Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2008 part 8

"Amacam, Pengetua?" tanya Ali menunjukkan hasil kerja anak buahnya renovate rumah Pengetua selepas hampir 10 tahun dibiarkan, selepas dibakar oleh orang-orang Sayap Kuning yang diberi arahan oleh Tan Sri Jabbar Noor, bekas Ketua Polis Negara.

"Mana kau jumpa gambar-gambar isteri aku ni, Ali?"
"Yang mana terselamat, yang tu saya mintak kawan saya besarkan, lepas tu saya framekan."
"Terima kasih, Ali. Berapa kos semua ni?"
"Tak payahlah, Pengetua. Pengetua dah banyak tolong saya sejak kecik lagi. Pengetua kutip saya dari tepi jalan, jaga saya sampai saya dah besar."

Tiba-tiba Pengetua tepuk bahu Ali.

"Ali, aku nak tanya sikit...duduk kejap."

Ali pun duduk.

"Ada apa, Pengetua?"

Pengetua tuang wiski depan Ali.

"Minum?"

Ali senyum dan gelengkan kepala.

"Dah berhenti? Tak punk la macam ni."

Ali gelak sahaja.

"Aku dengar sepanjang perang ni, kau banyak buat misi kemanusiaan. Selamatkan orang, bagi makanan, ubat-ubatan..."
"Ya, Pengetua."
"Kalau aku bagi kontrak untuk pembinaan semula Wijayapura ni, kau boleh handle?"
"Boleh, Pengetua. Tapi kosnya macam mana?"
"Berapa kau anggarkan jumlah kos untuk bina semula bandaraya ni?"

Ali menyandar dan berfikir.

"Susah nak cakap pakai ringgit ni memandangkan ringgit dah tak ada nilai."
"US dollar..."
"Kalau Perang Bosnia dulu tu nak bina Sarajevo balik pun, $25 billion. Dan itu pun tahun 1995. Tu apa yang Mejar Jeneral Firdaus beritahu saya. Sekarang dah tahun 2008. Dan Sarajevo tu pun, penduduk dia 500,000 orang je. Kita cakap Wijayapura ni, boleh jadi dalam 8 juta orang."
"Harta keluarga al-Daulah, ada $250 billion. Sekarang, aku sedang arahkan Aunty Idah untuk buat kira-kira berapa duit yang mereka ada. Aku rasa katakan hari tu dia spend dalam $50 billion untuk perang, masih ada dalam $200 billion lagi. Tapi aku kena bayar hutang Jacob $75 billion. Jadi untuk peringkat awal, aku bagi dalam $50 billion dulu. Sebab banyak lagi perbelanjaan lain yang aku perlu bayar lagi," kata Jeneral Yahya.

Tuhan sahaja yang tahu betapa ketatnya muka Ali untuk kawal perasaannya apabila mendengar ayat-ayat Pengetua.

"Saya baiki apa yang penting dululah, kalau macam tu."
"Baik, jadi aku nak kau sign sini kalau kau setuju," kata Pengetua.

Pengetua bagi kontrak untuk pembinaan semula Wijayapura kepada Ali.

"Peringkat kedua, bila pelabur-pelabur dah kembali masuk nanti, barulah kita sambung balik, ya?"
"Okay, cuma saya rasa terkejut sebab tiba-tiba Pengetua bagi direct nego je kontrak macam ni."
"Kau dah banyak bantu rakyat negara ni, takkanlah aku tak nak tolong kau balik. Yang kau tolong orang tu semua duit kau sendiri kan? Pandai betul kau berniaga ni."
"Biasalah, saya belajar pun dengan Aunty Idah."
"Dia memang pandai bab ekonomi ni."
"Sementara kerajaan republik ni belum terbentuk, dan aku ada kuasa mutlak, aku bagi lah kau kontrak ni."
"Tapi, Pengetua bagi kontrak macam ni, Pengetua sure ke Sultan serahkan semua harta-hartanya? Ni saya tanya je lah."
"Dia nak simpan mana? Semua rekod pun, Bank Negara yang pegang. Aku letak Faridah kat Bank Negara tu dari awal lagi, bukannya suka-suka. Aku dah rancang semua ni dah lama. Kenapa, kau ingat aku nak janji kosong je ke dengan kau? Ingat, kau tu abang Azlan. Mestilah kau akan dapat benefit yang banyak."
"Oh, kalau Pengetua dah rancang tu, baguslah. Lagi satu, boleh tak saya buat satu permintaan?"
"Apa dia?"
"Betul ke Pengetua nak calonkan Rahizan jadi Presiden Republik? Sebab, kalau boleh, janganlah. Dia tu ada rekod songsang."

Pengetua melepaskan nafasnya, kemudiannya dia minum wiski.

"Kau ada masalah ke dengan golongan macam ni?"
"Bukan. Rakyat susah nak terima."
"Kau ada cadangan?"
"Saya cadangkan Sahari. Ha, lagipun, Sahari kan dalam Parti Reformasi. Rahizan tu parti apa pun dia belum masuk lagi. Last sekali dia Parti Persekutuan, mana wujud lagi dah."
"Kenapa kau tak sebut nama Azlan?"
"Pada saya, biarlah dia bersihkan dulu Parti Nasionalis."
"Jadi, apa kau nak buat dengan Rahizan ni?"
"Karier dia dah mati sejak 1998. Dah lama dah. 10 tahun dah. Takde siapa dah yang ingat dia lagi. Kalau letak dia jadi Presiden, rakyat pun tak yakin. Bukan apa, saya nasihatkan je Pengetua. Kalau Pengetua tak nak dengar, tak apa. Tapi saya yang selalu turun ground jumpa orang terbawah."
"Baiklah, cadangan kau ni aku cuba timbang-timbangkan. Kau ni walaupun belajar sampai darjah tiga, tapi kau lebih bijak dari kebanyakan orang yang belajar tinggi. Darah ayah kau memang mengalir dalam diri kau, Ali."
"Saya balik dulu, ada kerja lagi ni."
"Baik, Ali. Terima kasih kerana berbakti kepada negara ni."
"Sama-sama, Pengetua."

--

Ali terus naik ke dalam trak, dengan Kecik duduk di sebelahnya.

"Bro, Jeneral suka tak renovation rumah ni," tanya Kecik.
"Hmm, dia suka."

Ali bakar rokok, kemudian dia termenung panjang.

"Lepas ni, kita nak buat apa?" tanya Kecik.

"Kumpulkan semua tentera yang masuk Ayam Hitam. Biru atau kuning. Aku nak semua anggota tentera, ba'iah pada Mejar Jeneral Firdaus. Lepas tu kita ada banyak kerja ni. Bandar ni dah rosak teruk. Kita cuba kemas-kemas yang mana yang kita boleh, di atas Kota Wijayapura, kita dirikan Wijayapura yang baru!"

Dalam hati dia, dia ketawa je bila dengar orang tua tu kena scam. Sekarang kontrak dah sign, kalau kerajaan tak bagi dia duit, dia ada hak untuk saman Yahya dan kerajaan republik.

Sementara ni, pakai duit dia dulu. Nanti bila Merlina dah uruskan wang keluarga al-Daulah yang dah dipindahkan ke akaun Jugra tu, bila Azlan bayar zakat, dengan wang tu barulah boleh buat pembangunan semula tanpa campur tangan orang tua tu.

--

Ketika Azham, Wak Am dan rakan-rakan Gagak Merah sedang duduk di bengkel mereka dan bermain daun terup, Ali dan Kecik bersama sekumpulan Ayam Hitam datang.

Semua bangun dan bersedia nak pukul Ali, tetapi menyedari yang Ali kini sudah jauh berkuasa.

"Rupanya kau yang punya angkara, Ali. Kau yang pecah belahkan Gagak Merah, lepas tu kau yang pegang semua tempat sekarang. Kau khianat Gagak Merah!" jerit Azham siap pegang parang.

"Letak parang abang sebelum abang menyesal," kata Ali. Budak-budak Ali kat belakang dah pegang rifle.

"Untuk apa kau datang kat sini?" tanya Wak Am.

"Nak berbincang. Nak deal."
"Nak deal apa lagi? Kau dah hancurkan Gagak Merah! Kau dah pegang semua kawasan!"
"Dengar dulu offer saya, bang Az!"
"Kau nak offer apa?"

Ali tarik kerusi.

"Boleh aku duduk?"

Azham mengangguk.

"Bang Az, Wak Am, dan Gagak Merah pihak abang sahaja yang boleh pegang kawasan ni."
"Kau jangan pecahbelahkan Gagak Merah lagi!"
"Saya tak pecahbelahkan Gagak Merah! Saya cuma tunjukkan siapa pengkhianat!"
"Kau la tu, laknat!" jerit Wak Am.

Ali menjeling ke arah Wak Am. Wak Am pandang orang-orang Ali yang jauh lebih ramai.

"Saya cuba berdamai ni. Saya offer pada bang Az dan Wak Am sahaja."
"Apa yang kau nak kalau kitorang berdamai dengan kau?"
"Tak nak apa-apa. Nak berdamai. Dan ada projek untuk bang Az, untuk Wak Am. Saya baru jumpa Pengetua ni, dapat projek."

Mendengar ada 'projek', Azham dan Wak Am terus senyap.

"Projek $US1 juta."
"Apa dia?"
"Tolong saya kebumikan semua mangsa perang yang terkorban, dan uruskan jenazah mereka dalam keadaan bermaruah. Duit abang dapat, pahala pun abang dapat, Insya-Allah."

Wak Am pandang Azham, kemudian berbisik.

"Dah macam ustaz-ustaz pulak kau ni, Ali. Tattoo pun dah buang. Baguslah kau dah berubah. Tapi kenapa kau buat begini pada kami sedangkan kau dah berba'iah!"
"Sebab saya berba'iah lah, saya nak tawarkan keamanan ni."
"Ali, kau dah hancurkan Gagak Merah ni. Tinggal puak Sahari dan puak aku je dalam geng ni. Sejak Kamal mati, semua dah hilang hala tuju. Geng Azlan ramai pergi ke kau."
"Sekarang ni, Gagak Merah ke, Diamond Hijau ke, Paragas ke, Jagindas ke, kita semua orang Melayu!"
"Dah tahu kau Melayu, kenapa kau tikam kami!"
"Sebab kau ada leader yang lemah macam abang kau dan Kamal yang cuba nak jual tanah orang Melayu Gelanggayu ni pada komunis Kwantong!" Ali dah off limit kesabarannya, terus panggil Azham 'kau' sahaja.

Terdiam geng Gagak Merah bila mendengar fakta yang tak dapat disangkal itu.

"Abang kau ternyata tak cukup cekap jadi Perdana Menteri. Sampai jadi perang saudara. Tapi sebab aku kenang jasa kau, kenang jasa Wak Am, aku datang sini nak ajak berdamai!"

"Jadi kau marah dengan abang aku, kau buat macam ni?"
"Sekarang kau nak deal ni atau tak nak?" kata Ali sambil bakar rokok.

Wak Am pandang tajam pada Ali. Kemudian dia menyedari yang Azham dan dia semakin tua, dan Ali semakin kuat.

Seperti singa tua yang hilang kawasan dengan singa yang lebih muda dan lebih bertenaga, Azham dan Wak Am sedar yang nyawa mereka berada di bawah ihsan Ali. Gagak Merah dah 'past its prime'.

Azham terus hulurkan tangan kepada Ali. Dan Ali memeluk Azham.

"Terima kasih abang Az, sebab selamatkan saya. Walaupun abang tak nak bersama saya, tak apa. Tapi jasa abang akan saya kenang sampai bila-bila."

Dengan menawarkan kedamaian, projek dan rasa hormat, Azham, Wak Am dan Ali bersalaman, dan mengakhiri persengketaan perang antara gangster dalam Wijayapura ini.

--

Jeneral Yahya bersalaman dengan Faridah sebagai Gabenor Bank Negara Republik Gelanggayu yang pertama di pejabatnya di istana Kota Warisan.

"Dah siap laporan harta keluarga al-Daulah?" tanya Jeneral Yahya.
"Sekarang pihak Bank Negara sedang menaksir harta yang mereka ada. Kalau boleh, kita perlukan aset-aset itu dijual untuk kita gunakan sebagai perbelanjaan negara. Banyak perlu guna wang," kata Faridah.

"Sebab tu cepat sikit kira tu. Aku perlu nak bayar Jacob, nak bayar Kissinger, dan nak bayar ramai orang ni. Ada bakinya, kita gunakan untuk pembinaan semula Wijayapura, untuk pelabur masuk. Buat sementara waktu ni, aku dah bagi kontrak $50 billion untuk Ali."

"Baik, Pengetua. Saya pulang dulu," kata Faridah.

Ketika baru keluar dari pejabat Pengetua, Faridah terserempak dengan Adilah.

--

Adilah datang ke pejabat Jeneral Yahya di istana Kota Warisan dengan perasaan marah akibat perlantikan Faridah sebagai Gabenor Bank Negara.

"Ada apa, Adilah?"
"Saya tak berpuas hati dengan pilihan Jeneral memilih ibu Azlan sebagai Gabenor Bank Negara!"
"Kau ada orang lain?"
"Ada ramai lagi orang yang lebih layak untuk jadi Gabenor!"
"Contoh? Dia ada pengalaman macam Faridah tak dalam sektor perbankan?"

Adilah terdiam. Jeneral Yahya kembali menulis sambil tidak mempedulikan Adilah.

"Kan syarat saya dah kata, tak boleh ada Azlan dalam republik baru ni kalau nak saya kerjasama..."
"Ada aku lantik Azlan jadi Gabenor Bank Negara?"
"Tapi Faridah ibu dia!"
"Tapi kau cakap jangan lantik Azlan je, kan? Jangan cakap berbelit dengan aku, Dila."

Adilah tahu yang Jeneral Yahya sudah mula mempermainkan dia.

"Sepatutnya kita kena bincang pasal ni. Sayap Kuning dan ayah saya ada hak sebab kita bersama-sama jatuhkan Norman!"
"Sejak bila? Sejak kau kena halau dengan Norman, sejak Hafiz kena tangkap? Baru kau nak kerjasama dengan aku?"
"Tapi kalau tanpa kami, Jeneral takkan mampu jatuhkan keluarga al-Daulah!"
"Ye ke?"
"Jeneral memperkecilkan apa yang kami buat?"

Jeneral Yahya tersenyum, kemudian dia meletakkan pennya.

"Aku tak memperkecilkan peranan kau atau ayah kau, Dila. Tapi sementara kau dan ayah kau ada kepakaran dalam hal perang saraf dan perisikan, kau takde kepakaran ekonomi. Let's face the fact that you know nothing about economics. Kau kena ingat, aku tubuhkan republik ni bukan untuk kau je. Untuk rakyat negara ni. Jadi kalau kau tak ada pakar ekonomi yang bagus untuk kau cadangkan pada aku, then aku buatlah pilihan aku."

"Okay, tak apa. You win this time."

Adilah terus meninggalkan Jeneral Yahya dengan muka yang masam.

--

Adilah

Aku dah kena game dengan orang tua ni. Ternyata orang tua ni sangat licik. Dia lantik ibu Azlan dengan alasan untuk betulkan ekonomi.

Memanglah ayah dia, Tun Ismail dulu adalah Gabenor Bank Negara semasa era ekonomi Gelanggayu tengah rancak zaman perindustrian dulu. Tapi ini bukan soal negara ni. Ini soal langkah ini bakal jadikan Azlan sebagai Presiden negara ni.

Kalau Azlan jadi Menteri Dalam Negeri pun macam-macam benda dia boleh buat pada aku dan Hafiz, bayangkan kalau dia jadi Presiden?

Nampaknya aku kena buat perancangan untuk jatuhkan Faridah, sebelum dia susun semuanya untuk naikkan anak dia. Sebab kalau anak dia naik, memang mampus kami dikerjakan.

Aku kena desak Jeneral Yahya, untuk jadikan ayah sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya. Hanya dengan cara itu barulah aku boleh dapat halang Azlan daripada mendapat kuasa!

--

Azlan

Merlina kejutkan Jugra yang dah terlelap tidur dalam kereta, sementara Jessie pula tolong aku angkat barang dapur.

Aku buka pintu je, Nora kelam-kabut letak telefon macam takut terkantoi.

"Apasal muka kau pucat je ni, Nora?" tanya aku.
"Aaa, aaaa takde apa Uncle Alan!"

Muka Tengku Danish macam panik yang amat.

Aku berjalan menuju ke bilik aku, dan terkunci. Dah kenapa bilik aku terkunci ni?

Mujur aku ada kunci bilik dalam poket. Aku terus bukak pintu, dan kelihatan Tengku Dania, dengan tanpa seurat benang, sedang menggosok celah kelengkangnya dengan seluar dalam aku dengan bermodalkan gambar aku dekat stesen minyak kat iPhone dia hari tu.

"Astaghfirullah al azim, Dania!"
"Wait! Wait! I can explain!"
"Explain kepala hotak kau!"

Merlina dan Jessie terus datang ke arah aku bila aku menjerit.

"Apahal wei?" tanya Merlina.

Jessie terpandang, terus facepalm dan geleng kepala.

"I'm sorry, Uncle Alan! I'm so sorry!" Tengku Dania merayu pada aku.
"Kau keluar dari bilik aku, sekarang!"

Menggelabah Tengku Dania mencapai baju, seluar, bra dan panties dia atas katil aku.

Merlina ketawa bila nampak muka aku merah padam bila nampak spender aku basah dengan cum si Dania ni.

"Astaghfirullah al azim, apa benda la dalam kepala otak dia ni."
"Entah-entah masa kau tidur, dia senyap-senyap bj kau. Kau tidur kunci pintu tak?"
"Aku kunci pintu kalau aku dalam bilik. Weh, aku rasa katil aku berbau dosa. Aku tak boleh nak tidur sini lagi dah."

Aku tarik selimut aku, dan tiba-tiba ada buku warna pink terjatuh atas katil.

Buku apa ni?

Aku pandang cover depan buku tu, dan ia tertulis ''Wan Adilah Radzi, 1992-1994".

"Mer...kau tengok ni?"

Aku dah mula rasa tak selamat dengan keluarga al-Daulah ni.

"Jom keluar kejap?"

Aku masukkan buku tu dalam jaket aku dan terus menuju keluar ke kereta.

--

"Ish, jahatnya si Adilah ni. Dah la main ilmu hitam nak mengorat kau, pakai minyak senyonyong. Kau tau tak minyak senyonyong tu pakai minyak dari bayi yang mati keguguran?" Merlina terkejut dengan pengakuan diari Adilah yang dibacanya.

"Tu yang aku jadi bodoh masa tu, Mer."

"Patutlah Hafiz tu macam kena ilmu guna-guna je dengan Adilah. Jadi bodoh je ikut cakap bini. Macam minum air kaki Ayah Pin."

"Sekarang ni, apa kita nak buat dengan Dania ni?" tanya aku.
"Aku ni, ikutkan hati, aku nak je kau hukum dia. Tapi, kesian la dorang. Ayah dia dah la pergi bunuh diri, tinggal dorang dua orang je. Apa kata kau slow talk je dengan Dania tu. Lagipun, kalau kita cakap elok-elok, mana tau dia boleh pulak swing side ke kita pulak?"
"Tapi Jessie tak suka dia..."
"Jessie tu baru budak-budak, Lan. Kau tu dah tua. Fikir la cara matang sikit."
"Aku kena cakap dengan ibu, berhati-hati dengan Adilah. Dia mungkin kirim sihir."
"Baca surah al-Anbiya ayat 87 lepas solat."

Aku toleh ke arah Merlina.

"Apasal kau pandang macam tu?"
"Macam mana kau tau semua ni?"
"Ibu kau ajar aku. Kalau nak elakkan diri dari sihir, baca surah al-Anbiya ayat 87. Kalau nak rezeki sentiasa murah, baca surah Saad ayat 54, kalau nak rezeki stabil, zikir ya-Malik 121 kali waktu Zohor, kalau nak kejayaan, surah al-Talaq 1 dan 2, baca surah Yasin ayat 82."
"Apasal ibu tak pernah ajar aku semua ni?"
"Sebab kau dengan Pengetua. Pengetua kau mana percaya benda-benda macam ni. Kata ibu kau, dulu sebelum pergi Amerika ada la nampak pergi solat Jumaat. Lepas tu dah tak nampak tikar sejadah lagi dah."
"Aku pernah berdebat dengan Pengetua pasal agama ni. Dia cakap semua ni tak dapat dibuktikan dengan sains."
"Gini, Lan. Masalah dengan sains Barat ni, manusia cuma tahu benda dalam alam semesta ni cuma kosong perpuluhan kosong kosong kosong kosong kosong kosong kosong kosong satu peratus je. Kau baru tahu sikit ilmu alam ni, dah berlagak macam kau tahu segala isi alam ni. Padahal ilmu Allah ni lebih luas daripada apa yang kau boleh imagine."
"Aku rasa aku kena amalkan semua surah-surah ni. Kau ajar aku, boleh?"

Merlina senyum.

"Mestilah boleh. Kau bakal suami aku, mestilah aku nak kau berjaya dunia dan akhirat. Tapi sekarang ni, aku nak kau slowtalk dengan Dania."
"Isshhh, aku masih tak boleh blah apa dia buat tadi."
"Kau pakcik dia. Jadi, kau kenalah cakap dengan dia. Memandangkan sekarang ni, kau je pertalian saudara mara yang mereka ni ada, sebab ada Jugra. Lagipun, kau bakal dapat kuasa pun in expense of their will. Jadi, cakaplah elok-elok."
"Kau langsung tak marah ke?"
"Kenapa aku nak marah? Yang sangap, dia, bukan kau. Aku gelak je lah. Dah la, kau cakap elok-elok dengan Dania, ya?"

Dia ni agak chill jugak kalau bab macam ni. Kalau orang lain ni, dengan aku sekali kena marah.

Tapi Dania ni tak fikir ke yang aku ni pakcik dia? Gila betul dia ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro