
2009 part 7
Tiga syarikat terbesar di Pentas Sunda, iaitu Kencana Consortium yang dimiliki Hafiz dari Gelanggayu, Widjaja Corperation yang dimiliki oleh keluarga Widjaja dari Majapahit, dan Sentosa Holdings yang dimiliki oleh Jacob Chong, dari Temasik bertemu di hotel Shaftsbury Oceanview di Teknojaya.
Kencana Consortium memiliki aset dan kekayaan bernilai $20 billion, keluarga Widjaja pula dalam $25 billion, sementara Sentosa Holdings dalam $40 billion.
Beberapa syarikat konglomerat lain di Pentas Sunda juga dijemput dalam persidangan ini.
Jacob, yang kini menjadi Gabenor Bank Negara Temasik (Monetary Authority of Temasik), menyerahkan tugas ini kepada Claudia. Widjaja pula diwakili oleh ayah Gunawan, Basuki Widjaja sementara Adilah mewakili suaminya dalam syarikat.
Tujuan mesyuarat antara syarikat-syarikat besar ini ialah untuk membentuk satu kumpulan syarikat yang besar di seluruh Pentas Sunda ini.
Dengan sumber alam di Gelanggayu yang cukup kaya, modal dan kepakaran teknikal dari Temasik dan sumber tenaga kerja yang murah dari Majapahit, syarikat-syarikat ini membentuk persekutuan syarikat-syarikat seluruh Pentas Sunda, di mana tidak ada regulations dan undang-undang yang akan menyekat kepentingan mereka.
Gabungan syarikat-syarikat besar ini dipanggil sebagai Apex Corperation Group, yang menguasai sektor teknologi dan telekomunikasi (Kencana), kewangan dan insurans (Sentosa) dan perlombongan dan perindustrian (Widjaja).
Apex akan berpusat di Teknojaya, dengan mereka memilih Adilah sebagai CEO, sementara Basuki Widjaja menjadi Pengerusi kumpulan ini.
Claudia pula menjadi CFO kumpulan ini.
Jumlah kekayaan keseluruhan syarikat-syarikat yang menyertai kumpulan ini bernilai $100 billion.
Antara yang turut dibincangkan ialah penubuhan bank pusat Republik Gelanggayu yang baru, serta projek-projek untuk pembangunan semula Gelanggayu.
Bagi negara Kundur pula ia termasuk dalam jajahan Gelanggayu selepas Gelanggayu menjajah negara tersebut pada tahun 2006, tetapi negara ini akan dibangunkan bersama Majapahit.
Mereka merancang dalam masa 10 tahun, gabungan ini akan memperoleh keuntungan $1 trillion dari pelaburan infrastruktur yang akan dijalankan.
--
Selepas mematerai perjanjian, Adilah ada sedikit masa dan cuba merapatkan diri dengan Jacob.
Jacob, yang kini dah berusia 90 tahun, tetapi masih lagi gagah.
"Mr Jacob?"
"Adilah, yes...come, I have something to discuss."
Adilah berjalan mengikut Jacob, dan mencari meja paling hujung sekali.
"Macam mana dengan deal kita dengan Wuhan Institute of Virology tu?"
"Relax, everything is on the way, Dila. At this moment, they're doing research to find which virus yang paling cepat tersebar. I believe it will be happening in another ten years."
"By the way, you kan kawan Jeneral Yahya. You know dia memang always on American side. But why suddenly you change your side to Kwantongian?"
Jacob dengar nama Yahya, kemudian dia menyandar.
"You know, I've been supporting Yahya for his fight..."
"For the republic?"
"Yes. I've been with him, through thick and thin, since 1954 lagi. The deal was, he help me to bring those American investors to Temasik and Gelanggayu, I bring Temasik Kwantongian businessman to buy American agricultural land. Then dia kata dia nak loan my money untuk topple keluarga al-Daulah. I financed him in 1969 coup d'etat, and keep on bankrolling him since. 75 billion US dollar in today's money."
Jacob capai cawan air teh Kwantongnya, dan menghirup perlahan-lahan.
"You see, Dila. I'm a businessman. My bank has loss a lot of money masa global economic crisis last year. And Jeneral Yahya achieved his mission to topple the Sultan. Now, all I ever ask from him, is my money."
Adilah mengangguk.
"Did he pay you?"
"Kalau dia bayar pakai habuk teh ni pun, I boleh consider lagi. Ini satu habuk pun tak ada! *Bo liao!" kata Jacob dalam loghat Hokkien Temasik bermaksud yang dia dah bosan dengan perangai Jeneral Yahya.
"That's why you setuju nak deal ni dengan Kwantong?"
"I ni businessman, Dila. All I care is money. I don't care it's American money ke, Kwantongian money ke, Russian money ke, Bharatian money ke, as long it's money, I'm happy. Masa dia kena halau dari Gelanggayu, I was the one who provide him house to stay. For nine years, he didn't pay anything from electricity or water or food, anything. Dia datang sehelai sepinggang. And I give him money, more than the deal. Tapi bila dia dah ada power now, what did he do? Banyak kencing kuat ini Yahya."
Hati Adilah makin membuak-buak gembira, tapi dia mengawal perasaan itu.
"Don't worry, Jacob. From our deal with Kwantong ni, we will get the money that your company need it."
"Dila, I'm 90 years old. I not sure I'll be around in another ten years. But this money is for Ken and Claudia, and their families. Our family."
Claudia mendengar perbualan antara ayahnya dan Adilah, lalu menelefon suaminya yang bekerja di Taipei-Formosa.
--
Azlan
Selepas aku ke Konsulat Turki, aku bertemu dengan anak arwah Shahrizal, Shahril dan bertanya khabar. Dia tanya juga parut luka pada peha aku tu ada lagi atau tak.
Aku jawab, aku bernasib baik, tak macam ayah dia yang ditembak oleh Kimi. Adiknya, Shereen, menjadi trauma bila kekasihnya membunuh ayahnya sendiri, dan akibat depression akibat kejadian tu, Shereen sakit dan meninggal pada tahun 2007.
Shahril kata dia nak bertanding di Kebun Teh, kawasan parlimen ayah dia dulu, walaupun aku offer dia kerusi Puncak Jaya. Tapi kalau dah macam tu, kerusi Puncak Jaya ni aku serahkan kepada Din Tapa sebab selama ni pun, dia yang jaga kawasan ni.
Pentingnya aku groom Shahril ni, sebab walaupun dah lima tahun Shah meninggal, mereka ada pengikutnya dalam Parti Nasionalis, dan aku perlu groom Shahril ni supaya pengikutnya ikut aku.
Selepas mengatur orang, aku mahu mengatur sumber kewangan untuk kempen aku.
"u bz?"
Nat hantar mesej BBM pada aku.
"yup."
"can we discuss things?"
"kat mana?"
"st pierre?"
Wujud lagi ke restoran ni? Dah lama sangat restoran ni.
"okay, nak pickup mana?"
"mcm dulu."
"ok."
--
Disebabkan St. Pierre tutup sebab renovation, aku jumpa Natasha di Gaucho's, restoran kegemaran arwah Mina.
"Alan, perkenalkan, ni my assistant, Maria. Maria, you know who he is."
"Ada apa ni, Nat?"
"I have problems lah, Alan. And I need your help. You see, I wasn't prepared for all of this," kata Natasha sambil meletakkan beberapa dokumen depan aku.
"What is this?" tanya aku.
"Documents for our new national policy. Sebab kita sekarang kan dah republik, therefore kita kena tukar banyak benda, especially on legislative, law, macam-macam lah."
"So, apa yang you nak I tolong?"
"I nak minta tolong you untuk bagi idea macam mana nak buat semua ni. I mean, they all nak I jadi Prime Minister after this election, and I wasn't prepared for this."
"Siapa 'they'?"
"You know, these Majlis Republik people. Alah, our Pengetua is their chairman."
"No, what I mean is, siapa 'they' tu?"
Natasha terdiam. Dia jeling pada assistant dia, kemudian dia pandang balik kepada aku. Lagu dari band Uruguay, Cuarteto de Nos berkumandang.
Aku tau band ni sebab kerap jugak restoran ni bukak lagu ni. Owner kedai ni memang orang Uruguay.
"Alan, I tau relationship you and Adilah memang tak baik, but she's one of our group. And please, I minta tolong you ni sebab I tak tahu pada siapa yang I nak minta tolong."
"First, kita dari dua parti politik yang berbeza. Second, you expect I untuk tolong team orang yang nak musnahkan hidup I?"
"Alan...apa yang you buat dulu pada dia..."
"Apa? Apa?"
"Takkan you tak ingat lagi dah?"
"Back in '94? What if kalau I ada bukti yang I innocent kat sini?"
"What? Excuse me, Maria. Can you give us some space?"
Assistant dia bangun menuju ke toilet, lepas tu nampak Natasha seperti masih confused.
"What do you mean you innocent? Semua orang tau yang you rape dia masa tu?"
"What if kalau I kata memang dia plan semua ni untuk frame I?"
"Alan, I tak faham? Macam mana you nak kata you tak bersalah, sedangkan semua orang tau yang you bawak dia, pergi hotel tu. Hafiz pun tau benda tu. Come on, Alan."
"Nampak sangat you tak kenal lagi Adilah tu siapa, Nat."
"Alan, first of all, Adilah tu banyak tolong I, you tau tak? She and Hafiz selamatkan company my dad from Damian, and now you nak cakap benda teruk kat dia? You nak cakap yang dia frame you?"
"You tak tau apa sinister plan dia lagi. In fact, did you know that she and your in-laws ada plan nak kuasai vaksin when flu outbreak happens within few months from now?"
"You dah burukkan my best friend, now you nak burukkan my in-laws pulak? Alan, I ingat you dah berubah. You know what, forget it. I memang silap orang nak mintak tolong ni. I paling pantang dengan orang yang dah la nak menipu I, lepas tu burukkan kawan I pulak. Betul la kata Cindy, you memang an asshole."
Natasha terus panggil waiter kemudian dia hantar teks pada assistant dia untuk dia balik, aku rasa. Sebab lepas beberapa saat dia tekan phone tu, assistant dia terus datang.
"Takpe, I bayar," kata aku.
Natasha terus ambil fail-fail dia, kemudian terus menonong keluar.
Ah, dah orang tak percaya, aku nak buat macam mana kan?
Aku terus keluar dari restoran, light rokok Camel, kemudian seluk kocek, capai kunci dan berjalan menuju ke arah kereta.
Sambil memandu, aku bukak radio, tangan sebelah pegang stereng, dan tangan lagi sebelah pegang rokok, sambil mendengar lagu Still Got The Blues dari Gary Moore.
Lagu ni popular 20 tahun yang lepas, masa tu aku couple dengan Natasha. Entah kenapa aku rasa lagu ni macam hit hard pada aku.
Used to be so easy to fall in love again.
But I found out the hard way,
It''s a road that leads to pain.
I found that love was more than just a game.
You're playin' to win, but you lose just the same.
So long, it was so long ago,
But I've still got the blues for you.
Haih, balik-balik, Natasha. Move on lah, Alan. Kau dah kahwin dua kali dah. Janganlah diulang benda yang sama lagi.
--
Aku sampai rumah, aku nampak ada kereta lambang tengkorak berada di laman rumah. Aku jalan ke belakang menuju padang sebelah tasik rumah, dan aku nampak Ali sedang mengajar Jugra, diikuti oleh Joni, Lias belajar silat.
"Berhenti jap," kata Ali.
"Kenapa, Uncle Ali?"
"Daddy kau dah balik."
Aku nampak muka Jugra penuh dengan rumput, tanda dia berguling atas rumput belajar silat. Jugra salam dan cium tangan aku. Joni dan Lias turut serta.
"Aku ada rancangan, tapi aku perlukan rumah kau."
"Kenapa?"
"Korang pergi mandi dulu. Aku ada benda nak cakap dengan Bro Azlan," kata Ali kepada dua orang budak-budaknya.
"Jugra, pergi mandi dulu."
"Baik, daddy."
Aku ajak Ali masuk ke rumah ikut pintu dapur. Kelihatan Merlina sedang goreng nugget.
"Kau baru balik?" Merlina cium tangan aku.
"Baru balik dari rumah arwah Shahrizal. Anak dia nak bertanding jadi calon," kata aku.
"Shahril ya?"
"Ya, gitu lah. Aku setuju nak bankroll dia. Pengikut arwah ayah dia pun walaupun dorang ikut kita, tapi baik kita pegang dia dulu. Ali, Mer perlu ke ada dalam perbincangan ni?"
"Tak, ni hal Ayam Hitam," kata Ali.
"Okay, korang tunggu aku settle goreng nugget."
"Tolong buat kopi, Mer."
"Black, milk?" tanya Merlina.
"Pitch black, no sugar."
"Kau Ali?"
"Aku kau letak la gula sikit. Aku tak manis semulajadi macam Azlan," kata Ali.
"Banyak la manis. Kalau berpeluh bau achem jugak!"
"Tolong sikit ya, aku ni dulu model deodorant, okay?"
Merlina jelir lidah. Kelakar betul dia ni.
--
Sambil kunyah nugget tempura dan minum kopi, aku berbincang dengan Ali tentang strategi terbaru.
"Benda pertama aku nak cakap dengan kau, ialah aku nak pinjam rumah kau."
"Untuk apa?"
"Majlis cukur jambul anak aku la. Nur Nilam Sari dah cukup setahun."
"Ooo..."
"Semua ahli Ayam Hitam Wijayapura akan turun."
"Weh, janganlah semua. Ahli geng kau dah la ramai. Tak muat rumah aku ni."
"Yang kepala-kepala je lah kalau camtu. So, dalam masa sama, aku nak Fazrul deal dengan Datuk Bakri untuk gerakkan geng Diamond Hijau, untuk bunuh semua pengikut Sulizan Tahir dan saki-baki geng Izham, kecuali bang Azham, Wak Am dan segelintir je. Sebab kita perlukan mereka."
"Untuk apa?"
"Gaduh dengan Diamond Hijau satu hari nanti. Biar dua geng ni bergaduh sesama sendiri dan kian melemah. Kita yang kuat ni perhatikan je. Kalau orang nak tuduh kita, kita ada bukti yang kita tak terlibat. Buktinya, semua kepala ada kat rumah kau, hadiri majlis cukur jambul anak aku."
Aku menyandar dan berfikir, kenapa aku rasa idea Ali ni tak original dari dia, tapi idea ni idea yang genius, sebab dia agak berbau-bau Francis Ford Coppola.
"Macam aku pernah kenal je plot cerita macam ni. Kau tiru Michael Corleone cerita Godfather, kan?"
"Heh heh heh!" Ali gelak.
Bezanya dalam cerita tu, Michael hadiri majlis baptism anak dia, dalam cerita Ali, dia ada majlis cukur jambul. Benda sama macam apa Corleone buat, tapi dia buat versi Islam.
--
Selepas meeting dengan Azlan, Ali memandu ke arah rumah Pengetua.
Dia tahu, yang Pengetua terasa dengan kata-kata dia masa majlis kahwin Azlan tempoh hari.
Dia nampak Pengetua duduk seorang diri, menonton TV.
"Pengetua?"
Pengetua buat tak tahu. Masih marah dengan Ali. Ali duduk sebelah Pengetua, dan paut tangannya pada leher orang tua tu.
"Ce cite, kenapa Pengetua senyap je ni? Pengetua sepi ek? Kejap, saya SMS, ON CINTA ke 32500. Saya cakap Pengetua perlukan teman..."
Pengetua pandang Ali dengan panas hati.
"Okay, okay. Maybe Pengetua rasa lawak saya ni, tak sopan."
"Kau ni sejak baru-baru ni, makin tak ada adab! Kau dengan budak-budak kau. Kau ingat aku kawan-kawan kau, boleh kau peluk-peluk bahu macam tu? Aku ni jeneral paling tertinggi dalam negara ni, kau sedar ke tak?"
"Tapi apa gunanya jadi jeneral paling tinggi dalam negara ni kalau semua askar-askar budak saya? Apa gunanya jadi jeneral paling tinggi dalam negara ni kalau kawan-kawan banker, kawan-kawan kontraktor, orang bawah, semuanya jeneral berhutang? Jeneral perasan tak, yang kitorang ni, semua la, kerja bawah jeneral tanpa gaji? Kami ni bukan hamba tebusan jeneral. Lagipun, ia bercanggah dengan konsep Universal Human Rights Bangsa-Bangsa Bersatu yang Pengetua sendiri dukung. Come on lah, saya darjah tiga je takat belajar saya, takkan benda ni saya nak tolong explain kat Pengetua?"
"Jadi, korang ni semua memberontak sebab korang rasa korang tak dapat habuan? Itu yang korang kejarkan?"
"If you good on something, never do it for free, Pengetua," kata Ali sambil light rokok, silang kaki sambil tarik ashtray.
Pengetua terdiam. Kemudian dia pun rasa macam nak bakar curutnya. Dia bakar curut Cohibanya.
Ali capai curut Pengetua dari mulutnya, kemudian tenyeh ke ashtray, sebelum campak rokok Gudang Gula ke peha Pengetua.
"Pantang betul saya kalau orang hutang saya, tapi dia hisap rokok lagi mahal dari saya. Memang pantang," kata Ali.
"Kurang ajar!" Pengetua mendepakan tangannya untuk menampar Ali.
"Jangan ingat ada cincin zamrud Raja Gautama kat jari tu, saya takut la, Pengetua. Benda tu ada pantang larangnya. Kalau menganiaya orang, benda tu tak lut. Baca balik buku Sayyid Muluk tu. Saya belajar sampai darjah tiga je, takkan saya boleh membaca lagi daripada Pengetua yang dah jadi Grandmaster Freemason rantau Asia Tenggara ni?" kata Ali.
Pengetua diam. Perlahan-lahan dia turunkan tangannya.
"Saya bukan budak-budak macam Pengetua jumpa tepi jalan masa dulu lagi. Sekarang ni, Pengetua perlukan saya daripada saya perlukan Pengetua. Macam ni lah...Pengetua duduk. Saya ada cadangan."
Pengetua akur dan duduk. Ali hembus asap rokoknya, dan kemudiannya menyandar.
"Kitorang ni sebenarnya tak suka kurang ajar dengan orang tua, apatah lagi veteran perang yang banyak berjasa macam Pengetua ni. Tapi kitorang tak suka kena kencing. Bila dah janji, kenalah tepati janji tu. Tak kisahlah orang tua ke muda ke, betul tak?"
"Aku bukan tak nak bayar kau, Ali. Tapi aku tersepit."
"Ketersepitan Pengetua ni sebenarnya berlaku disebabkan Pengetua cakap besar. Bila cakap besar, jadi berlagak. Bila berlagak, kita jadi careless dan bila kita jadi careless, kita buat blunder move. Benda ni siapa yang pesan pada saya? Pengetua sendiri."
Ali kemudiannya tenyeh rokok itu pada ashtray.
"Tengok apa jadi pada Tok Aki. Berpuluh tahun rancang nak import Revolusi Iran ke Gelanggayu. Dengan tak kaji latar masyarakatnya, dengan tak kaji demografi, pakai redah. Setuju tak cakap saya ni?"
Pengetua mengangguk.
"Masa Pengetua bagi kontrak pembinaan semula Wijayapura tu, saya estimate dalam $50 billion. Dengan yakinnya Pengetua cakap Pengetua ada duit..."
"Tapi masa tu aku yakin memang ada. Aku yang bina portfolio keluarga al-Daulah dari zaman Jaafar, dan Aminul Rasyid. Aku tahu ada at least $250 billion, sebab masa aku bina tu, ada half a trillion in 1980s! Aku faham yang Norman ni boros berbelanja, tengok la dia buat masa skandal Forex tahun 1992 dulu. Tapi takkan sampai kosong. Sekarang ni, bukan kau je aku hutang. Aku hutang dengan Jacob, aku hutang dengan ramai banker, Goldman Sachs, JP Morgan, BoA, Blackrock. Ramai. Dan aku hutang tu bukan atas nama negara, tapi atas nama aku. Sebab aku yakin aku mampu jatuhkan keluarga al-Daulah ni, dan aku bayar semua hutang tu dengan duit dan aset tu, dan kemudiannya aku bayar ansur-ansur bila ekonomi dah pulih."
"Cakap panjang pun tak guna, Pengetua. Satu habuk pun takde. Pengetua hutang saya lagi $45 billion, kan?"
Pengetua mengangguk.
"Kalau Pengetua tak bayar, saya susah nak jalankan pembinaan semula Wijayapura ni. Pengetua tetap kena bayar juga."
"Tolonglah aku, Ali..."
"Saya dah tak boleh nak dahulukan duit saya lagi, Pengetua. Orang saya kena bagi anak bini makan. Pekerja saya kena bagi mak ayah duit jugak. Kami pun perlu hidup juga. Jadi, saya nak tanya satu soalan."
"Apa dia?"
"Berapa nilai semua aset-aset yang ada dalam Freemason cawangan Asia Tenggara ni?"
"Jangan macam tu, Ali. Tu bukan harta aku...nanti aku kena expel dari fraternity..."
"Berapa?"
"Ali, kau jangan buat macam ni."
Ali dah bengang, Ali tumbuk meja sampai terpelanting dan pecah ashtray kaca Pengetua.
"Berapa!"
"$30 billion!"
Seluar Pengetua mula kebasahan.
"Transfer ke saya. Semua."
"Janganlah macam tu...tu bukan harta aku!"
"Pengetua kan Grandmaster. Paling tinggi dalam Asia Tenggara ni, Pengetua kan? Apa masalahnya."
"Jangan buat macam ni, nanti aku kena tuduh pecah amanah..."
Ali terus call budak dia.
"Geng, masuk rumah ni jap. Lepas tu kat gerobok coklat dalam office yang korang kemas dulu, ambikkan aku fail Freemason dia."
Tak sampai 10 saat, beberapa geng Ayam Hitam bawa senjata dan masuk ke dalam rumah. Mereka terajang pintu pejabat Pengetua.
Mereka kemudian ambil semua fail-fail segala harta yang dimiliki Freemason seluruh Asia Tenggara.
"Jangan buat aku macam ni, Ali. Aku merayu pada kau!" kata Pengetua, yang menyembah kaki Ali dan mencium kaki Ali sambil menangis.
Dokumen-dokumen semua dibawa pergi, dan Ali letakkan pen dan dokumen pindah milik di atas meja.
"Geng, suruh dia sign dan letak cop jari kat situ."
Orang Ali acukan senapang ke belakang kepala Yahya, dengan seorang lagi, capai dakwat cop dan letakkan ibu jari Yahya di dokumen tersebut.
"Woi bajingan bangsat, tua kutuk syaitonirojim! Sign lekas!" jerit salah seorang budak Ali.
"Sampai hati kau buat macam ni pada aku, Ali. Kau dah lupa ke segala jasa aku kepada kau? Aku yang kutip kau dari tepi jalan, kau sedar tak?"
"Kekayaan dan kekuatan Pengetua yang ada pun datangnya dari ayah saya. Sebab ayah pandai main chess, Pengetua gunakan dia untuk rapat dengan Sultan Jaafar dan Aminul Rasyid. Jangan ingat saya tak tahu."
"Aku buat macam tu pada ayah kau sebab aku sayangkan ayah kau, Li."
"Pegang pen ni, si tua bangsat!" jerit orang Ali.
Dalam tangisan, Yahya menyerahkan segala harta-harta Freemason di seluruh Asia Tenggara kepada Ali.
"Done. Terima kasih sebab bayar hutang. Dah 35 billion. Ada lagi 15 billion lagi," kata Ali, kemudiannya terus keluar dari rumah.
Muka Jeneral Yahya tersembam ke lantai, dan menangis teresak-esak. Segala perjuangannya yang dicapainya, diperkotak-katikkan oleh budak yang belajar sampai darjah tiga yang 'dikutipnya' di tepi jalan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro