Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2009 part 1

Lebih satu juta rakyat menunggu kapal terbang Azlan dari Perth ke Wijayapura.

Melalui Facebook, Azlan memberitahu followers, "Saya akan pulang ke Wijayapura, dan kembali berkhidmat untuk rakyat Gelanggayu", yang dishare lebih 1 juta share di Facebook.

Sejak peristiwa Azlan ditembak pada demonstrasi tahun 2007, Azlan dilihat sebagai hero rakyat yang menentang kezaliman.

"Selamat pulang ke tanah air," kata Ali sambil menepuk bahu Azlan. Beberapa ahli Ayam Hitam juga bersama Azlan dan menjaga keselamatan Azlan dengan memegang rifle.

"Mer, Jess, Jugra, duduk belakang," kata Ali, yang kemudiannya memandu keretanya. Azlan melambai-lambai ke arah rakyat yang dah menunggunya sejak awal pagi ini.

Di flyover highway dari lapangan terbang ke pusat bandaraya, ada sepanduk berwarna hitam tulisan putih yang tertulis, "Kami Rakyat Gelanggayu Kenang Jasa Baik Azlan Muhammad Niat!" dan di satu lagi flyover tergantung sepanduk, juga berwarna hitam tulisan putih, "Allah Lanjutkan Usia Azlan Muhammad Niat!"

Di tepi sepanjang jalan, kiri-kanan semua dipenuhi oleh rakyat yang mahu melihat Azlan dengan lebih dekat.

Disebabkan faktor keselamatan, Azlan tidak dibenarkan buka tingkap, dan cermin tingkapnya kalis peluru.

"Ramainya peminat daddy!" kata Jugra yang terkejut melihat ayahnya yang tak ubah seperti seorang rock star.

"Daddy kau ni, People's Champion, Jugra," kata Merlina.

--

Azlan

Di sepanjang perjalanan, aku nampak ada banyak bangunan berlubang, bangunan runtuh dan kehancuran di sana sini.

Perang dah berakhir, tapi kesan kehancurannya mula kelihatan.

Hati aku rasa hiba, tapi pembinaan semula harus dilakukan.

"Kau rasa Gelanggayu boleh ke bangun balik dari kehancuran ni?" tanya Merlina.
"Jerman dengan Ryukyu lepas 1945 boleh je."
"Tu dorang. Kita orang Melayu ni asyik berebut kuasa je."
"Aku akan pastikan orang Melayu kita tidak akan bergaduh sesama sendiri berebut kuasa sahaja. Ini janji aku."

"Daddy, kita nak pergi mana ni?" tanya Jugra.
"Nak jumpa mommy. Jugra rindu kat mommy kan?" kata aku.
"Mommy kan dah mati? Macam mana nak jumpa dia?"

Merlina pandang Jugra, kemudian dia pandang aku.

"Kita pergi kubur dia, sayang."
"Ye lah tapi mommy dalam kubur, mana boleh bercakap."

Merlina terus senyap, dah tak nak cakap apa.

"Jugra tak rindu mommy ke?" tanya aku.
"Rindu, tapi kita semua kan akan mati. Daddy pun akan mati, aunty Mer pun akan mati, Uncle Ali pun akan mati, aunty Jessie pun akan mati, Jugra pun akan mati. Mati itu pasti, jadi buat apa kita nak sedih?"

"Tapi tanggungjawab Jugra sebagai seorang anak untuk doakan mommy," kata Merlina.
"Oohh, macam ustaz Bakar cakap alam kubur ya? Faham, faham."

--

Kami berempat tiba di tanah perkuburan keluarga al-Daulah. Kubur Tengku Ariffin dan Mina berada di sebelah menyebelah, jadi aku bentang tikar sambil kami bertiga membaca Yasin kepada kedua-duanya.

Alhamdulillah, berkat Jugra belajar mengaji dengan Pak Jamil, dia dah boleh baca Yasin dengan lancar.

"Darjah berapa si Jugra ni?" Ali berbisik kepada aku.
"Darjah tiga."
"Pandai dia baca Yasin."
"Tiap-tiap malam Jumaat dia bacakan Yasin untuk mommy dia. Pak Jamil ajar dia mengaji sampai khatam kat sana."
"Anak kau ni terang hati, Lan."

--

"Ya Allah, air takde ni. Macam mana aku nak melepas ni?" Merlina garu-garu kepala.

Merlina jadi kebingungan. Perang mengakibatkan bekalan air, elektrik, dan bekalan asas yang lain menjadi rosak.

"Laaaaaaaannnnn!"
"Amende?"
"Aku nak ter*beron ni! Air takde!"
"Dah tu aku nak buat apa?"
"Carik la air! Eiiii kau ni! Nak jadi pakwe aku, jangan jadi pemalas!"

*berak, tapi cover

Aku pandang Ali, dan Ali ketawa.

"Kejap! Aku ada air mineral!"
"Takkan kau nak aku cebok dengan air minum! Eiiii!"

Ali menjerit dari tepi.

"Beristinjak pakai batu la!"
"Geli laaaaaa, setan gondol!"

Azlan berdiri, kemudian cekak pinggang.

"Jom kita tengok apa yang kita boleh baiki kat bandaraya ni. Teruk sangat ni, sampai Jalan Cendana pun takde air," kata aku.

Ali kemudiannya berikan air mineral satu botol, sebelum Azlan letakkan depan pintu tandas.

"Air dalam botol depan pintu! Pandai-pandai la kau bajet!"
"Dah tu macam mana aku nak flush?"
"Tunggu kitorang repair paip air kejap!"
"Woi, woi! Kejap!"
"Apa dia?"
"Jangan lupa suruh sesiapa rekod video."
"Laaaa, dah kenapa nak suruh aku rekod video?"
"Sebab nak tunjuk la kau buat kerja! Kalau tak, rakyat tak tau!"

Pening betul la aku zaman sekarang ni. Semua benda nak kena menunjuk. Nak buat macam mana, dah aku pilih karier jadi ahli politik. Aku ikutkan hati tak suka men*capub ni.

*cari publisiti

"Ali, kau tolong rekod video, boleh tak?"

Ali ketawa. Tapi apa boleh buat, dah memang kerja aku sebagai ahli politik.

--

"Injap air rosak bro Alan. Kalau nak baiki ni, makan sehari jugak ni," kata pekerja Ali yang bernama Razali kepada aku.
"Kalau kita nak hidupkan balik tempat penapisan air tu, berapa kosnya?" aku tanya pekerja jabatan air tu.
"Dua juta dolar."

Aku pandang Ali. Ali mengangguk. Aku tau, dia dapat tender untuk pembangunan semula Wijayapura dari Pengetua, tapi memandangkan kerajaan republik takde duit, Ali pakai duit dia sendiri dulu.

Sejak terima kontrak, Ali telah banyak membaiki infrastruktur awam di sekitar Wijayapura. Jadi, keberadaan aku bersama Ali di pusat penapisan air ini dilihat sebagai usaha untuk membaiki semula apa yang rosak selepas perang saudara.

Aku dengar penerangan pekerja-pekerja Ali, kemudian aku berikan ucapan.

"Tuan-tuan dan puan-puan, rakyat Gelanggayu yang saya hormati. Hari ini kita sedang membaiki salah satu injap air yang telah rosak teruk akibat perang saudara. Menurut saudara Razali yang ada sebelah saya ni, untuk membaiki injap ini, kita memerlukan masa selama satu hari, ya?"
"Ya, satu hari bro Azlan..."
"Insya-Allah dalam masa satu hari, masalah air akan selesai di beberapa kawasan di Wijayapura. Kita juga akan mula membaiki bekalan elektrik, jalan raya yang telah rosak serta beberapa lagi infrastruktur asas untuk memastikan kesejahteraan rakyat Wijayapura dapat kita kembalikan, Insya-Allah."

Kata-kata aku telah mendapat tepukan dari para pekerja bekalan air.

"Tak, sekarang ni, kau dah rekod ni, internet pun takde kat banyak tempat ni. Macam mana?" tanya Ali.
"Kalau phone ye lah. Tapi cable?"
"Ada tempat yang okay. Macam SegarXFM," kata Ali.
"Situ line okay ek? Apasal?"
"Takde siapa masuk kawasan tu."
"Sana air ada tak?" aku tanya Ali.
"Air ada. Sebenarnya banyak kawasan yang semuanya okay lagi. Cuma kawasan yang ada pertempuran je rosak. Alah, perang Iraq yang lebih teruk daripada ni pun ada sesetengah tempat okay lagi."
"Kau pernah pergi Iraq ke?" aku tanya Ali.
"Ada job supplier kat situ dengan kabel-kabel Tok Aki dulu-dulu," kata Ali.

Aku pandang pelik. Dia tolong Abu Musab al-Zarqawi ke kat sana? Sebab tak mungkin Amerika. Kalau Amerika, dia cakap nama Pengetua.

Dahsyat networking dia ni. Agaknya dia pakai networking yang aku kenal masa Pengetua bagi aku assignment untuk bina networking dengan terrorist ni.

Look, Sultan Norman taja IRA, sebab dia pro-Rusia, pro-Kwantong. Rusia zaman Perang Dingin dari dulu nak destabilize Britain.

Macam aku, aku bina kabel dengan PLO, lepas tu pemberontak Sahara Barat.

Aku tak terkejut kalau Ali ada kabel dengan terrorist. Dia kepala terrorist pun aku tak terkejut.

--

"Kalau aku tau SegarXFM punya office ada air, aku beron kat situ je. Kau pun satu, balik rumah bini kau dulu, dah kenapa?" Merlina membebel dengan aku.
"Mana la aku tau kawasan mana ada air, kawasan mana takde air? Kita kan baru sampai sini."
"Kita kena balik sini jugak besok, bila air dah ada. Tak pernah seumur hidup aku lepas beron, tak flush!" kata Merlina cekak pinggang.

Jugra dan Jessica stress sebab tak ada air dan elektrik.

"Boring laaa takde air ni! Nak shi-shi* pun, nampak ada benda coklat smelly terapung dalam toilet! Eiiii!" Jessica hentak-hentak kaki. OCD dia mula menyerang.

*shi-shi - kencing, bahasa cover.

Muka Merlina dah merah padam. Akibat tak tahan nak terberon tadi.

"Daddy, bateri phone Jugra ni dah tinggal 10% ni, takde letrik ni sampai bila?" Jugra dah keresahan.

Aku pandang Ali, sebab aku tak boleh nak buat apa lagi dengan rungutan mereka bertiga.

"Hari ni korang tidur kat masjid Puncak Tropika la. Masjid tempat aku ada air, ada letrik, ada internet. Semua lengkap. Internet laju, air berlambak, letrik pun ada generator sendiri. Pakai diesel. Atau lepak kat office SegarXFM di Bukit Besar. Situ markas komunikasi dan sekuriti Ayam Hitam," Ali bagi cadangan penginapan sementara kami.

"Uncle Ali, sana line GPRS ke GSM?" tanya Jugra.
"Tolong sikit. Gua dah pakai 4G terlatest, teknologi Sweden LTE, okay?" kata Ali.

"Steady la, bro Ali! Kau pakai company Sweden yang aku ada saham tu, kan?" kata Merlina.
"Haah, yang kau rekemen tu."

"Abang Ali, Abang Ali!" Jessica panggil Ali.
"Ha, ada apa?"
"Jessie nak basuh baju."

Azlan pandang Jessica. Jessica ni dia tak boleh rasa berpeluh sikit. Dia akan cepat tukar baju.

"Jessie, baju tu baru tadi pakai kan?"
"Peluh la tadi. Jessie rasa smelly. Lepas tu ada pulak sawang spider. Eiii!"

Merlina bisik pada aku.

"Dia ni germphobic," kata Merlina.

Baru handle 3 orang ni pun aku dah pening, macam-macam karenah, ini korang nak aku handle 75 juta rakyat Gelanggayu?

Boleh gila aku. Memang dalam hati aku, beristighfar je lah. Semoga Allah berikan aku kekuatan.

"Ada dobi 24 jam. Semua dobi 24 jam kat Wijayapura ni, Joni yang pegang. Apa-apa problem, kau cakap dengan dia," kata Ali kepada aku.

Ali kemudian tepuk bahu kat aku,

"Kat Bukit Besar, aku nak tunjukkan kau sesuatu."
"Okay."

--

"Abang Aaaaaaartttt!"
"Jessieeeeeee!"

Berlarilah mereka berdua berpelukan, keseronokan pada akhirnya bertemu kembali cinta hati masing-masing.

Merlina pandang Jugra, tunjuk tekak.

"Habis tu, masa Aunty Mer nak tackle daddy, tak fikir pulak perasaan Jugra?"
"Diamlah kau. Nanti aku jadi macam Buk Rika cerita Bawang Putih Bawang Merah karang, baru kau tau!"

Tengah Jessica dengan Art Ardan pegang tangan, tiba-tiba Ali lalu tepi.

"Lebih baik kau kerja keras untuk halalkan dia, Art. Dia ni baju peluh sikit, dah nak hantar baju pergi dobi," Ali berbisik pada Art. Art jadi segan, kemudian mengangguk.

--

Rupanya Ali dah tukarkan pejabat SegarXFM ni jadi dia punya pusat markas komunikasi dia. Depan tu ada satu bukit, siap ada kawad letrik, mengelilingi sebuah bukit. Dah macam markas tentera dah.

Sejak Fidot naik pangkat jadi Mejar Jeneral, senjata Ayam Hitam pun dah sedap dah. Takde nak pakai takat pistol Glock lagi dah. Pakai rifle semi auto terus.

"Kau nampak bukit tu?" Ali peluk bahu aku, kemudian tunjuk ke arah bukit yang dipagarkan dengan kawad elektrik siap menara penembak sniper di kelilingnya.

"Kenapa?"
"Haaa, inilah rahsia kita keturunan Raja Gautama," kata Ali.

Aku jeling ke arah Ali.

"Jom, naik Pajero," Ali capai kunci kereta.

--

Ali memandu ke arah bukit itu, kemudian ada beberapa orang pegawai tentera yang tabik ke arah aku dan Ali.

"Bro Ali! Bro Azlan!"

Aku angguk, dan membalas tabik.

Kemudian aku masuk ke dalam sebuah gua bawah tanah yang sudah diperluaskan dan mempunyai trek untuk masuk ke dalam.

"Dulu, masa aku mula-mula masuk gua ni, dalam ni air penuh dalam pinggang kadang-kadang," kata Ali.
"Gua apa ni?" aku terpinga-pinga.

"Inilah Fort Knox untuk keturunan Raja Gautama yang keturunan Tengku Ismail tak tahu. Dibuat cerita kononnya siapa orang Sayap Kuning masuk di kawasan Bukit Besar, dia muntah darah."
"Cerita tu dongeng je ke?"
"Sebab tak nak keluarga al-Daulah jarah harta ni. Ni harta yang terkumpul dari zaman Raja Gautama bukak Wijayapura tahun 1000, sampai Perang Saudara Pertama, zaman Tengku Ismail perang dengan Tengku Ishak."
"Yang tahu ni, keluarga Ishak je?" tanya aku.
"Ya."

Ali kemudian tunjuk tempat simpanan emas yang besar dan penuh dengan warna kilauan emas.

"Berapa semua nilai ni?"
"Aunty Idah cakap, cukup la kau nak beli Itali," kata Ali.

GDP Itali $2.2 trillion. Biar betul?

"Dia sampai ke satu dinding, kemudian dia menyebut perkataan 'Ahmad Albab yang punyaaaa!'. Gua tu terbuka dan aku ternampak emas yang lagi banyak. Aku belum pernah tengok emas sebanyak ini dalam hidup aku.

Pintu gua ni pakai voice recognition rupanya.

"Aku bayar budak-budak ni, gaji bayar pakai dinar emas. Cuma, aku nasihatkan dorang tukar ke dolar kalau nak beli barang-barang. Aku tak nak Amerika ke sesiapa kesan harta ni. Kalau Yahya tau, habis disakaunya semua ni," kata Ali.

"Maknanya betul la Pentas Sunda ni bumi emas bak kata Ptolemy ahli sejarahwan Greek dulu."

"Yang tu pusat peleburan. Yang tu, tempat kami bentukkan logam."

Ali kemudian bagi aku satu dinar emas yang ada chop tulisan 'Allah' di depan, dan 'Muhammad' di belakang syiling ni, besar syiling 50 sen.

"Satu keping ni berharga $20. Jadi senang kira, lima keping, $100," kata Ali.

"Lepas tu, kau mengepau orang tua tu kontrak $50 billion?" aku tanya Ali, tentang kontrak pembangunan semula Wijayapura.
"Eh, masa ni la kita nak pau dia. Karang dia dah mati, tak sempat nak sakau kabel-kabel dia," kata Ali, ketawa.

--

"Kau nak tau, video yang kau kat pusat penapisan air tu, viral teruk wei!" kata Merlina, sambil menunjukkan video aku dikongsi oleh ramai pengguna Facebook.

"Viral?"

"Ni, kau baca ni. Ramai yang puji kau. Lepas kau datang, terus air dah masuk rumah malam-malam," Merlina tunjukkan komen Facebook aku.

"Laju jugak video ni viral kat Facebook?"
"Takde ahli politik yang power media sosial selain kau, Azlan," kata Merlina.

Kemudian gambar aku sedang menolak kereta sorong yang dipenuhi batu-batu pecah pun viral. Ni masa aku tolong dorang bersihkan kawasan tu.

"Aku cadangkan kau buat akaun Twitter. Aku dah buat dah," kata Merlina.
"Macam biasa la, kau buat la. Aku kan orang tua."
"Belajar la!"

Tak memasal aku buat akaun Twitter.

--

Adilah

Tak boleh jadi ni. Azlan balik ke Gelanggayu, terus jadi sensasi ni. Aku kena fikirkan jalan macam mana aku nak halang dia daripada berkuasa.

Video threesome dia dengan perempuan Rusia tu hilang pulak. Sejak PC aku kena virus itu hari, aku terpaksa format dan hilang semua file. Bila aku pindahkan video tu ke laptop aku, laptop aku pun kena virus.

Nak suruh perempuan dua orang tu repeat balik threesome tu pun, sorang dah mati diletupkan dengan C4.

Azlan ni sentiasa terselamat daripada benda macam ni. Aku jadi geram. Ramai betul orang yang back up dia.

Nak tak nak, aku kena desak Jeneral Yahya untuk halau Ali dari Gelanggayu. Susah betul aku nak buat kerja kalau ada Ali ni.

Walaupun ayah aku kini jadi pengerusi SPR, aku tak rasa selamat lagi. Kalau nak tumbangkan Azlan, kena tumbangkan Ali dulu. Lepas tu baru aku fokus nak tumbangkan Faridah.

--

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Wan Radzi Wan Husin berkata, pihak SPR akan menapis calon-calon yang tidak terlibat dalam kes-kes rasuah dan korupsi.

Katanya, sebagai pengerusi yang mempengerusikan pilihanraya, beliau mahu memastikan agar semua calon-calon pilihanraya agar tidak tercemar dengan rasuah.

Sementara itu, Wan Radzi juga berkata, Parti Pertiwi tidak dibenarkan bertanding kerana merupakan parti ekstremis agama yang menentang prinsip-prinsip republikanisme Gelanggayu.

--

Ali dan Azlan bermesyuarat dengan ahli-ahli Ayam Hitam berkenaan kenyataan Wan Radzi itu.

"Kita dah kena cop terrorist ni, bro Ali," kata Kecik.
"Rilek. Memang kita nak dorang menang pun. Kita jangan jadi bodoh dan mengikut rentak dia. Kita memang nak rakyat tidak mengiktiraf kerajaan ni," kata Ali.

"Kita memang nak kalah pilihanraya ni. Dia nak halang kita dari bertanding, silakan. Tapi kena ingat, orang bawah dia tu aku banyak pegang fail," kata Azlan.

"Dan kakitangan awam bersedia untuk sabotaj dia. Macam mana dia nak gerak," kata Fazrul.

"Yang penting, tentera semua solid dah ba'iah dengan bro Ali. Dia tak boleh nak gerak memana," kata Mejar Jeneral Firdaus.

"Sementara Jeneral Yahya masih ada kuasa dan Ali boleh demand macam-macam dari dia, kita perah habis-habis," kata Azlan.

"Takbir, Allahuakbar!" jerit ahli mesyuarat.

--

Merlina datang melawat Faridah, yang bakal menjadi ibu mertuanya.

"Assalamualaikum aunty..."
"Waalaikumsalam."
"Aunty, orang tua tu kenapa makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah?" tanya Merlina kepada Faridah.

"Banyak hutang, macam tu la."
"Ooo, banyak hutang ya?"
"Pergi la offer la duit sikit. Nanti kau mintaklah apa-apa."

Merlina pergi dan berjumpa dengan Jeneral Yahya. Jeneral Yahya pandang Merlina, tapi tak tahu siapa.

"Saya Merlina Hashim, CEO Merlin Inc."
"Oh ya, yang bakal kahwin dengan Azlan tu ya?"

Merlina duduk di sebelah Yahya.

"Tuan Jeneral fikir apa tu?"
"Saya ada sedikit masalah."
"Finance?"

Jeneral Yahya pandang Merlina, tapi tak tahu nak jawab.

"Hutang saya $70 billion."
"Tapi takde la nak bayar gedebuk gitu kan? Macam ni, saya nak Jeneral luluskan pembelian syer-syer kerajaan dalam Angkasa TV, lepas tu semua syer-syer kerajaan dalam  Axis, Digitel dengan Gelcom, semua jual pada Merlin Inc dengan harga $15 billion."
"Murah sangat kau offer tu."
"Take it or leave it. Saya boleh je buat syarikat lain. Lepas tu biarkan semua syarikat tu melingkup. Disebabkan hari tu government ada beli saham syarikat-syarikat tu, saya nak beli semua saham government tu. Sebelum government baru terbentuk dan Tuan Jeneral tak dapat nak jual, saya tak boleh buat apa dengan hutang Tuan Jeneral."
"Murah sangat tu. Semua tu nilai dia dalam $40 billion."
"Saya short selling je kalau nak bagi harga dia jatuh. Takde masalah."
"Sanggup kau jatuhkan saham kerajaan?"
"Saya nak tolong Tuan Jeneral. Kalau tak nak, tanggung je lah hutang tu sorang-sorang."
"$35 billionlah. At least saya dapat bayar separuh."
"$25 billion. Tapi saya nak syer kerajaan Jentayu dengan Jendua."
"Kau peras ugut aku ke, budak?"
"Gini, Tuan Jeneral. Saya bukan peras ugut. Tuan Jeneral ada masalah hutang, betul tak? Kebetulan sekarang, Tuan Jeneral sekarang ni adalah pemegang kuasa paling tertinggi dalam negara ni. Tuan tubuhkan republik ni. Dan republik ini belum ada kerajaan, cuma tuan sebagai Ketua Pengarah Majlis Organisasi Republik. Tuan ada kuasa eksekutif. Jadi, apa masalahnya kalau tuan jual je saham-saham kerajaan tu untuk selesaikan masalah hutang tuan. Saya datang nak tolong je."
"$30 billion. Final offer."
"Kalau $30 billion, saya nak tambah syer kerajaan dalam Bank Commerce Bumiputra dalam kerajaan. Final offer."
"Aku cakap $30 billion untuk Angkasa TV, dan tiga syarikat telco tu je. Yang makin kau nak menambah ni kenapa?"
"Sebab saya rate semua saham-saham tu $15 billion je. Lagipun, saya bakal kahwin dengan Azlan. Tuan Jeneral tak nak ke anak murid kesayangan tuan tu ada pengaruh yang kuat?"
"Kau ni kapitalis yang lagi teruk daripada Yahudi-Yahudi yang aku kenal..."
"Memang keturunan atok sebelah mak saya ada darah Yahudi pun. Jadi, jadi tak jual semua syer tu?"

Jeneral Yahya picit-picit dahinya.

"$30 billion, okay."
"Saya ulang ya. Angkasa TV, Axis, Digitel, Gelcom, lepas tu Jentayu dan Jendua, lepas tu BCB. Semua syer kerajaan tu saya beli dengan harga $30 billion. Esok saya keluarkan LOI. Tuan sign je lah esok, okay?"
"Kalau aku arahkan Faridah terbitkan bon, kau beli tak?"
"Market bon tengah tak cantik masa economic crisis ni. Lagipun Obama baru je nak bailout syarikat-syarikat automobil dorang. Jadi, tak minat la beli. Tapi syer saham tu, yang tu semua saya nak."

Merlina tepuk-tepuk bahu Jeneral Yahya. Jeneral Yahya sebab dengar nama Azlan, dia lembutkan hatinya untuk menjual semua pegangan syer saham yang dimiliki oleh kerajaan.

Dengan memikirkan kadar faedah, dan sebagainya, dia perlu selesaikan hutang-hutangnya dengan Jacob serta ramai banker yang meminjamnya wang demi menggulingkan keluarga al-Daulah ini, yang dipinjamnya sejak 1955.



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro