Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2010 part 3

"Kamu cakap pada ayah kamu yang cikgu Sains kamu mengajar silibus Darwinism, Jugra?" tanya guru besar sambil dikelilingi oleh beberapa cikgu sains dan para pegawai nazir pendidikan daerah.

"Ya, cikgu. Kenapa?"
"Statement ayah kamu tu, membahayakan. Kalau masyarakat dah tak percayakan sains, nanti kita akan mundur. Tolong nasihatkan ayah kamu, jangan tweet macam tu lagi. Ini arahan daripada Kementerian. Kalau tak, teruk kami nanti," kata pegawai nazir pendidikan daerah.

"Saya nak tanya encik satu soalan, boleh tak?" Jugra bertanya kembali kepada pegawai nazir pendidikan daerah tu.
"Apa dia?"
"Umur encik berapa tahun?"
"42 tahun. Kenapa?"
"Encik yang berusia 42 tahun ni, nak ke menerima nasihat budak berusia 10 tahun macam saya? Mesti tak, kan? Siapa nak dengar nasihat budak hingusan macam saya, yang masih percaya Power Rangers ni wujud, encik. Encik harapkan saya nasihatkan ayah saya, memang tak la dia nak dengar."

Pegawai nazir pendidikan daerah tu pandang Jugra kecik besar je. Nak maki, orang baru dapat tahu yang bapak dia ni bekas Timbalan Perdana Menteri. Sekali dia tweet je berapa ramai pengikut yang tolong retweet.

"Macam nilah, Jugra. Kesiankanlah kami. Kalau tak, pihak Kementerian nak hukum kami, tak dapat dana dari kerajaan."

"Macam nilah, encik semua. Saya cuba nasihatkan ayah saya, tapi janganlah harap apa-apa. Saya ni cuma budak sekolah rendah je. Tapi saya sedihlah, bila ilmu pengetahuan pun nak kena ikut pihak politik. Sepatutnya cikgu semua kena ajar kami apa yang betul. Sepatutnya cikgu semua takut dengan Tuhan, bukan dengan kerajaan."

Jugra capai beg sekolahnya, kemudiannya terus menuju keluar bilik guru besar.

"Kamu nak ke mana tu, Jugra?"
"Kelas. Nak buang masa dengar cikgu sekolah saya ajar benda merepek macam Darwinism. Ada ke manusia berasal dari monyet? Mana entah pergi akidah cikgu zaman sekarang."

Ada seorang cikgu perempuan bernama Cikgu Suhaila, mengekori Jugra dari belakang.

"Jugra bin Azlan. Azlan Muhammad Niat? Ya Allah, perangai anak sama macam perangai bapak dia!"

Cikgu Suhaila mengejar Jugra dari belakang.

"Jugra, Jugra!"

Jugra menoleh ke belakang.

"Kirim salam kat ayah, ya? Cakap ni Cikgu Suhaila, cikgu yang ajar dia Alam Dan Manusia masa dia darjah empat dulu."
"Baik, cikgu."
"Kalau kamu ada rasa tak puas hati ke apa pasal sekolah, beritahu cikgu dulu tau. Sebab tak nak la, sebab ni, kami satu sekolah yang kena. Jugra baik, kan? Jugra dah sarapan?"
"Tadi, kat rumah."
"Haaa, macam ni. Lain kali kalau Jugra lapar ke apa, Jugra beritahu cikgu."
"Tak apa. Ayah saya dah bertanggungjawab bagi saya makan dan minum. Saya dah cukup makan pakai, cikgu. Bantulah pelajar yang lebih susah daripada saya, saya tak perlukan apa-apa bantuan dari cikgu setakat ini."
"Jangan la cakap macam tu. Macam ni, kalau Jugra perlukan apa-apa, atau ada benda tak kena, beritahu cikgu."
"Baik, cikgu. Saya masuk kelas dulu."

Disebabkan bantahan teruk para ibu bapa, serta desakan politik, selaku Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Natasha terpaksa menangguh pelajaran Sains bahagian Darwinism dalam sekolah.

Jadi Jugra belajarlah benda lain dalam sains macam belajar pasal dinosaur. Dia memang dari kecik minat belajar pasal dinosaur.

Ada ramai yang nak berkawan dengan Jugra kat sekolah, tapi Jugra tak berminat, sebab bak kata dia sendiri, "kids in this school are bunch of morons."

Dia lagi selesa berkawan dengan orang yang baya-baya Abang Kecik, Abang Joni, Abang Shah, Abang Panjang, Abang Alias yang merupakan anak buah Uncle Ali.

Dengar pun lagu Justin Bieber, Lady Gaga, ada hati nak berkawan dengan Jugra. Jugra layan Guns and Roses, Pantera, Sex Pistols, paling koman pun Spider.

Bak kata Abang Joni, "golongan yang dengar Justin Bieber ni lemah."

Tak tahulah, taste muzik masing-masing. Tapi itulah pemikiran yang ditanamkan oleh Abang Joni pada Jugra.

Masa rehat, sekali lagi Jugra melepak di belakang sekolah, sambil tenang makan nasi goreng ikan bilis yang dimasak Mama Mer masa sarapan pagi tadi.

Tengah makan tu, dia nampak ada ramai-ramai budak sedang membuli budak yang buta sebelah dan muka sebelah bersopak merah keputihan.

Ada sorang budak perempuan sedang menangis, tak tau apa nak buat.

"Aku nak makan pun tak senang," kata Jugra, kemudian meletakkan bekal dia kat tepi. Dia kemudian berjalan ke arah kerumunan budak buta sebelah mata ni.

"Korang dah kuat sangat ke, buli budak buta ni?"
"Kau pahal, Jugra! Nak gaduh ke? Dah la bapak kau kena kutuk kat Twitter. Dah bodoh sains tak tau fakta, nak melawan pulak."
"Ye lah, kalau bapak aku bodoh sains pun, tak menunjukkan kau pandai pun buli budak buta sebelah mata ni. Ada kau tengok Albert Einstein pukul budak buta macam kau buat ni ke?"
"Babi kurang ajar kau, sial!"

Budak tu baru nak sua penumbuk je, Jugra cuma keluar buah lutut Suvarnabhumi dia. Macai dia datang menyerang, dia bagi siku sorang satu. Macai lagi sorang lari mencicit ketakutan.

"Nak jadi gangster, belajar silat dulu la, bongok!"

"Alif, Alif tak apa-apa?" tanya budak perempuan tu sambil memeluk si lelaki tu.

"Abang kau ke ni? Lain kali cakap dengan dia, jangan bawak duit banyak kat sekolah ni. Takde benda yang mahal kat sekolah ni. Aku gerak dulu."

Jugra kembali ke tempat makannya, dan sambung makan nasi gorengnya.

Sedang sedap-sedap makan, tiba-tiba dua budak tu datang ke arah Jugra.

"Korang nak apa ni?"
"Kitorang nak ucapkan terima kasih sebab awak selamatkan adik saya daripada kena buli."
"Sama-sama. Sekarang boleh blah tak? Aku nak makan."
"Kalau saya upah awak untuk jadi bodyguard saya, okay tak? Saya upah $100 seminggu," kata si budak buta sebelah mata.
"Kalau kau ingat sebab duit aku nak berkawan dengan kau, kau silap cari kawan. Dah, pergi main jauh-jauh. Aku tak nak diganggu."

Budak dua orang tu terus berdiri di depan Jugra.

"Korang nak apa lagi?"
"Kitorang nak kawan dengan awak."
"Aku tak berminat nak kawan dengan mana-mana budak kat sekolah ni. Sekarang, dipersilakan blah."

"Sombong la dia ni," kata budak perempuan tu.

Jugra terus tak mempedulikan dua budak tu, dan terus mengunyah nasi goreng.

"Habis tu, macam mana untuk kami jadi kawan kau?"

Jugra berhenti mengunyah.

"Pertama, kalau kau nak jadi kawan aku, aku tak nak kau bagi-bagi duit kat aku. Aku ada maruah, kau tak boleh beli aku. Kau faham tak?"
"Faham."
"Kedua, ah lupakan. Kau ingat yang pertama tu dulu, nanti aku beritahu yang kedua. Aku nak blah dulu."
"N..nnaak ke mana?" tanya budak perempuan tu.
"Perpustakaan."
"Nak ikut?"
"Terserah. Tapi aku nak kau senyap. Aku nak membaca. Aku tak suka kena kacau."
"Okay. Nama saya Mili Adrina, nama adik saya ni Alif Akmal. Kami berdua ni kembar, tapi saya keluar dulu, jadi saya la kakak. Tapi awal beberapa minit je lah."
"Don't care," kata Jugra.
"Nama awak siapa? Kelas mana?"

Jugra terus masuk ke dalam perpustakaan, capai suratkhabar dan membaca.

Sepanjang 15 minit, Jugra hanya membaca suratkhabar, sehingga loceng berbunyi. Alif dan Mili hanya duduk terconggok depan Jugra yang menyelak suratkhabar.

Jugra meletakkan semula suratkhabar di raknya, dan terus blah daripada perpustakaan.

"Kereknya dia," kata Mili.
"Orang power memang kena kerek, Mili. Kalau tak, orang tak respect. Alif tetap nak cuba jadi kawan dia."

--

"Daddy kau viral betul dia, Jugra!" kata Kecik, sambil tunjuk kat handphone, tayang profile FB Azlan kat Jugra.

Jugra buat rilek je, sambil salin baju sekolah dan pakai seluar jeans dan baju t-shirt gambar Transformers untuk buat kerja bengkel.

"Jugra, aku sebenarnya segan la dengan daddy kau. Aku risau je, takut daddy kau marah aku je kau kerja bengkel ni. Kau tu bawah umur, lepas tu daddy kau pulak somebody. Karang viral bengkel aku ni aku upah child labor, mampos lesen aku kena tarik."
"Abang Kecik cakap je lah saya minat nak belajar repair kereta, kata orang, melentur buluh dari rebung."
"Ye lah, tapi kau tau la mulut orang kan? Karang kalau viral, aku jugak yang kena."
"Bak playar tu, Jugra nak cabut cable ni. Cable ni rosak, kan?"
"Haah. Eh, takpe-takpe, aku buat ni. Kau tengok je. Kalau aku mintak tolong kau, baru kau tolong, boleh tak?"

Jugra terus bagi playar pada Abang Kecik.

"Okay, abang Kecik."
"Kau kena panggil aku Sifu Kecik! Haaa!"

--

Adilah

Si sial tu dah jumpa momentum politik dia pulak! Memang tak puas hati betul!

Hari ni mesyuarat Kabinet, betul-betul Nat kena desak supaya gugurkan Darwinism dalam pelajaran Sains. Perkara ni dah undermine Perlembagaan Republik Gelanggayu yang negara republik ini diasaskan dalam prinsip liberal dan sekular.

Pandai si sial tu menunggang isu. Si Natasha ni pun satu, bagi muka sangat kat si sial tu. Tau la ex boyfriend, tapi dalam politik ni mana boleh macam tu. Kena la keras.

Baru setahun, perlembagaan ni dah dipertikaikan orang ramai. Tahu la Republik Gelanggayu ni takkan bertahan lama, tapi takdelah sesekejap ni, dan dijatuhkan oleh si sial ni pakai Twitter je.

Hah, telefon berbunyi. Nak apa pula koibito ni?

"Ya, koibito. Dekat office. Okay, saya tunggu di bawah."

--

"Takkanlah takde satu fail jahat pasal si sial dalam KDN tu? Takde la bersih sangat si sial tu, koibito!"
"Tak ada, kanojo. Dah godak habis dah, budak-budak saya tak jumpa pun."
"Dia dah cuci habis la tu masa dia jadi Menteri Dalam Negeri. Pasal bakar stadium?"
"Tak ada. Pasal bakar stadium tu, memang pasal litar pintas."
"Tak mungkin. Saya ada kumpul bukti tu. Tak mungkin pasal litar pintas. Eiii sial sundal betul la dia ni!"

Hafiz menjeling sahaja bila Adilah sedang marah. Dia malas nak cakap banyak. Kat office KDN, dia rasa orang bawahan dia semua macam tak respect dia. Dia dapat tahu yang dia digelar nama 'jantan takubin'.

Bahkan dalam blog Tukar Tayar, blog aktivis politik Hashimuddin Jais pun dah menyebut Hafiz ni sebagai 'jantan takubin'.

Sejak fiasco isu Darwinism dalam pelajaran Sains sekolah rendah ni, kerajaan baru republik ni diasak habis-habisan dan terus jadi tak popular.

Dia sendiri dimarahi ketua-ketua cawangan Parti Republikan di kawasannya, dan dia sendiri pun sedar, posisi yang Adilah cadangkan pada kerajaan ni menyusahkan.

Tapi dalam masa sama, Adilah mempunyai agendanya, untuk menjadikan Apex Corperation Group mempunyai daya saing dalam sains dan teknologi untuk mendapatkan pelaburan asing.

Hafiz rasa seperti serabut, macam nak tercabut kepalanya. Apa dia nak jawab dengan orang kampung? Dia ni anak kepada Panglima Salleh Merah. Panglima Salleh Merah tak mungkin akan sokong agenda sekularisme macam ni.

--

Azlan

Isu Darwinism di sekolah ini menyebabkan aku mulai jadi popular dalam media sosial. Dalam masa sama, Merlina selaku perunding media sosial aku mula membentuk imej aku untuk menawan hati orang kampung.

Umpamanya hari ni, aku dijemput oleh penduduk Kampung Lata Malinja, di provinsi Ketil hari ini.

Rata-rata penduduk di sini ialah penduduk kampung orang Melayu. Jadi, Merlina suruh aku pakai baju Melayu teluk belanga dengan songkok untuk bertemu dengan mereka.

"Assalamualaikum, Tuan Azlan! Masya-Allah, jemputlah datang ke kampung kami!" kata Tok Mail, yang merupakan ketua kampung ini.

Aku dan Merlina disambut dengan paluan kompang dan ada pula kumpulan marhaban mengalunkan selawat ke atas Nabi.

"Rasa macam kahwin lagi sekali pulak," kata Merlina.
"Macam-macam la kau ni, Mer."

Merlina mengarahkan Art Ardan dan budak-budaknya untuk mengambil foto dan video untuk diletakkan di Facebook dan Twitter.

Aku mula dapat kesan sesuatu yang Pengetua sendiri tak dapat kesan, iaitu keresahan orang Melayu yang mulai rasa kehilangan identiti dalam negara republik ini.

Dan perkara ini memang dah dicakap oleh Pakcik Jamil masa aku berada di Australia. Pakcik Jamil bercakap tentang bagaimana penduduk kulit putih memadam identiti orang Noongar dengan menghalau mereka dari tanah yang subur.

Dalam teks ucapan aku, aku menegaskan betapa pentingnya orang Melayu berpegang kepada agama dan adat budayanya, kerana jika kita kehilangan ini, maka hilanglah Melayu kita tu.

Aku menyentuh sikit tentang kumpulan marhaban yang membuat persembahan tadi. Aku kata, kita kena terapkan perkara ini kepada orang muda, kerana jika generasi tua sahaja yang berkompang dan bermarhaban, maka tidak ada lagi selepas ini.

Malangnya, kerajaan republik tidak menggalakkan perkara-perkara seperti ini, sebaliknya hanya memberi fokus kepada hal-hal yang sekular dan hanya memikirkan soal kekayaan duniawi semata-mata.

--

Natasha

I dah tengok video baru Azlan kat Facebook. Dia kata my government tak pedulikan hal bangsa dan orang Melayu? Kenapa I nak kena fokuskan perkara tu sedangkan ada banyak kaum lain dalam negara ni.

Polisi I, I nak jadikan negara Gelanggayu ni multiracial, multicultural, jadi melting pot macam America. Kenapa I nak kena fikirkan hal-hal budaya macam marhaban dan kompang ni?

I jadi geram, I terus lepaskan tweet.

@NatashaAbd : Diversity and multiculturalism are my core ideas for this Republic. Secularism is the only way for this to happen.

--

"Woi, Lan. Ex girlfriend kau unmention kau ni. Kau cuba tengok ni," kata Merlina sambil tunjuk tweet Natasha. Mesti lepas tengok video kompang dan marhaban yang aku pos kat Twitter tadi, baru je 10 minit lepas.

"Jap, jap. Ni aku nak kena buat apa ni?" tanya Azlan.
"Kau quote tweet. Payah kalau pakai Twitter biasa ni. Kalau pakai Tweetdeck senang sikit."
"Tweetdeck?"
"Kejap ya, aku bukak laptop. Kau tether line phone aku ke laptop aku kejap," kata Merlina yang sedang bukak laptop.
"Tweetdeck ni pakai phone takleh ke?"
"Belum ada lagi la version phone. Ha, kau nak aku reply apa?"

Aku terus menaip untuk quote tweet Nat tadi.

@AzlanNiat : By erasing Malay culture and denying Islam as our religion? RT @NatAbdullah : Diversity and multiculturalism are my core ideas for this Republic. Secularism is the only way for this to happen.

Aku tekan butang enter. Kejap lagi retweet pun dah meluru.

"Aduh, bergaduh pulak korang ex couple ni. Aiyok aku tak tau!"

--

Natasha

"Kak Nat, you're in the boiling water now," kata Maria setpol I. Dia tunjuk Azlan quote tweet I.

"What? Why his quote tweet lagi ramai dari I?"
"Followers dia memang lagi ramai dari you. You baru je around 100k, dia dah nak masuk 300k dah."
"Why dia ada follower ramai? Dia beli bot ke?"
"No, because dia memang ada team nak buat social media."
"Dia ada team social media? What the hell? Where he got money to do that?"
"Merlina la! I told you kan?"
"His wife? Kenapa gempak sangat sampai ada team social media?"
"I think you better stop underestimating Merlina Hashim, Nat. Dalam media sekarang, dia paling queen. If you want your image to be good, and to destroy your enemy image, better you jangan cari pasal dengan dia."
"You tak boleh cari orang yang sama hebat macam dia ke?"
"Pakai APCO la. Tapi bayar pun berjuta juga. Azlan pakai wife dia, harga kasih sayang suami isteri."

Kenapa Merlina tu boleh buat sampai macam ni ya? And Azlan, pandai betul dia tunggang isu.

--

"Eeeeeiiiii, kau memang sial, Aziz! Kau memang keturunan sial! Celaka kau, anak Mat Nor! Tiga-tiga ekor anak kau, menyusahkan akuuuuuu je laaahhh! Tak guna punya anak haram! Haram jadah!" Pengetua menjerit kegeraman, melihat baja tahi ayam masih tak diangkut oleh majlis perbandaran atau pihak yang bertanggungjawab.

Dia sepak-sepak baja tahi ayam tu, ternyata baunya mencengkam hidung.

Jeneral Yahya juga menerima notis amaran Dewan Bandaraya Wijayapura kerana aduan orang ramai terhadap bau baja tahi ayam yang berada di depan rumahnya.

Sudahlah hari ini Managing Director IMF, monsieur Dominique Strauss-Kahn nak datang rumah.

Pengarah urusan IMF itu tiba dengan Menteri Kewangan Perancis, Christine Lagarde yang bakal menggantikan Dominique, tiba di rumah Jeneral Yahya.

"Pourquoi il a un tas de merde de poulet devant chez lui?" (Kenapa kat depan rumah dia ada selonggok taik ayam pulak ni?)

"Le General est plein de merde!" (Jeneral ni suka main taik ke!)

Jeneral Yahya tersipu-sipu, lalu dia kata pada wakil IMF itu untuk pergi ke sebuah hotel terkemuka di Wijayapura.

Dalam perjalanan, Jeneral Yahya cuba untuk memesan meja hotel mewah di Wijayapura, dan cuba membayar dengan kad kreditnya, tapi kad kreditnya telah diarahkan tutup oleh Jacob, dan bank-bank lain pun turut tutup akaunnya.

Mengamuk Jeneral Yahya sampai maki hamun keturunan Jacob Chong, sampai panggil bekas kawan baiknya itu "stupid ching-ch*ng Ch*naman.

Mendengar racist slur dari mulut Jeneral Yahya, Dominique dan Christine membatalkan pakej bantuan tersebut.

Jeneral Yahya jadi bertambah marah dan balik rumah, dia mengamuk, dan menyepak segala benda yang ada dalam rumah sampai kakinya jadi sakit dan tak boleh nak berjalan lagi.

Dia terberak dalam seluar, dan satu rumah bukan sahaja bau tahi ayam, tambah lagi bau tahi Jeneral Yahya yang tercirit.

Jeneral Yahya menangis dan berpaut tepi tangga seorang diri.

--

"Not this pile of shit again? Apa ni? Takkan tak ada siapa yang boleh tolong kemas ni? Lousy betul Dewan Bandaraya Wijayapura ni!" kata Natasha, yang sedang nak hantar laporan kepada Jeneral Yahya.

Natasha jadi bengang, dia telefon Izzuddin.

"Izzu, apa ni! Gabenor jenis apa you ni? Tengok la kat depan rumah Jeneral Yahya ni! This pile of shit, ish! Respect la sikit, dia ni negarawan, okay!"
"Mrs Nat, bukan saya tak arahkan. Saya dah arahkan. Tapi orang-orang kat Jabatan Kebersihan Bandar cakap, mereka tengah mogok. Dah empat bulan mereka tak dapat gaji."

Natasha kebingungan. Kerajaannya harap duit IMF yang Jeneral Yahya sedang deal untuk bayar gaji pekerja.

Natasha buka pintu rumah Jeneral Yahya. Tu diaaaaa, kat dalam lagi 'semerbak' baunya.

"Nat, help me."
"What happened?"
"I cannot move my legs."
"And then?"
"I'm shitting myself."

Natasha angkat tangan.

"Sorry, I memang tak akan cuci berak you, okay? No."
"Help me, Nat."
"I'll tell you what. I try tanya hospital, what can they do for you."

Kejap lagi air mengalir dari seluar Jeneral Yahya. Bau sehancing manifesto Parti Republikan semerbak di dalam rumah.

"I got to go!" kata Natasha, sambil letak fail, dan terus pergi.

Dia masuk dalam kereta, kemudian dia urut dada.

"Why people treat him like this? He supposed to be the most powerful person in Gelanggayu. But people treat him like shit. Literally. Why?" Natasha garu kepala.

Dia call Azlan.

"Hello?"
"Merlina Hashim, ada apa ya, Perdana Menteri?"
"Oh, err...nothing. Takde apa."
"Nak cakap dengan Azlan ke?"
"Tak, tak. I...I terdial. Sorry."
"K bye."

Merlina letak telefon.

"Azlan ni dah kena makan nasi kangkang ke dengan perempuan rempit ni? Handphone pun dia pegang? Eh, memang la. Dia PA Azlan. Ish, boleh ek kahwin dengan PA? Entah apa-apa, tak professional langsung!" kata Natasha bermonolog seorang diri, sebelum memandu keluar dari kawasan 'bauan neraka' ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro