
2010 part 6
Azlan
Entah kenapa sepanjang hari tu kami berdua macam berminat dengan pergolakan yang berlaku di Kyrgyzstan, sebuah negara yang begitu asing dengan kami.
Merlina hanya tau kewujudan negara tu siang tadi, tapi bila dah malam, dia punya research pasal konflik negara tu sampai dia boleh tahu pergolakan negara ni sejak sebelum zaman Soviet lagi.
"Ada banyak konflik sebenarnya. Selain China, Kyrgyzstan ni ada konflik dengan Uzbekistan sebab berebut sumber air. Masa zaman Soviet dulu, orang Uzbek boleh je cross sempadan Kyrgyz sebab dalam satu negara, tapi sekarang bila dah merdeka, dorang berebut la. Akibatnya ada lebih kurang 800,000 orang Uzbek dalam Kyrgyzstan yang kena tindas. Dalam negara-negara stan ni, penduduk paling ramai ialah Uzbekistan."
Tapi apakah maklumat ni penting untuk kitorang tau apa pelan Ali pergi ke situ?
Perkara ni boleh membuatkan aku gugur rambut untuk difikirkan. Adakah Ali sebenarnya cuba nak buat rusuhan di merata-rata tempat yang ada kepentingan dengan syarikat Adilah?
Atau sebenarnya knowledge Ali pasal geopolitik ni sebenarnya power tapi dia low profile? Atau sebenarnya Ali ni kerja dengan Tengku Hisham yang serba misterius ni?
Tiba-tiba aku terpandang buku The Grand Chessboard yang Merlina belikan untuk aku dulu. Yang dia ingat buku tu untuk pemain chess tapi rupanya buku pasal geopolitik.
Aku bawa buku tu, dan kemudian aku tunjuk pada Merlina.
"Kalau kau nak faham konflik kat sini, kau baca je buku yang kau beli ni."
"Ye tak ye jugak. Tak sangka buku ni sebenarnya berguna untuk kita jejak kat mana Ali ni."
Depan laptop, Merlina research pasal konflik negara Kyrgyzstan ni. Rupanya presiden yang sekarang ni, Kurmanbek Bakiyev ni dulu pernah gulingkan presiden sebelumnya, Askar Akayev, yang jadi presiden Kyrgyzstan sejak merdeka daripada Soviet Union.
Askar Akayev ni digulingkan pada tahun 2005 dalam Tulip Revolution, revolusi yang digerakkan oleh CIA untuk menjatuhkan rejim-rejim pro-Rusia di Ukraine, Georgia dan negara-negara bekas Yugoslavia macam Serbia dan Montenegro.
CIA dan Amerika, mewarisi perlawanan "the great game" dari tahun 1813 sampai 1907 antara Empayar British dan Czar Rusia berebut kawasan di Asia Tengah ni.
"Kau tengok map ni, Lan. Kat sebelah timur, China. Utara, Rusia. Barat laut, Iran, barat, Turki, selatan, India. Semua kuasa besar berebut kawasan ni."
"Ye lah tapi apa motif Ali pergi ke situ? Aku tau dulu Ali pernah organized demo team baju merah masa rusuhan kat Suvarnabhumi dulu?"
"Yang baju merah vs baju kuning tu, Ali organize? Maknanya dia ni memang international la bab merusuh ni? Yang demo May Day kat Betawi tu pun..."
"Apa game si Ali ni sebenarnya?"
"Entahlah Lan. Kita boleh berteori sampai kita mampos. Baik kita fokus kerja kita kat sini. Pandai-pandai la Ali jaga diri dia."
--
"Tak nak la, daddy, Mama Mer. Jugra tak nak pergi ikut daddy pergi Air Putih."
"Habis tu, siapa nak jaga Jugra kat sini?" tanya Azlan.
"Malaslah. Jugra nak kerja bengkel dengan Abang Kecik. Nak belajar repair kereta."
"Merepek la kau ni, Jugra. Umur kau baru 10 tahun, mana boleh kerja macam tu," Azlan menggelengkan kepala.
"Habis tu takkan nak tunggu umur sampai 41 tahun macam daddy baru nak belajar repair kereta? Daddy pun kalau kereta rosak, hantar kat bengkel."
Terkedu Azlan dibuatnya. Merlina tersengih je.
"Kitorang sebenarnya nak pergi ke Air Putih, sebab Kak Dayah tau kat mana Uncle Ali. Dia nak balik kampung dia, sebab ada benda kat sana yang melibatkan Uncle Ali. Kitorang nak cari Uncle Ali. Jugra tak rindu ke Uncle Ali?" kata Merlina.
"Rindu."
"Haaa, kalau rindu, jom la kita pergi. Lagipun kalau Jugra nak kerja dengan abang Kecik, Jugra bawah umur. Nanti kalau polis tangkap abang Kecik pasal ambik pekerja bawah umur, tak ke susahkan abang Kecik?" kata Merlina lagi.
"Tak nak la. Dah la jauh."
"Sukati kau lah," Merlina dah malas nak pujuk Jugra lagi.
"Daddy dengan Mama Mer nak cari Uncle Ali ke? Uncle Ali kat mana?" tanya Jugra.
"Kyrgyzstan."
"Hah? Negara apa tu? Kat mana tu?"
"Dekat dengan Gohead-gostan, dekat-dekat dengan negeri Setan," kata Azlan.
"Negeri Setan? Dia dekat dengan negara asal usul band Burzum ke?" tanya Jugra.
"Dekat-dekat dengan dengan kawasan dark satanic of infinite darkness."
"Alaaaa daddy ni! Suka troll Jugra..."
Ayat dark satanic of infinite darkness ni memang akan melekat kat Jugra sampai jadi meme pada dia.
"Dah, dah. Jugra lekas siap pergi sekolah. Nanti lambat pulak. Kau tu dah selalu kena mark dengan cikgu disiplin. Haa, terserlah kemantapan kau," Merlina betulkan tali leher Jugra.
--
Jugra termenung seorang diri, memikirkan bilalah agaknya dia berumur 18 tahun dan boleh bekerja sebagai mekanik kereta.
"Sekarang 2010, kena tunggu 8 tahun. Lama gila 8 tahun tu. Ala kenapalah aku lahir lambat? Tak best betul lahir tahun 2000 ni. Kalau lahir tahun 19 kan nampak tua. Boring la jadi muda ni."
Jugra bermonolog seorang diri sambil makan roti sandwich yang Mama Mer sediakan.
"Tak boleh ke skip terus umur 18 tahun? Boring la sekolah ni. Dah la boring, lepas tu budak baya aku semua dengar lagu Justin Bieber, Kesha. Aku nak besar macam Abang Kecik. Atau macam Uncle Ali. Uncle Ali kat mana ya? Kirgi..ala, kena pergi library la macam ni. Nak tengok peta kat Atlas."
Habis makan sandwich, Jugra seperti biasa berjalan menuju ke perpustakaan untuk menghabiskan waktu rehatnya.
"Selamat datang! Hai!"
Dia nampak Mili melambai-lambai kat kaunter perpustakaan tu. Jugra dah stress.
"Awak nak baca apa hari ni? Suratkhabar hari ni? Saya ambilkan."
"Aku nak cari buku peta. Atlas."
"Atlas ya? Kejap, saya pergi ambil. Awak duduk je. Biar saya carikan."
"Takpe, takpe. Kau bertugas jadi perpustakawan ke? Apa kata kau duduk je kat kaunter tu, bertugas. Jangan kacau aku."
Tapi Mili terus je cari buku Atlas tu.
"Nah, buku Atlas awak."
"Hmm, terima kasih."
"Kasih diterima. Awak nak apa-apa lagi?"
"Aku tak nak diganggu."
Jugra terus duduk di meja, dan memerhatikan peta di buku atlas itu.
"Dari Wijayapura, drive sampai Melaut, lepas tu tembus kat Suvarnabhumi. Lepas tu pergi Laos, Kwantung...ish, Kwantung ni pun besar sangat ni. Mana dia Kirgi...Kirgi...haaa! Kyrg..ish, macam mana nak sebut nama negara ni? Huruf konsonan je semua ni, satu je huruf vokal? Entah-entah rakyat dia bercakap tak guna huruf vokal kot?"
Dia pandang ke depan, nampak Mili sedang pandang muka dia, tongkat dagu dua tangan di depan mejanya.
"Apa?"
"Kyrgyzstan. Sebutannya kir-giz-stan. Ibu negaranya ialah Bishkek. Penduduknya berjumlah 5 juta orang. Bersempadan dengan Kazakhstan, Uzbekistan, Tajikistan, dan Kwantung. Nama matawang Kyrgyzstan ialah som."
Jugra terkebil-kebil bila mendengar Mili menyebut fakta negara tu dengan lancar.
"Terror gila kau ni. Okay, kalau kau terror, namakan ibu negara Nepal?"
"Kathmandu."
"Saudi Arabia?"
"Riyadh."
"Poland?"
"Warsaw."
"Jap, aku cari negara Afrika. Kasi yang paling susah. Haaa, Congo?"
"Republic of Congo ke Republic Democratic of Congo?"
"Haaa, kau tak tau!"
"Ada dua negara yang bernama Congo. Yang Republic of Congo, ibu negaranya ialah Brazzaville, yang Republic Democratic of Congo, atau dulu dikenali sebagai Zaire, ibu negaranya ialah Kinshasa. Ada dua Congo sebab Republic of Congo dahulu dijajah Perancis, Republic Democratic of Congo dijajah oleh Belgium."
"Afrika Selatan? Dah nak World Cup ni."
"Afrika Selatan tak ada ibu negara secara de jure, tapi defacto ada tiga pusat pentadbiran iaitu Pretoria untuk pusat eksekutif, Cape Town untuk perundangan dan Bloemfontein untuk kehakiman. Johannesburg ialah pusat ekonomi."
Jugra terkebil-kebil mendengar fakta yang disebut oleh Mili.
"Kau ni orang ke, Wikipedia?"
"Hobi saya memang suka baca Wikipedia. Daripada saya mula-mula kenal internet umur 4 tahun, kawan mama, Aunty Nat, dia yang perkenalkan Wikipedia kat saya. Tapi sekarang dah tak dapat jumpa dia lagi sebab dia dah jadi Perdana Menteri."
"Fuyoo, mak kau kawan dengan Perdana Menteri ke?" Jugra kagum dengan Mili.
"Haah. Mama selalu ada mesyuarat dengan dia. Dulu, masa dia belum kahwin dengan Uncle Gunawan, selalu je datang rumah."
"Aku nak kau cakap dengan Perdana Menteri, mansuhkan Darwinism dalam buku teks Sains, boleh tak?"
"Kenapa pulak? Itu kan fakta sains."
"Fakta apa pulak. Kau percaya ke manusia ni berasal dari monyet? Kalau kau nak percaya kau ni keturunan monyet, kau percaya la. Aku keturunan Nabi Adam. Entah apa-apa la saintis ni."
"Mengikut kajian dari Dr. Mary Silcox, profesor primate anthropology dari Universiti of Ontario, Toronto, spesis primat ini wujud di bumi kira-kira 85 juta tahun yang lalu, kemudian berevolusi menjadi spesis bipedal, iaitu berkaki dua pada 12 juta tahun lalu, dan Australopithecus, spesis yang hampir dengan Homo Erectus wujud kira-kira 10 juta tahun, sebelum Homo Erectus berevolusi menjadi Homo Sapiens, iaitu manusia 300,000 tahun yang lalu."
"Dr Mary tu kafir kan? Dia tak percaya Tuhan ke?"
"Macam nilah, Jugra. Saya nak berkawan dengan awak, bukan nak gaduh. Boleh kan kalau kita berkawan?"
"Tapi...kau ni, haih. Peliklah aku. Kau umur 10 tahun kot, dah boleh baca benda macam ni. Aku 10 tahun tak pandai apa pun."
"Siapa cakap? Awak pandai repair kereta."
Jugra terus hulur tangan, dan bersalam dengan Mili.
"Jugra."
"Mili Adrina."
"Okay, aku tak kisah kalau kau nak berkawan dengan aku, tapi aku tak suka aiskrim, aku tak suka G-pop, aku tak suka Justin Bieber."
"Baik, walaupun saya suka semua yang awak benci, tapi saya tak kisah pun. Yang penting awak jadi kawan saya. Saya nak tanya awak, boleh?"
"Tanyalah."
"Kenapa awak tak suka aiskrim?"
"Sebab aiskrim ni untuk budak-budak. Aku suka minum kopi o, teh tarik. Baru macam orang tua."
"Tapi awak tak pernah kan makan aiskrim?"
Jugra geleng kepala.
"Okay, apa kata awak ikut saya pergi makan Tutti Frutti? Lepas tu awak test sekali. Kalau tak suka, takpe. Yang penting, mencuba."
"Ish, tak nak la aku! Macam-macam kanak-kanak, tau tak?"
"Hello, awak tu 10 tahun, bukannya dah 30 tahun pun. Macam ni, nanti awak ikut saya tengok abang saya lawan DoTA. Nak tak?"
"Abang kau terror main ke?"
"Bukan terror, tersangat terror. Jom lah. Okay, apa kata awak cuba semua benda saya suka, lepas tu saya cuba semua benda yang awak suka, deal?"
"Deal."
"Terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya, Jugra."
Bunyi loceng berdering. Masa untuk kembali ke kelas.
--
"Kecik tak dapat drive sebab dia ada kerja, tapi dia boleh bagi kereta sahaja," kata Kak Dayah.
"Takpelah, saya je lah bawak kereta," kata Azlan.
"Gila kau, drive lapan jam lebih tu nak ke Air Putih. Kau tu dah tua, larat ke?" tanya Merlina.
"Aku baru 41 tahun la, Mer."
"Hari tu dari Perth ke Albany pun kau dah mengadu sakit pinggang. Kena bawak sorang lagi baru aku berani. Jap, aku call Art," kata Merlina.
Aku mencekak pinggang.
"Art, ikut aku dengan Azlan pergi Air Putih. Ada shoot camera. Ya, Azlan nak beli durian la. Jessie nak ikut? Alah, jap. Aku, Alan, Kak Dayah, kau. Ha, muat. Tapi siapa nak jaga Jugra?"
"Kak Yong suruh Zana je lah tolong jagakan dia, boleh?" tanya Hidayah.
Azlan mengangguk.
"Apa-apahal, Kecik tengokkan," kata Jugra.
"Ha, ye la. Roadtrip. Ala sehari je la bongok. Ada Jugra kat rumah, kena balik cepat. Ha, cepat datang sini."
--
"Mana Jessie nya?" Merlina tanya Art Ardan yang tengah bawa peralatan kamera dari bonet kereta.
"Dia tak jadi. Dia ada interview dengan Sam Bunkface," kata Art Ardan yang memunggahkan barangannya ke bonet trak 4×4 Ford Ranger Ali yang ada gambar tengkorak dan tulis Austin 3:16.
"Kau boleh drive 4×4, Art?" tanya Azlan.
"Boleh Abang Alan."
Azlan serahkan kunci, kemudian dia duduk di sebelah Art. Merlina duduk kiri, Kak Dayah duduk kanan.
Dalam kereta, Merlina brief Azlan dan Art Ardan tentang plan dia untuk content media sosial Azlan nanti.
"Untuk Twitter, video 30 seconds je. Untuk FB lama sikit. Sebab algorithm dia macam tu. Untuk Youtube kau kena pakai boom. Sound nak kena sedap. Kena jaga kualiti."
"Faham, Kak Mer," kata Art Ardan sambil ambil tiket tol.
--
Mereka tiba di rumah Kak Dayah. Ibunya, Ustazah Zabedah, walaupun dah berusia 70 tahun, masih lagi gagah untuk buat kuih.
"Mak, Dayah balik!"
Ustazah Zabedah terkejut Hidayah bawa Azlan ke rumah.
"Jangan rakam apa-apa dalam rumah ni tau, bukan apa..." Ustazah Zabedah tunjuk ke arah rumah sebelah. Rumah Hafiz.
--
"Kak Dayah, ni kuih apa?"
"Lah, tu lempeng serawa durian. Serawa durian tu dipekatkan, letak dalam lempeng, lipat empat, jadi macam ni."
Merlina kemudiannya tunjuk pada Azlan kuih lempeng serawa durian.
"Alan, lempeng dalam bahasa Perancis, apa?"
"Crepe."
"Ah yes!"
Merlina ambil gambar tangannya yang pegang kuih lempeng durian tu, kemudiannya post di Twitter.
@merlinahashim : Dekat Air Putih, orang panggil ni lempeng serawa durian. Kalau nak market, jual ni kat Paris dan namakan durian crepe. Mesti laku! #omnomnom #merfoodie
Dia sambung lagi.
@merlinahashim : nak order, BBM Kak Dayah 29DB5783
Tak cukup dengan tu, Merlina gunakan akaun Azlan yang dia kawal, dengan tekan butang favorite.
Kemudian dia letakkan telefonnya atas meja, dan buat gaya bersihkan tangannya.
"Mer, awak buat apa ni?" tanya Kak Dayah, tengok tiba-tiba order naik mendadak bertalu-talu masuk ke dalam BBMnya.
"Business," kata Merlina senyum.
"Kau buat macam mana tu?" tanya Azlan.
"Business zaman social media ni, marketing dia tak perlu duit banyak. Hanya perlukan kreativiti dan sedikit endorsement dari Tweetfemes, macam kau. Strategi ni namanya viral. Macam strategi NoToDarwinism kau tu."
"Ya Allah, Merlina! Tak menang tangan kalau order banyak macam ni."
"Upah je lah orang. Duit tu bayarkan je gaji. Takpun bagi Zana tolong buat. Nanti dia pun ada duit sendiri."
"Bagus juga tu, Mer. Bijaknya awak! Tak payah tempah bunting ke banner gantung tepi jalan dah."
Azlan pandang Merlina, tersenyum. Sebab dah tahu apa yang Merlina cuba buktikan.
--
Ketika kereta Natasha lalu di kawasan Puncak Jaya, dia terkejut sebab dah ada banyak shoplot dan orang ramai berniaga.
Terdapat juga rumah-rumah pangsapuri yang sedang didirikan, dan nampak pemaju perumahannya bukanlah syarikat yang biasa dia dengar.
Sebab dia pun asal dari keluarga yang berniaga dalam pemaju hartanah juga.
"Yayasan Darul Mukminin? Siapa ni ya?" Natasha tanya pemandunya.
"Oohh, ni yayasan antara bro Ali dengan Merlin Inc."
"Merlin Inc? Tu syarikat siapa ya? Nampak macam banyak buat duit."
"Merlina Hashim."
Matanya terbeliak bila dengar nama tu.
"Dorang ni tak bayar tax ke apa? Apasal banyak duit sangat ni?"
"Ni bukan duit modal dari business mereka, Puan. Ni duit zakat."
"Hah? Duit zakat?"
"Ya, puan. Nanti bila siap semua rumah ni, orang-orang yang takde rumah, yang duduk dalam kontena tu, semua pindah sini."
"But this is expensive house, for those lower income people macam dorang. How can they afford to pay?"
"Dah nama pun zakat, puan. Semua yang duduk dalam kontena tu asnaf. Layak terima zakat. Nanti dorang dapat rumah tu, lepas tu dah ada kerja, bayarlah sikit-sikit menerusi zakat. Bila dah bayar zakat, jadilah tax free sebab yang handle duit ni baitulmal mereka sendiri, bukan kerajaan."
"Melampau betul dorang ni, tak bayar tax!"
"Mereka bayar tax, tapi tax tu puan buat bayar hutang-hutang masa perang tu."
Natasha tengok rekabentuk shoplot baru di Puncak Jaya yang bercirikan rekabentuk Melayu Nusantara, dengan ada elemen sikit dari sebelah Turki atau kawasan Timur Tengah.
Bangunan pun warna-warni seperti di bandar lama Istanbul iaitu di Balat. Keadaan di Puncak Jaya lebih ceria berbanding kawasan-kawasan parlimen lain di Wijayapura yang ditadbir oleh Parti Republikan.
Jalan raya pun diturap dengan cantik dan elok berbanding kawasan-kawasan parlimen lain. Puncak Jaya ahli parlimennya dari Parti Nasionalis, iaitu Nizaruddin Mustafa (dikenali sebagai Din Tapa).
"Mana dorang dapat duit banyak macam ni?" Natasha ternganga.
"Dorang ni low profile, puan. Bro Ali tu, nampak je simple, tapi duit berkepuk tu. Merlina pun kalau pergi mana-mana, pakai baju bundle je. Tapi, harta dia kat oversea, fuhhh!"
"Merlina tu dia niaga apa?"
"La, awak kan Perdana Menteri. Takkanlah awak tak tahu siapa dia Merlina Hashim? Dia pemilik Angkasa TV. Lepas tu dia ada ladang kat Australia, supply daging ke negara-negara Arab. Lepas tu dia pemilik syarikat media hiburan Oh Purnama. Dia juga ada syer dalam projek bina semula highway, bina semula rumah. Senang cerita, dia memang kaya lah. Lagi kaya dari keluarga Widjaja tu."
"Serius lah? Oh my...ingatkan dia minah rempit tepi jalan je."
"Haaa, puan pandang orang takde mata. Kalau tak, kenapa bro Azlan kahwin dengan dia?"
Topik Azlan ni sensitif untuk dia. Terutamanya lepas Azlan bash dia kat Twitter baru-baru ni.
"Tutti Frutti? Ni business apa pulak ni? Penuh betul orang?"
"Ooohh, ni business sepupu Azlan, Jessica."
"Jessica Daniel pun ada business jugak? Umur dia baru 26 tahun! Hish, gila betul dorang ni. Government ni dah la takde duit, tiba-tiba mereka ni boleh kaya bersenang-lenang macam ni. I think memang nak kena tukar balik sistem percukaian negara kita ni."
"Yang tu salahkan la big boss awak tu, Jeneral Yahya. Tahun 1996 dulu, dia yang suruh push Datuk Rahizan, yang masa tu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, untuk laksanakan Akta Liberalisasi Ekonomi. Tak silap saya, puan pun ada dalam team tu, masa tu puan jadi secretary kepada Luqman, Gabenor Wijayapura."
"Oh my..."
"Inilah namanya, the butterfly effect, puan. Puan tak ingat apa yang puan buat 15 tahun lepas, effect dia jadi macam ni hari ni."
Natasha fikir satu je untuk dapatkan wang dari mereka ni untuk memastikan kerajaan ada duit.
Dia mahu melaksanakan GST. Dengan ini, barulah kerajaan ada duit. Tapi untuk melaksanakan itu, perlu gubal dulu Akta Liberalisasi Ekonomi 1996.
Tapi dia tak tahu macam mana nak pujuk semua Ahli Parlimen untuk bersetuju. Menaikkan cukai atau buat sistem macam GST ni bukan crowd pleaser. Orang akan benci.
Australia, Kanada, UK, semua government yang laksanakan GST, next election confirm kalah. Temasik sahaja kekal kerajaan sebab Parti Tindakan Demokratik yang memerintah, adalah parti kuku besi Lim Kuan Yau yang ditaja Jacob Chong.
Tapi Natasha dah tak ada jalan lain. Gaji kakitangan awam ini harus dibayar, kalau tak, next election confirm bungkus.
Cuma dia rasa bengang, sebab Azlan dan isterinya Merlina dapat eksploitasi dari Akta Liberalisasi Ekonomi ini, padahal masa tu dia dah kena tendang keluar dari team Pengetua lepas kes dengan Adilah dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro