
2009 part 8
Majlis cukur jambul Nur Nilam Sari berlangsung di 2 Jalan Cendana dengan penuh suasana adat resam orang Melayu Melaut.
Majlis dimulakan dengan acara berzanji dan berzikir, diketuai oleh Ustaz Bakar.
Hidayah sibuk di dapur bersama pekerjanya, sementara Rozana sedang mendodoikan anaknya yang menangis. Ali pula bersalaman dan bertemu dengan anak buah.
Azlan dan Merlina selaku tuan rumah menyambut kehadiran pengunjung, dengan Jessica dan kawan-kawannya seperti Ezlynn dan kawan kelasnya sebagai gadis yang memberi bunga telur.
Gadis-gadis ni buat kerja free pun sanggup kalau Azlan ni, walaupun Azlan ni dah kahwin.
Disebalik kemeriahan majlis kenduri cukur jambul anak Ali, saki-baki orang-orang Izham sedang diserang oleh Diamond Hijau, dengan bantuan dalaman dari geng Ayam Hitam.
Orang kanan Izham, Sulizan Tahir dibunuh di rumahnya, begitu juga dengan beberapa konco-konco mereka yang lain.
Beberapa bekas menteri kanan zaman Izham juga ditembak dan ditemui mati.
Massacre yang telah berlaku ini menyebabkan Parti Nasionalis kini mempunyai ruang vakum yang besar dalam kuasa.
Dan dengan ini, barulah ada asbab untuk Rahizan menyertai Parti Nasionalis, dan seterusnya dapat bertanding pada pilihanraya akan datang.
Tapi bertanding sebagai Presiden atau Perdana Menteri, itu sebenarnya terpulang kepada Azlan sebab sejak kehancuran sisa kabilah Izham, kabilah Azlan adalah yang terbesar dalam Parti Nasionalis.
--
Dalam majlis tu, Faridah cuit Azlan yang sedang bergurau senda dengan anak Ali.
"Apa dia, ibu?"
"Kau sebagai anak murid kesayangan Pengetua, kena pujuk orang tua tu."
"Apa dah jadi?"
"Itu hari Ali bawak geng, pergi rampas semua dokumen hartanah dan aset Freemason seluruh Asia Tenggara ni sebab Ali nak tuntut hutang dia. Aku dah pesan dengan Ali, boleh minta duit tu tapi janganlah guna cara gangster. Lagipun, mahkamah takkan terima punya. They built the system. Walaupun kita dah control banyak benda, tapi bab Freemason ni dia international. Takut kacau je dari segi investment nanti."
"Nanti saya slow talk la dengan dia."
"Kau bawak nasi briyani ni, kempunan pulak orang tu. Dah la hari tu masa kau kahwin, Ali bagi dia makan Quaker Oats je."
"Kuat betul dendam Ali dengan Pengetua tu."
"Cuba kalau orang pisahkan ayah kau sejak kau bayi, kau bengang tak?"
Aku mengangguk kepala. Aku faham perasaan Ali, tapi bertindak ni jangan ikut emosi. Nanti jadi merepek.
Aku belajar benda ni dari Marcus Aurelius dalam buku-buku Stoic yang aku baca, walaupun adakalanya aku terbabas juga bab jaga emosi tu.
--
Azlan
Selepas majlis tu selesai, dan tetamu sudah pulang, aku berbual dengan Ali sebelum aku nak ke rumah Pengetua.
Aku faham permainan Ali. Sebab apa-apa hal, Ali akan main ayat untuk pertahankan perbuatan dia tu, yang Yahya hutang dia.
Tapi yang Ali rampas ni bukan harta Yahya, tapi harta kolektif Freemason seluruh Asia Tenggara.
Aku cakap la kat Ali, kalau kau nak challenge kat court benda ni, susah sebab Freemason nanti bukan cari Yahya, tapi cari dia. Dan aku cakap, bukanlah aku takut dengan Freemason ke apa, cuma dalam hal ni, jangan cari musuh baru dulu, terutamanya musuh yang kuat.
Dia kata dia cuma ambik dokumen tu je, tapi belum buat apa-apa lagi. Jadi aku sarankan, batalkan je benda tu. Dia macam pelik bila aku cakap macam ni, sampailah aku buka jam tangan arwah ayah aku.
Aku tunjuk pada Ali, dan Ali terkebil-kebil.
"Kau ahli Freemason ke, Lan?"
"Dengar sini, Li. Ni jam arwah ayah."
"Maknanya arwah ayah Freemason?"
"Arwah ayah menang pertandingan catur, dan disebabkan itu, Lord Grandmaster masa tu, Sultan Jaafar bagi dia jam ni. Memang betul, Freemason pada era kolonial British dulu memang berpengaruh dan sangat berkuasa, tapi sekarang ni tak lebih kepada persatuan golongan cukong-cukong. Jadi, aku merayu pada kau, kau boleh buli orang tua tu, tapi bukan dengan cara macam ni. Sebab kita belum kuat lagi, dan musuh utama kita, iaitu Wan Radzi, belum terhapus lagi. So, rilek."
Ali kemudian arahkan orangnya untuk ambil semula fail-fail tu.
"Kau lepas ni, nak pujuk orang tua tu ke?" tanya Ali.
"Kita jangan cross the line sangat. Tau, orang tua tu hutang kau, tapi kita main game lain. Game macam ni, bukan apa, takut kita tambah musuh baru je. Kita kena ukur kekuatan kita dulu sebelum bergaduh. Ini prinsip Sun Tzu, know your enemy," kata aku.
Ali mengangguk faham.
Aku kemudiannya ambil semua fail-fail tu, dan memandu ke rumah Pengetua.
--
Aku sampai di rumah, aku nampak Pengetua dah gantung tali di atas kipas siling, tapi dia masih duduk di atas kerusi dan pandang pada tali yang tergantung.
"Sebelum Pengetua buat benda gini, baik rileks dulu."
"Memang matilah aku kalau macam ni. Semua orang cari aku sebab nak tuntut hutang."
"Rileks, bertenang. Jangan buat benda bukan-bukan. Dalam kereta saya, ada semua fail dan dokumen Freemason tu. Ali belum buat apa-apa lagi, dia saja nak gertak Pengetua. Jangan risau."
"Kau selamatkan semua tu ke?"
"Saya slow talk dengan dia. Tapi dia cakap dia memang perlukan duit tu untuk projek pembangunan semula tu."
"Aku memang takde duit, Lan."
"Saya ada caranya. Caranya, Pengetua bubarkan Parlimen, dan buat pilihan raya. Bubarkan Majlis Organisasi Republik lepas kerajaan baru terbentuk. Maka lepas ni, tuntutan hutang tu semua akan pergi ke pihak kerajaan, bukan pada Pengetua lagi. Pengetua buat la deal macam tu pada Natasha, sebab dia bakal jadi Perdana Menteri."
"Kau, pembangkang?"
"Saya tak kisahlah. Kalau kalah bukan lagi pembangkang, takde kuasa pun. Jadi rakyat biasa je lah."
Pengetua menangis, kemudian dia letakkan mukanya di bahu aku.
"Maafkan la Ali tu, Pengetua. Dia pun sebenarnya tertekan pasal duit tu. Ye lah, projek dah jalan, benda dah gerak, tapi duit takde. Asyik pakai duit dia je, bengang la dia."
"Aku tak sepatutnya bagi kontrak tu kalau aku tau memang takde duit langsung dalam keluarga al-Daulah tu."
Akal jahat aku pun timbul. Aku tau ibu ada buat cerita dongeng pasal semua harta-harta al-Daulah ni semuanya ditukar dengan membeli emas dan disimpan di Rusia.
Padahal satu apa pun tak ada macam tu. Semua harta tu ada pada akaun Jugra, yang tak ada sorang pun yang syak, sebab siapa expect budak kecik darjah tiga macam anak aku ni adalah penama kepada segala harta tu.
"Sebagai menantu keluarga al-Daulah lah sebelum Mina meninggal, saya ada pengetahuan sikitlah pasal ke mana harta tu. Sultan memang ada transfer semua aset dan harta dia. Dalam bentuk emas, lepas tu dalam bentuk investment, portfolio tu semua, pergi ke dua negara."
"Rusia dan Kwantong?"
"Ya. Tapi Sultan ni close friend dengan sesetengah ahli Politburo KCP, macam ketua cabang Shanghai, Xi Jinping, ketua cabang Liaoning, Li Keqiang, Wen Jiabao. Ada la few names. Dengan Rusia pulak, dengan key Putin punya orang dalam United Russia, dan orang-orang dalam Gazprom. Jadi harta tu berpecah-pecah, dan banyak invest di kawasan Central Asia, sebab situ region yang mana Rusia dengan Kwantong nak bersaing dari segi influence. So nak tak nak, NATO kena kacau Rusia, dan US kena provoke Kwantong. Pengetua kena plan untuk pastikan benda ni jadi, untuk Pengetua dapatkan semua harta tu."
"Kau dah tahu semua ni, kenapa kau tak pernah beritahu aku?"
"Sebab Pengetua tak pernah tanya saya. Sebab, Pengetua ego. Ye lah, saya ni memang la anak murid Pengetua. Cikgu yang ajar anak murid, bukannya anak murid yang ajar cikgu. Tapi bukan semua benda yang Pengetua tahu pun."
Barulah ada senyum sikit muka orang tua tu. Kalau tak, memang jem sampai nak gantung diri dia ni sebab asyik kena wakenabeb dengan geng Ali.
"Lagi satu, tadi ada makan-makan kat rumah saya, ni saya bungkuskan makanan. Jemputlah makan nasi briyani ni. Cuma, tak boleh selalu makan macam ni, Pengetua kan ada sakit jantung."
"Kau memang anak yang baik, Lan."
"Pengetua juga yang ajar saya dalam segala macam hal."
Dalam hati, aku punya baeeekkk kelentong. Merlina cakap tak baik bohong kat orang, sebab kat Padang Mahsyar nanti, aku kena cari orang yang aku bohong.
Tapi kalau kes Pengetua ni, dia percaya ke Hari Akhirat?
Nak tanya Ustaz Bakar, apa hukumnya kita tipu orang atheist ni.
--
Jeneral Yahya Atan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi pilihan raya yang baru. Dalam pilihanraya kali ini, pengundi akan mengundi dalam tiga kertas undi.
Kertas undi pertama untuk memilih calon Presiden Republik, kertas undi kedua ialah untuk memilih calon Gabenor yang akan mewakili provinsi masing-masing, dan kertas undi ketiga ialah mengundi ahli parlimen yang akan memilih Perdana Menteri, sejajar dengan perlembagaan 2009 Republik Gelanggayu yang digubal oleh Majlis Republik.
Kata Jeneral Yahya lagi, selepas pilihanraya tamat, Majlis Republik akan terbubar dan kerajaan yang baru akan mentadbir negara ini.
--
Parti Republikan mencalonkan Sahari Ariffin sebagai calon Presiden Republik yang pertama, sementara Natasha pula sebagai calon Perdana Menteri.
Parti Demokrat pula memilih Haji Syaaban sebagai calon Presiden, sementara Izri Ismail sebagai calon Perdana Menteri.
Parti Nasionalis pula mencalonkan Rahizan sebagai Perdana Menteri, tetapi tidak menyatakan siapa calon Presiden Republik.
Ada ramai ahli-ahli Parti Nasionalis mencalonkan Azlan, tapi Azlan menolak. Sebaliknya, dia hanya mahu jadi calon Gabenor Wijayapura.
Dengan cara ini, mungkin Parti Demokrat akan membuka pintu rundingan kepada Parti Nasionalis untuk kerjasama pada masa depan.
Azlan tahu dia bakal disabotaj oleh SPR, kerana Wan Radzi yang jadi pengerusinya. Apa yang Azlan mahu ialah menggunakan media yang dikawal olehnya iaitu Wijaya TV dan Angkasa TV yang baru sahaja dibeli oleh Merlin Inc, untuk menyampaikan kempen dengan retorik Melayu-Islam.
Sebagai pengerusi SPR, Wan Radzi pula telah melantik FizzyTech sebagai syarikat yang mengendalikan pengiraan undi.
Disebabkan Hafiz bakal bertanding dalam pilihanraya ini, FizzyTech dikendali oleh rakan kepada Jimmy bernama Rashid Mukmin.
Apa yang sedang dilakukan oleh Adilah sebenarnya ialah mahu memastikan kemenangan kepada Parti Republikan iaitu Sahari dan Natasha, kemudian dari dalam, golongan Sayap Kuning yang berpihak kepada Pak Wan Radzi, akan mensabotaj kerajaan republik ini dari dalam supaya rakyat mahu kembali kepada sistem monarki.
Dan apabila saat itu kembali, maka Jimmy atau Tengku Ahmad akan dinobatkan sebagai Sultan.
Apa yang sedang dirancang oleh Adilah ialah hijack perjuangan republikan Jeneral Yahya, kemudian bila dah menang, letakkan orang-orang tertentu di bahagian kerajaan yang sensitif, kuasai kewangan dengan menubuhkan sebuah gabungan syarikat multinasional di Pentas Sunda, dan menggulingkan semula kerajaan republik dengan meletakkan Tengku Ahmad sebagai Sultan, bila kemarahan rakyat tercetus.
Dengan melantik abang iparnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi, melantik pakciknya sebagai Pengerusi ROS, serta melantik ayahnya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Republik, dengan meletakkan Natasha, yang merupakan isteri kepada Gunawan, anak kepada Pengerusi Apex Corporation Group, gabungan syarikat-syarikat seluruh Pentas Sunda, dan dia sebagai CEO, ia umpama menjadi puppet master kepada semua ahli politik di seluruh Pentas Sunda.
Hafiz pula bakal bertanding, dan apabila menang nanti, akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.
Tetapi dalam masa sama, Azlan juga sedang susun move 'menang dalam kalah' yang telah disusun kemas oleh Fazrul dalam pentadbiran. Sabotaj dalaman akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Parti Republikan.
Dengan memberi cadangan agar Jeneral Yahya bagi satu 'deal' kepada kerajaan Natasha apabila Republikan menang nanti, ia sekaligus mensabotaj bekas kekasihnya itu dalam pentadbiran.
Jadi Perdana Menteri, tapi kena uruskan hutang Pengetua. Dan Natasha ni jenis patuh arahan.
Adilah juga mahu menggunakan Pengetua melalui kerjasama strategiknya dengan Jacob dalam Apex.
Jeneral Yahya kini bertaraf lebih rendah daripada pawn di mata Azlan atau Adilah. Dia kini hanya bertaraf bola sahaja pada mereka berdua. Pawn sekurang-kurangnya diarahkan bergerak. Bola disepak-sepak tarafnya.
Penggal yang akan datang ialah pertarungan politik antara team Azlan lawan team Adilah, dan siapa yang berjaya masukkan bola ke gawang gol, dia yang menang.
Bukan main catur macam zaman Jeneral Yahya berkuasa dulu.
--
Kereta Izzuddin berhenti di belakang lorong di sebuah gudang. Dia dapat tahu yang ada seorang taikun yang mahu menajanya dalam kempen pilihanrayanya.
Dia nampak ada bendera hitam dengan ada lambang ayam berkokok menghadap matahari.
"Lain macam je tempat ni," bisik hati Izzuddin.
Izzuddin teks kepada nombor yang diberi oleh seseorang untuk mendapatkan sejumlah wang untuk kempennya.
Pintu belakang tiba-tiba terbuka. Terkejut Izzuddin dibuatnya.
"Mari, mari. Mari masuk," kata lelaki yang berbaju hitam dan memakai topeng balaclava dengan memegang senapang.
Perasaan Izzuddin cuak tapi dia perlu juga redah, sebab parti tak bagi dia duit yang mencukupi. Dengar cerita pula dia bakal bertarung dengan Azlan, seorang calon yang agak popular.
Dia masuk sahaja, dia nampak lelaki yang bergelar Mr Shadow tu dengan pakai baju Austin 3:16, berkepala botak dan hisap rokok Gudang Gula.
"Saya rasa saya salah tempat ni..."
"Kau tak salah tempat, Izzu. Kau memang berjumpa dengan Mr Shadow. Akulah Mr Shadow..."
"Tapi encik..."
"Ya, aku tau, aku tak pakai kot, tak pakai necktie, kasut pun pakai kasut Doc Mart. Aku tak nampak macam orang kaya. Kau nak tau kenapa aku tak pakai kot, tie tu semua? Sebab tu bukan culture aku. Aku dengar kau nak pinjam duit untuk kempen pilihan raya kan?"
"Ya, Mr Shadow..."
"Apasal? Parti kau tak bagi duit?"
"Dorang kata cuma mampu bagi $100,000 je."
"Nak berkempen apa banyak tu? Pilihanraya kampus boleh la kalau banyak tu. Berapa kau nak?"
"Dalam $20 juta?"
"Aku bagi kau $15 juta. Kalau kau kalah, kau bayar banyak tu je. Tapi kalau kau menang, kau bayar aku double, dan, aku nak kau benarkan semua pergerakan Ayam Hitam dalam Wijayapura, setuju?"
Memikirkan menjadi Gabenor Wijayapura boleh dapat banyak projek lumayan, terutamanya projek pembinaan semula bandaraya Wijayapura, dengan seronoknya dia mengangguk.
Mr Shadow arahkan orang-orangnya membawa lima buah bagasi besar di depan mata Izzuddin.
"Kau kira sendiri nanti. Semua sekali adalah $15 juta. Satu beg ni ada $3 juta."
Izzuddin terkejut dengan wang itu, dan tersenyum gila.
"Nanti dulu, Izzu. Sebelum kau tersenyum sampai lupa dunia tu..."
Mr Shadow capai tangan Izzuddin, kemudian dia ambil pisau Rambonya, dan toreh ibu jari Izzuddin. Izzuddin menjerit menggelupur kecemasan.
"Jangan bergerak, aku nak kau cop jari kau kat sini, urusan pinjaman mestilah kena ada cop jari, kau ni pun, cepat betul gabra," kata Mr Shadow.
Lepas ada cop jari dengan darah, barulah Mr Shadow tulis 'lulus' atas kertas itu.
"Kau ingat, kau dah cop jari kau dengan darah ni. Kalau kau lupa dengan perjanjian ni, menang atau kalah, kepala kau aku gunakan untuk cop kat atas kertas ni. Kau faham tak?"
Ketakutan sampai basah seluar Izzuddin.
"Dah, bawak balik duit ni."
--
Selepas selesai membawa duit Izzuddin keluar, Ali bakar rokok dengan Fazrul keluar dari bilik belakang.
"Ikan dah makan umpan," kata Fazrul.
"Bodoh gila dorang ni. Senang gila nak setel. Kalau macam ni, Azlan menang ke, kalah ke, tetap control jugak," kata Ali.
"Dapat pulak makan komisen sorang $2.5 juta," kata Fazrul.
"Aku nak Izzu ni menang lawan Azlan. Kalau dia menang, dia bayar double, dengan luluskan kebenaran Ayam Hitam beroperasi. Kalau Azlan menang, memang dia akan luluskan tu semua, tapi tak thrill la. Kau faham tak?" kata Ali.
"Faham, faham sangat."
"Aku nak biarkan si betina tu seronok je, ingat Azlan dah kalah, dia menang game. Padahal kita punya game ni advanced..."
"Steady, Ali. Deal ni memang benar-benar kacang buat duit. Dah la si Izzu ni tak tau yang ni pun duit Azlan."
"Kecik!" jerit Ali.
"Ya, bro Ali!"
Ali bagi satu beg briefcase.
"Ni $500,000. Bayar gaji budak-budak kau semua. Yang ni, $500,000. Untuk kau. Bonus."
"Peh, steady la bro Ali!"
"Mesti la. Kau sejak dari kecik lagi kau dengan aku, Kecik. Takkan la aku nak lupakan kau."
--
Azlan
"Ni kau masak ke, Mer?" aku buka tudung saji.
"Haah, aku try masak mi kari Kak Dayah. Hari tu dia bagi aku resipi."
Aku makan mi kari yang Merlina masak.
"Weh, menjadi masakan kau. Power betul. Kau ni terang hati betul. Kau tengah buat apa tu?" aku tengok Merlina tengah busy tengok carta bursa saham.
"Duit keluarga al-Daulah hari tu, kan $250 billion kan? Sekarang dah $400 billion. Tapi aku pecah-pecahkan kat banyak akaun," kata Merlina.
"$400 billion? Weh, gila betul kau ni. Macam mana kau buat macam ni?"
"Ada tiga perkara. Pandai baca pasaran semasa, kena tahu timing paling tepat, dan paling penting, kau kena ada guts. Takde guts, jangan main la benda ni."
"Kau buat apa lepas tu?"
"Aku invest. Umpamanya aku tau yang kerajaan nak bina semula lebuhraya Wijayapura-Kota Warisan tu, jadi aku beli syer kat syarikat konsesi tol tu. Sebab ke mana lagi dia nak offer kontrak tu?"
"Lagi?"
"Repair server terminal lapangan terbang, aku cari la syarikat IT yang buat server tu. Aku beli syer tu. Confirm dapat."
"Secara tak langsung, aku kawal ekonomi negara dengan ni semua la?"
"Lagi kau nak tanya, memang ya la! Itulah tujuannya dorang bagi duit tu kat kau. Beb, lepas ni kau tak payah bertanding la. Kau jadi Sultan tanpa tengkolok. Kau faham tak? Kau kalah ke, menang ke, kau jugak yang akan control. Jadi, mana-mana kerajaan yang tak nak ikut cakap kau, kau petik jari je, dia akan tumbang. Tapi ibu cakap, dia harap kau gunakan kuasa yang kau ada ni demi rakyat Gelanggayu."
"Itu dah pasti, Mer. Weh, sedap sangat mi kari kau ni. Aku tambah lagi."
"Gemuk karang kau nanti. Baju Melayu tak muat, kau jangan marah aku!"
--
"Ali, thanks belanja aku makan," kata aku.
"Belanja kau makan? Wei, ni duit kau la! Aku dengan Fazrul baru scam si Izzu yang nak lawan kau dalam pilihanraya nanti."
"Izzu tu dia baik, Ali. Dia pun dulu student town planning. Lagi baik dia yang jadi Datuk Bandar daripada aku."
"Ye la, tapi kau yang control dia, kalau kau menang, botak jugak kepala kau nak fikir ni semua. Lagipun, inilah caranya nak mengaburi Adilah. Kau bayangkan, dia dah fikirkan strategi nak kalahkan kau, malam pilihanraya, kau kalah....kau bayangkan dia punya gembira, macam mana."
"Aku boleh bayangkan."
"Tapi dia tak sedar, yang tengkuk Izzu, lu dah pegang. Lepas tu, dia nak buat apa pun tak boleh. Sebab segala jentera gua dah pegang. Kakitangan awam Fazrul dah pegang. Mahkamah semua hakim yang lu lantik. Jabatan Peguam Negara penuh orang Marina. Kau sekarang ni jadi master of puppets je, Lan."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro