Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2010 part 14

Azlan

Ramadan 1431H

Oh Purnama buat majlis berbuka puasa kat office, jadi aku, Merlina dan Jugra datang untuk meraikannya.

Disebabkan kat depan office Oh Purnama ni ada sebuah padang (yang sebenarnya tempat longgokan pasir pembinaan officelot ni, ada banyak lalang dan semak), jadi kat situ lah semua staff bakar kambing dan lembu barbeku.

Lupa aku nak beritahu korang semua, Mer dah membuyut 8 bulan. Dah nak due date.

"Kak Mer dah sampai!" kata Jessie sambil membantu Art Ardan menyalakan api arang.

Din Tapa pula dengan mesin ais kacangnya untuk tetamu yang hadir. Ahli Parlimen Puncak Jaya viral buat ais kacang.

Selain barbeku, pihak office jugak menempah brader char kuey teow untuk masak di situ. Jadi siapa nak makan char kuey teow boleh order dengan brader tu secara percuma (sebab office dah bayar).

Brader Adli Margera pakar Char Kuey Teow namanya.

Sejak kerajaan Republik Gelanggayu ditubuhkan, Jabatan Agama Islam telah dimansuhkan dan semua undang-undang syariah telah dimansuhkan, sejajar dengan perlembagaan 2009 Republik Gelanggayu yang menyatakan bahawa negara ini sebuah negara yang sekular.

Di Gelanggayu pula, sejak pilihanraya 2009, kuasa diserah kepada Presiden Republik, dan Presiden Republik, Sahari Ariffin pula dipegang tengkuknya oleh Kartel Pak Wan Radzi.

Aku tak faham kenapa Kartel Pak Wan Radzi ni nak pertahankan kerajaan sekular yang jelas majoriti rakyat Gelanggayu tak suka benda ni.

Bulan puasa dah tak ada lagi plastik hitam atau bazar Ramadan sebab kedai bukak macam biasa dan orang ramai boleh makan macam biasa.

Ini kerana menurut Perlembagaan, hak untuk makan nasi siang hari pada bulan Ramadan terletak dalam kebebasan individu yang dicatat dalam Perkara Pertama Perlembagaan Republik.

Maknanya Perlembagaan tu dah lebih tinggi daripada undang-undang Tuhan. Untuk orang atheist, agnostic atau liberal, benda macam ni best lah.

Bila parti konservatif macam Parti Demokrat dan Parti Nasionalis bersuara tentang ini dalam Parlimen, orang-orang dalam Parti Republikan kata, "kalau nak puasa, tak ada masalah. Kerajaan takkan ganggu. Tapi kerajaan takkan ganggu orang yang tak nak puasa."

Tapi disebabkan kerusi pembangkang cuma ada 11 orang je (6 Demokrat, 3 Nasionalis, 2 Bebas), maka Parti Republikan yang sekular ini steamroll semua akta dan diluluskan tanpa berdepan dengan banyak tentangan.

Bukannya rakyat tak membantah. Hashtag #NoToDarwinism tu dulu boleh dikatakan berjaya sebab agenda untuk mengajar pelajar sekolah dengan Darwinism yang bertentangan dengan nilai Islam, telah membuat ramai turun demo di pejabat Kementerian.

Masa bulan puasa ini, aku naikkan hashtag #KembalikanRamadan dan hashtag tu viral hampir setiap hari dalam bulan puasa.

Of course pihak-pihak pro-sekular, pro-liberal cuba nak naikkan hashtag #GelanggayuIsSecular tapi hashtag tu selain daripada golongan Henderson bubble, hanya ditweet oleh cybertroopers dan akaun bot.

Menerusi media sosial, ia juga mencetuskan satu dimensi baru perang merebut persepsi masyarakat. Sebab tu menurut apa yang Bait dan Mole bagi pada aku, Hafiz bayar sampai RG30 juta kepada cybertroopers dan penjana akaun bot untuk attack aku balik.

Aku tak main bayar-bayar ni. Sekali aku tweet, beribu-ribu Azlanites akan retweet dan share. Haaa, fan aku dah ada nama dah. Asalnya aku nak letak nama Azlanistas, tapi Mer cakap macam poyo pulak letak nama Sepanyol ni.

Dan hardcore followers ni dia tak sama macam tweet berbayar sebenarnya. Dorang ni paling fight untuk kau di ruang cyberspace sebenarnya.

Bercakap pasal Hafiz, aku ada banyak video-video dia sebenarnya. Sebab jawatan Menteri Dalam Negeri ni berkuasa, jadi aku perlu ada deterrent untuk menangkis kuasanya.

Bijak jugak si Donita ni rupanya. Rupanya setiap kali Donita ajak main, dia akan suruh bartender tu letak dadah untuk Hafiz tingtong.

Sementara Hafiz tengah stim apabila kena kerjatiup, apabila dadah tu mula menstimulasi dalam kepalanya, dia tak sedar dan Donita melarikan diri, dan diganti dengan lelaki. Kadang-kadang kena gangbang.

Kami memastikan tiada video Donita akan disebarkan, dan hanya video-video aksi semburit sahaja. Sebab Donita ni aset Wijaya TV.

Idea jahat lagi jijik ni datang dari Din Tapa sebenarnya masa meeting hari tu, sebab kalau lelaki skandal dengan perempuan, masih okay lagi. Tapi kalau semburit, memang KO la karier politik tu.

Selain Cebu, pernah berlaku di Bali, Gold Coast, Maldives, Hong Kong dan paling wild kat Mallorca. Tiga orang lelaki sado dari Burkina Faso.

We got it all.

Cuma semua video-video ini masih dalam simpanan, sebab video ni aku akan gunakan bila perlu nanti.

Bila sedar dari pagi je, Hafiz akan rasa kenapa punggungnya sakit gila, dan Donita pura-pura bangun dengan topless, dan tunjukkan dildo di tangannya.

Lagi best, Hafiz ni memang selalu kena BDSM tanpa dia sedar.

Tapi itulah, kadang-kadang aku tak tahu sampai bila benda ni tak terkantoi. Dan kalau kantoi, macam mana dia react.

Dan semua fail-fail video ni pada akhirnya akan dibocorkan oleh Mr Shadow, bila tiba suatu masa yang tepat.

Kejap, bekas driver aku yang sekarang jadi driver Natasha, Encik Mat nak ajak borak.

"Apa cerita dengan Nat? Rach? Dorang sihat? Makan pakai cukup tak?"
"Semua cukup, encik Azlan. Cuma cik puan Nat, dia ada gangguan emosi sekarang."
"Rachel macam mana?"
"Hari tu encik Azlan tahu kan dia dapat jadi wakil Sukan Komanwel di New Delhi? Tapi nanti dia jadi gymnas simpanan. Rasanya dia dapat masuk skuad utama masa Olimpik London nanti. Tapi itu pun kena lalui kelayakan Olimpik."
"Kat mana tu?"
"Xiamen, Kwantung. University of Jimei."
"Ingatkan saya pasal yang ni ya? Saya nak pergi tengok dia."
"Okay. Nak saya beritahu cik puan ke?"
"Takpe. Saya nak tengok dia dari jauh."
"Kenapa encik macam ambil berat sangat tentang Rachel?"

Benda ni yang tahu cuma aku, Nat dan Jessie sahaja. Aku tak menjawab, hanya senyum sahaja.

--

Xiamen, Kwantung

Tujuan aku datang di sini ialah untuk melihat Rachel dari jauh. Memandangkan Mandarin aku jahanam, aku ajak Claudia dan suaminya, Clerence untuk menonton pusingan kelayakan gimnastik ni.

Dah kahwin dah rupanya Claudia ni.

"You tau nama asal bandar ni apa?" tanya Claudia pada aku. Aku angkat bahu.
"Amoy."
"Ooo, jadi ah moi tu datang dari perkataan Amoy ni la? Kenapa tukar jadi Xiamen?"
"Sejarah. Tukar pemimpin maka tukar la nama. Sama macam Gelanggayu la. Nama yang semua ada kaitan dengan al-Daulah semua sudah tukar."

Ya, sejarah ditulis oleh orang yang menang. Yang ni kita selalu dengar. Yang kita jarang dengar, sejarah juga dipadam oleh orang yang menang.

Aku faham apa tujuan untuk memadam sejarah lama. Contohnya, macam kalau ada sesuatu yang bagus dari rejim lama, rejim baru kena pastikan generasi akan datang akan melupakan rejim lama.

Samalah macam apa yang republik ni cuba buat, iaitu memadamkan kekuasaan kesultanan al-Daulah selama 600 tahun dengan menulis silibus buku teks Sejarah yang baru.

Antaranya bercerita tentang betapa borosnya para raja dan pemerintah Gelanggayu, cerita tentang perjanjian-perjanjian jual tanah dengan British, serta menceritakan hal yang buruk-buruk terhadap institusi diraja.

Aku tau apa yang kerajaan republik cuba buat sekarang ni, tapi aku ada projek yang dah lama aku rancang masa aku TPM lagi, iaitu Program Latihan Khidmat Negara.

Aku tau Kementerian Pertahanan tak ada masa nak check silibus tu balik, lagipun orang-orang dalam Kementerian Pertahanan semuanya orang-orang Ali, melalui Fidot.

Apa yang aku dan Fidot letak dalam silibus Khidmat Negara itu ialah perkara-perkara yang digunakan untuk mendoktrin pengikut Ayam Hitam.

Dan dalam masa sama, proses sekularisasi pendidikan di Gelanggayu nampaknya seperti terbantut, terutamanya sejak kes NoToDarwinism tu melanda.

Disebabkan ramai orang yang tidak mahu anak-anak mereka bersekolah di sekolah yang enggan mengajar agama, maka duit zakat yang aku bayar dari harta keluarga al-Daulah tu aku gunakan untuk membina sekolah-sekolah agama secara swasta, tapi mengenakan yuran yang paling mampu milik.

Ada juga yang belajar agama secara tutor, macam Jugra yang belajar secara terus dengan Ustaz Bakar.

Senang cerita, projek untuk mensekularkan negara ini seperti terbantut kerana tidak disukai oleh rakyat. Popular ratings kerajaan Natasha ni pun sebenarnya agak rendah.

Cuma aku suka Natasha menguruskan negara ni. Dia ni jenis ikut buku, skema dan mengikut peraturan. Jadi pentadbirannya telus. Cuma bila terlalu skema sangat, dia susah nak counter kemarahan orang ramai.

Dan sebagai pembangkang, memang kerja aku untuk memanipulasi hal tu.

Bercakap pasal Nat, aku nampak dia duduk sebelah Gunawan, seperti tidak bercakap langsung. Macam hanya duduk sebelah dan tidak berkata-kata.

Pengumuman dalam bahasa Mandarin, nama Nurul Hilda Cleo Rachel serta nama negara Gelanggayu berkumandang.

Aku pandang Rachel dengan penuh bangga. Aku nampak dia benar-benar bersungguh-sungguh menjadi atlet gimnas. Persembahan yang cantik dan dia langsung tak gugup, walaupun usianya baru 10 tahun.

--

Selepas tamat pertandingan, aku keluar dari dewan dan Clerence dan Claudia bawa aku ke satu tempat. Aku jadi pelik kenapa tempat ni macam sedikit tersorok.

"Apahal kau bawa aku ke sini?"
"Clerence ni sebenarnya NSB."

NSB tu adalah perisik kepada Republik Taipei atau dikenali sebagai Taipei-Formosa. Republik Taipei adalah sebuah pulau yang dikatakan menentang Republik Rakyat Kwantong, yang diperintah parti komunis.

"I ada info penting pasal projek Adilah dengan kerajaan komunis Kwantung tentang satu virus yang bakal meletus ke seluruh dunia. You bayangkan, virus ni kalau merebak, satu dunia kena. This information leaked from Wuhan Institute of Virology. They planned this since H1N1 tahun 2003 and 2009 dulu."
"Kau nak aku buat apa pasal ni?"
"Right now, aku dengan Clerence kena lari pergi Taipei. The worst part, my father involved dengan projek ni. Now, give this to Jeneral Yahya, as his leverage against my father, kalau my father nak saman dia."
"Kira kau tikam ayah kau sendiri, Claudia?"
"Alan, kalau dah dia terlibat untuk hasilkan biological weapon untuk this authoritarian government, takkan kau nak biarkan je? Bapak tak bapak. Adilah tu bahaya, Lan."
"Dokumen apa ni?"
"Ini formula untuk buat vaksin untuk supervirus tu. Kalau kau boleh buat ni, kau boleh jadi kaya raya. But for now, kau bagi your Pengetua dulu. Pandai la dia deal dengan US."

Celaka betul dua ekor ni. Tak memasal aku kena seludup dokumen yang boleh aku dipenjarakan di negara paling kejam dan kuku besi.

Sampai di airport Xiamen, aku buat rilek. Pegawai imigresen tu pandang aku dan cuma minta duit kopi iaitu balance yuan yang aku tak nak pakai. Kira rasuah lah.

Aku seluk poket dia ¥500, lepas tu dia bagi aku lepas macam tu je. Negara komunis ni senang nak dirasuah sebenarnya. Cuma jangan kantoi lah. Maut padahnya.

Daripada Xiamen sampai Wijayapura aku rasa berdebar-debar takut aku diperiksa, tapi memang tak ada. Bahkan aku jadi tenang sebaik sahaja kapal terbang itu melintasi sempadan Dai Viet.

Aku sampai sahaja di Wijayapura, aku dijemput oleh pemandu aku. Dan aku meneliti dokumen yang diberi oleh Clerence, tapi satu apa pun aku tak faham sebab aku tak faham Mandarin.

Tetapi ia mengingatkan aku kepada dokumen-dokumen tentang vaksin yang bocor tempoh hari. Kalau syarikat Adilah terlibat dalam ni, aku kena pastikan aku kena control syarikat ni dulu.

Ada pelan jahat antara Adilah dengan kerajaan komunis Kwantung ni.

--

"Assalamualaikum..."

Jeneral Yahya keluar dari biliknya. Dia nampak ada ramai budak-budak kecil turun dari bas, dengan Azlan bersama beberapa orang membantu untuk membuang baja tahi ayam yang sudah hampir sembilan bulan di hadapan rumahnya.

Ada lori di belakang bas, turut membantu untuk mengemaskan laman rumah Pengetua.

"Apa pulak Azlan buat ni kat rumah aku?" Jeneral Yahya rasa stress. Dia turun dari tangga dengan menggunakan tongkat.

Sejak dia terberak dalam seluar masa dia mengamuk hari tu, dia tak duduk kat bahagian bawah rumah, hanya duduk di bahagian atas sahaja.

Makan pun order dari luar sahaja, itu pun Azlan yang pesankan untuk dia dari restoran Ali.

Jeneral Yahya nampak ada ramai kanak-kanak dan remaja bergotong royong untuk mengemas rumah Jeneral Yahya.

Jeneral Yahya buka pintu, dan nampak Azlan bawa mop dan peralatan membersihkan rumah.

"Kau nak buat apa ni, Azlan?"
"Assalamualaikum, Pengetua. Saya datang nak bantu ringankan beban Pengetua, bersihkan semua ni."
"Baguslah kalau macam tu. Bukannya macam abang kau, melambakkan tahi ni depan rumah aku."

Azlan kemudiannya masuk ke dalam rumah, dan membersihkan rumah Pengetua. Walaupun bau busuk itu mencucuk hidung, tapi Azlan buat sahaja kerja tu.

"Budak-budak ni budak-budak mana kau kutip ni? Kau buat child labour ke apa ni?" tanya Jeneral Yahya.

"Masya-Allah, Pengetua ni. Mereka ni, anak-anak yatim yang ditaja oleh Yayasan Darul Mukminin. Isteri saya yang taja. Jadi bulan puasa ni, mereka nak cari amalan lah."

"Senang betul kau bodohkan budak-budak ni. Buat kerja free, lepas tu sembang amal ibadah. Sebab tu Islam tak boleh nak maju."

Azlan malas nak berdebat dengan Pengetuanya, dan teruskan mengemas rumahnya.

"Budak-budak ni tak bau busuk ke kau suruh dorang buat ni? Aku yang dekat sembilan bulan duduk ni pun aku dah tak tahan dah," tanya Jeneral Yahya.

"Pengetua, budak-budak ni kebanyakannya mak ayahnya meninggal masa perang saudara. Bau mayat setiap hari dalam hidup mereka dalam masa dua tahun perang tu. Apalah sangat sekadar bau tahi ayam ni."

Pengetua cekak pinggang, dan melihat anak-anak yatim ni bekerja. Kemudiannya dia capai botol wiskinya yang dia beli dengan duit pencennya, selepas dipecahkan oleh pekerja ambulans tempoh hari.

"Berapa kau bayar budak-budak ni..."

"Pengetua...berapa saya atau isteri saya beri tu, bukanlah penting pun. Yang penting niat kami semua ikhlas nak bersihkan rumah Pengetua."

"Aku tanya je. Aku bukan apa, aku tak nak kau gunakan budak-budak ni je. Kau salah ni ikutkan, sebab ni dah dikira child labour."

Azlan geleng kepala tengok Pengetua. Zaman dia pengakap masa kat sekolah dulu, dia selalu kumpul duit persatuan pengakap dengan cuci kereta orang, potong rumput kat rumah orang untuk dapatkan upah. Tak ada isu child labour pun.

--

Selepas seharian mengemas rumah Pengetua, Azlan dan anak-anak yatim ke rumah Darul Mukminin untuk mandi, solat maghrib dan berbuka puasa.

Mereka kemudian solat Isyak, tarawikh dan semasa majlis makan moreh, semua anak-anak yatim ini dihadiahkan baju raya, kasut raya, songkok, sampin dan setiap seorang dari anak yatim ini diberikan duit raya sebanyak $100.

Jamuan moreh merupakan ayam goreng buttermilk yang ditaja oleh Pak Harun.

Ternyata wajah anak-anak yatim itu gembira apabila Azlan menghulurkan hadiah itu kepada mereka. Selepas beberapa tahun mereka menderita akibat perang saudara, mereka akhirnya dapat merayakan Aidilfitri dengan penuh gembira.

Azlan harap anak-anak yatim ini bergembiralah dengan hadiah yang tak seberapa ini, kerana ini sahaja yang dia mampu untuk gantikan kehilangan ibu dan ayah mereka dalam perang saudara.

--

Malam raya, Faridah bertandang ke rumah Azlan. Sambil tu temankan si Merlina ni untuk masak rendang.

Azlan sedang bersama Lias dan Kecik membakar lemang di padang belakang rumahnya, sementara Jugra dan Jessica mengemas rumah.

Merlina bersama Faridah sedang masak rendang, sementara Joni dan Art Ardan pula sedang menganyam ketupat.

"Pandai kau anyam ketupat ni ya, Joni?" tanya Faridah.
"Haah, Aunty. Mak saya ajar."
"Hmm, baguslah. Susah budak zaman sekarang ni yang reti anyam ketupat."

Sedang mengacau rendang, tiba-tiba Merlina mengadu sakit.

"Adehh, adeehh!"
"Kenapa dengan kau, Mer?" tanya Faridah.
"Aku tau la rendang aku ni sedap, takkan kau nak keluar sekarang! Arrgghhh!"

"Kenapa Kak Mer?" Jessica keluar dari rumah.
"Jessie, call ambulans!" kata Faridah.
"Mama Mer dah nak beranak ke?" tanya Jugra.
"Haah, kau pergi panggil daddy kau kejap," kata Faridah.

Jugra pun berlari ke belakang dan pergi ke arah Azlan.

"Daddy, daddy! Mama Mer dah nak beranak!"
"Ah sudah, malam raya jugak kau ni nak beranak! Kau jaga lemang ni kejap, Lias!"

Azlan terus berlari ke laman rumah 2 Jalan Cendana.

"Aduh kau ni, Mer! Asal la malam raya jugak kau nak beranak!"
"Kau diam la, setan! Mana aku nak tau timing aku nak beranak ni malam raya! Arrggghhh!"
"Kejap, kau rilek jap. Ambulans tengah nak datang tu. Jugra, tolong tengok ambulans dah sampai ke belum?"
"Belum sampai lagi, daddy."
"Ambulans ni makan angin ke apa? Aduh, saspen pulak aku tengok kau ni Mer."
"Banyak la kau punya saspen!"

Kecik kat depan rumah dah call driver ambulans tu suruh cepat sikit.

Azlan kelihatan nervous. Dulu masa beranak Jugra, segalanya smooth. Begitu juga masa beranak Rachel (walaupun masa tu Luqman yang kelam kabut).

Tengah best-best Azlan masak lemang di depan rumah, tau-tau Merlina pecah air ketuban lepas maghrib terakhir Ramadan.

"Kecik, ambulans dah sampai mana?"
"Dah nak sampai dah. Depan simpang tu."
"Tadi kau cakap dah nak sampai. Ni dah nak setengah jam dah."
"Ambulans salah masuk jalan, bro Alan."
"Alaaaa ambulans ni. Boleh pulak dia salah jalan."

Ambulans tiba dengan beberapa anggota paramediks terus mengangkat Merlina ke stretcher.

"Kecik, kejap lagi kau bawak ibu dengan Jugra ke hospital. Aku follow ambulans dulu."
"Baik, bro Alan."

Merlina genggam tangan Azlan menahan sakit.

"Kau la ni, bodoh! Pergi lepas dalam, apahal?"
"Woi, aku dah kahwin dengan kau la, gila!"
"Sakit kau tau tak? Sakit!"
"Ye la, kau boleh sabar jap boleh tak? Ambulans ni bukannya Millennium Falcon boleh bergerak dengan kelajuan cahaya."
"Alan...."
"Ye Mer..."
"Sakit la bodo..."

--

Azlan

Aku tak tau nak panik ke nak gelak. Masa beranak Jugra dulu, Mina macam tenang sikit walaupun masa meneran tu dia menjerit sakit la jugak.

Masa Nat beranak dulu, pun dia agak tenang juga. Tapi Merlina ni, dia punya meraung, stress aku dibuatnya.

Stretcher ditolak ke wad kecemasan. Aku hanya menunggu ke kawasan yang dibenarkan pelawat tunggu.

Lagu Halaman Asmara dari Awie dan Ziana Zain kedengaran dari konti akak nurse tu.

"Salam, kitorang nak selfie dengan encik Azlan boleh tak?" kata dua orang nurse yang duduk depan konti.

"Haaa, bolehlah."

Boleh pulak aku tengah stress tunggu bini beranak ni, ada nurse ajak selfie. Tapi takpelah, dorang ni pun bakal jadi pengundi aku ni.

"Terima kasih encik Azlan!"

Beberapa minit kemudian, Kecik bersama Jugra dan ibu tiba.

"Merlina ada dalam wad ke?"
"Ye, ibu."

Jessica dan suaminya Art Ardan tiba di tempat pelawat.

"Kak Mer kat dalam wad ke? Alamak, dia, okay tak?"
"Teruk meracau dia tu. Lain macam dia punya mengamuk tu. Macam Ultimate Warrior pun ada," kata Kecik dari tepi.

Doktor datang dan berjalan ke arah aku, dengan senyuman. Bila doktor senyum tu maknanya selamatlah tu.

"Tahniah, encik Azlan. Isteri awak dah melahirkan seorang bayi perempuan."

Aku masuk ke dalam wad, dan Merlina sedang memeluk baby dalam keadaan yang meletihkan.

"Weh, kau okay tak?"
"Okay, okay. Geram betul aku. Kau cuba la beranak, tengok okay tak okay?" kata Merlina.
"Comelnya, aku tengok muka dia ni ada iras muka aku jugak ni."
"Aku harap dia dah besar nanti, tak jadi playgirl macam kau," kata Merlina.

Aku kemudian mendukung bayi perempuan aku, menghadap kiblat dan melaungkan qamat ke telinganya, sebelum berselawat dan meletakkan kembali bayi perempuan tu ke sebelah Merlina.

Aku kemudiannya menadah tangan dan membaca doa selamat, bersyukur kerana kelahiran bayi perempuan ini.

"Kau nak letak nama anak ni ke?" tanya aku pada Merlina.
"Bukan kau nak namakan anak kau ni Julia ke dulu? Elok la tu, anak kau yang lagi sorang, Jugra. Ju Ju."
"Disebabkan dia lahir malam raya, apa kata kita namakan dia Aidil Fitriyana Julia?"
"Bukan kau tak suka ke nama panjang-panjang?"

Art Ardan dengan Jessica kat tepi dah tergelak.

"Tak sweet langsung dorang ni. Dorang ni panggil kau aku je? Macam member je?" tanya Art Ardan pada Jessica.

Selepas berbincang, Merlina bersetuju dengan nama Aidil Fitrah Julia. Fitriyana macam terlalu common, katanya.

Aku post gambar ke Twitter dan Facebook.

@AzlanNiat : Alhamdulillah, menyambut anak perempuan saya, Aidil Fitrah Julia. Thank you, @merlinahashim. I love you. ❤

Dalam masa sekejap je, retweet dah mencecah 50k. Begitu laju sekali berita bini aku beranak ni.

Merlina tengok mention di Twitternya.

"Geli la kau sebut I love you ni, setan!"
"Habis tu kau tak nak aku love kau la?"
"Ala ye la ye la. Tapi takyah la tweet. Segan doh aku. Kau dah la ramai peminat."
"Nak delete ke?"
"Takpelah. Biarlah gegirls yang syok dengan kau tu tau kau dah ada bini!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro