk ke pejabat isterinya.
"Kau apahal lempang bini aku?" Hafiz bagi satu shot tepat ke muka Jimmy.
"Kimak kau, Hafiz. Aku dah tolong kau, kau tumbuk aku..."
Jimmy balas balik tumbukan ke arah Hafiz, kemudian Hafiz tarik baju Jimmy dan hempaskannya ke meja.
"Sudah!" jerit Adilah.
Jimmy rempuh badan Hafiz, menyebabkan bisul pada punggulnya pecah dan menyebabkan kesakitan yang amat.
"Kimak kau, Hafiz! Tak sedar diri! Ptuihhhh! Kau Adilah, kau baik cari duit tu, sebelum aku bongkar cerita, anak kau dua orang tu anak siapa!" kata Jimmy, sebelum meninggalkan pejabat Adilah.
Adilah kejar Jimmy.
"Jimmy, please. Jangan, nanti kita dua-dua yang kena nanti. Okay, tonight I bank in you $5 million dulu."
"Mana cukup!"
"Please, Jimmy. Kalau Hafiz tau, kita tak ada duit tu. Don't act stupid."
"Okay, tapi aku nak kau cari duit keluarga al-Daulah tu sampai dapat. Sebelum Tengku Hisham yang dapat duit tu, aku satu sen pun tak merasa duit keturunan aku tu!"
--
Tengku Ahmad cadang jual Puncak Jaya FC
Pemilik pasukan Puncak Jaya FC, Tengku Ahmad Tengku Johari bercadang untuk menjual kelab bolasepaknya yang kini mengalami kerugian RG32 juta tahun lalu.
Sejak tamatnya perang saudara, pasukan itu mengalami kemerosotan akibat ketiadaan dana serta masalah gaji tidak berbayar mengakibatkan ramai pemain meninggalkan kelab tersebut.
Puncak Jaya kini terperosok di bawah liga dengan hanya mengutip dua seri dan lima belas kekalahan dalam liga musim ini.
--
Azlan
"Bang Alan, cuba baca ni. Tengku Ahmad nak jual Puncak Jaya," kata Kecik.
"Kau beli lah," kata aku.
"Ish, abang beli la. Silap-silap abang boleh bawak Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Xavi, Iniesta, silap-silap bawak Pep Guardiola jadi manager Puncak Jaya!"
Aku geleng kepala tengok perangai Kecik ni.
"Tak payahlah beli star-star tu semua. Beli yang peringkat Asia je cukup la. Kau ni pun, melampau betul. Banyak main FIFA kau ni."
"Serius la, abang beli la."
"Aku boleh je beli, tapi aku takde masa nak urus. Kalau kau nak, aku nak kau faham macam mana nak uruskan kelab bolasepak. Dari gaya kau cakap tadi, aku tak berapa yakin yang kau faham macam mana nak uruskan kelab bolasepak. Macam mana nak bagi kelab tu sustain."
"Macam mana tu?"
"Macam ni. Aku boleh jumpa pakcik aku, Daniel tu. Suruh dia beli semua syer tu. Lagipun dia dah dalam tu sejak 1986. Lepas tu aku akan lantik Mer jadi consultant untuk kelab ni. Maksudnya rebranding. Lepas tu aku akan bagi sasaran yang realistik untuk pastikan pemain rasa mereka tak tertekan. Kalau kau berminat, kau kena belajar dulu macam mana nak uruskan kelab bolasepak."
"Tapi bang, dia jual RG32 juta je ni. Ni harga murah ni."
"Aku tak boleh guna duit ni sewenang-wenang. Tapi aku tahu macam mana nak buat."
Aku kena jumpa Putera Muhammad dulu. Aku nak dia menyamar jadi investor kelab bola. Sejak Abu Dhabi beli Manchester City, ada banyak Pak Arab nak beli kelab bola. Aku minta dia tolong menyamar je.
Tapi pakai duit aku. Lagipun kerajaan Gelanggayu memang ada hutang dengan dia pun.
Kalau hutang Puncak Jaya ialah RG32 juta, lebih kurang $10 juta. Duit banyak macam ni celah gigi dia je. Kau tengok apa aku boleh buat dari sini.
Aku nak jadikan Puncak Jaya ni pasukan terkuat di Asia. Dan aku yakin aku boleh capai ini menjelang 2025.
--
"Assalamualaikum, Jugraaaaaa! Jugraaaaaa!" jerit suara Mili dan Alif di depan pagar.
Jugra sedang khusyuk melihat acara gimnastik artistik Sukan Asia Tenggara di Betawi, Majapahit. Fokus dia terhadap Rachel begitu jitu. Setiap kali lompatan dan daratan kemas, dia pun bersorak kat rumah.
Memandangkan acara kali ini acara final dan akan dapat pingat emas, jadi fokus Jugra lagi bertambah jitu.
"Assalamualaikum, Jugraaaaaa!"
Merlina cekak pinggang melihat Jugra yang buat tak peduli suara Mili dan Alif di depan pagar.
"Alif, kawan kau kat depan tu panggil kau la! Hish, entah apa-apa! Tengok gimnastik sampai lupa member," Merlina terus tukar channel menonton rancangan memasak Nigella Dawson.
Sejak dia berkahwin dengan Azlan ni, dia jadi rajin masak sebab dia cemburu bila tengok Azlan pandai memasak.
Hari ini dia nak belajar masak spaghetti carbonara. Sedang dia fokus tengok resipi, sekali...
"Alaaaa, potong la mat salleh ni! Sikit-sikit babi! Sikit-sikit babi! Cubalah guna ayam ke, ikan ke, kambing ke? Ha, lepas tu kalau tak letak alkohol tak boleh ke?"
--
Sementara tu dalam hati, Jugra menyumpah seranah Mili dan Alif sebab menghilangkan fokus dia menonton acara final gimnastik artistik yang disertai oleh Rachel.
"Korang datang naik apa?" tanya Jugra.
"Naik bas! Sebab mama tak kasi kitorang keluar. Dia suruh bibik Sudarti pantau kitorang. Jadi, kitorang senyap-senyap keluar dari rumah," kata Mili.
"Kitorang datang nak tengok Mony!" kata Alif.
Jugra pun buka pintu pagar untuk mereka berdua masuk.
"Alaaaaa Mama Mer! Kenapa tukar channel? Jugra nak tengok pertandingan gimnastik la!"
"Gimnastik tengkorak kau! Sejak bila kau minat sukan gimnastik tu? Kalau kau minat sukan gimnastik, kau tau kira ke, jatuh landing satu kaki, berapa point, pusing badan berapa point? Kau ni asyik nak tengok bontot Rachel je! Pervert la kau ni!"
Terkedu Jugra dibuatnya bila kena sound macam tu.
"Rachel dah menang dua pingat emas la. Yang awak tengok tu, semalam. Untuk acara hari ni, Rachel menang acara skipping," kata Mili.
"Entah, Rachel ni boleh dikatakan setiap hari kitorang main Lego dengan dia masa kitorang kecik dulu," kata Alif.
"Apa maksud kau, kau dengan Rachel main Lego masa kecik?" tanya Jugra.
"Cleo Rachel tu, kawan kitorang la. Mama kami kawan dengan mommy dia. Kan saya pernah kata, yang Aunty Nat tu kawan mama saya?" kata Mili.
Jugra terdiam. Kalau nak berkenalan dengan Rachel, kena melalui Alif dan Mili juga ni. Baik dia berbaik-baik dengan dua adik beradik ni.
--
Jeneral Yahya terbaring di hospital, sedang menerima rawatan akibat masalah jantung.
Faridah melawat Jeneral Yahya, yang masih dalam keadaan lemah.
"Bukan saya tak nak tolong Uncle, tapi kalau print duit, jatuh la nilai matawang ni. Kita dah la baru je lancarkan matawang baru ni, kita nak ekonomi stabil."
"Jacob nak saman aku..."
"Sentosa Holdings bukan Jacob yang control lagi la."
"What do you mean by that?"
"Kalau Jacob nak saman Uncle, dah lama dia saman. Tapi sekarang Sentosa Holdings under new management. Jacob masih lagi Chairman cuma share dalam saham tu dah kurang. Dah ada orang baru yang control Sentosa Holdings tu, especially dalam sektor bank and finance."
"Siapa?" tanya Jeneral Yahya.
Tiba-tiba Marina dan Fazrul masuk dalam wad.
"Surpriseeee..." kata Fazrul. Marina senyum muka macam nak perdajal.
"Orangnya sibuk kat rumah sebab anak demam. Tapi kitorang ni wakil dia," kata Marina.
Jeneral Yahya jadi blur dan dia pandang Faridah untuk penjelasan.
"Uncle takkan tak kenal siapa dua orang ni?" tanya Faridah.
"Fazrul...Marina..."
"Marina ni isteri kedua Fazrul, dan kakak kepada Merlina, isteri Azlan. Merlina yang beli saham tu," kata Faridah.
"What?"
"Merlina minta supaya you, Jeneral Yahya, bayar dia hutang tu."
"What kind of games are you guys playing?" Jeneral Yahya mula rasa tertekan.
"Jeneral Yahya hutang Ali sebab dah award kontrak pembinaan semula Wijayapura sebelum PRU. Lepas tu Ali minta duit, Jeneral pinjam Merlina $5 billion. Lepas tu Fazrul minta sampai main pusing-pusing kapal terbang..." kata Marina.
"Damn it was fun!" kata Fazrul.
"...lepas tu Jeneral lepaskan saham worth $5 billion dalam saham-saham media Amerika kepada Merlina. But now, hutang Jacob tu Merlina dah langsaikan two-third, so hutang tu dah jadi $25 billion for Jacob, $50 billion untuk Merlina. Tu tak campur interest memandangkan Jeneral Yahya ni suka buat loan yang ada riba."
"What do you mean Merlina beli Sentosa Holdings? Tu untuk Temasikians je yang boleh own saham tu!"
"Kitorang ada cousin orang sana, so, she's our proxy," kata Marina, senyum.
Muka Jeneral Yahya jadi pucat macam mayat.
"Lu dah kena game, orang tua," kata Fazrul.
Faridah senyum.
"Kenapa kau buat macam ni pada aku, Idah?"
"Kenapa kau rampas anak aku sejak Mamat meninggal? Ooo, masa tu kau berkuasa, sana sini pegawai dengar cakap kau. Lepas tu kau buat bapak aku macam sampah, sampai dia dengan Tok Is kena letak jawatan. Ayah si Fazrul ni pun kena turun naik mahkamah, hilang pencen. Kau ingat kitorang semua tak sakit atas apa yang kau dah buat, Yahya?"
"Aku buat ni semua demi kebaikan Azlan..."
"Dan bila Azlan tak nak dengar cakap kau, kau panggil dia apa? Kau hantar skuad penembak tepat untuk bunuh dia."
"Itu bukan aku..."
Fazrul keluarkan dekri yang ditandatangani oleh Jeneral Yahya.
"Sebab tu Merlina nak saman kau kat court Temasik. Sebab kau hampir-hampir buat dia jadi balu sebab ideologi imperialis Barat kau tu."
"Aku dah bebaskan negara ni dari belenggu al-Daulah dan dogma ajaran padang pasir tu, Idah. Kenapa anak kau nak jugak bawak benda tu balik?"
"Sebab tu agama kami. Kau nak murtad, kau murtad la sorang-sorang. Kami ni tak nak jadi kayu api neraka jahanam. Kalau kau tak percaya, lantak kau lah, tapi jangan heret kami semua sekali!" kata Faridah.
"Kitorang sebenarnya tak kisah pun kau nak murtad, Yahya. Lantak kau la. Tapi kitorang tak nak kau murtadkan kami dan anak-anak kami," kata Fazrul.
"Korang tak faham apa yang aku dah rasa!" Jeneral Yahya tengking semua orang.
"Kami memang tak nak faham pun apa yang kau rasa. Yang penting, kau kena sedar yang masa kau dah berlalu, Yahya. Zaman sekarang dah postmodern. Orang dah tak minat dah idea-idea Enlightenment zaman John Locke kau tu. Orang dah masuk abad ke-21. Dah akhir zaman," kata Faridah.
"Kalau kau nak Merlina tarik balik saman kau kat Temasik tu, kau bayarlah saman tu," kata Marina.
"Kalau tak, kau bankrap dan harta kau, termasuk rumah kau tu akan kena rampas," kata Fazrul.
"Apa-apahal kau slowtalk la dengan Azlan dan Merlina," kata Faridah.
Jeneral Yahya perlu berjumpa dengan Azlan lepas apa yang dah berlaku sepanjang tahun ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro