Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2010 part 13

Lagu Groovejet dari Sophie Ellis Bextor berkumandang di sebuah beach club di pantai Maribago, Cebu. Hafiz seperti jadi budak kejutan budaya terlompat-lompat bajet cool. Donita hanya menari rilek and having fun.

Lil Faysh dan budak-budak Ayam Hitam sibuk merakam, mengambil gambar dan dihantarkan ke Din Tapa.

"Seronok betul dia ni clubbing," Lil Faysh gelakkan je. Kena pulak Donita kemain melentik-lentik bodynya, lagilah makin excited dia berjoget.

Disebabkan Hafiz ni masa dia muda dia budak nerd, bila dia menari, jadi gonjenglah tariannya.

"Mr Hafiz.."
"Panggil I Fizzy je, okay?"
"Let's have a drink?"

Hafiz macam terkejut kejap. Dia tak pernah minum arak. Tapi kalau gadis secun Donita ni dah ajak, takkan nak tolak?

"Okay, jom!"

Mereka berdua ke bar, dan Donita panggil bartender.

"You nak minum apa?" tanya Donita.
"Tak tau?"
"Hmm, I suggest you minum sex-on-the-beach. Sebab lepas minum sex-on-the-beach, boleh sex-on-the-bed."

Sex-on-the-beach ialah sejenis minuman yang terdiri daripada jus oren, peach schnapps, jus kranberi dan vodka.

"Okay. Tak kisah, you order je."
"Give us two sex-on-the-beach, thanks!"

Hafiz telan air liur melihat lurah dada Donita. Tak sangka malam ni dia dapat meratah mempelam muda yang sedang masak ranum.

"So, Hafiz. I nak tanya you, masa you dengan FizzyTech, tak ada ke girls yang kejar you dulu? I bet mesti ramai girls kejar you kan, when you made your first billion dollars?" tanya Donita.

"Ada tu memang ada, tapi I masa tu setia dengan wife I."
"Kenapa dulu setia, sekarang tak? Sebab wife you dah tak hot lagi ke?"
"Tak, dulu dia baik. Tapi sekarang, dia macam selalu je tengking I. I jadi rimas."
"Ala, dah banyak kali I dengar cerita macam ni."
"You masa kat Madrid, takkan takde skandal dengan orang kaya?"
"Ada la few. Billionaires, football stars, celebrities."
"Sekarang?"
"Takde dah. Dah tinggalkan dunia wild kat Madrid tu. But kalau you nak ajak I pergi Mallorca, I ada satu tempat yang best."
"Mallorca? I tau kelab bola je. Real Mallorca. Selalu dengar kat TV."
"Mallorca ni macam Cebu jugak. Tapi lagi havoc!"
"Yeah? Nanti la kita pergi."

Selepas melayan dua gelas sex-on-the-beach, mereka berdua ke bilik hotel di Coralpoint Garden Suites and Residence di Mactan.

"Tunggu kejap tau, I nak bersiap," kata Donita dengan suara menggoda, membuatkan Hafiz tak senang duduk menahan benda yang tertonjol di celah kakinya.

Donita terus tekan butang on pada semua kamera yang merakam video dalam bilik. Video itu disambungkan secara online kemudian dirakam secara langsung oleh Din Tapa yang sedang merakam video tu dari jauh.

Begitulah canggihnya internet zaman sekarang. Tak macam zaman Lubuk Tupah dulu. Camera pun pixel teruk.

Hafiz buka pintu apabila Donita kata dah bersedia, dan melihat Donita memakai baju kebaya warna merah dan duduk dalam keadaan yang menggiurkan di atas katil.

Hafiz tak boleh tahan, dan rasa mahu menerpa terus di atas katil. Tapi oleh kerana terlalu terkesima melihat keghairahan liuk lentuk badan Donita, dia terlepas di dalam seluar.

Apabila dia buka seluar, dah keluar dah.

"Shit, haram jadah betul! Keluar awal pulak."
"Takpe, I cuba keraskan balik ya?"

Dengan kerja tiup pada angle kamera yang menampakkan muka Hafiz yang sedang menahan nikmat, video itu terus dihantar ke Din Tapa sebelum Din Tapa menghantar video tersebut pada semua orang yang disebut Azlan.

Dan semua ini disimpan dahulu, buat stok banyak. Nanti dah nak pilihanraya, baru akan dilepaskan untuk modal politik.

--

"Hai, Jugra!"
"Hmm..." Jugra sedang menikmati maggi goreng yang dimasak Mama Mer pagi tadi.
"Awak makan apa tu?"
"Maggi goreng."
"Hari ni Buk Darti masakkan saya fried ramen with shitake mushrooms. Nak kongsi tak?" kata Mili.
"Nak kongsi amende. Benda sama je macam aku makan," kata Jugra.

Alif letakkan cendawan pada Jugra.

"Aku tak makan mushroom."
"Lemah," jawab Jugra.
"Kat rumah siapa yang masak, Jugra?"
"Mama Mer. Mak tiri aku tak nak ada maid kat rumah. Takut maid ngorat daddy aku."
"Daddy awak tu, kacak kan? Lepas tu kekacakan dia tu pun tertumpah pada awak," kata Mili.

Tersedak Jugra bila dengar Mili cakap macam tu.

"Untunglah ada perempuan suka kau, Jugra. Muka macam aku ni, sorang pun tak nak. Dah la cacat buta sebelah."
"Lep, rule pertama untuk lelaki, kau kena ada confident. Takde confident, kaya la kau macam mana pun, awek datang sebab nak pow kau je. Kalau kau nak awek, kau kena confident. Kau kena tengok cerita Valkyrie. Tom Cruise mata sebelah, macam kau. Tapi tetap handsome!"
"Tu Tom Cruise, Jugraaaa! Aku ni, kalau tak kena letupan bom kat kereta ayah aku dulu, takde kena macam ni."
"Kau nak tau tak, Lep, dulu ayah aku pun mangsa bom? Setahun jugak dia menderita. Tapi masa tu dia belum kahwin dengan arwah mommy aku. Aku dengar cerita daripada dia je. Dia kena kat Manchester."
"Manchester? Ayah kau Manchester United ke Manchester City?"
"Aku rasa dia minat bola main-main. Jenis tak serius, macam Snoop Dogg. Kejap pakai jersi Inter Milan, kejap pakai jersi Barcelona, kejap Liverpool. Kejap Itali, kejap Spain."
"Kau bola sokong siapa, Jugra?"
"Entah. Aku tak minat bola. Aku minat ragbi."
"All Blacks?" tanya Mili.
"Puihhhhh! Wallabies okay? Aku dulu duduk Perth, takkan nak sokong All Blacks!"
"Ooo, faham," kata Mili, memahami rivalry kedua-dua pasukan dalam sukan ragbi.
"Aku minat Chelsea. Didier Drogba, Frank Lampard. World Cup, aku sokong France," kata Alif.
"Aku tak tanya pun," kata Jugra.
"Awak, yang daddy awak kena bom kat Manchester tu, tahun 1996 ke? Ni saya jumpa di Wikipedia," kata Mili sambil menunjukkan telefon iPhonenya.
"Agaknya la. Aku mana tau. Aku belum lahir lagi."
"Kejadian ni berlaku masa kejohanan Euro 96 di England. Ala, takutnya. Mommy saya kat South Africa nak tengok World Cup."
"Jangan risau la, Mili. Mak kau mesti tiket VVIP punya. Mesti security guard ketat punya," kata Jugra.

--

Adilah dan Natasha berada di VIP box menonton perlawanan bolasepak antara Belanda menentang Denmark di Soccer City, Johannesburg.

Natasha pakai jersi Denmark, sebab keturunannya dari sana. Tapi malangnya pasukan Denmark tidak mampu menandingi kehebatan pasukan Belanda yang terdiri daripada pemain seperti Robin van Persie, Johnny Heitinga dan Wesley Snijder.

Jaringan gol sendiri Daniel Agger dan gol Dirk Kuyt menjadikan kemenangan 2-0 kepada Belanda. Semuanya kombinasi pemain Liverpool.

"Aaaahhh, what to do..." kata Natasha melihat pasukan yang disokongnya kalah.

Natasha tergerak hati untuk menelefon Gunawan selepas habis match. Jadi dia call sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Hello?"
"Who are you?"
"Dewi."
"Who?"
"Pacarnya Gunawan. Ada apa ya?"
"What?"

Kedengaran suara Gunawan capai telefon sebelum panggilan diputuskan. Natasha cuba telefon kembali, tetapi Gunawan off handphone.

Natasha tergamam. Dia terkejut, yang Gunawan berlaku curang kepadanya.

"Awak okay?" tanya Adilah.

Natasha termenung jauh. Mungkin dia rasa inilah karma yang diterimanya. Dulu dia curang pada Luqman masa dia dengan Azlan. Sekarang Gunawan pula berlaku curang padanya.

Dia kemudian mengambil make up powder di begnya, dan tengok mukanya pada cermin. Dia nampak kesan-kesan kedut di wajahnya, dan merasakan mungkin Gunawan sudah bosan kepadanya. Mungkin dia sudah tua, atau mungkin sejak menjadi Perdana Menteri, dia terlalu sibuk dengan kerjayanya, sampai terlupa pada keluarga.

Dia masuk ke dalam bilik hotelnya, kemudian masuk ke bilik air, duduk di penjuru dan dibasahi air shower sambil dia menangis mengenangkan nasibnya.

--

Azlan

Siapa pulak yang call aku malam-malam buta ni? Kalau Din Tapa call ajak aku tengok bola, memang aku ketuk kepala dia.

Nombor apa ni start +27? Ni mesti scammer ni. Ish, tapi aku angkat je lah.

"Hello, who's this?"
"Hi Alan."

Suara ni macam aku biasa dengar.

Aku tengok Merlina masih lagi dalam tidur yang nyenyak.

"Kejap, you call I from South Africa ke?"
"Yes. I pakai number lain, so that no one could detect this call."
"Ok, jap. Ish, it's 4 am right now. Apa bunyi bising tu? Damn, I hate vuvuzelas."
"Kat bawah hotel ni ada buat live screening match bola."
"Oh yeah, yeah. Okay, can you like close the window or something? I tak dapat nak dengar sangat."
"Okay."

Sambil tu, aku berjalan keluar dari rumah so that aku tak kacau Mer tidur.

"Alan..."
"I'm here. Kejap, I nak bukak pintu kejap. Wait, are you crying?"

Natasha tak menjawab.

"Okay, I kat luar. Are you crying? Or you demam or something?"
"Gunawan cheated on me."

Aku dah tau lama dah sebenarnya. Tapi aku diam je lah. Dan tunggu Natasha teruskan menangis.

"Sometimes I wonder, how much lagi I kena korbankan everything for my dad's company?"
"I tak faham cerita. Sorry, the last time we talked, you blocked my number."
"Sejak I jadi PM, my life has changed upside down. I terpaksa berpisah dengan Rach, dengan Gunawan. And every day I worked so hard for making sure that I keep the promise that I made on the last election. But things hasn't go really well. Sebab company Adilah kantoi skandal vaksin, I yang kena. It hurts me so much bila you tweeted pasal tu..."
"Hey, I tak attack you, okay. I attack Adilah, and Hafiz."
"Yeah but indirectly you attack I."
"Okay, for that, I'm sorry kalau buat you terasa, but I'm not sorry for what I said. Pada I, skandal tu memang nak scam duit rakyat untuk beli vaksin. And don't forget the Republican cybertroopers called me antivax. Padahal I kutuk orang yang swindle duit, bukan I antivax pun."
"Itu bukan I yang buat. Itu geng Pak Wan Radzi yang buat."
"Okay. So, apa cerita pasal Gunawan ni?"
"Maybe this is my fault. Maybe ni semua karma I after what I've done to Luq dulu. You tau tak, every time I stared to the carpet near my desk, there's a red spot that never goes out. It was Luq's blood. I feel like the office has been haunted by his heartbreak soul..."
"You nak I panggil ustaz ke untuk baca Yasin kat office tu?"
"I can't do that according from the Constitution. This is a secular republic office."
"Rigid sangat Constitution ni. Okay Nat, macam ni lah. I'll stop criticize you, if your party's cybertroopers stop attacking me."
"No, Alan. This is not about that damn politics. This is about my feelings right now. I don't know who should I talking to, because no one here that understands me. Only you understands me really well. Alan, do you still love me?"
"Nat. I dah kahwin."
"Tapi dulu pun you kahwin dengan Mina..."
"I tak nak repeat the same mistakes that I made to her. She died in painful feelings. She knew that I cheated on her, and yet, she still stay loyal to me. I regret a lot bila dia meninggal. Nat, I can take the responsibility to take care about Rachel, together. But I don't think we should have an emotional attachment. I can be your friend. I can be your listener. But I cannot be your lover anymore."
"She seems happy with you."
"Siapa?"
"Merlina. I can see her smile on her face. I wish I have that smile."
"You can through this. You've been through a lot of miserable, painful moments. I'm sure you can get through this."

Dia letak telefon.

Haih, kenapa kau selalu buat aku macam ni, Nat?

"Ex girlfriend kau telefon ek?" tiba-tiba suara Merlina dari celah bantal.

Aku terkejut.

"Aku tak kisah kalau kau nak ada skandal dengan perempuan lain, asalkan kau tau kau ada function dalam plan ni."
"Merlina...."
"Lan, aku okay je. Aku dengar telefon kau ringing. Dia yang cari kau."
"Aku tak faham la dia ni. Asal ada problem dengan laki je, cari aku. Tapi lepas tu dia yang blah."
"Dah tu, kau suka kat dia atau tak? Aku nak kau cakap terus terang, supaya kau tak terasa kau terpaksa dengan aku. Aku sedar aku ni perempuan biasa-biasa je..."
"Mer, terus terang aku cakap, kau adalah perempuan yang aku paling selesa untuk bersama. Aku tak payah berpura-pura untuk jadi orang lain. Mer, sejak Mina meninggal, aku dah berazam, aku tak nak main-main lagi. Aku dah sia-siakan pengorbanan dia. Dan Allah takdirkan aku jodoh dengan kau, orang yang paling banyak tolong aku."

Merlina pandang aku tak berkelip mata.

"Kau ni memang mulut manis kan? Dasar politician."
"Ya Allah, betul la apa aku cakap."
"Kalau betul, jom la turun bawah. Aku nak kau masakkan aku grilled cheese. Aku nak tengok bola ni. Malam ni siapa lawan?"
"Itali lawan Paraguay."
"Ha, kau fan Itali kan?"
"Aku Spain la..."
"Dah, dah. Dengan aku kau tak payah bohong la. Dulu masa kat office SegarXFM kau pakai baju Itali depan Ali tu apa?"

Aku tersengih-sengih. Aku takde favorite pasukan bola kalau negara ni sebenarnya. Kalau kelab tu ya lah, ikut arwah ayah sokong Liverpool. Tu pun yang kuat sebenarnya Aziz.

Kalau Gelanggayu masuk World Cup lain la cerita.

--

Wan Radzi datang bersama tiga orang bodyguardnya ke hospital bertemu dengan Jeneral Yahya yang sedang terbaring.

"Sekarang aku nak kau sign dekri ni, jangan banyak cakap," kata Wan Radzi kepada Jeneral Yahya.

"Apaa...ni..."
"Kau nak negara sekular kan? Sebelum anak murid kesayangan kau padamkan impian kau tu, baik kau sign sekarang."

Tertulis di situ dekri arahan dari Pemerintah Tertinggi Tentera Republik Gelanggayu dengan jata kerajaan republik, serta jata tentera republik, tentang pengharaman orang ramai ke masjid dengan alasan propaganda pengganas sedang merebak di masjid-masjid dan khutbah tanpa kawalan kerajaan, menyebarkan kebencian terhadap kerajaan.

"Aku sedar perkara ni, Wan Radzi. Tapi kalau kau buat ni, rakyat akan memberontak. Aku memang nak negara sekular, tapi melalui pendidikan dan maklumat, jangka masa panjang. Sekurang-kurangnya dua generasi lagi, barulah boleh kita capai."
"Eh bodoh, kau sedar tak umur kau berapa tahun? Lagi dua generasi, kau dah kojol, Yahya. Dah kojol! Ke kau nak kojol sekarang?"

Tangan dan kaki Yahya dipegang oleh bodyguardnya, kemudian Wan Radzi letak wayar charge bateri di dada Yahya dan menekan butang on, menyebabkan Yahya terkena kejutan elektrik pada dadanya.

"Ok ok aku sign...!" jerit Yahya.

Jeneral Yahya kegetaran akibat terkena kejutan elektrik. Dia kemudiannya terus sign dekri itu dengan tangan yang menggeletar.

"Bagus, sekarang Natasha di Johannesburg, maka aku dah boleh buat move aku!" kata Wan Radzi.

"Kau nak buat apa?" tanya Jeneral Yahya.

"Aku akan arahkan Hafiz akan rampas jawatan Natasha dan dia akan jadi PM. Dia akan bawa benda ni bersama Akta Sekularisme 2010 yang Adilah dah drafkan, untuk diluluskan dalam Parlimen. Dan kau dapat negara sekular yang kau nak, dan menantu aku jadi PM, kita win-win, Yahya," kata Wan Radzi, sambil ketawa besar.

Baru Wan Radzi nak keluar dari wad, Fazrul bersama lima orang Ayam Hitam dah standby depan pintu bilik wad Jeneral Yahya.

"Pak Wan, serahkan dekri tu. Kitorang tau apa yang Pak Wan sedang rancang. Pak Wan nak rampas kuasa ek?" kata Fazrul dengan nada menganjing.

"Kau takde kena mengena dalam hal ni!"
"Aik, saya Ketua Setiausaha Negara, takkan la pertukaran tampuk pemerintahan takde kena mengena dengan saya pulak?" tanya Fazrul.

Dua bodyguard Wan Radzi keluarkan pistol, tapi lima bodyguard Fazrul juga keluarkan pistol.

"At te te te te te!" kata Fazrul, ajuk gaya Joker.

Suasana tegang apabila masing-masing mengacukan pistol depan muka lawan masing-masing.

Lima tolak dua berapa, pak guard Pak Wan? Letak pistol korang tu. Tak ke mana pun," kata Fazrul. Dua orang bodyguard Pak Wan Radzi letak senjata di atas lantai.

"Kau jangan nak halang aku, Fazrul!"
"Saya tak halang Pak Wan nak gunakan cara kreatif ni untuk gulingkan kerajaan Natasha ni. Tapi untuk buat semua ni, Hafiz kena ada di Gelanggayu, betul tak? Kalau tak, macam mana Hafiz nak angkat sumpah jadi PM?" tanya Fazrul.
"Hafiz ada di Kota Warisan, esok dia ada majlis dengan Jabatan Kastam. Dan aku akan angkat dia jadi PM!"

Fazrul ketawa berdekah-dekah macam Joker.

"Patutlah Hafiz boleh kencing Adilah, bapak mertua dia pun bodoh! Hahahaha! Kena kencing pun dia percaya lagi!" kata Fazrul.

Pak Wan Radzi terkejut. Fazrul kemudian capai telefon bimbitnya, kemudian tunjukkan video Hafiz sedang berjoget-joget dengan seorang perempuan mat salleh, kemudian video Hafiz sedang sedap dapat bj dari perempuan itu.

"Kau ingat dia kat rumah, duduk diam-diam setia menanti isteri! Dia kat Cebu, tengah berkinja-kinja dengan makwe bergetah! Lelaki semua sama! Auuuu!" Fazrul mengajuk gaya perempuan.

Muka Wan Radzi terkejut, jadi putih mayat. Terkedu dengan sikap Hafiz yang sanggup curang dengan anaknya.

"Now..." Fazrul terus capai dekri yang ditandatangani oleh Jeneral Yahya tadi, kemudian dia suruh pembantunya simpan kertas itu.

"Amacam? Masih tak sangka ke anak menantu kau perangai macam budak terencat baru kenal setan? Budak nerd baru kenal apa erti stim, tu yang terkinja-kinja macam bangang tu," kata Fazrul.

"Telefon Hafiz!" Wan Radzi arahkan bodyguardnya telefon Hafiz.

"Dia off telefon, Pak Wan."
"Telefon kediaman dia! Tanya Alif atau Mili!" kata Wan Radzi.

Bodyguardnya menelefon anak Hafiz, Alif di rumah.

"Alif, ayah ada? Hah? Baiklah. Pak Wan, Alif cakap Hafiz takde kat rumah, dia tak balik sejak semalam."
"Kurang ajar punya Hafiz!" Wan Radzi jadi baran, meninggalkan wad Jeneral Yahya.

"Haha, bodyguard dia pun bodoh, tinggalkan pistol kat sini. Dah dapat dua pistol free!" kata Fazrul, ketawa.

Jeneral Yahya masih tergamam dengan apa yang berlaku depan matanya bila dia nampak Fazrul dengan lima orang Ayam Hitam masuk ke dalam bilik wadnya.

"Apa yang dah berlaku?"
"Senang cerita, kitorang selamatkan kau daripada kena game dengan Wan Radzi. Ni kalau tak, princess kesayangan kau dah kena kudeta dengan Wan Radzi," kata Fazrul.
"Macam mana korang boleh tau yang dia datang ke sini?"
"Yahya, pernah dengar tak pepatah orang tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar? Kau orang tua, mesti pernah dengar punya lah!" kata Fazrul.

Fazrul tengok mesin jantung Jeneral Yahya.

"Fuhhh, sikit lagi je nak mati. Nasib baik tak," kata Fazrul, ketawa.
"Kau pasang bug dalam bilik ni!"
"La, kau cakap kau pernah jadi spy pergi Soviet Union la, pergi East Germany la, tapi bilik kau kena bug dengan kitorang pun kau tak tau. Kau kencing kitorang ek? Kau sembang kencang je ek, Yahya? Betul ke kau ni spy? Ke kau sembang gebang ni, Yahya?"

Jeneral Yahya nak marah pada Fazrul sebab memperkecilkan zaman kehebatannya sebagai perisik.

"Agaknya macam ni la kot James Bond bila dah umur 85 tahun. Banyak benda dia dah lupa. Dah nyanyuk!" kata Fazrul lagi.

"Aku memang seorang spy, Fazrul! Aku dah bina networking dengan banyak intel masa kau masih pakai lampin lagi, Fazrul!"
"Uuuu, takutnya! Tapi bezanya, zaman sekarang ni, kau yang pakai pampers, Yahya. Tengok, dah terberak," kata Fazrul.

Fazrul cuit salah seorang bodyguardnya.

"Kau panggil nurse jap, cakap Jeneral Yahya yak-yak!" kata Fazrul.

"Bila kau dah tua macam aku nanti, kau akan merasa macam aku juga, Fazrul!"

"Mungkin betul, aku akan jadi nyanyuk bila tua nanti. Tapi aku bukan war criminal macam kau, Yahya. Mungkin nurse yang akan cuci bontot aku masa aku tua nanti, tak maki hamun aku macam kau kena, Yahya."

"Aku bukan war criminal! Aku selamatkan negara ni dari kekejaman Norman!"

"Tu pandangan kau je tu, Yahya. Pandangan majoriti, tak macam tu. Camni lah, kau rilek. Kejap lagi nurse datang, cebokkan kau. Tapi aku nak pesan dengan kau, kalau kau ada rasa macam nak buat move-move pelik ikut paksa semua rakyat Gelanggayu beragama sekular macam kau, surat ni akan leak. Dan kau akan tengok, macam mana Melayu Gelanggayu akan mengamuk nanti. Kau hidup zaman Gelanggayu Union, kan? Ini seratus kali ganda lagi padu daripada tu. Kau usik agama kami, siap kau," Fazrul jentik hidung Yahya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro