Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2009 part 6

Sebaik sahaja kapal terbang mendarat di Wijayapura, Pengetua dan Natasha dikerumuni oleh para wartawan yang mahu melaporkan apa masa depan Gelanggayu yang sedang dirancang oleh dua orang pemimpin ini selepas pasca monarki.

Pengetua tidak menjawab apa-apa soalan daripada wartawan, sebaliknya membiarkan Natasha sendiri menggunakan kebijaksanaannya untuk menjawab soalan-soalan wartawan.

Sebaik sahaja dia dapat masuk dalam kereta, dia terus mengeluh kepenatan.

"Aku ni dah 84 tahun, tua dah nak menghadap benda-benda macam ni."

Dari lapangan terbang, kenderaannya bergerak ke rumahnya.

Rahizan menunggu di depan rumah Pengetua dengan payung ketika hujan mula membasahi Wijayapura. Rahizan tidak puas hati dengan campur tangan pihak tertentu yang tidak mahu dia menjadi Presiden Republik.

Kereta Pengetua terus masuk ke perkarangan rumahnya, dan Rahizan terus masuk ke dalam rumah.

"Apa ni, Pengetua? Dah janji kan saya akan jadi calon Presiden?"

Pengetua memandang Rahizan atas bawah atas bawah, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

"Pengetua..."
"Hizan, kau ada dua jalan. Kau sertai Parti Republikan, dan kau lawan Presiden parti, Sahari. Atau kau jadi calon bebas. Aku tak boleh nak bagi pada kau macam tu je."
"Pengetua tahu yang mereka akan sabotaj saya kalau saya masuk Parti Republikan. Kalau saya bertanding calon bebas, dah tentu saya kalah. Tak mungkin saya dibenarkan masuk Parti Demokrat, sebab tu parti Azmi."
"Macam tu, masuklah Parti Nasionalis..."
"Saya nak kena deal dengan Izham? Mesti dia nak jadi Presiden punya."
"Hizan, aku tak boleh nak bagi kau macam tu je. Kau dah tak aktif dalam politik sejak 1998, dan bila kau nak masuk, kau terus nak di atas."

Rahizan mendengus apabila mendengar kata-kata Pengetua yang tak mahu membantunya. Bagi Pengetua, misinya untuk menggulingkan Sultan Norman sudah tamat. Sepatutnya proses ini, dia tak perlu campur tangan lagi.

"Macam nilah, Pengetua. Kalau Pengetua tak nak tolong saya, tak apa. Tapi saya akan buat movement saya sendiri."
"Dipersilakan," kata Pengetua.
"Tapi kalau saya berjaya jadi Presiden, saya akan bangkitkan pasal genocide yang Pengetua buat dulu. Saya akan pastikan Pengetua dihadap ke mahkamah antarabangsa."

Pengetua terus pandang ke arah Rahizan.

"Kau ugut aku? Kau sedar, kau ni siapa?"
"Pengetua jangan ingat Pengetua je pandai mencatur."
"Alright, good luck."

Pengetua masuk dalam rumah, kemudian duduk di kerusinya, bakar curut sambil mendengar The Blue Danube, sebelum merancang apa perlu dia buat pada Rahizan.

"Tak kenang budi punya budak. Budak-budak zaman sekarang memang ramai dah tak ada adab!"

--

Sebaik sahaja Rahizan tiba di rumahnya, ada beberapa orang memakai balaclava, sedang menunggunya.

Tanpa berlengah, dia terus ke Konsulat Turki di Wijayapura, untuk meminta perlindungan kerana dia dikatakan bakal ditahan secara tidak sah oleh pihak polis.

Drama yang dilakukan oleh Rahizan ni sudah dirancang olehnya, sebab dia dapat rasakan yang Pengetua bakal mengkhianatinya.

Pegawai konsulat Turki menelefon Pengetua selaku Ketua Pengarah Majlis Organisasi Republik, yang mengatakan Rahizan mendakwa bahawa pihak polis mahu menahannya.

Pengetua tahu Rahizan mahu menarik pengaruh luar, terutamanya Turki, menerusi Presidennya, Recip Tayyip Erdogan yang popular di Gelanggayu.

Respon Pengetua cuma "Ne yapmaya çalıştığını bilmiyorum," yang bermaksud "saya tak tahu apa yang dia maksudkan".

Lama kelamaan, pihak Turki akan bekerjasama dengan Pengetua selaku Ketua Majlis Republik dan tidak mahu campur tangan dalam politik di Gelanggayu.

--

Ali sedang menonton Angkasa Awana, siaran Angkasa TV yang menyiarkan berita 24 jam tentang Rahizan yang berlindung di konsulat Turki kerana dakwaan bahawa dia diugut untuk ditangkap tanpa sah.

Dalam sidang media di perkarangan konsulat Turki, Rahizan mendakwa bahawa ada agen deep state yang cuba menangkapnya kerana dia memegang satu rahsia besar seorang jeneral dalam Majlis Republik.

"Dalam masa 48 jam saya akan dedahkan rahsia ini sekiranya jeneral ini tidak berganjak keputusannya. Sementara waktu ini, saya akan berlindung di Konsulat Turki. Saya juga telah menghubungi pegawai Erdogan tentang perkara ini."

Azlan dan Jugra sedang lawan catur, sambil diperhatikan oleh Merlina dan Jessica.

"Apa benda yang kau gelak tu, Ali?"
"Si tua Rahizan ni, dia buat drama kat konsulat Turki. Aku syak Pengetua tak bagi dia jawatan Presiden."

Azlan terfikir sejenak yang Rahizan ini walaupun tak masuk dalam politik, tapi mempunyai grassroot yang agak ramai juga.

"Ali, kau nak game si tua bapok ni tak?" aku tanya Ali. Muka Ali tersengih, macam seronok pulak dia dengar bila Azlan nak game Rahizan.

"Kau nak buat apa? Aku kena buat apa?" tanya Ali.

"Mer, tolong aku kejap."
"Apa dia?"
"Cari nombor konsulat Turki jap. Aku nak call Rahizan."

Ali terus menoleh ke arah Azlan.

"Woi, kau nak buat apa?"

Azlan diam untuk menyusun kata-kata.

"Okay, aku nak tanya kau satu soalan. Antara Rahizan dengan Jeneral Yahya, yang mana kau paling nak tengok dia terseksa?"
"Jeneral Yahya."
"Okay, this is my plan. Mer, sini."

Merlina duduk sebelah aku.

"Tadi kau dengar kan, dia ugut Jeneral Yahya, dalam masa 48 jam, dia ugut nak dedahkan rahsia Yahya."
"Kau tau apa rahsia tu?"
"War crime. Kau tau kan, Jeneral Yahya ni penjenayah perang."

"Setuju wei, aku setuju. Tapi kau ada ke bukti-buktinya?" tanya Merlina. Ali pandang Merlina, lepas tu pandang aku.

"Rahizan ada. Sebab tu masa aku Timbalan Perdana Menteri dulu, aku lepaskan dia dan bagi dia duduk kat Jerman tu. Dekat Jerman, ibu ada bagi aku contact, yang dia ni French spy. Aku kenal dia pun sebab saudara arwah Mina dulu, nama dia Francois, ada hubungan rapat dengan Presiden Perancis sekarang," kata Azlan.

"Ooo, patutlah dulu Aunty Idah kasi aku job untuk kempen Presiden Perancis. Sampai tergeliat lidah aku kena belajar bahasa Perancis," kata Merlina.

"Sarkozy tu kabel kau untuk projek Qatar kau, Mer," kata Azlan.
"Projek Qatar?" tanya Ali.
"World Cup."
"World Cup bola? Kat Qatar?"
"Haah."
"Hilang akal ke? Macam mana nak buat padang bola kat padang pasir?"

"Ali, fokus!" kata Azlan.
"Okay, sorry."

Merlina pandang pelik.

"Eh, jap. Ada French spies kat dalam Germany ke? Bukan ke dorang dalam NATO dengan EU?"
"Every countries has their own interest. Sekarang ni, fokus cerita aku ni," kata Azlan.
"Okay, sorry. Just curious," kata Merlina.
"French spy ni masa aku ikut Abang Izham dulu, dia perkenalkan aku kat sorang nuclear scientist yang bocorkan fail macam mana nak buat nuclear reactor, lepas tu boleh convert jadi nuclear missile. Tapi deal aku, ialah korek info pasal Yahya."
"Kenapa?" tanya Ali.
"Freemason dia buat hal kat Paris la. So, Rahizan memang dari dulu collect cerita pasal peristiwa 1969 masa dia lancarkan kudeta dulu. Zaman Majlis Reorganisasi Nasional."
"MARENA?" tanya Ali.
"Yes, yes. Lepas tu, kau pulak memang ada banyak gambar, video dan bukti yang orang tua tu buat war crime masa perang saudara hari tu. Jadi, aku nak masukkan dia dalam Parti Nasionalis, dan berkempen atas mengkritik war crime Yahya. Dengan tu, barulah kau boleh main retorik Parti Pertiwi kau!" kata Azlan.

"Dan kau, Mer. Masa ni kau acquire semua saham-saham dalam Angkasa TV, sebelum Adilah gunakan Hafiz untuk beli balik syarikat tu. Lepas ni, all broad information kita control, all information from internet kita control. Baru kita boleh lancar Information War lawan kerajaan republik ni," kata Azlan lagi.

"Baik, Lan. Terbaik idea kau ni," kata Merlina.
"Cantik ni. Aku tak pernah terfikir satu hari nanti berguna juga Rahizan ni untuk aku."
"Politik ni, Li, takde musuh kekal. Tapi matlamat kena kekal. Korang on tak on plan ni?" tanya Azlan.
"Onnnnn!" kata Merlina dengan Ali, serentak.
"Okay, Mer. Sekarang kau contact Konsulat Turki dulu. Ali, beritahu budak kau, suruh kawtim dengan bebudak Diamond Hijau."
"Baik, Lan," Ali beri fistbump pada Azlan.

--

Azlan perlukan orang-orang Rahizan, macam Datuk Bakri, setiausaha politik dia yang ada banyak kabel dan skillful dalam kancah sepak terajang politik ni.

Azlan perlu menguasai parti, jadi dia perlu masukkan orang-orang Rahizan untuk pemilihan parti ini untuk singkirkan sisa-sisa Izham macam Sulizan Tahir. Sebab nature kepada politik Gelanggayu ialah politik kabilah.

Azlan sedar kabilahnya hanya kuat di bahagian Ali, tapi kalau dapat pegang di bahagian pegawai-pegawai macam Datuk Bakri, barulah dia dapat mencengkam kukunya dalam politik.

Benda macam ni dia kena libatkan Fazrul, sebab bab-bab deal benda macam ni dia memang pakar.

--

Azlan

Fazrul tiba di depan rumah aku, 2 Jalan Cendana. Punyalah lincah, baru sampai dari Washington DC, terus mari sini.

"Selamat pengantin baru adik ipar," kata Fazrul, selamba.
"Adik ipar?"
"Saya kahwin dengan Marina, bini kedua la, senyap-senyap."

Aku hanya menggelengkan kepala.

"Lantak kau la, janji tak kacau kerja."
"Kita nak jumpa Datuk Rahizan ke? Kalau nak jumpa Datuk Rahizan, kena jumpa Datuk Bakri dulu."

Jalan masih berlubang akibat serangan mortar dan tembakan helikopter, bangunan masih lagi berlubang-lubang akibat perang saudara.

"Bang, saya ingat kena repair jugak ni alignment kereta ni. Barai kalau macam ni."
"Dapat setting ni, kau tak payah repair alignment kereta kau. Kau beli je kereta baru."

Fazrul ketawa.

"Betul la, dah ada bini baru, kena la ada kereta baru," kata aku, sambil light rokok. Tangan aku bergegar-gegar sambil pegang rokok.

"Hish, teruknya lubang jalan ni."
"Bang Azlan, saya nak tanya, boleh?"
"Ha, tanyalah."
"Betul ke abang nak bertanding Gabenor Wijayapura?"
"Ya, kenapa?"
"Bukan apa, sekarang ni Wan Radzi yang pegang Suruhanjaya Pilihan Raya ni. Macam abang akan dijamin kalah."
"Aku tau aku akan kalah, tapi biar aku kalah bermaruah. Aku fight, bukan aku mengelak."
"Bukan bang. Saya ajar abang, macam mana nak kalah tapi menang."
"Eh, lain macam kau punya art politik kau ni."
"Ni dark art punya. Sun Tzu pun tak ajar ni. Ni ibu abang sendiri yang ajar kat saya," kata Fazrul.

Lain macam betul ibu ni.

"Dari maklumat yang saya dapat, yang akan lawan dengan abang nanti ialah Izzuddin Yusof."
"Menteri Infrastruktur masa aku TPM dulu. Baik orangnya."
"Betul. Dan dia takde kroni."
"Masih hijau."
"Dia nak bertanding tu mesti takde duit. Lagipun Natasha ni kedekut sikit bab duit ni."

Aku gelak bila Fazrul cakap bab Natasha kedekut. Dia bukanlah kedekut, tapi jenis 'by the book', maknanya takde rasuah-rasuah ni.

"Jadi apa kata saya arrangekan orang saya untuk fund duit kempen dia, tapi pakai duit dari abang Azlan sendiri."
"Berapa?"
"50 juta USD."
"Mak ai."
"Ni bertanding gabenor bang, bukannya kawasan parlimen."
"Bila?"
"Dalam masa terdekat?"
"Macam ni, Fazrul. Aku cadangkan kita bagi dulu dia pegang $20 juta dulu. Lepas tu sudah tentu dia akan mendahagakan wang lagi $30 juta. Masa tu la kita...."
"Cekup!" serentak aku dan Fazrul cakap perkataan yang sama.

Dua-dua ketawa.

"Lepas tu, kita akan suruh dia letak semua ketua-ketua jabatan, ketua-ketua pengarah, pegawai-pegawai eksekutif, jabatan pelesenan, jabatan kewangan, jabatan penilaian harta, jabatan penyelenggaraan infrastruktur, jabatan keselamatan, eh banyak lagi lah, letak semua orang saya."
"Habis tu, yang dari Parti Republikan siapa pulak?"
"Dorang takde orang bang. Apa yang saya dah bina sejak abang jadi Menteri Belia dan Sukan dulu, semua sekarang orang kita. Tambah pulak, orang Ali pun ada. Walaupun nanti abang akan kalah sebab Wan Radzi menipu, tapi abang tetap menang, sebab abang yang control kakitangan awam, bukan Gabenor Izzuddin. Dan Izzuddin tu akan ikut je cakap abang."

Berdekah aku gelak dalam kereta. Kalau macam ni baik tak payah bertanding pilihan raya. Tak ada jawatan pun masih berkuasa.

"Lain macam taktik kau ni."
"Taktik ni dinamakan sebagai deep state. Muka je dorang, tapi yang kerja kat dalam tu orang kita. Dan kalau Izzuddin tak nak ikut cakap kita, saya mintak tolong Marina je, suruh kawan dia kat SPRG tu siasat. Dia mesti kecut telur punya la."

Tanpa Fazrul ni, aku tak tau macam mana nak navigate kakitangan awam ni.

"Yang Datuk Bakri, macam mana?"
"Okay, sesetia mana pun orang tu, kalau dah lama tak ada nasik kat rumah, dia akan khianat juga. Betul tak?"
"Betul."
"Dah berapa tahun Datuk Rahizan kena pecat dari kerajaan dan masuk penjara?"
"10? 11?"
"11 tahun. Abang ingat dengan bini dua, anak lima, rumah dua, kereta empat tu, Datuk Bakri nak bayar pakai apa? Kertas jamban?"
"Habis tu siapa fund dia selama Rahizan kat dalam?"
"Aunty Idah la, bang. Ibu abang sendiri. Tiap-tiap bulan bagi duit. Habis duit berpuluh juta juga tu."
"Fuh, untuk apa ibu tanggung si Datuk Bakri tu?"

Fazrul senyum lagi.

"Rahizan ni dah jadi kain buruk. Dah jadi tinggalan sejarah. Sekarang ni, dalam negara ni, ada tiga orang je yang berkuasa dalam tentera. Jeneral Yahya, Wan Radzi, dan..."
"Natasha?"
"Natasha, dia buat apa."
"Siapa?"
"Bro Ali la bang. Apa la abang ni."
"Ooohhh..."

Otak aku ni dah tak centre ke akibat gegaran lubang jalan ni?

"Sekarang, Jeneral Yahya ada pengaruh dalam tentera, Wan Radzi pun ada dalam tentera, Bro Ali pun ada pengaruh dalam tentera melalui Mejar Jeneral Firdaus. Jeneral Yahya terlalu tua, dan orang-orang Wan Radzi semua harapkan duit Hafiz. Masalahnya, Hafiz sekarang ni dipegang oleh isteri dia. Jadi keputusan yang dia buat pun bukan-bukan. Jadi bukan semua orang tentera sukakan dia."
"Jadi dalam tentera, Ali yang paling berkuasa?"
"Atas kertas Mejar Jeneral Firdaus la. Tu kan orang Bro Ali. Jeneral Abu Bakar sekarang tu orang Jeneral Yahya. Dah nak bersara jugak tu."
"Betul lah tu."
"So, Bro Ali pegang tentera, Marina pegang perundangan, hakim pun abang dah tukar semua, saya pun dah susun semua pegawai atasan, Merlina dah pegang data, dan ibu abang tengah susun dasar fiskal Bank Negara yang baru. Cuma satu je piece of puzzle untuk lengkapkan The Grand Masterplan yang ibu abang buat selama ni."
"Aku?"
"Ya, bang Azlan. Tugas kami semua dah susun dah. Tinggal abang Azlan dan political move abang Azlan je."
"Berat tanggungjawab aku ni."
"Ia akan jadi tak berat, sebab ibu abang dah susun team yang paling hebat. Yang ni Jeneral Yahya pun tak nampak benda ni. Tapi kalau dia tahu ni pun, mahu heart attack dia ni. Sebab dia dah tak boleh control abang lagi."

--

Di pejabat Parti Republikan, Natasha bertemu dengan Izzuddin Yusof untuk membincangkan tentang kempen Gabenor Wijayapura.

"Izzu, Wijayapura ni important tau. If we tak menang kawasan ni, kawasan lain pun kita susah nak menang, sebab our core support ramai yang urban," kata Natasha.
"I know Nat, tapi I need more budget for campaign."
"Did you realized yang kita ni parti baru? Kita mana ada duit. Izzu, can we just campaign to win heart and soul je? Hari tu I dah bagi you 100k USD, cukup la tu."
"Nat, 100k USD tu kalau zaman 90an boleh la, tu pun kerusi parlimen. Kita cerita Gabenor ni. And I heard dorang nak letak Azlan."
"What? Are you kidding me?"
"I dengar je. So, mintak la kat Adilah duit sikit. Otherwise, I rasa kita akan kalah."
"Teruk la you ni, Izzu. Bajet kita dah la tight. Kalau you buat macam ni, gabenor yang lain macam mana?"

Telefon Izzuddin berbunyi.

"Okay, baik, jumpa kat sana."

Natasha mencebik. Dia rasa marah kerana Izzuddin masih nak duit yang banyak untuk berkempen walaupun keadaan kewangan parti yang sedang meruncing.

Semua kerana bila Jeneral Yahya dah habiskan banyak wang dan berhutang dengan ramai ah long antarabangsa untuk menang perang saudara, dan hanya kecewa bila dapat tahu yang wang dan harta keluarga al-Daulah yang berjumlah $250 billion semuanya telah lesap.

Kerajaan hari ini ada duit pun sebab duit dari kerajaan Arab Saudi melalui pinjaman sukuk yang diuruskan Faridah, yang mereka pun tak tahu sebenarnya datang dari hubungan Azlan yang rapat dengan keluarga al-Saud di Arab Saudi.

--

Azlan

Aku tiba di Konsulat Turki untuk bertemu dengan Rahizan, sementara Fazrul pula pergi bertemu dengan Datuk Bakri untuk kawtim. Antara tujuan aku berjumpa dengan dia bukanlah aku nak tolong dia sangat.

Tapi aku nak hijack orang dia, sebab aku perhatikan, antara punca kegagalan aku dari jadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Keadilan dan Reformasi Mahkamah, Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri, ialah aku tak ada kekuatan politik kecuali harapkan Bang Iz dengan Pengetua.

Tapi tak apalah, masa tu aku muda dan mentah lagi. Tapi sekarang aku dah 40 tahun.

Aku bercadang nak berbincang dengan dia, untuk biarkan sahaja Sahari bertanding jadi Presiden di Parti Republikan, dan dia masuk ke parti aku, tapi dia kena beri laluan kepada calon Parti Demokrat.

Rahizan calon PM, Presiden bagi calon Demokrat.

Aku nak buat united front dengan dorang untuk lawan Republikan.

Tapi, in exchange, aku nak beberapa orang-orang dia untuk bekerja dengan aku menguruskan Wijayapura.

Aku tahu, Parti Republikan pimpinan Sahari dan Natasha akan menang dalam pilihanraya kali ni, sebab memang kuasa dalam tangan mereka pun secara defacto. Parti Republikan ni parti pro-Jeneral Yahya, dengan ditaja oleh Adilah.

Tapi macam mana pun aku kena yakinkan dia yang ok je jadi calon Perdana Menteri. Sebab apa yang aku faham dalam sistem republik yang baru diperkenalkan kat Gelanggayu ni, Presiden menguasai dasar luar, ketenteraan dan keselamatan negara, sementara Perdana Menteri menguasai hal ehwal kewangan, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya.

Cuma Presiden ada final say untuk luluskan rang undang-undang, itu je. Aku hairan kenapa semua orang nak sangat jawatan Presiden ni, padahal jawatan Perdana Menteri pun berkuasa dalam banyak hal jugak.

Sibuk semua nak jadi Presiden pertama. Nak cetak muka sendiri kat duit baru nanti. Barulah pemimpin unggul kononnya. Nak muntah aku.

"Mer, kau dah dapat nombor telefon konsulat? Aku dah on the way ni. Haa, forward number dia kat aku. Biar aku cakap dengan dia," aku call Merlina.

Merlina forward nombor telefon konsulat, dan dalam aku memandu, aku memerhatikan ada ramai pihak media yang mengerumuni pagar Konsulat Turki.

Aku belok kiri, kemudian aku ikut jalan belakang.

"Hello, Turkish consulate? Hi, is Mr Rahizan inside? May I speak to him? I'm Azlan, member of parliament and ex Deputy Prime Minister. I'm at the back at your office. Thanks."

--

Rahizan berjalan ke arah bilik tetamu, dan aku di dalam bilik tetamu sedang melayan drama Turki. Cerita apa entah ni, tapi pasal zaman Uthmaniyyah lah. Aku tak fasih bahasa Turki.

Di atas meja ada manisan yang dipanggil lokum, atau Turkish delights, dan secawan teh Turki.

Rahizan masuk, dan bersalaman dengan aku.

"Apasal kau ke mari? Pengetua kau suruh aku datang ke?" kata Rahizan.
"Maafkan saya, encik Rahizan. Saya datang seorang diri, dan bertindak atas kapasiti sendiri. Saya nak beri jaminan yang keselamatan encik Rahizan dijamin oleh saya."

Rahizan gelak.

"Kau sendiri pun kena tembak dulu, macam mana kau nak jamin keselamatan aku?"
"Macam ni lah, encik Rahizan. Saya percaya pihak konsulat Turki pun tak nak tersepit dalam isu ni. Jadi, saya mewakili Parti Nasionalis nak menjemput encik Rahizan untuk jadi calon Perdana Menteri kami, memandangkan saya bercadang akan menyokong calon Presiden dari Demokrat sebagai Presiden Republik."
"Aku nak jadi Presiden! Dan Pengetua kau dah janjikan pada aku! Kalau tak, aku dedah rahsia dia ni. Memang mampos dia nanti."
"Macam ni, encik Rahizan. Dengar dulu. Encik Rahizan jadi calon Perdana Menteri dulu, dan kalau menang, jadi PM dalam masa satu penggal. Lepas tu dalam pemilihan parti, saya akan sokong encik Rahizan sebagai calon Presiden."
"Kenapa tiba-tiba kau nak sokong aku ni, Lan?"
"Tiba-tiba? Saya yang berusaha nak lepaskan encik Rahizan dalam penjara masa saya jadi Menteri Dalam Negeri dulu. Sebab saya akui, dalam Parti Nasionalis tak ada yang berkaliber macam encik Rahizan. Encik Rahizan dah jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan selama lapan tahun...."
"Sembilan..."
"Ya, sembilan tahun. Dalam parti kami, takde kepimpinan yang berkaliber macam Encik Rahizan. Sejak Izham jadi Presiden parti kami, reputasi parti kami musnah."

Baik aku punya gosok. Gosok, jangan tak gosok.

"Kalau aku jadi Perdana Menteri, aku jadi Menteri Kewangan sekali?"
"Ya, encik Rahizan."
"Kau nak jadi menteri apa pulak?"
"Saya nak bertanding jadi Gabenor. Nak uruskan Wijayapura."

Rahizan menghirup teh pudina Turki sambil memandang muka aku yang buat muka paling innocent yang paling aku boleh buat.

"Kau nak tolong aku ni, takkan free je?" kata Rahizan pada aku.
"Buat masa ni, belum lagi. Nanti saya akan minta favor kalau encik Rahizan jadi Perdana Menteri."
"Deal," kata encik Rahizan bersalaman dengan aku.

Perasaan aku ni sama macam bila Florentino Perez berjaya mendapatkan Cristiano Ronaldo dari Manchester United untuk bermain di Real Madrid.

Aku sekarang sedang cuba berusaha nak dapatkan kerjasama dengan Hafiz. Aku tau, mamat tu takut bini, dan bini dia memang nak serang aku je kerjanya.

Tapi macam mana aku nak kerjasama dengan dia? Mungkin benda ni, Ali boleh buat. Cuma nampaknya pengaruh Adilah dan konco-konco Pak Wan Radzi semakin kuat dalam deep state.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro