
2010 part 1
Dasar pendidikan negara yang baru akan menekankan keadilan sosial, menyiapkan generasi baru dengan sains dan teknologi, serta memastikan mereka bersiap sedia untuk berdepan dengan globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
Generasi akan datang akan disiapkan dengan pengetahuan serba canggih, serta mampu bertoleransi dengan kepelbagaian.
Ucapan Perdana Menteri, Natasha Abdullah dalam merasmikan Gifted And Talented Education Centre (GATE), iaitu pusat untuk mereka yang mempunyai bakat serta kebijaksanaan yang tinggi.
GATE merupakan beberapa sekolah yang terpilih di Gelanggayu, antaranya Kolej Melayu Wijayapura dan Sekolah Raja Perempuan Mariam.
--
Azlan
"Jugraaaaa! Jangan lupa bekal ni!" kata Merlina sambil hulurkan beg kepada anak aku yang dah ikat tali kasut.
Anak aku dah nak naik basikal untuk menuju ke sekolah, jadi si Merlina ni lari terkejar-kejar dari dapur nak menuju ke pintu, tersepak pulak kerusi.
"Aduh, aduhhh, aduhhhh kaki gueeee!"
Aku terus capai bekal anak aku dan aku berjalan ke pintu depan.
"Jugra, nah bekal. Daddy nak Jugra sebelum pergi sekolah, buat tiga perkara. Apa tiga perkara tu?"
"Pertama, pakai handsome-handsome. Kedua, belajar rajin-rajin. Ketiga, make daddy and Mama Mer proud."
"Bagus. Elok-elok kayuh basikal tu."
"Okay daddy, Jugra pergi dulu!"
Aku pelik betul dengan trend basikal budak sekarang ni. Nak lowered macam mana lagi? Seriau aku tengok trend basikal lajak ni.
Masa Jugra nak basikal lajak, aku fikir dua ratus kali. Buatnya dia ni jatuh tersungkur ke apa, aku tak sanggup. Selepas compromise dengan dia, sebab aku tak bersetuju dengan basikal lajak, dia kata dia bersetuju nak basikal chopper. Tapi dengan syarat dia nak basikal chopper yang macam gaya Harley Davidson.
Dah tak memasal aku dengan Kecik kena keliling satu Puncak Jaya semata-mata nak cari basikal yang rupa macam tu.
"Zaman aku dulu bawak basikal Jaguar bapak aku pergi kebun je," kata Kecik pada aku.
Sejak Ali menghilang, Kecik dan aku menguruskan geng Ayam Hitam secara bersama. Mejar Jeneral Firdaus juga ada involvement juga. Tapi kitorang tahu, Ali masih lagi hidup.
Hafiz sekarang dah jadi Menteri Dalam Negeri, dan banyak benda dia cuba nak ubah, tapi gagal. Aku tak faham kenapa dia masih lagi nak menentang aku walaupun aku dah berdamai pun dengan dia masa dalam penjara tu hari.
Aku sebenarnya cuba nak disabit juga oleh Hafiz, tapi masa aku jadi Menteri Dalam Negeri dulu, Fazrul dah tanam orang-orang aku kat setiap jabatan dan sekarang mereka pun jadi ketua-ketua jabatan. Dan ketua-ketua jabatan ni pun orang-orang kuat Ali.
Aku kadang-kadang jumpa juga dorang ni, dan dorang ni cakap belakang, panggil Hafiz ni sebagai 'jantan takubin'. Aku tak tau apa kebendanya jantan takubin ni sampai aku baru tau yang jantan takubin ni maksudnya jantan takut bini.
Sejak Natasha jadi Perdana Menteri, banyak dasar-dasar yang agak liberal berlaku dalam negara ni. Umpamanya melarang para guru untuk memaksa pelajar untuk memakai tudung.
Something yang memang dia nak buat sejak dari sekolah lagi.
Dasar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilanjutkan ke matapelajaran lain seperti Geografi, Prinsip Akaun dan Ekonomi.
Ramai yang marah, tapi kerajaan yang sekarang ni, disebabkan nak menunjuk sangat inclusiveness dalam pentadbiran, hampir semua benda nak ditukar ke bahasa Inggeris.
Sebab tak nak orang kaum lain rasa terpinggir.
Macam kau kat Temasik, atau kat Teknojaya, begitulah dia nak buat seluruh Gelanggayu.
Merlina masih mengurut-urut kakinya yang tadi tersepak kerusi.
"Aduuuuhhh, sakitnyaaa...."
Aku duduk di sebelahnya, kemudian gelak.
"Bodoh la kau ni, gelakkan aku buat apa?"
"Kau ni kaya, tapi tak nak ambik maid."
"Benda aku boleh buat sendiri, buat apa nak bayar orang?"
"Lepas tu kelam kabut, sampai tersepak ni, terhantuk tu. Dah la, jom gerak ke office Jessica."
--
Merlina sekarang dah ada media alternatif yang melaporkan berita-berita berkaitan hiburan, iaitu Oh Purnama. Dia dah tutup dah SegarXFM tu sebab orang zaman sekarang dah kurang dengar radio, sejak dah ada Youtube ni.
Oh Purnama ni merupakan blog yang melaporkan gosip-gosip artis serta apa yang viral di media sosial macam Facebook dan Twitter.
By the way account Twitter aku dah ada 280,000 followers. Sorry, semua verified okay. Aku tak main beli-beli bot ni.
Jadi kalau Travis McCoy dan Bruno Mars nak jadi "billionaire so fucking bad", jawapan aku, tak payahlah. Banyak benda yang semak kepala otak.
Jabatan Hasil Republik akan sentiasa mengejar billionaire ni sampai kena agihkan duit ke sana ke sini.
--
"Sedap la lagu ni, kau tau tak lagu ni lagu apa?" tanya Merlina pada aku.
"Undercover Martyn. Dah tua pun kau ni, Mer. Two Doors Cinema Club pun kau tak kenal."
Aku tau sebab Jessie yang perkenalkan kat aku band ni sebelum Merlina tanya soalan ni.
"Aku mana tau band-band baru ni, Lan."
"Aku tau je."
"Kau lain. Followers Twitter kau ramai orang muda."
"Tak, sekarang ni kau mengaku tak yang kau dah tua?"
"Ye laaaaa!"
Peluang aku balas dendam sebab dia panggil aku orang tua sebab tak kenal Linkin Park dulu terbalas jugak. Haha!
Jessie sekarang bekerja dengan Oh Purnama, dan jadi Ketua Editor kat sana. Merlina pulak jadi managing director kat sini. Tapi kerap duduk rumah je, sekali sekala je tunjuk muka.
Aku takde jawatan, cuma shareholder je. Tapi sejak aku kalah pilihanraya, aku takde apa nak buat, jadi aku menebeng la kat Oh Purnama ni. Untung-untung dapat berborak dengan artis cun. Hari tu aku berborak dengan Cristina Suzanne Stockstill.
Dengan penyanyi Estrella, Liyana Fizi ni pun pernah borak. Tapi aku tau mata Jessie perhati je aku bila aku berborak ni.
Keadaan ekonomi Gelanggayu semakin baik, dan boleh capai ke tahap macam sebelum 2007 dulu kalau keadaan berterusan stabil. So far Natasha memang pandai tarik investors masuk.
"Okay guys, next week, Girl's Generation, G-pop artist nak datang, buat konsert kat Wijayapura! I nak korang semua tulis artikel pasal Taeyeon, Sunny, Tiffany, Jessica, Yoona, Yuri..."
"Jessica tu pasal you ke, bos?"
"Jangan nak sarcasm, Ezylnn. Aku ketuk kepala kau karang," kata Jessie.
"And then, Shina, I nak you interview Sam Bunkface, cakap pasal album baru dorang. Alright semua go go go!"
G-pop tu muzik pop dari Goryeo, yang makin popular di sini. Susah jugak Gelanggayu nak promote muzik pop dia kalau Goryeo dah patenkan nama G-pop ni. Lambat Gelanggayu dalam hal muzik pop ni.
Aku tengok Jessica jadi ketua editor ni, sangat garang.
"Kak Mer! Lamanya tak datang!" kata Jessica sambil peluk dan cipiki cipika.
"Aku?"
"Sibuklah Abang Alan! Kak Mer, hari tu kan, Abang Alan ni macam nak ngorat vocalist Estrella tu. Menyampah betul!"
"Lan, kau jangan macam-macam. Kau dah janji dengan aku nak tinggalkan zaman nakal kan?" kata Merlina.
"Borak je. Ala rilek la. Aku rasa dia talented, jadi aku borak la."
"Muka kau ni aku tak caya, Lan. Lawa sangat ke vocalist Estrella tu?" Merlina cekak pinggang.
"Haaa, kak Mer. Tengok gambar ni. Lawa tak vocalist dia?" Jessica tunjuk gambar Liyana Fizi dalam iPhone dia.
"Bukan main lagi kau ya, Lan!"
"Amende, aku borak je lah weh! Jessie, kau ni jangan nak buat gosip pulak!"
--
Selepas melawat pejabat Oh Purnama, aku dan Merlina mengeteh dengan Kecik kat mamak seberang jalan kat office tu.
Antara dia nak cerita dengan aku ialah tentang progres reka bentuk rumah apartment 10 tingkat yang datang dari duit zakat harta aku bagi hari tu.
"Kontraktor tu cakap pada saya, kalau tambah bumbung kena tambah kos satu juta dolar setiap satu unit bang. Dia bukan masalah kita tak ada duit, tapi ni dia jack harga ni," kata Kecik.
"Kau ada tanya dengan dia, kalau tambah satu juta ni, ada tak kelebihan dia berbanding kalau design insular yang tak ada bumbung?"
"Saya memang rasa dia nak jack harga. Nampak sangat. Dia ni kalau depan Ali, pijak semut pun tak mati. Kalau dengan saya, dia tak takut bang."
Bukan masalah duit pun. Tapi kau bayangkan kalau nak pasang bumbung satu juta, kalau sepuluh unit dah sepuluh juta. Dua kawasan je, dah boleh tambah satu unit rumah apartment.
"Kau ada alternatif?" aku tanya Kecik.
"Macam ni, saya boleh buat bumbung tu, dalam $300,000. Kalau abang bagi saya sejuta, saya boleh tambah solar panel. Maknanya, rumah-rumah kita bina tu ada tenaga solar. Kita masih guna elektrik, tapi penduduk boleh jimat elektrik dalam 5 ke 15 peratus."
"Kau boleh buat macam tu?" aku pandang mata Kecik.
"Betul bang."
"Kalau kau tipu aku, aku beritahu Ali."
"Abang Alan dengan abang Ali dah macam abang kandung saya, takkan tergamak saya nak tipu. Rumah ni nanti pekerja-pekerja saya juga yang duduk."
"Camtu kontrak buat bumbung ni aku bagi kau je la, Kecik."
"Terima kasih, bang Alan."
"Tapi ingat, kalau jahanam ke kau sengaja pakai barang murah sebab nak cut cost, aku suruh Ali babab kau."
Tergelak Merlina bila aku cakap macam tu.
Kemudiannya kami pergi melawat tapak projek perumahan tu. Dah 30 peratus siap. Aku capai cap keselamatan warna kuning tu dan pakai.
"Abang dengan Kak Mer pakai cap putih ni, saya pakai cap kuning ni."
"Allah kau ni, Kecik. Kalau kuning ke putih ke, sama je fungsi dia."
"Bukan bang, nanti karang dorang ingat abang ni pekerja buruh binaan, naya nanti. Saya takpe, saya memang kerja kat site."
Aku tukar topi tu atas permintaan Kecik.
Setiap unit rumah ni ada empat bilik, satu dapur, dua bilik air, ruang tamu dan beranda untuk hidai kain. Keluasan setiap satu unit rumah ni adalah 90 meter persegi, lebih kurang design macam HDB di Temasik.
Satu tingkat rumah apartment ni ada enam unit. Dan ada sepuluh tingkat. Dan ada sepuluh bangunan di satu kawasan.
Untuk projek fasa pertama ni, kami namakan kawasan mengikut nama bunga. Ada Mawar, Melati, Kenanga, Seroja, ada macam-macam lagi.
Contohnya unit yang aku tengah lawat ni ialah Apartment Mawar. Jadi kalau alamat rumah kat sini, contohnya, No 3, Tingkat 6, Apartment Mawar 2, Perumahan Awam Puncak Jaya, Wijayapura.
Selain tu aku juga menyelia kawasan yang bakal jadi pusat komersial atau kedai untuk penduduk membeli barang harian.
Terdapat juga sekolah rendah dan menengah, pusat aktiviti orang ramai, masjid utama untuk solat Jumaat, ada tiga surau di setiap satu kawasan, di samping setiap kawasan apartment ini ada perkhidmatan bas shuttle yang membawa penduduk dari rumah ke stesen STAR Puncak Jaya kira-kira lima minit perjalanan.
Untuk ini aku sediakan lima buah bas yang menggunakan gas asli, untuk kekerapan setiap sepuluh minit.
Sebab aku sendiri pernah naik bas. Maksimum kau sanggup tunggu bas ialah setengah jam. Sepuluh minit, pada aku sangat selesa. Lima minit kerap sangat, takut bawah kapasiti, membazir pulak.
Semua ni aku mintak kelulusan dari Izzu. Izzu pun tak banyak cakap sebab satu, benda ni bagus, dan dua, dia sendiri banyak hutang dengan Ayam Hitam. Dia kalau banyak songeh memang aku sekeh kepala dia.
Aku juga minta pusat riadah yang terdiri daripada gym, gelanggang tertutup untuk futsal, badminton/takraw dan trek jogging 200 meter.
Perumahan awam fasa nama bunga ni menurut Kecik akan siap penghujung tahun 2012. Jadi takdelah rakyat lama-lama nak kena berteduh duduk dalam kontena sejak perang berakhir.
Lepas melawat tapak projek, Kecik bawa aku dan Merlina bertemu dengan penduduk-penduduk yang rumahnya hancur berkecai akibat perang.
Rata-rata yang jumpa aku, ada yang menangis, ada yang kata menyesal undi Parti Republikan dan tak undi aku, dan ada yang meluahkan perasaan tak puas hati dengan kerajaan Natasha hari ini serta ahli parlimen kawasan Setia Jaya, Masri Abdullah yang dikatakan tak reti buat kerja.
Aku dah bukan ahli parlimen, tapi aku dengar sahajalah luahan hati rakyat.
Mereka tinggal di kontena-kontena ini sejak 2008, di mana selepas tamat perang, Ali bawa kontena-kontena ini untuk menempatkan sementara orang-orang yang kehilangan harta benda akibat perang ni.
Tapi dengan projek perumahan aku ni, dorang tahu ni projek aku walaupun Izzu jadi Gabenor. Sebab yang rasmikan bangunan ni pun aku. Yang kerap turun site pun aku. Yang selalu berjumpa dengan dorang ni pun aku.
Bukanlah aku cakap Izzu ni tak bagus, tapi dia tak hands on macam aku. Dia lebih kepada perancangan Wijayapura dalam office Gabenor. At least dia tak memanjang main game macam Luqman dulu.
Fasa kedua nanti dekat daerah lain pulak, aku rasa akan dibina di Bukit Pagar. Lepas tu aku akan pergi ke bandar dan negeri lain pula, dan kembangkan projek perumahan ni agar semua mangsa yang terlibat dalam peperangan ini segera ada rumah.
Sebab untuk memastikan rakyat kau tak miskin, mereka kena ada rumah dulu. Itulah yang Lim Kuan Yau buat masa dia nak bangunkan Temasik, itu yang Park Chung Hee buat masa dia nak bangunkan Seoul lepas Perang Goryeo, itu yang dibuat oleh Clement Attlee untuk London lepas tamat Perang Dunia Kedua.
Lepas kau selesaikan perumahan dalam bandar, barulah kau boleh selesaikan masalah-masalah yang lain. Nama Wijayapura ni pun bermaksud 'bandar untuk orang yang berjaya'. Jadi kenalah sediakan tempat yang baik untuk melahirkan masyarakat yang berjaya.
Dan semua ini aku pakai duit zakat harta dari keluarga al-Daulah yang aku diamanahkan untuk menjaganya. Bila pemerintah pun bayar zakat, maka keberkatan itu akan mengalir kepada rakyat.
Aku rasa tak kisahlah kau ni aliran kiri ke kanan, kau akan bersetuju dengan pendapat aku ni.
"Ikut plan yang kau buat ni, aku rasa Wijayapura akan jadi terancang macam Temasik," kata Merlina.
"Terancang macam Temasik, tapi penduduk tiga kali ganda."
"Macam aku pernah cakap kat kau la, Lan. Kau bukan politician. Kau stateman. Kau tak ada jawatan dalam kerajaan pun kau masih buat kerja."
Kalau siaplah semua masterplan aku ni, Wijayapura akan jadi sebuah bandaraya yang mampan dan terancang pembangunannya, tak macam dulu.
--
Pengetua jadi bengang dengan pokok bunga rumahnya yang masih tak nak berbunga.
"Eh engkau ni. Aku beli baja mahal pun tak berbunga. Dah kenapa kau ni?"
Pengetua menghendap kebun rumah Faridah. Kemain segar bugar. Bunga matahari dia bukan main besar. Bunga raya, bunga ros, semua kembang sihat-sihat.
Dalam hatinya, mungkin betul cakap Azlan. Ni adalah faktor Aziz GARDI. Aziz ni bab politik atau falsafah mungkinlah dia lembab, tapi bab pokok ni dia memang pakar agaknya.
Dia dengar bunyi telefon. Dia angkat telefon, dan ia panggilan dari setiausaha Pengarah Urusan IMF, Dominique Strauss-Kahn. Strauss-Kahn nak datang rumahnya minggu hadapan bagi membincangkan pakej rangsangan yang perlu dipinjam oleh Republik Gelanggayu bernilai $30 billion.
Tapi dalam pakej rangsangan IMF tu, ada interest 3%, serta kerajaan pentadbiran Natasha dah deal dengan Jeneral Yahya supaya bagi komisen padanya 25% masa dia nak jadi PM dulu.
Memandangkan orang besar IMF nak datang rumah, dia perlu hiaskan rumahnya agar bunga-bunga di rumahnya kelihatan segar bugar.
Dia terus call Aziz.
"Aziz, aku nak baja tahi ayam. Hantar rumah aku secepat mungkin!"
--
"Eh, celaka betul orang tua ni. Ingat kita ni hamba abdi dia ke apa?" kata Aziz.
"Apahal, Ziz?" tanya Fazrul.
"Si tua ganyut ni la."
"Jeneral Yahya?"
"Haah. Call je, dengan takde salam, terus je sembur, 'aku nak baja tahi ayam secepat mungkin'. Ingat aku ni dia punya hamba abdi ke?" kata Aziz.
Fazrul tersengih.
"Kau nak dengar idea nakal aku tak?" Fazrul naik kening.
Fazrul kemudian berbisik-bisik, kemudian Aziz gelak mengekek-ekek.
"Ni jahat level De-Generation X ni!"
"Tak, ini level NWO. New World Order WCW. Barulah padan dengan Grandmaster Freemason macam si Yahya tu."
--
Jam dua pagi, lori berhenti depan rumah Pengetua. Dua orang kelindan lori turun dari lori. Perlahan-lahan, mereka buka pintu pagar rumah Pengetua.
Mereka jenguk-jenguk, kalau Pengetua belum tidur lagi. Tapi rumah macam gelap. Dah tidur lah tu agaknya.
Maka dua orang kelindan lori itu menurunkan baja tahi ayam - satu lori di hadapan rumah Pengetua. Memang penuh seluruh laman rumah Pengetua dengan baja tahi ayam itu.
"Ya Allah, Joni. Bau dia memang macam kat kandang ayam beb."
"Dah dia order kat Bro Aziz pun tak cakap nak baja tahi ayam berapa peket ke, berapa kilo ke. Main cakap je nak baja tahi ayam. Memang mendapat laaaa..."
Selepas menurunkan kesemua baja tahi ayam dengan muatan penuh lori satu tan di hadapan laman rumah Pengetua, Joni dan Lias pun meninggalkan kawasan tersebut.
--
Faridah nak solat Subuh pun tak senang. Bau baja tahi ayam yang begitu kuat membuatkan dirinya tak senang.
"Aku nak Subuh pun tak boleh nak fokus, kuat betul bau taik ayam ni. Eiii, Aziz ni," ngomel Faridah.
Dia terus telefon Aziz.
"Kau dah solat Subuh ke belum? Dah? Kau datang rumah aku sekarang. Bau baja tahi ayam kau ni masuk rumah la, gila. Aku nak duduk rumah Azlan jap. Eiii, tak senang betul aku."
--
"Kau kalau orang tua tu mati sakit jantung, siap kau. Kita nak pakai lagi orang tua tu, at least untuk lima tahun," kata Faridah.
"Dah dia cakap dalam telefon pun takde budi bahasa. Dia pun tak beritahu nak berapa paket, nak baja banyak mana, nak tanam pokok apa. Kita kena ajar dia la."
"Orang tua tu biasa bangun jam 7:30 pagi. Nak breakfast."
"Kejap je lagi ni."
"Baik kau block nombor orang tua tu cepat. Aku dah off nombor aku dah ni. Kau pun baik kau duduk kat Melaut kejap."
"Nak biarkan tahi ayam depan rumah dia tu berapa lama?"
"Seminggu. IMF punya managing director nak datang rumah dia bincang pasal pinjaman kewangan. Aku sebagai Gabenor Bank Negara tak berkenan dengan perangai orang tua ni nak pinjam duit dengan kapir riba ni."
"Takut Pengetua datang rumah Azlan je?" kata Aziz.
"Azlan kan ada lawatan kerja kat Ketil."
"Oohh, ya tak ya."
"Memang jiran-jiran sumpah seranah la orang tua tu. Dah la jenis tak suka bergaul dengan masyarakat. Kalau dulu arwah Aunty Laila tu takpe la juga, mesra dengan orang taman. Yang ni, memang kera sumbang."
Aziz gelak terkekek-kekek. Fazrul ni kalau bab wakenabebkan orang ni, memang pemikiran di luar kotak. Nampak je muka baik, jadi pegawai kerajaan.
Sejak bercinta dan berkahwin dengan Marina, dia pun jadi kaki dajal, makin menjadi-jadi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro