Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2010 part 4

Esok paginya, satu kelas kecoh bila ada sepucuk surat cinta di atas meja Jugra.

"Fuyoooo Jugra dah ada makwe!" satu kelas bersorak.

Jugra buat tak tahu je. Sebaliknya dia capai komik manga Ryukyu bertajuk One Piece dan membaca seorang diri.

"Jugra, kau tak nak baca ke surat ni? Budak 4 Anggur tu. Nama dia Mili Adrina. Cun wei, anak pembaca berita kot!"

Jugra terus buat muka tak berminat.

Kelas Puan Suzilawati, cikgu Matematik tak masuk hari ni. Jadi kelas 4 Ciku pun bising dan riuh rendah.

Tiba-tiba ada budak sebelah, datang ke meja Jugra dan tolak komik Jugra.

"Kau pahal pukul budak aku semalam ha? Kau nak mati ke?"

Jugra pandang je budak tu, kemudian capai semula buku komik tu.

"Woi bodoh! Kau dengar tak cakap aku?"
"Ke mak kau ni pelacur, dapat anak kurang ajar macam ni?" sahut lagi sorang.

Jugra masih berdiam diri.

"Woi, kau dengar tak cakap aku ni, sial? Nak gaduh dengan aku ke?"

Jugra letak buku komik, kemudian capai kolar baju budak sekolah tu, kemudian dia heret budak tu sampai ke depan bilik darjah, kemudian dengan tangan kanannya, dia tumbuk papan hitam, di tepi muka budak tu. Sampai berlubang papan hitam tu ditumbuk Jugra.

"Kalau kau tak nak muka kau pecah macam papan hitam tu, kau jangan kacau budak buta kelas sebelah tu, dan kau jangan kacau aku. Kau faham tak?"

"Wei, wei, wei! Jugra! Aku minta maaf wei. Aku janji tak kacau kau lagi."
"Kau dengan budak-budak kau ada 10 saat untuk blah dari kelas ni."
"Okay, okay. Lepaskan baju aku."

Kelas yang tadi bising, semua senyap bila Jugra tumbuk papan hitam sampai berlubang.

Kedengaran orang berbisik, "dia ni makan besi ke apa? Tumbuk papan hitam sampai berlubang."

Jugra berjalan menuju kembali ke mejanya, kemudian dalam beberapa minit, guru ganti masuk ke dalam kelas, dan terkejut bila tengok papan hitam kelas berlubang.

Semua budak pandang Jugra, dan guru ganti tu pun panggil Jugra untuk dibawa ke bilik cikgu disiplin.

--

"Kamu ni, saya tak tahulah, Jugra. Kamu ni buat sekolah ni macam suka hati kamu je. Saya tahu la ayah kamu tu seorang ahli politik terkemuka..."
"Tak ada kait mengait dengan ayah saya. Saya yang buat salah, kenapa ayah saya yang nak diheret?"
"Mak ayah kamu tak ajar kamu ke, hormat sekolah ni?"
"Mak kandung saya dah meninggal, cikgu."
"Cikgu minta maaf. Sekarang, saya nak call ayah kamu, nak cakap awak bermasalah dalam sekolah ni."
"Okay, silakan."
"Kamu tak takut, ayah kamu marah?"
"Saya cuma takut pada Tuhan."
"Ye lah, semua orang takut dengan Tuhan, Jugra. Cikgu pun takut dengan Tuhan. Tapi peraturan dunia ni kena la ikut juga."
"Kalau cikgu takut dengan Tuhan, kenapa cikgu tak bantah ajar Darwinism kat sekolah? Kenapa cikgu tak bantah pelajaran Agama Islam dimansuhkan?"

Cikgu disiplin pun dah buntu apa nak dibuat dengan Jugra ni.

"Saya call ayah awak."

--

Merlina tiba di sekolah, sebab Azlan sedang ada kerja dengan Din Tapa.

"Kamu siapa?"
"Saya Merlina, ibu tiri dia. Ada apa masalah ke, cikgu?"
"Jugra ni dia tumbuk papan hitam sampai berlubang. Lepas tu, dia ponteng kelas dah banyak kali dah. Saya nak beri amaran, kalau lagi sekali Jugra langgar tatatertib sekolah, pihak sekolah akan gantung persekolahan dia."
"Baik, cikgu. Cikgu, boleh tak saya bercakap dengan Jugra kejap? Dalam kereta?"
"Baiklah."

Merlina dah panik, sebab dia tak pernah berdepan dengan tindakan tatatertib sekolah. Walaupun masa sekolah dulu dia ni agak underground, tapi dia belum pernah jumpa budak darjah empat mengamuk sampai tumbuk papan hitam.

"Jugra, explain dengan Mama Mer, apa dah jadi?"
"Jugra tengah baca buku, tiba-tiba ada budak kacau. Baling buku Jugra, main rambut Jugra, panggil arwah mommy pelacur. Jugra tarik la kolar baju dia sampai papan hitam. Jugra ikutkan hati, nak je tumbuk muka dia. Tapi Jugra fikir, karang susah pulak dia nak makan takde gigi. Jugra tumbuklah papan hitam."
"Selalu ke budak tu kacau Jugra?"
"Tak. Budak ni selalu kacau budak buta sebelah mata kat kelas sebelah tu. Jugra tak suka la budak buli budak buta sebelah mata macam tu. Last-last Jugra juga yang kena tindakan disiplin. Sekolah apa ajar orang jadi pembuli macam ni? Mana Akta Anti Buli yang daddy buat dulu?"

Merlina hanya diam, kemudian peluk kepala Jugra.

"Jugra budak baik, kan? Kalau ada orang kacau Jugra, Jugra beritahu je lah cikgu."
"Jugra rasa budak yang mengadu dengan cikgu ni golongan yang lemah. Jugra tak suka."
"Jugra...okay, Jugra nak Mama Mer belikan apa?"
"Jugra tak nak apa-apa. Jugra cuma nak dilayan dengan adil. Tu je."
"Susahlah aku camni. Bapak fighter politik, anak fighter bertumbuk. Macam ni lah, lepas ni, Mama Mer bawak Jugra main lumba kereta Daytona kat Paragon Mall, nak tak? Lepas tu kita makan aiskrim. Nak tak?"

Jugra faham, Mama Mer pun stress sebab dia tak pernah handle karenah budak macam dia. Jadi dia pun mengangguk je lah.

"Tapi Jugra tak nak aiskrim."
"Habis tu Jugra nak makan apa?"
"Jugra tak kisah. Asalkan bukan aiskrim."
"Nak tak makan Ayam Goreng Harun? Kita makan buttermilk chicken burger?"

Jugra hanya mengangguk.

"Good boy. Jugra jangan mengamuk sampai tumbuk papan hitam lagi tau. Sekarang, Jugra ambik beg Jugra, lepas tu balik je lah."
"Okay, thank you Mama Mer."

--

"Jugra, mari sini!" suara Azlan seperti menengking. Stress agaknya bila dapat panggilan dari cikgu disiplin.

Jugra berjalan ke depan Azlan.

"Kenapa Jugra bertumbuk dengan orang?"
"Jugra tak tumbuk orang, Jugra tumbuk papan hitam."
"Apasal kau tumbuk papan hitam?"

Merlina terus datang ke arah Azlan.

"Ada budak kacau dia, sebab budak tu suka kacau budak buta sebelah kelas dia tu."

Azlan terus mereda kemarahannya pada Jugra.

"Yang daddy nak marah Jugra ni, kenapa? Daddy jugak yang ajar Jugra, berani kerana benar."
"Come here," kata Azlan, kemudian terus memeluk Jugra.

Azlan memandang Jugra seperti cerminan kepada dirinya sendiri. Tapi ada sikit perangai Psycho Mina. At least dia takdelah tumbuk papan hitam sampai berlubang kat sekolah.

"Tadi kau bawak dia kat mana, Mer?"
"Paragon Mall. Ajak dia lumba Daytona. Lepas tu aku dah lapar, aku tak tau nak makan kat mana, aku ajak dia makan kat Ayam Goreng Harun."

--

Dalam bilik, Merlina meluahkan perasaan.

"Lan, tadi sebenarnya aku kena anxiety teruk bila dapat tahu Jugra kena panggil dengan cikgu disiplin. Aku tau aku baru kahwin dengan kau setahun lebih, tapi aku mengaku, aku tertekan. Sebab aku tak pernah berdepan dengan masalah parenting macam ni."
"Kau handle benda ni dengan baik."
"Tadi sebelum aku jumpa cikgu disiplin, aku ada berborak dengan sorang cikgu. Cikgu Suhaila nama dia."
"Cikgu Suhaila Alam Dan Manusia? Tu cikgu lama aku tu."
"Lama betul. Daripada kau sampai ke anak kau dapat cikgu yang sama. Anyway, dia cakap, antara punca kenapa cikgu semua hostile dengan Jugra, sebab kes kau tweet kutuk dasar kerajaan pasal Darwinism tu."
"Dah kenapa pulak?"
"Sebab tweet kau, ibu bapa semua membantah benda tu, dan Kementerian terpaksa tangguh dulu bab tu. Dia cakap dia pun sokong kau, tapi dia cuma cari makan. Semua orang kat situ cari makan. Jadi, kerajaan sekat funding dorang. Lagipun, kerajaan republik memang tengah takde duit sekarang ni. Sebab tu dorang target Jugra."
"Jap, let me tweet about this..."
"Lan, Twitter ni ruang media sosial. Aku grow up dengan media sosial sejak remaja. mIRC, ICQ, Friendster, Myspace, Yahoo Messenger. Pada aku, sepatutnya media sosial jadi ruang untuk kita berkenalan dengan orang baru, bukan cari gaduh dengan orang. Aku tak tahulah, Lan. Lately aku jadi stress bila aku baca tweet fitnah kononnya kau dah join flatearther sebab tak percaya kepada sains."
"Sekarang aku nak tanya kau, kau percaya tak pada evolution?"
"To be honest, aku tak suka cakap benda yang aku tak tau, Lan. Aku bukan pakar. Yang aku concern, ialah pergaduhan ni tak bawak apa manfaat pun pada masyarakat."

Merlina baru habis cakap, tengok Azlan dah pandang handphone menghadap Twitter. Dia ternampak tweet pro-sekular mengutuk dia.

@aminfarid2883 : What's next, @AzlanNiat? Nak deny bumi ni bulat? Nak jadi antivax? #TeachRealScience

Azlan membalas balik tweet lelaki tu.

@AzlanNiat : Dear @aminfarid2883, bumi bukan bulat, tapi ellipsoid. Duit syiling pun bulat. Ilmu manusia yang sikit ni, janganlah berlagak macam tahu semua benda.  #CerminDiri

Dalam beberapa minit, sekali lagi tweet Azlan meletup.

"Alan, kenapa kau attack budak tu?" Merlina pandang pada Twitter. Azlan hanya tersenyum.

"Wei, teruk wei budak ni kena bash dengan kau."
"Mer, kau suka atau tak, media sosial dah bukan macam zaman MySpace dulu. Kat dalam ni, ada algorithm untuk aku kumpul data berapa ramai yang akan sokong aku. As a politician, benda ni perlu aku manfaatkan. Come here, aku tunjukkan kau sesuatu."

Azlan pegang tangan Merlina dan pergi ke bilik stor. Merlina terkejut ada banyak kesan contengan pada dinding dan pintu.

"Apa benda yang kau conteng pintu dengan pen Sharpee ni, Lan? Kau ni, psycho ke apa?"
"Ini teori aku untuk menang pilihanraya akan datang. Aku tulis semua ni tentang apa yang aku terfikir tentang kemarahan rakyat. Semua ni apa yang aku dengar, apa yang aku perhati, dan apa yang budak-budak aku beritahu aku. Keluhan rakyat. Ikan naik harga, ayam naik harga, gaji tak naik, intern tak bayar gaji. Yang ni semua aku longgokkan dalam apa aku panggil, economic insecurities."
"Okay....kot ya pun kau beli la whiteboard. Macam psiko je conteng pintu, dinding ni."
"Nanti aku cat la balik, kau ni. Yang sebelah sini pulak ialah isu identiti. Islam sedang diserang golongan liberal, tanah Melayu kena rembat dengan warga asing, warga asing kawal ekonomi, NoToDarwinism, yang ni semua, aku baca kat group Facebook, atau aku dengar keluhan orang ramai. So, point-point ni merupakan isu yang aku akan tweet, aku akan up status, dan aku akan buat video kat Youtube."
"Tapi, bukan sesetengah isu ni memang isu panas ke? Macam isu warga asing ni. Kan kedengaran macam xenophobic, gitu?"
"Don't care, because they don't vote."
"Yeah, tapi orang yang mengundi pun tak suka xenophobia, Lan."
"Kau nampak tak kat sini, warga Gelanggayu ada dua insecurities. Economic insecurities, and identity insecurities. Sejak negara ni jadi republik, sikit demi sikit identiti orang Melayu terhakis, dan benda ni yang Pak Jamil dok cakap dengan aku selama ni. Jangan Melayu jadi macam orang asli Australia, hilang hak dan maruah di bumi sendiri."

Merlina terdiam, dan berfikir panjang.

"Apa kata kau start kempen dari kampung ke kampung? Tapi itulah, kalau ada Ali, senang sikit," kata Merlina.
"Ali power bab networking ni. Apa kata esok kita jumpa Dayah?"
"Kak Dayah tau ke? Dan kalau dia tau, dia nak beritahu ke?"
"Aku percaya, kalau aku, Ali mesti tak kisah. Trust me, aku dah kawan dengan dia 25 tahun kot. Dia bukan lagi kawan aku, dia abang aku."
"Okaylah kalau macam tu. Aku cuma risau kalau orang apa-apakan kau atau Jugra. Kau faham kan concern aku?"
"Faham, sayang," Azlan cium dahi Merlina.
"Eii, gelilah panggil aku sayang. Kau ingat aku ni kaki layan drama maghrib ke?"
"Habis tu, nak panggil kau woi?"
"Aku lagi rela kau panggil aku woi daripada kau panggil aku baby darling sayang manja, macam Ali panggil Kak Dayah."

--

"Dayah boleh je tolong korang ni. Tapi tahu la kan, Lan. Kawasan Dayah ni kawasan Hafiz. Kalau Alan main redah je kawasan Sungai Raya tu, mau mengamuk Adilah tu nanti," kata Hidayah sambil kopek kuaci dan menonton drama popular sekarang, Adamaya.

"Sekarang ni musim durian, kan Kak Dayah?" tanya Merlina.
"Ye lah, kenapa?"
"Saya mengidam."

Tersembur air dari mulut Azlan.

"Kau dah kenapa, gila?" tanya Merlina.
"Kau pregnant ke?"
"Eh kau ni. Kau dah beromen dengan aku, lepas tu kau boleh tanya aku pregnant ke tak? Tak bertanggungjawab betul kau ni."
"Weh, aku mana tau. Kau apasal tak beritahu aku?"
"Ni nak beritahu kau la ni, depan bakal mak angkat baby ni, Kak Dayah. Boleh la baby ni jadi adik kepada Nur Nilam Sari anak Rozana."

Kak Dayah senyum pandang gelagat Merlina.

"Kau teringin makan durian ke?"
"Ye la, aku teringin makan durian. Sebab tu aku tanya Kak Dayah ni."

"Kalau macam tu, hujung minggu ni, Kak Dayah tanya Kecik, dia boleh drive tak ke Air Putih. Durian kat sana segar-segar. Isi tebal. Cuma, jangan sibuk sangat rumah sebelah tu ya?"
"Kak Dayah jiran Hafiz ke?" tanya Merlina.
"Ye lah. Dulu Dayah ni syok kat Hafiz, tapi Hafiz tak layan sebab dah syok dengan Adilah. Tu yang jumpa Ali tu."
"Kisah lama, Azlan. Sekarang kalau dia merayu pun, Dayah tak ingin la. Dah la lemah, kena kawal dengan bini je pulak tu."
"Tapi takpe ke saya pergi Air Putih ni?"
"Lantak dia la. Silap-silap ramai orang nak jumpa awak kat sana memandangkan prestasi dia sekarang ni."

Lama jugak aku tak ke Air Putih ni. Last sekali masa musim banjir dulu. Harap orang kampung di sana ingatlah aku.

--

"Ya Allah, bauuuu! Woi orang tua, kau tak meninggal ke bau rumah macam ni? Apa teruk benau kau ni? Selekeh betul. Kata Grandmaster Freemason, takkan macam ni kot?" kata seorang pembawa ambulans.

"Kau ni pun, tak baik la cakap gitu kat orang tua macam Yahya ni. Dia kan banyak berjasa pada negara. Banyak buat pembangunan, hubungan antarabangsa sesama ahli Skull and Bones..."

Yahya dengar sahaja kata-kata dua orang pekerja hospital tu.

"Sempat lagi kau bertaubat ni, Yahya. Allah bagi umur kau panjang."
"Orang tua ni mana nak bertaubat. Kau tengok botol wiski dia, berduyun-duyun."
"Weh, amal maaruf nahi mungkar."

Dua pembantu ambulans itu memecahkan semua botol-botol arak dalam rak almari Yahya.

"Janganlah buat macam ni!" Jeneral Yahya merintih.

Mereka berdua tidak mempedulikan rayuan Jeneral Yahya yang sedang terbaring. Tak cukup dengan pecahkan botol arak, mereka pecahkan patung-patung hiasan Pengetua yang dia dapat semasa menjadi diplomat masa muda dahulu.

"Ini semua berhala ni. Ini semua syirik."
"Apa hak kau berdua buat barang-barang aku macam ni?" tanya Jeneral Yahya.
"Amal maaruf nahi mungkar. Benda yang haram dan taghut macam ni jangan disimpan."
"Kau takde hak nak buat macam ni!"

Budak dua orang tu sepak perut dan pijak kaki Jeneral Yahya yang patah tu.

"Kau dengar sini, Yahya. Nama kau tu, nama Nabi. Nama kau dah elok dah bapak kau bagi, tapi perangai kau macam babi!"
"Aku report polis...."
"Report la polis, polis pun datang pijak kau macam kitorang ni buat."

Selepas puas memecahkan botol arak dan berhala dalam rumah Jeneral Yahya, dua orang itu masukkan Jeneral Yahya dalam van ambulans.

Lepas tutup pintu ambulans, pemandu terus call Fazrul.

"Bro Fazrul, line clear!"
"Cantik!"

Fazrul bawak lori yang penuh dengan baja tahi ayam, dengan pakai baju logo NWO, kemudian dia turunkan kesemua tahi itu pada kereta BMW Jeneral Yahya.

"Chicken Shit Delivery Service!" kata Fazrul sambil turunkan semua tahi ayam.

Fazrul tengok, kemudian tersenyum.

"Tak sia-sia aku ambik cuti half day!" kata Fazrul tersenyum.

--

Natasha melawat Pengetua yang kakinya sedang dirawat di hospital. Dia jadi pening kepala melihat keadaan semasa.

Sebagai Perdana Menteri pasca perang saudara, masih banyak lagi tugas yang perlu dilakukan dan dia tidak mempunyai ilham selain dari idea-idea dari Pengetua.

Nak harapkan Azlan, dia dah makin bercanggah pendapat. Lagi pulak dia menyampah tengok Merlina tu. Pada dia, Merlina tak cantik, cara jalan pun tak elegan, macam mana entah Azlan boleh buat dia jadi isteri.

"Why people treated him like this?" Natasha berfikir sambil melihat Pengetua yang dipakaikan dengan alat pernafasan oksigen. Dia terkejut melihat badan terutamanya perut Pengetua yang lebam, disyaki dipukul beramai-ramai.

Kot ya pun orang tak suka Pengetua, takkan sampai macam ni dia dilayan?

Natasha sedar yang kerajaannya tidak disukai oleh ramai orang Melayu terutamanya kawasan luar bandar. Tapi dia dalam keadaan yang serba salah.

Penyokong-penyokong Parti Republikan ramai yang terdiri daripada golongan urban, liberal, golongan professional dan mereka yang dapat pendidikan luar negara.

Kalau ada pun yang bukan macam tu, mereka datang dari puak penyokong Sahari.

Natasha terfikir, pekerja yang jalankan mogok, pegawai-pegawai yang menentang pembelajaran Darwinisme dalam pelajaran Sains, dan aktiviti-aktiviti sabotaj telah berjalan dalam jentera kerajaan.

Mereka ini mungkin pro-keluarga al-Daulah, yang kempennya sedang dimainkan oleh Tengku Dania di Australia.

Tengku Dania selalu pos di Twitter bahawa kerajaan republik ini adalah "kerajaan haram", "kerajaan yang dibiayai Zionis" dan pernah memanggil sebagai "kerajaan laknatullah".

Natasha tahu, Tengku Dania ni rapat dengan Adilah. Dan Adilah ketua Sayap Kuning, takkan dia tak perasan tone Tengku Dania macam tu.

Dia suspect kes meletakkan baja tahi ayam ini kerja Adilah dan kumpulan Sayap Kuning. Sebab pada Natasha, hanya Sayap Kuning sahaja yang berani buat sebegini teruk pada orang yang berjawatan tinggi macam Pengetua.

Azlan cuma ambil kesempatan. Natasha tahu, Azlan ni anak murid Pengetua. Pada Natasha, dia gunakan Islam dan isu Melayu untuk menarik pengundi selepas Parti Republikan kalah pilihanraya sahaja.

Katakan Azlan menang nanti, dia akan sambung balik polisi yang dijalankan oleh Pengetua juga. Sementara strategi Azlan ni annoying, pada Natasha, Adilah ni jauh lebih bahaya sebab nampaknya, pengaruh Sayap Kuning masih belum hilang dalam kerajaan.

--

Apa yang Natasha fikirkan tu separuh benar. Ya, memang betul Sayap Kuning masih berpengaruh dalam kakitangan kerajaan, tapi Sayap Kuning yang dikuasai oleh Ali semasa Norman menjadi Sultan. Geng Pak Wan Radzi masih ada, tapi ia semakin dipinggirkan.

Dengan pelantikan Fazrul sebagai Ketua Setiausaha Negara, setiap pelantikan kakitangan awam diuruskan oleh beliau dan orang-orangnya. Setiap kakitangan awam yang baru menyertai kerajaan wajib ba'iah kepada kepimpinan Azlan dan Ali selagi tidak bercanggah dengan syarak dan kitabullah.

Kerajaan republikan tak ada duit langsung sejak menang perang. Apa sahaja rundingan tentang pinjaman dari tabung kewangan antarabangsa dari Barat seperti IMF atau Bank Dunia, akan digagalkan oleh Faridah dan pekerjanya dalam Bank Negara.

Dokumen hilanglah, isi borang tak lengkap lah, salah maklumatlah. Benda-benda yang kecil yang menyebabkan pinjaman itu gagal secara teknikal.

Akibatnya, kerajaan ini gagal membayar gaji pekerja awam. Macam Kementerian Pendidikan ni, Natasha pakai dana UNICEF, iaitu tabung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkenaan kanak-kanak.

Itu pun kerana pinjaman sukuk dari Arab Saudi yang dipinjam Azlan dahulu masih ada berbaki sikit.

Pada Natasha, pendidikan adalah benda yang paling utama. Sebab itu dalam sektor lain, beliau terpaksa abaikan sebab memang kekurangan wang.

Nak tak nak, Natasha perlu membuat pakatan dengan Fazrul, sebab sebagai perdana menteri, dia rasa susah hati, kalau sabotaj-sabotaj dari pihak kakitangan awam ini akan mengganggu pentadbirannya.

Jadi, dia ada rancangannya tersendiri untuk memastikan kestabilan kerajaannya sebelum pilihanraya akan datang. Dia ada lagi empat tahun untuk semua ini.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro