
2010 part 2
"Stand up....good morning teacher!"
"Good morning teacher!"
"Alright, sit down. Today we will learn about evolution. Evolution is the process of change in all forms of life over generations, and evolutionary biology is the study of how evolution occurs. Biological populations evolve through genetic changes that correspond to changes in the organisms' observable traits. Genetic changes include mutations, which are caused by damage or replication errors in organisms' DNA. As the genetic variation of a population drifts randomly over generations, natural selection gradually leads traits to become more or less common based on the relative reproductive success of organisms with those traits."
"Teacher, what is natural selection?"
"Natural selection is the differential survival and reproduction of individuals due to differences in phenotype. It is a key mechanism of evolution, the change in the heritable traits characteristic of a population over generations. Charles Darwin popularised the term "natural selection", contrasting it with artificial selection, which in his view is intentional, whereas natural selection is not."
"Teacher, who is Charles Darwin?"
"Darwin was an English naturalist, geologist and biologist, best known for his contributions to the science of evolution. His proposition that all species of life have descended over time from common ancestors is now widely accepted, and considered a foundational concept in science."
--
Waktu rehat, macam biasa Jugra duduk kat belakang sekolah sorang-sorang, sebab Jugra rasa, all kids in this school are bunch of morons.
"Jugra, jangan makan kat sini. Nanti saya report kat cikgu."
"Report la kat cikgu, tak takut."
"Saya report kat cikgu disiplin."
"Tak takut. Silakan. Aku makan roti, bukannya hisap dadah."
Pengawas tu datang sekali lagi, kali ni datang dengan cikgu disiplin. Cikgu disiplin bawak rotan. Muka Jugra langsung tak takut bila pandang rotan cikgu disiplin tu. Selalu kalau budak lain, dah menangis dah.
"Jugra, kenapa awak lawan cakap pengawas, jangan makan kat sini? Kan dah ada kantin?"
"Pertama, dalam Perlembagaan Republik Gelanggayu, Perkara Pertama, ialah hak saya sebagai seorang individu asalkan tidak mengganggu orang lain. Saya duduk sini sebab saya rasa budak-budak kantin tu mengganggu saya. Sebab bising. Patutnya cikgu rotan mereka yang bising kat kantin sebab mengganggu hak saya untuk makan dengan aman, sejajar dengan Perkara Pertama Perlembagaan Republik Gelanggayu. Kedua, pengawas sekolah sepatutnya tidak campur tangan kat mana murid harus makan..."
"Kenapa pulak macam tu?"
Jugra keluarkan buku peraturan sekolah dalam kocek.
"Cuba check dalam buku peraturan sekolah, cikgu disiplin. Ketiga, saya dah habis makan. Izinkan saya untuk ke perpustakaan untuk mencari ilmu tambahan yang tak diajar oleh para guru kat sekolah ni."
"Jugra, mari sini!" jerit cikgu disiplin.
"Cikgu ada apa masalah dengan saya?"
Terus disebatnya rotan ke punggung Jugra. Tapi Jugra cuma tersenyum walaupun cikgu disiplinnya sebat dengan kuat sampai rotannya patah.
"Tak takut la dengan rotan, cikgu."
Jugra terus blah dari belakang sekolah, sebelum melepak ke perpustakaan.
Dia capai buku Guinness Book of World Records, dan baca sampai bunyi loceng.
Sampai kelas, dia capai beg sekolahnya, dan terus turun ke bawah, dan naik basikal menuju ke kedai bengkel kereta Kecik.
"Abang Kecik!"
"Woi, Jugra! Kau ponteng sekolah lagi ke? Karang bapak kau dapat tau karang, mati aku kena sound."
"Rilek la. Yang ponteng, Jugra. Bukannya Abang Kecik. Lagipun bosan la sekolah tu. Belajar dengan Abang Kecik repair kereta lagi best."
"Apa-apahal, kau tukar baju dulu. Aku tak nak minyak hitam kena baju sekolah kau."
Jugra dah buka baju sekolah dan masukkan baju dalam beg.
"Seluar? Kau ada bawak seluar jeans?"
"Ada bang Kecik!"
"Okay, lepas ni kau tolong bang Joni dengan bang Alias. Kau perhatikan apa dia buat."
Kecik sebenarnya serba salah dengan Jugra sebab dah banyak kali dia ponteng sekolah dan datang sini sebab nak belajar repair kereta. Takut nanti kot-kotlah Azlan nak repair kereta, tengok anak dia tengah kerja bengkel. Nak jawab apa dengan Azlan?
Bukanlah Kecik tak marah, tapi tiap kali kalau marah, ada je benda yang dijawabnya. Tapi walaupun dia ni kaki ponteng, tang periksa dia result okay pulak.
"Jugra, pass abang spanar 14!"
"Baik, bang Alias!"
"Budak ni, baru umur 10 tahun, nak kerja jadi mekanik pulak," Kecik geleng kepala. Tapi bagus jugak ada si Jugra ni. Sebab tangan dia tangan budak, dapatlah dia capai wayar kat celah-celah enjin tu.
Sampai makan tengah hari, Jugra jadi tukang beli makanan untuk semua brader-brader bengkel. Time tengah makan tu, terus Kecik tanya Jugra straight.
"Kau masuk ni, dah berapa kali kau ponteng sekolah?"
"Entah, lebih daripada sepuluh kali agaknya."
"Tak boleh macam ni, Jugra! Karang daddy kau marah aku nanti."
"Kenapa daddy nak marah abang Kecik pulak? Bukannya abang Kecik buat salah pun."
"Memang la aku tak buat salah, tapi kau tu yang buat salah! Kau ponteng sekolah, satu kesalahan, kau tau tak?"
"Eleh, macamlah kau tu dulu kaki datang sekolah," abang Joni menyelit.
"Kau diam la Joni. Geram pulak aku dengan kau ni. Jugra, macam ni la, lepas sekolah, kau datang la lepak sini. Aku tak kisah. Tapi kalau kau datang sebelum sekolah, kalau apa-apa jadi, aku yang kena menjawab."
Jugra hanya ketawa sahaja mendengar celoteh Abang Kecik.
Kecik terus masukkan kaset Guns and Roses dalam mini kompo dan bukak lagu Welcome To The Jungle. Jugra punyalah seronok sampai melompat-lompat.
"Kau suka lagu ni, Jugra?"
"Suka, bang Kecik! Baru best!"
"Kau ambik toolbox aku tu, Jugra. Aku nak buat kerja ni."
--
Joni dan Lias duduk di kerusi lipat sambil menonton wrestling yang terbaru.
"Kau rasa-rasa kan, orang tua tu bangun pagi tengok baja tahi ayam selambak kat situ, macam mana?" tanya Joni.
"Entah, sakit jantung agaknya."
--
Pengetua bangun dari tidur, dia rasa rumahnya bau macam dalam kandang ayam. Dia rasa macam nak muntah dengan bau yang teruk macam tu.
Dia buka pintu rumahnya, dan terus tergamam.
"What the hell!"
Lalat dah berhurung sana-sini. Langau pun dah mula datang.
"Sial punya Aziz, dah kenapa dia lambakkan tahi ayam depan rumah aku! Nak mati ke dia ni?"
Dia telefon Aziz, tapi tak dapat.
"Shit!" dia hentak telefonnya. Tak puas hati, dia call Faridah. Pun tak dapat. Dia tak puas hati lagi, dia pergi ke depan rumah Faridah.
"Idah! Idaaaaahh! Idaaaaaaaaaahhhh!"
Rumah tak ada orang.
Dia tak puas hati, dia call Gabenor Izzuddin.
"Izzu, aku nak kau arahkan orang kau, suruh angkut tahi ayam ni!"
Izzuddin yang dapat panggilan telefon dari pejabat Gabenor, jadi pelik. Dia kemudiannya call Jabatan Kebersihan Bandar, untuk selesaikan masalah di rumah Jeneral Yahya.
Beberapa minit kemudian, dia dapat panggilan semula.
"Tuan Gabenor, pihak Jabatan tak boleh nak bantu."
"Kenapa pulak?"
"Pekerja mogok. Gaji tak bayar dah dekat empat bulan."
"Hah? Mogok? Boleh ke buat macam tu? Ini rumah Jeneral Yahya punya hal, korang jangan main-main. Dia orang paling berkuasa dalam negara ni."
"Dah pekerja mogok, nak buat macam mana, tuan? Kalau Jeneral Yahya tu berkuasa, suruh lah dia gunakan kuasa superpower dia tu untuk buang timbunan tahi ayam tu. Cincin kat jari dia tu, buat panggil Captain Planet. Letak telefon dulu, dah lunch hour, bye!"
"Aik? Macam ni pegawai-pegawai layan Gabenor Wijayapura?" Izzuddin pandang telefon.
--
Di pejabat Jabatan Kesihatan, pegawai-pegawai semua gelak mengekek mendengar respon daripada Gabenor Izzuddin.
"Tu la, nak sangat jadi Gabenor. Kalau hari tu kau bagi laluan je kat Azlan, kita dengar je cakap dia."
"Dah dia dengan bro Ali yang fund gaji kita hahahaha!"
"Nak harap kerajaan republik ni, duit pun takde. Nak main arah-arah orang tapi takde duit, mana nak jalan!"
"Eh, jap jap. Bro Fazrul call. Hello? Haa, nak lunch kat mana? Kedai Kak Dayah la. Okay, jumpa kat sana."
Mereka semua berangkat ke kedai makan Kak Dayah untuk makan tengah hari bersama Fazrul.
--
"Nah, sorang lima puluh ribu dolar. Bro Ali baru kirim duit dari England," kata Fazrul sambil letak envelope depan tiga orang pegawainya.
"Fuhhh! Bro Ali kat England ke?"
"Ya, dia ada kerja di sana. Tadi apa cerita?"
"Mengamuk orang tua tu kat Gabenor, lepas tu Gabenor tolak kat kitorang."
"Lepas tu korang buat apa?"
"Kitorang cakap kitorang mogok. Dah empat bulan tak ada gaji."
Fazrul gelak berdekah-dekah sambil tepuk meja.
Tiba-tiba datang seorang budak pakai baju compang-camping datang ke arah meja Fazrul.
"Pakcik, boleh minta tolong tak? Saya takde duit nak makan. Ibu saya kaki kudung sebab terpijak periuk api. Adik saya lapar."
"Siapa nama adik?"
"Nama saya Azam..."
Fazrul petik jari kepada pegawai-pegawainya.
"Korang dapat sorang $50k kan? Bak sini $1,250. Ni korang kena bayar zakat. 2.5%. Kau tak bayar zakat, jangan harap kau dapat cium duit bro Ali."
Pegawai-pegawai tadi pun buka envelop dan keluarkan sorang $1,250. Maka ada $3,750 di atas meja.
"Kak Dayah!"
"Ada apa, Fazrul?"
"Duit ni, Kak Dayah tolong simpankan untuk budak ni. Kalau budak ni lapar ke apa, atau sesiapa yang lapar, ni wakaf zakat dari kami."
"Nah, dik. Yang ni sedekah," kata Fazrul, hulurkan not $100 kepada Azam.
"Adik belajar darjah berapa?" tanya seorang pegawai.
"Saya tak sekolah. Mak saya tak mampu. Kaki dia kudung."
"Ayah?"
"Ayah saya dah meninggal, kena tembak dengan tentera Amerika masa perang saudara."
"Kesiannya...kau kenal bro Ali?" tanya Fazrul.
"Kenal, kenal! Bro Ali pun kenal arwah ayah saya! Nama dia Ismail."
"Oooohh Mail yang jual nasi lemak sedap tu dulu. Sedihnya. Kalau kitorang bagi kau duit $2,000 sebulan, kau pergi sekolah, boleh tak?" tanya Fazrul.
"Boleh."
"Nanti aku suruh kawan aku pegawai Jabatan Pendidikan uruskan. Tu duit tu, simpan elok-elok. Kak Dayah, tolong bungkuskan nasi dengan lauk untuk budak ni, saya bayarkan," kata Fazrul.
"Takpelah Fazrul, akak sendiri yang nak belanja. Mari, Azam. Lekas, pilih lauk..."
Semua memandang Azam dengan penuh rasa sayu.
"Sekarang korang faham kan, kenapa aku nak ajar orang tua tu macam tu?" kata Fazrul sambil gigit pencungkil gigi gaya macam Scott Hall wrestler NWO, sebelum dia lontarkan ke arah longkang.
Misi Fazrul cuma satu. Untuk memastikan kerajaan republik ini tidak berfungsi dengan sempurna, sebab lepas Faridah, dia orang paling berkuasa dalam deep state kerajaan hari ini.
Faridah pegang duit, dia pegang pegawai-pegawai. Apa yang orang tua tu boleh buat kalau jentera kerajaannya tersangkut macam ni?
--
"Ya Allah, kau ni dah kenapa muka comot-comot ni, Jugra? Ni kalau daddy tau ni, habis kena marah," kata Merlina bila tengok Jugra baru sampai rumah lepas Asar.
"Jugra tolong repair kereta kat bengkel abang Kecik la, Mama Mer."
"Ya Allah kau ni, tak padan kecik la! Kerja repair kereta ni orang dah tua macam abang Kecik, boleh la. Daddy kau tu tengah beli pisang goreng, baik kau mandi, lekas!"
Geleng kepala Merlina tengok perangai Jugra ni.
--
"Ha, hero daddy dah balik dari sekolah! Lambat betul balik? Ada ko-kurikulum ke?" tanya Azlan pada Jugra.
"Lepak dengan kawan je," kata Jugra.
"Ada kawan, bawak la dia ke sini. Daddy nak tengok jugak Jugra berkawan dengan siapa."
Merlina tak nak campur tangan, sebab dia ni bertaraf ibu tiri. Dia tak nak la dilihat menyibuk sangat dalam hal Jugra ni, walaupun dia risau bila nampak Jugra selalu balik dengan muka comot-comot lepas balik bengkel.
"Tadi kat sekolah, Jugra belajar apa?"
"Belajar bullshit."
"Apa?"
"Bullshit. Benda macam evolusi, Charles Darwin. Jugra mana percaya dengan benda-benda macam tu, daddy. Mula-mula Jugra fokus lah belajar, last-last dia kata manusia berasal dari keturunan monyet. Mana boleh jadi macam tu, daddy. Esok daddy sound la cikgu tu. Apa la ajar benda yang menyimpang dari ajaran agama."
Azlan nak marah Jugra, tapi tak boleh sebab dia ada point. Azlan hanya menjeling sahaja Merlina sebab tak tahu apa yang nak dijawab.
Sejak bertukar jadi negara republik ni, soal agama Islam tu dah diketepikan oleh pemerintah, sebab nak menjadi sebuah negara sekular.
Jadi secara tak langsung, pendidikan pun berteraskan sekularisme macam ni lah.
Tiba-tiba, Azlan rasa isu ni boleh dijadikan perkara untuk political mileage. Macam ada lampu mentol yang menyala atas kepala dia.
Dia terus tekan Twitter, dan lepaskan dua tweet.
@AzlanNiat : Sebagai seorang yang beragama Islam, saya rasa tak elok sekolah ajar teori Darwin. #NoToDarwinism
Ini boleh menggugat akidah anak murid. Mohon @GelanggayuEduMin batalkan. #NoToDarwinism
Dua tweet tersebut menggegarkan seluruh Gelanggayu, dan mula mendapat pelbagai reaksi. Ada yang marah dengan Azlan, tapi yang menyokong lagi ramai.
Tweet tersebut jadi viral dan kemudiannya masuk Angkasa Awana. Sampai 8 malam, retweet tersebut mencecah 37,000 retweets dan terus bergerak.
Tiba-tiba telefon berdering.
"Hello?"
"Hi, Azlan. It's me, Nat. You better delete balik tweets you tu."
"Tweet yang mana? Pasal Darwinism tu? I think that's a right thing, don't you think?"
"Azlan, dengar sini. Kalau you tak padam tweet tu, people will revolt. Come on, Azlan?"
"I orang Islam, and I rasa benda macam tu tak perlu diajar dalam sains."
"Azlan, listen here. Our constitution right now is a secular republic. Respect our constitution. Kalau you nak cari publisiti, nak cari cheapshot against me, I akan cari seberapa ramai pakar saintis untuk dismiss your tweets."
"No. I stand where my opinion is. Lagipun dalam Constitution kata ada freedom of speech, kan?"
"You are an asshole!"
Sementara tweet di Twitter, bertengkaran antara mereka yang menyokong sekular dan menentang sekular, status di Facebook pula menyaksikan ramai yang menyokong kenyataan Azlan.
Telefon terus berdering sampai Merlina pun jadi stress. Even Jessica pun call Azlan sebab tweet tu jadi viral.
"Lan, aku rasa baik kau mutekan telefon kau. Bising la daripada tadi asyik berbunyi je. Kau pun tak fikir ke, bila kau tweet, followers kau ramai. Satu tweet kau je semua orang dah kecoh."
"That's the whole point, Mer."
Semua sebab Jugra tak nak belajar Darwinism. Dah jadi kecoh seluruh Gelanggayu.
--
Disebabkan tweet Azlan, para ibu bapa berdemo di pejabat Kementerian Pendidikan, membantah pembelajaran Darwinism di sekolah.
"Kami akan larang anak-anak kami daripada menerima pelajaran yang memesongkan akidah kami! Kami tentang Darwinisme dalam pelajaran Sains!"
"Woi kau kalau nak jadi beruk, kau jadi je la beruk sorang-sorang! Tak payahlah nak libatkan anak-anak kami!"
Dalam pejabat Perdana Menteri, Natasha dah pening kepala. Baru setahun dia jadi Perdana Menteri, dah ada demo besar-besaran.
"Dila, apa ni? You cakap buat je silibus science ada Darwinism ni and people will accept it, since it's in English. Now orang ramai dah demonstrasi dah."
"Awak jangan reverse dasar tu. Jangan tunduk dengan desakan dia. Kita perlu ajar sains dan teknologi yang standard macam negara maju. Ingat tu."
"I nak kena buat press statement ke?"
"Okay, nanti saya draftkan press release untuk awak, Nat. Awak bertenang je, okay?"
"Ni semua tweet Azlan punya pasal!"
"Si sial tu memang nak cari pasal dengan awak sebab nak political mileage je. Dia memang sengaja nak ambil line populist. Awak jangan risau. Saya buat press release untuk awak, okay?"
--
"Saya mencadangkan, agar orang ramai terutamanya ibu bapa, yang mana bimbang akidahnya bakal tergugat dengan pelajaran macam ni, supaya mendesak kerajaan supaya jangan teruskan perkara macam ni. Kita ni orang Islam, kita percaya manusia ini keturunan Nabi Adam, bukan daripada monyet. #NoToDarwinism"
Azlan double down dengan up status di Facebook. Ternyata status itu dishare ribuan share dan menerima ribuan likes.
Merlina datang tergesa-gesa.
"Wei, ni kau tengok ni, Hafiz dah bagi amaran, jangan buat statement tak melulu kat media sosial."
Hafiz kini adalah Menteri Dalam Negeri.
Azlan tersenyum.
"Mamat ni ex roommate aku. Mamat ni pakai spender terbalik pun aku tau. Tak payahlah nak sound. Kau rilek je, Mer. This is part of the plan."
#NoToDarwinism dan #TeachRealScience menjadi hashtag yang viral di Twitter Wijayapura hari ini. Yang mana pro republik dan sekular menentang keras kenyataan Azlan, menggunakan hashtag #TeachRealScience. Yang mana anti sekular, mereka guna hashtag #NoToDarwinism.
"Welcome to the cyber jungle, lads!" Azlan bermonolog seorang diri sambil baru mengenal kuasa media sosial dalam politik. Selama ni dia post gambar atau status yang murni-murni je.
Yang jenis terbakar ni yang lagi sedap rupanya. Dan ia lebih berkesan daripada blog, sebab blog hanya pada siapa yang membaca sahaja.
Tapi Facebook, Twitter. Yang ni macam-macam jenis orang baca. Azlan dah temui cara bagaimana untuk weaponized media sosial.
--
Adilah
Memang cari pasal betul si sial ni! Aku rancang aku nak buat dulu, sekali dia yang rosakkan rancangan aku. Tak guna. Kalau macam ni, dia dah hijack rancangan aku nak gulingkan republik ni.
Memanglah idea aku supaya mengajar Darwinism ni supaya nak buat orang ramai marah, tapi kemarahan tu biarlah Suara Gelanggayu yang buat.
Bukannya tweet Azlan! Grrrrr!
Macam mana dia buat, apa sahaja dia buat, dia akan jadi popular. Aku cuba nak buat Hafiz macam tu, tapi tak boleh.
Bayangkan, Azlan makan pisang goreng dan pos gambar, dapat berpuluh ribu likes di Facebook. Aku cuba buat pada Hafiz, belas orang je.
Mana hati tak sakit!
Aku tau la dia tu handsome, tapi takkan begitu cetek masyarakat negara ni. Takkan Hafiz tak boleh nak dapat benda yang sama?
Hafiz pulang ke rumah, dalam keadaan muka yang muncung.
"Kenapa dengan awak ni?"
"Penatlah!" kata Hafiz sambil campak kotnya.
Sejak dua menjak ni dia macam jarakkan diri daripada aku. Apa masalah dia ni sebenarnya?
--
Natasha tak berpuas hati dengan sikap Azlan, dia terus ke rumah Pengetua.
"Oh my, what is this smell? What the hell? A giant pile of turd in front of Pengetua's house? Does anyone have respect to him?"
Natasha tahan nafas untuk masuk ke dalam rumah Pengetua.
"Pengetua! Pengetua!"
Pengetua buka pintu.
"Oh, kau rupanya Natasha."
Natasha rasa macam nak muntah. Bau baja tahi ayam ni punyalah kuat bau dia, sampai dalam rumah penuh dengan lalat.
"Who put that pile of turd in front of your house?"
"Aku order baja tahi ayam kat Aziz, lepas tu budak dia pergi lambakkan baja tu depan rumah ni. Bodoh betul, budak zaman sekarang ni tak reti buat kerja!"
"Yang tu Aziz, yang ni adik dia pulak. He put a pile of turd in our government right now. Sekarang ni, all pegawai-pegawai kementerian pointing on us now. Cakap kita ni tak reti dengan sensitiviti umat Islam..."
"Sensitiviti apanya, benda dah saintis cakap, kenapa nak bodoh lagi, ikut cakap orang kat padang pasir?" kata Pengetua.
"Pengetua, please la nasihatkan Azlan tu. Dia tak nak dengar cakap I. He keep on doing this."
"Tak guna aku nasihat dia. Dia sekarang dah minum air kaki bini dia."
"Budak muda Merlina tu? Euww, dah la pakai macam rempit, selekeh! Tak sangka Azlan jatuh sampai ke tahap macam tu."
"Dia tak jatuh, Nat. Kalau dia jatuh, kau tak gabra dengan benda yang dia buat ni. Kau kena goda dia, Nat. Kau kena pastikan yang kau menang hati dia balik. Selagi dia dengan budak perempuan tu, selagi tu dia nak main isu Islam je!"
Natasha dah pening kepala. Ada pulak dia kena goda Azlan balik sebab isu ni. Dah la bau tahi ayam ni mengganggu.
"I got to go," kata Natasha, yang dah tak tahan dengan bau tahi ayam di rumah Pengetua.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro