
2010 part 10
Konsert Girls Generation dan 2NE1 berlangsung meriah di Wijayapura. Dan menjadi tugas Jessica selaku ketua editor Oh Purnama untuk melaporkan laporan berita kehadiran dua gergasi kumpulan pop dari Goryeo ni.
Semasa di backstage, sesi bersama peminat, Jessica ada pas media untuk berada di belakang.
"Kak Jessie! Rachel!" jerit Mili dari belakang. Kelihatan Alif turut menonton konsert kumpulan ni.
"Mili!"
"Kak Jessie kenal Rachel rupanya! Wow, bestnya!"
Jessica terus mengambil gambar artis-artis seperti Minzy, Taeyeon, Yuri, Yoona, Seoyeun dan lain-lain.
Seronok betul Mili bila dapat bergambar dengan artis kegemarannya.
"Kak Jessie, Jugra mana?"
"Dia kat rumah dia lah. Dia takkan nak pergi konsert G-pop ni."
"Dia masuk hospital kan?"
"Dah balik dah pun. Sengal, sunat diri sendiri. Korang nak melawat dia ke?"
"Nak! Kak Jessie tau rumah dia?"
"Rumah dia tu, daripada Jugra belum lahir lagi, dah pergi. Lebih daripada tahu."
"Alif, esok kita lawat Jugra, nak?"
"Bagus jugak. Nak tanya pengalaman dia macam mana dia sunat diri sendiri."
"I kena balik Teknojaya la, korang. Esok I ada latihan gymnast. I balik dulu ya!" kata Rachel.
--
"Makan bubur lagi ke, Mama Mer?" tanya Jugra yang dah berapa kali bosan makan bubur memanjang.
"Banyak komplen la kau ni, Jugra. Yang kau pergi sunat diri sendiri, ni la akibatnya. Nak sangat, kan? Makan bubur ni."
"Ye lah, Mama Mer. Mama Mer tolong bukakkan TV."
"Mana kau letak remote?"
"Assalamualaikum!"
Merlina tengok depan pintu, kelihatan Jessica bersama dua orang budak membawa sebakul buah-buahan.
"Waalaikumsalam, Jessie! Ni anak siapa pulak kau bawak ni?" tanya Merlina.
"Ni ha, makwe Jugra dengan adik kembar dia, datang nak melawat."
"Hmm, perangai anak serupa macam bapak dia jugak! Jugra! Ni Kak Jessie datang dengan makwe kau ni!"
Jugra dah tergaru-garu kepala, bila masa dia ada makwe.
"Hai Jugra. Awak dah sihat?"
"Alamak, kau lagi? Apasal kau datang rumah aku ni?" Jugra terus facepalm.
"Kami berdua risau la pasal awak. Awak tak datang sekolah sejak kes hari tu. Ni, saya belikan buah untuk awak."
Kelihatan buah-buahan seperti pisang, epal dan anggur tersusun di dalam bakul.
"Kau ni memang legend, Jugra. Kat sekolah semua kagum dengan kau sebab sunat diri sendiri," kata Alif, sambil memberi mainan Transformers pada dia.
"Tak nak aku mainan budak-budak ni," kata Jugra.
"Jugra, jangan macam tu. Orang dah bagi mainan, cakap apa?" kata Merlina.
"Okay, terima kasih Alif."
"Nama saya Mili Adrina, yang ini adik kembar saya, Alif Akmal. Beza berapa minit je kelahiran, sebab tu saya kakak," Mili hulurkan salam pada Merlina, kemudian cium tangannya.
"Amboi, Jugra. Kau dah ada makwe ke? Patutlah cakap dengan aku nak kerja bengkel kereta Abang Kecik. Rupanya sebab dah ada makwe?"
"Bukan makwe Jugra la, Mama Mer! Eiii!"
"Sebab awak suka baca buku, ni saya bawakan awak buku saya. Yang ini buku tentang samurai dan ninja Ryukyu. Awak mesti minat cerita pahlawan macam ni," Mili hulurkan bukunya pada Jugra.
"Ha, cakap apa, Jugra?"
"Terima kasih, Mili."
Jugra sedang menonton Discovery Channel, rancangan kegemarannya, Mythbusters. Suka pulak Jugra tengok cara-cara nak buat bom buatan sendiri ni.
Tapi disebabkan si Mili ni petah bercakap, dia jadi stress sebab dia tak boleh nak fokus tengok TV.
"Jugra, ni hadiah Aunty Jessie untuk awak."
"Apa ni?"
"Bukak la."
Aunty Jessica beli game WWE Smackdown vs Raw.
"Kan Jugra suka John Cena kan?"
"Tu dulu. Sekarang dah tak suka dah."
"Habis tu sekarang minat siapa?"
"Bill Goldberg."
"Aunty dah tak kenal dah wrestler zaman sekarang ni. Aunty kenal Stone Cold, Triple H, The Rock, DX. Yang tu kenal la. Korang borak la dulu. Aunty nak bergosip dengan Mama Mer kejap."
Rancangan Mythbusters pun dah tamat, berganti dengan dokumentari Perang Dunia Kedua.
"Franklin Delano Rossevelt, Presiden Amerika yang ke-32. Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat yang mengisytiharkan perang ke atas tentera Axis."
Merlina dan Jessica jeling Mili.
"Awak ni orang ke, Wikipedia?" tanya Jessica.
"Hobi saya memang suka baca Wikipedia pun. Daripada saya 4 tahun lagi saya memang suka baca Wikipedia."
"Ooo, korang borak-borak la dulu. Mama Mer buatkan korang air."
"Terima kasih Mama Mer!"
Jugra jeling je Mili dengan penuh stress bila melihat keramahan Mili kepada Mama Mer.
"Rumah kau ada XBox? Jom lah lawan game?" kata Alif.
"Pasanglah."
Mereka bertiga main game Smackdown vs Raw sampailah ke petang, sebelum Jessica nak beransur pulang.
--
Ketika nak menghantar Mili dan Alif pulang, dan tiba di rumah, Jessica nampak nombor plat kereta ada tulis Timbalan Perdana Menteri siap dengan jata republik.
"Balik dulu, Kak Jessie!" kata Mili sambil melambai tangannya.
Jessica tergamam, sebab dia baru saja tahu, yang dua orang budak ni, anak kepada Aunty Dila, yang satu ketika dahulu dia amat sanjungi, lepas tu bila dah tua, dia rasa Aunty Dila ni jahat macam perempuan sihir dalam cerita masa dia kecik dulu, The Witch.
Ala yang budak bertukar jadi tikus tu. Yang Rowan Atkinson Mr Bean berlakon jadi pengurus hotel tu.
Jessica rasa serba salah. Dalam satu hal, Mili dan Alif ni tak jahat pun. Baik budaknya. Tapi disebabkan maknya memang ada isu dengan Azlan, dia jadi risau kalau ini pelan Adilah untuk messed up Azlan.
Jessica berpendapat supaya jangan campur tangan dalam hal kawan-kawan Jugra. Tapi dia kena berhati-hati, supaya tidak ada jari jemari Adilah cuba mengganggu keluarga Azlan.
--
Hafiz, Adilah dan Natasha bertemu dengan pelabur dari UAE yang mahu melabur di Teknojaya dalam bidang aeroangkasa. Ini kerana UAE mempunyai wawasan untuk menghantar satelit ke Marikh pada tahun 2020 nanti.
Oleh kerana Dubai dan Abu Dhabi kini sudah mahal tangga gajinya, maka mereka mahu melabur di Gelanggayu kerana gaji di sini lebih murah.
Semasa menuju ke lobi hotel, Hafiz ternampak Gunawan, sedang mesra dengan perempuan lain. Natasha pula sedang fokus mendengar penerangan dari pegawai-pegawai dari UAE tu.
Hafiz terkejut, kenapa lelaki yang baik dan setia macam Gunawan tu pun akhirnya curang.
Dalam perjalanan ke rumah Natasha, Hafiz hanya berdiam diri memikirkan tentang apa yang dia nampak tadi. Adilah pula sedang rancak berbual dengan Natasha tentang projek terbaru di Teknojaya ini yang bakal menghasilkan kekayaan yang tinggi di sini.
Senyap-senyap, Hafiz search di Google, "kenapa lelaki curang", dan carian yang pertama ialah laman web Terfaktab yang bertajuk "Kenapa Lelaki Curang" oleh penulis bernama Amin Kob Noblurs.
Dia membaca satu per satu tulisan tersebut, dan dalam tulisan itu menyimpulkan bahawa lelaki curang kerana sama ada dia tidak puas dengan apa yang ada pada wanita itu, atau apabila pasangan wanita itu berkuasa lebih daripada lelaki, ini mencabar ego lelaki tersebut.
"Koibito, awak dengar tak? Minggu depan, saya dan Natasha nak pergi South Africa, sebab dapat tiket World Cup dari UAE ni. Awak tu sekarang dah jadi Naib Presiden FAG. Kena ambil tahu sikit pasal bola. Lagi satu, proposal nak beli kelab bola Puncak Jaya tu, bila nak siap? Sebelum si sial tu dapat dana nak beli kelab tu, baik kita potong dia dulu."
Hafiz hanya mengangguk sahaja. Tapi apa yang Adilah cakap, masuk kiri keluar kanan.
Dia memikirkan dan menganalisis semula hubungan antara dia dan Adilah sejak kenal dia tahun 1990.
Sebenarnya Hafiz mula membaca diari Adilah yang dipos online oleh Merlina dalam blog diariwanadilah dot blogspot dot com, dan dia teringat tentang diari yang diberi Azlan untuk baca ketika dia di dalam penjara.
Dia mula rasa yang dirinya dipergunakan oleh Adilah selama hampir 20 tahun ni.
Hafiz terus hantar teks BBM kepada Lil Faysh.
"faysh, bila free?"
"bos nak jumpa ke?"
"ada benda aku nak cakap."
--
Hafiz mengajak Lil Faysh untuk makan tengah hari di kelab golf, Republic Golf Club, dahulunya dikenali sebagai Royal Gelanggayu Golf Club.
"Ada apa ni, boss?" tanya Lil Faysh pada Hafiz.
"Aku rasa sunyi. Entahlah, aku rasa perkahwinan aku ni dah makin hilang serinya. Aku dah mula rasa tawar hati dengan Kak Dila."
"Huish, apa kes pulak ni? Boss dah kahwin dengan dia dah lama gila kot?"
"Tau. Tapi entahlah, sejak dia jadi CEO Apex Group ni, dia macam mengabaikan perasaan aku. Aku rasa macam aku dah tak kenal dah dengan dia. 20 tahun kot aku dengan dia."
Lil Faysh, tangan di bawah meja, hantar teks BBM pada Din Tapa.
"din, ada projek boek ni."
"Boss, boss nak saya buat apa ni?" tanya Lil Faysh.
"Tolong carikan aku sorang perempuan. Untuk teman je, bukan untuk apa pun."
"Boss nak perempuan yang macam mana? Saya tak tahu taste boss macam mana?"
"Paling penting, aku nak dia bijak. Aku tak suka perempuan bodoh."
"Hmm, tapi nanti saya forward gambar kat mana ni, boss? Nak suruh boss pilih nanti."
"Pandai-pandai kau la."
"Boss jangan kantoi petik nama saya kat Kak Dila pulak."
"Aku yang suruh kau. Takkanlah aku nak petik nama kau. Tolong ya?"
"Oklah boss. Saya cuba. Tapi saya tak tau taste boss ni macam mana? Nak macam Fasha Sandha ke, Nasha Aziz ke, Siti Saleha ke. Ke nak try makan awek bukan Melayu ke?"
"Asalkan bukan bodoh, Faysh."
"Orait boss. Tu la, dulu saya nak kasi gegirls, boss reject."
"Tu dulu. Mili dan Alif kecik lagi. Ni dah sekolah dah. Perasaan pun dah berubah."
--
Lil Faysh terus datang ke pejabat Parti Nasionalis sambil Azlan dan Din Tapa sedang duduk berbincang tentang strategi politik.
"Ha, Faysh, apa cerita?" kata Din Tapa.
"Ada projek boek ni Din, boss!"
"Amende?" tanya Azlan.
"Kawan baik boss la, Hafiz."
"Cheh! Dah kenapa pulak dengan dia?" kata Azlan.
"Dia suruh saya carikan perempuan untuk dia."
"Aik, dulu bukan main ceramah kat aku supaya setia. Ni dah kenapa, ada masalah rumahtangga?" Azlan dah terbahak ketawa.
"Dia kabo kat saya, boss, yang dia dah tawar hati dengan Kak Dila. Boss, dulu boss roommate dia kan? Boss tau tak taste dia camana?"
Sel-sel otak yang nakal dari Azlan mula berhubung.
"Dia ni, suka perempuan yang bijak pandai. Dia tak suka perempuan bimbo."
"Nak cari yang nerd nerd ke, boss?" tanya Lil Faysh.
"Dia ni suka pembaca berita. Kejap, aku cuba cari kat Wijaya TV pembaca berita yang nice," kata Azlan.
"Boss, kasi Tang Ching Fei la! Orait apa, awek Kwantung," kata Din Tapa.
"No, no, no. Aku tau ada pembaca berita yang memang taste dia. Faysh, nanti aku kenalkan kat dia."
"Boek tak, boss!" kata Lil Faysh, excited.
"Confirm terjojol mata dia nanti."
"Steady la, boss!"
"Kau senyap, Faysh. Dah la makan dua kolam."
"Saya spy, boss. Macam James Bond. Saya ahli Ayam Hitam la. Dah ba'iah dengan Ali. Mana boleh khianat."
"James Bond konon. Jebon ada la."
"Tunggu sikit lagi body saya tough macam Daniel Craig la."
"Jahanam la kau, Dila," Azlan bermonolog dalaman.
--
Natasha bergegas ke hospital selepas dapat tahu yang Pengetua terkena serangan jantung.
Dia sampai sahaja, dia nampak Aunty Idah sedang menunggu.
"Aunty Idah, what happened?" tanya Natasha.
"Tiap kali Pengetua kau ni dengar bunyi-bunyi Arab je, datang la sakit jantung dia."
"What happened?"
"Dia tanya aku pasal perumahan awam Puncak Jaya tu. Dia tanya tu projek kerajaan pusat atau kerajaan Wijayapura? Mana kerajaan dapat duit buat projek macam ni? Then aku cakap la tu duit zakat."
"Ohhh, faham."
"Dia bising dengan aku, kita ni negara sekular, apasal nak pakai duit zakat. Aku cakap dalam hati, eh, kau kalau nak jadi kafir, kau kafir la sorang-sorang. Apasal seluruh Gelanggayu kau nak sekularkan."
"I think he wants to make sure religion will not be used as politics, macam anak aunty selalu buat sekarang..." Natasha merujuk kepada tindakan Azlan dalam isu pembelajaran Darwinism di sekolah.
"Nat, Islam ni ad-din. Way of life. Cara hidup. Islam ni adalah sistem macam mana manusia nak hidup, nak bermasyarakat. Kalau kau pisahkan agama dengan politik, dan hanya nak fokus kepada amal ibadat sahaja, pincang la masyarakat tu."
Natasha nak membantah, tapi dia terdiam.
"Islam tak halang kita jadi kaya, tetapi bila kita ada harta, kita wajib bayar zakat harta. Zakat ni adalah social net yang mampu menyelamatkan masyarakat daripada terjerumus dalam kemiskinan. Aku cuma uruskan wang zakat ini ke arah yang baik. Kau tengok, berapa ramai warga Wijayapura yang masih duduk dalam kontena, dengan sekolah masih pecah-pecah akibat perang dulu? Kau sebagai kerajaan, kau mampu ke buat semua ni? Tak kan?"
"I admit, aunty. Public housing is one of the most difficult task for me to handle. But may I know, siapa yang punya duit ni?"
"Nat, under Akta Liberalisasi Ekonomi 1996, mana boleh kerajaan ambil tindakan duit yang macam ni."
"Yes, I know. Tapi I nak tahu dari segi personal, bukannya as a government leader."
Akal Faridah panjang. Dia cuba buat macam mana nak sorokkan penglibatan Azlan tanpa menipu kepada Natasha.
"Yang uruskan ni ialah orang-orang Ali. Nat, Ali dah banyak tolong orang. Tolong la lepaskan dia."
"I knew, Aunty. Ali pun selamatkan nyawa I. Tiga kali dia selamatkan I."
"Then kenapa you as Prime Minister tak nak tolong dia?"
"I nak tolong Ali tapi I tak tau macam mana."
"Kau ni lame la, Nat. The only reason kenapa kau tak boleh buat, sebab kau benarkan Adilah control kau..."
"Tapi dia nak selamatkan my dad's company..."
"No, dia gunakan tu je sebagai excuse untuk control you. She didn't help you. She using you. Stop being a puppet. I can help, but I need you to stay out from Adilah. Lagipun, Adilah yang punca kau putus dengan Azlan dulu."
"Wait, how?"
Faridah hanya tersenyum nipis.
"Banyak benda yang kau tak tahu dan dah kena tipu dengan perempuan tu, Nat."
Faridah hulurkan buku diari Adilah yang dia dapatkan dari Merlina.
"Diari Adilah?"
"Ini semua apa yang Adilah plan untuk rampas Azlan daripada kau. Takkan kau tak tau yang Adilah dari dulu nakkan Azlan?"
"But..."
"Kau ingat dia suka sangat ke dengan Hafiz tu?"
Natasha rasa pelik.
"Kau ada pilihan, Nat. Sama ada terus jadi badut sarkis untuk Adilah, atau jadi Perdana Menteri yang baik untuk Gelanggayu. Kau pilihlah elok-elok."
--
Azlan
"Ibu, ibu dah balik?"
"Baru je ni, nak jumpa bini kau ni."
"Kat rumah ibu, ada masalah apa sebenarnya ni? Ni Alan tanya bukan apa, sebab Alan ada baca aduan pasal ada bauan busuk."
"Pengetua kau la. Order dengan Aziz baja tahi ayam, tapi tak cakap kuantiti. Dia geram, dia lambakkan je baja tu depan rumah dia."
"Astaghfirullah al azim....Pengetua kat rumah dia ke?"
"Dia kat hospital. Ala, hospital tempat Jugra sunat tu. Dua kali masuk hospital. Satu pasal kaki, ini pasal jantung pulak."
"Saya lawat dia ya, ibu?"
--
Petang tu aku melawat Pengetua yang sedang terbaring. Aku bacakan Yasin, supaya Allah tolong pulihkan dia semula.
Sedang aku baca Yasin tu, dah sampai ayat ke-60 tu, dia sedar, kemudian dia ambik buku Yasin aku, dia campak ke lantai.
Darah aku berderau, tapi dalam hati aku kata, sabar Lan. Perlahan-lahan aku ambil Yasin tu balik, dan aku junjung.
"Kalau aku campak buku tu, kau takut apa? Takut terbakar? Apa la kepercayaan karut kau ni, Lan," kata Pengetua.
Aku malas nak berdebat.
"Pengetua apa khabar? Pengetua sihat?"
"Sihat apanya terbaring macam ni? Semua orang tiba-tiba tak nak dengar cakap aku. Semua berlagak pandai! Baik mak kau, baik kau, baik Ali. Semua memandai-mandai je buat benda yang aku tak suruh! Hey, kau tau tak, aku dah rancang semua ni sejak 1954, kau tau tak? 56 tahun aku rancang ni, macam-macam cara aku buat, korang dengar je lah cakap aku!"
"Pengetua, Pengetua rehatlah. Pengetua tengah sakit ni," aku cuba memujuknya.
"Macam mana aku nak rehat kalau korang tak nak dengar cakap aku? Yang kau pepandai guna zakat untuk tolong orang ni dah kenapa? Kau buat macam ni, akhirnya semua company tak nak bayar tax. Government dapat apa kalau dah macam tu?"
"Saya datang sini bukan nak berdebat dengan Pengetua. Saya datang nak melawat, sebab saya dengar cerita, Pengetua tak sihat. Pengetua rehatlah."
"Macam mana aku nak rehat, kalau kau bawak agenda ajaran padang pasir dalam republik yang aku bina ni!"
Aku rasa semak.
"Kalau macam ni, saya balik je lah dulu."
"Lan, kau je harapan aku. Dah tak ada orang lain dah. Aku dah nak sampai hujung ni. Tolonglah dengar cakap aku."
"Pengetua memang tak benarkan perbezaan pendapat ke? Apa, Pengetua tak percayakan kebebasan berfikir?"
"Aku bukannya tak benarkan perbezaan pendapat, tapi kenapa kau nak merujuk kepada orang yang hidup pada abad ke-7 Masehi, kalau kau dah hidup pada abad ke-21 sekarang ni?"
"Pengetua, saya tak nak berdebat dengan Pengetua. Saya tak nak tambah sakit Pengetua. Pengetua rehatlah dulu, saya nak balik, tengokkan anak saya baru berkhatan tu, assalamualaikum."
Aku keluar terus dari bilik wad dia. Aku rasa sedih dengan Pengetua ni. Umur dah nak di penghujung pun, masih belum temui hidayah.
Tok Aki pernah cerita tentang Pengetua masa zaman mudanya. Dulu Pengetua ni seorang yang berpegang kepada syariat Islam, jadi imam di berek tentera lagi masa zaman perang tu.
Tapi kemudian, dia dapat tawaran untuk belajar di Sandhurst, dan bertemu dengan Tengku Aminul Rasyid, anak Sultan Jaafar. Dia masih lagi solat walaupun dia hidup di London ketika itu.
Lepas tu dia bawa ayah ke Eropah, ayah masa tu jadi juara catur Eropah tahun 1954. Kemudian mereka berpindah ke Amerika. Pun masih berpegang pada tali Allah.
Namun, segalanya berubah bila Sayap Kuning letupkan keretanya, menyebabkan anaknya Aminah, meninggal dunia. Dan disebabkan itu, isterinya Laila, hidup dalam keadaan hilang siuman. Laila kemudiannya mati akibat sedih dengan kematian anaknya.
Sejak itu dia jadi macam ni. Dia salahkan Tuhan atas qada dan qadar yang diberikan kepadanya.
Seperti dia, aku pun diuji. Kena bom di Manchester tahun 1996, hampir berbulan aku berada dalam hospital. 2002 ayah mertua aku meninggal dunia akibat letupan bom. 2006, Mina meninggal dunia. Sebelum itu, ayah aku meninggal ketika aku berusia 7 tahun.
Tapi aku sedar, semua ini ujian yang Allah berikan kepada aku. Aku ada empati terhadap Pengetua, walaupun aku tak bersetuju dengannya.
Masa dia campakkan Yasin tu, memang aku marah. Tapi Nabi ajar untuk bersabar. Nabi s.a.w pernah dilontar najis oleh seorang Yahudi, tapi baginda bersabar.
Maka kalau aku bakal pemimpin macam semua orang cakap tu, aku perlu belajar untuk bila aku perlu bersabar, dan bila aku perlu bertindak.
Aku perlu berfikir secara matang untuk kepentingan semua orang. Aku tak boleh fikirkan agenda aku seorang macam perangai Pengetua. I have to be a better leader.
Dalam kereta, aku pasang video YouTube, zikir Hasbi Robbi Jalallah. Aku cuba tenangkan fikiran aku dengan alunan zikir.
Aku dah anggap Pengetua tu macam ayah aku. Tapi dalam masa sama, aku sedar, orang-orang di sekeliling aku memang bencikan Pengetua. Aku cuma berharap satu hari nanti Allah kurniakan hidayah kepada Pengetua, dan Pengetua sempat mohon maaf kepada semua orang yang dilukainya.
Kepada ibu, sebab apa yang dia buat pada arwah atok, Tun Ismail. Kepada Ali, sebab apa yang dia buat pada ibunya dan ayah. Kepada Fazrul, sebab ayahnya pekerja yang setia kepada atok aku, Marina dan Merlina, sebab ayah mertua aku seorang pekerja istana.
Serta 2 juta orang yang terkorban akibat perang saudara yang dicetusnya, serta berjuta lagi yang cedera, kehilangan rumah, dan kehilangan ahli keluarga dan orang tersayang.
Itu dosa dia sebagai seorang penjenayah perang. Tapi dosanya yang paling besar, menafikan keesaan Allah sebagai Tuhan dan menolak qada dan qadar yang diberikan kepadanya.
Macam mana dia nak berdepan dekat Padang Mahsyar nanti. Aku harap dia bertaubatlah, walaupun aku tahu, dia ni jenis hardcore atheist, walaupun dia kata yang dia deist. Apa-apa sahajalah, pada aku yang penting dia kembali ke jalan yang lurus dan diredhai.
Tapi kalau takdir Allah untuk terus tutup pintu hatinya, aku tak boleh buat apalah. Sesungguhnya hidayah ni milik Allah. Dia nak bagi, Dia akan bagi.
Cuma aku, yang dah anggap dia macam ayah sendiri, aku berusahalah untuk pujuk dia, sementara masih sempat.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro