
2010 part 7
Lagu Tik Tok dari Ke$ha berkumandang dalam Tutti Frutti yang baru dibuka di Puncak Jaya. Mili menarik tangan Jugra ke dalam kedai menjual yogurt beku (froyo) yang ditabur dengan buah-buahan. Kedai ini dibuka berhampiran sekolah, jadi penuh dengan orang ramai yang berpakaian sekolah.
"Cepatlah, Jugra!" kata Mili. Jugra pandang Alif.
"Apa kau tunggu lagi? Froyo kot? Panas ni!" kata Alif.
Mendengar lagu pop macam Ke$ha dah buat Jugra stress. Beberapa kali juga Jugra facepalm sebab dia rasa tempat ni tempat paling dia tak boleh blah, dengan diiringi muzik yang dia tak boleh blah langsung.
"Awak ambil mangkuk kertas ni, letak flavor froyo kegemaran awak, lepas tu taburlah buah-buahan tu. Ada kiwi, mangga, strawberry, ada chocolate sauce, ada kacang."
"Nah, cuba rasa ni. Froyo vanilla campur mango, lepas tu tabur strawberi dengan chocolate sauce. Sedap!"
Jugra rasa serba salah. Ego tak nak makan aiskrim sebab takut kena judge budak-budak (takde sape pun judge, tapi dia rasa diri dia dah dewasa) menyebabkan dia teragak-agak untuk memakannya.
"Nah, nganga mulut. Aaaa!"
Sedang Mili menyuap Jugra froyo, tiba-tiba Jugra ternampak makciknya Jessica masuk ke kedai.
"Alamak, mamposlah aku. Mamposlah!"
"Oh my God, Jugra dah ada girlfriend! Whoaaaaa!" kata Jessie depan Jugra dan Mili.
Mili tercengang pandang artis popular, Jessica Daniel di depan matanya. Dia kenal lah sebab cousin dia pernah beli album dia.
"Awak kenal Jessica Daniel?" tanya Mili.
"Dia makcik saya. Cousin belah ayah."
"Oh my God! Kak Jessie! I'm your biggest fan! Alif, Alif!"
Alif tengah sedap melantak froyo, jadi dia tak pandang Mili.
"Alif!"
"Apa dia?"
"Jessica Daniel! Dia ni aunty kepada Jugra!"
"Huh?"
"Bab aunty tu slow la sikit dik, tak nak la rasa dah tua," kata Jessie, segan.
Jugra rasa macam dia nak sarung muka dia dengan plastik sampah hitam dan blah tanpa dikenali.
"Jugra, kenalkan la kat aunty, siapa gerangan si gadis manis ni?" kata Jessie.
"Nama saya Mili Adrina. Itu adik lelaki saya, Alif Akmal. Kami berdua membesar suka dengar suara Kak Jessie. Boleh tak autograf kat mangkuk froyo ni?"
"Sure, jap, korang couple ke?"
"Takde, aunty Jessie. Takde couple couple. Jugra balik dulu."
"Eh, eh, lek la. Jom la, aunty belanja."
Jugra rasa stress je bila terpaksa duduk bersama aunty Jessie.
"To Mili, you're awesome and thanks for your warm vibes! Jessie! Nah!"
"Thank you Jessica Daniel!"
"Ni kenapa muncung je ni, Jugra? Tak suka aunty Jessie kacau ke?" sedap betul Jessica ni troll Jugra.
"Tak suka makan aiskrim!" Jugra memeluk tubuh.
"Dia memang macam ni, Mili. Sebenarnya dia nak froyo tu."
Jugra buat muka tak puas hati. Rasa maruah dia sebagai budak rock kapak lepak bengkel kereta macam dah jatuh teruk.
"Kenapa Kak Jessie dah tak menyanyi lagi?"
"Ala, zaman dah berlalu. Rindu jugak zaman tu."
"Mili bila dah besar kan, Mili nak jadi artis macam Kak Jessie! Nak jadi artis Youtube macam Yuna. Kak Jessie jumpa tak Yuna?"
"Jumpa la jugak."
"Bestnya! Sam Bunkface?"
"Baru je kat office tadi."
"Ala, bestnya tempat kerja Kak Jessie. Nanti Mili nak pergi tengok, boleh?"
Jugra dah ketuk-ketuk kepala dia kat meja.
"Jugra kenapa datang tak cakap Kak Jessie? Kalau tak, dah lama Kak Jessie belanja, sekali dengan kawan-kawan ni."
Mili dan Alif seronok.
"Boleh ke Kak Jessie, kitorang nak satu lagi round?" tanya Alif.
"Tutti Frutti ni akak punya lah. Ambik, kakak belanja."
Jiwa Jugra dah tertekan di situ.
--
"Mana aku nak letak muka aku ni? Aunty Jessie ada pulak dah! Ni kalau Abang Kecik, Abang Joni, Abang Alias ni tau ni, malu aku, malu!"
Jugra bermonolog dengan diri sendiri mengayuh basikal menuju ke bengkel kereta Abang Kecik.
"Kau dah kenapa? Monyok semacam je?" tanya Kecik sambil togok air mineral Desa botol besar.
"Benci betul la."
"Apa benda yang kau benci sangat tu?"
Jugra sembamkan muka dia kat kerusi sofa. Dia rasa malu sangat atas apa yang berlaku tadi.
Kecik terus capai rak CD, dan capai CD XPDC. Dia pasang lagu Hairan Bin Ajaib.
"Ni kenapa pulak budak ni?" tanya Joni melihat Jugra sedang menonggeng.
"Woi, apa kata kau cerita kat aku, apa dia masalah kau ni?" Kecik menepuk bahu Jugra.
"Kat sekolah, ada sorang budak perempuan ni. Dia suka nak duduk sebelah Jugra. Nak makan sebelah Jugra. Lepas tu belanja Jugra makan Tutti Frutti."
Joni dan Kecik terus ketawa. Jugra dah tekup muka menahan malu.
"Apa masalahnya woi? Awek tu tak cun ke?" tanya Kecik.
"Lawa tu lawa la, tapi dah la suka lagu G-pop, lepas tu suka Justin Bieber. Lepas tu, dia belanja Tutti Frutti pulak. Amende!"
Terbahak-bahak Kecik dan Joni tergelak.
"Ala, kau layankan je la, Jugra. Dulu masa aku sekolah dulu, ex aku layan Britney Spears, Spice Girls, S Club 7. Aku tetap layan Bandi Amok. Rilek je. Janganlah sebab muzik, kau memutuskan rasa cinta di hati tu, cewah!" kata Joni, ketawa.
"Tak suka la!" kata Jugra.
"Budak ni belum baligh lagi, Joni. Biasa la. Kita dulu belum baligh pun segan dengan perempuan," Kecik menyelit.
"Apa kata kita balighkan dia?"
"Hah?" Kecik pandang pelik pada Joni.
"Kita bukak WebGelanggayuBoleh! Kita tunjuk Babyrina!"
"Zaman bila kau ni. Orang dah bukak P0rnhub dah. Weh, janganlah. Bising Azlan nanti. Biarlah dia baligh secara natural. Barulah dia dewasa dengan sendirinya."
"Tapi Jugra dah dewasa, Bang Kecik."
"Kau belum dewasa lagi. Untuk kau jadi dewasa, kena berlaku dua benda dulu. Pertama, kau kena sunat. Yang kedua, kena baligh."
"Sunat?"
"Ye la, kulup tak potong mana boleh jadi dewasa," kata Kecik.
"Entah. Kau kalau tak sunat, tak boleh jadi imam tau. Macam mana kau nak jadi dewasa kalau kau tak boleh jadi imam?" kata Joni.
"Serius ke ni?" tanya Jugra.
"Serius la. Kau ingat aku main-main ke? Tak percaya kau tanya daddy kau," kata Kecik sambil light rokok Minit.
--
Kak Dayah kelihatan resah lepas viral tu. Dia seperti cacing kepanasan, takut mencetuskan konflik dengan jiran sebelah.
"Kenapa, Kak Dayah?" tanya Merlina.
"Akak bukan apa. Ni kalau viral ni, mesti Hafiz atau Adilah tahu yang Mer dengan Azlan ada kat sini."
"Kenapa? Dia bayar rumah ni ke?"
"Bukan macam tu. Tapi Mer tahu kan, Hafiz gaduh dengan Azlan?"
"Tau."
"Tak sedap la nanti mak dia dengan mak Kak Dayah masam muka."
"Kak, akak lupa ke apa yang Hafiz buat pada Ali? Nak fikir perasaan dia je, ingat kita takut dengan dia?"
"Tapi Ali tak ada. Nanti dia cari pasal..."
"Call je Mejar Jeneral Firdaus kalau dia banyak sembang," kata Azlan dari luar berandah.
Kak Dayah pandang ke arah Azlan.
"Fikir orang buat dia je. Dia buat orang tak fikir pulak," kata Azlan.
Azlan bangun dan tepuk bahu Merlina.
"Jangan risau pasal Hafiz tu lah. Dia takkan mampu gunakan jentera Kementerian Dalam Negeri tu. Semua ketua jabatan, pegawai tinggi, semua orang Fazrul atau orang Ali. Dia nak ugut Kak Dayah? Tak payah takut. Dia takkan mampu gunakan dengan efisien."
--
Keesokan paginya, Azlan pergi ke pasar terapung di tepi Sungai Raya, kemudian bersalaman dengan penduduk tempatan.
Art Ardan pula ambil gambar dan video Azlan membeli durian.
Azlan kemudian pandang ke kamera.
One, two, ok go!
"Salam dan selamat sejahtera semua. Hari ini saya ke Pasar Terapung Sungai Raya, di Air Putih. Saya sebenarnya sedang memilih durian sebab isteri saya, Merlina sedang mengidam. Saya bukan pakar durian, jadi nak tanya, yang mana lebih sedap? Durian Musang King, atau Udang Merah?"
"Okay cun, Abang Alan. Kak Mer, tengok sini jap?"
Merlina tengok lighting, kemudian dari segi kualiti shoot.
"Tak berapa centre la, Art. Shoot sekali lagi sampai akak cakap perfect."
Azlan dah boring sebab kena ulang balik skrip tadi.
"Okay, one, two, go!"
--
Tiga kali ambil cut, barulah Merlina kata "bolehlah tu", memandangkan cahaya matahari semakin terik dan lighting semakin tak best.
"Sekarang pukul berapa?"
"10:30 pagi, Kak Mer."
"Aku nak kau siap edit video ni sebelum jam 3 petang. Kau jangan cakap laptop kau tak power. Aku baru beli Macbook baru untuk kau. Tak jadi projek ni, jangan harap aku izinkan kau kahwin dengan Jessie."
"Ala Kak Mer, janganlah ganas sampai macam tu."
"Cepat sikit buat. Aku nak post video ni pukul 4 petang. Tu dia punya engagement tinggi sikit."
--
Sambil beli durian, Azlan berbual dengan penduduk tempatan, bertanyakan pasal isu-isu tempatan. Antaranya cerita warlord-warlord Azmi semuanya kekeringan sejak kematian beliau 9 tahun lepas.
Dalam politik Gelanggayu, orang macam ni dipanggil 'polong tidak bertuan'. Jenis hidup bergantung kepada warlord politik, tapi sebab warlord tu mati, atau kalah pilihanraya, maka dia tak ada hala tuju.
Azlan mencadangkan supaya dia jangan menyertai Parti Nasionalis, sebaliknya Azlan akan memberi dana kepada penduduk Air Putih untuk menubuhkan parti yang berkuasa peringkat negeri.
Tujuannya, untuk mengelirukan Wan Radzi dan pegawai-pegawai SPR Gelanggayu yang dipegangnya.
Perlahan-lahan, ramai pegawai SPR Gelanggayu, dimasukkan oleh orang-orang Fazrul.
Dalam erti kata lain, orang atas tak tau apa kerja orang bawah buat.
"Okay guys, it's a wrap! Lepas ni kita dah boleh balik dah," kata Merlina yang dah berpuas hati dengan content yang dibuat hari ini.
"Mer, Kecik cakap tinggal je kereta Ali kat sini. Dorang hantar kita naik flight, senang sikit. Kereta ni nanti budak Ayam Hitam akan hantar ke sana," kata Kak Dayah.
"Elok la kalau macam tu. Aku ni dah la pregnant. Jalan hari tu pun boleh tahan mabuk jugak aku hari tu," kata Merlina sambil kemas barangan kamera.
--
Azlan tiba di rumah dengan melihat Jugra sedang tengok wrestling dengan Nur Nilam Sari yang kini dah berusia 3 tahun.
"Astaghfirullah al azim, kau ajar Nilam tengok wrestling ni dah kenapa?" Azlan tergaru-garu kepala.
"Ala, daddy. Dah daddy dia yang ajar Jugra tengok wrestling, dah tiba masanya Jugra ajar anak dia pulak."
"Dah besar nanti mau dia ni jadi Stephanie McMahon nanti. Aunty Zana mana?"
"Tu, kat dapur, tengah masak."
Merlina masuk ke dalam rumah dan bawa sebotol tempoyak.
"Mama Mer, apa benda tu? Bau lain macam je," tanya Jugra yang aneh dengan bau botol tempoyak dari beg plastik yang dipegang Merlina.
"Dah siap jadi sambal nanti baru kau tau bau aneh ni sebenarnya sebuah ramuan magis dalam masakan Melayu," kata Merlina.
--
Ketika Azlan sekeluarga bersama Art Ardan, Rozana dan Hidayah sedang menikmati makan malam, Jugra hanya diam sambil cuit-cuit nasi.
"Jugra, kenapa ni? Jugra tak sihat ke?" tanya Merlina.
"Ada orang buli kau lagi kat sekolah ke?" tanya Azlan.
Jugra geleng kepala.
"Kat sekolah cikgu marah ke?" tanya Merlina.
Jugra masih menggeleng kepala.
"Habis tu?" tanya Azlan.
"Daddy, betul ke, kalau kita nak jadi dewasa, kita kena sunat?"
Terbarai gelak semua orang.
"Ya, betul. Kena sunat," kata Azlan.
"Sakit tak?"
"Keluar darah la."
Mendengar keluar darah, Jugra jadi seriau. Kalau darah kat bahagian lain, okay lagi. Darah kat bahagian tu, hmmm...
Dia teringat masa dia umur 7 tahun, bahagian depan kulupnya tersepit pada jeans dia. Tu pun dia dah rasa sakit gila. Ali terus kena sunat bila kena camtu.
"Kalau Jugra nak sunat, kita boleh arrange hujung tahun ni," kata Azlan.
"Tapi kalau Jugra belum sunat, Jugra belum dewasa la?"
Merlina dan Azlan geleng kepala.
"Macam tu, Jugra nak sunat sekarang!"
"Kau ni, agak-agak la nak sunat sekarang. Kau nak panggil doktor pukul berapa pulak ni?"
"Hujung tahun ni ya?" kata Merlina.
Jugra muncungkan muka.
"Nak sunat, kena booking dulu. Lain la duduk kampung, ada tok mudim. Malam ni jugak aku sunatkan kau," kata Azlan.
--
Esok pagi, ketika rehat, Alif dan Jugra makan berdua di belakang sekolah, macam biasa. Mili sedang berada di perpustakaan, bertugas.
"Alif, aku nak tanya kau satu soalan, boleh tak?" tanya Jugra.
"Apa dia?"
"Bapak kau dah sunatkan kau?"
"Dah. Dia sunatkan aku masa aku baby lagi."
Jugra jadi confused. Kenapa Alif dah sunat masa baby, tapi dia belum disunatkan lagi?
"Kau tipu?"
"La, benda macam ni pun kata tipu."
"Tunjuk kat aku."
Alif buka zip, dan tunjukkan ketiadaan kulupnya.
Punyalah stress Jugra untuk terima hakikat yang Alif dah sunat. Dia punya rasa down memang toksah nak cakaplah.
Habis rehat tu, Jugra ambil gunting lipat dia, kemudian dia terus ke tandas, dan dalam tandas, Jugra cuba menggunting kulupnya.
"Aaaarrggghhh! Arrggghhh!"
--
Sedang Mili dan Alif belajar, tiba-tiba kedengaran bunyi siren ambulans masuk ke perkarangan sekolah. Semua orang pun terkejut dan keluar dari kelas, melihat siapa yang kena masuk hospital.
"Jugra? Kenapa Jugra kena masuk hospital?" tanya Mili.
"Entah. Tadi dia cakap pasal sunat."
"Dia sunat diri dia sendiri ke?"
--
"Jugra, boleh tak tunggu daddy tempah doktor untuk sunat. Yang kau pergi sunat diri sendiri tu, pasal apa?" Azlan terus facepalm.
Merlina hanya tutup muka, cuba menahan ketawa.
"Jugra nak jadi dewasa, daddy. Jugra tak nak jadi budak-budak."
"Jugra, kalau kau salah potong urat saraf kat situ, kau nak kencing pun susah. Nak uh-uh pun tak boleh."
"Uh-uh tu apa, daddy?"
"Tak boleh tau. Belum cukup umur."
"Tapi Jugra dah sunat."
"Tapi kau belum cukup umur. Sekarang, doktor terpaksa sunatkan kau. Kes emergency. Yang kau pandai-pandai sunatkan diri sendiri tu pasal apa? Eiii, geram betul aku dengan kau ni!"
"Ala, Lan. Lek la. Cool apa, sunat diri sendiri. Mana ada lelaki yang sunat diri sendiri beb," Merlina cuba nak tenangkan Azlan.
"Eiii, mujurlah tak jadi apa-apa. Mujurlah pesakit luar je."
Doktor kemudian memberi resit untuk Azlan ambil ubat di kaunter.
"Jugra, kau pakai kain pelekat tu, lepas tu balik, jaga pantang. Tak boleh makan ayam, tak boleh makan benda bergoreng. Duduk rumah diam-diam. Faham?"
"Faham, daddy."
--
Dalam kereta, Merlina buka lagu Beautiful Boy dari John Lennon. Azlan yang sedang memandu, tangan kiri pegang stereng, dan tangan kanan picit dan urut-urut keningnya.
"Ala, dah la tu, Lan. Aku rasa okay je kot. Jugra pun dah selamat sunat. Takde apa la tu."
"Macam mana la perasaan ibu bila berdepan dengan perangai aku masa kecik dulu."
"Asal, kau macam Jugra jugak ke dulu?"
"Lebih kurang la. Tapi sunat diri sendiri ni next level. Sepailang-pailang Ali pun aku rasa takdelah dia sampai sunat diri sendiri."
"Mana kau tau? Dia kan cerita, masa dia kecik dulu dia membesar kat jalanan. Entah-entah dia sunat diri sendiri jugak."
"Nak tanya dia pun, dia kat Kyrgyzstan."
Dari cermin pandang belakang, Azlan nampak Jugra sudah tertidur. Mungkin sebab dah makan ubat, jadi mengantuk.
"Mujurlah kau ada, Mer. Kalau aku sorang-sorang ni, stress aku dibuatnya."
"Ala, rilek la. Aku pun panik sebenarnya tadi. Kalau Mina, mungkin dia boleh handle Jugra ni. Aku pun bukannya betul sangat pun."
"Hmm, aku rasa kau ok je jadi mak sebenarnya. Aku ni je, rasa macam gagal jadi ayah. Aku tak jaga anak aku."
"It's not so bad, Lan. Dah la tu, toksah difikirkan sangat."
Azlan bukan bercakap tentang Jugra sebenarnya. Dia bercakap tentang Rachel.
--
Natasha ternampak Azlan dan Merlina di hospital masa mereka melawat Jugra tadi.
Semalam dia tengok video tentang Azlan bercakap untuk meminta pendapat followersnya untuk memilih durian yang mana, kerana isterinya mengidam makan durian.
Natasha mencebik, dan tergetus rasa marah bila nampak Azlan dan Merlina bergelak ketawa dan mesra.
"Tetiba je cari perempuan pakai tudung!"
Natasha terus berjalan menuju ke arah bilik wad Pengetua, dan berpeluk tubuh.
"Kau kenapa muka moncong je ni?" tanya Pengetua.
"Azlan tu laaa! Dah ada kat hospital, tapi tak nak lawat pun Pengetua."
"Dia tak tahu agaknya aku masuk hospital."
"Mustahil la dia tak tahu. Habis tu, apa dia buat kat hospital tu dengan bini rempit dia tu?"
Pengetua ketawa.
"Kau jealous ni..."
"Pengetua, I think Alan dah kena control la. He is not the man I used to know. I mean, dulu dia tak macam ni..."
"Sebab tu kau kena ngorat dia balik, Nat. Kau je yang boleh selamatkan dia dari ajaran padang pasir ni."
"I'm not sure whether it's morally right or what..."
"Ingat apa aku ajar kau, Nat. The end is justifies the means. Kau kena tahu yang satu hari nanti, cincin ni akan jatuh ke tangan dia juga. Memang he is the chosen one. Sebab tu kau kena tarik balik kepada root dia yang asal. Benda yang aku ajar pada kau, sama je macam apa aku ajar pada dia."
Natasha jadi serabut. Dia tahu macam mana nak menawan hati Azlan, sebab dia pernah jadi kekasih Azlan, dua kali.
Kalau dulu Mina, senang. Merlina ni dia tak tahu latar belakangnya. Dulu pernahlah pergi Mauritius sama-sama, tapi masing-masing pergi hala masing-masing masa tu.
"You have to do it, for our Republic," kata Pengetua.
--
"Laaa, orang tua ni. Aku ingatkan Machiavellian la sangat. Macam ni je strategi dia? Buat malu aku je jadi anak murid dia," Faridah baling earphonenya.
"Kat dalam wad tu memang saya pasang bug, Aunty," kata Fazrul.
"Habis tu, kau rasa macam mana? Aku kalau Azlan ni buat perangai macam dulu sekali lagi, aku memang sumpah dia jadi tiang lampu," kata Faridah.
"Bab-bab macam ni, saya kena serahkan kepada babygirl saya, Marina," kata Fazrul.
"Gelilah aku kau panggil aku babygirl. Panggil cam biasa sudah," kata Marina.
"Kau ada idea?" Faridah tanya Marina.
"Senang je nak ajar Nat ni, Aunty."
Marina keluarkan fail salahlaku Natasha dalam kes pengubahan wang haram.
"Dulu, masa dia jadi girlfriend Luq masa zaman dia jadi Gabenor Wijayapura dulu, projek tambak laut kat depan kawasan pelabuhan tu. Kosnya RG 45 juta pada masa tu. Tapi dia jack sampai RG 70 juta. Sebab nak bayar Datuk Bakri, setpol Datuk Rahizan masa tu dia TPM, untuk jadikan Hafiz supplier CD-ROM Y2K kat kerajaan dengan mark up harga tiga kali ganda. Duit tu dia salur kat business butik Maria Rashid, dia punya PA," kata Marina.
"Betul-betul kau korek ni," kata Faridah.
"Nak try buli adik aku ke, Nat? Huh, karang satu-satu MP kau kena hilang kelayakan MP, baru padan muka. Semua MP aku ada fail," kata Marina.
Jawatan Peguam Negara adalah jawatan ketiga paling kuat dalam deep state kerajaan selepas Gabenor Bank Negara dan Ketua Setiausaha Negara. Pendek kata, kalau Peguam Negara nak heret seseorang ke mahkamah, 99.9% akan didapati bersalah.
"Kau ni memang kakak yang protective," kata Faridah.
"Mestilah, siapa tak sayang adik? Sengal-sengal Padayappa dia tu pun, adik saya jugak, Aunty."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro