Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2008 part 5

"Jessie, cuba tengok Kak Mer, asal pergi kedai je, berdua dengan Alan. You tak suspect apa-apa ke?" tanya Tengku Dania pada Jessie yang sedang lawan chess dengan Jugra.

"Alah, kau ni Dania. Kepoh sangat pasal Alan tu dah kenapa? Kau takde boyfriend ke nak berhubung?"
"Ayahanda tak kasi I ada boyfriend."
"Kesian betul jadi kerabat ni, nak bercinta pun kena pantau. Cuba tengok aku, rilek je dengan Art Ardan."
"Entah-entah pakwe you kat sana dah ada skandal lain."
"Tengah perang, takde masa nak fikir pasal nak cari skandal. Lebih fikir mana nak cari makanan je."

Tengku Dania terus diam.

"Checkmate," kata Jugra.
"Eh, apasal susah sangat nak lawan chess dengan kau ni, Jugra?" Jessie garu kepala.
"Sebab daddy yang ajar main."

Tengku Dania pandang Jugra.

"Alan terror main chess ke?"
"Bapak dia juara chess kebangsaan kot. Mestilah tumpah sikit ke anak cucu," kata Jessie.
"Wow, dah la handsome, intellectual pulak. Patutlah Aunty Dila tergila-gilakan si Alan ni."

Jessie terus pandang Tengku Dania dengan perasaan terkejut dengan kenyataannya.

"Kak Dila?"
"Ya lah. Dia tu kan cousin arwah my mom. Banyak benda rahsia pasal dia, my mom tau. Antara reason kenapa my mom kena tembak dengan my dad. I tau banyak rahsia pasal Aunty Dila, sebab I ada simpan diari dia. Banyak benda, termasuk dia plan macam mana nak frame Alan pasal rogol tahun 1994 dulu."

Jessie rasa macam tak tahu nak respon apa dengan Tengku Dania. Dia tak nak cerita pasal benda ni, sebab dia tak nak mensensasikan perkara ni. Benda ni privacy Azlan dan Adilah.

"Apa lagi yang kau tau pasal Kak Dila?"
"Banyak. Dia memang selalu kejarkan Alan. Tapi sebab Alan ni jenis intelektual, jenis sapioseksual, jadi dia tak nak nampak yang dia kejar Alan. Dia plan dari A to Z. Dia sampai belajar psikologi Alan sampai tahu macam mana nak buat Alan ni terperangkap dengan dia."

Kereta Azlan dan Merlina sampai di depan rumah Pak Jamil.

"Cut the story, nanti kita sambung."
"Okay, Jessie."

--

"Ha, dah sampai pun si Merlina ni. Apa yang lambat sangat kau ni?" kata mak Merlina, Hajjah Ayuni.
"Beli kat Wagin, mama."
"Wagin? Sampai dua puluh batu kau nak beli barang dapur, merepek apa kau ni?"
"Manalah saya tahu tempat ni, mama. Kat Katanning saya dengan Azlan meronda tak jumpa kedai jual daun limau purut."
"Banyak la kau tak jumpa kedai. Kat depan tu kan ada kedai runcit Vietnam. Beli je lah kat situ. Kat situ ada serai, ada daun limau purut, nak beli lengkuas pun ada kat situ," kata Marina.
"Lain kali kalau kakak tau, cakap la awal-awal. Mana la kitorang tau."
"Cakap je la dating, hehe!"
"Kau diam, Marina. Kau diam!" kata Merlina.

Azlan letak barang-barang kat dapur.

"Ada apa ni, Mer?"
"Marina baru nak bagitau yang kat Katanning ni ada kedai runcit Vietnam. Takde la kena drive jauh macam tadi."

Hari ini, Hajjah Ayuni nak masak Rendang Mak Teh, sejenis rendang tradisional di selatan Gelanggayu, di sebelah Air Putih.

"Bini Ali tau masak rendang Mak Teh ni, aku pernah try masa raya dulu," kata Azlan pada Merlina.
"Bini Ali tu apa je dia tak terror masak? Kalau Ali nak duduk Perth, bini dia bukak restoran, dah kaya dah."
"Tak payah pergi Perth tu pun Ali dah kaya, Mer. Tapi dia low profile. Masih naik motor Suzuki 125 dia tu."
"Ali tu kan, kalau dalam movie, dia mesti cam Rosyam Nor berlakon Wijayapura Menjerit."

Azlan ketawa bila mendengar lawak Merlina. Tetapi Azlan sedang diperhatikan oleh Tengku Dania yang dari tadi asyik memerhatikan mereka berdua.

"Nak saya tolong potong daging ke, Aunty Ayuni?" tanya Azlan.
"Azlan reti potong daging ke?" tanya Aunty Ayuni.
"Bolehlah. Dulu pernah jadi Ahli JKK surau kat taman rumah saya untuk raya korban. Kalau boleh, saya nak belajar masak rendang Mak Teh ni, Aunty Ayuni."
"Kau tengok ni, Merlina. Azlan ni pun nak belajar masak rendang dengan aku, kau yang anak perempuan aku ni pun malas nak belajar. Kang aku dah mati nanti, raya kau makan McD je lah."

Biasalah, ibu orang Asia. Ramai yang suka public shaming anak-anak dia.

"Ala mama ni, tangan Mer memang takde seni nak memasak. Kalau masak je terus jadi tak sedap."

"Sini, Mer. Aku ajar kau macam mana nak potong daging. Sambil tu, kau perhati apa rempah yang Aunty Ayuni nak blender tu."

"Pewittttt! Sweetnyaaaaa!" Marina dari tepi menganjing Merlina, yang kini dilihat semakin rapat dengan Azlan.
"Diam la kau!"

--

"Alhamdulillah, syukur kita dapat makan sedap macam ni. Sambil tu, kita berdoa agar saudara-mara kita selamat di Gelanggayu dalam peperangan sekarang ni. Semoga Allah berkati Gelanggayu," kata Pak Jamil.
"Amin!" kata semua orang.

Jessie, Merlina dan Marina mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk, Jugra pula sedang main game dengan Tengku Danish, sementara Azlan pula buang sampah.

"Rajin budak Azlan ni, aku suka tengok budak ni," kata Pak Hashim kepada Pak Jamil.
"Dia ni sejenis menteri yang turun padang bersihkan taman perumahan, Shim. Mana kau nak jumpa menteri yang macam ni?"
"Azlan, sini jap?" kata Pak Hashim.

Azlan terus ke pili untuk membasuh tangan, sebelum menuju ke arah mereka berdua.

"Ada apa, Pak Jamil? Pak Hashim?"
"Moh ler berborak. Lepas makan, tenang-tenang hisap rokok. Nak tahu apa perkembangan semasa kat Gelanggayu. Dengar cerita tentera republikan dah takluk Sepetang," kata Pak Jamil.
"Saya tahu tu, Pak Jamil."
"Sultan kena letak senjata, dan lari. Keadaan dah tak memihak pada Tuanku. Kita dah kalah."
"Lepas ni, habislah dipunggahnya semua harta Tuanku. Si Jeneral Yahya tu kita dah tahu lama dah jahat dia macam mana," kata Pak Hashim.
"Tuanku dah pindahkan duit al-Daulah tu siap-siap," jawab Pakcik Jamil sambil bakar rokok.

"Lepas ni, berduyun-duyun duit Yahudi, pemodal antarabangsa akan masuk untuk dapatkan hasil mahsyul Gelanggayu. Petrogayu tu nanti bagi ke kroni dia, lepas tu memang dasar neo-liberal la kat Gelanggayu," sambung Pakcik Jamil lagi.
"Siapa calon Presiden, kalau camtu?" tanya Pak Hashim.
"Dengar kata, si Rahizan. Dia tu jahat. Banyak kabel Yahudi. Tahun 1998 dulu, Sultan arahkan Tun Azmi untuk pecat dia daripada jadi Timbalan Perdana Menteri. Sebab dia tu la, Akta Liberalisasi Ekonomi tu diluluskan. Punya jahat nak bagi harta orang Melayu kat Yahudi keparat tu," kata Pak Jamil.
"Lepas ni, hak orang Melayu semuanya dilepaskan, dijual. Lepas tu bergabung dengan orang Kwantung kat Temasik. Orang Melayu, melata di bumi Gelanggayu. Melayu layu di Gelanggayu," kata Pak Hashim.

Merlina keluar dari rumah.

"Alan, jom pergi stesen minyak tu kejap. Nak beli barang jap."
"Bukak ke kedai tu malam-malam?" tanya Azlan.
"Jom je lah, banyak tanya pulak kau ni. Sekali aku smackdown kau karang, baru kau tau."
"Pak Jamil, Pak Hashim, saya gerak kejap ya. Nanti kita sambung borak lagi."
"Ha, ye lah."

--

Lagu Torn dari Natalie Imbruglia berkumandang dalam siaran radio dalam kereta.

"Weh, lagu ni! Nostalgia weh!" kata Merlina tetiba excited.
"Lagu ni baru 10 tahun lepas, apa benda yang nostalgianya? Lain la lagu P. Ramlee, boleh la kau cakap pasal nostalgia."
"Aku tak hidup zaman P. Ramlee, Lan. Aku hidup zaman Natalie Imbruglia. Kau tu hidup zaman P. Ramlee ke?"
"Haaa, tak."
"Zaman remaja kau, siapa artis Australia paling famous?"
"Haaa, hmmm. Kylie Minogue kot. Entah, si Nat tu suka sangat dengan Kylie Minogue. Lagi satu band Men At Work."
"Aku kan, aku suka tengok muka Natalie Imbruglia. Kalau la aku lawa macam dia, fuh, berdarah hidung kau kalau kau nampak aku!"
"Alah, Mer. Kalau aku handsome macam Daniel Johns pun kau berdarah hidung tengok aku."
"Kau handsome apa, Alan. Model iklan deodorant ketiak."

Merlina parking kat sebuah taman permainan yang terletak depan gereja Seventh Day Adventist sebelah skatepark.

"Benda ni Din Tapa pernah cakap dengan aku, idea dia nak buat skatepark depan masjid. Tujuannya nak merapatkan orang muda dengan masjid. Aku pernah bawa idea ni kat majlis perbandaran, tapi idea ni kena tolak. Maka selamanya orang muda ni tak berminat nak ke masjid," kata Azlan.
"Masalahnya, semua benda kat Gelanggayu tu, orang tua decide. Sultan la, Rahizan la, Pengetua kau tu la. Izham la. Orang muda macam kau ni jadi alat dorang je," kata Merlina, sambil buka plastik potato chips sour cream and onion.

"Eh jap, tadi kau cakap Kylie Minogue kan? Aku tau lagu Can't Get You Out Of My Head tu 2001. Tapi lagu yang dia popular masa zaman korang tu apa?" tanya Merlina.
"I Should Be So Lucky, 1987."
"Gila la! 1987 aku baru darjah satu! Eh, asal muka kau tak tua-tua lagi? Babyface sial kau ni."
"Kau nak tau apa rahsia kejelitaan aku?" kata Azlan.
"Poyo gila! Hahaha!"
"Nak tau ke tak?"
"Apa dia?"
"Aku rembat SK-II bini aku. Dengan ramuan Pitera, dapatlah aku mengekalkan kejelitaan aku, dengan menghilangkan kedut di muka."

Terbahak-bahak gelak si Merlina bila dengar Azlan melawak.

"Bodoh gila la kau ni! Kau ni memang metroseksual ke?"
"Metroseksual tu apa?"
"Lelaki yang kerja asyik nak melaram je. Macam David Beckham."
"Apa yang boleh buat aku rasa confident, aku buat. Sebab untuk lelaki, confident tu penting."
"Woih, kau nampak tak gelongsor tu? Gila, bapak tinggi weh!" kata Merlina sambil tarik tangan Azlan.
"Asal?"

Merlina terus naik tangga gelongsor tu.

"Jom la main gelongsor weh!"
"Malas la aku."
"Booo, Azlan penakut! Penakut naik gelongsor."
"Mer, tahun depan aku 40 tahun. Aku ni dah jadi bapak budak. Ni kalau Jugra tengok ni, dia geleng kepala tau. Dia pun dah tak main gelongsor."
"Sebab tu kau kena sorok XBox kau tu, Lan. Kau jangan manjakan anak kau dengan gajet sangat. Nanti tak reti nak bersosial. Jom la, main gelongsor."
"Okay, sekali je tau!"

Mereka berdua turun gelongsor sambil menjerit "weeeeeee". Untuk Azlan, yang terpaksa jadi matured seawal umur 7 tahun, dia tak pernah ada pengalaman main gelongsor ni.

"Lagi, Lan!"
"Dah, sudaaaahh!"

--

Mereka balik lewat malam, dan bila mereka masuk rumah, Tengku Dania memerhatikan mereka berdua yang sedang masuk rumah pada masa semua orang sedang tidur.

"Eureka," kata Tengku Dania, tersenyum. Tengku Dania cuba menelefon makciknya, Adilah. Tetapi Adilah tak angkat telefon. Mungkin terlalu sibuk agaknya.

--

Jimmy dan Adilah sedang berasmara di atas katil, selepas puas menghisap kokain bersama. Ternyata Jimmy memang benar-benar bernafsu menutuh Adilah terutamanya selepas menyedut kokain dengan hidung masing-masing.

Selepas melepaskan lampias nafsu mereka, mereka berbaring sambil membelai rambut masing-masing.

"You tak rindu Hafiz ke?"
"Huh? Buat apa! Cepat dia dah game. You at least bertahan lama la juga."
"Apasal, dia punya kecik ke?"
"Ermmm, no comment."
"Tapi your dad cakap pada I, dia dah keluar penjara."
"Ali yang lepaskan. Ada la niat jahat dia tu."
"Maknanya lepas ni kita kena sorok-sorok balik lah?" tanya Jimmy.

Adilah diam. Sepanjang empat tahun Hafiz dalam penjara, Jimmy yang puaskan batinnya. Kalau masa Hafiz bebas pun, Jimmy juga tapi dalam keadaan sorok-sorok.

"Kita rilek dulu, sampai I dah boleh masuk balik Gelanggayu, okay?" kata Adilah sambil bercium dengan Jimmy.

--

Hafiz diberitahu bahawa anak-anaknya, Alif dan Mili, berada di rumah Jacob Chong bersama Natasha.

Maka Hafiz terus ke Temasik, untuk berjumpa dengan anaknya. Tapi dia rasa pelik, kenapa anak dia berada di rumah bekas rakan sekolahnya dari Temasik?

Maka dia datang ke rumah Jacob Chong, dan dia terkejut, yang menyambutnya itu adalah Natasha.

"Nat, apa you buat kat sini?" tanya Hafiz.
"Jaga anak you la, selain anak I. Nak tunggu perang kat Gelanggayu habis," kata Natasha.

Dia nampak suami Natasha, Gunawan, bersama-sama dengan Ken dan Alif sedang khayal berlawan game Call For Duty. Mili pula sedang baca buku atlas dunia. Rachel pula sedang berlari di treadmill untuk mengekalkan staminanya.

Tahun ini Rachel bakal ke Sukan Olimpik di Beijing, Kwantong, walaupun sebagai atlet gantian.

"Papa!" jerit Mili yang nampak ayahnya berada di dalam rumah.

"Alif, papa dah balik lah. Mari la sini," kata Mili.
"Alif tengah lawan game ni, nanti la dulu."
"Alif...apa ni? Papa kan dah lama tak jumpa kita."
"Kacau la Mili ni!"

Disebabkan Ken nampak Hafiz, dia pause game.

"Hafiz, you apa cerita?" tanya Ken, sambil bersalaman dengan bekas rakan sekelasnya itu.
"Fine. Ken, kenapa my kids semua ada kat sini?"
"Habis tu, you nak anak-anak you kat tengah war ke? Nak mati kena bom?" tanya Ken.
"Ye lah, I know. But should my wife take care of them?"
"Your wife very busy la, haiya. Lagipun okay apa duduk sini. Alif pun banyak syiok duduk sini. Hari-hari main game," kata Ken.

--

"Hari tu Alif dapat tawaran berlakon iklan commercial iklan untuk Starhub TV," kata Natasha.
"Wow, handsome la anak daddy ni."
"Mata dia tu, yang buat dia nampak handsome," kata Rachel.

Alif tersipu malu bila Rachel puji mata dia. Alif ni sejak dia umur empat tahun lagi dah ada hati dengan Rachel.

"Nat, thanks sebab tolong jaga anak I selama ni. Adilah pun sibuk dengan business."
"Eh, takde hal lah. Kita kan kawan masa kat universiti. Anak you, anak I juga."
"Cuma right now, I tak tahu apa I nak buat. Gelanggayu dah hancur lebur ni."
"You tau kan Adilah fund my party?"
"You ada parti politik sendiri?"
"Yes. And Jeneral Yahya cakap parti ni jadi vanguard party untuk republik yang baru ni."
"What is vanguard party?"
"Nama parti ni sekarang, Parti Reformasi. But later, akan ditukar kepada Parti Republikan. Jadi parti ini adalah parti yang angkat republican ideas di Gelanggayu. So, I harap you join la party ni..."
"I tak pandai la politik ni..."
"You join je. You don't have to be a politician. Lagipun, pihak lawan untuk Republican ni, Demokrat dengan Nasionalis."
"Demokrat ni bukan Haji Syaaban join ke?" tanya Hafiz.
"Yes."
"Susah la I nak lawan Haji Syaaban. Arwah father I baik dengan dia."
"Alah, nanti Demokrat ada certain thing pun akan sokong kita juga. Tapi Nasionalis...ada Azlan. And since Izham dah masuk penjara, nampak gayanya dia leader paling berpengaruh untuk jadi pemimpin parti tu."

Muka Hafiz berubah. Dia berada dalam keadaan yang keliru. Dalam masa dia rasa dia mahu berdamai dengan Azlan, tapi dalam satu hal, dia masih lagi menyimpan dendam atas apa yang berlaku kepadanya.

Peristiwa tangkap basah dengan Adilah tahun 1994 itu masih menghantuinya, tapi dalam masa sama dia sedar yang Adilah menipunya pada masa tu, berdasarkan diari Adilah yang dibacanya masa di penjara dulu.

"Join je lah Republikan, nanti senang la you build up balik company you," kata Natasha.

"I'll think about it," jawab Hafiz.

--

Pakcik Jamil menyerahkan dokumen untuk Tengku Danish tandatangan, sebagai bukti tanda penyerahan segala harta keluarga al-Daulah kepadanya.

"Uncle Jamil, Danish tak nak jadi Sultan."
"Aku tau, tapi aku kena suruh kau tandatangan ini juga, sebelum harta ni dirampas kerajaan republik."

Tengku Danish menandatangani dokumen tersebut, kemudian Pakcik Jamil letak cop mohor diraja yang dibawanya.

"Sekarang kau sign dokumen ni pulak."
"Dokumen apa pulak ni?"
"Untuk kau serahkan semua harta ini kepada Jugra, anak kepada Tengku Aminah. Dan harta ini akan diamanahkan untuk Azlan jaga."
"Okay," Tengku Danish terus tandatangan apabila mendengar nama Azlan.

Pakcik Jamil letak cop mohor di dokumen tersebut.

"Dengan ini, kesemua harta keluarga al-Daulah kini diwariskan kepada Jugra, dengan Azlan diamanahkan untuk menjaganya."
"Setuju."

Azlan bersalaman dengan Tengku Danish, sebagai tanda akad menerima tanggungjawab tersebut dari Tengku Danish.

"Kenapa kau setuju, Nora?"
"Because I know, you akan uruskan estate ini dengan baik. You bukan ada niat jahat macam Jimmy atau kaki joli macam anak Tengku Razak, atau suka fund terrorism macam Tengku Hisham. I know you can do it."
"Are you sure you tak nak jadi Sultan?"
"Nope. I rasa cukuplah lepas boyfriend I kena tembak dengan my dad, I tak nak kuasa tu. I just want to be left alone and to be happy. Tapi you, you boleh mengubah Gelanggayu to be better."

--

Azlan

Lepas aku terima harta-harta keluarga al-Daulah tu, Merlina bawak aku untuk teman Jugra tengok racing motorcross kat Katanning Speedway, iaitu tempat penduduk Katanning menonton perlumbaan lumba motorcross sempena Katanning Motor Festival Fair, iaitu event berasaskan sukan permotoran setiap tahun di pekan kecil ni.

"Daddy, tengok tu! Motor tu terbang!" kata Jugra, teruja menonton perlumbaan motorcross. Aku dengan Merlina sekadar nak berdating je. Eh, dating ke?

Dalam proses mengenal hati budi lah ni.

Tapi aku rasa pelik. Date aku dengan Natasha, kat St Pierre. Date aku dengan Mina, kat restoran mewah Austria yang sediakan schnitzel. Dengan Merlina ni, sempoi gila.

Hot dog (aku beli dengan peniaga orang Islam, jadi halal), dengan air Coke, sambil tengok motorcross. Padahal antara tiga orang ni, Merlina yang paling kaya. Tapi paling sempoi.

Kau bayangkan, dia pakai pun, baju 'Saya Sayang Mak Saya', seluar jeans bundle, dengan kasut Jack Purcell tahun bila entah.

Tapi aku tengok Jugra bukan main seronok lagi tengok lumba motorcross. Selain tu, bukan sahaja ada perlumbaan motorcross, tapi ada la orang bawak pickup truck dia, dan ada yang tunjuk airbrush pada pickup truck masing-masing.

"Aku rasa event macam ni, lebih kurang apa yang Ali buat yang kita pergi dulu la," kata aku pada Merlina.
"Memang la. Benda gini yang merapatkan pemimpin dengan masyarakat."
"Walaupun aku tak minat benda motor macam ni, tapi aku rasa memang kena buat. Tengok Ali kumpulkan semua mat rempit, lepas tu semua join dia."
"Daripada zaman kau main skateboard tahun 2000 lagi aku dah buat, kau baru nak sedar?"

Aku nampak bonding antara Merlina dengan Jugra tu. Mungkin tak macam dia dengan mommy dia, tapi kalau aku kahwin dengan Mer, aku rasa dia boleh terima kot.

"Aunty, aunty! Jugra nak makan ribs!" kata Jugra sambil tunjuk ke arah orang yang sedang membakar barbeku.

Nampak macam ada mat-mat motor sedang makan burger, ribs dan fries kat situ.

"Kau nak makan ke?" Merlina tanya aku.
"Aku hot dog tadi tu pun dah kenyang."

Jadi aku minum je lah air lemonade yang dijual di gerai barbeku tu. Nampak menu dia semua daging lembu dan kambing biri-biri je, aku on. Kalau ada babi memang takde la aku nak makan kat situ.

Lagipun ramai jugaklah orang Islam kat Katanning ni. Selain orang Melayu, ada orang Lebanon, orang Syria, orang Majapahit, orang Bharat Muslim, Pakistan, Yaman. Memang ramai.

Jugra tengah nak membesar, sebab tu makan pun banyak. Petang tadi, dia join bebudak orang asli Noongar kat ladang lembu tadi, main Australian football.

Rules dia lain dari ragbi, tapi dari segi fizikal macam lebih kurang. Cuma dari segi permainan, Australian football lebih pantas daripada rugby union atau rugby league.

Bukan main seronok dia bermain dengan kanak-kanak orang asli tadi. Semalam dia belajar silat. Lepas tu nanti ada orang main ragbi, dia pun nak join jugak.

Pendek kata, Jugra ni suka aktiviti lasak. Dan dalam umur dia yang berusia 8 tahun ni, otot dia dah besar dah. Badan dia pun dah tinggi macam budak belasan tahun.

Budak ni kalau dah remaja nanti, memang berkicaplah aku kalau dia ajak aku main wrestling. Kalau sekarang ni aku boleh handle lagi.

"Comot la kau makan, Mer," kata aku, sambil lap pipi dia yang ada sos barbeku.

"Hahaha, daddy lap pipi Aunty Mer! Daddy dengan Aunty Mer bercinta ya?" tanya Jugra.

Aku terdiam. Aku tak boleh betul nak jawab ni.

"Kan mommy baru je meninggal," kata aku. Merlina pandang je Jugra untuk mengharap respon daripada aku tadi.

"Mommy dah meninggal dua tahun lepas. Betul, Jugra sayang mommy dan tak ada siapa boleh ganti mommy untuk Jugra. Tapi, kita yang hidup ni kena teruskan hidup juga. Jugra rasa Aunty Mer baik, jadi tak salah untuk daddy kahwin dengan Aunty Mer. Aunty Mer dah la pandai, sporting pulak. Lagipun, mana nak cari mak yang bawak anak pergi tengok lumba motorcross?"

Merlina senyum je dengar jawapan Jugra.

"Bagi daddy fikir dulu."
"Daddy ni asyik fikir je. Aunty Mer okay apa?" tanya Jugra. Merlina dah ketawa.
"Okay, bagi daddy solat istikharah, mintak petunjuk Allah."
"Ha, kalau macam tu, takpe."

Jugra pun makan comot gak, terpaksalah aku lap pipi budak ni jugak!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro