Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2010 part 11

Korang nak dengar rahsia tak korang?
Kalau cerita korang jangan cerita orang
Janji dulu
Korang tak kan pecah lubang
Jangan pasal korang ku sakit sorang

Pada satu masa tak lama dulu
Orang mula berhijrah ke hutan batu
Ada lelaki dan ada wanita
Ada yang cari nama ada yang cari harta

Ada minah miang namanya rahsia
Binti apa entah tak pernah bertanya
Keluarga entah kenalnya di kota
Kata dari sini tipu dengan lorat desa

Duduk rumah sewa enam jahanam jadi kawan
Tiga tak kerja tiga lagi shift malam
Gaduh dengan dua hal datuk kumis nipis
Dia kenal dulu mereka yang dapat kikis

Takpe orang kaya banyak
Cuba sekali tiga empat hidup mesti tamak
Nampak anak Tan Sri umur jauh muda
Janji kereta lima ratus kuasa kuda

Erm dengar ada botol sauh
Ada burung putih besar boleh terbang jauh
Cincin gelang rantai ada loket
Betina mana tengok tak terjoget

Din Tapa dan Lil Faysh melepak di gig hiphop golongan muda. Mereka menantikan siapakah pembaca berita yang dicari-cari oleh Azlan tu.

Sejak tamatnya perang saudara, keadaan di sekitar kawasan House Noizy hancur. Maka Lil Faysh bina semula kawasan ini untuk dijadikan 'art space' untuk golongan muda mengekspresikan diri.

Sejak 2010, muzik rock tidak lagi menjadi pilihan anak muda, terutamanya di kawasan bandar. Hiphop dilihat lebih cool dan trendy berbanding dengan rock.

Orang kata, band macam The Strokes dan Arctic Monkeys adalah batch terakhir rock, sementara band macam Radiohead atau Coldplay daj berubah gaya.

Hari ini, House Noizy adakan gig hiphop pertamanya selepas perang saudara, tapi Azlan nak jumpa Lil Faysh untuk meeting.

Jadi Azlan pun turun ke House Noizy malam ni walaupun kini imejnya dah berubah.

"Boss Alan ni, asal awek je, melekat. Apa jampi dia weh," kata Din Tapa.
"Entahlah. Aku kalau lepak dengan boss, memang aku tak bawak girlfriend aku. Silap-silap kena sailang depan-depan."
"Tapi tu la, sejak dia kahwin dengan Merlina ni, dia dah macam slow dengan bidang fakboi ni."
"Slow apa, Din. Dia stop terus. Dah jadi Islamik dah aku tengok. Aku rasa faktor bini lama dia meninggal tu la, punca dia stop. Aku dengar sebab kes perempuan Bosnia kena letup C4 dengan orang Sultan Norman dulu. Weh, cut the story weh. Boss dah datang."
"Weh, ni awek mat salleh mana pulak dia bawak ni? Celakak betul!"

Azlan berjalan dengan seorang perempuan muda. Nampak ada seorang pegawai menghadang orang ramai daripada berlanggar dengan Azlan.

"Apa ke peliknya dia ni masuk gig pakai baju Melayu?"
"Kau la ni Faysh, ajak dia pergi kat tempat macam ni."
"Aduh, dia nak jumpa aku hari ni, tapi takkan aku nak tinggalkan gig first lepas perang saudara ni kot?"

Azlan kemudian petik jari, untuk masuk ke sebuah bilik khas. Kat sini hanya orang yang ada VVIP je boleh masuk.

"Boss, kenapa pakai baju Melayu?" tanya Lil Faysh.
"Aku baru balik dari kenduri aqiqah."
"Alamak, sorry boss. Tukar tempat la."
"Takpelah, alang-alang. Bukan aku tak biasa pun masuk House Noizy ni pun. Anyway aku nak perkenalkan, dia ni Donita Ramos. Dulu, dia ni main bassist band Jessica. Next week, Donita akan start bekerja di Wijaya TV. Tapi kalau dia terus melangkau ke pembaca berita, memang susah sikit. But I will send her to Kota Warisan, untuk interview dia."
"Bukan apa boss, taste Hafiz tu bukan jenis kemelayuan sikit ke? Kan macam Dila tu."
"Takpe, I boleh cakap Melayu," kata Donita, tersenyum.

Terbeliak mata Din Tapa dan Lil Faysh.

"I dulu pernah duduk sini kejap, before I ikut family I ke Madrid."
"Real ke Atletico?" tanya Din Tapa.
"Of course lah, Real. Ada Cristiano Ronaldo kot."

"Jap, jap. Sebelum kita bersembang pasal bola, aku nak kau, Faysh, jumpa Hafiz, cuba korek sikit maklumat peribadi dia, sebab nak suruh Donita buat research sikit," Azlan potong perbualan Lil Faysh dan Donita.
"Lepas tu, apa dia boss?"
"I will make him wet," kata Donita, tersenyum sambil pandang Azlan.

--

"Ezlynn, tulisan pasal Taeyeon tu dah siap?" tanya Jessie.
"Dah, Jessie."
"Okay, hari ni kerja you bukak Twitter, tengok apa yang viral, lepas tu you follow up, okay?"

Jessica sedang menulis tentang gosip tentang Cristiano Ronaldo, sempena World Cup yang akan tiba ni. Suasana office pun sedang meriah dengan bendera-bendera negara-negara yang menyertai World Cup, sambil memasang lagu Waka Waka dari Shakira dalam office.

"Amboi kau ni Ronaldo, sejak pergi Real Madrid, kemain lagi kau. Macam-macam gosip. Dulu masa bawah Sir Alex, pijak semut pun tak mati," Jessica bermonolog dalaman.

Sejak pemergian Cristiano Ronaldo ke Real Madrid, Jessica malas nak tengok bola sangat walaupun Manchester United tu true love dia. Lepas tu Carlos Tevez pun dah pergi Man City, yang tinggal Rooney dan Berbatov sahaja.

Tapi apa yang seluruh dunia excited ialah tahun ni first time World Cup dianjurkan di Afrika.

Sedang dia menulis artikel, tiba-tiba matanya ditutup oleh tangan perempuan.

"Sape pulak main cak-cak dengan aku ni, aku ada banyak kerja ni..."

Jessica menoleh ke belakang dan dia nampak Donita tersenyum di depannya.

"Donita?"
"Yes, Jessie. I'm back!"
"Aaaaaaaaaaaaa!"

Boyfriend Jessica, Art Ardan yang tengah buat editing graphic, pandang slack je kat Jessica.

"Lamanya tak jumpa you, rindu!" kata Donita.
"You la, pergi Spain lepas tu lupakan I. Eh, you ada jumpa Robin?" tanya Jessica.
"Kitorang contact je kat Facebook. You la, kitorang request friends tapi you tak approve."
"I sekarang tak main sangat lah FB ni. Ramai sangat orang tua. I sekarang main Twitter je."
"Alahai, nak hipster konon."
"By the way, apahal tiba-tiba, takde angin takde ribut, datang sini? Dah duduk kat Madrid tu sampai lupa kawan dia kat Wijayapura ni?"
"I mana lupakan you, Jessie. Matter of fact, I still simpan kaset demo kita masa kita kat The Polka Dots dulu. I masih lagi contact dengan Robin and Zack. You je dah jadi artis, lupa kitorang."
"I thought you jadi VJ kat Channel V kejap kan, Donut?"
"Yeah, tapi lepas tu kan I pindah Madrid. Masa civil war breakout kat Gelanggayu tu, I always thinking about you tau, Jessie."
"I masa perang tu, I kat Perth kat rumah Tengku Danish."
"Oh my God, serious la you lepak rumah lord lord....Tengku Danish handsome tak? I tau dia masa dia belum jadi Tengku Mahkota..."
"He's gay, Donita."
"Serious la? Ala, sayangnya."

Art Ardan dah tunggu terconggok depan Jessica.

"Jessie, dah pukul 1 ni. Cepatlah lunch. Karang lepas ni you nak pergi launching movie Wijayapura Drift," Art Ardan dah cekak pinggang.

"Kejap, kejap. Art, perkenalkan, ni best friend I masa I sekolah rendah dulu. Nama dia Donita Ramos. Dulu I satu band dengan dia, nama band kitorang The Polka Dots."

"Alright tapi korang boleh tak borak kat lunch je? Like seriously, we have bills to pay?" kata Art Ardan.

"Garangnya boyfriend you ni, Jessie."
"Bos lama dia punya attitude la tu."
"Siapa?"
"Merlina. Sekarang wife Alan."
"Oh really? I thought dia kahwin dengan that tengku..."
"Yang tu dah meninggal. Sakit."
"Patutlah dah tak berfoya-foya lagi dah. Although I must say, dia tu kan, makin tua makin hot tau."
"Aaah shut up! Let's go to lunch."
"Tapikan, why dia sekarang macam dah lain ek? Hari tu dia ajak I jumpa kat gig, tapi pakai baju Melayu."
"Dia dah tak macam dulu lagi dah."

Jessie dan Donita bila dah bergosip, non stop.

--

"You kenapa balik Wijayapura ni? Tiba-tiba je?" tanya Jessica yang sedang mencedok lauk nasi campur.
"Cari kerja," jawab Donita, selamba.
"What? Kat Madrid takde kerja ke?"
"Since economic crisis kat Europe 2008 dulu, dah ramai takde kerja kat sana. That's why la kat Europe ada negara PIGS, negara-negara yang ekonomi dia teruk."

PIGS ialah akronim kepada negara-negara Eropah yang terjejas teruk kerana krisis ekonomi dunia 2008, iaitu Portugal, Itali, Greece dan Sepanyol.

"So, you dah ada kerja ke kat sini?"
"Dah, next week I kerja kat Wijaya TV."
"Wait, what? Cepat gila dapat kerja. Ni mesti pakai kabel Alan ni."
"Haah. Alan yang offer I kerja ni. Dia cakap I ni unik sebab I ni European yang boleh cakap Melayu. Orang Melayu suka orang macam I."
"Jadi pembaca berita ke?"
"At this moment, I jadi wartawan dulu. Later, I jadi pembaca berita pulak. Ala, I tak tau pulak you pun bukak company berita."
"I punya kecik je, Donita. Focus on entertainment and celebrity news je. Ala, macam Irama."
"Wujud lagi ke rancangan Irama tu? Azmil Zawawi lagi ke?"
"Eh tak. Azmil Zawawi sejak anjurkan Institut Bintang, dah ada talkshow sendiri, Macam-macam Azmil. Irama sekarang pengacara dia, Akhir Azhari dengan Dira Abdul Rahim."
"Hmm, tak kenal."

Art Ardan ambik nasi lauk tempe dan telur goreng sahaja.

"Nama boyfriend you ni siapa?"
"Nama sebenarnya Fuad Ardan. Tapi orang panggil dia Art Ardan je."

Art Ardan hanya angkat tangan dan terus makan.

"Dia ni pemalu sikit," kata Jessie.
"Art, boleh tak I tanya sikit?" kata, Donita.
"Ya?"
"Kenapa ambik lauk tempe dengan telur goreng je? Kenapa tak ambil ayam ke, daging ke, sup ekor ke?"
"Tengah kumpul duit. Nak meminang Jessica."
"Oh my God, Jessie. You dah nak kahwin ke? Awalnya, I mean, you masih muda lagi kot?"
"Muda apanya, I dah 26 tahun kot."
"Yeah, I yang tua daripada you pun masih anggap diri I ni muda lagi," kata Donita.
"Lagipun I dengan Art ni dah couple since 2002. Dah lapan tahun dah kitorang bercinta."

Lagu Liyana Jasmay, Aku Tak Percaya Cinta pun berkumandang di televisyen depan gerai nasi campur tu.

Hey, hey, hey, hey
Aku tak percaya cinta (Hey, hey, hey, hey)
Aku tak percaya cinta (Hey, hey, hey, hey)
Aku tak percaya c-i-n-t-a!

"Hey, I like this song!" kata Donita.
"Lagu Liyana Jasmay, pelakon drama Kami. Kenapa?"
"Lagu ni macam my kind of theme song. I don't believe in love whatsoever. Tu punca Robin give up dan lepas tu balik Scotland dan jadi lawyer sekarang. But we're still friends."
"Kenapa you tak percaya pada cinta, Donut?" tanya Jessica.
"Because love is a fickle thing. Ya, mula-mula, perasaan suka dengan someone tu datang sebab either he is cute, or maybe he is doing something cute. Tapi lama-lama perasaan tu jadi responsiblity. And I don't want to be responsible to others. I only want to responsible to myself. Tapi takpelah, maybe you tak bersetuju dengan I, agree to disagree."
"Indeed, agree to disagree. Itu memang prinsip kita sejak dulu. I percaya cinta tu something yang wonderful, sampai kalau pasangan kita buat perkara sengal pun, kita akan suka dia jugak. Contohnya macam Art Ardan ni. Muka je nampak serius macam mat metal, tapi dia punya sengal, kelakar!"
"I percaya everything in this world ada value of exchange. Macam I, love ni kena ada something yang ada value untuk I exchange. And for me, it's money."
"So, you sekarang aim sugar daddy lah?"
"I dulu nak try Tengku Danish tu tapi you cakap dia gay. So I ada la siapa I nak aim."

Jessica hanya geleng kepala dengar confession Donita, dan hanya bersetuju untuk tidak bersetuju.

--

Natasha

Creepynya Adilah ni! Rupanya daripada punca I broke up dengan Alan, sampai sekarang ni pun dia masih kejar Azlan juga.

Tapi I kena ikut dia pergi South Africa next week. Should I just play the politics? To be frank, I tak pandai la semua ni.

I think I better call Aunty Idah, since Pengetua tengah sakit sekarang, I don't know dengan siapa lagi I should seek for an advice.

"Hello assalamualaikum...Nat. Ada apa?"
"Aunty Idah, you free tak?"
"Ni aku tengah teman cucu aku Jugra ni. Ada apa?"
"Azlan ada kat situ ke?"
"Dah aku kat rumah dia, mestilah dia ada."
"Oh, takpelah kalau macam tu..."
"Kau nak minta nasihat aku kan?"

I terkedu. Aunty Idah ni ada sixth sense ke?

"Yeah."
"Jumpa aku malam ni kat gerai durian Alam Sentosa malam ni. Aku nak belikan durian untuk menantu aku ni. Pukul 8 malam."
"Yup, okay Aunty Idah."

--

Disebabkan I ni Perdana Menteri, I cuba nak avoid daripada orang ramai yang sedang berkerumun beli durian tu. And then I nampak Azlan dengan Merlina, wife dia tu.

I tak faham lah, apa yang menarik sangat Merlina tu. And I betul-betul tak puas hati dia kahwin with guy like Azlan.

I nampak ada few fans Azlan ajak selfie sambil makan durian, and dia post gambar dia kat FB and Twitter.

Dia boleh la ada masa nak selfie, nak makan durian, jalan-jalan. I mana ada masa sangat macam dia.

Tapi tengok dia punya mesra dengan Merlina tu, I jadi makin jealous. I marah dengan dia tapi dalam masa sama I macam rindu dengan dia. Weird feelings.

I text Aunty Idah yang I dah sampai.

"Aunty, I dah sampai. But can I have talk privately with you? Tak nak Azlan dengar? I tunggu dekat my car."

--

"Yang ni baru sedap, Lan. Yang ni, udang merah, fresh!" kata Merlina menunjukkan isi durian udang merah kepada Azlan.

"Ibu, Alan tak tau pilih durian yang mana sedap."
"Kau ni kalau arwah ayah kau ada lagi ni, memang dia malu kalau dia dengar kau cakap macam ni, Lan," kata Faridah yang buka beg tangannya untuk capai telefon.

"Mer, bak sini sabun cuci tangan tu, ibu nak jawab telefon ni kejap."

Merlina hulurkan teko pencuci tangan dan sabun kepada Faridah.

"Eh dah la tu, Mer. Kau ni kuat betul makan durian."
"Bukan aku la! Ni anak kau yang gila makan durian ni..."
"Kau sebelum pregnant pun memang hantu makan durian, Mer! Gunakan anak pulak."

Dalam senyap, Faridah berjalan menuju ke kereta Natasha. Dia terus ketuk pintu.

"Aunty, masuk kejap dalam kereta."

Mata Natasha tertancap pada gelagat Azlan dan Merlina bergelak-gelakan sambil Azlan menyuap Merlina durian. Cemburunya semakin membuak-buak.

"Ha, ada apa kau nak tanya aku ni?"

"Macam mana Azlan boleh kahwin dengan perempuan tu?"
"Perempuan tu, anak didik aku sejak dia kecik lagi. Umur dia 9 tahun dia dah made fortune dah. Umur dia belasan tahun dah ada tanah ladang sendiri kat Australia."

Terbeliak mata Natasha bila Faridah kata macam tu.

"Tapi macam perempuan biasa je."
"Itu la kau, pandang orang takde mata. Apa dia kau nak tanya aku ni?"

Natasha keluarkan buku diari Adilah.

"I dah baca buku ni, aunty. Rupanya dia yang susun plot untuk I break up dengan Azlan, and dia ni memang ada niat jahat. Now, my dad's company kat tangan dia. How should I do?"
"Azlan akan tolong kau."
"But how?"
"Kau tengok je lah nanti. Tapi buat masa sekarang, kau jangan terlalu mendadak nak blah dari dia. Keep your friend close but keep your enemy closer," kata Faridah.
"Azlan ada move dia ke?"
"Kau tak perlu tau. Yang penting kalau kau nak selamat, kau ikut je cakap aku. Dah, aku nak makan durian," kata Faridah sebelum dia keluar dari kereta.

--

Adilah tiba di hospital untuk melawat Jeneral Yahya.

"Well...well...well...nampaknya even the mighty Jeneral Yahya pun fallen, haha!" kata Adilah.

"Apa kau nak dari aku?"

"I know...I know. Faridah tak nak dengar cakap you, and then orang-orang Ali pun selalu buli you. Natasha tak competent but most importantly, your Chosen One dah start nak jadi pak lebai. But, I can offer you solutions," kata Adilah.

"What solutions?"

"Beritahu saya, mana Ali pergi. And also, beritahu pada Natasha untuk ban orang ke masjid. Since your Chosen One tu dah start beragama, and it irks you, itu je caranya untuk stop movement tu and bring back your glorious secular republic! For sure, you tak nak ajaran padang pasir ni daripada berleluasa kan?"

"Kau tau macam mana nak buat?"
"Hai, I'm the brain behind Sayap Kuning. Benda macam ni kacang la, Jeneral. Cuma itulah, you memandang rendah pada I sangat. Look what happen to you right now. Alone and fragile. Tak ada kawan. I'm no kawan, but we can be ally since kita ada share interest."
"What's your interest? Nak naikkan Jimmy jadi Sultan. No, I will not interested to have deals with you anymore."
"Terpulang pada you, Jeneral. Ada lagi dua bulan sebelum bulan puasa. Kalau you tak bertindak cepat, your secular republic ni akan jadi debu yang bertiup - gone with the wind."

--

Faridah ke Paris untuk membawa Emir Qatar, Sheikh Hamad al Thani untuk bertemu dengan Presiden Sarkozy di Palais d'Elysee.

Turut dijemput ialah presiden UEFA, Michel Platini yang bakal menjadi instrument penting kepada projek Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Presiden Sarkozy ada bertemu dengan presiden kelab bolasepak kegemarannya, Paris St. Germain. Season 2007/08 mereka hampir-hampir jatuh ke divisyen dua.

Cara susun atur Faridah ialah dengan menemukan Sarkozy, yang merupakan kenalan kepada saudara kepada bekas besannya, dengan Qatar yang rapat dengan Merlin Inc yang ada banyak pelaburan di situ.

Menerusi deal ini, Qatar akan membeli Paris St Germain dan sebagai balasannya, Platini akan mengarahkan orang-orang dalam UEFA untuk mengundi Qatar untuk menganjurkan Piala Dunia.

Qatar ada la hulur sikit 'pelincir' agar undian itu berjalan dengan lancar.

Pemilihan tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022 akan berlangsung pada hujung tahun ini. Selain Qatar, Faridah juga ada deal dengan bidding dari Rusia yang juga mahu menganjurkan Piala Dunia, dengan menggunakan hubungan rapatnya dengan Elvira Nabiullina yang kini menjadi Menteri Ekonomi Rusia.

Faridah target salah satu dari dua ni kalau dapat, syarikat Merlina akan dapat kontrak dari segi pembinaan infrastruktur untuk telekomunikasi, internet dan bahagian pembinaan stadium, seterusnya bakal menguntungkan Gelanggayu walaupun pasukan bolasepaknya takkan layak ke Piala Dunia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro