
2010 part 9
"Awak kan Menteri Dalam Negeri. Awak kan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara. Awak kan ada akses dengan polis. Awak kan ada akses dengan Peguam Negara. Kenapa nak cari sorang ketua gangster abang long kawasan Puncak Tropika ni pun, awak rasa susah sangat? Nampak sangat ketara yang hantar ular rattlesnake tu memang dia. Koibito, cuba tengok apa dah jadi macam Alif tu? Dia cacat sebab si musibat tu, awak faham tak? Awak tau tak, awak ni lembab, awak sedar tak? Awak tau tak, dalam masa setahun si Azlan tu jadi Menteri Dalam Negeri, macam-macam dia buat. Dia rasuah semua pegawai polis dengan umum kenaikan gaji polis. Dia bagi benefit macam-macam pada polis, lepas tu senyap-senyap dia lupuskan fail-fail jahat dia. Lepas tu dalam masa setahun, dia pastikan Kimi dapat hukuman penjara seumur hidup, lepas tu dia hukum awak penjara sampai lima tahun. Awak nampak tak, musuh kita ni cekap yang amat? Kenapa awak jadi Menteri Dalam Negeri, satu apa pun yang saya suruh buat, apa yang ayah saya suruh buat, apa yang Tan Sri Jabbar nasihat, satu apa pun awak tak buat? Awak buat apa dalam pejabat ni? Eeiii, bodohnya! Takkan tangkap sorang ketua gangster ni pun susah sangat? Ke sebab dia bestfriend awak sampai awak tak sanggup nak tangkap dia? Ke sebab dia pegang rahsia awak pasal apa yang awak buat dari tahun 1996 sampai 1999 tu yang buat awak kaya raya? Dia tu macai Azlan, faham tak? Lepas tu, dah setahun awak jadi Menteri Dalam Negeri, kenapa susah sangat nak lepaskan Kimi dalam jail tu? Dia anak buah saya, tau tak? Tiap kali saya tanya pasal Kimi, awak cakap karenah birokrasi. Azlan tu, lepaskan Rahizan kejap je. Tak sampai setahun."
Teruk betul Hafiz kena bambu dalam kereta. Driver dia dengar pun rasa sayu je.
--
Hashimuddin Jais - Tukar Tayar
MENTERI KDN JANTAN TAKUBIN
KAHKAHKAH.... WOIT! KAHKAHKAH!
APA PUNYA TAKUBIN JANTAN NI!
KENA QUEEN CONTROL KE?
KAHKAHKAH
KATA JANTAN TAKUBIN...
KALAU SYARIKAT BINI BUAT PASAL, TAK NAK AMBIK TINDAKAN SEBAB SYARIKAT NI BERJASA PADA NEGARA...
KAHKAHKAH...WOIT!
KALAU TAKUT BINI CAKAP JE LAH TAKUT BINI!
--
Salah sebuah anak syarikat Kencana Consortium, yang dipengerusikan Adilah, terlibat dalam skandal penipuan maklumat berkenaan data penyebaran wabak H1N1, yang melibatkan dengan sebuah syarikat Kwantung, untuk menjual vaksin kepada kementerian kesihatan telah mulai tersebar di media sosial.
Bermula dengan pendedahan oleh blogger yang bernama Mr Shadow, fail-fail serta invois yang melibatkan tiga syarikat lain, mula tersebar dari kalangan pengikut berita politik Gelanggayu.
Dari Hashimuddin Jais, ke Din Penyu, ke Chegu Badrul, sehinggalah ke media-media sosial seperti Facebook dan Twitter mula terkantoi dokumen ini.
Blogger antivax mula mengaitkan skandal penipuan ini dengan Apex Group, yang mereka dakwa ada kaitan dengan Illuminati dan Rothschild, sebab ada loan duit dengan JP Morgan. Biasa la dorang ni.
Pentadbiran Natasha dikecam teruk kerana menipu rakyat untuk keuntungan berbillion dolar Amerika dan diberikan kepada syarikat-syarikat yang bersekutu dalam Apex Group.
Pada sidang media hari ini, Natasha rasa tertekan apabila perkara ini viral. Dia tak tahu apa nak dijawab, sebab dia sendiri tak tahu yang Adilah, buat backdoor deals dengan syarikat yang ada link dengan Parti Komunis Kwantung.
Dia tahu Adilah dah banyak funding duit pada dia, dan selamatkan syarikat ayahnya daripada terbenam. Dia tahu apa yang Adilah buat ni salah, dan buat rakyat marah.
Dia terus masuk ke pejabat, kunci pintu, dan kemudian menangis seorang diri di atas meja.
Setiap kali dia terpandang karpet yang ada kesan darah Luqman tu, dia tahu, kerusi ni seolah-olah dah disumpah untuk jadi suwey.
Macam kematian Luqman tu memberi badi dan bad omen kepada pejabat Perdana Menteri.
--
Dalam kereta, lagu All By Myself dari Celine Dion berkumandang. Natasha hanya menangis dan tak tahu apa dia perlu buat apabila berdepan dengan krisis politik seperti ini.
"Puan, puan tak apa-apa?" tanya drivernya.
"No, I'm fine. Thanks."
"Saya faham semua ni bukan salah puan. Tapi sebab puan ni Perdana Menteri, puan kena bertanggungjawab. Jangan jadi macam arwah Luqman dulu. Semua benda dia lepaskan pada Hafiz."
"You dulu driver dia ke?"
"Saya driver hampir semua Perdana Menteri. Izham sorang je bukan saya drive. Izham ada driver dia yang tersendiri. Tapi saya driver Azlan."
"You driver Azlan?"
"Ya, saya."
"Masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri, macam mana dia layan awak?"
"Dia kalau boleh nak drive sendiri. Saya cuma drive kalau official je. Rasa macam makan gaji buta je. Lepas tu dia selalu ajak saya makan sama, dia layan pekerja dia macam kawan dia. Kalau saya ada masalah kewangan, dia dahulukan duit dia. Kadang-kadang dia bagi je duit, tak potong gaji. Tapi itulah, sebab dia tu popular, ramai orang dengki dia."
"Takde perkara jahat yang dia buat?"
"Mana ada ahli politik yang baik, puan. Semua nak naik ke atas, ada helahnya sendiri. Saya rasa benda ni pun puan faham, kan?"
Natasha mengangguk.
"Saya sebenarnya nak melawat Azlan ni. Anak dia, Jugra, bersunat. Kelakar cerita dia. Anak dia tak sabar nak sunat, sekali dia sunat diri sendiri. Bila tersalah potong, terpaksa doktor sunatkan."
Muka Natasha ceria bila dengar cerita pasal anak Azlan.
"Saya hantar puan dulu, lepas tu saya ke sana, ya?"
"Eh, tak. Saya nak jumpa dia."
"Puan kenal dia?"
"Terlebih kenal."
--
Natasha tiba di depan rumah Azlan, yang dahulunya bekas rumah Tengku Ariffin.
"Dah sampai, puan."
"Ya, saya tahu."
"Nak turun ke? Saya nak turun."
"You turun dulu."
Natasha rasa takut nak berjumpa depan-depan. Dia nampak Azlan dan Kecik sedang bermain bola sepak di laman rumah. Maklumlah, Piala Dunia 2010 Afrika Selatan semakin dekat. Merlina pula duduk di tepi, sambil minum teh dan makan durian crepe.
Hanya cermin gelap sahaja yang melindungi Natasha daripada pandangan Azlan.
Dia kemudian tersenyum seorang diri, kemudian terbayangkan dia yang jadi isteri kepada Azlan. Mesti senyuman bahagia tu macam mana dia nampak Merlina senyum ketawa.
Dia kemudian nampak driver tu berpelukan dengan Azlan. Mesra dan ramah sekali. Dia rasa pelik, sebab Azlan yang dia kenal kat sekolah dulu, adalah sejenis kera sumbang yang tak suka bergaul dengan orang.
Dia capai telefon BlackBerrynya, kemudian unblock kembali Azlan, selepas sekian lama dia block lepas kejadian di Gaucho's hari tu.
Dia type "hi, azlan. whutsup?" kemudian dia padam balik. Dia rasa dia perlu bercakap dengan Azlan, tapi sejak Azlan serang dia tentang isu #NoToDarwinism, dia ralat untuk berhubung dengan Azlan.
Nampak sangat yang Azlan dah move on daripada dia.
"Not today," kata Natasha dalam diri.
--
"Eh, encik Azlan dulu bukan sokong Itali ke? Ni kenapa pakai baju Spain pulak ni? Lalang betul encik Azlan ni," kata driver.
"Apa pulak? Saya memang dari dulu peminat Carles Puyol dan Andres Iniesta. Barca and Spain!" kata Azlan.
"Bohong! Kau memang lalang! Dulu kat office SegarXFM, kau pakai baju Itali. Peminat Totti konon. Aku dengan Ali saksi! Lalang siot kau ni!" Merlina menyanggah. Merlina tak puas hati dengan perangai Azlan yang suka bertukar-tukar team.
"Mana ada, Mer. Kau pepandai je. Aku memang dari dulu sokong Spain. Dari zaman Luis Enrique lagi."
"Sudahlah kau! Dasar politician!"
"Puan Mer sokong England?"
"Ye lah, tapi tu lah, David Beckham dah bersara dah. Tak tahu la Fabio Capello jadi manager ni macam mana. Suka tengok masa zaman Sven Goren Erikssen je. Zaman McLaren mintak simpang la! Euro 2008 pun tak layak!"
"Eh, Jugra macam mana, encik Azlan?"
"Itu la dia, jenis tak pernah dibuat dek orang sunat diri sendiri ni. Nak tengok dia dalam bilik ke?"
"Ye lah. Dah besar dah si Jugra ni. Encik Azlan, kalau saya belikan dia mainan kereta Ford Mustang ni, agak-agak dia suka tak?"
"Jugra suka kereta, tapi dia tak suka mainan. Dia ni rasa diri dia dah dewasa. Bayangkan, hari tu dia cakap cuti sekolah dia nak kerja bengkel Kecik, kau tak rasa kelakar ke?"
"Ni bukan Peter Pan syndrome ni, encik Azlan. Ni reverse Peter Pan. Budak kecik berlagak tua!"
Selepas menyerahkan hadiah mainan Ford Mustang kepada Jugra yang sedang terbaring, driver tarik lengan Azlan, kemudian bagi sekeping envelop.
"Mr Shadow bagi ni, suruh sampaikan pada encik Azlan. Ini berkaitan tentang apa yang berlaku di Kyrgyzstan. Encik Azlan tau kan?"
Azlan terus tarik tangan Merlina.
"Woi, apa ni?"
"Cerita terbaru pasal Ali."
"Saya tak boleh lama ni, encik Azlan. Cik Puan ada kat belakang."
Azlan terus tarik lengan baju drivernya.
"Kau bawak Natasha ke sini ke? Kau gila ke? Dia ni orang Adilah, kau faham tak?"
"Faham, tapi Cik Puan yang nak jumpa encik Azlan."
Azlan jeling ke Merlina.
"Kalau ada hal penting, jumpa je lah. Buat apa pandang aku?" kata Merlina.
"Ada apa?"
"Pasal isu vaksin tu. Hashimuddin Jais dah pecah berita kat blog Tukar Tayar. Dah viral dah. Teruk media kecam Puan Nat hari ni."
"Kejap, aku sibuk jaga anak aku hari ni, tiba-tiba Hashimuddin Jais pecah berita?"
Terus Azlan bukak blog Tukar Tayar dalam BlackBerrynya, dia baca kemudian dia ketawa.
"Yes, ada bahan nak serang!"
--
@AzlanNiat : Menipu duit rakyat beli vaksin, untung berbillion. @KKGKotaWarisan sila jawab. Jangan salahgunakan kepercayaan rakyat. #SkandalVaksin
Satu tweet dari Azlan mencetuskan beberapa kemarahan. Tweet Azlan itu diambil kesempatan oleh golongan antivax yang menuduh penciptaan vaksin H1N1 ini untuk memberi kekayaan kepada syarikat-syarikat farmaseutikal.
Hashtag #SkandalVaksin mula jadi tular di media sosial, dan orang ramai mula mempertikaikan kerajaan pimpinan Natasha.
Natasha nampak sahaja tweet dari Azlan, terus dia mengamuk!
Maria, secretary Natasha, memantau keadaan semasa dalam media sosial.
"Dah nak 100,000 retweets! Masih laju orang retweet ni. Mrs Nat, I think you should do press conference to tell this to the public. Takut golongan antivax serang program vaksinisasi kita nanti."
"Azlan, you're an asshole!" Natasha geram sampai tumbuk meja.
--
Setiap kali Azlan melepaskan satu tweet, pasti Angkasa Awana dan Wijaya TV melaporkannya. Pasti akan gempar dan viral.
Tetapi niat Azlan bukanlah nak serang Natasha, lebih kepada nak torpedo Hafiz dan Adilah, sebab mereka berdua ni berselindung di sebalik kerajaan Natasha.
Azlan dan Merlina buka sampul surat yang dihantar dari bekas drivernya.
Ada kertas yang menunjukkan gambar bendera Tunisia.
"Dia pergi Tunisia? Dia buat apa pulak kat situ? Lepas Kyrgyzstan, dia pergi Tunisia pulak ke? Lain macam move dia ni?" Merlina tanya Azlan.
"Aku tak tahu, tapi aku rasa dia pergi ni pun sebab Tengku Hisham."
"Tengku Hisham ni siapa doh? Apasal dia ni macam misteri je?"
"Aku tak tau, Mer. Tapi aku rasa Ali ni ada di belakang movement yang besar."
"Lain macam dia ni weh. Patutlah Hafiz nak tangkap dia."
"Hafiz takkan dapat tangkap dia. Orang-orang KDN tu semua orang aku atau orang Ali. Tan Sri Jabbar tu pun tak tau berapa ramai orang bawah dia sabotaj dia. Dulu masa Ali jadi ketua keselamatan aku, dia letak semua orang dia. Bila Hafiz jadi Menteri KDN, dia tak boleh nak buat apa."
"Kau rasa, semua benda ni ada kaitan dengan skandal vaksin yang kecoh hari ni?"
"Semua benda berkait. Bak kata Hashimuddin Jais, cui bono, follow where the money ends."
"Kau rasa Hashimuddin Jais ni ada kaitan dengan Ali ke?"
"Aku rasa informer dia yang ada kaitan dengan Ali. Tapi takde siapa tahu kat mana Ali kecuali kita, Dayah dan Pak Jamil."
"Susah betul nak tangkap Ali ni. Macam belut dalam lumpur."
"Mer, Ali dalam game ni dah lama dah. Silap-silap semua pelan Adilah, dia dah tahu dulu."
"Kau ingat tak dulu rancangan kanak-kanak, Di Mana Joe Jambul? Aku rasa macam tu la Ali sekarang," kata Merlina.
--
Pulang dari hospital, Jeneral Yahya lalu kawasan Puncak Jaya. Dia kagum, tapi dalam masa sama dia rasa macam di Istanbul atau di Damsyik.
Senibina bangunan baru ni macam gaya zaman Uthmaniyyah.
Jeneral Yahya nampak perumahan awam mula dibina di merata tempat di sekitar Wijayapura. Dia rasa hairan, sebab tak pernah pula Natasha selaku kerajaan pusat atau Izzuddin selaku kerajaan Wijayapura ada cakap apa-apa pasal projek ni.
Dia terus menelefon Natasha untuk bertanyakan tentang perkara ini.
"Nat, perumahan awam banyak dibina ni pakai duit government ke? Kenapa I tak pernah diconsult pasal perkara ni?"
"According from Izzu, that project is private funded."
"Yes but from whom?"
"I don't know..."
"Nat, you are the Prime Minister of Gelanggayu. How could you don't know about this project? I tengok spec project ni, memang macam gaya Temasik HDB ni. Tapi mana you all dapat duit? Kalau private dia tak jadi perumahan awam. Takkan you tak tau ni?"
"Serious, Pengetua. Nat tak tahu."
Pengetua terus letak telefon. Kemudian dia picit kepalanya dan rasa aneh macam mana boleh ada projek yang macam ni tiba-tiba boleh wujud.
Dari mana datang duit ni sedangkan bajet kerajaan republik masih dalam keadaan yang ketat akibat dari perbelanjaan perang saudara dulu.
Memang ada kerajaan umumkan projek mega seperti pembinaan MRT dan projek lebuhraya baru, tapi projek perumahan ni menyebabkan ramai para bankers marah kepada Pengetua. Sebab projek ni punca rakyat tidak lagi mahu loan bank, sebaliknya hanya apply rumah dari projek ini sahaja.
Dia nampak ada signboard tertulis, "Yayasan Darul Mukminin".
"What the hell...!"
Pengetua menelefon Faridah untuk bertanyakan jawapan.
"Idah, aku nak tanya, projek pembangunan perumahan awam ni siapa yang bina? Yayasan Darul Mukminin ni siapa pulak?"
"Yang kat Puncak Jaya tu? Itu kan projek dari duit zakat. Yayasan Darul Mukminin tu yang menguruskan zakat ni."
"Idah, negara kita ni secular republic. Zakat ni bukan konsep yang kita nak guna pakai. As Governor Bank, you should know this."
"Kalau orang nak bina rumah, let them build je la, Jeneral. Kenapa nak marah pulak?"
"Kalau bina macam ni, macam mana bank nak business? Kau pun jadi Gabenor Bank takkan kau tak fikir perkara macam ni?"
"Jeneral, for all of respect, kerajaan mahupun Bank Negara tak boleh campur tangan dalam investment luar. Itu kan ada dalam Akta Liberalisasi Ekonomi 1996. Lagipun kan akta tu Jeneral sendiri endorse dulu? Lupa ek?"
Terkedu Jeneral Yahya bila Faridah cakap macam tu.
"Kalau Jeneral nak suruh Natasha mansuhkan akta tu, persilakan. Tapi nanti fiscal policy problem saya letak jawatan je. Jeneral tanggung la sendiri. Biarkan je lah dorang tu nak bina rumah. Bank fokus je la rumah golongan kelas menengah dan atas, yang ada duit. Lagipun lepas perang ni manalah rakyat ni ada duit. Rumah pun dah runtuh, lagi nak suruh bebankan dengan interest rate dan hutang. Fikir la sikit, Jeneral. Jangan ikutkan perasaan tu sangat."
Faridah macam dah sedia untuk menjawab soalan tu awal-awal. Sebab semua ni pun perancangan dia juga.
"Apa aku nak jawab dengan Jacob kalau dah macam ni? Aku kena bayar hutang dia ni. Dah la harta keluarga al-Daulah dah lesap ke mana. Tiba-tiba boleh pulak ada projek yang macam ni."
"Kenapa Jeneral nak fikirkan pasal Jacob pulak? Patutnya Jeneral kena la fikir soal rakyat. Jeneral fikirkan banker pulak. Kata pejuang tanah air. Apa bezanya seorang gabenor jeneral British dengan seorang banker dari Temasik?"
Terus sakit jantung Pengetua lepas apa yang Faridah lafazkan. Dia tak sangka anak didiknya sudah mula melawannya.
--
"La, orang tua ni lagi. Bukan baru discharged ke tadi? Masuk balik?"
"Entah, liat benar nak mati agaknya. Banyak sangat minum darah orang Islam agaknya."
"Ye la, Freemason macam dia ni memang suka hancurkan negara Islam. Afghanistan, Iraq, Kundur, Gelanggayu, Pattani. Lepas ni Tunisia, Syria, Yaman..."
"Libya..."
"Tu confirm. Gadaffi nak buat projek dinar emas kot. Orang macam orang tua ni memang hati busuk. Tak boleh tengok negara Islam jadi kaya..."
Jeneral Yahya dengar perbualan dua orang doktor tu, tapi dia dalam keadaan anesthesia dan tak boleh buat apa-apa.
"Aku fikir aku ambik Hippocratic oath je. Kalau tak, aku tikam-tikam jantung orang tua ni."
"Big boss cakap bagi orang tua ni hidup lagi, bagi dia nampak sendiri dosa dia macam mana."
"Aku dengar penduduk taman kat rumah dia, satu taman saman dia sebab bau busuk tahi ayam kat rumah dia."
"Eh, dah gila ke orang tua ni? Dah kenapa nak ada tahi ayam kat rumah dia?"
"Entahlah. Jap, jap. Kau buat lawak jap."
"Ada seekor lembu mengamuk kat tengah kampung. Macam mana nak lembutkan dia?"
"Panggil matador?"
"Salah. Tambah huruf t. Lembu campur huruf t jadilah lembut."
Doktor yang sorang tu memicit bahagian hati Jeneral Yahya.
"Mencuit hati Jeneral."
"Orang macam kita je ada lesen buat lawak camni."
"Kau tengok, hati pun hitam."
"Banyak minum alkohol tu."
"Itu lah, elok-elok nama Nabi orang Islam, buat perangai kapir. Asal tak tukar nama jadi John ke, Benjamin ke..."
"Benjamin Netanyahu boleh masuk gak tu, sama je musibat macam mangkuk ni."
"Aku rasa bila mati orang tua ni, memang confirm bumi tak terima."
"Takkan nak lepaskan mayat dia kat angkasa lepas pulak?"
"Takpe la, biar la dia terapung-apung kat angkasa tu. Biar sampai matahari, cepat sikit kena bakar sebelum nak tunggu kiamat kena bakar kat api neraka. Bersubahat lagi dengan musuh Islam."
"Eiii, aku tengok muka orang tua ni, rasa macam nak jeekkkkk je..."
"Dah la, buat je la kerja..."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro