Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2011 part 1

Azlan

"Ingat Jugra, kau tu dah darjah lima, bukan darjah tiga," kata Merlina sambil mengikat tali leher sekolah Jugra.
"Kenapa dengan darjah lima, darjah tiga?" Jugra masih tak boleh relate dengan lawak video yang viral hari tu. Mungkin sebab dia jarang online kat internet sebab memanjang habiskan masa kat bengkel Kecik.

Melihat lawaknya hambar, Merlina pun terus cakap "takde apa lah."

Aku pun tak faham lawak apa yang Mer cuba sampaikan ni.

Stress dia bila anak dengan bapak tak mengikuti trend lawak semasa.

"Daddy, Mama Mer, Jugra pergi sekolah dulu ya?"

Sejak Merlina beranak ni, aku habiskan masa untuk jaga Merlina dan Julia di rumah. Di rumah, aku habiskan masa berzikir, tukar napkin anak, kemas rumah, masak makanan, dan tolong Merlina buatkan kerja projek World Cup yang bakal berlangsung di Qatar.

Hujung tahun lepas, FIFA telah memilih Rusia dan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia untuk tahun 2018 dan 2022. Ibu ada kabel dengan Rusia, Mer ada kabel dengan Qatar. Jadi dua-dua pun syarikat Mer dapat la tempias projek.

Alhamdulillah, rezeki anak aku ni, Jugra dan Julia. Aku kalau dah tak jadi ahli parlimen pun, ada tempat lain aku boleh cari makan.

Yang penting, Yayasan Darul Mukminin mesti kekal membantu orang Melayu dan orang Islam.

--

Rehat kat sekolah tu, Jugra, Mili dan Alif, bertiga melepak macam biasa. Alif menayangkan handphone iPhone 4 barunya sambil bershuffle depan Jugra.

Jugra dah facepalm, apa budaya la si Alif ni bawak.

"Kau jangan la tayang-tayang phone kau tu, kena rembat baru tau," kata Jugra kepada Alif.

Dalam dia tak sedar tu, Alif terlanggar beberapa budak-budak darjah enam, menyebabkan budak darjah enam semua hangin dengan Alif.

iPhone 4 Alif dirampas oleh budak-budak darjah enam tu. Alif merengek-rengek kejar telefonnya dibaling-baling sesama budak-budak darjah enam tu.

"Pulangkan balik," kata Jugra.
"Kalau aku tak nak?" kata budak tu lagi.
"Kalau kau tau apa nasib kau kalau kau tak nak pulangkan, kau takkan cakap macam tu."
"Fuyoo...takutnya! Kitorang budak darjah enam kena takut dengan budak darjah lima..." budak-budak darjah enam tu sarkastik dengan Jugra.
"Macam ni la..." Jugra bangun dari duduknya.

Jugra berdiri di depan Alif.

"Kalau kau semua ada maruah, kau pulanglah telefon ni pada budak buta sebelah ni."

Sorang budak mengajuk cakap Jugra, tapi baru sampai ke perkataan 'pada', Jugra dah bagi penumbuk kilasan tanpa bayang.

Terkejut dua budak lain bila tengok member dia tiba-tiba rebah.

"Aku cakap elok-elok, kau ajuk aku. Kau cakap kau budak darjah enam, tapi kau langsung tak matang. Tengok, dah rongak gigi. Tak pasal-pasal."

"Kalau kau nak gaduh, jom la!"

Budak tu datang nak tumbuk je, Jugra kilas pakai sebelah tangan, kunci tangan budak tu. Melolong dia menjerit.

"Wei...sakit wei...korang, tolong aku wei...tolong..."

Datang lagi sorang, Jugra cekik budak tu dengan sebelah tangan. Budak yang rongak kena tumbuk tadi dah rebah atas tanah menahan sakit.

"Pernah kena chokeslam? Kau nak versi Kane ke, Undertaker?" tanya Jugra kepada budak yang kena cekik tu. Budak-budak darjah enam itu makin takut bila Jugra selamba angkat leher budak tu sebelah tangan.

"Kau semua nak lawan dengan aku lagi ke? Kalau tak nak, bagi iPhone tu balik kat budak tu."

Muka budak yang kena cekik tu dah nak biru. Yang tangan kena sepit sebelah tangan tu tak boleh nak gerak sebelah badan dia.

"Nah, ambik la telefon kau ni!" kata budak darjah enam tu. Barulah Jugra lepaskan. Terkulai dua-dua budak tu menyembah bumi akibat tak ada aliran darah yang mengalir pada bahagian badan.

"Ingat sikit. Kau tu budak darjah enam, bagilah contoh baik sikit kat budak darjah lima," Jugra terus blah meninggalkan ketiga-tiga budak itu.

Alif terus kagum melihat teknik sepit sebelah tangan sambil chokeslam yang Jugra buat sampai dua budak darjah enam tu tak boleh nak gerak langsung.

"Wei, ajar la aku, Jugra. Terrornya kau lawan. Ajar la."
"Betul kau nak belajar ilmu pertahankan diri dengan aku?"
"Betul."
"Habis sekolah, kau pergi ikut aku ke padang permainan."

--

Suhu mencecah 34°C di tengah-tengah kepanasan Khatulistiwa di Wijayapura. Menitik-nitik panasnya.

"Kau dah cakap dengan driver kau yang kau ada ko-kurikulum?" tanya Jugra.

Alif mengangguk.

"Awak, panasnya," kata Mili sambil mengelap peluh.
"Pergi beli cendol dua."
"Dua?"
"Ya."

Sementara Mili pergi beli cendol, Jugra suruh Alif buat kekuda di tengah hari yang terik.

"Kau buat kekuda sampai aku suruh kau stop, kau faham?"

Jugra dan Mili duduk bawah pokok sambil melihat Alif melakukan kekuda di court badminton dalam keadaan yang panas membahang.

"Awak, panaslah. Kesianlah Alif."
"Musuh takkan kesiankan adik kau."

Bila nampak kaki Alif semakin menglonglai, Jugra terus tengkingkan suara.

"Kaki tu, jangan lembik sangat!"
"Aaaaaarrgghhh sakitnyaaaa!"
"Uncle Ali cakap, setiap darah lelaki Gelanggayu, ada darah panglima. Kau jangan jadi lembik, kau faham tak!"

Suara Alif dah menggigil-gigil. Kakinya dah mula menggeletar. Dalam beberapa minit, Alif terus rebah.

"Awak, dah lah tu. Jangan buat macam ni pada Alif," kata Mili sambil menghulurkan cendol padanya.
"Masa aku umur 6 tahun dulu, Uncle Ali setiap hari suruh aku buat kekuda tengah panas. Masa aku umur 8 tahun, aku duduk Australia. Kawasan tu tepi gurun. Sampailah panas tu pun aku dah tak kisah. Kekuatan yang sebenar bukan pada otot, tapi hati dan minda. Kalau hati dan minda kuat, panas padang pasir pun boleh hadap la."

Untuk membuktikan pada Alif kata-katanya, Jugra buat kekuda di tengah panas dengan kakinya langsung tak bergoyang.

Dan Jugra buat kekuda tu sehingga tiga jam lebih, bila ada abang besar nak main sepak takraw, barulah dia bergerak.

"Jugra, masa kau buat kekuda tiga jam tu, kau fikir apa? Aku tak boleh lah. Terlalu panas."
"Aku tak berfikir. Aku fokus, tenaga dari otak aku, aku alirkan ke peha dan betis aku. Kalau kau fikir panas, apa jadah tu semua, memang tak jadi la. Uncle Ali ni ajar aku silat, ajar aku jadi mekanik. Ajar aku jadi lelaki. Daddy aku ajar la jugak aku jadi lelaki, tapi Uncle Ali ni, dia ni luar biasa."
"Uncle Ali ni sekarang dia kat mana?" tanya Mili.
"Dia mengembara. Seluruh dunia. Aku pun tak tahu ke mana dia."
"Nanti aku nak jumpa Uncle Ali tu, boleh tak? Aku pun nak menuntut ilmu dengan dia. Macam power je dia," kata Alif.
"Memang power. Tapi itulah, entah ke mana dia menghilang."

--

Lebih 2 juta umat manusia berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah di Mesir, untuk menuntut Presiden Hosni Mubarak mengundurkan diri.

Golongan anak muda seperti dari kumpulan Kefaya dan Pergerakan 6 April menggerakkan revolusi ini menggunakan Twitter.

Gelombang Arab Spring dari Mohammed Boazizi membakar diri nampaknya sudah marak di Mesir, Libya, Arab Saudi, Yaman, Sudan, Syria dan banyak lagi negara-negara Arab yang lain, telah menggoncangkan dunia.

Anak muda tidak lagi takut pada kerajaan, dan berani melawan.

Dalam keramaian itu, ada dua orang dari Gelanggayu sedang berbual, dengan tangan memegang secawan teh.

"Tak lama dah Mubarak ni."
"Lepas ni, ke mana kita?"
"Ikut Ku Sham lah."
"Kita pergi Libya dulu, lepas tu Syria. Kita akan goncangkan orde lama ni, satu demi satu, Ali."
"Ku Sham, kenapa kita nak gegar Libya? Gadaffi tu betul la apa dia buat."
"Betul. Kita ke sana nak tolong selamatkan rakyat sana. Macam kau buat kat Gelanggayu dulu."
"Ooh, faham."
"Tapi apa-apa hal, kita minum dulu."
"Ya, betul. Subahanallah."

Mereka berdua melihat keadaan di Dataran Tahrir semakin meriah dengan orang ramai menentang kerajaan Mubarak.

Selepas bekerjasama dengan pembangkang di Kyrgyzstan dan Tunisia, kini di Mesir, mereka berdua akan mengembara mengikut jalan padang pasir ke Libya.

Tetapi Ali dan Tengku Hisham tahu, ada persaingan geopolitik antara Amerika, Turki, Saudi, Iran dan Rusia di kawasan ini, dan tugas mereka, ialah mencantas semua kabel-kabel yang berkait rapat dengan Apex Corperation Group.

Sementara semua agen-agen perisikan negara-negara terbabit berusaha sama ada melindungi Muammar Gadaffi atau menggulingkannya, misi Ali ialah bertemu dengan beberapa orang rakan di Benghazi, untuk satu misi - menyerang Konsulat Amerika.

Ini misi berani mati, dan kalau Ali lepas, nyawa dia memang panjang lagi.

Presiden Tunisia, Ben Ali sudah digulingkan dan kini berlindung di Arab Saudi. Bermakna Arab Saudi sudah kehilangan kroni di situ.

Kini mereka mahu mencantas seorang lagi kroni Saudi, iaitu Hosni Mubarak.

Bagi mereka berdua, mereka tidak memikirkan sangat siapa di pihak siapa, cuma orang-orang ini ada business ties dengan Apex Group. Apa sahaja yang boleh menggoyangkan Apex Group, Ali akan buat.

Dalam keluarga Saudi ni ada assabiyahnya. Walaupun dalam keluarga yang sama iaitu keluarga Saud, tapi putera-putera Saud ini bersaing sesama sendiri.

Secara tak langsung, Ali sebenarnya sedang membantu clan Putera Salman, yang anaknya, Putera Muhammad, rakan strategik kepada Azlan.

Raja Abdullah kroni Bush Jr, yang ada connection dengan neokonservatif Amerika macam Paul Wolfowitz dan Donald Rumsfeld. Kawan Pengetua, tapi tak strategik.

"Macam mana la Qatar nak jadi tuan rumah World Cup ni? Panas!" kata Tengku Hisham, baca suratkhabar bahagian sukan.

Ali senyum je. Dia tahu yang tolong jual idea tu ialah Merlina. Tolong susun atur undi FIFA tu Aunty Idah. Paling-paling adalah untung sebillion dua dolar.

Masa mula-mula dia dapat tahu World Cup 2022 di Qatar, dia pun tergamam. Tapi memang Ali kini mengakuilah, bahawa Merlina adalah 'anak murid terbaik' Aunty Idah.

Memang team class of Aunty Idah sedang kawal banyak bahagian dalam dunia ni, dalam dan luar. Tanpa disedari sesiapa. Faridah memang tak suka kecoh-kecoh.

--

Mesyuarat KDN hari ini memberi fokus tentang keselamatan republik, selepas melihat gelombang Arab Spring, perlu ada satu mekanisme bagaimana untuk menangani kemarahan rakyat.

Yang hadir dalam mesyuarat ialah Jeneral Yahya, mempengerusikan majlis, Presiden Sahari, PM Natasha, Menteri KDN Hafiz, Pak Wan Radzi dan Jeneral Abu Bakar.

Masing-masing ada agenda tersendiri, tapi mata semua memerhatikan Hafiz sebagai the weakest link antara semua.

Punggung Hafiz masih terasa perit selepas berparti di malam new year di Mallorca tempoh hari, Hafiz tidak boleh nak fokus. Nak melepas pun terasa perit.

Melihat ketidakfokusan Hafiz dalam mesyuarat, Pak Wan Radzi menjadi tidak tenang. Dia merasakan Hafiz ni tak serius dalam kerja.

Sejak dia dapat tahu Hafiz ada skandal dengan perempuan lain, dia mula menyampah dengan menantunya. Tapi tak boleh buat apa, sebab Hafiz masih pemegang syer Kencana Consortium, bahagian Gelanggayu dalam Apex Corporation Group.

Pak Wan Radzi dan Adilah memerlukan Hafiz untuk meneruskan operasi menaikkan Jimmy sebagai Sultan.

Selepas mesyuarat, Pak Wan Radzi terus menyapa menantunya tu.

"Ayah tengok kau ni, sejak dua menjak ni, buat kerja acuh tak acuh. Kau ingat tak apa intipati mesyuarat tadi?"
"Saya ingatlah, ayah."
"Kau jangan main-main dalam misi ni."
"Ala ayah ni. Apa yang ayah cakap ni, balik rumah Adilah cakap juga."

Pak Wan Radzi menyedari yang dari tadi Hafiz jalan kaki kepit.

"Kau okay tak ni?"
"Okay je, ayah."
"Kalau okay, apasal kau jalan macam tu? Kalau sakit buasir, pergi la hospital, check."

Dalam pejabat, Hafiz terus call Donita, sebab curious apa yang buat duburnya sakit sangat.

"Hai baby, hey, I sebenarnya curious, actually kenapa my butt ni sakit gila ek? Lain kali tak payah pakai la dildo tu masuk kat I punya. Sakitlah."
"It's not fair lah kalau camtu. Takkan you je cucuk I."
"But bukan perkara macam ni abnormal ke?"
"Because like what your wife selalu cakap, ini semua patriarki. Jadi dalam seks pun kena ada equality juga. Kalau asyik lelaki je mencucuk, tak fair la, kan? By the way, I tengah cover event your wife ni."
"Alamak, ye ke? Baby, sakit ni. Macam mana?"
"Check kat hospital lah. Or kita stop jumpa for a while."
"Alaaaa, I addicted to you, baby."
"Got to go."

Donita terus letak telefon.

--

Hari ini merupakan pelancaran kepada kempen Equality For Women yang ditaja oleh Suara Gelanggayu, salah satu syarikat yang bernaung di dalam Kencana Consortium, yang merupakan salah satu komponen kepada Apex Corperation Group.

Kempen ini untuk menyedarkan masyarakat bahawa wanita harus bersama-sama menentang patriarki dan ketidakadilan hari ini.

Pengacara rancangan TV Feminis, Cindy Wong mengacarakan event tersebut. Dia menjemput Perdana Menteri, Natasha ke acara ini, tetapi beliau kini berada di Davos, Switzerland untuk World Economic Forum, jadi Adilah selaku CEO Suara Gelanggayu, CEO Kencana Consortium dan CEO Apex, akan memberi ucaptama dalam event kali ini.

Adilah berdiri di podium sambil diberi tepukan gemuruh di dalam dewan, melihat pencapaiannya selaku CEO terbaik Gelanggayu dalam bidang korporat.

Adilah menekankan tentang betapa pentingnya, dalam negara Gelanggayu baru dalam sistem republik, sistem ini lebih adil kepada wanita berbanding sistem monarki yang patriarki.

"Dengan melantik wanita seperti Natasha Abdullah sebagai Perdana Menteri atau Faridah Ismail sebagai Gabenor Bank Republik Gelanggayu, republik ini berada di langkah yang betul untuk equality untuk kaum wanita."

Adilah terpaksa sebut nama Faridah demi retorik feminismenya.

Sedang Adilah berucap, tiba-tiba dari atas siling, cat hijau tertumpah ke podium Adilah sedang berucap.

Habis baju mahal dress Balenciaga warna putihnya kena cat hijau.

Keadaan menjadi huru-hara dengan Adilah menangis di hujung podium, dengan para wartawan mengambil gambarnya.

Siapa yang baling cat hijau dari atas itu masih lagi misteri dan pihak polis sedang menyiasat kejadian ini.

--

"Betul bang, viral bang!" Kecik tunjuk video Adilah terkena cat hijau kepada Azlan. Azlan tersengih, tapi merasakan macam benda yang sengal.

Tapi asalkan perkara tu jadi bahan lawak untuk membahan Adilah, Azlan okay sahaja.

Hari ini Azlan bertemu dengan Encik Murad, seorang setiausaha agung pekerja-pekerja lapangan terbang dalam kesatuan sekerja.

Encik Murad ni merasakan sejak jadi republik ini, pekerja-pekerja lapangan terbang dari juruterbang, pengawal menara komunikasi, pramugari dan pramugara, katering, jurubahasa, pengangkat bagasi, penjaga sistem IT, semuanya merungut tentang polisi kerajaan republik terhadap industri penerbangan.

Ini kerana menurut Menteri Alam Sekitar yang dilantik oleh Natasha, Cik Sandra Chan adalah seorang environmentalist activist sebelum menjadi ahli parti Republikan.

Cik Sandra ini pun jadi menteri sebab dia ni rapat dengan Cindy dan Cindy mencadangkan beliau kepada Natasha.

Jadi Encik Murad mahu Azlan bersuara bagi pihak pekerja lapangan terbang yang mereka mahu polisi yang lebih baik untuk industri penerbangan.

Terus Azlan melepaskan tweet.

@AzlanNiat : Nak flight dari Wijayapura ke Melaut, delay tiga jam. Nak marah @AsiaAir, tak boleh juga. Kerajaan limitkan flight. Kononnya environmental.

Dia kemudian melepaskan tweet kedua.

@AzlanNiat : Kita semua sayangkan alam sekitar, tapi masa itu emas. Kalau asyik delay je, macam mana pelabur nak datang?

Tweet ketiga lebih menyakitkan.

@AzlanNiat : Lantik aktivis jadi menteri, macam ni lah. Aktivis ni banyak masa. Bukan macam businessman, mereka banyak benda nak kejar.

Tiga tweet Azlan itu benar-benar viral dan ramai orang mula bersuara tentang kekerapan delay disebabkan polisi kerajaan.

--

Natasha mengetip bibir melihat Azlan yang gunakan cara populis ini untuk menyerang kerajaannya. Tangannya menggenggam kemarahan, tapi dalam masa sama dia tahu Azlan sedang menunjukkan political animalnya.

Sokongan Azlan dan popularitinya amatlah tinggi. Natasha merasa hairan, bagaimana Azlan yang dikenalinya sebagai seorang anti social, kepada seorang ahli politik yang disukai ramai?

--

Mesyuarat kabinet dipengerusikan oleh Natasha, rata-rata bising tentang flight delays.

Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa melaporkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Gautama di Kota Warisan mengalami kemerosotan penumpang dan orang lebih gemar ke Changli, atau Suvarnabhumi International Airport di Krung Thep.

Kementerian Pengangkutan pula mengadu syarikat penerbangan merasakan kos yang amat merugikan atas polisi kerajaan.

Kementerian Pelancongan pula mengatakan Gelanggayu ketinggalan dari segi kunjungan pelancong dan sektor pelancongan tidak dapat menyaingi Bali di Majapahit dan Phuket di Suvarnabhumi.

Semua ini memeningkan kepala Natasha dengan polisi Sandra. Sandra, seorang environmentalis pula menegaskan bahawa pemanasan global akan menyebabkan Wijayapura tenggelam.

Natasha terus bengang dan pergi ke Bank Negara, untuk bertemu Faridah.

--

Faridah ketawa terbahak-bahak mendengar Natasha merungut dengan cara baru Azlan berpolitik, dengan menggunakan media sosial.

"Perkara 10 Perlembagaan Republik, Nat. Kebebasan bersuara. Freedom of speech," kata Faridah.

"Tapi dia dah melampau! Dia start kecam je, habis my government porak peranda!"

"That's why sekarang ni dia dianggap defacto ketua pembangkang. He is popular. Your government is not."
"Macam mana dia buat macam tu? Dia pakai charm dia, slick videos dia, macam tu?"
"Well, tu bezanya setpol dia dengan setpol kau, Nat."
"Merlina tu setpol dia ke?"
"Merlina tu bukan sahaja setpol dia, dia right hand Azlan. Maybe kau kena stop pandang rendah pada dia."

Natasha diam. Dia tahu, kalau dia tak bekerjasama dengan Azlan, pilihanraya akan datang, hilanglah masa depan politiknya.

Tetapi Parti Republikan terdiri dari golongan bekas penyokong sejak era Luqman, penyokong Sahari yang cuma sedikit, pembaca Suara Gelanggayu, pekerja syarikat Apex Corporation dan ramai golongan woke activist yang dibawa oleh Cindy.

Macam mana dia nak selamatkan dirinya dalam parti, kalau partinya terdiri dari coalition yang menentang Azlan?

Natasha tahu, nak tak nak, dia kena melutut kepada Azlan. Atau cuba berbaik-baik kepada Merlina.

--

Natasha pergi ke rumah Pengetua, untuk meminta pandangannya pula.

"Aku rasa memang ada sabotaj dalaman dalam kerajaan kau ni, Natasha," kata Pengetua sambil minum wiski dan hisap cigar. Tak padan berhutang banyak dan pakai duit pencen je.

"Memang ada pun," kata Natasha.
"Kau rasa siapa?"
"Gerak hati I, Adilah."
"Kau tau tahun lepas, masa kau pergi South Africa hari tu, Wan Radzi nak buat move, nak jatuhkan kau dan naikkan Hafiz?"
"I didn't know that," kata Natasha.
"Aku syak Fazrul ni orang Wan Radzi."
"Why?"
"Ada satu peristiwa berlaku pada aku. Wan Radzi bawa bodyguard, dan bagi aku electric shock dan paksa aku sign dekri Republik, untuk haramkan orang ramai pergi ke masjid."
"What?"
"Aku memang nak Gelanggayu sekular, tapi bukan dengan cara macam tu. Cara macam tu akan mengundang kemarahan orang. Backlash. Langsung tak halus. Tiba-tiba, Fazrul ada depan pintu, dengan lima orang bodyguard. Then dia acukan pistol, ambik surat dekri tu. So, apa-apa move dari aku, bakal mengundang kemarahan rakyat sebab dekri tu."
"Jadi Pengetua nak I buat apa?"
"Sack Fazrul. Ganti dengan orang lain. Lagipun dia ni kurang ajar."
"Fazrul ni kan anak buah Aunty Idah?"
"Ye aku tau, tapi dia ni dah di luar kawalan. Dia ni yang sabotaj kerajaan kita dari dalam. In order to control our civil servant, kita kena buang Fazrul from the government."
"Ada risk. Kita nak buang dia sebab apa?"
"Korek la apa-apa kes. Suruhlah Jabatan Peguam Negara korek fail Fazrul. Gangster macam tu, takkan takde fail."
"SPRG?"
"Whatever. Kau kena ingat, Nat. Kau tu PM. Do not hesitate to use your power, otherwise people will belittling you. You must be firm. Lagi satu, aku nak kau perhatikan si Hafiz tu. Dia tu kenapa jalan bontot terkepit-kepit. Dia ni, luar tabi'i ke?"
"Cannot be lah, Pengetua. Takkan la dia nak buat macam tu. Dia setia dengan Adilah kot."
"Macam pelik. Kena buasir ke?"
"Ye lah. Nanti I tanya dia."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro