Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2008 part 6

Ali memandu kereta menuju ke Dewan Serbaguna Bukit Kantan, yang dekat dengan rumahnya di Puncak Tropika.

Ahli Ayam Hitam, berpakaian baju Melayu warna hitam dan berselempang merah duduk menanti kehadiran Ali dalam dewan itu. Ramai orang-orang dari pelbagai latar belakang dan kelas masyarakat, dari ahli parlimen sampai peminta sedekah, memenuhi dewan, melimpah ruah, sampai terpaksa berpindah ke padang.

Perlahan-lahan, pergerakan Ali mula berkembang besar melalui Facebook. Ali terkejut, yang datang ni ramai. Terlalu ramai dari apa yang dijangkanya.

Walaupun dia pernah gulingkan kerajaan Thaksin di Suvarnabhumi, dia terkejut dengan keadaan ini.

Hari ini, Ali mahu menyampaikan amanat kepada semua pengikut-pengikutnya tentang apa gerakan ini perlu buat selepas jatuhnya kerajaan al-Daulah ini nanti.

Pada mulanya, Ali tak nak buat ucapan, sebab benda macam ni, yang reti buat, Azlan. Azlan, pada Ali ialah 'face' kepada Gelanggayu yang baru.

Kalau Azlan yang berucap ni, tak goyang ni. Beratus ribu orang demo pun dia boleh handle.

Ali macam Stone Cold Steve Austin. Stone Cold kalau bercakap, macam bodoh je. What, what, what. That's the bottom line. Give me a hell yeah.

Tapi yang buat Stone Cold disukai ramai, sebab dia akan buat kerja gila. Pukul bos sendiri, tuang simen kat kereta bos.

Azlan ni The Rock. Tang lawan, biasa-biasa je. Tang maki orang atau bagi retorik wrestling, tang tu dia power.

Ali minta tolong Azlan yang sedang berada di Australia untuk mengarangnya dengan bahasa yang semudah mungkin. Hantar pakai Facebook Chat je.

"Tuan-tuan semua, dipersilakan, Ali untuk membuat ucapan!" kata Kecik di rostrum dewan itu.

Tangan Ali terketar-ketar sebab ini kali pertama dia memberi ucapan kepada orang ramai. Dia pegang phone BlackBerry untuk bagi ucapan. Tapi bab bercakap atas pentas ni, Ali dah gugup.

Dia bayangkan diri dia macam Azlan, main redah je cakap. Tapi ikut je point dalam skrip yang Azlan tulis tu.

Pengikut-pengikut Ayam Hitam, dengan bendera hitam berlogo ayam jantan sedang berkokok memandang matahari, dikibarkan pengikutnya sebaik sahaja Ali naik ke pentas.

Ali amati ayat-ayat Azlan.

"Aku harap dia tak guna perkataan pelik-pelik," kata dalam hatinya.

--

Saudaraku semua,

Aku berdiri di sini depan korang semua, untuk menyampaikan satu amanat besar untuk bangsa Melayu Gelanggayu.

Memandangkan tentera republikan dah nak sampai ke Kota Warisan dan istana Sultan dah dikepung, maknanya pemerintahan keluarga al-Daulah akan berakhir.

Sementara ini semua adalah pergolakan kuasa orang atas, kita di bawah ni, macam mana? Apa yang perlu kita lakukan bila hampir 500 tahun kita diperintah keluarga ni, tiba-tiba semua ni berakhir?

Pertama, kita kena pertahankan ibu pertiwi kita daripada dijajah pemodal luar negara. Tanah air ini sahaja yang kita ada. Kita tak nak jadi macam orang asli di Australia, yang hidup merempat di bumi sendiri.

Kita kena pertahankan tanah air kita. Kita kena pertahankan budaya bangsa kita. Kita kena pertahankan bahasa kita. Kita kena pertahankan agama kita. Semua ni, kita kena pertahankan, tanpa mengharapkan keluarga diraja lagi. Sebab keluarga diraja Gelanggayu dah tak berkuasa lagi.

Jangan ingat lepas jatuhnya keluarga al-Daulah ini, kita dah tak mampu nak pertahankan semua ni. Kita kena pertahankan jati diri kita daripada kapitalis luar negara.

Aku harap kita semua jelas kat sini perkara tu.

Yang kedua, aku nak tekankan tentang penubuhan parti baru. Hari ini, aku mengasaskan Parti Pertiwi, dan parti ini tak ada orang-orang dari mana-mana gerakan sebelum ini.

Sebab Parti ini berjuang untuk rakyat, untuk bangsa, untuk agama dan untuk tanah air, ibu pertiwi kita.

Dan aku harap, kita semua bersatu menentang penjajahan baru ni, tanpa berharap kepada keluarga al-Daulah atau mana-mana raja lagi. Kita sendiri yang pertahankan negara kita.

Dengan ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku lancarkan Parti Pertiwi!

"Hidup Parti Pertiwi! Hidup Parti Pertiwi! Hidup Parti Pertiwi!"
"Ali! Ali! Ali! Ali! Ali! Ali!"

Dia terkejut dengan ayat-ayat mudah difahami yang ditulis Azlan, rakyat semua tiba-tiba menyokongnya.

--

"Sedap ucapan kau tu?" Faridah tegur Ali.
"Eh, aunty..." Ali cium tangan. Bila ahli-ahli nampak Ali cium tangan Faridah, semua jadi terkejut. Sebab Faridah ni Gabenor Bank Negara.

Maka Kecik, Mejar Jeneral Firdaus, Joni, Lias semua meluru-luru untuk bersalam dengan Faridah ni.

"Siapa tu? Bro Ali siap cium tangan," tanya Kecik.
"Faridah Ismail, Gabenor Bank Negara. Mak Bro Azlan. Keturunan Yom Puteh dengan Sayyid Muluk. Jangan main-main dia ni. Emir Qatar pun jumpa lepak dengan dia ni," kata Mejar Jeneral Firdaus.
"Mak datuk, power gila bro Alan ni!"
"Tu la kau, dulu kau suruh dia gantung poster kan, kau buat dia cam hamba tebusan kan? Padan muka kau."
"Eh, masa tu mana la aku kenal Azlan ni siapa. Sekali Bro Ali nampak aku memacaikan Azlan ni, dia sekeh kepala aku terus."
"Bro Ali dengan bro Alan ni, adik beradik, lain mak. Kira Faridah ni, mak kepada Ali jugak lah."
"Sekarang baru aku faham game bro Ali. Dengan kuning pun dia masuk, dengan biru pun dia masuk. Sebab mak Alan ni, dengan keluarga al-Daulah pun boleh masuk, dengan Jeneral Yahya pun dia boleh masuk."
"Aunty Idah ni, ketua deep state sekarang," kata Mejar Jeneral Firdaus.
"Deep state tu apa?" tanya Kecik.
"Dalam kerajaan, ada kerajaan tersendiri. Maknanya dia yang control polisi, control duit, control siapa dapat apa. Dalam tentera, aku sekarang Mejar Jeneral, dan aku ada kuasa untuk pencenkan mana kolonel-kolonel yang pro Wan Radzi. Leftenan Jeneral yang ada sekarang tahun depan bersara. Aku akan lantik Mahadi jadi Mejar Jeneral lepas ni. Aku naik Leftenan Jeneral. Tunggu je Jeneral Abu Bakar bersara."
"Bila tu?"
"Bila Jeneral Yahya dah mati."
"Kenapa?"
"Sebab Jeneral Abu Bakar tu percaya kepada agama Islam. Kalau Yahya dah mati, dia berhentilah, bagi je aku teruskan kepimpinan tentera ni. Sebab tu tugas aku sekarang, ialah pancung semua orang-orang Wan Radzi."
"Tapi ada je lagi. Tu, Tan Sri Jabbar tu," kata Kecik.
"Aku ada gambar bogel dia dengan perempuan BDSM la. Dia akan kecut dengan aku, sebab aku ugut dia aku akan sebarkan kalau dia lebih-lebih. Aku dah pegang tengkuk dia. Buat masa ni, aku bagi je dia dalam geng Wan Radzi dulu. Sebab belum masanya lagi. Bro Ali kata, nanti."

--

Ketika Tengku Dania sedang tidur, dia tertinggal telefonnya di luar. Dan pada ketika itu, Adilah menelefonnya semula.

Jessica yang sedang mengajar Jugra matematik, terdengar panggilan telefon Dania.

Jessica nampak nama 'Aunty Dila' di telefon Dania.

"Holy shit!"

Kejap lagi masuk SMS.

"call aunty asap!"

"Oh my God! Kak Merrrrrr!"

--

"Eh, celaka betul perempuan ni. Dia dalam diam berpakat dengan si perempuan puaka ni pulak," kata Merlina.
"Camana ni?" tanya Jessica.
"Kau rilek. Benda pertama yang kau perlu buat ialah kau bertenang. Tarik nafas, lepas nafas. Okay, aku godek kejap budak ni punya phone."

Merlina godek-godek telefon Tengku Dania, kemudian dia baca semua SMS Tengku Dania.

"Aku ni selalu hormat privasi orang. Tapi dalam hal ni aku terpaksa," kata Merlina.

Dia tekan-tekan entah apa butang, dia berjaya hack phone iPhone Tengku Dania.

Jessica rasa berdebar sebab takut Tengku Dania bangun dan mencari telefonnya.

"Kau rilek je. Sekarang ni, semua SMS dia ni akan automatik masuk ke SMS aku jugak."
"Macam mana Kak Mer buat?"
"Eh, aku ni kan girlfriend Crash Override," kata Merlina merujuk kepada filem Hackers yang popular sekitar tahun 1995.
"Bukan Mat Danger ke? Hehe!"
"Shut up, you. Aku nak fokus buat kerja ni," kata Merlina.

Jessica diam, tapi dia tersengih. Dah nampak sangat dah Merlina dengan Azlan dah start berdating, tapi cuba cover.

"Kau try message dia," tanya Merlina kepada Jessica.

Message masuk ke nombor Tengku Dania, dan masuk ke nombor Merlina.

"Fuyoo! Terrornya!"
"Dah, kau letak balik phone dia kat tempat kau jumpa balik. Nanti dia cari, susah kita nanti."

"Kita nak beritahu Alan ke?"
"No, belum masanya lagi. Kau rilek je."
"Asal tak cakap sekarang je?"
"Ish, nantilah. Bukan sekarang. Kalau kau beritahu dia sekarang, macam mana nak tangkap dia basah-basah."
"Ish Kak Mer ni banyak betul la strategi dia."
"Sebab aku nak pegang tengkuk si Tengku ni. Kalau cekup sekarang, aku tak dapat pegang dia. Dah, pergi letak balik."

--

Merlina terjaga dari tidur bila dia dengar suara orang terbatuk di belakang rumah.

"Ada pencuri ke kat kawasan rumah ni? Tak pernah-pernahnya ada," kata Merlina. Dia kemudian berjalan menuju ke dapur, dan capai kuali goreng telur. Kalau pencuri memang dia ketuk kepala.

Dia nampak Azlan duduk seorang diri sambil hisap rokok.

"La, kau rupanya," kata Merlina.
"Kau nak buat apa dengan kuali tu?"
"Kalau pencuri, aku ketuk kepala. Kalau kau, aku gorengkan kau telur. Mana tau kau lapar."
"Kau nak goreng telur ke?"
"Kau nak tak?"
"Scramble egg?"

Merlina pun capai bawang, cili benggala dan mentega sambil panaskan kuali.

"Kau dah kenapa pukul 2 pagi lepak luar rumah malam-malam ni? Kau tak sejuk ke? Bulan lima ni winter kat sini. Kau tak beku ke kat luar tu?"

Azlan diam sahaja. Dihembusnya rokok ke udara.

Merlina rasa Azlan sebenarnya dalam keadaan depresi. Nampak sangat sejak kematian Mina, kemudian dia ditembak, dan ke bumi asing seperti Australia, dan mendengar perkembangan semasa pasca kejatuhan al-Daulah, Azlan mula jadi murung.

"Nah, telur scramble kau."

Azlan makan. Panas-panas berasap dia telan.

"Kau tak letak garam ke?"
"Eh? Haah, aku lupa. Jap, aku ambik garam."
"Ah, takpelah. Aku nak pakai jantung ni lama. Ok la ni."
"Sorry la, macam terlebih butter je tu."
"Fine and dandy."
"Kau okay ke tak ni, Lan?" tanya Merlina.
"Aku rasa macam seluruh planet ni diletakkan atas bahu aku. Sejak keluarga al-Daulah amanahkan aku jaga harta sebesar ni atas nama Jugra, dengan tak ada Mina, dengan ada Jugra, dengan keadaan negara kita yang macam tu, aku mengaku aku agak tertekan. Aku tak tau apa yang aku boleh lakukan."
"Benda tu kan Aunty Idah dah uruskan semua benda. Kami satu team dah gerak kerja. Kau janganlah risau."
"Kenapa aku?"
"Macam aku pernah cakap dengan kau dulu. Kau bukan politician, kau adalah stateman. Lain level."
"Macam mana aku nak pimpin negara dalam keadaan hancur macam ni?"
"Sebab hancur la, Gelanggayu perlukan orang macam kau untuk betulkan semula. Kau jangan risau sangat la, kau rilek je. Kitorang akan tolong kau. Pasal harta yang kau cakapkan tu, aku akan tolong. Kau pasti takkan menyesal nanti."
"Mer, aku serius perlukan kau. Aku tak ada kebolehan macam kau."
"Percayalah cakap aku, aku akan ada untuk kau, Lan."

Azlan pandang mata Merlina.

"Kau jangan ingat dengan pandangan gaya Brad Pitt Meet Joe Black kau tu, aku nak cair dengan kau pulak!" kata Merlina.
"Macam Brad Pitt kau cakap?"
"Ye la, doh. Tau la handsome."

Azlan ketawa, kemudian sambung makan telur hancur yang dimasak Merlina.

"Aku bangun pagi ni sebab aku solat istikharah, lepas tu tak boleh tidur."
"Pasal apa?"
"Pasal semua ni lah. Daripada hal negara ni, sampai lah ke hal keputusan kepada soalan yang kau tanya kat aku kat Bukit Mundaring tu."
"Amboi, detailnya."

Azlan tersenyum.

"Bila first time aku borak dengan kau?" Azlan tanya Merlina.
"Aku rasa, masa aku dengan Kimi, tengok kau main gitar lagu Yngwie Malmsteen."
"No, no. Masa tu aku kerja bakery. Aku rasa lagi awal daripada tu."

Merlina fikir lagi.

"Masa ibu bukak kedai printer tu, tahun 1989 kalau tak silap, aku dah tak ingat dah. Masa tu, kau makan bersepah kat sofa. Lepas tu kau kentut depan aku," kata Azlan. Merlina ketawa.

"Masa tu aku darjah tiga, gila!"
"Ya la kot haha!"

"Aku ingat lagi, aku gaduh dengan kau, sebab kau tak percaya yang aku dengan Aunty Idah bukak kedai printer tu..." kata Merlina.
"Memang la aku tak percaya, dah kau umur Form 3, ada business. Siapa je boleh percaya! Tapi masa tu mana aku nak tau yang ibu bukak kedai printer tu sebab nak cuci duit ahli politik," kata Azlan.
"Duit Tun Iskandar yang kes kantoi zaman arwah atok kau jadi Gabenor Bank Negara tu, dia sorok kat St Kitts and Nevis, kau tau tak?"
"Apasal ibu sorok kat tempat pelik macam tu?"
"Aunty Idah ajar aku satu perkara. Always one step ahead than your competitors. Kemain jenuh si Norman nak korek harta tu. Langsung tak jumpa. Ye lah, masa tu kan arwah atok kau geng Yahya."
"Sama la dengan kes duit keluarga al-Daulah ni?"
"Benda yang orang tak terfikir. Siapa je kenal Jugra ni? Pengetua kau tu pun takkan boleh jangka. Apatah lagi Adilah dengan Wan Radzi. Hisap kokain je, mana nak betul fikiran."
"Kira ibu ni, playmaker la."
"Both sides perlukan kepakaran Aunty Idah. Dia manfaatkan untuk kau. Siapa pun menang perang saudara ni, kau yang dapat manfaatnya."

Azlan tersenyum memandang Merlina.

"Jom, ikut aku."
"Pergi mana?"
"Denmark."
"Kepala hotak kau! Dah kejadahnya pergi Denmark?"
"Denmark, Western Australia. Pekan tepi laut kat selatan. Orang cakap tempat tu cantik nak tengok sunrise. Sekarang dah nak dekat pukul 3 pagi. Drive sana, dalam pukul 5:30 macam tu, sampai la."
"Subuh kat mana, ngok?"
"Kat situ la."
"Tengah sejuk-sejuk kau nak drive ni, kau gila ke apa?"
"Jangan banyak cakap la, ikut je la."

Merlina pun akur, ikut cakap Azlan. Dia capai hoodie Quicksilver, dan terus naik kereta.

--

Azlan

Aku tanya kat orang-orang asli yang kerja dekat ladang lembu Pak Jamil tu, kat mana tempat paling cantik untuk aku tengok matahari terbit.

Dorang jawab, Denmark. Aku jadi confused sebab Denmark tu kan sebuah negara kat Eropah. Aku cakap kat sini je.

Dorang bawak peta Western Australia pada aku, dan tunjuk kat mana Denmark tu. Rupanya kat kawasan paling selatan dalam Western Australia ni, ada bandar yang bernama Albany, dan dari Albany ke Denmark tu, dalam setengah jam.

Kat Denmark tu, ada satu bukit tepi laut, yang dipanggil Batu Monyet. Monkey Rock lah. Kat situ dikatakan tempat orang yang suka rockclimbing ni tengok pemandangan lah.

"Weh, kau nak pergi mana ni?"
"Denmark la."
"Ni dah sampai Tambellup wei! Jauh ni wei!" jerit Merlina.
"Jap, aku nak isi minyak jap," kata aku.
"Jap, jap. Kita nak pergi Denmark ni, bandar besar paling dekat, mana?"
"Albany."
"Hotak kau! Jauhlah, bodoh!"
"Kat situ ada tempat cantik nak tengok matahari terbit."
"Apa kejadahnya kau ni nak tengok matahari terbit dengan aku, setaaaaannnn! Aku smackdown kau karang!"
"Kau ikut je. Kau pasti tak menyesal."

--

Dalam kereta, Merlina dah stress.

"Kang mak aku bangun subuh nanti, tengok kita dua orang takde, apa aku nak jawab?"
"Aku dah mintak izin mak ayah kau la."
"Bila?"
"Isyak semalam."
"Kau cakap apa dengan dorang?"
"Aku cakap aku nak bawak kau satu tempat ni."
"Pelik kau ni. Kau bagitau mak ayah aku nak bawak aku pergi tempat ni, tapi kau main pakai redah je. Kau biar betul? Kau jangan tipu aku."
"Tak, aku tak tipu kau."
"Jap, aku mesej mak ayah aku. Kot kot kalau kau culik aku ke, apa-apahal polis cari kau."
"Ish, merepek la kau ni. Kau rilek je, sampai tempat tu, kau tak menyesal."

Selepas dua jam drive, jam lima pagi, sampai kat Monkey Rock.

"Kau ni lahanat tau! Aku dah tak bawak telekung ni, macam mana aku nak solat subuh ni?" tanya Merlina.

Nasib baik aku ada kain selimut kat dalam bonet tu, buat syaratlah dia tutup aurat untuk bersolat. Aku rasa masa hari tu aku hantar dobi, aku lupa nak bawak masuk dalam rumah.

"Bodoh laaaa kau ni! Lain kali cakap la nak gerak jauh!" kata Merlina, kemudian berjalan pergi ke paip untuk mengambil wuduk.

"Sorry, sorry!" aku pulak rasa macam bangang bila Merlina marah aku macam ni.

Asalkan jadik rupa macam telekung tu, jadilah.

Lepas solat, aku ajak Merlina mendaki untuk ke Monkey Rock.

"Dah la pergi tempat merepek macam ni, lepas tu aku nak kena mendaki pulak! Eiii aku smackdown jugak kau ni Alaaaaann!"

Menyumpah-nyumpah Merlina bila aku ajak memanjat ni. Barulah aku tau yang dia tak suka outdoor activity ni.

Matahari dah mulai terbit saat aku dan Merlina berdiri atas Monkey Rock.

"Kau ni, letihlah aku! Semata-mata nak tengok matahari terbit je."
"Kau tak appreciate ke keindahan alam ni?" tanya aku.
"Bukanlah macam tu, cuma aku ni bukanlah seorang yang kuat sangat fizikal ni. Nak memanjat-manjat ni."
"Ye lah, ye lah. Sorry la. I'm just trying to be sweet. Salah move pulak."
"Hah? Being sweet?" Merlina terkejut. Muka blur dia tu memang trademark dia lah.

Aku keluarkan kotak cincin dari poket aku.

"Aku nak kau jadi bini aku, dan mak tiri Jugra, kau on tak on?"

Merlina terkejut, lepas tu dia gelakkan aku.

"Takat nak ajak kahwin je, cakap kat rumah je lah, gila!" kata Merlina.
"Kau setuju tak?"

Merlina mengangguk. Senyum, tapi ada macam sikit pissed off dengan aku sebab kena memanjat bukit.

"On tak?"
"Yeeee, aku on!"

Dan aku sarungkan cincin kat jari manis dia.

"Sebenarnya lepas Isyak kat masjid semalam, aku merisik mak dan ayah kau. Dorang setuju kalau aku kahwin dengan kau. Aku risau jugak kalau mak kau petik nama Qalish tu..."
"Takdenya mak aku heran dengan si Qalish tu kalau banding dengan kau. Kalau dah kau, keluarga diraja pun nak jadikan kau menantu. Siapa yang tak nak kau jadi menantu? Time masak rendang hari tu pun mak aku dah tanya pasal kau dah. Kakak aku la bukak mulut, eiii!"

Aku senyum je lah. Masa kat dapur hari tu, Marina dah bergosip-gosip pasal aku dengan Merlina. Of course lah mak dia dengar.

"Weh, dah lah. Aku lapar la, jom la blah! Lain kali kau jangan nak adventure sangat. Nasib baik tempat ni cantik," kata Merlina.
"Aku pilih waktu matahari terbit untuk melamar kau, sebab aku nak kita ingat, hari ini adalah hari yang baru untuk kita berdua. Dan aku pilih tempat yang paling cantik untuk kita berdua."
"Ye lah, tak jadi aku nak marah kau. Tapi aku tetap nak smackdown kau jugak! Bodoh sial, ada ke aku kena pakai selimut untuk jadi telekung. Lain kali beritahu la siap-siap!"
"Tang tu, sorry lah."
"Lan, aku sebenarnya dah bernazar. Kalau aku jadi isteri kau, aku nak bertudung. Lepas ni tak nak free hair dah."
"Kalau kau rasa macam tu, baguslah. Alhamdulillah."

Aku ingatkan ni lamaran yang perfect. Aku tersilap. Tapi tak apalah, asalkan dia terima aku, kira berjayalah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro